ahad

Upload: nancylaniam

Post on 13-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Ahad, 9 Disember 2012Elemen Merentas Kurikulum ( EMK )

EMK yang sedia ada dalam kurikulum lama adalah seperti berikut :-

*Bahasa *Kemahiran Berfikir*Pendidikan Alam Sekitar *Kepimpinan*Nilai murni *Belajar Cara Belajar*Sains dan Teknologi *Patritisme*Pencegahan Rasuah*Kajian Masa Depan*Pendidikan Kepenggunaan*Keselamatan Jalan Raya*Pendidikan Reproduktif,Kesihatan dan SosialBertambahan EMK dalam dokumen Standard Kurikulum iaitu :Kreativiti dan InovasiKeusahawananTeknologi Maklumat dan KomunikasiKetiga tiga EMK ini sangat penting kerana Pembangunan Negara bergantung kepada PerspektifWawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian. Tun Mahathir juga benar berkata : Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi ...mestilah boleh mencipta , menambah dan memperbaharui ...Selain itu, Model Baru Ekonomi ( MBE ) ialah ciri ciri keusahawanan dan inovatif pada tahun 2020. MBE mewujudkan mekanisme untuk membantu kumpulan 40% terendah menggunakan naluri keusahawanan bagi memula dan mengembangkan perniagaan.Dasar Utama TMK ,KPM menyatakan bahawa TMK untuk semua dan sebagai mata pelajaran serta penguapaya dalam pengajaran dan pembelajaran.EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembanngunan modal insan yang berfikiran kreatif , kritis dan inovatif , mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK.Penerapan EMK kerana kemahiran abad ke -21 , lima bentuk pemikiran seperti ( Disiplined mind / Synthesizing mind / Creating mind / Respectful mind / Ethical mind )amat perlu pada modal insan kita. Matlamat ketiga tiga EMK ini adalah mengahsil modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat , bangsa , negara dan agama. Selain itu, membentuk ciri ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi , budaya dalam kalangan murid. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menerapkan budaya keusahawanan. Matlamat TMK bagi memastikan murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

Dicatat olehEu Chung Keedi10:03 PTGhttp://euchungkee.blogspot.com/2012/12/elemen-merentas-kurikulum-emk.html

Isnin, 1 Oktober 2012Aktiviti Bahasa: Bahasa Merentas Kurikulum

Cikgu Ali Amat bin Omar Ali (Pensyarah UBD) sebagai pengendali kursus

Pada 26 September, 2012 yang telah lalu,mahasiswa dan mahasiswi program Sarjana Pendidikan dalam Bahasa Melayu (SARPEN BAYU) sesi 2011/2012 telah diberikan Bengkel Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Bahasa.Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Cikgu Ali Amat bin Omar Ali, salah seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darussalam.

Melalui bengkel tersebut, ahli-ahli SARPEN BAYU telah diberi satu cabaran iaitu membina selungsung telur dari beberapa bahan seperti penyedut minuman, tisu dapur, bekas botol minuman, dulang telur dan telur bersaiz AA yang belum masak.Cabaran ini menghendakipeserta bengkel untuk berfikir secara kreatif dan berinovasi dalam mencipta selungsung telur ini agar dapat menampung telur tersebut agar tidak pecah ketika dicampak dari tempat yang tinggi.

Selain diberi tugasan ini, peserta bengkel juga diarahkan untuk membentangkan apa yang telah mereka usahakan.Penggunaan bahasa juga diambil kira dalam pembentangan ini.Kebanyakan pembentang mengaitkan pengetahuan ilmu fizik mereka dalam penciptaan selungsung ini.Di sinilah bahasa merentas kurikulum memainkan peranan.

Saya sebagai salah seorang peserta bengkel merasakan bahawa cabaran yang diberikan sungguh menguji kemahiran berfikir.Cabaran ini juga melatih kami untuk lebih kreatif dan berinovasi dengan benda-benda yangada di sekeliling kita, di samping dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Saya (di sebelah kiri) bersama salah seorang rakan (Cikgu Mimi) ketika pembentangan

Cikgu Ros Linawati (berbaju merah) bersama kumpulannya (Cikgu Hajah Rashidah dan Cikgu Masmuliani) ketika membentangkan 'Pembungkus Pelindung Telur Gengster'

Cikgu Husaini bersama kumpulannya juga membentangkan selungsung telur hasil ciptaan mereka

Cikgu Mesra (sebelah kanan) bergambar bersama dengan ahli kumpulannya (Cikgu Yusri dan Cikgu Hajah Milakarmilah)

Disediakan Oleh:Cikgu Masnordinahttp://serambi-ilmu-bahasamelayu.blogspot.com/2012/10/aktiviti-bahasa-bahasa-merentas.htmlTHURSDAY, MARCH 8, 2007ADDBAGAIMANAKAH MEMULAKAN ADD DI BILIK DARJAH?

