akta 2011 dan -...

12
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BAHAGIAN HAB HALAL PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 112011 PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH. PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL TUJUAN 1' Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta perihal Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halal serta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012 2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yang berkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yang dikeluarkan/dipohon sama ada seca ra self declaration atau yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah ApD 2011 yang baru ini.

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BAHAGIAN HAB HALAL

PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 112011

PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH.PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL

TUJUAN

1' Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta perihal

Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halalserta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 danPerintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah AktaPerihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012

2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yangberkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yangdikeluarkan/dipohon sama ada seca ra self declaration atau yang dikeluarkan olehmana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalahmerupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah ApD 2011 yang baru ini.

Page 2: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

LATARBELAKANG

3. Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

dipohon sama ada dari Jakim, Jabatan Agama lslam Negeri-Negeri atau syarikat-

syarikat swasta. Terdapat beberapa bentuk dan jenis logo halal yang dikeluarkan yang

merujuk kepada identiti pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal tersebut.

Disebabkan tiada satu undang-undang khusus yang boleh memantau pengeluaran sijil

dan logo halal yang pelbagai, maka timbul kekeliruan di kalangan pengguna khususnyayang berhubungan dengan kebolehpercayaan dan kredibiliti pihak-pihak yang

mengeluarkan sijil dan logo halal yang bermaflamatkan keuntungan.

4. I Justeru, pihak Kerajaan telah berusaha mencari kaedah terbaik bagi memantau

dengan lebih berkesan pengeluaran sijil dan logo halal bagi mengelakkan ia

dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Usaha ini telah dijalankan melalui rundingan

antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) dengan Pihak Berkuasa Agama lslam Negeri-Negeri. Hasil daripada

rundingan tersebut, Kerajaan telah bersetuju bahawa hanya satu logo halal sahaja yang

diiktiraf untuk dipakai di seluruh Negara iaitu logo halal Malaysia. Pihak-pihak selain

Jakim dan Pihak Berkuasa Agama lslam Negeri-Negeri pula tidak boleh lagi

mengeluarkan sijil dan logo halal bagi pasaran domestik.

5. Selanjutnya, Akta Perihal Dagangan 2011(APD 20111 telah diluluskan oleh

Parlimen pada 11 Julai 2011. Di bawah Seksyen 28 dan 29 Akta ini, terdapat dua

Perintah Perihal Dagangan yang berkaitan dengan penguatkuasaan halal iaitu:

(i)

(i i)

Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011

6. Bermula pada 1 Januari 20'12 iaitu tarikh kuat kuasa bagi APD 2011, Perintah

Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan

dan Penandaan Halal) 2011, kedua-dua perintah Perintah Perihal Dagangan

Page 3: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

(Perbahasaan Halal 1975) dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Halal 1975)

adalah dimansuhkan. Kesemua pihak yang berkepentingan hendaklah mematuhi

kehendak kedua-dua Perintah yang baru ini.

KANDUNGAN APD 201 1

7. Seksyen 28 APD 2011

o Seksyen 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa

Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki

maklumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti

, apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang atau

perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri

boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan apabila

digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila

digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu.

' Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan

kesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan

orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat

oleh Menteri di bawah seksyen ini.

o Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana premis

yang menawarkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak

halal yang didapati membenarkan pekerjanya memakai kopiah, songkok atau

tudung seperti yang lazim dipakai oleh orang lslam. lni kerana amalan tersebut

boleh mengelirukan atau memperdayakan orang lslam terhadap status halal

barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis tersebut.

o la bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana

orang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang ditawarkan

adalah halal dengan menggunakan barangan mengenai lslam atau ayat-ayat

suci Al-Quran.

Page 4: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

-

8. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 2g ApD 2011:

(a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihilima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, dendatidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ringgitatau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidakmelebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

9. , Seksyen 29 APD 2011

(a) Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri boleh dengan perintah, mengenakankehendak bagi mendapatkan barang-barang itu diluluskan, dicapkan ataudisertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarangpembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputibentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan.

(b) Berdasarkan seksyen ini. YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana pihak berkuasaberwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke atas sesuatu barangantermasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.

(c) Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, YB Menteri menamakan Jakim danMajlis Agama lslam Negeri sebagai agensi pensijilan halal di Malaysia yang

diiktiraf sebagai pihak berkuasa benvibawa di bawah ApD 2011.(d) Melalui seksyen ini, hanya Jakim dan MAIN sahaja yang boleh mengeluarkan sijil

dan logo halal di Malaysia, sekiranya terdapat pihak lain yang mengeluarkan sijildan logo halal, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan dan bolehdikenakan tindakan di bawah ApD 2011.

Page 5: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

10. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 29 ApD 2011

(a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, bagi

kesalahan kedua, didenda tidak merebihi rima ratus ribu ringgit

(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit

atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan

kedua, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara tidakmelebihi lima tahun atau kedua-duanya

TAKRIF HALAL

Takrif halal diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)

2011 yang mentakrifkan sesuatu makanan atau barangan yang diperihalkan

sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk

menunjukkan makanan atau barangan tersebut boleh dimakan atau digunakan

oleh orang lslam.

