adat dan pantang

Upload: chain2

Post on 21-Jul-2015

372 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ADAT DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT KADAZAN

Masyarakat Kadazan : Kumpulan etnik terbesar iaitu 80% merupakan penduduk Negeri Sabah. Berketurunan dari pendatang Indonesia.

Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

KELAHIRAN

ADAT & PANTANG LARANG

KEMATIAN

PERKAHWINAN

Pantang Larang Bersalin

Upacara Memberi NamaUpacara Turun Tanah

Pantang Larang Mengandung

Kelahiran

Mintuhun dan Minuhun

Pantang larang ibu mengandung: Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut anak panjang Tidak boleh makan buah mengandungi air. Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembubibir anak sumbing Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak sempurna

ADAT & PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALIN Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah- ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

UPACARA MEMBERI NAMA Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari ke-8 di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut. Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan.

UPACARA TURUN TANAH Anak dibawa oleh ibunya sendiri. Antara barangan yang perlu dibawa sekali: Sebuah bakul rotan, bertutup, bertali dan disondong. Diisi dengan pelbagai alatan Sebilah pisau kecil untuk menghalau Rogon Gaiyah Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap sebagai ibu segala semangat dalam perubatan tradisi Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jaring

UPACARA MINTUHUN DAN MINUHUN Sebelum memijak tanah, tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas dahinya Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian.

PERKAHWINAN Melalui merisik (meminang)- prosesnya boleh memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan pada waktu pagi manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan.

Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi-dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa Mimpi baik- teruskan Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-bayar sugit mimpi kepanasan Mimpi buruk- dibatalkan

Hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki: Makanan: babi atau kerbau Alat istiadat: canang gong (tinokol), tempayan(tajau) Barang sakti untuk teguhkan semangat Tasor- tempat pinang yang dibuat daripada tembaga atau perak

Pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2-3 hari. Upacara adat yang khas suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu Ibubapa si lelaki tidak boleh berada di situ selagi suami isteri belum sah bersatu Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mentua) diadakan. Pesta di rumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil Perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi sebagai membayar kapanasan.

PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI PEREMPUAN Berkehendak -perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat (x suami isteri berada berdua-duaan dlm keadaan sumbang si tempat terpencil) Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada pihak gadis Mengandung- dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut Madhagau- bersekedudukan Pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.

UPACARA PEMUJAAN PERTANIAN Merenjis air hikmat (sakti) pada benih padi Memindahkan benih ke sawah dengan memberi sajian dan haiwan ternak kepada tanah sawah Beri sajian kepada semangat padi tanda terima kasih Buat tanda di tengah sawah apabila padi mulai bunting- supaya dapat hasil lebih.

KEMATIAN Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada pertanda akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun (bomoh) tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan:

Adat memberitahu

Adat berjagajaga

Adat moginupus

ADAT MEMBERITAHU Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang kerana masyarakat Kadazan percaya, jika dilakukan juga pekerjaan tersebut maka hasilnya hanyalah sia-sia Ditakuti malapetaka (bencana) dan penyakit akan menimpa mereka Pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja Manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

ADAT BERJAGA-JAGA Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. () Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis (syaitan) atau jin (makhluk halus) yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menggantung pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menggantung pakaian tersebut adalah tubuh manusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan lrama gendang itu disebut surabaya Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam

MOGINUPUS Moginupus dalam bahasa Kadazan bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan () kubur si mati nanti.

PANTANG LARANG lain ttg kematian Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah dari roh jahat Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu Mihad- menangisi mayat 2 lelaki menunggang kuda/ kerbau keliling kampung Menerima sejemput beras/ garam Garam dilarut untuk membuang panas poudnya (badi/roh jahat). Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poudnya itu.

Semulia sedekah ialah kain belacu (kain mentah ) sebagai kain bendera kubur Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah Mayat ditanam bersama barang-barangnya Hidung,mata, telinga, & ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati Papakan- sajian si mati dalam gelap Mamupus- keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali

ADAT DAN BUDAYA

KAUM MURUTPENGENALAN Perkataan Murut di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata purut iaitu berian atau hantaran mas kahwin. Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Di Sarawak pula,terdapat juga kaum Murut, akan tetapi suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini terletak di bawah kaum Orang Ulu iaitu mewakili peribumi kecil sahaja. Kaum Murut di Sabah menetap di Tenom, Kemabong, Pensiangan, dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.

PERKAHWINAN Dalam soal perkahwinan, kebiasaannya perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 1 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan Bagi soal istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung d rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan aka dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai tambuloi. Seterusnya pengantin perempuan akan diletakkan dalam bilik khas yang telah ditab beberapa helai kain yang mahal. Selepas itu, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengan lelaki dan pukulan egal iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

KELAHIRAN Bagi adat kelahiran kaum Murut pula, mereka tidak mempunyai adat resam dan pantang larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin. Mereka akan mempunyai beberapa pantang larang apabila selepas bayi itu dilahirkan, iaitu dari segi pemberian nama . Bagi masyarakat Murut, bayi yang dilahirkan tidak akan diberi nama dengan serta merta. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Oleh yang demikian, pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut. Oleh itu, kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau melalui sesuatu peristiwa tertentu. Selain itu, nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar untuk beberapa kali. Situasi ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang yang meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka adalah sama, kaum murut yang mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.

KEMATIAN Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan,seluruh penduduk akan didenda iaitu member seekor babi kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam ke empat mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keasokkan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap

pantang larang suku kaum bajaudalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang digunapakai sehingga hari ini ialah: larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit

larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri