action research

34
DEFINISI & JENIS DEFINISI KAJIAN TINDAKAN Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya. Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal. Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang kajian tindakan: Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau

Upload: yunppgpjk

Post on 21-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penulisan AR

TRANSCRIPT

Page 1: Action Research

DEFINISI & JENISDEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.

Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka  dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh  itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.

Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang kajian tindakan:

Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.

Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan  melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Page 2: Action Research

McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.

Cochran & Lytle (1990) -  Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.

Kember & Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.

Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah.

McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan  kendiri.

JENIS KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas(emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.

Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan  tanggungjawab dikongsi sama rata oleh

Page 3: Action Research

pengamal  dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.

Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah (school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.

McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu, pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian; kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan . Kajian tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian tindakan bebas.

TUJUANTUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan sesuatu kajian tindakan:

(a)  Menambah baik - merujuk  kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat iaitu: penambahbaikan terhadap amalan;

penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan

penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.

(b)  Melibatkan - merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan sesuatu bidang.

Page 4: Action Research

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan keadaan. Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain. Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap mata pelajaran tersebut, yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan. Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi memahami punca minat sekumpulan pelajar menurun apabila berlaku pertukaran guru yang mengajar; untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah berikutan ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru - suatu penambahbaikan terhadap kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku, contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan bercerita dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap pengajaran.

Ini bermakna, kajian tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan yang berlaku di luar, serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi menambah baik amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan mengemas kini fakta-fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai melalui internet. Guru juga boleh mencari jalan untuk mengesan dan menghalang amalan memplagiat dalam kalangan pelajarnya dengan menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan pelajar menyertakan senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar. Suatu lagi matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku terhadap guru dari segi kefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan bertindak balas dengan perubahan itu.

Page 5: Action Research

Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya yang boleh menambah tingkat tahap keprofesionalisme yang dimilikinya.

KONSEP & CIRIKONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:

1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut. 

2. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri. 

3. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek. 

4. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan. 

5. Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku sebagai bukti. 

6. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran. 

7. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar. 

8. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.

Page 6: Action Research

Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:

1. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki. 

2. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait. 

3. Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa kehilangan kawalan ke atas projek penyelidikan.

Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat kajian tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa. 

2. Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta mempunyai dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya. 

3. Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.

Henry dan Henry (1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang mempunyai satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan, sebaliknya hanya sebagai satu projek penyelesaian masalah. Elliott (1991) mencadangkan satu-satu projek penyelidikan kajian tindakan sekurang-kurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu tahun pengajian. Walau bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981) dalam projek Negotiating the Curriculum menyatakan bahawa kebanyakan laporan kajian tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.

Ciri-Ciri Kajian Tindakan

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.

(a) Elemen Reflektif

Page 7: Action Research

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.

(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru

Page 8: Action Research

yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.

(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek - tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.

Page 9: Action Research

Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:1. Aspek pendekatan kajian Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran 

Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina 

Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar 

Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. 

2. Aspek alam persekitaran kajian Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah 

Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif 

Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah 

Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan

MODELMODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

1. Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Page 10: Action Research

2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

3. Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Page 11: Action Research

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:

1. critical collaboration enquiry by

2. reflective practitioners who are

3. accountable in making the results of their enquiry public,

4. self-evaluative in their practice, and engage in

5. participative problem solving and continuing professional development

Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini

Page 12: Action Research

boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

5. Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

6. Model Altrichter et.al (1993)

Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan

Page 13: Action Research

penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.

7. Model McBride & Schostak (1994)

McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.

Page 14: Action Research

8. Model Johnson (2002) 

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

PROSESPROSES KAJIAN TINDAKAN

Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:1. idea permulaan

2. membina rancangan tindakan

3. melaksana tindakan

4. memerhati kesan pelaksanaan tindakan 

5. mereflek 

Page 15: Action Research

1. Idea Permulaan

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.          

Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan. 

Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.

Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:

1. Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi

2. merancang tindakan

3. melaksanakan langkah-langkah tindakan

4. meninjau dan mengutip data

5. tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua

McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh digambarkan sebagai:

1. meninjau amalan semasa

2. mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki

3. membayangkan langkah ke hadapan

Page 16: Action Research

4. cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku

5. mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan

6. menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua aspek dalam kajian

Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.

2. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:

1. Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar  tentang topik yang diajar?

2. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?

Page 17: Action Research

3. Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedah pembelajaran masteri?

Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

3. Melaksana Tindakan 

Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

4.  Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

5.  Mereflek

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.

Page 18: Action Research

PERSAMPELANSAMPEL

Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang pelajardaripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.

Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.

POPULASI

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel.

Page 19: Action Research

POPULASI SASARAN

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).

POPULASI CAPAIAN 

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah seperti berikut:

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.Populasi sasaran: semua murid tahun lima di SelangorPopulasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, SelangorSampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.

PERSAMPELAN

Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. 

Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.

Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).

Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.

Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

PROSEDUR PERSAMPELAN

Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu: Persampelan kebarangkalian (secara rawak)

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Page 20: Action Research

Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.  Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih  berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.

Page 21: Action Research

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif, maka hanya jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan  dalam konteks persampelan ini.

(1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau presampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience

Page 22: Action Research

Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual. 

Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

(2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya  dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian  adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

Page 23: Action Research

(3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas  kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

(4)  Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan  kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut. 

Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.

Page 24: Action Research

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

(5) Persampelan Kes Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut; seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika

beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah runtuh

cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upaya

Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

(6) Persampelan Variasi maksimum

Dalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu dipilih  untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.

Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

(7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Page 25: Action Research

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.

FORMAT PROPOSALFORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN  EPRD (KPM) 

1.  Abstrak2.  Refleksi P & P3.  Isu keperihatinan / Fokus kajian4.  Objektif kajian

a. Objektif amb. Objektif khusus

5.  Kumpulan sasaran6.  Pelaksanaan Kajiana. Tinjauan masalahb. Analisis tinjauan masalah

Page 26: Action Research

c. Tindakan yang dijalankand. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian

i. Pelaksanaan aktiviti 1 – Pemerhatian, Refleksiii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi7.  Refleksi kajian

i. Penilaian pencapaian tindakanii. Rumusan hasil dapatan kajianiii. Refleksi proses P & P

8.  Cadangan untuk kajian seterusnya.