1. Persediaan GuruPengetahuan Konsep ADD(a) Mengetahui melalui menghadiri bengkel atau ceramah ADD.(b) Mengetahui melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan lain.Kreativiti guruGuru yang mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan akhbar akan sentiasa kreatif sewaktu mengendalikan kelas.

2. Persediaan akhbar(a) Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran akhbar berkenaan.(b) Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi perakuan yang akhbar yang ditempah sampai mengikut masa yang dikehendaki.(c) Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum kelas diadakan.(d) Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu pagi, sebelum sekolah bermula.(e) Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid.

3. Persediaan Mengajar(a) Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan digunakan. Tujuannya untuk menentukan bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar didapati dalam akhbar berkenaan.(b) Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa.Antaranya termasuklah butir berikut: Menentukan objektif pengajaran Induksi set Pengenalan Langkah-langkah pengajaran Penutup(c) Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti biasa. Bagaimanakah jika menggunakan akhbar semasa? Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada dalam akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk meringkas karangan atau menggunakan iklan jawatan untuk menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan ini memang sedia ada dalam akhbar

.Perlukah Guru Besar/Pengetua Diberitahu?(a) Guru Besar atau pengetua dimaklumkan melalui catatan dalam buku persediaan mengajar, terutama catatan mingguan.(b) Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memulakan program ADD, elok diadakan perbincangan dengan Guru Besar/Pengetua untuk mengelak daripada berlaku salah faham.(c) Seperkara lain yang penting dibincang dengan Guru Besar/Pengetua ialah mengenai cara mendapatkan akhbar, terutama yang membabitkan pembayaran.

5. Persediaan Kelas/Murid(a) Pastikan setiap murid mempunyai naskhah akhbar masing-masing.(b) Murid membawa bahan yang diperlukan seperti gunting dan gam.Pengendalian Kelas(a) Kelas dijalankan seperti biasa. Laksanakan pengajaran seperti dirancang atau dicatat dalam buku ringkasan mengajar.(b) Guru membuat penyeliaan dengan bijaksana, terutama sewaktu murid-murid membuat aktiviti seperti memotong dan menampal bahan dalam akhbar.

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADDBengkel Guru>> Penggunaan Kartun (Komik)

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.1. Ganti dialog dalam kartun dengan dialog sendiri.2. Betulkan dialog dalam kartun berkenaan dengan menggunakan laras bahasa baku.3. Mewarnakan kartun.4. Menulis karangan berdasarkan kartun.5. Melukis semula kartun berkenaan.6. Mengajar imbuhan berdasarkan aksi watak dalam kartun.7. Lakonkan berdasar watak dan cerita kartun berkenaan.8. Menyampaikan cerita berdasarkan kartun.9. Tukar kepada ayat pasif.10. Membuat jangkaan apa yang berlaku seterusnya berdasarkan siri kartun berkenaan.

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADDBengkel Guru>> Bahan - Gambar

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiriSetiap hari Berita Harian menyiarkan banyak gambar berwarna dan hitam putih. Ia boleh digunakan untuk pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.

1. Membina soalan berdasarkan 5W + 1H mengenai sesuatu gambar:Siapa?Apa?Bila?Di mana?Mengapa?Bagaimana?2. Membuat sendiri keterangan gambar.3. Penggunaan gambar untuk mengajar tatabahasa.4. Mengaitkan beberapa gambar untuk membuat karangan.5. Cari gambar yang ada beberapa persamaan. Minta murid memberi hujah.6. Menamakan benda/orang yang dapat dilihat daripada sesuatu gambar.7. Menyediakan dialog8. Membuat lukisan berdasarkan sesuatu gambar.9. Nilai murni dan sebaliknya daripada sesuatu gambar.10. Mewarnakan gambar.11. Membuat karangan imaginasi berdasarkan gambar.12. Mengkategorikan jenis gambar (Alam dan Manusia)13. Mengkategorikan bentuk objek dalam gambar.14. Menggunakan gambar untuk mengajar Matematik seperti iklan pasar raya.15. Gunting dan susun gambar kemudian tampal di atas kertas lukisan (mata pelajaran Pendidikan Seni)

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD Bengkel Guru>> Bahan Pengajaran - Pendidikan Seni

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri.1. Mencari logo, menyusun dan menampal di atas kertas lukisan.2. Membuat kolaj menggunakan bahagian berwarna akhbar.3. Menggunting, menyusun dan menampal bahan berwarna untuk membentuk lukisan berdasarkan tajuk seperti - Rumah Kediaman Saya dan Bintang Kesayanganku.4. Mewarna gambar grafik, rajah dan sebagainya.5. Menyusun perkataan daripada tajuk berita membentuk bahan seperti;(a) Nama dan alamat sendiri(b) Kata-kata hikmat(c) Puisi seperti pantun6. Membuat kad jemputan dengan menyusun abjad daripada tajuk berita dan dihias dengan bahan lain daripada akhbar.7. Gunting dan tampal beberapa objek menarik untuk menjadi sebuah lukisan.8. Gunting gambar kepala orang kemudian lukis bahagian badan atau dipadankan dengan badan orang lain.9. Menyusun objek-objek dalam akhbar untuk membentuk lukisan abstrak.10. Menggunting bahan tertentu untuk membentuk objek seperti kereta dan permukaan jam.

