ahli sunnah wal jamaah · hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab hadyur rasul yang mukhtasar...

1

Upload: others

Post on 28-Feb-2020

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AHLI SUNNAH WAL JAMAAHDALAM KONTEKS ALAMMELAYU

DR. MUHAMMAD AYMAN AL-AKITI (PENSYARAH UIAM, GOMBAK)

ZAINUL ABIDIN BIN ABDUL HALIM (CALON PHD, FAKULTI USUL AL-DIN TETOUAN MAGHRIBI)

MUKADDIMAH

• Ahli Sunnah Wal Jamaah dari hujung barat ke hujung timur telah dikenali sebagai majoritiummat Islam yang memelihara asas-asas sebenar dalam akidah, fiqh dan tasawwuf.

• Syeikh Abdul Wahid Bin ‘Asyir (w. 1040H) dalam manzhumah beliau yang berjudul al-Mursyid al-Mu’in ‘Ala al-Dharuriy Min ‘Ulum al-Din:

وفي طریقة الجنید السالك*** في عقد األشعري وفقھ مالك Pada (menyatakan) akidah al-Asy’ari dan fiqh (Imam) Malik *** Dan pada (menyatakan) jalan

(Imam) al-Junaid yang merupakan seorang salik.

AMANAT SYEIKH ABDULLAH FAHIM (W. 1961M) AGAR MENJAGA ASAS-ASAS AHLI SUNNAH

“Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya inidari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripadamazhab Syafi`i. ( اإلجماعخرقیحرم / diharamkan menyalahi ijma’).

Ambil mereka itu hukum-hukum Fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayahhingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu sepertiSabilul Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.

3

Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh danhawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(ygdi ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis olehulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.

Sekarang sudah ada timbul di Malaya Mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar darimazhab 4 mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maksud mereka itu hendak mengelirukanfahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasardaripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, makaIbnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahli Sunnah wal jama'ah. Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukumyang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yangburuk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecahbelah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepadaseseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu danmenghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia (Maksudnya bunuh itu ialahberhujahlah dengan ilmu akan mereka itu). Intaha.”

Tiga asas utama yang membentuk identiti AhliSunnah dari hujung baratke hujung timur:

1) Asas akidah yang difahami melalui soalan iman2) Asas fiqh atau syariat yang difahami melalui soalanIslam3) Asas tasawwuf (tarekat) yang difahami melalui soalanihsan

Tonggak AhliSunnah dalamketiga-tiga asasini:

1) Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi2) Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad3) Imam al-Junaid dan Imam al-Ghazali.

Ummat Islam Melayu adalah ummat yang berpegang dengan mazhabAsy’ari dari segi iktikad, beramal dengan mazhab Syafie dari segi fiqh,dan menuruti tasawwuf Imam al-Ghazali dari segi akhlak.

ASAS PERTAMA: AKIDAH

• Mazhab Utama : Ashairah

• Manuskrip terawal berkaitan akidah :• Terjemahan akidah Nasafiyyah tahun 998H/1590M (ditulis

sesuai mazhab Maturidi seperti yang dinyatakan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas)

• Durar al-Faraid Fi Syarh al-‘Aqaid terekod 1045H/1635M (syarahan akidah Nasafiyyah ditulis oleh Syeikh Nuruddin Bin Ali al-Raniri (w. 1068H/1658M))

• Terjemahan Umm al-Barahin terekod beserta tarikh1032H/1629M oleh Syeikh Ahmad Bin Aminuddin al-Qadahi.

• Syeikh Ahmad Bin Aminuddin mendahului Syeikh al-Raniridalam usaha mengembangkan akidah Asy’ariyyah denganperbezaan masa sebanyak 13 tahun.

• Syeikh Ahmad Bin Aminuddin telah mendahului Syeikh al-Raniri dalam usaha mengembangkan akidah Asy’ariyyah denganperbezaan masa sebanyak 13 tahun.

CIRIMENARIKSEBAHAGIANKARYA-KARYAAKIDAH DI ALAMMELAYU

• Karya kurun ke 11 HijrahTerjemahan Umm al-Barahin oleh Syeikh Ahmad Bin Aminuddin al-Qadahi

>> setelah 82 tahun >>

• Karya kurun ke 12 HijrahKitab Ilmu Tauhid oleh Syeikh Muhammad Zain al-Asyi(selesai ditulis pada tahun 1114H/1702M)

>> setelah 56 tahun berikutnya>>

Kitab Bidayah al-Hidayah, syarahan berbahasa Melayupertama bagi kitab Umm al-Barahin(disempurnakan pada 1170H/1757M)

SEKILAS BERKAITAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN AL-ASYI DAN PENULISAN BELIAU BIDAYAH AL-HIDAYAH

• Syeikh Muhammad Zain memulakan setiap perbahasan dengan menyebut teks arabUmm al-Barahin, seterusnya beliau melanjutkan dengan syarahan berbahasa melayu.

• Martabat Tujuh:• Syeikh Muhammad Zain tidak menolak atau menentang martabat tujuh.• Namun menurut beliau ianya bukanlah satu kewajipan untuk dipelajari.• ketiadaan ahli yang dapat menghuraikan martabat tujuh pada zaman beliau

menyebabkan ilmu ini sebaiknya ditinggalkan agar ia tidak membawa kepadakebinasaan yang terhasil akibat daripada ketidakfahaman isi kitab atau kefahamanyang bertentangan dengan syarak.

KENYATAAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN MEMULIAKANPARA SUFI WUJUDI

“Dan adalah pada masa ini orang yang baharu mengaji antara dua tiga tahun memikir?? (منفكر)ia akan beberapa daripada ‘arif billah Taala Quthb al-Dunya wa al-Din iaitu seperti Ahmad al-Qusyasyi Quthb al-Madinah al-Munawwarah, dan setengah daripada mereka itu sepertiwaliyullah dengan tiada diperbantahkan iaitu Mulla Ibrahim daripada orang Kurdi, dan SyeikhAbdul Rauf Fansuri daripada orang Jawi. Ketahui olehmu hai thalib bahawasa ilmu tasawwufitu suatu bahagi daripada ilmu syariat Nabi Muhammad SAW; kerana ilmu syariat itu tigabahagi. Pertama ilmu fiqh. Kedua ilmu Usuluddin. Ketiga ilmu tasawwuf dan thariqah. Danyang tiga ini dikeluarkan daripada al-Quran dan daripada hadis Nabi SAW. Maka yangmengeluarkan ilmu Usuluddin yaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari. Dan yang mengeluarkanilmu tasawwuf yaitu Imam Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.”

-Muhammad Zain, Bidayah al-Hidayah (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tarikh), 32.

11CELAAN SYEIKH MUHAMMAD ZAIN TERHADAPGOLONGAN YANG MENGKAFIRKAN AHLI SUFI

“Bermula masa ini adalah setengah negeri di bawah angin daripadakedatangan bala’ dan fitnah yang amat besar pada membinasakan agamaIslam. Setengahnya dengan keras seperti Holanda dan yang menolong diadaripada muslimin yang bughah dan beberapa manusia yang sudah murtadmasuk agama nashara… Dan setengahnya dengan lemah lembut… Dansetengahnya mengkafirkan penghulu kita orang yang sufi dan ahli al-thariqah, dan mengharuskan ia istinja’ dengan kitab mereka itu…”

-Muhammad Zain, Bidayah al-Hidayah (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tarikh),31.

CIRIMENARIKSEBAHAGIANKARYA-KARYAAKIDAH DI ALAMMELAYU 2

12

• Karya-karya akidah abad ke-13 Hijrah:1. Al-Durr al-Thamin oleh Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.

