ac301 tamadun islam

139
TAMADUN ISLAM Abu Bakar Zakaria Marzuki Sepiaal Mohd Nasir Zain Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Upload: safwanpbs

Post on 15-Jul-2015

3.256 views

Category:

Education


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ac301   tamadun islam

TAMADUN ISLAM

Abu Bakar Zakaria Marzuki Sepiaal Mohd Nasir Zain

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Page 2: Ac301   tamadun islam

© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any

retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical,

photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :

Curriculum Development and Assessment Section,

Curriculum Development and Career Training Division

Department of Polytechnic Education, MOHE

Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Cataloguing –in-Publication Data

Tamadun Islam – Abu Bakar Zakaria, Marzuki Sepiaal, Mohd Nasir Zain ISBN

1. Islam

2. Tamadun Islam

Page 3: Ac301   tamadun islam

Editorial

Editor

Pn. Yusma bt. Yusof

Ketua Penolong Pengarah

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. Mohamad Yusak

Penolong Pengarah Kanan

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar

Penolong Pengarah

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

En. Abu Bakar b. Zakaria Politeknik Tuanku Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

En. Marzuki b. Sepiaal Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

En. Mohd Nasir b. Zain Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLISAS)

Page 4: Ac301   tamadun islam

Bab - 1 Pengenalan Kepada Tamadun Islam

Page 5: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

5

1.0 PENGENALAN KEPADA TAMADUN ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, manusia telah menghasilkan tamadun di seluruh

dunia. Bangsa Parsi, Greek, India dan China telah mencipta tamadun kebendaan

yang tinggi sekali. Islam dengan gabungan tamadun-tamadun ini telah melahirkan

antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Kehebatan tamadun islam

secara kasarnya kerana lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap

insan tanpa membezakan antara bangsa, warna kulilt dan benua. Kerakusan

tamadun barat yang terlalu mementingkan keuntungan atau lebih tepat

materialistic (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar menyebabkan

ketamadunan ini akhirnya menguburkan nilai-nilai moral kemanusiaan.

1.1 Konsep Tamadun Islam

Setiap bangsa di dunia mempunyai tamadun untuk meningkatkan kehidupan

mereka, seperti tamadun Rum, Parsi, China dan India. Berkenaan tamadun Islam

ianya dibina di atas konsep Islam dan kawalan dari agama sendiri. Tamadun pada

dasarnya berkaitan dengan kebendaan, seperti pembangunan bandar dan

kerohanian (pembangunan akhlak). Perkataan Tamadun adalah merupakan satu

istilah baru yang diperkenalkan dalam bahasa Malaysia bagi menggantikan

perkataan ”peradaban” yang lumrahnya digunakan dalam dekad-dekad 70an dan

sebelumnya. Pertukaran ini adalah wajar memandangkan tamadun bukanlah

perkataan biasa tetapi merupakan istilah yang merangkumi banyak makna.

Di bawah ini dikemukakan pengertian tamadun menurut bahasa Arab,

Melayu dan Inggeris dan juga pandangan sarjana barat dan Islam tentang

Tamadun Islam.

Page 6: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

6

1.1.1 Definisi Tamadun.

Dalam memberi definisi tamadun, para sarjana berbeza pendapat dalam

menentukan pendapat yang paling benar. Kelainan pandangan ini sebenarnya

sebagai satu perkara yang biasa memandangkan faktor latar belakang pendidikan,

alam sekitar minat, sikap dan sebagainya.

Bahasa Arab

Madana Muhammad Idris

Abdul Rauf al-

Marbawi

Tamadun berasal dari kata ‘Madana’ yang

bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak

mulia.

Ia juga membawa maksud kehalusan adat atau

kemurnian pencapaian manusia yang hidup di

kota yang memiliki peraturan yang baik

sehingga mampu mencipta kehiupan yang

aman, selamat, makmur dan menghasilkan

teknologi yang dapat membantu

menyempurnakan penghidupan yang lebih

bahagia

Mudun Ali Md Isa Bermaksud kota-kota.

Kata Tamadun di dalam Bahasa Arab juga

bermaksud “kemajuan yang dicapai oleh satu-

satu bangsa di dalam membangun dan

memodenkan diri agar dapat meletakkan diri

jauh lebih tinggi.

Madaniah Prof.Madya Dr

Lutfi Ibrahim

Kehidupan kota yang menghasilkan

pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai

aspek samada kebendaan maupun kerohanian

Umran Ibn Khaldun Di dalam kitab al-muqaddimah bermaksud

suatu kawasan yang di diami dan diusahakan

serta berkembang subur, aman makmur dan

ditadbir dengan baik dan sistematik.

Ia juga merujuk kepada ibu kota dan bandar

yang didirikan oleh raja-raja pada zaman

pemerintahan Islam.

Hadharah Ibn Khaldun Merujuk kepada aspek kemajuan dalam bidang

pemikiran, kerohaniaan, moral dan sosial

dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan

lebih ketara dalam bidang ilmu pengetahuan,

Page 7: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

7

kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan,

peraturan moral dan dapat resam, budi

pekerti, kepercayaan perkembangan

peradaban dalam masyarakat

Pengertian Tamadun pertama kali diperkenalkan pada abad ke-19 menggantikan

kesemua istilah lainnya yang pernah diguna pakai secara meluas. Seorang sarjana

Islam yang paling berminat dan mengguna pakai istilah ini adalah Jurji Zaidan,

dalam bukunya Tarikh al-Tamadun al-Islami (Sejarah Tamadun Islam) setebal 5

jilid.

Bahasa Inggeris

Civilization A.S Hornby dan

E.C Parnwell

Peningkatan pencapaian hidup manusia dari

kemunduran kepada kemajuan dalam

bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral

dan sebagainya.

Kamus Dwi

Bahasa

Kemajuan dalam tingkat penghiduapn

manusia meliputi aspek pemikiran dan

kebendaan

S.Khuda Bukhsh Civilization berasal dari kata civic yang

membawa erti kehidupan kota. Ia juga

membawa maksud pencapaian manusia

dalam pelbagai bidang kehidupa yang hidup

di kota

Arnold Toynbee Sejenis kebudayaan yang berkembang di

dalam kota

Renaissance Adam Metz Kata ini lebih tepat diterjemahkan sebagai

kebangkitan

Culture V.V. Bartold Kebudayaan

Tamadun di dalam bahasa Inggeris pernah menggunkan beberapa istilah seperti

Renaissance, culture dan Civilization. Tetapi kata Civilization lebih tepat dan

sempurna dari istilah lain. Ia tetap membawa maksud pencapaian manusia di

dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang berpusat di Kota.

Page 8: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

8

Bahasa Melayu

Tamadun Abu Bakar

Hamzah

Berasal dari bahasa Arab tetapi telah

diterima sebagai sebahagian daripada

perbendaharaan bahasa Malaysia.

Ia bermaksud “lahir serentak, seiring dan

sejalan dengan perkembangan kehidupan

manusia dari semasa ke semasa dalam

bentuk pemikiran dan kebendaan.

Mahmood Mohd

Taib al-Najmi

Peraturan masyarakat yang dapat

membantu manusia menambahkan hasil

pengeluarannya sama ada dari segi

pemikiran atau kebendaan.

Peradaban Muhammad

Uthman El-

Muhammady

Pencapaian manusia dalam kedua-dua

bidang iaitu kerohanian dan kebendaan.

Kesimpulan dari huraian di atas, dapat dihuraikan bahawa istilah dalam bahasa

Malaysia juga menggunakan beberapa kata untuk memberi makna kepada

Tamadun, namun secara umumnya keseluruhan istilah tersebut memberi maksud

yang satu iaitu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan manusia

samada dari aspek pemikiran, kerohanian, abstrak atau kebendaan.

1.1.2 Sumber-sumber Tamadun Islam.

Secara asasnya sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber

wahyu dan sumber sokongan. Sumber wahyu berasaskan kepada al-Quran dan as-

Sunnah, yang tidak boleh dipertikaikan ajaran yang terkandung di dalamnya,

sementara sumber sokongan pula terbahagi kepada tiga iaitu sumber akal,

pengalaman dan tamadun-tamadun lain.

Page 9: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

9

Al-Quran yang mengandungi 114 surah terdapat di dalamnya segala nilai, dasar,

prinsip dan hukum yang membimbing manusia bagi mencapai perhubungan dan

kesempurnaan hidup, iaitu:

i. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW adalah sumber utama

terbentuknya tamadun Islam kerana setiap tamadun memerlukan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Firman Allah SWT yang

bermaksud:

a. Sumber Wahyu

Al Quran

Merupakan Kalam Allah yang diturunkan ke atas Rasulullah SAW melalui perantaraan

malaikat Jibril dalam Bahasa Arab sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW,

dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir dan dikira beribadah apabila

membacanya”.

SUMBER TAMADUN ISLAM

PENGALAMAN

TAMBAHAN

WAHYU AL-SUNNAH

Disep

akati

Tidak d

isepakati

AL-QURAN

AKAL / IJTIHAD TAMADUN LAIN

Page 10: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

10

Wahyu pertama ini jelas menyarankan agar manusia berusaha membaca,

menulis, mencari dan meningkatkan pengetahuan di kalangan umatnya.

ii. Pendorong yang kuat ke arah pembentukkan sikap di mana individu yang

meneliti ayat-ayat al-Quran akan yakin betapa kuatnya gesaan Allah agar

manusia berfikir dan menciptakan tamadun yang berasaskan akidah,

syariah dan akhlak.

iii. Penggerak dan pemangkin yang paling utama dan berkesan bagi

membimbing manusia supaya lari dari kebodohan dan kejahilan kepada

menghasilkan manusia yang berfikiran kreatif dan inovatif.

iv. Merupakan kalam Allah SWT dan petunjuk daripada Allah SWT .Allah SWT

mengatur dengan sempurna segala keperluan manusia agar dapat

mencapai kemajuan dan tamadun.

Sunnah adalah sumber yang kedua dalam Islam; membolehkan pemahaman

mengenai tamadun Islam dan diterima sebagai sumber yang benar dan autoritatif

dalam melihat tamadun Islam sebagaimana penjelasan berikut:

i. Sunnah bukan sekadar bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling

sahih kepada al-Quran, malah dari sudut yang berbeza adalah tidak

mungkin melihat agama Islam sebagai sesuatu yang sempurna tanpa

bantuan dan penjelasan dari kandungan as-Sunnah.

Al-Hadis / Al-Sunnah Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merangkumi aspek

perkataan, perbuatan atau pengakuan ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya

sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah,Yang Mengajar dengan pena (tulis dan baca). Mengajarkan kepada manusia, apa yang belum diketahui” ( Surah al-Alaq: 1-5)

Page 11: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

11

ii. Bukan sahaja menggambarkan keseluruhan agama Islam tetapi juga

memaparkan secara jelas kandungan al-Quran yang menjadi pegangan

orang Islam

Dr. Hamidullah dalam bukunya “Introduction to Islam” antara lain

mengatakan, “kepentingan hadis kepada orang Islam adalah bertambah

disebabkan oleh fakta bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya mengajar tetapi

juga mengambil peluang meletakkan pengajaran Baginda ke dalam amalan-amalan

di dalam semua urusan kehidupan yang penting”.

