ajaran sesat di malaysia

39
BAB 1 1.1 PENGENALAN Isu ajaran sesat bukanlah sesuatu perkara asing dalam kamus kehidupan manusia terutama umat Islam pada masa kini kerana ia datang seiringan dengan kehidupan harian manusia. Namun ,terdapat ramai manusia khususnya umat Islam mudah terjebak dengan ajaran sesat kerana ajaran ini sudah tersebar luas pada masa kini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di bumi Malaysia ini. Menyedari hakikat ini ,pengkaji berminat untuk memilih dan mengkaji tajuk ajaran sesat ini sebagai bahan penulisan ilmiah untuk mengetahui sedalam mungkin berkaitan ajaran sesat yang terdapat di Malaysia. Selain itu ,kajian ini serba sedikit membantu umat Islam memartabatkan kembali kedudukan Islam sebagai umat terbaik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Pengkaji menggariskan tiga objektif utama dalam kajian yang dijalankan iaitu untuk mengenal pasti kategori ajaran sesat dan ciri-cirinya ,objektif kedua ialah untuk 1 | Page

Upload: muits

Post on 09-Jul-2016

144 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian secara umum.

TRANSCRIPT

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Isu ajaran sesat bukanlah sesuatu perkara asing dalam kamus kehidupan manusia

terutama umat Islam pada masa kini kerana ia datang seiringan dengan kehidupan harian

manusia. Namun ,terdapat ramai manusia khususnya umat Islam mudah terjebak dengan

ajaran sesat kerana ajaran ini sudah tersebar luas pada masa kini. Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di bumi

Malaysia ini.

Menyedari hakikat ini ,pengkaji berminat untuk memilih dan mengkaji tajuk ajaran

sesat ini sebagai bahan penulisan ilmiah untuk mengetahui sedalam mungkin berkaitan ajaran

sesat yang terdapat di Malaysia. Selain itu ,kajian ini serba sedikit membantu umat Islam

memartabatkan kembali kedudukan Islam sebagai umat terbaik dalam kehidupan di dunia

mahupun di akhirat kelak.

Pengkaji menggariskan tiga objektif utama dalam kajian yang dijalankan iaitu untuk

mengenal pasti kategori ajaran sesat dan ciri-cirinya ,objektif kedua ialah untuk mengenal

pasti ciri-ciri daya tarikan kumpulan ajaran sesat ,dan objektif ketiga berkaitan faktor

berlakunya ajaran sesat di Malaysia khususnya. Pengkaji juga menceritakan dan mengupas

serba sedikit tentang faktor-faktor penyebaran ajaran sesat yang terdapat di Malaysia dengan

lebih jelas dan terperinci.

Dalam mengenal pasti kategori ajaran sesat dan ciri-cirinya ,pengkaji mendapati

terdapat banyak kategori ajaran sesat yang terdapat di Malaysia yang bercanggah dengan

konsep akidah Ahli al-Sunnah Wal Jamaah iaitu ajaran rasmi umat Islam di Malaysia. Ciri-

1 | P a g e

ciri setiap kategori ajaran sesat disingkap agar umah Islam lebih mengerti dan memahami

tentang setiap kewujudan ajaran sesat itu sendiri.

Pengkaji juga mengkaji ciri-ciri daya tarikan setiap kumpulan ajaran sesat kerana setiap

ajaran sesat yang dikaji mempunyai daya tarikan yang berbeza-beza. Ajaran sesat juga

merupakan ajaran yang tidak mencapai matlamat yang ditetapkan sehingga sesuatu ajaran itu

dikategorikan ajaran sesat meskipun diasaskan oleh para alim ulama misalnya. Oleh

itu ,pengkaji mengkaji daya tarikan yang ada pada setiap ajaran sesat di Malaysia supaya

umat Islam mudah memahami dan membezakan yang sahih dan palsu.

Pengkaji juga menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan penyebaran ajaran

sesat dalam kalangan masyarakat Islam secara mendalam dan terperinci agar pihak yang

berkaitan dan bertanggungjawab dapat mengambil langkah susulan bagi menyekat dan

mengatasi setiap punca ajaran sesat yang berlaku. Kajian ini sebenarnya sangat penting di

laksanakan sebagai satu langkah awal bagi mendapatkan pemikiran dan pemahaman yang

menyeluruh mengenai perkembangan ajaran sesat di Malaysia khususnya.

Ibnu Umar r.a. berkata, “Berhati-hatilah terhadap agamamu, sebab ia adalah darah

dagingmu. Lihatlah dari mana kamu mengambilnya. Ambillah dari orang yang istiqamah

dan janganlah kamu mengambil dari orang yang menyeleweng.” (al-Kifayah, hlm. 121).