2. Ward al-Zawahir oleh beliau juga.

3. Al-Muqaddimah al-Kubra Allati Tafarra’at Minha Nuskhah al-Kubra oleh Syeikh Ismail Bin Abdullah al-Minangkabawi.

4. ‘Athiyyah al-Rahman oleh Syeikh Azhari al-Falimbani.

• Karya-karya akidah abad ke-14 Hijrah:1. Bakurah al-Amani Li Irsyad ‘Awwam Ahl al-Fathani oleh Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir al-Fathani pada

1335H.2. Aqidah al-Najin oleh Syeikh Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal).3. Syair Sifat Dua Puluh oleh beliau juga.4. Miftah al-Murid Fi ‘Ilm al-Tauhid oleh beliau juga.5. Zahrah al-Murid Fi ‘Aqaid al-Tauhid oleh Syeikh Wan Ali Kutan.6. Fath al-Ta’lim oleh Syeikh Abdurrahman Siddiq al-Banjari.7. ‘Aqaid al-Iman oleh beliau juga.

8. Siraj al-Huda oleh Syeikh Zainuddin al-Sumbawi.9. Minhaj al-Salam oleh beliau juga.10. Faridah al-Faraid oleh Syeikh Wan Ahmad al-Fathani.11. Miftah al-Jannah oleh Syeikh Muhammad Thayyib Bin Mas’ud al-Banjari.12. Taqrib al-Ikhwan Fi Ta’allum ‘Aqaid al-Iman oleh Syeikh Abdul Qasir Bin Wangah.13. Ma La Budda Minhu oleh Syeikh Ismail Bin Musa al-Kalantani14. Inilah Kitab Usul al-Din I’tiqad Ahl Sunnah Wal Jama’ah oleh Syeikh Muhammad Mukhtar Bin ‘Atharid al-

Jawi.

• Dengan ini, dapat dikatakan bahawa pengajian akidah di alam Melayu tidak terkeluar dari salahsatu daripada 3 aliran; aliran akidah Maturidiyyah yang diwakili oleh kitab al-‘Aqaid al-Nasafiyyah, aliran akidah Asy’ariyyah yang diwakili oleh Umm al-Barahin Imam al-Sanusi,atau aliran tasawwuf irfani yang membincangkan perihal ketuhanan sesuai konsep wahdatulwujud (Wahdatu al-Syuhud), martabat tujuh dan yang seumpamanya.

SEBAHAGIANUSAHA-USAHA MEMPERTAHANKANAKIDAH AHLISUNNAH DI MALAYSIA

1. Islamic and Strategic Studies Institute Berhad(ISSI Malaysia):

Sebuah institut di bawah kelolaan Dr AmranMuhammad yang giat mengkaji, menterjemah,mencetak dan membuka kelas-kelas pencerahanberkenaan ilmu kalam Asy’ari. Antara usaha murniinstitusi ini yang patut dipuji adalah penyatuan ilmukalam versi tradisional dan moden. Institusi ini tidakhanya menekankan penguasaan kitab-kitab kuning, iajuga menitikberatkan pemahaman masalah-masalahsains dan falsafah moden yang harus difahami olehahli kalam bagi mendepani isu semasa. Institusi inimenghimpunkan tokoh-tokoh ilmu kalam masa kiniseperti Dr. Saeed Foudeh, Dr. Khalid Zahri danProfessor Dr Mohammed Basil Altaie.

2. Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation(CASIS):

Menghimpunkan pakar-pakar Pengajian Islam, Sains dan Ketamadunan yang lahir di bawah asuhan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan satu lagi institusi yang bergiat aktifmengkaji khazanah Islam, mengkader para ulama’ moden, dan menterjemah karya-karya agung Ahli Sunnah. Di samping itu, institusi ini juga banyak menganjurkan seminar-seminar berkualitiseperti Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pragmatisme, Seminar Khas Sejarah Alam Melayu, International Conference on the issues of Malay and Islamic Civilization dan lain-lain lagi.

3. Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG):

Satu badan yang giat mempertahankan Akidah Ahli Sunnah WalJamaah. Badan ini bekerjasama dengan badan keagamaan Negeri Johor bagi menganjurkan kelas-kelas pengajian Ahli Sunnah yang merangkumi bidang ilmu akidah, fiqh, tasawwuf, hadis, al-Quran, dan lain-lain. Mereka setakat ini dilihat lebih terkehadapan dalamusaha-usaha mendekati masyarakat dan menyemai fahaman AhliSunnah yang jitu.

USAHA-USAHA MEMPERTAHANKANAKIDAH AHLISUNNAH DI MALAYSIA

USAHA SULTAN-SULTAN MELAYUUNTUKMEMPERTAHANKAN AKIDAHAHLI SUNNAH

Karya yang ditulis untuk para sultan dan jemaah menteri yang merekodkan kemestian berpegang dengan akidah Asy’ariyyah adalahkarya yang tertua di Alam Melayu yang menyentuh asas-asas akidahAsy’ariyyah. Berikut adalah usaha yang berkaitan:

(1) Penulisan kitab Taj al-Salathin yang dikarang oleh Syeikh Bukhari al-Johori atau al-Jauhari di Acheh pada tahun 1603M.

• Pada Fasal kedua dari 24 fasal kitab tersebut, Syeikh Bukhari telah menghuraikan asas-asas pegangan akidah sesuai mazhabAsy’ari ala Imam al-Ghazali

• Memulakan fasal 24 dengan menyebut ayat al-Quran yang menjelaskan tujuan penciptaan manusia dan jin adalah untukmengenal Allah; mengenal sifat wajib, mustahil dan harusbagiNya

• Menyentuh masalah ijtima’, iftiraq, harakah dan sukun yang menjadi bukti keperluan makhluk kepada pencipta.

• Perbahasan jauhar, aradh dan jisim.• Menyentuh masalah sifat Kalam Nafsi yang qadim, keharusan

melihat Allah di akhirat, masalah perbuatan mukallaf, perkara-perkara sam’iyyat dan lain-lain

(2) Penulisan kitab Tuhfah al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji(w. 1873M)

• Pengarang menukilkan sebuah bait daripada kitab Jauharahal-Tauhid.

• Pengarang merekodkan bahawa Raja Jaafar adalah seorangraja yang kuat menuntut ilmu dan membaca kitab-kitabMelayu seperti kitab Usuluddin dan Mir’at al-Thullab.

• Pengarang juga merekodkan jawapan Raja Ali Haji kepadaYang Dipertuan Muda Raja Ali mengenai i’tiqad Ahli SunnahWal Jamaah:

“Maka memanggillah ia akan saudaranya; Raja Ali Haji, mintabacakan surah Yasin. Maka dibacalah oleh saudaranya Raja AliHaji itu, lalu dihembuskannya kepada segala tubuhnya dengansyafaat. Kemudian bertanya pula ia kepada Raja Ali Haji itudaripada i’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka dikhabarkanoleh Raja Ali Haji itu jalan ilmu Usuluddin serta jazam muthabiqal-haq dengan dalil.”

-(Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis (Malaysia: Yayasan Karyawan danDewan Bahasa dan Pustaka, 1998), 331)

USAHA SULTAN-SULTAN MELAYUUNTUKMEMPERTAHANKAN AKIDAHAHLI SUNNAH 2

(3) Risalah Iskandar Syah yang dikarang oleh Sultan AlangIskandar Syah (w. 1938M) yang merupakan sultan Negeri Perak yang ke-30.

• Di dalam risalah ini baginda sultan membahasakandirinya sebagai al-faqir; suatu gelaran yang seringdigunakan oleh pengikut tarekat dan jalan sufi.

