ahmad zuhaidi yahya biodata - forest research institute ... · biodata dr ahmad zuhaidi ......

12
35 AHMAD ZUHAIDI YAHYA BIODATA Dr Ahmad Zuhaidi Yahya dilahirkan di Juasseh, Negeri Sembilan pada 12 November 1956. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Juasseh dan lulus Malaysian Certicate of Education (MCE) pada tahun 1975 dari Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ahmad Zuhaidi kemudian melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang Perhutanan, dan pada tahun kedua dan ketiga ditempatkan di Kolej Perhutanan Kepong (sekarang Unit Latihan Perhutanan) dan memperoleh Diploma Perhutanan pada tahun 1978. Meneruskan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), Serdang, pada tahun 1983–1986, kemudian ke Universiti Aberdeen, Scotland, pada tahun 1990–1991 dan Universiti Edinburgh 1997–2002 untuk pengajian ijazah sarjana dan kedoktoran. PERKHIDMATAN Sejarah kerjaya Ahmad Zuhaidi bermula dengan tugasan dalam bidang perladangan hutan sebagai Penolong Pegawai Perladangan di Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA 1978–1981), berpindah ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Johor Bahru dan Hulu Sedili, Johor sebagai Penolong Pengurus Ladang Hutan 1982–1983). Ahmad Zuhaidi mula berkhidmat di FRIM pada 1 Februari 1988 dan ditempatkan di Bahagian Perhutanan sebagai Pegawai Penyelidik Ladang Hutan di bawah pengawasan Dr Gerd Weinland dari Deutsche Gesellschaft fϋr Internationale Zusammernarbeit (GTZ). Sepanjang kerjayanya, Ahmad Zuhaidi telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada tahun 1999, 2003 dan 2006 dan telah dinaikkan pangkat ke gred Q48 pada 1 Januari 1996. Kemudian beliau ditawarkan untuk kenaikan pangkat Q54 pada tahun 2007. Pada 1 Januari 2007 Ahmad Zuhaidi dilantik sebagai Pengarah Program Hutan Ladang (kini Ahmad Zuhaidi bersama-sama keluarga di No 26, 2/3F, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang

Upload: lytram

Post on 11-Jul-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

35

AHMAD ZUHAIDI YAHYA

BIODATA

Dr Ahmad Zuhaidi Yahya dilahirkan di Juasseh, Negeri Sembilan pada 12 November 1956. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Juasseh dan lulus Malaysian Certifi cate of Education (MCE) pada tahun 1975 dari Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ahmad Zuhaidi kemudian melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang Perhutanan, dan pada tahun kedua dan ketiga ditempatkan di Kolej Perhutanan Kepong (sekarang Unit Latihan Perhutanan) dan memperoleh Diploma Perhutanan pada tahun 1978. Meneruskan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), Serdang, pada tahun 1983–1986, kemudian ke Universiti Aberdeen, Scotland, pada tahun 1990–1991 dan Universiti Edinburgh 1997–2002 untuk pengajian ijazah sarjana dan kedoktoran.

PERKHIDMATAN

Sejarah kerjaya Ahmad Zuhaidi bermula dengan tugasan dalam bidang perladangan hutan sebagai Penolong Pegawai Perladangan di Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA 1978–1981), berpindah ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Johor Bahru dan Hulu Sedili, Johor sebagai Penolong Pengurus Ladang Hutan 1982–1983). Ahmad Zuhaidi mula berkhidmat di FRIM pada 1 Februari 1988 dan ditempatkan di Bahagian Perhutanan sebagai Pegawai Penyelidik Ladang Hutan di bawah pengawasan Dr Gerd Weinland dari Deutsche Gesellschaft fϋr Internationale Zusammernarbeit (GTZ). Sepanjang kerjayanya, Ahmad Zuhaidi telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada tahun 1999, 2003 dan 2006 dan telah dinaikkan pangkat ke gred Q48 pada 1 Januari 1996. Kemudian beliau ditawarkan untuk kenaikan pangkat Q54 pada tahun 2007. Pada 1 Januari 2007 Ahmad Zuhaidi dilantik sebagai Pengarah Program Hutan Ladang (kini