Kata-kata dari sahabat dan tabiien ini menekankan agar kita mengambil ilmu dari orang yang

berterusan isitiqamah dengan akidah yang jelas kerana ilmu yang dipelajari akan diamalkan

dalam kehidupan harian manusia. Sekiranya kita mengambil ilmu dari para penyeleweng

sudah tentu kita akan menjadi sesat dan jauh dari akidah yang digariskan dalam agama Islam.

Imam al-Nawawi dalam menjelaskan jenis-jenis ghibah yang diharuskan, beliau

berkata; “Di antara ghibah yang mubah ketika seseorang melihat orang alim sering

mengunjungi ahli ajaran sesat atau fasik untuk mengambil ilmu dan dikhuatiri akan

2 | P a g e

memberikan pengaruh buruk kepada orang alim tersebut, maka boleh bagi orang tersebut

memberi nasihat dengan menceritakan perihal peribadinya dengan syarat hanya untuk

tujuan nasihat.” (Riyadh al-Shalihin, hlm. 530). Dari kenyataan Imam al-Nawawi ini, kita

dilarang mengambil sesuatu ilmu dari ahli ajaran sesat sehinggakan jika ada seorang alim

sering berkunjung kepada seorang ahli ajaran sesat, maka kita wajib menegurnya, meskipun

dengan cara ghibah iaitu cara yang kasar dan kata-kata yang tidak disukai oleh mereka.

Setelah kajian dijalankan ,terbukti kes ajaran sesat di Malaysia bukanlah suatu kes

yang boleh ditangani dengan mudah dan dalam jangka masa yang pendek kerana ia sudah

menyentuh kehidupan tingkah laku harian masyarakat Islam khususnya. Gejala ajaran sesat

sering mengelirukan pemikiran dan pemahaman masyarakat Islam dengan persoalan tanpa

sebarang jawapan yang memuaskan.

3 | P a g e

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini ,pengkaji telah mengenal pasti beberapa permasalahan

kajian yang sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai cabaran kepada pengkaji untuk

meneruskan kajian ini. Permasalahan kajian penting dalam setiap kajian supaya pengkaji

dapat menjalankan kajian dan menyelesaikan permasalahan yang dikaji tersebut. Oleh

itu ,kajian ini menggariskan beberapa permasalahan kajian iaiatu :

i) Terdapat banyak kategori ajaran sesat yang terdapat di Malaysia yang semakin

tersebar mengikut peredaran zaman. Oleh itu ,nyatakan dan jelaskan antara

kategori ajaran sesat yang terkenal di Malaysia?

ii) Setiap ajaran sesat yang di perkenalkan mempunyai ciri-ciri daya tarikan yang

berbeza dan tersendiri mengikut kategorinya. Jadi ,apakah ciri-ciri daya tarikan

sesuatu ajaran sesat yang mampu menarik segolongan masyarakat Islam yang

mengamalkannya?

iii) Semua perkara yang berlaku di muka bumi ini mempunyai sebab dan faktor yang

tersendiri. Oleh itu ,apakah faktor berlakunya ajaran sesat di Malaysia dan

jelaskan dengan lebih jelas dan terperinci?

4 | P a g e

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif utama kajian seperti yang dinyatakan

di bawah. Antaranya :

i) Mengenal pasti kategori ajaran sesat dan ciri-cirinya di Malaysia secara lebih

mendalam dan jelas.

ii) Mengenal pasti ciri-ciri daya tarikan kumpulan ajaran sesat yang terdapat di

Malaysia.

iii) Menyatakan faktor-faktor penyebaran ajaran sesat di Malaysia secara terperinci

dan lebih mudah difahami.

5 | P a g e

1.4 METADOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan beberapa kaedah dalam memperolehi maklumat berkaitan tajuk

kajian. Antaranya :

i) Kaedah merujuk Al-Quran

Pengkaji menjadikan rujukan al-Quran sebagai sumber rujukan pertama dalam

menyiapkan kajian ini. Pengkaji membaca dan meneliti beberapa ayat al-Quran

yang berkaitan dengan ajaran sesat beserta dalil-dalilnya untuk dijadikan bukti

pengkaji menjalankan kajian ini.

ii) Kaedah perpustakaan

Pengkaji menjadikan kaedah perpustakaan sebagai sumber kedua dalam kajian ini.

Kaedah penyelidikan perpustakaan dilakukan untuk memperolehi maklumat yang

berkaitan dengan objektif kajian. Dalam usaha mendapatkan maklumat ,pengkaji

telah memanfaatkan bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.

iii) Kaedah melayari laman sesawang

Pengkaji menjadikan kaedah laman sesawang sebagai sumber ketiga iaitu

pengkaji mencari maklumat tambahan secara rawak di laman sesawang internet

melalui blog-blog yang ditulis oleh pengkaji sebelum ini. Pengkaji juga

menggunakan kaedah audio visual dengan melihat video ajaran sesat agar

pengkaji dapat memantapkan lagi kajian ini dengan baik dan mencapai objektif.