• Kitab ini mengumpulkan perbahasan tauhid, fiqh dan tasawwuf.

• Didapati jalan akidah yang diikuti oleh baginda adalahjalan mutaakhkhirin Asya’irah yang membahaskan sifat-sifat Allah mengikut acuan sifat 20 Imam al-Sanusi.

• Manakala dalam ilmu tasawwuf pula, baginda mengikuttradisi tasawwuf Imam al-Ghazali; Baginda sultan denganjelas menyatakan nama Imam al-Ghazali dibahagiantasawwuf dalam risalah ini.

USAHA SULTAN-SULTAN MELAYUUNTUKMEMPERTAHANKAN AKIDAHAHLI SUNNAH 3

(4) Kitab Pohon Agama yang dikarang oleh Al-Syarif Al-Sultan al-Mu’azzham ‘Ala’uddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa; Sultan Selangor Darul Ehsan (w. 1938M)

(5) Titah Sultan Johor; Sultan Ibrahim Iskandar, sebagai jawapan terhadapcadangan penubuhan cawangan Universiti Muhammadiyah di HabPendidikan Tinggi, Pagoh, Muar, Johor:

Baginda bertitah bahawa Johor tidak mempunyai sebarang keperluanuntuk membawa masuk fahaman, amalan dan pegangan baru daripadaluar kerana sudah mempunyai institusi agama dan pendidikan Islam yang utuh lagi sistematik melangkaui satu abad berprinsipkan peganganakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah.

Kesimpulannya, kesemua bukti-bukti yang dinyatakan di sini, yang dinukildari karya-karya ulama’, rekod-rekod sejarah, dan titah-titah para sultan,membuktikan bahawa akidah Asya’irah merupakan akidah yang dipegangoleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di alam Melayu. Akidah ini merupakanpegangan umara’, ulama’ serta rakyat tanah ini sejak dahulu lagi. Di sampingitu, masyarakat Islam Melayu juga tidak mengenepikan akidah berunsurkantasawwuf dan yang beraliran Maturidiyyah.

USAHA SULTAN-SULTAN MELAYUUNTUKMEMPERTAHANKAN AKIDAHAHLI SUNNAH 4

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TAFSIRAN NEGERI JOHOR

• Warta Kerajaan Negeri Johor 25 Oktober 2016 telah menetapkan: Adalahditetapkan bahawa umat Islam di negeri Johor Darul Takzim hendaklah hanyamengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,dari segi akidah berpandukan kepada mazhab Imam Abu Hasan al-Ashari danAbu Mansur al-Maturidi, syari’at berpandukan kepada mazhab Imam Syafie.Walaubagaimanapun tiga mazhab yang muktabar iaitu al-Hanafi, al-Maliki, al-Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalahtertentu dan dari segi tasawuf hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Walaubagaimanapun mazhab tasawufmuktabar yang lain boleh diamalkan selagi ianya tidak bertentangan denganmazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

ASAS KEDUA: FIQH SYAFIE

• Fiqh Syafie telah wujud dan kuat tersebar di Alam Melayu sejaksebelum penghujung abad ke-8 Hijrah lagi. Pelayar hebat muslimyang berasal dari Maghribi; Ibn Bathuthah (w. 779H/1377M) telahmerekodkan di dalam travelog beliau bagaimana fiqh Syafie telahbertapak dengan kukuh ketika lawatannya di daerah-daerahkepulauan Alam Melayu. Antara rekod-rekod tersebut adalahseperti berikut:

“Kisah Sultan Jawa (Aceh)Baginda adalah Sultan al-Malik al-Zhahir; dari kalangan raja-rajayang mulia dan dihormati. Baginda bermazhab Syafie, mencintaipara fuqaha’ yang menghadiri majlisnya untuk belajar danbermuzakarah. Baginda banyak berjihad dan berperang. Seorangyang tawadhuk, Baginda menuju ke masjid untuk bersolat Jumaatdengan berjalan kaki. Rakyatnya juga bermazhab syafie danmencintai jihad. Mereka keluar berjihad bersamanya secarasukarela. Mereka menguasai orang-orang kafir yang tinggalberdekatan negara mereka dan orang-orang kafir membayarjizyah kepada mereka untuk berdamai.”

“Kemudian aku masuk (ke dalam masjid) menemui Sultan (al-Malik al-Zhahir), maka aku dapatiQadhi Amir Sayyid dan para pelajar berada di kanan dan kiri Baginda. Aku bersalaman denganBaginda dan Baginda mendudukkan daku di sebelah kirinya. Baginda juga bertanya kepadakukeadaan Sultan Muhammad (di India) dan keadaan permusafiranku, maka akupun menjawabpersoalannya. Kemudian Baginda kembali bermuzakarah berkenaan fiqh sesuai mazhab Syafie.Baginda berterusan bermuzakarah sehingga masuk waktu solat asar. Setelah selesai solat,Baginda masuk ke sebuah bilik, Baginda menanggalkan pakaiannya yang merupakan pakaianfuqaha’ yang Baginda pakai setiap kali Baginda datang ke masjid pada hari Jumaat secaraberjalan kaki. Kemudian Baginda memakai pakaian raja iaitu beberapa pakaian yang dipakai diatas gamis yang diperbuat daripada sutera dan kapas.”

-Muhammad Bin Abdullah Ibn Bathuthah, Rihlah Ibn Bathuthah (Maghribi: Akadimiyyah al-Mamlakah al-Maghribiyyah, 1417H), 4/114.

• Berdasarkan dua teks tersebut, dapat disimpulkan bahawa mazhab fiqh ImamSyafie merupakan mazhab rasmi negara Sultan al-Malik al-Zhahir di tanah Aceh.

• Hal ini membuktikan bahawa mazhab ini telah mula bertapak sebelum waktuImam Ibn Bathuthah melakukan lawatan ke tanah ini lagi.

• Setelah zaman Sultan al-Malik al-Zhahir, anaknya Sultan Zainal Abidin al-Malikal-Zhahir dilihat telah memperluaskan kuasa negaranya sehingga berjayamenawan Kedah pada tahun 1370M, seterusnya menjadikan negara Baginda;Pasai, sebagai pusat perkembangan Islam bermazhab Syafie di rantau ini.

MAZHABSYAFIEMAZHABRASMI NEGERI-NEGERI MALAYSIA

• Di Malaysia, fiqh Syafie juga diiktiraf sebagaifiqh rasmi negara. Hal ini telah dibuktikanmelalui:

• Hukum Kanun Melaka yang mula disusun pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424 hingga 1444M) contohnya, merupakan sebuahperundangan berasaskan mazhab Syafie.

• Undang-Undang Kedah yang ditulis pada tahun1060H/1650M menggunapakai hukum-hakam mazhab Syafie.

• Fatwa-fatwa negeri masih digubal berdasarkan qaul muktamadmazhab Syafie. Jika tidak bersesuaian dengan maslahah umumummat Islam maka boleh berfatwa sesuai qaul dhaif di dalammazhab. Jika tidak sesuai dengan maslahah juga makadiperbolehkan berfatwa dengan qaul 3 mazhab lagi; mazhabHanafi, Maliki dan Hanbali, dengan syarat mendapat keizinanSultan. Antara contohnya:

• Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Kedah, No. 9 Tahun 1962, seksyen 38 (1).

• Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Sabah No.13 Tahun 1992, seksyen 40 (1), (2) dan (3).

• Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Tahun 1422H/2004M, seksyen 54 (1),(2) dan (3).

• Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor, No. 3, Tahun 1952, seksyen 42 (1).