Ahmad Zuhaidi bersama-sama keluarga di No 26, 2/3F, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang

36

Ketua Program). Beliau mula bertugas di bawah pengawasan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Dato’ Dr Abdul Razak Mohd Ali dan sekarang Dato’ Dr Abd Latif Mohmod. Manakala Pengarah-Pengarah Bahagian dan Program yang pernah menjadi ketua beliau ialah Dato’ Dr Wan Razali Wan Mohd, Dato’ Dr Darus Ahmad, Dr Zakaria Ibrahim, Dr Amir Husni Mohd Sharif, Dr Baskaran Krishnapillay, Dr Ab Rasip Ab Ghani, Dr Shamsudin Ibrahim dan sekarang Dr Norwati Muhammad.

Ahmad Zuhaidi memperoleh anugerah penyelidikan pertama pada tahun 1992 apabila ditawarkan menjalani latihan dalam perkhidmatan dalam bidang perladangan Reforestation Techniques and Plantation Management, Japan International Coorperation Agency (JICA) selama tiga bulan di Hatagaya, Jepun (1992), diikuti kemudian tawaran Fletcher Challenge Group selama tiga bulan pada tahun 1995 dalam bidang Perladangan Hutan, Reforestation for Commercial Logs Production di Tasman Forestry Limited, Rotorua, New Zealand.

Senario perladangan hutan di Malaysia sentiasa berkembang, dan pada tahun 2005, telah berpeluang untuk berkunjung semula ke New Zealand bersama-sama Ketua Pengarah FRIM melihat dan mempelajari teknik perladangan hutan untuk di praktikkan di Malaysia.

Latihan Perladangan Hutan 1995 di Tasman Forestry Limited, Rotorua, NZ

37

Lawatan bersama KP FRIM, ladang hutan pelbagai spesies, Rotorua, New Zealand

Kertas teknikal pertama yang diterbitkan oleh Ahmad Zuhaidi adalah pada tahun 1983, hasil daripada tesis ijazah sarjana beliau dan sejak itu beliau telah menerbitkan 21 penerbitan di dalam jurnal, 125 penerbitan di dalam prosiding, bab di dalam buku serta beberapa buku panduan. Antara buku dan bab yang ditulis oleh beliau ialah Tapping the Wealth from Karas (Aquilaria malaccensis) Tree, Malayan Forest Records No 50; FRIM Tapak Warisan Semula Jadi Negara; Technical Standard Operation Procedure, Forest Plantation Programme, Malaysian Timber Industrial Board; Directory

38

of Felled Trees, FRIM; Matrix Selected Plantation Species 2004; A Manual for Forest Plantation Establishment. Malayan Forest Records No 45; Monograph on Azadirachta excelsa, Research Pamphlet No 120 serta buku Panduan Penanaman dan Perladangan Spesies Ladang Hutan, Technical Information No. 37 dan 58.

Ahmad Zuhaidi juga telah dilantik sebagai penyunting beberapa prosiding kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang perladangan hutan. Antaranya ialah Tapping the Wealth from karas (Aquilaria malaccensis) Tree, Malayan Forest Records No 50; SOILS 2008; Proceedings of the International Agroforestry Conference (IAC) (2006): Harnessing the Benefi ts (transactions of the Malaysian Society of Plant Physiology Volume 15); Proceedings of National Seminar in Agroforestry, The Way Forward 2004 serta Proceedings of the International Workshop of BIO-Refor, Kangar 1994.

Pada tahun 2010 Ahmad Zuhaidi telah dianugerahkan tempat ke-3 penulis jurnal terbanyak di dalam JTFS sempena ulang tahun ke-25 FRIM pada Hari Inovasi FRIM; dan yang terbaharu salah seorang penulis bab di dalam buku FRIM Tapak Warisan Semula Jadi Negara yang memenangi Anugerah Buku Negara (Kategori Teknikal) pada 16 Disember 2010.

