adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -imam al-ghazali- semoga dirahmati dan...

19

Upload: lethien

Post on 07-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6
Page 2: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal ) ”

Tanda tangan : …………………………………….

Nama Penyelia : ENCIK KAMALULARIFIN BIN SUBARI

Tarikh : 1 Mac 2004

Page 3: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

KESESUAIAN SUKATAN PELAJARAN AMALI MENGGEGAS

MENGIKUT PERSEPSI GURU-GURU MENGAJAR KURSUS

AMALAN BENGKEL MESIN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

NEGERI SARAWAK.

AZHAR BIN NOH

Laporan Projek Ini DikemukakanSebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6
Page 5: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

iii

DEDIKASI

Untuk Ayah dan Ibu,

Noh Bin Hasan Fatimah Binti Jamil

Juga Mertuaku

Mohd. Zaini Bin Sahak Rahmah Binti Husin

Serta Isteri dan Anak dikasihi

Suraya Binti Zaini Fakhrudin Arrazi Bin Azhar

Iringan Doa Restu Serta Pengorbanan Kalian Semua Adalah Pembakar

Semangat Dalam Mengharungi Ranjau di Sepanjang Pengajian ini

Aku Mencari Segala Pengetahuan Untuk Segala Sesuatu Selain

Tuhan, Tetapi Ilmu Tidak Mahu Kecuali Hanya Untuk Tuhan

-Imam Al-Ghazali-

Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya

Page 6: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta

pertolongan kepadaNya dan memohon ampun KepadaNya. Kita memohon

perlindungan kepada Allah s.w.t dari keburukan jiwa kita dan keburukan amal

perbuatan kita.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat

untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Kamalulariffin Bin

Subari selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar,

nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua guru-guru ABM di Sekolah

Menengah Teknik di Negeri Sarawak yang telah memberi kerjasama dan bantuan

dalam menyiapkan projek ini. Juga ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan

serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau

tidak langsung. Semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

AZHAR BIN NOH

Mac, 2004

Page 7: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

v

ABSTRAK

Salah satu daripada objektif Sekolah Menengah Teknik adalah mengadakan

kurikulum yang boleh diubahsuai selaras dengan perubahan masa dan zaman

membuntuti, berdasarkan kepada kepentingan mata pelajaran yang berkaitan dengan

industri sekarang dan pada masa akan datang. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk

meninjau kesesuaian sukatan pelajaran Amali Menggegas mengikut persepsi guru-

guru mengajar kursus Amalan Bengkel Mesin (ABM) di Sekolah-sekolah Menengah

Teknik di Sarawak. Kajian ini melibatkan 28 orang guru dari lima buah Sekolah

Menengah Teknik di negeri Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu

set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai

pengalaman mengajar responden dan bahagian B mengenai maklumbalas terhadap

persoalan kajian. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS

(Statistical Package for Social Science, Version 11.0) dan dianalisis untuk

mendapatkan min dan peratusan. Hasil kajian mendapati Sukatan Pelajaran Amali

Menggegas perlu diubahsuai agar dapat menyaingi perkembangan teknologi

pemesinan masa kini. Adalah diharapkan pihak-pihak yang terlibat dengan

penggubalan kurikulum dapat menilai kembali kurikulum yang telah digunakan

sekian lama agar mutu pendidikan dapat dipertingkatkan.

Page 8: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

vi

ABSTRACT

One of the Technical School objectives is to provide a flexible curriculum,

which could be modified relevant to the progressing time and the later period, based

on the importance of the subjects correlate with the current and the future industries.

Hence, this research was done to survey the suitability of the Machine Shop Practice

Syllabus through the perception of the Machine Shop teachers at Technical Schools

in Sarawak. There were 28 teachers from five Technical Schools in Sarawak

involved in the study. The research instrument was a set of questionnaire divided

into two parts; part A was about the teachers’ teaching experience and part B was

about the research questions. Data collected were processed and analyzed using the

SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 11.0) to obtain the frequent

mean and percentage. The study shows that the Syllabus of Machine Shop Practice

should be revised and modified to compete with the advanced machining technology.

It is hoped that the particular bodies involved in the curriculum committee will revise

the curriculum that has been used for some times to improve the education quality.