MAZHABSYAFIEMAZHABRASMI NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2

“Pada ketika membuat atau mengeluarkan apa-apa fatwaseperti yang tersebut di atas tadi Majlis dan JawatankuasaUgama Islam hendaklah kelazimannya mengikut qaul yangmuktamad di dalam mazhab Syafie. Tetapi jika fikiran diikut qaulitu akan berlawanan dengan faedah umum, Majlis atauJawatankuasa Ugama bolehlah, melainkan diperintahkan olehDYMM yang lain, ikut qaul-qaul yang daif daripada mazhabSyafie; tetapi demikian juga jika sekiranya difikirkannya denganqaul yang muktamad atau qaul daif daripada mazhab Syafieakan berlawanan dengan faedah umum, Majlis atauJawatankuasa Ugama boleh dengan izin yang khas oleh DYMMSultan ikut qaul-qaul salah satu daripada tiga mazhab yang lainyang mana-mana difikirkan munasabah, tetapi di dalam mana-mana fatwa yang dibuat dengan jalan ini hendaklah diterangkandengan jelas peraturan-peraturan dan dasar-dasarnya yanghendak diikuti.”- Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor, No. 3,Tahun 1952, seksyen 42 (1).

MAZHABSYAFIEMAZHABRASMI NEGERI-NEGERI MALAYSIA 3

KARYA-KARYAFIQH AHLISUNNAH ALAMMELAYU

• Antara ulama’ Alam Melayu yang bergiat dalam bidang Fiqh Syafieadalah:

1. Syeikh Nuruddin al-Raniri (w. 1068H/1658M). Beliau dianggap sebagai tokoh Alam Melayu pertama menulis ilmu fiqh(bahagian ibadah) dalam bahasa Melayu. Kitab fiqh beliau yang berjudul al-Shirath al-Mustaqim selesai ditulis pada tahun 1054H/1644M. Kitab ini telahmemainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam di negeri Kedah.

2. Syeikh Abdul Rauf Singkel al-Fansuri (w. 1693M) pengarang kitab Mir’at al-Thullab Fi Tashil Ma’rifah al-Ahkam al-Syar’iyyah Li al-Malik al-Wahhab.Ia tidak hanya menyentuh perbahasan ibadah, ia juga mencakupi perbahasanmuamalah, jenayah, munakahat dan siyasah. Dengan ini, kitab ini dapatdianggap sebagai kitab fiqh pertama yang lengkap ditulis dalam bahasaMelayu. Karya ini diselesaikan pada 1074H/1663M.

3. Tok Pulau Manis (w. 1149H/1736M) Mengarang tiga buah kitab dalam bidang Fiqh; Kitab al-Kifayah, Risalah al-Naql yang membincangkan masalah solat Jumaat, dan Risalah Kayfiyyah al-Niyyah berkaitan cara berniat dalam ibadah. Kitab al-Kifayah menggabungkanperbahasan akidah dan fiqh berkaitan thaharah, solat, puasa, zakat, haiwanyang halal atau haram untuk dimakan, cara pengebumian jenazah dan lain-lain.

4. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (w. 1227H/1812M) Pengarang kitab Sabil al-Muhtadin Li al-Tafaqquh Fi Amr al-Din. Kitab ini telahdisiapkan penulisannya pada tahun 1192H dan kekal digunakan di pondok-pondok sehingga ke hari ini.

5. Syeikh Faqih Jalaluddin Bin Kamaluddin al-Asyi (hidup pada abadke-18 Masihi);Beliau telah mengarang sebuah kitab fiqh bagi para hakim yang berjudulSafinah al-Hukkam Fi Talkhish al-Khisham. Manuskrip kitab ini setebal 502 halaman. Penulisannya dimulai pada tahun 1153H/1740M.

6. Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris al-Banjari (hidup pada abad ke-18M)Dikenali sebagai tokoh yang bergiat aktif dalam bidang akidah dan tasawwuf. Namun hal ini tidak menghalang beliau untuk turut menzahirkan sisi fiqh beliaumelalui penulisan sebuah kitab berjudul Masalah Orang Yang Dijadikan Imam. Risalah ini diselesaikan pada bulan Ramadhan 1245H/1829M.

7. Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani (w. sekitar 1265H) Pengarang kitab Tuhfah al-Raghibin Fi Suluk Thariq al-Muttaqin yang diselesaikan pada tahun 1233H/1817M, kitab Hidayah al-Muta'allim wa'Umdah al-Mu'allim yang diselesaikan pada tahun 1244H/1828M, serta kitab beliau yang paling tebal yang dikarang oleh beliau berjudul Furu’ al-Masailyang diselesaikan pada tahun 1257H/1841M.

KARYA-KARYAFIQH AHLISUNNAH ALAMMELAYU 2

8. Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar al-Sambasi (w. 1280H/1863M atau 1289H/1872M) Syeikh al-Tariqah al-Qadiriyyah wa al-Naqsyabandiyyah. Beliau ada menulissebuah fatwa berjudul Fatwa Perihal Jumaat.

9. Syeikh Nawawi al-Bantani (w. 1314 H/1897M) Merupakan tokoh yang tidak asing lagi. Antara karya beliau dalam bidangfiqh adalah Bahjah al-Wasail Bi Syarh al-Masail yang merupakan syarahanbagi al-Risalah al-Jami’ah karya Sayyid Ahmad Bin Zain al-Habsyi. Beliaujuga telah mengarang sebuah syarahan bagi kitab fiqh Syeikh Zainuddin al-Malaybari dengan judul Nihayah al-Zain Li Irsyad al-Mubtadiin SyarhQurrah al-‘Ain Bi Muhimmat al-Din. Selain itu, Syeikh Nawawi juga telahmenulis sebuah syarahan bagi kitab Safinah al-Naja yang berjudul Kasyifahal-Saja.

10. Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain al-Fathani (w. 1325H/1908M) Pengarang al-Fatawa al-Fathaniyyah yang menghimpunkan jawapankepada 108 soalan dalam pelbagai bidang.

11. Syeikh Muhammad Bin Ismail al-Fathani (w. 1333H/1915M)Pengarang kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain yang masihdipelajari di pondok-pondok sehingga ke hari ini.

KARYA-KARYAFIQH AHLISUNNAH ALAMMELAYU 3

ASAS KETIGA: TASAWWUF

• Boleh dikatakan bahawa ilmu tasawwuf danpengamalannya tidak dapat dipisahkan dariidentiti umat Islam di Alam Melayu secaraumumnya dan di Malaysia secara khusus.Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawanilai-nilai kesufian adalah dasar utama yangdibawa penyebar-penyebar Islam ke tanahini. Semenjak kurun ke-13M lagi sudahterdapat pengikut ajaran tasawwuf di NegeriPerak. Mereka merupakan murid-muridSyeikh Ismail yang merupakan seorangpendakwah yang dihantar oleh Syarif Mekahke Sumatera untuk membimbing masyarakatIslam di Alam Melayu pada ketika itu.

MANHAJ IMAM AL-GHAZALI DAN IMAM JUNAIDAL-BAGHDADI DASAR UTAMA TASAWWUF DIMALAYSIA

• Tasawwuf yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysiamerupakan tasawwuf yang berlandaskan pemahaman Imam al-Ghazali danImam Junaid al-Baghdadi.

• Antara ulama’ Alam Melayu yang menekankan keperluan ummat Islam diAlam Melayu untuk berpegang dengan jalan tasawwuf Imam al-Ghazaliadalah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1789M).

• Karya beliau yang berjudul Hidayah al-Salikin dan Siyar al-Salikin banyakdipelajari dan diajar di pondok-pondok dan masjid-masjid.

• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani menegaskan kepentingan karya-karya tasawwufImam al-Ghazali dengan kata-katanya:

“Bermula ilmu yang memberi manfaat itu seperti yang disebutkan oleh SayyidiAbdullah al-Haddad dahulu itu iaitu ilmu yang tersebut di dalam Ihya’ ‘Ulumiddin danilmu yang tersebut di dalam Arba’in al-Ushul dan ilmu yang tersebut di dalam Minhajal-‘Abidin dan ilmu yang tersebut di dalam Bidayah al-Hidayah dan ilmu yang tersebut didalam Mukhtashor Ihya’ yang hamba terjemahkan di dalam kitab ini dan ilmu yangtersebut di dalam kitab Hidayah al-Salikin yang hamba terjemahkan daripada kitabBidayah al-Hidayah dan lainnya. Dan demikian lagi, segala kitab ilmu tasawwufsemuanya itu iaitulah ilmu yang memberi manfaat; kerana kitab tasawwuf itu telahterkandung di dalamnya ilmu Usuluddin dan ilmu Fiqh yang fardhu ‘ain, yang tiadadapat tiada daripada mengetahui akan dia oleh segala orang yang suluk..”- Abdul Samad al-Falimbani, Siyar al-Salikin (Fathani: Mathba’ah Bin Halabi, tanpatahun), 1/9-10.

JALAN TASAWWUF IMAM AL-GHAZALI ADALAHTASAWWUF IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI

• Imam al-Ghazali amat menekankan kefahaman nas al-Quran dan matan hadis dalam karya-karyatasawwuf beliau.

• Kitab Ihya’ ‘Ulumiddin contohnya, menampilkan sejumlah ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi padaawal setiap masalah yang dibahaskan oleh Imam al-Ghazzali.

• Setelah itu, barulah beliau menerangkan makna dan falsafah disebalik ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tersebut. Kitab Jawahir al-Quran pula merupakan huraian ilmu-ilmu yang terkandung di dalamal-Quran

• Begitu juga karya-karya lain beliau dalam bidang tasawwuf; semuanya disusun sesuai manhaj yangditetapkan oleh Imam al-Junaid al-Baghdadi, manhaj tasawwuf yang berpegang dengan al-Qurandan hadis.

35

• Imam Junaid al-Baghdadi berkata: “Barangsiapa yang tidak menghafal al-Qurandan tidak menulis hadis, dia tidak boleh dijadikan ikutan dalam urusan ini; keranailmu kami ini terikat dengan al-Quran dan sunnah.” (Abu al-Qasim al-Qusyairi, al-Risalah al-Qusyairiyyah (Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2001), 51).

• Boleh jadi, hal ini dapat menjadi tafsiran usaha Imam al-Ghazali untukmenguasai bidang hadis di akhir hayatnya.

• Ciri lain yang dapat membuktikan persamaan tasawwuf Imam al-Ghazali danImam Junaid al-Baghdadi adalah percubaan memindahkan tauhid dari lapanganilmu kalam ke lapangan tasawwuf, atau dari semata-mata teori akal kepadatajribah ruhiyyah.

• Usaha yang digerakkan oleh Imam al-Junaid dengan cara mengadun tasawwuf dan fiqh sehinggabeliau tidak diperangi seperti ahli tasawwuf yang lain yang tidak menekankan penguasaan ilmu fiqhmerupakan langkah pertama menuju lapangan tajribah.

• Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh Imam al-Ghazali dengan menghidangkan tasawwuf, fiqh,dan akidah dalam satu karya agung yang saling melengkapi setiap perbahasannya.

• Akhir sekali, para ulama’ Alam Melayu memberi tumpuan terhadap perbahasan yang merupakanfokus utama usaha panjang ini; tumpuan mereka dicurahkan untuk memindahkan tauhid darilapangan ilmu kalam ke lapangan tasawwuf, dari semata-mata teori akal kepada tajribahruhiyyah.

• Hal ini terlihat jelas dalam konsep pembahagian tauhid, konsep wahdatul wujud (WahdahSyuhud), dan konsep martabat tujuh yang dihuraikan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yangakan dinyatakan di akhir kajian ini.

KETELITIAN SILIBUS TASAWWUF DI ALAMMELAYU

• Telah lalu dinyatakan bahawa manhaj Imam al-Ghazali merupakan manhaj tasawwuf muktamadbagi ulama’ Alam Melayu. Namun, hal ini tidak bererti hanya karya-karya tasawwuf Imam al-Ghazali yang mendapat tempat di hati para ulama’ Alam Melayu.

• Karya-karya tokoh lain juga tidak kurang pentingnya, khususnya karya-karya tokoh tasawwufbertarekat syaziliyyah dan mazhab wahdatul wujud. Cuma, dua jenis karya ini tidaklah sesuai bagiperingkat rendah. Sebaliknya ia hanya sesuai bagi peringkat pertengahan dan peringkat tinggi.

• Berikut adalah senarai kitab-kitab tasawwuf yang perlu dikuasai oleh ahli tasawwuf peringkatrendah, pertengahan dan peringkat tinggi sesuai yang disyorkan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani:

• Hal ini telahdinyatakan oleh Martin Van Bruinessendalamkajiannya(Martin Van Bruinessen, Islam Di AlamMelayu, 304-309).

• Melalui silibus pengajian tasawwuf yang disusun oleh Syeikh Abdul Samad ini, dapat disimpulkanbahawa tasawwuf berbentuk akhlak, amalan, atau juga disebut sebagai ilmu muamalahmerupakan suatu kewajipan yang mesti dikuasai oleh seseorang ahli tasawwuf sebelum diamasuk ke perbahasan yang lebih tinggi iaitu falsafah tasawwuf atau yang dinamakan sebagai ilmumukasyafah. Kerana inilah karya-karya Imam al-Ghazali seperti Ihya’ ‘Ulumiddin diklasifikasikandalam peringkat rendah, manakala karya-karya berbentuk tasawwuf irfani pula diklasifikasikandalam peringkat tinggi.

• Imam al-Ghazali menyebut dalam mukadimah kitab Ihya’:“Ilmu yang membawa kepada akhirat terbahagi kepada ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah.Yang aku maksudkan dengan ilmu mukasyafah adalah ilmu yang dituntut untuk menyingkapsesuatu pengetahuan sahaja. Aku maksudkan dengan ilmu muamalah pula adalah ilmu yangdituntut untuk beramal dengannya di samping untuk menyingkap pengetahuan berkenaannya.Tujuan kitab ini (Ihya’ ‘Ulumiddin) adalah ilmu muamalah sahaja, bukanlah ilmu mukasyafahyang tidak ada sebarang keringanan untuk dinyatakan dalam penulisan-penulisan… Adapunilmu mukasyafah maka para Anbiya’ tidak bercakap berkenaannya melainkan dengan simbol-simbol dan isyarat melalui jalan perumpamaan dan secara umum; kerana mereka mengetahuikelemahan akal fikiran makhluk untuk memahaminya. Para ulama’ adalah pewaris para Nabi,mereka tidak boleh menyimpang dari mengikut jejak langkah para Nabi.”-Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumiddin, (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2012) 13-14.

• Peringkat kedua atau peringkat pertengahan pula tidak lain tidak bukan adalah jambatanyang menghubungkan antara tasawwuf amali atau akhlaqi dengan tasawwuf ilmi ataufalsafi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penekanan Syeikh Abdul Samad al-Falimbaniterhadap karya-karya tasawwuf tarekat Syaziliyyah.