Ahmad Zuhaidi menerima Anugerah Penulis JTFS Terbanyak Sempena Ulang Tahun ke-25 FRIM

39

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran dalam bidang perladangan hutan tropika, beliau juga telah dilantik sebagai jururunding dan penasihat projek beberapa syarikat ladang hutan tempatan di Malaysia. Antaranya ialah:

1. Proposed Landscape (Tropical Rainforest Concept) for Bangi Development, Negara Properties (M) Sdn. Bhd

2. Perladangan pelbagai spesies TROPBIO Sdn Bhd di Negeri Sembilan 3. Rancangan Pengurusan Ladang Hutan Spesies Bermutu Tinggi

“Environmental Planting”, for Syarikat Duatiara Sdn Bhd, 20064. Sites Suitability for Dyera costulata Plantation, STAEDTLER Malaysia

Berhad 5. Working Plan of 10 000 ha Bukit Tarek and Rantau Panjang Forest

Reserve, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), 6. Sesbania Cultivation, Al-Noor Sugarmill in Sindh Province, Pakistan,

20087. Prosedur Operasi Standard Perladangan untuk Lembaga Kayu-Kayan

Malaysia (MTIB) 8. Perundingan Program Megascience Framework untuk Sustainable

National Development (2011–2050)— Sektor Pertanian untuk Akademi Sains Malaysia

9. Afforestation of Ex-Tin Mine Areas di Rahman Hydraulic Tin, Perak Ahmad Zuhaidi juga terlibat dalam perundingan projek ladang

hutan Sesbania acueleta di Al-Noor Sugarmill, MDF Division, Sindh Province, Pakistan.

Kepakaran Ahmad Zuhaidi juga telah diperakui di kalangan organisasi perladangan dan penyelidikan dan pada 7 Jun 2008, beliau dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Lembaga Forest Plantation Development Sdn Bhd (silih ganti) oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk tahun 2009 hingga 2010.

Di peringkat luar FRIM, beliau pernah memenangi anugerah pingat perak di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2007, UPM) bagi penyelidikan yang bertajuk The Effect of Line Thinning on the Growth and Yield of Plantation-Grown Azadirachta excelsa (Jack).

40

Kerja perundingan di Al-Noor Sugarmill, MDF Division, Sindh Province, Pakistan

41

Kerja perundingan pelbagai spesies ladang hutan TROPBIO Sdn Bhd, Negeri Sembilan

Ahmad Zuhaidi (dua dari kanan) bersama-sama Ahli Jemaah Lembaga Forest Plantation Development Sdn Bhd

42

Pengurniaan Darjah Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong 2008

SUMBANGAN ISTIMEWA

Sebagai Ahli Silvikultur Ladang Hutan, Ahmad Zuhaidi telah banyak mencurah bakti perladangan hutan bermula dari tahun 1997 terutamanya dalam kerja-kerja Reforestation of 75-ha Bukit Hari Experimental Areas. Ahmad Zuhaidi juga terlibat sepenuhnya dalam penubuhan Pilot Plantation Dyera costulata di Kemasul FR bersama-sama Staedtler (M) Berhad dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Penilaian semula projek tanaman jati oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) juga merupakan usaha beliau dalam menasihati PLUS untuk pembangunan dan hala tuju projek. Dengan penglibatan FRIM, PLUS telah berjaya mengurangkan kos operasi penjagaan jati dengan signifi kan. Terbaharu Ahmad Zuhaidi telah ditawarkan sebagai Penasihat Teknikal bagi cadangan projek perladangan hutan oleh Wong Sun Hing, Investment Limited, China di Bintulu, Sarawak.

43

Ahli Teknikal Perladangan Jelutong Staedtler

Di samping penasihat teknikal Ahmad Zuhaidi juga terlibat dengan beberapa projek penyelidikan di FRIM. Sejak 1989, beliau pernah menjadi ketua projek untuk lima projek penyelidikan di FRIM (IRPA & ESF) dan yang terbaharu ialah ketua projek bagi enam projek peruntukan dari Lembaga Industri Kayu-Kayan Malaysia (MTIB). Ahmad Zuhaidi juga telah dilantik sebagai ketua projek Inokulasi Karas bersama-sama penyelidik dari Bahagian Tumbuhan Ubatan untuk tahun 2011–2012. Beliau kerap dijemput membentangkan kertas kerja di beberapa persidangan dan simposium kebangsaan dan antarabangsa.