6 | P a g e

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang diambil kira iaitu :

i) Kajian ini penting dilakukan kerana dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan

yang lebih mendalam kepada semua masyarakat khusunya umat Islam di

Malaysia.

ii) Kajian ini dapat membetulkan fahaman masyarakat Islam berkaitan ajaran sesat

dan memantapkan penjelasan tentang hukum sesuatu perkara dengan lebih jelas

dalam pemikiran masyarakat Islam.

iii) Kajian ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang punca berlakunya sesuatu

ajaran sesat supaya masyarakat Islam dapat mengambil langkah untuk mengelak

dari terjebak dalam ajaran sesat tersebut.

7 | P a g e

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi dalam kajiannya yang bertajuk “Ajaran Sesat di

Terengganu” cetakan pertama (2009) telah mengupas serba sedikit berkaitan isu ajaran sesat

yang terdapat di Malaysia khususnya di Terengganu. Pengkaji menceritakan sejarah

perkembangan ajarah sesat bermulanya di negeri tersebut bagi menjelaskan kronologi ajaran

sesat di Terengganu. Hasil dari kajian ini dapat disimpulkan bahawa ajaran sesat tersebar luas

di negeri-negeri dalam Malaysia dan terdapat banyak jenis ajaran sesat yang tersebar luas di

Malaysia seperti Al-Arqam , Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau/ Ayah Pin ,Ajaran Husin

Ali ,Ajaran Cerang Meliling ,dan banyak lagi yang disenaraikan dalam kajiau beliau. Kajian

ini telah menjelaskan beberapa faktor berlakunya ajaran sesat di kawasan kajian iaitu di

Terengganu.

Kor Agama Angkatan Tentera Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur telah

menerbitkan sebuah buku berjudul “ Ajaran Sesat (Satu Ancaman Terhadap Keselamatan

Negara) cetakan pertama (1995) telah mengupas beberapa isu berkaitan ajaran sesat seperti

Ajaran Crypto ,Kumpulan Al-Arqam ,Kumpulan Tarekat ,Ajaran Taslim ,dan Ajaran

Batiniah. Hasil kajian ini mendapati kajian ini tidak menfokuskan kepada setiap ajaran sesat

yang terdapat di Malaysia namun hanya menfokuskan dan menceritakan beberapa jenis

ajaran sesat yang terkenal sahaja secara tidak menyeluruh.

Namun ,kajian yang sedang dijalankan itu masih belum disentuh secara mendalam dan

terperinci. Oleh hal yang demikian ,pengkaji akan mengupas lebih mendalam isu ajaran sesat

di Malaysia tidak khusus kepada negeri Terengganu sahaja. Selain itu ,pengkaji akan

menghuraikan secara lebih terperinci berkaitan faktor penyebaran ajaran sesat secara

menyeluruh di Malaysia.

8 | P a g e

BAB 3.0 ANALISIS KAJIAN

Ajaran sesat adalah satu istilah yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia

sejak kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media arus perdana di

Malaysia. Namun demikian ,masih terdapat istilah dan definisi lain yang juga digunakan

dalam media hari ini yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ajaran sesat iaitu

ajaran salah ,pencemaran ,dan penyelewengan akidah.

Ajaran sesat juga boleh didefinisikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa

oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan

tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya

ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al Quran

dan al Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengkaji pula berpendapat bahawa ajaran sesat sukar ditentukan dengan jelas kerana

ajaran sesat boleh didefinisikan sebagai sesuatu ajaran yang menjadi sesat kerana ajaran yang

dibawa tidak mencapai matlamat utama ajaran yang diasaskan itu. Oleh itu ,setiap ajaran

sesat yang terdapat di Malaysia sukar dikenal pasti dengan lebih sahih dan tepat.

Menurut Tafsir Pimpinan Ar Rahman ,Halaman 45 ,orang-orang yang sesat ialah

orang-orang yang tidak berpengetahuan agama yang betul kerana dipelajari dengan tidak

menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Masyarakat Islam di negara ini merupakan masyarakat yang terbuka dan penuh dengan

sikap toleransi. Justeru pengaruh luar begitu mudah diterima dan mempengaruhi keadaan

sekitar masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan salah ini

9 | P a g e

selain daripada anak tempatan juga terdiri daripada yang datang dari luar negeri. Mereka

menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti

yang agak berbeza dengan orang awam, sama ada dari segi rupa paras, bentuk pakaian dan

tingkah laku (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007: 140).

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku ! Engkau telah menjadikan daku sesat,

(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam

dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di

antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

(Surah al-Hijr; 15: 39-40)

Jadual dibawah menunjukkan taburan negeri dalam Malaysia berserta ajaran sesat yang

terdapat di negeri-negeri yang di senaraikan di bawah.

TABURAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Johor Ajaran Taslim

Ajaran Abu Bakar Bapu

Al-Arqam

Ajaran Wak Hambali

Tarikat Kabulani

Pendakwa Lima

Ajaran Saleh Salim

Ajaran Mohammad Nasir Ismail

Melaka Ajaran Tarikatul Islam

Al-Arqam

10 | P a g e

Negeri sembilan Tarikat Nurul Zaman

Al-Arqam

Selangor Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol

Al-Arqam

Tarikat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya

Tarikat Mufarridiyah Syeikh Makmum

Ajaran Nordin Puteh

Ajaran Wahdatul Wujud

Ajaran Rohaniah M.Z. Affendi

Ajaran Crypto

Ajaran Haji Kahar

Wilayah persekutuan Al-Arqam

Ajaran Nordin Puteh

Ajaran Syeikh Abdullah

Tarikat Islam

Anti Hadith

Wahdatul Wujud

Ilmu Mentauhidkan Allah

Wali Sembilan

Perak Tarikat Ahmadiah Syazaliah

Tarikat Sakratul Maut

Ajaran Mariam Saharudin

Ajaran Ishak Saad

11 | P a g e

Ajaran Tok Ayah

Ajaran Muhammad Ya

Al-Arqam

Ajaran Ustaz Mahmud

Ajaran Sheikh Radhi

Kedah Tarikat Aurad Ismailiah

Al-Arqam

Ajaran Taslim

Pulau Pinang Ajaran Taslim

Al-Arqam

Ajaran Crypto

Anti HadithPerlis Al- Arqam

Kelantan Ajaran Subud

Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana

Al-Arqam

Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau /Ayah Pin

Ajaran Che Maimun

Ajaran Empat Sahabat

Ajaran Haji Muhammad Yamim Ab. Rahman

Ajaran Tok Ayah Selamat

Ajaran Maidin Mamat

Ajaran Wan Umar

Ajaran Md. Noor

12 | P a g e

Ajaran Daud Majid

Ajaran Wan Ismail Wan Hassan

Ajaran Saufi Lembek

Ajaran Pak Teh Selamat

Tarikat Mufaridiyah

Terengganu Al-Arqam

Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau/ Ayah Pin

Ajaran Husin Ali

Ajaran Cerang Meliling

Pahang Ajaran Abu Darsan

Al-Arqam

Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

Sabah Al-Arqam

Ajaran Pak Uyut

Sumber : Ajaran sesat (Satu ancaman terhadap keselamatan Negara) ,Kor Agama Angkatan Tentera : xix-xxi

13 | P a g e

3.1 KATEGORI AJARAN SESAT DAN CIRI-CIRINYA

Ruang lingkup bagi ajaran sesat adalah amat luas dan besar. Ia merangkumi seluruh

aspek kehidupan manusia seperti aspek kepercayaan ,adat ,budaya

hidup ,muamalat ,ibadat ,politik , ekonomi ,dan sebagainya.

Terdapat tiga kategori utama ajaran sesat yang telah di selidik oleh Bahagian

Penyelidikan Islam (JAKIM) iaitu bentuk ajaran baru ,bentuk ajaran tarekat ,dan bentuk

ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung kait dengan perkara-perkara

mistik dan budaya hidup (Pusat Penyelidikan Islam 1980 ,5)

Bentuk Ajaran Baru menurut Muhammad Uthman el-Muhammady bermaksud ajaran

yang mengancam kemurnian akidah umat Islam terbahagi kepada dua bentuk ,iaitu ancaman

fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi dan ancaman fahaman dan kepercayaan

moden.

Kepercayaan yang berbentuk ancaman tradisi berbentuk fahaman zindik yang

bermaksud orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislamannya yang

mempunyai ajaran Tuhan dalam diri atau tubuh manusia yang dikenali sebagai fahaman

Jabariyyah.

Menurut Muhammad Uthman el-Muhammady ,definisi ancaman kepercayaan moden

seperti ancaman fahaman yang dicipta oleh manusia sendiri ,seperti fahaman sekularisme

yang memisahkan urusan agama dari kehidupan

dunia ,materialistik ,saintisme ,komunisme ,kapitalisme ,dan liberalisme.

Kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia khususnya memandang remeh tentang

setiap punca ajaran sesat yang dibawa sedangkan ajaran ini bertentangan dengan akidah

Islam. Mereka menganggap setiap perbuatan buruk mereka tidak dikategorikan sebagai sesat

14 | P a g e

sedangkan Islam melarang umatNya melakukan perbuatan keji walau sebesar zarah

sekalipun. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

الحياة في سعيهم ضل ذين ال أعماال باألخسرين ئكم ننب هل قل

صنعا يحسنون هم أن يحسبون وهم الدنيا

“Mahukah kalian kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal

perbuatan mereka? Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka

semasa hidup mereka di dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu

adalah baik.” (Surah Al-Kahfi. 18: 103-104)

Kategori ajaran sesat yang kedua pula ialah Ajaran Sesat Tarekat. Hampir keseluruhan

ajaran sesat berselindung di sebalik ajaran tarekat dan tasawuf sehingga menyalahgunakan

nama tarekat terkenal seperti Tarekat Ahmadiyyah ,Tarekat Naqshabandiyyah ,Tarekat

Shadhiliyyah ,Tarekat Qadiriyah ,Tarekat Shattariyyah ,dan sebagainya dengan cara yang

bertentangan dengan hukum syarak. (Abdulfatah Haron 1994 ,1).