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADD Bengkel Guru>> Bahasa Melayu - Surat Kiriman

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.Memohon jawatan (surat rasmi)Didasarkan kepada iklan tawaran kerja

Memesan barang (buku)Didasarkan kepada iklan tawaran (buku)

Menjawab surat (surat rasmi)Didasarkan kepada surat pembaca

Surat ucapan tahniahDidasarkan kepada berita kejayaan

Surat ucapan takziahDidasarkan kepada berita kemalangan

Surat simpatiDidasarkan kepada berita kemalangan

Surat memberi pendapatDidasarkan kepada berita atau rencana yang menimbulkan isu

Surat menghubungi seseorangDidasarkan sesuatu berita mengenai seseorang

Surat membuat tempahanBerdasarkan iklan tertentu seperti hotel dan makanan

Surat mendapat maklumat lanjutBerdasarkan sesuatu berita atau iklan seperti mengenai pertandingan

Kad jemputanMembuat kad jemputan dengan menyusun huruf daripada tajuk berita

Membuat surat untuk Surat Pembaca

Penggunaan Akhbar Melalui Konsep ADDBengkel Guru>> Bahan Pengajaran - Lisan

Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.1. Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudian minta mereka mengingati kembali.2. Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolaholah seperti penyampai di kaca TV.3. Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang telah dibaca.4. Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai pertandingan sukan, kemudian minta mereka membuat ulasan selari pertandingan itu.5. Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca.Minta pelajar membaca semua tajuk berita dari sesuatu halaman, kemudian menyebutnya secara lisan.6. Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat, selepas itu menyatakan isi (point) bahan yang dibaca itu.7. Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari pemimpin, minta mereka menyampaikan syarahan pendek.8. Minta pelajar meneliti iklan mengenai barangan kemudian memperagakan seolah-olah menjual barangan berkenaan.Posted bysalbiahat6:03 PMNo comments:Labels:addhttp://salbiahsaldagmail-salbiah.blogspot.com/TUESDAY, 21 MAY 2013Elemen Merentas Kurikulum

Bagi membincangkan elemen-elemen merentas kurikulum, aspek pengetahuan adalah satu ciri yang penting.Pengetahuan boleh ditafsirkan sebagai keadaanmengetahui iaitu persepsi yang jelas tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dankognisi. Namun, menurut Kamus Dewan (1989)pengetahuan ialah perihalmengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan.Dalam hal ini, kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERIS). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah.Struktur kurikulum baru KBSM memperkenalkan konsep tunjang satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan. Selaras dengan kepentingan aspek mengira dalam konteks KBSM, tranformasi kurikulum sekolah yang menjurus kepada tunjang pengiraan memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran lain semasa berinteraksi.Aspek penggabungjalinan dalam mata pelajaran Matematik sudah pasti tidak dipisahkan dengan kemahiran lain atau pun mata pelajaran lainnya.Bagi satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar, bertutur dan mengira, atau mendengar, menulis dan mengira) digabungjalinkan; Antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni; Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau Projek.Aspek ko-kurikulum juga tidak kurang pentingnya dalam penyempurnaan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik darjah, pengetahuan dan amalan. Contohnya, ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya. Pengalaman sedia ada murid dilengkapi dengan pengalaman baru melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sekolah mahupun luar.Elemen merentas kurikulum (EMK) mempamerkan kesepaduan Unsur merentasi kurikulum seperti;Bahasa merentasi kurikulum; Alam sekitar merentasi kurikulum;Sains merentasi kurikulum; Matematik merentasi kurikulum;Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya.Tambahan pula, EMK dalam mata pelajaran Matematik sangat penting. Sejajar dengan perkembangan dan usaha Negara menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, bagi memenuhi aspirasi Wawasan 2020; Negara perlu merangka serta memartabatkan sistem pendidikan ke arah penguasaan ilmu dan kemahiran sepertimana yang diperlukan dalamKemahiran abad ke-21. Bidang sains dan teknologi merupakan asas yang sangat penting.Posted byMARAN RAMPINGat03:19http://kemayangambai.blogspot.com/2013/05/elemen-merentas-kurikulum.html