Sumber yang disepakati terbahagi kepada dua:

IJMAK QIYAS

Kata sepakat para ahli ijtihad dari

kalangan umat Nabi Muhammad SAW di

satu-satu masa tertentu selepas

kewafatan Rasulullah SAW mengenai

sesuatu hukum syarak. Ijmak ialah

kesepakatan para ulama dalam bidang

ilmu pengetahuan tertentu, yang

berijtihad untuk menetapkan sesuatu

Meletakkan hukum ke atas sesuatu

perkara yang masih belum ada

hukumnya, berdasarkan kepada

perkara yang thabit hukumnya dalam

al-Quran mahupun sunnah kerana

terdapat persamaan dari segi illahnya

(alasan) yang ada pada hukum tersebut.

Akal

Tamadun Lain Pengalaman

Sumber Tambahan

Disamping dua sumber yang terbesar ini, terdapat juga sumber-sumber lain yang menyokong perkembangan tamadun islam, antaranya ialah:

Akal (fikiran) ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh (ijtihad),

bagi mendapatkan hukum syara’. Namun disebabkan ianya merupakan hasil pemikiran

manusia, tidak semua yang diputuskan mendapat kesepakatan para ulama’.

Page 12: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

12

hukum mengenai sesuatu perkara baru

yang tidak terdapat dalam al-Quran dan

as-Sunnah. Semua hukum yang

dipersetujui wajib dipatuhi oleh semua

umat Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam

surah an-Nisa : ayat 59 yang

bermaksud; “.Kemudian jika kamu

berbantah-bantah (berselisihan) dalam

sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (kitab) Allah

(al-Quran) dan (sunnah) RasulNya - jika

kamu benar-benar beriman kepada Allah

dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok

kesudahannya.”

Ayat ini menjelaskan, sekiranya berlaku

perselisihan pendapat tentang sesuatu

masalah hendaklah dirujuk kepada al-

Quran dan sunnah, jika tidak berlaku

itulah disebut ijmak.

Umpamanya meletakkan hukum wajib

zakat pada padi kerana persamaan yang

wujud antara padi dan gandum.

Antara dalil qias sebagai sumber hukum

, firman Allah SWT yang bermaksud:

“ maka jadikanlah (kejadian itu) untuk

menjadi pengajaran wahai orang-orang

yang mempunyai pandangan”. (surah al-

Hasyr : ayat 2)

Sumber yang tidak disepakati.

Terdapat beberapa sumber hukum yang diperselisihkan oleh para ulama

antaranya al-Istihsan, al-Masalih Mursalah, Syariat yang terdahulu, Mazhab

Sahabat Rasulullah SAW, al-Istishab dan al-Uruf.

Jelaskan maksud kalimah berikut:

a. al-Istihsan

b. al-Masalih Mursalah

c. Syariat yang terdahulu

d. Mazhab Sahabat Rasulullah SAW

e. al-Istishab dan al-Uruf.

Aktiviti

Page 13: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

13

.

1.1.3 Matlamat Tamadun Islam.

Matlamat kemunculan tamadun islam adalah untuk melahirkan manusia yang

mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu percaya kepada kekuasaan Allah

semata-mata. Melahirkan manusia yang mempunyai disiplin hidup yang tersusun

dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah SWT. Tamadun Islam mempunyai

matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep serta matlamat agama Islam yang

mencakupi cara hidup serba lengkap manusia di dalam alam ini.

Secara umumnya matlamat tamadun islam terbahagi kepada tiga tumpuan

utama, iaitu:

a) Hubungan Manusia dengan Penciptanya. (حبل من هللا)

Perhubungan dengan Allah (Pencipta) adalah setinggi-tinggi martabat

perhubungan, yang meliputi hubungan fizikal an metafizika, kebendaan dan

kerohanian. Hubungan dengan Allah adalah hubungan yang unik, tidak menyamai

Pengalaman Pengalaman adalah guru yang terbaik. Segala pengalaman yang baik dan

mendatangkan kebaikan kepada manusia boleh diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Pengalaman yang baik akan menjadi adat dan norma sesuatu

masyarakat dan bangsa. Oleh itu, adat dan norma yang selaras dengan Islam

boleh diterima pakai sebagai sumber tambahan dalam pembinaan tamadun Islam

Tamadun lain

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar. Begitu juga dengan tamadun Islam yang bersifat terbuka dalam usaha pembinaan tamadunnya. Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain untuk membantu dan mengukuhkan tamadun Islam. Bahkan menurut Prof Muhammad Qutb, Tamadun Islam menyuburkan hasil-hasil Tamadun yang dirintis oleh Greek, Rome, Parsi dan yang lainnya selagi tidak bercanggah dengan asas dan aspek ketamadunan yang hendak dibangunkan

Page 14: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

14

sebarang perhubungan lain. Ia merupakan hubungan ‘ubudiah. Seakrab manapun

hubungan sesama manusia akan berakhir apabila salah seorang dari mereka

meninggal dunia. Namun hubungan manusia dengan Allah SWT bermula semenjak

di alam baka, di dunia dan tidak putus walaupun manusia meninggalkan dunia

fana ini. Bahkan akan berterusan sehingga kealam akhirat dan tiada

kesudahannya.

Firman Allah yang bermaksud:

Islam mengarahkan pemikiran manusia kepada pencipta alam ini dan

segala yang terdapat di dalamnya, tidak hanya tertumpu kepada bidang

pembangunan dengan menggunakan segala bahan yang terdapat di alam ini, tetapi

Islam menyeru agar menghidupkan rasa perhubungan dengan pencipta-Nya

kerana Dialah yang memudahkan ahli-ahli fikir mencipta berbagai-bagai ciptaan

dari semasa ke semasa untuk kemanfaatan dan keperluan manusia.

Hubungan manusia dengan Allah sebagai Pencipta ini dizahirkan melalui

iktiqad dan perlaksanaan ibadah, melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan

segala larangan.

b) Hubungan manusia dengan manusia (حبل من االناس)

Manusia pada setiap masa perlu menghubungkan dirinya sesame manusia dalam

segenap bidang kehidupan. Hubungan seperti ini akan melahirkan sistem

mu’amalah dalam Islam. Melalui sistem ini akan melahirkan sistem sosiobudaya

dan ekonomi politik mayarakat. Kedua-dua aspek iaitu ibadah dan mu’amalah

seharusnya dilaksanakan serentak.

”Katakanlah: jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum

keluarga, harta kekayaan, yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri

kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai, adalah lebih yang kamu

cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka

tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi

petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (at- Taubah: 24)

Page 15: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

15

Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian, mereka memerlukan

masyarakat untuk menikmati kehidupan yang sempurna. Sehubungan itu, terdapat

tatacara tertentu bagi manusia mengikutinya dalam pergaulan. Masyarakat Islam

ialah satu masyarakat yang universal, iaitu tidak bersifat nasional dan tidak

terbatas dalam lingkungan batas-batas geografi. Ia terbuka untuk seluruh umat

manusia tanpa memandang jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga

memandang keyakinan dan kepercayaan individu. Yang dikehendaki ialah saling

berhubung dengan baik dan berdisiplin. Hanya satu ukuran yang mendapat tempat

disisi Allah iaitu taqwa dan taat kepadaNya, disamping berbuat baik kepada

hamba-hambaNya. Firman Allah yang bermaksud:

Semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di

bawah perlindungan sistem sosialnya. Cuma Islam memaparkan batas-batas yang

tidak sama tentang tanggungjawab antara Muslim dengan Muslim, dan antara

Muslim dengan yang bukan Muslim di dalam sesebuah masyarakat. Dengan itu,

Islam mewajibkan kepada pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan

Islam dengan seadil-adilnya, di samping orang Islam sendiri. Kezaliman dan

penganiayaan sesama manusia ditolak dengan keras oleh Islam.

Hubungan manusia dengan manusia ini adalah berlandaskan syariah yang

telah ditetapkan oleh pencipta. Islam menghendaki umatnya agar saling

menghormati sesama manusia dan hak-hak yang telah ditentukan. Inilah budaya

kehidupan umat Islam yang unik dalam perhubungan mereka sesama Islam atau

bukan Islam yang tidak pernah wujud dalam kehidupan umat manusia di muka

bumi ini, sebelum dan selepas Islam.

”Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki

dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, supaya kamu saling

berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling

taqwa antara kamu.” ( al Hujurat 49 : 13 )

Page 16: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

16

c) Hubungan Antara Manusia Dengan Alam Sejagat

Hubungan manusia dengan alam sejagat merupakan salah satu matlamat tamadun

Islam. Ini kerana secara umumnya segala yang berada di lautan dan di daratan

semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat. Manusia

bebas meneroka angkasa lepas, menyelami dasar lautan dan mencari gali di perut

bumi. Kesemua ini untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

Firman Allah yang bermaksud:

Mustafa haji Daud (1991), telah menjelaskan bahawa perundangan yang telah

digubal oleh Allah SWT dapat mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia

dalam dua hal, iaitu:

a. Supaya manusia sentiasa bersyukur bila beroleh kesenangan

b. Supaya semuanya dipergunakan sebaik mungkin bagi memperoleh

keredhaan Allah.

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah 2 : 29)

Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu

berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.

Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu

bagi orang-orang yang mengetahui. (Surah l-An-‘am 6 : 97)

Page 17: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

17

Hubungan manusia dengan alam sejagat

Alam nabatat (alam

tumbuhan)

Alam jamadat (alam rijid,

seperti batu tanah dan

sebagainya)

Hayamariat (alam

haiwan)

1.1.4 Dasar-Dasar Tamadun Islam

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta

menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada

hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar

utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek

penting iaitu:

Agama Nyawa Harta Maruah Akal

a. Keselamatan Agama / Akidah

Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan

alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s. hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta

telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah SWT

yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah

sesuatu yang lain daripadaNya.

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah

SWT telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah

menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan

kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh

bererti telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran, terjemahannya:

“Tidak ada paksaan untuk ( memasuki Islam).Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan

yang salah”. (surah al-Baqarah:256)

Page 18: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

18

b. b. Keselamatan Nyawa

Tamadun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai dasar yang paling utama.

Pencapaian manusia dalam bidang tamadun mestilah memelihara keselamatan nyawa.

Membunuh samada diri sendiri atau diri orang lain adalah sesuatu yang amat ditegah

oleh Allah SWT. Perbuatan ini boleh memusnahkan generasi manusia. Pemeliharaan diri

setiap manusia daripada bahaya sentiasa digalakkan oleh Allah SWT dan sebarang

tindakan yang dapat mencederakan fizikal orang lain ditegah oleh Allah, sebagaimana

firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membunuh sesama kamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu

Penyayang kepadamu” ( surah an-Nisa:29)

Ayat di atas menjelaskan bahawa umat Islam tidak berhak menggunakan kekerasan

untuk memaksa orang yang bukan Islam untuk memeluk Islam. Paling utama umat Islam

secara kolektif mestilah menjadi contoh teladan yang baik untuk diteladani oleh orang

yang belum menerima Islam.

Rasulullah SAW sendiri telah memberi contoh yang baik, di mana semasa

penubuhan negara Islam di Madinah, Baginda telah membuat perjanjian dengan

golongan Yahudi, Nasrani dan lain-lain, iaitu kedua belah pihak taat setia kepada

pemerintahan Rasulullah SAW manakala perajurit Islam secara kolektif

bertanggungjawab memelihara kebebasan beragama dan sebagainya. Kebebasan

beragama akan tamat serta merta apabila penganut agama lain melakukan sabotaj dan

pengkhianatan kepada agama Islam.

Selain itu, oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh

setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu

masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan

beribadat serta menyerah diri kepada Allah SWT yang maha Esa dengan mengerjakan

segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Page 19: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

19

c. c. Keselamatan Harta.

Keselamatan harta benda juga menjadi asas sokongan terhadap pembinaan tamadun

Islam. Untuk memelihara keselamatan harta, terdapat dua perkara yang perlu diambil

kira, iaitu bagaimana cara mendapatkannya dan ke mana atau bagaimana

menggunakan harta tersebut. Harta yang diperolehi dengan cara yang kotor seperti

menerima dan memberi rasuah, riba, hasil rompakan dan penipuan, atau digunakan

untuk memberi rasuah, membeli barangan yang bercanggah dengan syarak akan

mendatangkan kesan negatif kepada peribadi seseorang.

Untuk menjamin keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal yang

mutlak setiap individu di dunia ini, Allah SWT telah mengharamkan sebarang bentuk

pencurian dari sekecil-kecil barang seperti jarum hingga sebesar-besar harta manusia.

Hal ini dijelaskan oleh al-Quran dalam firmanNya yang bermaksud:

“Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan

bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah dan Allah Maha

Perkasa lagi Bijaksana”. (surah al-Maidah : 38)

d. Keselamatan Maruah.

Tamadun Islam berusaha memelihara kesempurnaan keturunan. Allah SWT telah

memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukkan keluarga yang

sempurna. Segala tindakan yang merosakkan keturunan adalah dilarang seperti

pengharaman zina, liwat, lesbian dan homoseksual kerana tindakan ini dapat

merosakkan keturunan.

Dalam hal ini firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang

keji dan suatu jalan yang buruk”. (surah al-Isra’:32)

Page 20: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

20

1.1.5 Ciri-Ciri Tamadun lslam.

Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri atau identiti tersendiri. Untuk memahami

tamadun Islam dengan jelas, dinyatakan beberapa ciri atau sifatnya seperti

berikut:

a. Ketuhanan (Rabbaniyyah)

Tamadun Islam didasari nilai ketuhanan dan keagamaan. Segala ajaran yang

terdapat dalam Islam ialah semata-mata ajaran Ilahi (Rabbaniyyah). Dengan sifat

ini menyebabkan ajaran Islam dapat hidup kekal serta dapat mengatasi segala

masalah dalam kehidupan manusia. Pengetahuan Allah SWT meliputi segalanya.

Dengan memahami ajaran Islam, maka seorang Muslim akan lebih jelas tentang

tujuan hidupnya dan dapat memahami dan menerima syariat Allah SWT.

Ketuhanan Keterbukaan Syumul Universal Fleksibel Realistik

d. e. Keselamatan akal

Akal adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga kepada manusia. Akal

menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dan sebagai khalifah di

atas muka bumi ini, menjadi pengguna segala sumber alam yang dijadikan oleh Allah

SWT.

Untuk memelihara kesempurnaan akal, Allah SWT telah mengharamkan

sebarang bentuk perbuatan yang dapat merosakkan akal, hal ini dijelaskan dalam

firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala,

mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan yang keji termasuk perbuatan syaitan,

Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keberuntungan” (Surah

al-Maidah:90)

Page 21: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

21

b. Keterbukaan

Sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Keterbukaan

bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-

had tertentu tetapi masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap

dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada

semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam melalui

ajarannya berusaha mendidik, membangun dan meningkatkan taraf manusia

kearah kecemerlangan tamadun sesuai dengan fitrah diutuskan agama Islam.

c. Syumul

Tamadun Islam bersifat syumul dan menyeluruh, ertinya mementingkan dan

mengambil kira semua dimensi kehidupan untuk kecemerlangan, seperti aspek

spritual dan material, aspek emosi dan intelek, aspek individu dan masyarakat

serta aspek dunia dan akhirat. Setiap dimensi ini saling bantu membantu,

berkaitan dan merupakan satu kesatuan. Jika seseorang hanya menekankan

kejayaan aspek tertentu sahaja dan mengabaikan aspek lain, sudah pasti

kecemerlangan tamadun tidak akan tercapai.

d. Universal

Tamadun Islam yang bersumberkan kepada al Qur’an dan as Sunnah bersifat

sejagat, bukan terhad di dunia semata-mata malah mencakup alam akhirat. Segala

urusan di dunia ini mempunyai kaitan rapat dengan urusan akhirat. Kehadiran

manusia di dunia yang fana ini hanya sebagai transit dan sebagai wadah untuk

menyediakan bekalan seseorang bagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Justeru itu tamadun Islam bukan hanya sesuai untuk bangsa tertentu sahaja,

bahkan untuk semua bangsa, bila-bila masa dan dalam apa jua situasi. Hal ini

berbeza dengan tamadun Parsi, China, Greek dan lain-lain yang lebih bersifat

kesukuan mahu pun kebangsaan dan dunia semata-mata.

e. Fleksibel

Tamadun Islam adalah bersifat fleksibel, dimana al Qur’an dan al Hadis menjadi

sumber utama. Ajarannya adalah bersifat terbuka, ertinya menerima semua

tamadun atau kebudayaan lain asalkan tidak bertentangan dengan akidah, syariat

Page 22: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

22

dan akhlak Islam. Pada peringkat permulaan, dikatakan bahawa Islam dibawa oleh

bangsa Arab yang diketuai oleh RasulLah SAW seolah-olah bersifat tempatan atau

kesukuan seperti agama Kristian dan Yahudi. Memang benar, tetapi ajarannya

berbeza dimana Islam tidak memperjuangkan hak bangsa Arab semata-mata,

malah secara universal. Sikap Islam amat menghargai Sesuatu perkara yang

berfaedah bagi kepentingan ummah, walaupun ianya datang dari negeri, bangsa

atau agama apa sekalipun.

Oleh itu, hari ini dunia telah menyaksikan satu realiti bahawa kebudayaan Arab,

Parsi, India, China, Greek dan lain-lain yang bertepatan dengan al Qur’an dan al

Hadis adalah unsur terbesar dalam tamadun Islam. Di mana sahaja di dunia ini,

ummah Islam mengamalkan kebudayaan masing-masing yang selaras dengan

ajaran Islam.

f. Realistik (Waqi’iyyah)

Tamadun Islam bersifat realistik (waqi’iyyah) atau disebut juga “ideal” sesuai

dengan ajaran agama Islam. Ia sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di

tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi

seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT.

Bermakna Islam meletakkan kesempurnaan tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh

setiap individu.

Page 23: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

23

1. Berikan definisi tamadun islam dan bandingkan

penggunaannya di dalam bahasa Malaysia, Inggeris

dan Arab.

2. Berikan matlamat tamadun Islam dan implikasinya

kepada kehidupan individu dan masyarakat manusia?

3. Apakah dasar Tamadun Islam dan kepentingannya

kepada manusia.

4. Huraikan matlamat tamadun Islam yang berkaitan

dengan alam sekitar

5. Huraikan keselamatan nyawa, harta, maruah, akal dan

kebebasan

Aktiviti

Page 24: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

24

Rujukan

A.S Hornby dan E.C Parnwell, 1972. The Progressive English Dictionary, London:

Oxford University Press.

Abu Bakar Hamzah, 1972, Sejarah Kebudayaan Islam, Kota Bharu: Pustaka Aman

Press, hal 12

Ali Md Isa, t.t. (Definisi Tamadun) Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Pusat

Pengajian Luar kampus USM.

Al-Marbawi, t.t. Qamus Al-Marbawi, Singapura: Pustaka Nasional. Hal 248

Al-Najmi, 1971. Sejarah Tamadun Islam, Kota Bharu: Pustaka Aman Press

Ghazali Darussalam, 2001. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam, Kuala

Lumpur : Percetakan Cergas (M) SDN, BHD.

Muhammad Uthman El-Muhammad, 1976, Peradaban Islam, Kota Bharu: Pustaka

Aman Press. dan Ismail Hamid, 1983. Peradaban Melayu dan Islam, Kuala

Lumpur: Fajar bakti

Teuku Iskandar, 1970. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

hal 1169.

Page 25: Ac301   tamadun islam

Bab - 2 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN

PERKEMBANGANNYA

Page 26: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

26

2.0 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Satu cara dan usaha yang dilaksanakan oleh baginda nabi SAW dalam

pembentukan masyarakat yang bertamadun adalah melalui kegiatan dakwah.

Langkah dakwah yang dilakukan oleh baginda nabi SAW menerusi dua peringkat;

secara sulit dan terang-terangan. Dakwah yang dilakukan secara sulit dilakukan

selama tiga tahun kepada keluarganya sendiri, anak angkat, kaum keluarga

terdekat dan juga teman-teman rapat. Menurut riwayat Ibn Ishaq, Orang pertama

yang memeluk Islam adalah isterinya Siti Khadijah. Manakala dikalangan sahabat

adalah teman karib baginda sendiri iaitu Abu Bakar r.a. beliaulah antara sahabat

yang sangat berjasa di dalam perjuangan memperkembangkan ajaran islam dan

tidak sedikit dikalangan masyarakat arab yang berjaya di islamkan hasil usaha

beliau.

Peringkat seterusnya pengembangan ketamadunan ini dilakukan

secara terang-terangan. Dalam periode ini, langkah awal yang dilakukan oleh

baginda nabi adalah menerusi dakwah terhadap kaum keluarga sendiri

termasuklah Abu Lahab. Pelaksanaan dakwah pada peringkat ini sebenarnya

adalah atas arahan dari Allah SWT menerusi firmanNya dalam surah Al-Syu’ara’

ayat 214-214:

Maksudnya: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang

dekat.. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari

orang-orang Yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadaMu, maka

katakanlah: "Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa Yang kamu lakukan!"

Usaha dakwah pada periode ini sebenarnya sebagai satu langkah

permulaan penentangan dari kaum keluarga dan masyarakat arab serta proses

kebangkitan dan kemunculan Tamadun Islam itu sendiri.

Page 27: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

27

2.1 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN

KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Islam adalah agama universal, agama untuk manusia seluruhnya. Sejak

kemunculannya konsep kesejagatan telah sedia difahami. la tidak memerlukan

sampai berabad-abad untuk menyedari keperibadian universal itu. Menurut Prof.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Idea universalisme bukannya berasal dari

pemikiran manusia, tetapi dari ajaran agama itu sendiri.

Atas sifatnya sebagai agama universal, maka tidak hairanlah jika dengan

kemunculannya dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Selain dari

membawa revolusi besar di Tanah Arab, kemunculan Islam telah memulakan

Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah.

2.1.1 Peranan Islam Merubah Jahiliyah

Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300

tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. dan berakhir apabila

turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad SAW. pada tahun 610M.

Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh dan tidak

mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahun. Dikatakan jahiliyah kerana

mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul

sebelumnya.

Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa

Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum

turunnya al-Quran. Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana mereka

menyembah patung dan rekaan yang dibina dan menyembah selain Allah.

Kehidupan yang kucar-kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab

tiada petunjuk dan pembimbing seperti nabi dan rasul serta kitab suci..

Page 28: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

28

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.

i. Akidah kepercayaan yang sesat

Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan

kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat

Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan

dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana

hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan.

Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom

berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan

masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut

agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka .

Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh

dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama

Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.

ii. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk

Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang

boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat

yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang

Akidah kepercayaan yang sesat

Zaman yang tidak mempunyai nabi

dan kitab suci sebagai petunjuk.

Sistem pemerintahan yang

tidak sistematik.

Keangkuhan dan sombong

Kurang Penekanan terhadap Ilmu pengetahuan

Keruntuhan akhlak Kedudukan wanita yang sangat rendah

Penipuan dalam ekonomi.

Page 29: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

29

benar dan menyampaikan ajaran Allah (SWT). Berbeza dengan zaman sebelum

runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul

yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (SWT). Masyarakat arab

jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada

nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan.

Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk

kepentingan puak-puak masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi

kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (SWT)

iii. Sistem pemerintahan yang tidak sistematik

Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem

pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku

atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab

Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan

yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah.

iv. Keangkuhan dan sombong

Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh sebab mereka hidup secara

berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini

menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu

kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya

terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara berpuak-puak,

menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara

individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak,

perlindungan dan pengaruh daripada penjajah

v. Keruntuhan akhlak

Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-

nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang, pendendam, minum

arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah, dan

membunuh anak perempuan.

Page 30: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

30

vi. Kedudukan wanita yang sangat rendah

Dizaman jahiliyah kedudukan wanita sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya

mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl.

Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan

membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam

hidup-hidup. Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan

nafsu lelaki.

vii. Kurang Penekanan terhadap Ilmu pengetahuan

Sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi

penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya

memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup

dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan

pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan

perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis

dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga.

Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan

Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf.

Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca

dan menulis

viii. Penipuan dalam ekonomi

Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan penipuan timbangan dan

sukatan serta mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan orang Arab sepenuhnya

melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada

peminjam. Sehingga ramai dikalangan peminjam yang tidak mampu membayar

balik akhirnya menjadi hamba abdi.

b. Peranan Islam Dalam Merubah Jahiliyah

Pada awal usia Islam di Makkah, umat yang kecil bilangan itu di susun dengan

begitu rapi dan kemas oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat baginda. Mereka

dididik dengan keimanan yang mantap dan disertai dengan keilmuan Islam. Ayat-

ayat Al-Quran yang diturun di Makkah bukan sahaja membina keimanan manusia

Page 31: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

31

kepada keEsaan hanya kepada Allah SWT dengan menolak kepada penyembahan

manusia kepada patung berhala tetapi sekali gus mendidik manusia kepada

pentingnya hidup bermuafakat dalam masyarakat untuk meneggak kebenaran.

Perspektif hidup yang dinamik dan relevan dengan sifat kemanusiaan ini

sudahpun diperkenalkan oleh ayat-ayat al-Quran yang diturun di Makkah sebagai

persiapan untuk hidup bernegara kelak. Perspektif hidup yang progresif ini

memberi kekuatan untuk mereka secara yakin untuk mempertahankan dari

ancaman Quraish Makkah pada masa itu. Mereka menyakini bahawa alternatif

Islam adalah lebih unggul dari sistem hidup jahiliyah masa itu. Sistem hidup Islam

memberi tempat untuk kesemua golongan tanpa memihak kepada suku kabilah

tertentu. Setiap individu mempunyai tempat dalam masyarakat.

Selain disebabkan ciri-ciri jahiliyah yang sedia ada menyebabkan

masyarakat arab semakin lama semakin menerima ajaran Islam, Sikap dan akhlak

mulia yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat, serta kesucian dan fitrah

agama Islam itu sendiri yang tidak membezakan pangkat dan darjat, bangsa dan

warna kulit juga merupakan faktor penting penerimaan Islam dikalangan

masyarakat arab dan juga masyarakat lainnya,

2.1.2 Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah

Kemunculan khusus sejarah tamadun Islam bermula dengan lahirnya nabi

Muhammad SAW pada tahun 570M di Kota Mekah, dan secara khusus juga

kelahiran baginda direncanakan di tengah-tengah masyarakat yang sifar akhlak.

Sehinggakan nabi SAW. pernah bersabda:

إنما بعثت ألتمم مكارم ) و في رواية صالح ( األخالقMaksudnya: hanyasanya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak.

Allah berfirman:

Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad),

melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Page 32: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

32

Firman Ini amat jelas kerana nabi Muhammad didatangkan ke dunia dengan tugas

untuk menyedarkan manusia tentang kekufuran mereka terhadap Allah SWT

tuhan pencipta alam. Dan secara khusus pula, keadaan kekufuran serta keruntuhan

akhlak sedang melanda masyarakat arab dengan begitu hebat sekali. Oleh sebab

itu tugas awal nabi Muhammad SAW ialah membenteras segala unsur negatif yang

berleluasa dalam masyarakat Mekah dengan menyeru mereka kepada keimanan

kepada Allah SWT iaitu Tuhan yang telah menjadikan mereka dan memberi

rahmat kepada mereka dan bukannya menyembah patung-patung yang mereka

ukir dengan tangan mereka sendiri.

Dakwah dan perjuangan baginda di Mekah lebih menekankan kepada perkara-

perkara asas yang memainkan peranan utama dalam membina kecemerlangan

tamadun Islam, iaitu ;

i. Pembinaan Akidah

Sebelum kedatangan Islam, akidah masyarakat Arab sangat jauh terpesong dari

landasan sebenar dan bergelumang dengan amalan syirik, seperti menyembah

patung berhala, mempercayai perkara karut dan tahyul. Justeru itu, tugas pertama

dan utama baginda setelah dilantik menjadi Rasul ialah menanamkan akidah di

kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah.

Akidah tauhid yang diperjuangkan oleh baginda itu dapat menyelamatkan

manusia daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat

mereka sebagai makhluk yang terbaik kejadiannya.

ii. Membanteras Maksiat Dan Kejahilan

Kehidupan berpuak-puak dan bermusuhan di antara satu sama lain. Maksiat dan

mungkar menjadi budaya hidup mereka, seperti tabiat meminum minuman keras,

berzina dan mengamalkan riba. Rasulullah SAW berusaha mendidik dan

Pembinaan Akidah

Membanteras Maksiat Dan

Kejahilan

Membanteras Perhambaan

Dan Kasta

Pembelaan kaum wanita

Pemulihan akhlak

Page 33: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

33

memimpin mereka berakhlak mulia, memiliki sifat kasih sayang sesama insan dan

terhadap sesama makhluk Allah selain membetul dan memperteguh akidah

masyarakat. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud ;

Dari Jarir bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa yang

mempunyai sifat kasih sayang, nescaya mereka itu akan dikasihi Allah. Oleh itu

kasihanilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh Yang

ada di langit

“. ( Riwayat Muttafaqun ‘alaih )

Sesungguhnya hanya kekuatan iman, ketakwaan dan sifat kasih sayang

sahaja dapat menghapuskan maksiat dikalangan masyarakat. Sekaligus dapat

meleburkan sifat-sifat tercela yang ada pada diri seseorang itu. Akhirnya boleh

mewujudkan perpaduan dan mampu menjana kearah kecemerlangan tamadun.

iii. Membanteras Perhambaan Dan Kasta

Sejak azali lagi, manusia adalah merdeka, bebas daripada perhambaan dan kasta.

Semua manusia sama tarafnya disisi Allah SWT walaupun berlainan suku,

keturunan, rupa mahupun bangsa. Amat sesuailah apabila Rasulullah SAW

bertindak menghapuskan sistem perhambaan dan secara beransur-ansur telah

membudaya-kan sinar Islam dikalangan masyarakat Arab Jahiliyyah.

iv. Pemulihan akhlak

Kejahilan akidah dan ilmu pengetahuan merupakan punca kerosakan akhlak

masyarakat Arab Jahiliyyah. Akibatnya, mereka bukan sahaja zalim kepada sesama

manusia, bahkan kepada diri sendiri dan makhluk-makhluk lain seperti haiwan

dan sebagainya. Peri laku mereka diluar batas-batas peri kemanusiaan.

Semenjak kecil, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan budi pekerti

yang mulia. Baginda telah merealisasikan sifat-sifat mulia dalam pergaulan dengan

pelbagai lapisan masyarakat di sekitarnya. Hal ini merupakan salah satu cara

dalam rangka membentuk masyarakat berakhlak mulia, iaitu melalui contoh

teladan. Pembentukan akhlak mulia adalah teras dan matlamat perjuangan

Page 34: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

34

Rasulullah yang akan membawa ummah kearah kecemerlangan hidup di dunia dan

akhirat. Perjuangan baginda akhirnya membuahkan kejayaan. Masyarakat Arab

Jahiliyyah yang biadab telah berubah menjadi masyarakat yang beradab.

v. Pembelaan kaum wanita

Sejarah telah membuktikan bahawa wanita di zaman jahiliyyah sangat malang.

Mereka dipandang rendah dan hina, menjadi punca kehinaan, kemiskinan dan

dijadikan sebagai hadiah pertaruhan. Nasib mereka tidak ubah seperti benda yang

tidak bernyawa. Setelah Islam datang, nasib wanita mendapat pembelaan.

Rasulullah SAW telah mengubah sedikit demi sedikit tradisi negatif jahiliyyah

terhadap wanita berpandukan ajaran Islam. Islam sebagai agama yang sempurna

telah mengiktiraf kejadian lelaki sama dengan wanita sebagai makhluk yang mulia.

Taraf mereka sama, walaupun berbeza dari segi hak, tugas dan tanggungjawab

disebabkan keadaan fizikal yang berbeza. Wanita juga berhak mendapat

pendidikan, penghargaan dan pembelaan.

Wanita berperanan dalam membina keluarga, masyarakat dan Negara.

Tindakan Rasulullah menghapuskan penindasan terhadap wanita telah

meletakkan mereka sesuai dengan fitrahnya, berpeluang mencari ilmu, mendapat

pendidikan yang sempurna, mengemukakan pendapat dan dihargai. Justeru itu,

lelaki dan wanita hendaklah sama-sama berganding bahu untuk mencapai

kecemerlangan.

vi. Pendidikan

Pendidikan merupakan asas utama dalam ketamadunan Islam. Rasulullah sangat

menitikberatkan isu pendidikan dalam memartabatkan umat Islam. Institusi

pendidikan merangkumi rumah sahabat seperti rumah al-Arqam bin Abi Al-

Arqam, kurikulum yang ditekankan adalah akidah, syari’ah dan akhlaq. Sementara

aktiviti yang dilakukan di sini adalah membaca, menghafal dan menulis.

2.1.3 Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Madaniyyah

Zaman Madaniyyah bermula sejak penghijrahan (perpindahan) Rasulullah SAW

dan umat Islam dari Mekah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi yang

Page 35: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

35

merupakan fasa kedua dalam perkembangan tamadun Islam. Jika zaman Mekah

dikenali zaman pembetulan akidah dan pemulihan akhlak, yakni era permulaan

pembinaan tamadun Islam, maka zaman Madinah dianggap sebagai zaman

pelaksanaan syariat Allah secara menyeluruh, iaitu era kemerlangan tamadun

Islam.

Untuk mencapai matlamat ini, Rasulullah SAW telah mengambil langkah

berkesan seperti ;

i. Mendirikan Masjid

Strategi pertama Rasulullah SAW sebaik sahaja sampai di Madinah ialah

mengasaskan sebuah masjid di Quba’, suatu tempat di pinggir Yathrib. Inilah

masjid yang pertama dibina di bumi Arab. Masjid berfungsi sebagai pusat

pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ekonomi, pusat ilmu, pusat

pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, mahkamah dan

sebagainya. Tujuan pembinaan masjid adalah sebagai wadah untuk

menggembeleng generasi wahdatul fikri, wahdatul ilmu, wahdatul amal yang

bertakwa kepada Allah SWT serta beriman kepadaNya dan berakhlak mulia.