Page 9: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Terminologi / Definisi Istilah 8

Page 10: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional

di Malaysia

12

2.3 Kepentingan Pendidikan Vokasional 14

2.4 Sekolah Menengah Teknik

Kementerian Pendidikan Malaysia

17

2.5 Objektif Sekolah Menengah Teknik

(SMT)

18

2.6 Kursus Amalan Bengkel Mesin

Di Sekolah Menengah Teknik

19

2.7 Kurikulum Amalan Bengkel Mesin

Di Negara Maju

20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi Kajian 23

3.5 Prosedur Kajian 24

3.6 Instrumen Kajian 24

3.7 Kajian Rintis 26

3.8 Analisis Data

27

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

Page 11: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

ix

4.2 Maklumbalas Soal Selidik 29

4.3 Analisis Kajian Bahagian A

(Latar Belakang Responden)

30

4.4 Persoalan Kajian Pertama 31

4.5 Persoalan Kajian Kedua 33

4.6 Persoalan Kajian Ketiga 36

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 38

5.2 Rumusan Kajian 38

5.3 Perbincangan 39

5.3.1 Kemahiran Dalam Sukatan

Pelajaran

40

5.3.2 Projek Dalam Sukatan pelajaran 42

5.3.3 Kemahiran Yang Diperlukan 43

5.4 Cadangan Tindakan 46

5.4.1 Jabatan Pendidikan Teknik Dan

Vokasional

46

5.4.2 Guru-guru ABM 47

5.4.3 Industri 47

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48

5.6 Kesimpulan 48

BIBLIOGRAFI 50

LAMPIRAN

Page 12: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

Bilangan guru ABM mengikut sekolah

Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian

Skala pemeringkatan Likert

Pemeringkatan skor Skala Likert

Tahap penilaian berdasarkan Min (Baru)

Taburan responden mengikut tempat dan

pengalaman mengajar

Taburan kekerapan dan peratusan responden

terhadap kemahiran yang diajar dalam amali

menggegas

Taburan kekerapan dan peratusan responden

terhadap projek menggegas dalam sukatan

pelajaran amali menggegas

Taburan kekerapan dan peratusan responden

terhadap kemahiran yang perlu dimasukkan dan

diajar dalam amali menggegas

23

25

26

27

28

30

31

33

36

Page 13: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A

B

C

D

Set Soal Selidik

Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan

(EPRD)

Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak

Surat Pengesahan UTM

Page 14: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesebuah negara maju memerlukan rakyat yang berkemahiran dan berilmu

pengetahuan, terutama dalam bidang sains dan teknologi. Kemajuan sains dan

teknologi memerlukan ramai tenaga profesional dan separa profesional yang menjadi

nadi dan aset terpenting untuk mencorakkan pembangunan dan kemajuan negara. Siti

Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh (1995) menyatakan bahawa

pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial

negara.

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia telah diperkenalkan

semenjak tahun 1930 melalui Technical Trade School. Berasaskan daripada

Technical Trade School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai

Sekolah Menengah Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka

Jurusan diperkenalkan pada tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2000). Perubahan

kurikulum yang berlaku dari semasa ke semasa telah memperkenalkan Sistem Baru

Pendidikan Teknik dan Vokasional pada tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) bagi membolehkan masyarakat menyumbang tenaga

untuk keperluan negara.

Kewujudan sekolah vokasional dapat menyediakan latihan kemahiran yang

khusus untuk mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir dan separuh mahir yang

Page 15: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

2

beretika dan dapat menepati aspirasi dan ekspektasi rakyat, masyarakat dan negara

ke arah mewujudkan generasi yang produktif dan bersatu ( Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1990 ).

Kurikulum yang ditawarkan di sekolah menengah teknik dan vokasional

perlu mengikut permintaan pasaran industri kerana pelajar perlu mengaplikasi apa

yang telah dipelajari dengan keperluan pekerjaan. Di Britain, pihak industri

berpendapat sekolah perlu memasukkan unsur vokasional di dalam kurikulumnya

tetapi tidaklan ditahap sehingga pelajar-pelajarnya boleh bekerja dengan kemahiran

yang diperolehi tanpa sebarang latihan. Ini memandangkan, pihak industri lebih suka

memberi latihan di tempat kerja dan pihak institusi vokasional memberikan latihan

asas. Kurikulumnya meliputi pengetahuan asas, kemahiran komunikasi, kemahiran

teknikal serta etika kerja. (Soo Wee Leng dan Juma’ayah Salleh 1997, 103)

Namun begitu, wujud masalah dalam mencari pengusaha yang sanggup

menyediakan program pengalaman kerja sedemikian rupa. Ini berdasarkan kajian

yang dibuat oleh The Organization for Economic Cooperation and Development

menunjukkan betapa kurangnya penglibatan pengusaha industri dalam menyediakan

program sedemikian rupa. Ini adalah persoalan yang berterusan ditujukan kepada

penggubal kurikulum pendidikan teknik dan vokasional dalam memberi kepercayaan

kepada perniagaan dan industri untuk menyumbangkan sumber bagi mereka

menyediakan ‘work-based learning experience’. (Prof. J. M David 1997, 22).