• Tokoh-tokoh tarekat ini dilihat berjaya menjelaskan amalan-amalan tasawwuf secarailmiah, sekaligus mampu untuk membawa ahli sufi peringkat rendah dari daratan amalimenuju ke tangga ilmu yang dapat menyingkap falsafah amalannya selama ini. Lihatlahkarya-karya Imam Ibn ‘Atha’illah al-Sakandari di Masyriq (Timur), dan karya-karya SyeikhZarruq al-Fasi di Maghrib (Maghrib) sebagai bukti hal ini.

• Di Malaysia, Tok Pulau Manis dan karya agungnya; Hikam Jawi, yang merupakanterjemahan dan syarahan Hikam Imam Ibn ‘Atha’illah merupakan bukti nyatakemampuan silibus peringkat pertengahan untuk menyatupadukan tasawwuf amali danfalsafi.

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD

• Sebahagian pengkaji mendakwa bahawa Tok Pulau Manis di dalam syarahan kitab Hikam beliau ada menukilkan kata-kata Syeikh Ibn ‘Ajibah al-Tetouani dan Syeikh Ibn ‘Abbad al-Randi yang merupakan pendokong fahaman wahdatul wujud.

• Syeikh Ibn ‘Ajibah jelas menggunakan kata-kata wahdatulwujud yang terdapat dalam syarahan hikam beliau.

• Manakala Syeikh Ibn ‘Abbad pula merupakan tokoh sufibesar, syarahan hikam yang dikarang oleh beliau juga adamembawa idea-idea wahdatul wujud seperti kata-katanya: “bagaimana sesuatu boleh menghijabNya, sedangkan Dialahyang satu yang tiada sesuatupun bersamaNya; kerana semuayang selainNya tiada, tiada kewujudan bagi mereka secarapasti.” [Syarh Ibn Abbad, ed. Muhammad Abdul MaqsudHaikal, (Mesir: Markaz al-Ahram, 1988M), 127]

• Selain itu, Tok Pulau Manis dikatakan pernah bergurudengan Syeikh Ibrahim Al-Kurani yang merupakan salah seorang tokoh besar yang mendokong mazhab wahdatulwujud.

• Tok Pulau Manis sendiri telah mengungkapkan kata-kata yang jelas mengisyaratkanpegangan beliau terhadap fahaman Wahdatul Wujud ini dalam penulisannya.Contohnya:

1. “’Adam (عدم) itu zhulmah (ظلمة) dan wujud nur. Maka kaun (كون) itu dengannazhar (نظر) kepada zatnya sekaliannya zhulmah; kerana bahawasanya ‘adammahdh ( محضعدم ). Dan ‘adam itu zhulmah pada madhi (ماضي) dan pada hal (حال)dan pada istiqbal (استقبال) kerana ketiadaan istiqlalnya.” [ms/10]

2. “Dan telah muafakat kata segala orang yang arif dan orang yang muhaqqiqbahawasanya barang yang lain daripada Allah Taala itu ‘adam mahdh ( محضعدم )daripada sekira-kira zatnya. Tiada disifatkan dengan wujud serta AllahSubhanahu Wa Taala; kerana jikalau disifatkan dengan wujud nescaya adalahdemikian itu bersekutu dan dua wujud. Maka ia itu menafikan bagi ikhlastauhid.” [ms/11]

3. “Dan barangsiapa menilik ia dengan nur al-‘ilm maka dilihatnya bahawasanya‘adam; tiada wujud bagi yang hadis ,(حادث) serta yang bersifat qidam. Danbarangsiapa menilik ia dengan nur al-haq maka ghaib ia hingga daripada dirinya.Maka tiada dilihatnya serta Allah sesuatu. Dan demikian itu kesudah-sudahansucian; iaitu yang maujud sebenarnya, dan barang yang lain daripadanya ‘adamsebenarnya.” [ms/27]

Abdul Malik Bin Abdullah; Tok Pulau Manis, Hikam Jawi (Thailand: Mathba’ah BinHalabi, tanpa tahun).

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD 2

44

• Selain itu, Tok Pulau Manis juga ada menukil kata-kata Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi al-Hatimi yang cukup untuk membuktikan bahawa beliau amat menghormati tokohbesar wahdatul wujud ini.

• Nukilan-nukilan yang dinyatakan oleh Tok Pulau Manis dalam syarahan Hikambeliau adalah seperti berikut: (Abdul Malik Bin Abdullah; Tok Pulau Manis, HikamJawi (Thailand: Mathba’ah Bin Halabi, tanpa tahun)).

1. “… seperti kata Syeikh Ibn ‘Arabi: Bermula tuntut bagi yang maujud sah kerana bahawasanya tuntut itu tiada ta’alluq ia (تعلق) melainkan pada yang ma’dum[ms/17] ”.(معدوم)

2. “Kata Syeikh Ibn ‘Arabi: Bermula tiap-tiap orang yang percaya ia daripada dalilmaka tiada dapat dipegang pada imannya; kerana bahawasanya ia nazhariMaka .(نظري) ia itu mendatangkan bagi kecederaan bersalahan iman yang dharuri iaitu ;(ضروري) yang didapati dalam hati dan tiada boleh iaditolakkannya. Dan demikian lagi tiap-tiap ilmu yang hasil ia daripada fikir dan nazhar, maka bahawasanya ia madkhul tiada ;(مدخول) sejahtera ia daripadamasuk syubhah atasnya.” [ms/22]

3. “Kata Syeikh Muhyiddin Ibn al-‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Apabila ditegahkanengkau maka demikian itu anugerahnya. Dan apabila dikurniai engkau makademikian itu ditegahnya bagi pilih olehmu akan meninggalkan atas mengambilbagi yang wajib atas hamba itu bahawa meninggalkan tadbir dan ikhtiar.” [ms/58]

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD 3

4. “Dan kata Ibn ‘Arabi: Tiada jua bala itu melainkan mengiringiakan dia rahmat.” [ms/69]

5. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Barangsiapamenuntut akan dalil atas wahdaniyyah Subhanahu Wa Taalamaka himar itu terlebih mengenal ia pada Allah daripadanya.” [ms/85]

6. “Dan kata Ibn al-‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Bermula fitnah yang batin itu sanya telah melengkap ia iaitu jahil tiap-tiapseorang itu kadarnya. Maka lazimlah atas hambamembicarakan dalam dirinya hingga tiada diperolehnyafitnah. Dan jika tiada demikian itu nescaya binasa ia pada agamanya dan dunianya.” [ms/86]

7. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Rahimahullahu Taala: Ambilbanyak atasmu lupa dan banyak tidur. Maka jangan engkaumurka(??) dan jangan engkau berpaling bagi demikian itu. Maka bahawasanya orang yang menilik ia kepada segalaasbab serta Haq Taala itu syirik ia. Maka jadikan olehmu sertaAllah pada barang yang dikehendakiNya, tiada serta dirimupada barang yang engkau kehendaki. Tetapi tidak dapat tiadadaripada istighfar.” [ms/89]

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD 4

• Tok Pulau Manis tidak hanya menukil dari Syeikh Akbar Ibn Arabi, beliau juga dengan jelas telah menyebut nama karya agung SyeikhIbn Arabi; al-Futuhat al-Makkiyyah, yang menjadi rujukan beliau.

