adab memelihara alam

7
PENDIDIKAN ISLAM BAB 36 ADAB MEMELIHARA ALAM

Upload: preciousafiqah

Post on 15-Aug-2015

28 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: adab memelihara alam

PENDIDIKAN ISLAM BAB 36

ADAB MEMELIHARA ALAM

Page 2: adab memelihara alam

KEPENTINGAN MEMELIHARA ADAB

Alam sekitar ialah antara tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah S.W.T. melalui perhatian,kita dapat melihat betapa agungnya Allah yang menjadikan dan mentadbir alam ini tanpa sebarang cacat cela. Alam sekitar amat penting kepada manusia kerana banyak manfaat yang diperoleh daripadanya seperti sumber makanan, minuman, tenaga dan alat perhubungan. Sebagai khalifah Allah, kita wajib memelihara alam sekitar untuk keindahan, kebersihan dan keaslian.

Page 3: adab memelihara alam

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

• Dilakukan oleh manusia, firman Allah :

Surah al-rom, 41:30Maksudnya… telah berlaku pelbagai

kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia

Page 4: adab memelihara alam

BENTUK-BENTUK PENCEMARAN

(1) Pencemaran udaraMaksud : terdapat gas, cecair atau zarah terkandung dalam udara

sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan.i. Asap kenderaan ii. Asap dari kilangiii. Pembakaran terbukaiv. Asap daripada rokok(2) Pencemaran airMaksud : perubahan yang dilakukan pada kandungan, keadaan

dan warna sehingga tidak sesuai untuk digunakan dan akan memberi kesan kepada menusia apabila menggunakannya.

v. Sisa bahan buangan kilangvi. Pembuangan sampah kedalam airvii. Penerokaan hutan yang mengakibatkan hakisan yang

mencemarkan sungai

Page 5: adab memelihara alam

(3) Pencemaran tanahMaksud : perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan

sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

i. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang ii. Pembuangan sampah ada di merata-rataiii. Penggunaan racun serangga secara berlebihan(4) Pencemaran bunyiMaksud : bumi bising yang keterlaluan sehingga

menyakitkan telinga. Pencemaran ini biasanya melebihi 80 (A)dB.

iv. Bunyi kenderaan bermotorv. Bunyi kilangvi. Kuari-kuari yang mengeluarkan bunyi pemecah batu,

engin gerudi dan kenderaanvii. Kerja-kerja pembinaan bangunan

Page 6: adab memelihara alam

LANGKAH MENGATASI KEROSAKAN ALAM

(1)Memberi kesedaran tentang pentingnya memelihara alam sekitar

(2)Menyediakan kemudahan yang secukupnya untuk memudahkan orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alamseperti menyediakan tempat pembuangan sampah

(3)Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung atau bandar

(4)Mengubal dan mengutamakan undang-undang yang lebih beratbagi menghukum orang yang melakukan kerosakan kepada alam

Page 7: adab memelihara alam

PENGHAYATAN

(1)Kita wajib menyedari betapa besarnya nikmat alam sekitar yang dikurniakan Allah kepada kita. Oleh itu kita hendaklah bersyukur dengan memelihara kebersihan dan keindahan serta tidak melakukan sebarang kerosakan terhadapnya.

(2)Kita juga hendaklah memberi sumbangan kearah memelihara alam sekitar dengan menjaga persekitaran rumah dan sekolah kita.