Perintah ini juga meliputi apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengan

makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan

dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh

digunakan oleh orang lslam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang

berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut

Hukum Syarak.

Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan

apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan

makanan,barang-barang atau perkhidmatan itu yang diperihalkan sebagai halal

atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan

Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 adalah melakukan suatu

kesalahan.

11.

12.

13.

Page 6: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

14.

PIHAK BERKUASA BERWIBAWA

Pihak berkuasa benvibawa diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan

(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi tujuan memperaku dan

mengeluarkan logo halal di Malaysia, pihak berkuasa berwibawa yang

dinamakan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan adalah Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (Jakim) dan Majlis

Agama lslam Negeri-Negeri (MAIN)

Berdasarkan Perintah ini juga, mana-mana orang yang bertindak

memperakukan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu

adalah halal selain dari pihak berkuasa berwibawa; atau membekalkan atau

menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu,

adalah melakukan satu kesalahan.

PENANDAAN/PERAKUAN HALAL

16. Perakuan perihal halal

Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau

diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang

itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang lslam melainkan jikal

diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa benvibawa; dan

ditandakan dengan logo Halal Malaysia

15.

(a)

(b)

Page 7: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

17.

Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh

diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk

menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang lslam melainkan jika

ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa beruuibawa.

Perakuan perihal halal bagi makanan dan barang-barang import

Bagi produk import yang dipasarkan di Malaysia yang akan ditanda sebagai

halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah

diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di

negara berkenaan.

Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang

diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf

oleh JAKIM hendaklah menandakan pada makanan dan barang-barang itu,

nama badan pensijilan tersebut.

Permohonan Pensijilan Halal

Mulai '1 Januari 2012 semua permohonan sijil halal untuk produk dalam negara

hendaklah melalui Jabatan Kemajuan lslam Malaysia atau Jabatan Agama

lslam Negeri-Negeri (JAIN).

Penggunaan Logo

Semua makanan atau barangan yang telah mendapat pensijilan halal dari

Jakim atau MAIN hendaklah menggunakan logo halal Malaysia seperti di

bawah:

18.

19.

Page 8: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

t"-,t I

U1ls"

Logo Halal Malaysia

Ciri-ciri logo :

(a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;(b) Perkataan Arab - " cJ)- " di tengah bintang;(c) Diikuti tulisan rumi "HALAL"(d) Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" dalam tulisanr Rumi dan " UJl- " dalam perkataan Arab;(e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan

rumi dan perkataan Arab tersebut.

20. Pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan logo halal Malaysia, atau meniru

bentuk logo halal tersebut dan menandakan makanan, barang-barang atau

perkhidmatan mereka dengan logo halal Malaysia yang palsu adalah dianggap

melakukan kesalahan memperdayakan dan mengelirukan pengguna dan boleh

diambil tindakan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang

berkuat kuasa.

KESALAHAN DAN PENALTI

21. Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan

(Takrif Halal) 2011:

Kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan

(1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk

membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau

perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang

Page 9: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

22.

bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang lslam adalahmelakukan suatu kesalahan.

(2) Bagi maksud subperenggan (1), "representasi atau perbuatan"

termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atauobjek yang berhubung dengan agama lslam sama ada di premis di mana

makanan itu dijual atau di bekas di mana makanan itu dibekalkan.

(3) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawahsubperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang

dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendakperenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh,

apabila disabitkan-

(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya,

didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi

satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang

berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan yang diperuntukkan di bawah perintah perihal Dagangan(Perakuan dan Penandaan Makanan) 2011

Mana-mana orang yang!

Page 10: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atauperkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu

adalah halal; atau

(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan,

barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau

barang-barang itu,

bertentangan dengan Perintah

apabila disabitkann

melakukan suatu kesalahan dan boleh,

(c) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihidua ratus ribu ringgit, dan bagi kesarahan yang kedua atau yang berikutnya,didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(d) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihisatu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tigatahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang

berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

TEMPOH PERALIHAN

23. Produk

Bagi produk yang berada di pasaran yang menggunakan logo halal yang tidakdiiktiraf, pihak industri diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012 untuk

menghentikan penggunaan logo tersebut. Pada masa yang sama pihak industri

perlu mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.

(a)

10

Page 11: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

24. Premis

Bagi premis yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf, logo tersebutperlu dilupuskan serta merta. Pada masa yang sama pihak industri perlumendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MArN.

TARIKH KUAT KUASA

25. Pekeliling ini berkuat kuasa murai daripada 1 Januari 2012

PERTANYAAN

26. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:

KETUA PENGARAHJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIAARAS 9, BLOK D7KOMPLEKS DPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62519 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-83150200

Faks : 03-83187044

PEMAKAIAN

27. Pekeliling ini terpakai kepada semua pihak yang akan menggunakanpenandaan halal terhadap makanan, barang-barang atau perkhidmatan atau

apa-apa penandaan lain yang menunjukkan bahawa makanan, barang-barang

atau perkhidmatan itu adalah halal.

1_I

Page 12: AKTA 2011 DAN - jheains.ns.gov.myjheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/bahagian_pengurusan... · Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

n-rK0b

(DATO' HJ OTHMAN BtN MUSTAPHA)

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan lslam Malaysia

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PUTRAJAYA

JANUARI 2012

\2