Namun ,adakalanya nama tarekat diambil sempena nama pengasas ajaran tersebut

kemudian digabungkan dengan nama kumpulan tarekat yang terkenal sebagai suatu

pendekatan untuk mengelirukan masyarakat Islam bahawa ajaran yang dibawa oleh mereka

adalah ajaran yang sesat dan jauh terpesong daripada ajaran Islam. Antara contoh atau ciri-

ciri ajaran sesat jenis ini ialah penyelewengan terhadap istilah-istilah tasawuf yang secara

terang bercanggah dengan syarak. Selain itu ,istilah-istilah falsafah kebatinan dan takwil

tasawuf yang menyimpang jauh daripada kebenaran dari segi akidah dan ibadah. Di samping

ajaran itu menganjurkan pengikutnya agar meringankan atau tidak melaksanakan amalan

ibadat dan kewajipan syarak yang dituntut dan tidak segan silu melakukan maksiat. Lebih

15 | P a g e

jauh ,ajaran sesat itu juga telah membentuk gerakan politik bawah tanah yang boleh

menggugat keharmonian umat Islam ( ‘Umar Farukh 1983 ,516).

Ibnu Abd al-Bar menukilkan perkataan Imam Malik, “Tidak boleh mengambil ilmu dari

empat orang; 1. orang yang sangat dungu, 2. ahli Ajaran Sesat yang mengajak kepada

ajarannya, 3. orang yang dikenal suka berdusta kepada manusia meskipun tidak

mendustakan hadith Nabi s.a.w. dan 4. dari orang yang soleh yang tidak tahu status

hadith yang diriwayatkan.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, hlm. 348)

Kategori ajaran sesat yang terakhir ialah ajaran sesat kepercayaan berhubung

dengan perkara mistik dan budaya hidup. Ajaran jenis ini merupakan ajaran yang biasa

dan mudah diterima dalam kalangan masyarakat Islam kini. Ajaran ini seperti ajaran

khurafat ,bidaah ,dan syirik.

Khurafat bermaksud sesuatu perkara yang direka oleh segolongan manusia seperti

mempercayai sesuatu sebab berlakunya masalah dan menganggap setiap masalah yang

menimpa adalah sebagai petanda buruk atau baik dalam kehidupan manusia ,selain amalam

meramal nasib ,memuja haiwan, tumbuhan atau memuja selain daripada Allah juga temasuk

dalam kategori khurafat. Bidaah pula bermaksud sesuatu perkara yang ditambah-tambah

dalam melakukan ibadat sedangkan tidak di ajarkan oleh Rasulullah kepada umatNya.

Manakala definisi syirik pula adalah menyekutukan atau menduakan Allah dengan cara tidak

melakukan ibadat wajib yang telah diwajibkan kepada diri mereeka sebagai umat Islam.

Sebagai contoh amalan tersebut dalam masyarakat Islam di Malaysia ialah amalan

kebal dalam persilatan. Sebahagian pengamal silat mendakwa hanya melalui amalan silat

sahaja seseorang itu boleh menjadi kebal. Semasa memulakan persembahan seni

silat ,upacara yang mempunyai unsur meditasi dan pemujaan roh akan dilakukan. (Norazit

Selat 1983 ,164-165).

16 | P a g e

Selain itu ,masyarakat Islam khususnya mudah memepercayai setiap sesuatu hal yang

berlaku membawa maksud tertentu seperti ayam berkokok , pinggan atau gelas pecah ,adat

api membakar ,adat air membasah ,dan sebagainya. Ibnu Abd al-Bar meriwayatkan pendapat

Abdullah bin Mas’ud r.a.:“Manusia akan selalu dalam keadaan baik, selama mereka mahu

mengambil ilmu dari para pembesar mereka dan jika mereka mengambil dari ashaghir

dan buruk, mereka pasti hancur.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, hlm. 248). Hal ini menjelaskan

bahawa sekiranya manusia memilih untuk menuntut sesuatu ilmu yang baik ,nescaya dia akan

berada dalam kehidupan yang baik manakala sekiranya manusia memilih untuk ilmu yang

salah nescaya mereka akan hancur binasa.

3.2 CIRI-CIRI DAYA TARIKAN KUMPULAN AJARAN SESAT

Terdapat banyak ciri daya tarikan mengikut kumpulan ajaran sesat yang terdapat di

Malaysia yang dapat dirumuskan dalam kajian ini. Pengkaji mendapati setiap daya tarikan

yang menyebabkan berlakunya ajaran sesat merupakan daya tarikan yang mudah dan sering

kita lihat dengan mata kasar.