Generasi masjid ini merupakan faktor pemangkin kecemerlangan tamadun di

Madinah.

ii. Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Pendidikan

Rasulullah SAW terus mengembangkan tamadun Islam di Madinah dengan

menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti pendidikan ,di samping sebagai pusat

ibadat dan kebudayaan. Dengan adanya pusat-pusat pendidikan tersebut,

masyarakat Madinah berpeluang belajar agama dengan lebih luas dan mendalam,

Mendirikan Masjid

Masjid Pusat

Pendidikan

Membina kesatuan ummah

Mendirikan pasar

Mendirikan pemerintah

an di Madinah

Perlembagaan Madinah

Page 36: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

36

khususnya suku-suku Arab yang tidak pernah kenal institusi pendidikan sebelum

ini. Kaum Yahudi pula tidak pernah memberi mereka peluang untuk belajar.

Sebelum kedatangan Islam, kegiatan masyarakat Madinah tertumpu dalam

bidang penternakan dan pertanian sahaja. Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke

sana, baginda terus memberi penekanan dan mengambil berat aspek pendidikan

seperti membaca dan menulis. Oleh itu, tawanan perang Badar dikehendaki

mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis, jika mereka tidak mampu

menebus diri dengan membayar denda atau wang tebusan. Tindakan Rasulullah

SAW ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan

kerana ilmu adalah cahaya (nur) daripada Allah SWT yang boleh menukar dan

meningkatkan cara hidup ke arah masyarakat bertamadun.

Institusi pendidikan yang berpusat di masjid ini telah berjaya mengubah

kehidupan orang Arab Madinah daripada suasana kehidupan cara kampung

menjadi orang yang terpelajar, bahkan mampu hidup sebagai orang bandar yang

bertamadun. Kemampuan mereka sangat mengkagumkan malahan mereka dapat

bersaing dengan kaum Yahudi yang telah mengenal dunia pendidikan beratus

tahun lebih awal daripada mereka. Sebab itu, tidak hairanlah jika dalam masa

yang singkat sahaja, orang-orang Arab Madinah telah muncul sebagai intelek Islam

yang berakhlak mulia dan disegani serta mampu menangani pelbagai masalah.

Akhirnya Madinah muncul sebagai pusat pendidikan dan pengajian terpenting

dalam dunia Islam.

iii. Membina kesatuan ummah

Penduduk Yathtrib (Madinah) merupakan masyarakat majmuk yang sentiasa

bercakaran. Mereka ialah golongan Arab yang terdiri daripada suku Aus dan

Khazraj serta golongan yahudi yang terdiri daripada suku Qainuqa’, suku Nadhir

dan suku Quraizhah. Golongan ini sentiasa bermusuhan yang kadang kala

permusuhan ini mencetuskan peperangan yang berpanjangan.

Sebaik sahaja Rasulullah berada di Madinah, terlebih dahulu baginda

berusaha meredakan ketegangan diantara suku Aus dan Khazraj dengan cara

Page 37: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

37

menyatukan mereka yang dinamakan Ansar. Kemudian mereka dipersaudarakan

dengan golongan Muhajirin yakni orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Setelah Rasulullah melihat ukhuwah Islamiah diantara golongan Ansar dengan

golongan Muhajirrin sudah kukuh, maka baginda berusaha pula menjalin ikatan

persahabatan dan kerjasama dengan golongan Yahudi yang juga penduduk Yathrib

ketika itu. Gagasan Rasulullah SAW untuk memujudkan masyarakat majmuk yang

bersatu menjadi kenyataan, setelah golongan Yahudi menerima saranan baginda

tersebut. Akhirnya lahirlah sebuah Negara dengan masyarakat majmuk yang

terdiri daripada berbilang kaum dan agama di Yathrib. Untuk mengukuhkan lagi

kesatuan ummah dan melahirkan perasaan kekitaan serta sikap bertanggungjawab

dikalangan masyarakat Yathrib, Rasulullah memutuskan menukar nama Yathrib

kepada Madinatul Munawwarah, yang memberi erti sebuah Bandar yang disinari

dengan keimanan.

iv. Mendirikan pemerintahan di Madinah

Setelah Nabi Muhammad SAW. berhijrah ke Yatsrib, Baginda telah mendirikan

sebuah kerajaan dan dinamakan Madinah al Munawwarah, kerajaan ini telah

berkembang dan bertukar menjadi sebuah negara yang maju dan menjadi

tumpuan para pedagang. Keadaan ini telah menaikkan taraf Madinah menjadi

sebuah bandar yang berpotensi dalam pelbagai bidang. Madinah Pada zaman

Rasulullah merupakan perintis pertama tamadun Islam di dunia.

v. Mewujudkan Perlembagaan Madinah

Selepas Rasulullah SAW menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang kaum

itu, baginda lalu menggubal satu perlembagaan sebagai asas pegangan perjanjian

diantara umat Islam dan Yahudi. Perjanjian ini dinamakan Perlembagaan Madinah

atau Sahifah Madinah yang merangkumi aspek keagamaan, sosia-ekonomi dan

sosio-politik. Perlembagaan Madinah merupakan satu perlembagaan bertulis

paling lengkap dan tertua pernah direkodkan dalam sejarah. Ianya juga menjadi

asas pembentukan perlembagaan moden di dunia. Hasilnya ia telah membawa

perubahan yang besar kerana kerajaan Islam Madinah telah memberi peruntukan

jaminan keadilan dan keamanan terhadap masyarakat majmuk di sana tanpa

Page 38: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

38

menghilangkan kuasa dan keistimewaan golongan-golongan tersebut. Dengan

terlaksananya Piagam Madinah, maka tegaklah Negara Islam.

vi. Mendirikan pasar

Sektor ekonomi memainkan peranan penting untuk meningkatkan tamadun al-

Quran dan as-Sunnah. Rasulullah sendiri menggesa umat Islam memainkan

peranan aktif dalam bidang ekonomi dan mencela mereka yang hanya

mengharapkan belas orang ramai sahaja tanpa berusaha. Malahan, matlamat

ekonomi dalam Islam, bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata,

bahkan hendaklah diseimbangkan dengan mencari keredhaan Allah SWT.

Pada zaman Rasulullah SAW, masyarakat Madinah telah muncul sebagai

masyarakat yang kukuh ekonomi dan mantap rohaninya. Kemunculan golongan

korporat beriman sekaligus mewujudkan masyarakat harmoni kerana mereka

inilah juga yang sanggup mengorbankan harta dan benda mereka untuk agama,

masyarakat mahupun individu yang memerlukan.

KESIMPULAN:

Berdasarkan huraian di atas dapat dirumuskan bahawa selama 23 tahun Nabi Muhammad SAW

menjadi Rasulullah, perkembangan tamadun Islam mempunyai dua objektif utama iaitu menjana

tamadun insan (human development) dan membina tamadun material atau fizikal. Pembinaan

tamadun insan nyata lebih rumit daripada tamadun fizikal.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW lebih memberi tumpuan kepada pembentukan tamadun insan

dengan cara menyedarkan manusia supaya sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt dan tidak

menyalahgunakan ia untuk jalan kemungkaran, maksiat dan penganiayaan. Manusia juga

diingatkan supaya sentiasa menilai diri sendiri, agar kehidupannya bermanfaat kepada agama,

masyarakat dan Negara ; hidup dan mati mendapat keredhaan Allah swt.

Mengapakah masyarakat Arab digelar sebagai masyarakat

Jahiliah ? Nyatakan ciri-ciri kejahilan mereka. Aktiviti

Page 39: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

39

2.2 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Khalifah ertinya pengganti. Ia merujuk kepada satu jawatan ketua tertinggi bagi

Negara Islam yang bertanggungjawab mentadbir hal-hal keduniaan dan agama,

sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW yang menjadikan Madinah sebagai

pusat pemerintahannya. Khalifah-khalifah yang dilantik memerintah terdiri

daripada 4 orang iaitu:

Pada prinsipnya keempat-empat khalifah ini bertanggungjawab mengekalkan

kepimpinan Rasulullah SAW seperti:

a. Memelihara kemurnian agama Islam dan mengawasi perlaksanaan ajarannya

dengan tegas supaya tidak terpesong dan mengekalkan kedaulatan Negara

Islam

b. Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah SAW bagi menjamin

keadilan ummah sejagat dan Memastikan kedaulatan syariat Islam serta

pelaksanaan sepenuhnya

c. Menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan melaksanakan

amar maaruf dan nahi munkar

d. Memelihara kedaulatan Negara Islam yang telah diasaskan baginda

Rasulullah SAW dan meletakkan Islam sebagai pemerintah dalam sesebuah

Negara.

KHALIFAH 1

• Abu Bakar As-siddiq

• 632-634M

KHALIFAH 2

• Umar Al-khattab

• 634-644M

KHALIFAH 3

• Uthman bin Al-Affan

• 644-656 M

KHALIFAH 4

• Ali bin Abi Talib

• 656-661M

Page 40: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

40

2.2.1 ZAMAN ABU BAKAR AL SIDDIQ R.A (623 – 634M)

Dalam pentadbiran, Khalifah Abu Bakar sangat sensitif dengan perkara yang

melibatkan hal-hal agama dan perkara-perkara yang berkaitan kemaslahatan

umum. Apabila muncul golongan Riddah yakni satu golongan orang Islam yang

berpaling tadah daripada Islam dan golongan yang ingkar membayar zakat ekoran

kewafatan Rasulullah SAW. Khalifah Abu Bakar telah bertindak tegas memerangi

mereka. Ketua-ketua golongan ini mati dibunuh dan pengikut-pengikut mereka

disuruh bertaubat serta kembali kepada Islam. Beliau bertindak tegas, keras dan

serta-merta terhadap kedua-dua golongan ini kerana beliau beranggapan bahawa

masalah yang melanda kerajaan Islam Madinah ketika itu adalah masalah akidah

(agama dan politik). Perkara ini merupakan masalah prinsip ketamadunan, kerana

kerosakan akidah ialah faktor utama yang menghalang pembinaan tamadun

ummah.

Dalam aspek pentadbiran, Khalifah Abu Bakar mempunyai komitmen yang

kuat terhadap polisi dan keputusan pemimpin sebelumnya. Beliau tetap

meneruskan apa yang telah dirancang oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda.

Hal ini dapat dilihat dalam pentadbirannya, di mana beliau telah melaksanakan

rancangan Rasulullah SAW menghantar angkatan tentera Islam ke Syam (Syria)

sebagai tindak balas terhadap pengkhianatan mereka membunuh utusan baginda

Rasulullah SAW. Antara pembaharuan yang dilakukannya adalah membahagikan

wilayah Islam kepada 12 bahagian. Beliau telah melantik seorang gabenor bagi

setiap bahagian yang bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah dalam

urusan kehakiman, keadilan, pungutan zakat dan kebajikan rakyat. Itulah di antara

ciri-ciri tamadun yang terdapat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-

Siddiq.

Membasmi golongan riddah

Memerangi Negara Rom yang membunuh Utusan Nabi ke Syam

Mengembangkan wilayah Islam disempadan Tanah Arab

Mengumpul ayat-ayat Al Quran

Page 41: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

41

2.2.2 ZAMAN UMAR AL KHATTAB R.A (634 – 644M)

Khalifah Umar Al-Khattab menerajui pemerintahan Negara Islam selama 10 tahun

sejurus kewafatan khalifah sebelumnya, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Malahan,

Khalifah Abu bakar sendiri yang mencalonkan Umar sebagai penggantinya, yang

mana pencalonan ini menjadi sah setelah dipersetujui (bai’ah) oleh semua sahabat.

Ini menunjukkan satu perkembangan tamadun dalam pemilihan ketua negara.

Sebelum ini pemilihan dan perlantikan ketua negara adalah berdasarkan

keturunan (sistem monarki).

Pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh beliau antaranya adalah seperti

berikut:

Secara jelasnya pembaharuan yang telah dilaksanakan pada zaman pemerintahan

Khalifah Umar Al-Khattab ialah :

i. Meluaskan kuasa politik Islam hingga ke Syam (Syria), Mesir dan Parsi,

memantapkan kestabilan ekonomi dan menyusun pentadbiran negara secara

Membentuk Majlis Syura

Membahagi wilayah Islam

kepada sepuluh wilayah

Mengadakan surat perintah

perlantikan pegawai-pegawai

Mengadakan peraturan tanah dan

banci penduduk

membina empangan

Mendirikan penjara

Mewujudkan beberapa

Bandar baru

Mendirikan pengkalan

tentera

Mendirikan pusat-pusat pendidikan

Menghias masjid dengan

ayat-ayat Al Quran

Mengadakan Baitulmal

Membina jalanraya

Mengadakan perkhidmatan

pos

mencipta mata wang,dan membuat

takwin Hijrah

Mengadakan bayaran

pencen tentera

bantuan OKU dan Lemah

Page 42: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

42

sistematik. Kejayaan Khalifah Umar Al-Khattab mentadbir negara dikagumi

oleh orang Islam dan juga orang Barat.

ii. Menubuhkan Baitulmal (Perbendaharaan Negara), iaitu badan atau tempat

mengumpulkan semua sumber pendapatan negara seperti zakat, kharaj ,

jizyah dan ghanimah serta mentadbir perbelanjaan negara untuk gaji para

pegawai tadbir, tentera, elaun isteri-isteri Nabi dan perbelanjaan untuk

kebajikan masyarakat.

iii. Mengasaskan institusi kehakiman. Khalifah umar telah melantik kadi-kadi

sebagai ketua hakim di setiap daerah/wilayah. Mereka diberi kuasa penuh

dalam menjalankan keadilan dan kebebasan.

iv. Menubuhkan organisasi ketenteraan di seluruh wilayah Islam. Untuk ini,

beliau telah mendirikan pusat-pusat atau kem-kem tentera di luar kota

Madinah seperti Al Lydda , Hims , Amwas dan Tabariyah di wilayah Jordan ,

Kufah dan Basrah di wilayah Iraq , Al Fustat dan Alexandria di wilayah Mesir.

v. Mendirikan dewan Al-Syurtah atau Jabatan Polis Negara untuk menjaga dan

mengawal keselamatan serta negara.

vi. Mendirikan Jabatan Al Barid (Jabatan Pos) untuk memudahkan kerajaan dan

orang ramai menghantar berita, surat-menyurat, pengiriman barang-barang

dari satu destinasi ke destinasi lain dengan kenderaan berkuda.

vii. Melantik Al Muhtasib (Penyelia Pemasaran) di semua pasar untuk mengelak

penipuan dan penyelewengan dalam urusan perniagaan.

viii. Membentuk Dewan Al Iftak (Majlis Fatwa) berperanan membantu khalifah,

mentafsir ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang suka difahami serta

menetapkan hukum-hukum mengenai masalah-masalah baru yang tidak

terdapat dalam kedua-dua sumber tersebut. Ianya dianggotai oleh sahabat-

sahabat yang terkenal dengan ketokohan dan kewibawaan mereka dalam

bidang keilmuan dan perundangan.

2.2.3 ZAMAN UTHMAN BIN AFFAN

Saidina Uthman merupakan seorang sahabat nabi dan juga khalifah ketiga dalam

Khulafa’ur Rasyidin. Dia dikenal sebagai pedagang kaya raya dan ahli ekonomi

yang handal namun sangat dermawan. Banyak bantuan ekonomi yang

Page 43: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

43

diberikannya kepada umat Islam di awal dakwah Islam. Beliau mendapat jolokan

Dzunnurain yang bererti yang memiliki dua cahaya. Jolokan ini di berikan

kepadanya kerana Uthman telah menikahi puteri kedua dan ketiga Rasullah SAW

yaitu Ruqayah dan Ummu Kaltsum. Beliau dilantik memegang tampuk

pemerintahan Negara Islam oleh Majlis Syura, menggantikan Khalifah Umar Al-

Khattab pada tahun 644 Masihi (23 Hijrah) . Selama 12 tahun menjadi khalifah,

beliau berjaya memberi sumbangan terhadap tamadun, antaranya :

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah

negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan

empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga

empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah

berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia,

Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam

menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin

keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah

dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas.

Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya

perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka

mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka

mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa

kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan

Bidang Ketenteraan

Pembukuan Al-Quran

Pembesaran Masjid Nabawi

Menyebarkan Dakwah Islam

Page 44: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

44

ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam

dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang

baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah

Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan Al-Quran yang berbeza

telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya

dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk

menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin

ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan

membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah

diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan

ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada

rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan

ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga

melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak

menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum

Page 45: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

45

2.2.4 ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Khalifah terakhir dalam tamadun Khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi

Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad

menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar

beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan

Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat

sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi sebelum wafat pada

17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di

Kufah.

Berkaitan dengan cara pemilihannya pula, Saidina Ali dipilih dan rela

menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina

Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris penggantinya. Pihak

pemberontak pula telah sebulat suara meminta untuk melantik Saidina Ali bin Abi

Talib sebagai khalifah.

Pemerintahan beliau masih mengikut dasar-dasar pemerintahan

terdahulu di mana beliau juga dilantik mengikut sistem syura. Semasa

pemerintahan Khalifah Ali tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa

itu beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul. Pemberontakan ini

timbul kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka

yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.

Beliau masih meneruskan cara pemerintahan yang dilakukan oleh

pemimpin yang terdahulu. pemerintahan beliau masih berpegang teguh kepada al-

Quran dan al-Sunnah dimana perkara-perkara yang dilaksanakan adalah tidak

mengikut pandangan diri sendiri tetapi menerima pandangan orang lain melalui

sahabat –sahabat ataupun pandangan masyarakat islam.

Walaupun masa pemerintahannya pendek dan banyak berlaku huru-hara,

namun beliau sempat memberi sumbangan dalam mentamadunkan pemerintahan

negara, antara lain :

i. Menubuhkan pasukan polis dinamakan Al-Syurtah, yang ditugaskan

mengendali perkara-perkara jenayah yang berlaku di tempat-tempat awam

terutamanya di pasar-pasar besar.

Page 46: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

46

ii. Melengkapkan angkatan bersenjata. Beliau menubuhkan beberapa pasukan

angkatan bersenjata yang terdiri dari pasukan berkuda , pasukan berjalan kaki

dan pasukan perisik.

KESIMPULAN

Pemimpin-pemimpin Khulafa’ Ar-Rasyidin banyak memberikan sumbangan

kepada umat Islam pada zamannya. Mereka mengorbankan apa saja untuk

menegakkan Islam kerana Allah SWT. Sikap kebijaksanaan yang ditunjukkan

oleh mereka telah menjadi model kepada umat manusia dalam segala aspek

kerana ia berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Page 47: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

47

Rujukan

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan, 2010, Hijrah - Suatu Perspektif. Institute Of Islamic

Understanding Malaysia (Ikim)

Majlis Guru Cemerlang Kelantan / JPN Kelantan, 2009, Modul Cakna Sejarah SPM

Hashim Ismail, Norjah Yusop,2008, Cemerlang Dalam Sejarah, Shah Alam, Arah

Pendidikan SDN BHD

Mahdi Shuid, Mohd Fauzi Yunus,Hashim Ismail dan Maimon Abd Kadir, 2008,

Sejarah SPM, Shah Alam, Arah Pendidikan SDN BHD.

Mohd Yasir Bin Othman, Mohd Khairi Bin Shafie, Md Hilmy Bin Sulaiman, tt.

Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya, Jabatan Pengajian Am,

Polimas.

http://sejarahroslan.blogspot.com/, (7/10/2012)

Page 48: Ac301   tamadun islam

Bab - 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

ZAMAN PERTENGAHAN

Page 49: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

49

3.0 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN PERTENGAHAN

Perbincangan berkenaan tamadun Islam di Zaman pertengahan merangkumi dua

Kerajaan yang terkemuka iaitu kerajaan Bani Umaiyah (661M – 750M / 41H –

132H) dan Kerajaan Abbasiyah.(750M – 1242M / 132H – 639).

3.1 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN PENCAPAIANNYA DI ZAMAN

UMAIYAH

Kerajaan Bani Umayyah didirikan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41

H/661 M di Damaskus, Damsyik dan berlangsung lebih kurang 91 tahun sehingga

dikalahkan oleh gerakan Bani Abbasiyyah pada 27 Zulhijjah tahun 132 Hijrah.

Institusi Khalifah mula dimonopoli oleh kerajaan Bani Umayyah yang berlainan

sekali perlantikannya dari pemerintahan khalifah ar-Rasyidin yang menjadi hak

milik umat Islam melalui Majlis Syura. Hal ini berarti khalifah mula menjadi hak

milik keluarga Bani Umayyah dan tidak lagi menjadi hak milik umat Islam sejagat,

Dinasti Bani Umayyah mencapai puncaknya di Zaman Al-Walid. Dan sesudah itu

kekuasaan mereka menurun.

Bermulanya kerajaan Bani Umaiyyah ini adalah selepas berlakunya

pembunuhan ke atas khalifah Ali bin Abi Talib iaitu khalifah keempat pada zaman

khulafa` al-Rasyidin oleh golongan khawarij. Selepas itu pemerintahan telah

diserahkan kepada anak Ali iaitu al-Hasan bin Ali yang juga merupakan cucu

Rasulullah SAW. Oleh itu, dengan terlantiknya al-Hasan bermakna negara Islam

pada ketika itu mempunyai dua orang khalifah, iaitu Mu`awiyah di Syria dan Hasan

di Iraq. Namun begitu, khalifah Hasan secara sukarelanya telah menyerahkan

kekuasaannya kepada Mu`awiyah bin Abu Sufiyan dengan menetapkan beberapa

syarat. Antara syarat-syarat tersebut ialah beliau perlu mempertahankan sistem

bai`ah dan syura untuk melantik khalifah seterusnya.

Masa pemerintahan kerajaan Bani Umayyah terkenal sebagai suatu era

agresif, karena kebijakan politiknya yang banyak tertumpu kepada usaha

perluasan wilayah dan penaklukan. Dalam masa 90 tahun pentadbiran, banyak

Page 50: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

50

wilayah yang berjaya dikuasainya meliputi Sepanyol, Afrika utara, Syria, Palestin,

Jazirah Arab, Iraq, Iran, Afganistan, Pakistan, Uzbekistan, dan wilayah Afrika Utara.

Kejayaan Bani Umayyah ini juga tidak hanya melibatkan bidang politik

sahaja, bahkan juga dalam pelbagai bidang lainnya termasuk sosial, kebudayaan,

seni, ekonomi, ketenteraan serta teknologi komunikasi, seperti percetakan wang,

menubuhkan pejabat pos, penyediaan kuda yang lengkap dengan peralatannya

disepanjang jalan, beserta angkatan bersenjatanya yang kuat. Secara asasnya,

perkembangan Tamadun Islam dan pencapaiannya di zaman kerajaan Umaiyah ini

boleh dibahagikan kepada tiga Zaman di bawah tokoh-tokoh berikut:

Zaman Kemajuan (Keturunan Marwan bin Al-Hakam).

