akta kawalan bekalan 1961 (akta 1961)

3
a) Apakah fungsi Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961) Akta ini berfungsi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual barangan kawalan. b) Mengapakah Akta 1961 diwujubkan? Akta kawalan bekalan 1961 diwujubkan supaya pengguna boleh sentiasa mendapat bekalan kawalan di pasaran. Akta ini juga akan menyekat pejual dan pengeluar yang menyimpan dan enggan menjual barang kawalan kepada penguna. C) Apakah perbezaan di antara Akta 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946? Akta kawalan bekalan 1961 adalah mengawal bekalan dalam pasaran bagi memastikan bekalan sentiasa cukup, manakala Akta kawalan harga 1946 adalah memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan tertentu seperti barang kawalan. Contohnya, seorang penjual yang memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen dan tidak melabelkan tanda harga pada barang jualan. Penjual tersebut akan didenda atas Akta kawalan bekalan 1961 dengan kesalahannya menyimpan dan memiliki stok barang kawalan melebihi had yang

Upload: mandalina-landy

Post on 19-Jul-2015

7.982 views

Category:

Sports


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

a) Apakah fungsi Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

Akta ini berfungsi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai

barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Akta ini juga

memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan

menyekat aktiviti-aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual

barangan kawalan.

b) Mengapakah Akta 1961 diwujubkan?

Akta kawalan bekalan 1961 diwujubkan supaya pengguna boleh sentiasa mendapat

bekalan kawalan di pasaran. Akta ini juga akan menyekat pejual dan pengeluar yang

menyimpan dan enggan menjual barang kawalan kepada penguna.

C) Apakah perbezaan di antara Akta 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946?

Akta kawalan bekalan 1961 adalah mengawal bekalan dalam pasaran bagi

memastikan bekalan sentiasa cukup, manakala Akta kawalan harga 1946 adalah

memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan tertentu

seperti barang kawalan. Contohnya, seorang penjual yang memiliki barang kawalan

melebihi had yang dibenarkan dalam lesen dan tidak melabelkan tanda harga pada

barang jualan. Penjual tersebut akan didenda atas Akta kawalan bekalan 1961 dengan

kesalahannya menyimpan dan memiliki stok barang kawalan melebihi had yang

Page 2: Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

dibenarkan dalam lesen dan sebaliknya penjual ini akan didenda atas Akta kawalan

harga 1946 dengan kesalahannya tidak meletakkan tanda harga pada barang jualan.

d) Senaraikan barangan kawalan di bawah Akta 1961.

Gula Tepung gandumMinyak masak Baja kimiaMinyak tanah Petrol, sprit motor dari semua gredBahan api diesel Bar bulat keluli lembutsimen Gas petroleum cecairroti ayam

e) Mengapakah barangan tersebut perlu dikawal oleh undang-undang.

Barang kawalan perlu dikawal oleh undang-undang kerana kebanyakkannya

merupakan keperluan asas yang akan digunakan oleh pengguna dan pengeluar. Selain

itu, undang-undang akan memastikan bekalan kawalan sentiasa mencukupi dalam

pasaran dan juga memastikan tiada sesuatu pihak yang memiliki dalam had yang lehih

daripada lesen terutamanya dalam misim perayaan. Undang-undang (akta kawalan

harga (1946) juga menjaga harga barang kawalan adalah stabil dan menetapkan harga

maksimum dan minimum supaya penguna dapat mengetahui harga barang tertentu..

Page 3: Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

f) Apakah yang dimaksudkan dengan harga siling barangan?

Harga siling barangan adalah harga maksimum bagi barangan kawalan yang

ditetapkan untuk dijual oleh penjual yang ditetapkan oleh kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Penjual yang menjual barang kawalan

dengan harga lebih tinggi daripada harga siling akan didenda. Harga siling bagi

barang kawalan perlu dipamerkan dengan warna merah jambu.

g) Adakah pindan terbaru terhadap Akta 1961?

Terdapat pindan Akta kawalan bekalan 1961, iaitu Akta kawalan bekalan (pindaan

1973)

h) Adakah perkembangan terbaru berkaitan Akta 1961 sempena musim perayaan ini?

Ya. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna telah bertindak

menetapkan barang dan makanan yang bukan barang kawalan pada masa biasa

sebagai barang kawalan dan melaksanakan pemeriksaan di pasaran untuk memastikan

penjual mengikut undang-undang dan memberi denda atau menyita barang kepada

penjual yang tidak mengikut akta-akta. Pemeriksaan ini bermula pada 24 September

sehingga 8 Oktober bagi memastikan para peniaga mematuhi harga jualan siling

barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri, skim ini

melindungi 17 jenis barangan.