Ahmad Zuhaidi juga merupakan wakil FRIM di mesyuarat TEAKNET (International Teak Information Network) semenjak 2009 yang ibu pejabatnya terletak di Kerala Forest Research Institute, India.

Di peringkat kebangsaan, Ahmad Zuhaidi dilantik sebagai salah seorang Panel Hakim Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertanian Malaysia bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.Semasa bertugas di FRIM, Ahmad Zuhaidi telah dilantik sebagai Ahli Panel Penilaian projek penyelidikan di FRIM, ahli Jawatankuasa Peperiksaan, Jawatankuasa Pemantau MoU/Perjanjian dan Jawatankuasa Keselamatan Kampus FRIM.Ahmad Zuhaidi juga menjadi wakil FRIM dalam beberapa jawatankuasa luar, antara lain ialah Jawatankuasa Induk Pembangunan Perladangan Hutan; Jawatankuasa Teknikal Pembangunan

44

Bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah projek perladangan karas, UPEN, Melaka

Perladangan Hutan; Jawatankuasa Kewangan Pembangunan Perladangan Hutan; Jawatankuasa Penilaian Insentif Ladang Hutan; Jawatankuasa Halatuju Industri dan Perladangan Gaharu; Jawatankuasa Pemandu Penyelidikan dan Pembangunan Ladang Hutan, Jawatankuasa Pemantauan Penyelidikan Ladang Hutan, anjuran Lembaga Industri Kayu-Kayan Malaysia (MTIB); Ahli Panel (Tanaman) Penilaian Projek Penyelidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ahli Kerja Teknikal Perladangan Karas, Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Melaka serta ahli jawatankuasa penganjur beberapa simposium dan persidangan anjuran FRIM.

INSPIRASI DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Ahmad Zuhaidi menganggap dirinya bertuah dapat berkerjaya di FRIM yang telah dikenalinya semenjak tahun 1975 (FRI) semasa menuntut di Kolej Perhutanan Kepong. Beliau berterima kasih kepada FRIM, mantan-mantan Ketua Pengarah (KP) iaitu Tan Sri Dato’ Dr Salleh Mohd Nor dan Datuk Dr Abdul Razak Mohd Ali, serta KP sekarang Dato’ Dr Abd Latif Mohmod di atas semua peluang dan dorongan yang diberikan.

45

Mesyuarat TEAKNET di KFRI, India pada November 2009

ULASAN KETUA PENGARAH

Mengenali Dr Ahmad Zuhaidi umpama kita menyaksikan bagaimana sebuah ladang hutan dibangun dan dipelihara sebaik dan sesempurna mungkin. Seorang yang tekun, rajin dan sentiasa berusaha walaupun dalam kekangan sumber tenaga; serta terus mencari peluang yang ada dalam meneroka dan menterjemahkan apa sahaja ilmu yang dimiliki secara praktikal mahupun penulisan, nama Dr Ahmad Zuhaidi amat sinonim dengan perladangan hutan; dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa beliau adalah antara “duta FRIM” dalam bidang ini.

Teringat Dr Ahmad Zuhaidi, teringat juga saya bantuan yang beliau berikan ketika kami sama-sama memutihkan kawasan FRIM daripada pencerobohan pendatang asing dan struktur-struktur haram. Usaha bersama-sama beliau dalam perkara ini banyak memudahkan FRIM mengukur dan memelihara kawasan dan sempadan. Seorang yang sensitif kepada keperluan, Dr Ahmad Zuhaidi adalah antara mereka yang saya kenal sanggup bersama-sama menghadapi cabaran berat. Pengalaman ketika hampir 70 ekar kawasan FRIM nyaris terlepas ke pihak swasta; pengalaman ketika berusaha mendapatkan 500 ekar tanah

46

di Jeli, Kelantan dan pembersihan semula Salem High Country di Bukit Hari ialah contoh yang perlu diteladani semua. Saya suka sekali untuk menobatkan beliau sebagai Tokoh Hutan Ladang.

Semoga Dr Zuhaidi akan terus bersama-sama menabur bakti ke arah FRIM yang lebih gemilang khususnya di bidang perladangan hutan negara; lagi terus sejahtera dan diberkati selama-lamanya. Amiin.

Salam hormat daripada saya buat Dr Zuhaidi.