Bermula dengan Marwan bin

Hakam 64 - 65H / 683 - 684M

(Marwan 1), kemudian diteruskan

oleh Abdul Malik bin Marwan (65 -

86H / 684 - 705M) hingga ke

Zaman Umar bin Abdul Aziz 99-

101H/717-719M.

4. Marwan I bin Hakam 64-

65H/683-684M

5. Abdul Malik bin Marwan 65-

86H/684-705M

6. Al-Walid I bin Abdul Malik 86-

96H/705-714M

7. Sulaiman bin Abdul Malik 96-

99H/714-717M

8. Umar bin Abdul Aziz 99-

101H/717-719M

Tokoh

Zaman Kelahiran (Permulaan

Kerajaan Umaiyyah)

Bermula pemerintahan Muawiyah

bin Abi Sufian dan berakhir dengan

pemerintahan Muawiyah bin Yazid

yang berpusat di Damsyik

1. Mu’awiyah I bin Aby Sufyan 41-

60H/661-679M

2. Yazid I bin Mu’awiyah 60-

64H/679-683M

3. Mu’awiyah II bin Yazid 64H/683M

Tokoh

Page 51: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

51

3.1.1 ZAMAN KEMUNCAK

Antara sumbangan kerajaan Bani

Sumbangan Khalifah Umaiyah terhadap perkembangan tamadun Islam ialah :

a. Bidang Politik Dan Pentadbiran

Kerajaan Bani Umaiyah terkenal dalam sejarah kerana kejayaannya dalam bidang

politik dan mempunyai kemampuan mengembang dan menyatukan daerah-daerah

jajahan Islam di bawah naungannya sehingga menjadi sebuah empayar Islam yang

besar, dikagumi dan digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan telah mengadakan projek jihad besar

dengan memberi tumpuan kepada 3 sasaran utama iaitu :

ANGKATAN TENTERA PERTAMA

ANGKATAN TENTERA KEDUA

ANGKATAN TENTERA KETIGA

Menuju Ke Afrika Utara

Dan Andalusia (Sepanyol)

Menuju Ke Asia Kecil Dan Konstantinopel

Diarahkan

Menyeberangi Sungai Jihun Dan Sind.

Khalifah Muawiyah juga telah menubuhkan zon-zon tentera di luar Kota

Damsyik untuk memudahkan urusan pentadbirannya. Setelah Khalifah Abdul

Zaman kemunduran

(Yazid II bin abdul Malik 101 -

105H / 719 - 723M) sehinggalah

Marwan bin Muhammad (127 -

132H / 744 - 749M) yang berpusat

di Damsyik

9. Yazid II bin abdul Malik 101-

105H/719-723M

10. Hisham bin Abdul Malik 105-

125H/723-742M

11. Al-Walid II bin Yazid II 125-

126H/742-743M

12. Yazid bin Walid bin Malik

126H/743M

13. Ibrahim bin Al-Walid II 126-

127H/743-744M

14. Marwan II bin Muhammad 127-

132H/744-750M

Tokoh

Page 52: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

52

Malik bin Marwan (685M-705M) mengambil alih teraju pemerintahan empayar

Islam, beliau bertindak melucutkan jawatan para pegawai bukan keturunan Arab

yang tidak menguasai bahasa Arab. Beliau bertindak sedemikian kerana

menyedari kesulitan dan masalah yang timbul dalam pentadbiran disebabkan

kelemahan pegawai-pegawai tersebut berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Tindakan beliau telah menghasilkan kejayaan besar. Hal ini telah terbukti

pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik yang mana

keseluruhan pentadbiran telah menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Kejayaan

ini dicapai melalui penggunaan bahasa Arab secara meluas dalam sisitem

pendidikan. Akhirnya, bahasa Arab menjadi bahasa nasional.

b. Bidang Pendidikan

Sumbangan di dalam bidang pendidikan secara asanya telah pun bermula dangan

perpindahan ramai para sahabat Rasulullah SAW daripada Hijaz ke Syam,

khususnya apabila kota Damsyik dibuka oleh kerajaan Bani Umaiyah. Kebanyakan

daripada mereka terdiri dari muhaditsin (penghafal hadits, pakar hadits) dan

fuqaha’ (yang pakar dalam bidang fiqh dan dalam bidang agama lainnya).

Kehadiran mereka menyemarakkan lagi tradisi keilmuan Islam di bumi Damsyik.

Kajian ilmu yang ada pada Zaman ini berpusat di Damsyik, Kufah, Mekkah,

Madinah, Mesir, Cordova dan beberapa bandar lainnya, seperti: Basrah dan Kuffah

(Irak), Damsyik dan Palestin (Syam) dan Fistat (Mesir). Diantara ilmu-ilmu yang

dikembangkannya, yaitu: kedokteran, falsafah, astronomi atau kaji bintang, ilmu

mantiq, sastra, kesenian, kejuruteraan bangunan, muzik, maupun seni suara.

Pendidikan di Zaman kerajaan Bani Umayyah ini telah berkembang pesat

dengan semaraknya kegiatan ilmiah di masjid-masjid dan berkembangnya Khuttab

serta Majlis Sastra.

Page 53: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

53

Tempat Pendidikan Di Zaman Kerajaan Bani Umayyah

Kuttab Masjid Madrasah Istana

i. Kuttab

Khuttab atau Maktab berasal dari kata dasar kataba yang berarti menulis atau

tempat menulis, jadi Kuttab adalah tempat belajar menulis. Menurut catatan

sejarah, sebelum kedatangan islam, masyarakat Arab khususnya Mekah, telah

mengenal adanya lembaga pendidikan rendah yaitu Kuttab. Namun lembaga

pendidikan ini masih bersifat sederhana dan belum mampu menarik minat

masyarakat luas. Hal ini dapat dibuktikan ketika Islam lahir, masyarakat Mekah

yang mampu membaca dan menulis sekitar 17 orang, sedangkan masyarakat

Madinah sekitar 11 orang.

Kuttab atau Maktab berasal dari kata dasar yang sama, yaitu kataba yang

artinya menulis. Diambil dari kata Taktib yang berarti mengajar menulis.

Sedangkan kuttab/maktab berarti tempat menulis atau tempat dimana

dilangsungkannya kegiatan untuk tulis menulis. Dalam skala yang terbatas,

lembaga pendidikan Kuttab telah ada di dunia Arab pra Islam. Dimana seorang

guru menyiapkan sebuah ruangan dirumahnya dan menerima bayaran apabila

guru tersebut mengajar di keluarga yang mampu. Pada masa awal Islam sampai

pada era Khulafaur Rasyidin, secara umum pengajaran kuttab dilakukan tanpa

adanya bayaran, akan tetapi pada era bani Umayah, ada diantara penguasa yang

sengaja menggaji guru untuk mengajar putera-puteranya dan menyediakan tempat

bagi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya di istananya. Disamping

itu ada juga yang mempertahankan bentuk lama yaitu melaksanakan pendidikan di

pekarangan masjid, biasanya pelajarnya dari kalangan yang kurang mampu. Silibus

yang diajarkan dalam kuttab adalah menulis dan membaca.

ii. Masjid

Setelah pelajaran anak-anak di kuttab selesai mereka melanjutkan pendidikan ke

tingkat menengah yang dilakukan di masjid. Kata masjid berasal dari bahasa Arab,

sajada (fiil madi) yusaajidu (mudahari’) masaajid/sajdan (masdar), artinya

Page 54: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

54

tempat sujud. Dalam pengertian yang lebih luas berarti tempat shalat dan

bermunajat kepada Allah.

Masjid yang pertama kali dibangun adalah masjid Quba, yaitu setelah Nabi

SAW hijrah ke Madinah. Seluruh kegiatan umat difokuskan di masjid termasuk

pendidikan. Program pendidikan yang dilakukan Rasulullah bersama sahabat di

masjid dilakukan dalam bentuk halaqah. Umat islam bersemangat untuk

menghantarkan anak-anaknya mempelajari ilmu pengetahuan di Masjid sebagai

institusi pendidikan peringkat menengah. Peranan Masjid sebagai pusat

pendidikan dan pengajaran sentiasa terbuka luas bagi sesiapa sahaja yang mampu

untuk memberikan atau mengajarkan ilmunya kepada orang-orang yang ingin

belajar ilmu pengetahuan. Teknik pengajian berdasarkan hafalan. Selain itu masjid

juga berperanan sebagai tempat pendidikan tahap menengah dan tinggi. Mata

pelajaran yang diajarkan pula meliputi Al Quran, Tafsir, Hadist, Fiqh,

kesusasteraan, sajak, ilmu bahasa, ilmu matematik dan astronomi. Masjid Nabawi

di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah antara tempat yang menjadi tumpuan

penuntut ilmu diseluruh dunia Islam terutamanya ketika pemerintahan Walid ibn

Abdul Malik (705M – 714 M).

iii. Madrasah

Madrasah merupakan singkatan dari kata darasa yang berarti belajar. Jadi

madrasah adalah tempat belajar bagi siswa atau mahasiswa (umat Islam). Dalam

sejarah pendidikan Islam, makna dari madrasah tersebut memainkan peranan

penting sebagai institusi pendidikan umat Islam di masa pertumbuhan dan

perkembangannya, kenyataan ini dapat dibuktikan kerana penggunaan kata

madarasah telah muncul pada abad ke-11. George Makdis (1981) menjelaskan

bahwa madrasah merupakan transformasi institusi pendidikan islam dari masjid ke

madrasah terjadi secara tidak langsung melalui tiga tahap yaitu tahap masjid, tahap

masjid-khan dan tahap madrasah.

Madrasah sebagai salah satu institusi pendidikan Islam merupakan

prototipe sistem pendidikan Islam saat ini. Madrasah Nizam al-Mulk, sebagai

contoh merupakan madrasah yang paling popular dikalangan ahli sejarah dan

Page 55: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

55

kalangan masyarakat Islam. Didirikan oleh Nizam al-Muluk, seorang perdana

Mentri Dinasti Bani Saljuk pada masa pemerintahan Sultan Alp-Arshan dan Sultan

Maliksyah pada tahun ke-5 H. / II M yang dirasmikan tahun 459 H/1067 M, di

Nisabur.

Dengan demikian, kewujudan madrasah pada era awal memiliki sejarah

yang panjang selama perjalanan peradaban Islam, dan menyumbang terhadap

lahirnya tradisi intelektual Islam. Ia merupakan transformasi institusi pendidikan

Islam sebelumnya, seperti kuttab, rumah dan masjid. Walaupun tradisi keilmuan

secara langsung tidak di institusi madrasah. kerana madrasah diuruskan oleh

kerajaan, namun melalui institusi ini telah menumbuhkan kecintaan dan motivasi

pada intelektual Islam terhadap ilmu pengetahuan.

iv. Istana

Pendidikan dikhususkan bagi anak-anak khalifah dan para pegawai istana dan

pentadbiran. Kurikulum Pendidikan Istana adalah berkaitan tatacara, kebijakan

dalam pemerintahan atau hal-hal yang ada kaitannya dengan keperluan

pentadbiran, maka kurikulumnya diatur oleh guru bersama keluarga pelajar.