Ciri-ciri ajaran yang pertama ialah mudah dan senang diikuti menyebabkan segelintir

masyarakat pada hari ini tertarik untuk mendalami ajaran ini sedangkan ajaran yang ingin

dipelajari mereka adalah suatu ajaran yang sesat dan terpesong daripada akidah Islam.

Masyarakat pada zaman sekarang lebih gemar melakukan sesuatu hal yang mudah tanpa

mengetahui sejauh mana kebenaran setiap ilmu yang dipelajari tersebut. Hal ini dapat

dibuktikan lagi apabila Ismail Mohamad 2003 ,menyatakan kebanyakan ajaran sesat muncul

mengajarkan bahawa amalan berat yang mesti dilakukan dalam ajaran Islam sebenar tidak

perlu dilakukan. Ia sudah cukup dengan berniat sahaja. Dengan demikian ,ajaran itu

17 | P a g e

melepaskan para pengikutnya daripada tanggungjawab menurut agama Islam seperti solat

lima waktu ,puasa ,zakat ,dan menunaikan haji.

Dalam satu hadith yang lain ,Rasulullah s.a.w. juga bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya agama Islam itu adalah mudah dan tidak ada seseorang yang lebih suka

mengambil sikap berat dalam agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka

perbetulkanlah ,perdekatkanlah ,berikanlah khabar gembira dan gunakanlah waktu pagi

dan petang serta sedikit daripada akhir waktu malam.”

Ciri-ciri lain daya tarikan kumpulan ajaran sesat ialah imej ajaran sesat yang

terselindung. Imej yang dibawa oleh kumpulan ajaran sesat berselindung dengan ajaran yang

ingin disampaikan mereka. Mereka berperwatakan seperti para alim ulama dengan

menggunakan istilah-istilah bahasa Arab yang mampu mengelirukan masyarakat Islam yang

kurang berpengetahuan tentang bahasa yang disampaikan itu mudah terpengaruh dengan

ajaran tersebut. Menurut Shukri Ali 2003 ,kemasukan unsur mitos dan magis adalah unsur

yang penting bagi ajaran sesat. Unsur mitos akan menyebabkan ahli kumpulan itu merasakan

mereka adalah lebih istimewa berbanding dengan masyarakat sekeliling mereka. Malahan

ketua kumpulan akan berhujah bahawa mereka ini adalah golongan pilihan.

Potongan ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa “Maka janganlah kamu mengadakan

bagi Allah ,tandingan-tandingan ,padahal kamu semua mengetahui (kekuasaan Allah dan

kemukjizatan al-Quran (2:22)” Hal ini jelas menunjukkan hanya Allah yang Maha Berkuasa

dalam apa jua hal di muka bumi ini dan al-Quran merupakan mukjizat yang paling baik buat

umat untuk terus beramal denganNya.

18 | P a g e

Berikutnya adalah daya tarikan berdasarkan ciri kerahsian ajaran sesat. Persepsi

masyarakat yang mudah terpengaruh dengan kata-kata janji menyebabkan ajaran sesat

mampu menarik segelintir masyarakat untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Dalam konteks ini ,pengasas ajaran sesat akan melakukan upacara angkat sumpah taat setia

supaya pengikutnya tidak membocorkan rahsia ajaran mereka. Hal ini telah menarik

segolongan masyarakat Islam untuk mempercayai ajaran yang diserap dalam diri mereka

secara perlahan-perlahan sehingga memesongkan akidah mereka tanpa mereka menyedari.

Menurut Zaiton Embong 2003 ,kerahsian ajaran sesat tidak dapat dikesan apabila ajaran

tersebut hanya tersebar dalam lingkungan antara orang yang sudah terpengaruh ,orang yang

mempunyai hubungan persaudaraan seperti isteri ,anak ,adik-beradik ,kaum keluarga ,dan

sahabat-sahabat karib yang dipercayai. Dalam konteks hubungan kekeluargaan dan

persahabatan ini ,wujud unsur kasih sayang yang sangat tinggi daripada orang yang

dipengaruhi terhadap orang yang sudah terlibat dengan ajaran sesat. Justeru ,dengan adanya

unsur hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang erat ini ,maka penyebaran ajaran sesat

dapat menyampaikan ajaran mereka dengan begitu mudah sekali.