1.2 Latar Belakang Masalah

Masyarakat harus menerima hakikat bahawa sains dan teknologi merupakan

alat untuk meningkatkan kesejahteraan, kekayaan dan kualiti hidup bukan sahaja

masyarakat tetapi juga negara. Ini berdasarkan kepada cabaran keenam wawasan

2020 iaitu, untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi serta memandang jauh ke depan, yang

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

Page 16: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

3

saintifik dan teknologi masa depan. Justeru itu dapatlah dijangkakan perubahan yang

sedang dan akan berlaku terhadap masyarakat adalah menjurus kepada matlamat

tersebut antaranya dalam aspek pekerjaan, struktur sosial, kebudayaan, politik,

kekeluargaan, pendidikan dan teknologi.

Untuk menuju ke arah negara maju, kegiatan yang berkaitan dengan

perindustrian perlu diperhebatkan. Penggunaan kelengkapan dan teknologi tinggi

memerlukan tenaga mahir yang cukup terlatih di semua bidang, (Prosiding

Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, 1997). Menurut John Arul

Philips (1997), arah ekonomi Malaysia menuju kepada perkembangan industri

teknologi tinggi dan permintaan untuk tenaga manusia yang berkemahiran tinggi

menjadi lebih ketara. Dalam situasi ekonomi negara masa kini, permintaan tenaga

kerja mahir dan separuh mahir dijangka meningkat dengan pesatnya. Seiring dengan

perubahan perkembangan negara yang menekan kemahiran teknologi, negara

memerlukan lebih ramai tenaga kerja berkelayakan tinggi dalam bidang kemahiran

profesional teknikal.

Dalam Prosiding Kebangsaan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (1997)

menyatakan, “pembangunan guna tenaga manusia merupakan asas segala

pembangunan.” Dari kenyataan ini, dapat digambarkan bahawa pentingnya memiliki

kemahiran untuk melaksanakan sesuatu tugas yang boleh di manfaatkan kepada

manusia dan seluruh alam.

Teknologi adalah penggerak kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Kemajuan dan pembangunan tidak akan berlaku jika teknologi tidak berkembang.

Kemodenan juga tidak akan wujud jika penggunaan teknologi pada tahap yang lama

atau masih mundur. Ismail Ibrahim (1992, 66) menyatakan, tanpa teknologi manusia

tidak mungkin dapat mentadbir dan memakmurkan alam ini dengan sebaik-baiknya.

Teknologi diperlukan di dalam semua bidang dan sektor kehidupan manusia iaitu di

dalam bidang industri, pertanian, pengangkutan, perhubungan dan lain-lain lagi.

Matlamat teknologi ialah memenuhi keperluan-keperluan manusia, (Ainon Mohd &

Abdullah Hassan, 2000, 353).

Page 17: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

4

Dalam bidang Pendidikan dan Latihan, Sekolah Menengah Vokasional (kini

dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik) merupakan salah satu institusi yang

bertanggungjawab untuk menyediakan seberapa ramai tenaga buruh separuh mahir

bagi memenuhi keperluan perindustrian negara, di samping institusi-institusi lain

seperti Politeknik, Institut Kemahiran Mara dan Institut latihan Perindustrian.

(BPTV, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).

Kementerian Pendidikan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk

mengendalikan pendidikan formal aliran teknik dan vokasional melalui Sekolah

Menengah Teknik di seluruh negara. Pilihan aliran antara mata pelajaran akademik

dan pendidikan teknik dan vokasional bermula di tingkatan 4.

Di Sekolah Menengah Teknik terdapat dua jenis aliran pendidikan iaitu :-

a. Aliran Pendidikan Teknik

b. Aliran Pendidikan Vokasional

Pada tahun 1987, sukatan pelajaran Sekolah Menengah Vokasional yang baru

dilaksanakan telah memperkenalkan beberapa kursus dan antaranya ialah kursus

Amalan Bengkel Mesin (ABM). Matapelajaran–matapelajaran ketukangan yang

diajar dalam kursus ini ialah Amali Kerja Menggegas dan Memesin, Teori Teknologi

Bengkel Mesin dan Lukisan Geometri dan Berkaitan. Waktu yang diperuntukkan

bagi pembelajaran mata pelajaran ini ialah empat waktu untuk Teori Teknologi

Bengkel Mesin, tiga belas waktu untuk Amali Kerja Menggegas dan Memesin dan

empat waktu untuk Lukisan Geometri dan Berkaitan. ( BPTV 1991 ).