8. “Dan kata dalam Futuhat: Bermula Haq Taala itu tiada sekali-kali munasabah antaraNya dan antara segala makhlukNyaseperti kata Ibn al-‘Arif dalam Mahasin al-Majalis: TiadaantaraNya dan antara segala hambaNya nisbah melainkanfana’ padaNya, dan tiada sebab melainkan hukum, dan tiadawaktu melainkan azal.” [ms/118]

9. “Dan kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Bermulasangat hampir itu hijab seperti bahawa yang sangat jauh ituhijab. Dan apabila Haq Taala itu terlebih hampir kepada kitadaripada urat di tengkuk-tengkuk maka di mana tujuh puluhribu hijab?” [ms/119]

10. “Faedah: kata Syeikh Ibn ‘Arabi Radhiyallahu ‘Anhu: Apabilalupa orang yang murid itu daripada zikir dengan satu nafasmaka jadilah syaitan itu sertanya; kerana bahawasanya syaitanitu mengintai ia, maka manakala masuk lupa atas hatinyamaka masuk ia, dan jikalau masuk zikir nescaya keluar ia.” [ms/141]

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD 5

• Setelah mengira jumlah nukilan yang terdapat dalam Hikam Jawi,ternyata nukilan kata-kata Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi yang dinukilkan olehTok Pulau Manis lebih banyak daripada nukilan kata-kata Imam al-Ghazali. Beliau didapati hanya menukil 5 nukilan kata-kata Imam al-Ghazali, manakala terdapat 10 nukilan kata-kata Syeikh Ibn ‘Arabi.Lebih sekali ganda daripada nukilan kata Imam al-Ghazali.

• Di samping itu, beliau juga menukil sekurang-kurangnya dua kata-kataImam Abdul Wahhab al-Sya’rani, dua kata-kata imam Zarruq al-Fasi dansatu nukilan kata-kata Ibn ‘Abbad al-Randi. Nukilan kata-kata Imam al-Syazili pula sudah semestinya lebih banyak berbanding tokoh yang lain.Namun, berdasarkan penelitian ringkas kami, beliau tidak menyebutsama sekali nama Syeikh Ibn ‘Ajibah al-Tetouani.

• Dengan ini jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian pengkaji yangberpendapat bahawa Hikam Jawi Tok Pulau Manis tidak mendokongfahaman wahdatul wujud. Begitu juga, terbukti bahawa karya-karyayang menempati kategori peringkat pertengahan mampu untukmenghubungkan antara tasawwuf amali dan tasawwuf falsafi.

TOK PULAUMANIS DAN PENERIMAANBELIAUTERHADAPKONSEPWAHDATULWUJUD 6

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU

• Antara nama-nama besar yang membawa aliran ini di Alam Melayu adalah: Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin As-Sumatrani, dan Syeikh Nuruddinal-Raniri (w. 1068H/1658M)

• Kajian yang dilakukan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attassecara meyakinkan telah membuktikan bahawa Syeikh al-Ranirijuga berpegang dengan fahaman wahdatul wujud yang dibawaoleh Imam Ibn ‘Arabi.

• Bahkan di dalam karya-karya lain beliau iaitu al-Tibyan fi Ma’rifahal-Adyan dan Jawahir al-‘Ulum fi Kasyfi al-Ma’lum didapati beliaubanyak mengambil manfaat dari karya-karya ahli sufi beraliranfalsafi wujudi.

• Antara karya yang menjadi rujukan beliau adalah kitab al-Futuhatal-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam karya Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi, Miftah Ghaib al-Jam’i Wa al-Wujud oleh al-Qunawi, Syarh Fususal-Hikam oleh al-Qasyani, al-Insan al-Kamil dan Syarh Musykilatal-Futuhat oleh Abdul Karim al-Jili, Syarh Fusus al-Hikam dan Lawaih Fi Bayan Ma’ani ‘Irfaniyyah oleh Abdul Rahman al-Jami, dan kitab al-Tuhfah al-Mursalah oleh al-Burhanfuri.

Rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, A Commentary On The Hujjat al-Siddiq Of Nur al-Din al-Raniri (Malaysia: Ministry Of Culture, 1986), 15-24.

• Tokoh-tokoh sufi di Alam Melayu tampaknyamempunyai keistimewaan yang tersendiri dalammemahami dan menjelaskan fahaman tasawwuf irfanikerana mereka mampu untuk menyatupadukan mazhabtasawwuf akhlaqi yang dibawa oleh Imam al-Ghazalidengan mazhab tasawwuf falsafi irfani yang dibawaoleh Syeikh Akbar Ibn ‘Arabi al-Hatimi.

• Hal ini dapat dilihat seperti dalam kitab Syeikh AbdulSamad al-Falimbani; Siyar al-Salikin, yang merupakanterjemahan bagi ringkasan Ihya’ ‘Ulumiddin yangberjudul Lubab Ihya’ ‘Ulumiddin, karangan saudaraImam al-Ghazali; Syeikh Abu al-Futuh Ahmad al-Ghazali.

• Penyatupaduan dua mazhab ini dilihat jelas melaluipenjelasan beliau berkenaan tauhid para siddiqin yangmerupakan peringkat keempat dalam konseppembahagian tauhid yang diketengahkan oleh Imam al-Ghazali sendiri.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 2

• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani berkata: “Dan tauhid yang keempat ini: tiada dia melihat di dalam wujud alam ini melainkan zat Tuhan yang maha esa, yang wajib al-wujud. Ia itu pemandanganorang yang siddiqin dan yang ‘arifin. Dan dinamakanakan dia oleh ahli sufi fana’ di dalam tauhid. Makatiada melihat ia akan dirinya kerana batinnya itukaram ia dengan syuhud akan Tuhan yang esa yang sebenarnya.” (Al-Falimbani, Siyar al-Salikin, 4/103 dan AzyumardiAzra, Jaringan Ulama Timur Tengah dan KepulauanAlam Melayu Abad 17 & 18 (Indonesia: KENCANA Prenadamedia Group, 2013), 365-366.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana fahamanmartabat tujuh dapat membawa kepada fana’ yang merupakan tauhid para siddiqin.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 3

• Suatu hal yang perlu ditekankan di sini, tasawwufakhlaqi yang dibawa oleh Imam al-Ghazali sebenarnyamengandungi isyarat-isyarat terhadap tasawwuf ilmiatau irfani.

• Hakikat inilah yang memudahkan para tokoh sufi untukmenghubungkan idea-idea tasawwuf Imam al-Ghazali dengan idea-idea tasawwuf irfani Syeikh Ibn ‘Arabi. Lihatlah konsep pembahagian tauhid yang dibawa oleh Imam al-Ghazali, konsep pembahagian tauhid ini juga didapati dalam al-Futuhat al-Makkiyyah karya SyeikhIbn ‘Arabi.

• Lebih menarik lagi, karya-karya tahap pertengahanyang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbanijuga tidak terlepas dari konsep ini; Tok Pulau Manis didapati membawa konsep yang sama di dalam HikamJawi.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 4

• Tok Pulau Manis berkata dalam Hikam Jawi:

“Dan adalah yang empat perkara ini jalan nazhar mereka itu dan jalan mengambildalil mereka itu yang jadi daripadanya syuhud segala orang yang ahli al-thariq danma’rifah mereka itu.

1. Maka yang awal itu mengambil dalil ia pada kaun hingga dilihatnya bahawatiada pada kaun itu melainkan yang mempunyai kaun.

2. Dan yang kedua itu menilik ia kepada hakikat ilmu wujud yang kaun sebelumwujudnya dengan fikir dan nazhar. Maka diketahuinya dan ditahkikkannyabahawasanya sebelum wujudnya kepada yang dimenjadikan wujud. Danadalah demikian itu dalilnya atas yang satu yang menjadikan.

3. Dan yang ketiga itu tiada memandang ia kepada kaun dan tiada diketahuiijadnya (إیجاد) tetapi mengambil dalil ia atas kaun itu dengan mukawwin(مكون) dan ini terkadang menunjukkan Haq akan dia dengan Dia atasNya.

4. Dan yang keempat itu fana’lah ia daripada nazhar dan khabar. Maka adalahfana’ baginya itu keadaan nazhar; kerana bahawasanya tatkala fana’ yangtiada, maka kekal yang tiada dahului oleh tiada.

Maka yang awal itu mujtahid mujahadah. Dan yang kedua itu mujtahid ‘arif. Dan yangketiga itu sohib musyahadah. Dan yang keempat ittu sohib kasyaf dan tauhid.”(Tok Pulau Manis, Hikam Jawi, 11).

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 5

• Walaupun kesemua tokoh yang membincangkanpembahagian tauhid ini bersetuju bahawa terdapattahap tinggi dalam tauhid; iaitu yang dinamakanoleh Imam al-Ghazali sebagai ilmu mukasyafah,atau yang disebut oleh Syeikh Ibn ‘Arabi sebagai al-Ma’rifah atau ‘aqidah al-Khulasah, atau yangdinamakan oleh Syeikh Abdul Samad dan Tok PulauManis sebagai al-fana’, namun pembahagian tahap-tahap akidah mereka tidaklah sama dari semua sisi.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 6

• Imam al-Ghazali di dalam Ihya’, Syeikh Ibn ‘Arabi di dalam al-Futuhat, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani di dalam Siyar al-Salikin dan Tok PulauManis di dalam Hikam Jawi membahagikan akidah kepada empat tahap.

• Namun di dalam al-Arba’in Fi Ushul al-Din Imam al-Ghazali membahagikannya kepada lima tahap.

• Dari segi isi kandungan konsep tauhid ini pula, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dilihat menghuraikan tahap-tahap akidah mengikut bentukpembahagian Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ serta menyelaraskannyadengan konsep martabat tujuh seperti oleh Burhanfuri.

• Tahap keempat yang terdapat dalam pembahagian akidah Tok PulauManis pula didapati menyerupai tahap keempat yang disebutkan oleh Syeikh Abdul Samad.

• Manakala Ibn ‘Arabi pula tidak meletakkan tauhid ahli kasyaf yang disebutkan oleh Tok Pulau Manis di tahap yang terakhir, sebaliknyameletakkannya di tahap yang ketiga.

• Kesemua hal ini menunjukkan bahawa Tasawwuf Akhlaqi yang nantinyamenjadi Tasawwuf Irfani dalam tradisi Ahli Sunnah selalu dituduh denganTasawwuf Falsafi oleh orang yang menilai ia adalah hasil dari falsafah, bahkan ada yang menunduh sebagai Pantheism bagi yang tidak faham.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 7

• Syeikh Abdul Samad al-Falimbani tidaklah keseorangandalam usaha menyatupadukan dua aliran tasawwuf ini.

• Syeikh Muhammad Nafis (hidup pada abad ke-18M)juga telah berusaha mendamaikan antara tradisitasawwuf Imam al-Ghazali dan tradisi tasawwuf irfaniIbn ‘Arabi di dalam karyanya al-Durr al-Nafis.

• Syeikh Daud al-Fathani juga melakukan usaha yangsama. Beliau mengiktiraf Imam al-Ghazali sebagai tokohsufi terbesar, manakala tokoh sufi di tangga kedua padapendapatnya adalah Imam Abdul Wahhab al-Sya’rani;pendokong tegar mazhab Syeikh Ibn ‘Arabi.

• Di dalam karya beliau al-Manhal al-Shafi Fi BayanRumuz Ahl al-Sufi, Syeikh Daud al-Fathani dengan jelasmempertahankan konsep wahdatul wujud danmartabat tujuh (Daud al-Fathani, al-Manhal al-Shafi, 23,30; Azyumardi Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah, 367-370).

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 8

• Mungkin tarekat yang diamalkan oleh Syeikh Daudjuga memainkan peranan dalam membentukpemikiran tasawwuf beliau yang dilihat bersetuju danmempertahankan idea-idea tasawwuf irfani.

• Tarekat Syatthariyyah yang diamalkan oleh beliaumengandung sanad tokoh-tokoh yang hebatmendokong, mengembangkan dan mengarang karya-karya berkaitan wahdatul wujud.

• Mereka adalah:• Syeikh Muhammad Bin Fadhlillah al-Burhanfuri;

pengarang al-Tuhfah al-Mursalah,• Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan• Syeikh Ibrahim al-Kurani.

• Tokoh-tokoh ini bukan hanya menguasai ilmutasawwuf irfani, mereka juga menguasai bidang-bidang ilmu syariat yang lain, khususnya ilmu akidah.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 9

• Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan ulama’ Melayu pada kurun ke-12 hingga kurunke-14 hijrah yang mensyarahkan kitab akidah Umm al-Barahin merupakan pengamalTarekat Shatthariyyah. Antaranya: ( Che’ Razi Jusoh, The Malay Exposition of Al-Sanusi’s Umm Al-Barahin, 21-22).

1. Syeikh Muhammad Zayn al-Ashi (Aceh), pengarang syarah Umm al-Barahin yang berjudul “Bidayatul Hidayah”.

2. Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani, pengarang syarah Umm al-Barahin yang berjudul “al-Durr al-Thamin”.

3. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Rahman al-Fathani, penterjemah matan Umm al-Barahin.

4. Syeikh Zainal Abidin Muhammad al-Fathani, pengarang kitab “Aqidah al-Najin” dan Syair Sifat Dua Puluh.

5. Syeikh Wan Muhammad Ali Kutan, pengarang “Zahrah al-Murid Fi ‘Aqaid al-Tauhid”.

6. Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zayn al-Fathani, pengarang kitab “Faridah al-Faraid”.

7. Syeikh Ismail al-Fathani (Pak Dak Eil), pengarang kitab “Bakurah al-Amani”.

Dengan ini, diketahui bahawa ulama’ Alam Melayu yang mendokong fahamantasawwuf irfani bukan hanya sekadar menguasai bidang tasawwuf sahaja, mereka jugamenguasai ilmu akidah dan ilmu fiqh. Oleh itu, mereka telah menguasai ketiga-tiga asasutama agama ini; Iman yang merupakan ilmu akidah, Islam yang merupakan ilmu fiqh,dan Ihsan yang merupakan ilmu tasawwuf.

PENYATUANTASAWWUFIRFANI DENGANTASAWWUFAMALI DI ALAMMELAYU 10

KESIMPULAN

KESIMPULAN

• Islam yang awal masuk ke Alam Melayu adalah berakidahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama adaal-Maturidiyyah seperti kitab Akidah Nasafiyyah, lalu al-Asy’ariyyah seperti kitab-kitab Imam al-Sanusi. Dan akidah al-Asy’ariyyah lah yang memiliki tempat sehingga sekarang di Alam Melayu.

• Secara Fiqh, Islam di Alam Melayu berpegang dengan Fiqh Syafi’I, dan tidak ditemukan mazhabselain Syafi’I di Alam Melayu.

• Tasawwuf di Alam Melayu memiliki naratif Tasawwuf Sunni yang mengabungkan Akhlaqi, danTasawwuf Irfani seperti yang dapat ditemukan di dalam karya-karya ulama Melayu hari ini. Ia jugasenada dengan manhaj Imam al-Ghazali sendiri yang menjadi tokoh utama ASWJ di Alam Melayu

• Maka boleh dianggap pegangan Islam Majoriti Umat Islam di Alam Melayu adalah Imam al-Ghazali, kerana beliau berakidahkan al-Asy’ariyyah, berfikihkan Syafi’I, dan bertasawwuf al-Junaydi.

59