Dalam potongan ayat al-Quran di atas maksudnya “ Namun sekiranya kamu masih lagi

dalam keraguan (dan tetap mahu bertanding dengan Allah) tentang apa yang Kami

turunkan(ayat-ayat al-Quran) kepada hamba kami ,maka datangkanlah satu surah yang

sebanding dengannya dan ajaklah pendukung-pendukung kamu selain dari Allah ,jika

kamu adalah orang-orang yang benar 2:23)”

19 | P a g e

Seterusnya ,ciri-ciri daya tarikan ilmu pengetahuan pengasas ajaran sesat yang

tinggi juga merupakan satu daya tarikan kepada pengikutnya. Hal ini kebanyakan berlaku

kepada golongan masyarakat yang cetek ilmu agamanya. Mereka akan mudah menerima

setiap ilmu yang diajari kepada mereka dan mereka akan mempercayainya ilmu tersebut

tanpa syubhah. Hal ini menyebabkan pengamal ajaran sesat semakin tersebar luas di seluruh

negeri dalam Malaysia. Kajian juga menunjukkan bahawa masih ramai masyarakat yang

masih tidak memahami dengan sebaiknya kedudukan sebenar sesuatu isu akidah daripada

perspektif Islam. Antaranya isu dosa besar ,perkara ghaib ,konsep kenabian , sumber ilmu

akidah ,qada’ dan qadar dan berbagai lagi.

3.3 FAKTOR PENYEBARAN AJARAN SESAT

Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya surah Al-Kahfi ayat

103-106 ,yang maksudya : “ Katakanlah (Wahai Muhammad) mahukah ,Kami khabarkan

kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal perbuatanya?”

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini ,sedang

mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka

lakukan”

“Merekalah orang-orang kufur ,ingkar akan ayat-ayat Allah dan akan diketemui

denganNya ,oleh itu gugurlah amal-amal mereka ,maka akibatnya Kami (Allah) tidak

akan memberi sebarang timbang ntuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak”

“(Mereka yang bersifat) demikian , balasannya neraka jahanam ,disebabkan mereka

kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu(Allah) dan Rasul-RasulKu sebagai

olok-olok atau ejekan”

20 | P a g e

Hal ini menunjukkan ajaran sesat berlaku kerana adanya punca atau faktor sesuatu

ajaran itu menjadi sesat dan tersebar luas di Malaysia. Faktor-faktor yang dinyatakan serba

sedikit menunjukkan bukti sesuatu ajaran sesat itu tersebar meluas. Antaranya ialah

kelemahan spiritual. Kekurangan ilmu spiritual seperti kurangnya melaksanakan ibadah

wajib dan sunat yang digariskan dalam ajaran Islam ,kurang berzikir memuji Allah ,tidak

beramal dengan ajaran Islam secara berterusan mampu menyebabkan ilmu spiritual hilang

dalam diri seseorang umat. Apabila ilmu spiritual tiada dalam diri umat ,pengaruh dan anasir

sesat mudah menyerap masuk dalam diri mereka sehingga memesongkan mereka.

Sikap mudah terpengaruh juga merupakan salah satu faktor berlakunya ajaran sesat

dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian ,manusia mempunyai sifat semula jadi yang

lembut hati untuk menerima pelbagai pandangan yang mereka pelajari. Sikap mudah

terpengaruh biasanya terdiri dalam kalangan sahabat baik dan ahli keluarga. Hal ini demikian

kerana manusia lebih mudah mempercayai setiap yang diperkatakan melalui orang yang

terdekat dengan kehidupan mereka. Sekiranya terdapat sahabat mahupun ahli keluarga

mereka yang mengamalkan ajaran sesat ,ianya tidak mustahil sekiranya mereka mungkin juga

terjebak dalam ajaran sesat tersebut. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Agama

seseorang itu berada di bawah pengaruh temannya. Maka hendaklah dilihat siapa yang

menjadi temannya.” Keterangan lain menjelaskan bahawa jika kita bersahabat dengan orang

yang kotor, kekotoran seseorang itu turut terpalit kepada kita. Dan jika kita bersahabat

dengan penjual minyak wangi, maka kewangian itu juga turut mewangikan kita.

Selain itu adalah faktor penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan tidak

berkesan turut menjadi punca berlakunya ajaran sesat di Malaysia. Hukuman terhadap

pengamal ajaran sesat iaitu sebanyak RM 3000 dan 5 tahun penjara atau 6 kali sebatan sudah

tidak releven lagi pada zaman ini dan perlu ditambah baikkan dengan lebih efektif.

Perlembagaan Malaysia mengehadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya kepada

21 | P a g e

perkara berhubung dengan kesalahan yang tidak disebut dalam senarai Undang-undang

Persekutuan (Ahmad 1992 ,73). Dari sini ,jelas bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa

secara meluas untuk menjatuhkan sesuatu hukuman. Kuasanya dikawal oleh Perlembagaan

yang menyekat dan mengehadkannya melalui akta-akta peruntukan Perlembagaan (Mahmud

Saedon 1998 ,237). Di dalam ayat yang lainnya ,Allah berfirman yang bermaksud : “Hai

orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang

telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas.” (Al-Maidah :87).