Menurut Ismail Hassan (1987), sukatan pelajaran teori Teknologi dan Amali

masih kurang matang dalam pendidikan teknologi dan vokasional di sekolah-sekolah

dan tidak mengikut keperluan industri moden yang sentiasa berubah-ubah.

Keperluan tenaga mahir dalam bidang-bidang teknikal dan profesional belum dapat

dipenuhi. Kekurangan ini menjadi masalah besar dalam pelaksanaan Pelan Induk

Industri Negara. Oleh itu program yang lebih menitikberatkan kemahiran perlu

diwujudkan di Sekolah Menengah Vokasional. Program ini diharapkan dapat

melahirkan pekerja separuh mahir dan mahir dalam bidang tertentu di samping

Page 18: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

5

mementingkan pakar yang bermutu tinggi. Oleh yang demikian kurikulum ataupun

sukatan pelajaran yang diajarkan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional

haruslah mengikut perkembangan dan kehendak teknologi pada masa kini.

Walaubagaimanapun, Sukatan Pelajaran amali ABM yang diperkenalkan pada tahun

1987 masih belum berubah hingga kini.

Sebagai perbandingan, Negara Jepun membuat rombakan besar-besaran

terhadap kurikulumnya setiap lebih kurang sepuluh tahun. Cadangan-cadangan

untuk kajian semula dilakukan oleh berbagai ahli jawatankuasa yang dianggotai oleh

pakar kurikulum, profesor universiti, guru, pegawai pendidikan dan lain-lain.

Meskipun begitu, selang masa sepuluh tahun adalah terlalu lama jika dibandingkan

dengan perkembangan teknologi dan tempat bekerja. Ia adalah satu cabaran kepada

pendidikan teknikal dan vokasional kerana kandungan pendidikan teknikal dan

vokasional adalah berkait rapat dengan perkembangan teknologi dan tempat serta

suasana bekerja (Shoji Murata & Sam Stern, 1993).

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau kesesuaian Sukatan Pelajaran

Amali Menggegas dengan perkembangan teknologi serta kehendak sektor

perindustrian di negara ini menurut persepsi guru-guru yang mengajar kursus

tersebut di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Sarawak.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada masa ini kerja-kerja menggegas telah diambil alih oleh mesin-mesin

yang dapat menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dan lebih pantas berbanding

dengan tenaga manusia. Oleh itu kemahiran yang diperlukan untuk mengendali dan

menyiapkan aktiviti atau kerja gegas juga mengalami perubahan. Salah satu kursus

yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ialah amali menggegas bagi aliran

vokasional. Sukatan pelajaran amali menggegas ini telah digunakan sejak tahun

1987 dan belum pernah diubah. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk

mengetahui adakah isi kandungan Sukatan Pelajaran Amali Menggegas dalam kursus

Page 19: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... · -Imam Al-Ghazali- Semoga DiRahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya . iv ... 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6

6

ABM masih sesuai dijadikan panduan dengan perkembangan teknologi pemesinan

yang pesat masa kini menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek tersebut di

Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Sarawak.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenalpasti samada kemahiran-kemahiran menggegas yang terkandung di

dalam Sukatan Pelajaran amali menggegas masih sesuai diajar di Sekolah

Menengah Teknik.

1.4.2 Menentukan samada projek-projek yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran

amali menggegas masih sesuai diajar di Sekolah Menengah Teknik.

1.4.3 Mendapatkan maklumbalas samada penggunaan mesin canggih perlu

dimasukkan dalam sukatan pelajaran ABM untuk disesuaikan dengan

teknologi pemesinan masa kini.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:

1.5.1 Adakah kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran

amali menggegas masih sesuai diajar di Sekolah Menengah Teknik?

1.5.2 Adakah projek-projek menggegas yang disyorkan dalam sukatan pelajaran

amali menggegas masih sesuai untuk diajar di Sekolah Menengah Teknik?

1.5.3 Adakah kemahiran-kemahiran menggunakan mesin-mesin canggih perlu

dimasukkan dalam sukatan pelajaran ABM untuk disesuaikan dengan

teknologi pemesinan masa kini?