Seterusnya ialah faktor pendidikan yang lemah. Pendidikan merangkumi dua

kategori iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal bermaksud

pendidikan yang diajar di sekolah merangkumi aspek-aspek nilai murni dan kemahiran.

Pendidikan tidak formal pula bermaksud pendidikan yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja

di mana-mana sahaja. Menurut Hasan Langgulung ,pendidikan merujuk kepada perbuatan

mendidik ,melatih ,dan mengajar. Tetapi dalam erti yang luas bermaksud memindahkan nilai

kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat. Dari sini dapat dimengerti pendidikan

itu bermacam-macam proses ,tetapi pada dasarnya proses pemindahan nilai kebudayaan

daripada suatu masyarakat kepada setiap individu adalah melalui proses pengajaran ,proses

latihan ,dan proses indoktrinasi yang bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup.

Oleh itu ,pendidikan yang di ajar kepada setiap individu penting dalam memartabatkan ilmu

pengetahuan seseorang. Pendidikan berkaitan ilmu agama amat penting diajar dan dilatih

sejak dari kanak-kanak sehingga meningkat dewasa. Hal ini kerana ,ilmu yang dipelajari

apabila tidak diamalkan akan menjadi sesuatu perkara yang sia-sia. Sekiranya ,kurang ilmu

agama berkaitan akidah nescaya masyarakat akan mudah terjabak dalam gejala tidak

bermoral seperti ajaran sesat ini.

22 | P a g e

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa

yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan

jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya

kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan

sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh

makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam

air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang

mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka

sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak” (Hadis sahih, diriwayatkan

oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

23 | P a g e

BAB 4 KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan iaitu ajaran sesat di Malaysia telah memenuhi objektif kajian

yang dinyatakan dan telah menjawab permasalahan kajian yang dinyata oleh pengkaji.

Analisis kajian menunjukkan terdapat tiga kategori utama ajaran sesat di Malaysia yang

dikenalpasti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu bentuk ajaran

baru ,bentuk ajaran tarekat ,dan bentuk ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang

berhubung kait dengan perkara-perkara mistik dan budaya hidup. Pengkaji telah

menghuraikan secara terperinci setiap kategori ajaran sesat tersebut dalam ruangan analisis

kajian.

Ajaran sesat juga mempunyai beberapa daya tarikan yang tersendiri termasuklah

mudah dan senang diikuti ,imej ajaran sesat yang terselindung ,kerahsiaan ajaran sesat ,dan

ilmu pengasas ajaran sesat yang tinggi. Setiap daya tarikan ajaran sesat mempunyai ciri-

cirinya yang tersendiri dan telah dikupas serba sedikit dalam ruangan analisis kajian.

Pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya

penyebaran ajaran sesat. Antaranya ialah faktor kelemahan spiritual ,sikap mudah

terpengaruh ,penguatkuasaan undang-undang yang lemah ,dan faktor kelemahan pendidikan

formal dan tidak formal. Setiap faktor yang dinyatakan oleh pengkaji mempunyai punca-

punca yang boleh diatasi sekiranya pihak berkuasa mengambil peranan masing-masing dalam

menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

24 | P a g e

5.0 BIBLIOGRAFI

1-SUMBER AL-QURAN DAN HADIS

Al-Kifayah. Halaman 121.

Riyadh al-Shalihin. Halaman 530.

Surah al-Hijr (15 : 39-40).

Surah al-Kahfi (18 : 103-104).

Jami’ Bayan al-Ilmi. Halaman 348.

Jami’ Bayan al-Ilmi. Halaman 248.

Hadis sahih diriwayatkan oleh Ahmad Abu Dawud ,Attarmizi ,Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban.

2-SUMBER RUJUKAN BERCETAK

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. Ajaran Sesat di Terengganu (2009).Universiti Darul Iman

Malaysia.

Kor Agama Angkatan Tentera. Ajaran Sesat Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara.

(1995).Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur. Halaman xix-xxi.

Abdulfatah Haron Ibrahim ,Prof.Dr.1993.Ajaran Sesat.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Engku Ahmad Zaki Alwi.2000.”Program Pengajian Usuluddin di KUSZA”.(Kertas Kerja

Wacana Pemikiran Islam VIII Anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah ,Fakulti

Pengajian Islam ,UKM di UKM ,Bangi,6 September 2000)

25 | P a g e

Pusat Penyelidikan Islam.1980.”Ajaran Sesat dan Langkah-langkah Mengatasinya”(Kertas

Kerja Persidangan Ketua-ketua Jabatan Ugama Islam Malaysia kali ke-16)

Muhammad Uthman al-Muhammadi.1976.Peradaban dalam Islam,Kota Bahru:Pustaka

Aman Press.

Norazit Selat.1983.”Penaung di Dalam Masyarakat Melayu :Tradisi dan Moden”,dalam

Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff ,Kajian Budaya dan Masyarakat di

Malaysia.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

26 | P a g e