Antara tokoh khalifah yang terkenal dalam aspek pendidikan adalah Khalid putera

Khalifah Muawiyah II, beliau merupakan orang pertama dalam sejarah Islam yang

mampu menterjemahkan buku-buku astrologi, perubatan dan kimia dari bahasa

Greek dalam bahasa Arab.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula dianggap orang pertama yang cuba

memperkenalkan ilmu perubatan secara praktikal kepada umat Islam. Untuk

tujuan ini beliau telah memindahkan kolej perubatan dari Alexandria ke Antioch

dan Harran. Walaupun pada zaman Bani Umaiyah tidak terdapat tokoh perubatan

yang handal, namun ia boleh dianggap satu petanda baik kearah perkembangan

ilmu sains seterusnya.

c. Aktiviti Intelektual

Setelah pembukaan Kota Damsyik oleh umat Islam, ramai dalam kalangan sahabat

Rasulullah SAW dan tabi’in berpindah dari Hijaz ke Syam (Syria). Ini merupakan

Page 56: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

56

permulaan aktiviti intelektual Islam kerana sebahagian besar para sahabat dan

tabi’in adalah pakar perundangan Islam dan Al-Hadis. Hal ini menjadikan Damsyik

sebagai pusat aktiviti intelektual yang unggul seperti pembelajaran, perbahasan

dan perbincangan mengenai masalah agama.

Selain itu, kota Mekah Al-Mukarramah tetap unggul dalam bidang keilmuan

dan menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia. Di kota ini terdapat Madrasah Al-

Quran iaitu Pusat Pengajian Al-Quran yang diasaskan oleh Abdullah bin Abbas,

sepupu Rasulullah SAW pada tahun 68 H (687 Masihi). Kehebatan beliau mentafsir

dan menanggapi makna ayat-ayat Al-Quran yang sukar difahami amat

mengkagumkan.

Di Madinah Al-Munawwarah pula terdapat Madrasah Al-Hadis iaitu Pusat

Pengajian Al-Hadis yang termasyhur di seluruh dunia Islam, yang dipelopori oleh

Imam Malik bin Anas pada tahun 91 H (709 Masihi). Beliau juga merupakan

pengasas mazhab Maliki. Sumbangan beliau yang sangat bernilai kepada tamadun

ialah kitab Al-Muwatta’ iaitu sebuah kitab hadis yang menjadi rujukan ahli-ahli

hadis hingga kini.

Manakala di Iraq, Abu Al-Aswad Ad-Du’ali telah mengasaskan pusat

pembelajaran tatabahasa Arab pada tahun 69 H (688 Masihi) yang terletak di Kota

Basrah. Beliau mendirikan institusi ini atas saranan gurunya, iaitu Saidina Ali bin

Abi Talib untuk mengajar bahasa Arab kepada orang-orang bukan Arab yang

memeluk Islam, bagi memudahkan mereka mempelajari Al-Quran.

Di Kota Cordova, pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol,

ilmu pengetahuan telah berkembang dengan pesatnya. Sebuah universiti Islam

iaitu Universiti Cordova telah ditubuhkan dan terdapat perpustakaan Cordova

yang menghimpun lebih kurang 600,000 dari pelbagai ilmu.

d. Pembangunan Bandar

Pada zaman Bani Umaiyah, pertumbuhan Bandar amat pesat di seluruh wilayah

takluk Islam seperti Kota Damsyik, Kufah, Basrah dan Mesir. Antara sebab

Page 57: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

57

utamanya ialah mereka menjadi pusat pentadbiran utama bagi kerajaan Bani

Umaiyah, kewujudan kem-kem tentera dan kesan penaklukan tentera Islam ke

kawasan tersebut dari semasa ke samasa.

Khalifah-khalifah Bani Umaiyah juga

terkenal sebagai golongan yang paling suka

kepada bentuk bangunan yang cantik-

cantik, Ziyad bin Abihi dianggap sebagai

seorang arkitek yang bertanggung jawab

memperkenalkan bentuk senibina baru

dalam dunia islam yang amat jelas berbeza

dengan keadaan sebelumnya. Khalifah ‘Abdul Malik –rahimahullaahu ta’ala- diikuti

oleh putera al-Walid bin ‘Abdul Malik –rahimahullaahu ta’ala- (705-715 M) banyak

melaksanakan pembangunan. Mereka membangunkan rumah untuk orang cacat.

Jalan-jalan raya yang menghubungkan suatu daerah dengan daerah lainnya, kilang-

kilang, bangunan pemerintahan dan masjid-masjid yang megah.

e. Perkembangan Mata Wang

Perkembangan mata wang dan sistem kewangan dalam kalangan orang Arab

berlaku setelah kedatangan Islam. Sebelumnya, orang-orang Mekah menerima

semua jenis mata wang emas dan perak sebagai tukaran. Pada zaman Rasulullah

SAW dan khalifah Abu Bakar, hanya mata wang Rom dan Parsi sahaja diterima.

Pada tahun 18 H (639 Masihi) khalifah Umar Al-Khattab telah mencipta

mata wang Islam iaitu dinar (mata wang emas) dan dirham (mata wang perak),

yang mana nilai satu dinar bersamaan dengan sepuluh dirham. Di samping itu,

dikeluarkan juga jenis wang tembaga yang menggunakan 3 jenis lambang

berlainan iaitu “Lailahaillallah”, “Muhammadun Rasulullah” dan “Alhamdulillah”.

Kewujudan ini adalah untuk menunjukkan identiti Islam di samping untuk

membezakan nilai setiap mata wang tersebut.

Page 58: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

58

Setelah Muawiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan, beliau

telah mengadakan mata wang emas dan perak yang rendah kualitinya. Untuk

mengatasi hal ini, khalifah Malik bin Marwan telah menempa pula mata wang baru

yang lebih baik dan menggunakan satu logo iaitu “Qulhuwallahu Ahad”. Reka

bentuknya yang menarik dan kualitinya mampu menandingi mata wang buatan

Rom ketika itu.

f. Perkembangan Ekonomi

Ekonomi kerajaan Bani Umaiyah sangat bergantung kepada pertanian dan perdagangan,

pihak pemerintah sangat mengambil berat perkembangan pertanian. Dalam

meningkatkan ekonomi rakyat, banyak saliran air yang telah dibina bagi memajukan

kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini.

Selain dari itu, jalan dan pelabuhan giat dibangunkan bagi memajukan sektor

perdagangan, Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun.

Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dan lain-lain.

Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil

pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk

mengurus dan mengendalikan institusi ini. Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid

Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah

menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah

mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang

memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada

Baitulmal.

g. Sumbangan dalam Bidang Ketenteraan

Mengemaskini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera Parsi dan

membahagikan tentera kepada lima pasukan:

Page 59: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

59

Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang

moden.

Angkatan tentera di Zaman Umayyah

Pasukan

berkuda

Pasukan berkenderaan Pasukan jalan kaki Tentera laut

Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas.

Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal

perang serta pengkalan tentera laut yang berpusat di Tunisa, Syria dan

Iskandariah. Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian

bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat. Diwan al-Jund ditubuhkan

bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan. Antara tokoh terkemuka

ialah Tariq bin Ziyad ( membuka Andalus)

Perbezaan antara tentera di Zaman Khulafa’ Ar- Rasyidin dan Bani Umaiyah

Perkara Khulafa’ Rasyidin Bani Umaiyah

Cara pengambilan

tentera

Sukarela Awal sukarela

Kerahan tenaga

Perlantikan

panglima

Tiada keutamaan

sesuatu bangsa

Mengutamakan bangsa arab

Latihan Latihan umum Latihan musim panas dan musim

sejuk

قلب الجيشPasukan

teras

الميمنةSayap kanan

الميسرة

Sayap kiri

المقدمةBarisan

hadapan

سقط الجيشBarisan

belakang

Page 60: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

60

g. Sumber Kewangan Negara di zaman Umaiyyah

Kharaj Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau

bukan Islam. Ia terbahagi kepada tiga:

• Kharaj Masahat atau Wazifah: cukai dibayar mengikut

keluasan tanah.

• Kharaj Muqasamah : cukai di ambil berdasarkan jumlah hasil

tanaman.

• (Kedua-dua cukai ini diuruskan oleh kerajaan)

• Kharaj Ihtizam atau Iqto’-cukai melaui sewaan/ pajakan

tanah yang diuruskan tuan tanah.

Jizyah Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi

Zakat Harta tententu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan

bersyarat

Usyur Cukai 10 peratus yang dikenakan terhadap kapal dagang

bukan Islam yang singgah di Perlabuhan negara Islam

Fai Harta rampasan daripada orang-orang kafir harbi tanpa

peperangan

Ghanimah Harta yang diperolehi melalui peperangan

3.1.2 ZAMAN KEMUNDURAN

Secara keseluruhannya Kerajaan Bani Umaiyyah telah diperintah oleh seramai 14

orang khalifah bermula dari pengasas kerajaan tersebut iaitu Mua`wiyah bin Abu

Sufiyan sehinggalah khalifah Marwan II bin Muhammad Marwan I. Sepanjang

pemerintahan khalifah-khalifah tersebut, tidak kesemuanya berada dalam zaman

yang gemilang. Zaman gemilang tersebut hanya berada semasa pemerintahan

khalifah al-Walid bin Abdul Malik sehingga pemerintahan Umar bin Abdul Aziz.

Manakala bagi zaman-zaman berikutnya, kuasa pemerintahan kerajaan ini

beransur mundur.

Kemunduran berlaku pada zaman khalifah Yazid bin Abdul Malik. Beliau

merupakan pemerintah yang kesembilan kerajaan Bani Umaiyyah. Yazid telah

mula memerintah selepas Umar bin Abdul Aziz iaitu pada tahun 720M bersamaan

101H. Beliau dikenali juga sebagai Yazid II. Pemerintahan beliau telah meniupkan

Page 61: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

61

mendung yang gelap di bumi kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau telah mencetuskan

kemunduran kerajaan Bani Umaiyyah apabila pemerintahannya tidak disenangi

oleh rakyat. Sifat-sifat keterlaluan beliau yang dikenali sebagai seorang yang suka

berfoya-foya dengan kehidupan dunia dan peminum arak. Selain itu, beliau juga

telah melantik semula pegawai-pegawai yang telah dipecat oleh khalifah Umar bin

Abdul Aziz dan sering menaikkan cukai sehingga menyebabkan rakyat menderita.

Disebabkan itu rakyat sendiri menderhaka kepada Yazid dan golongan khawarij

mula melakukan rusuhan.

Secara umumnya, kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ini berdasarkan

beberapa faktor seperti berikut:

1. Sistem pergantian khalifah berdasarkan pewarisan merupakan sesuatu yang

baru (bid’ah) bagi tradisi Islam yang lebih menekankan aspek senioriti.

Percaturannya tidak jelas, sehingga menyebabkan terjadinya persaingan yang

tidak sihat di kalangan anggota keluarga istana sendiri.

2. Sejarah penubuhan kerajaan Bani Umayyah tidak dapat dipisahkan dari

konflik-konflik politik yang terjadi di masa ‘Ali –radhiyallaahu ‘anhu. Golongan

Syi’ah dan Khawarij terus menjadi gerakan pembangkang atau

pemberontak,samada secara terbuka seperti di masa awal dan akhir maupun

secara tersembunyi seperti di masa pertengahan kekuasaan Bani Umayyah.

3. Di Zaman pertengahan pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, penentangan

etnik antara suku Arab Utara (Bani Qays) dan Arab Selatan (Bani Kalb) yang

sudah ada sejak zaman sebelum Islam, makin meruncing. Perbalahan

dikalangan mereka ini menghalang Khalifah Bani Umaiyah untuk

Sistem Pergantian

Penentangan Syiah Dan Khawarij

Perbalahan Kaum

Kemewahan Khalifah

Perebutan Jawatan

Pemberontakan Bani Abbasiyah

Page 62: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

62

memperkukuhkan persatuan dan kesatuan. Disamping itu, sebagian besar

golongan mawali (non-Arab), terutama di Irak dan wilayah bagian timur

lainnya, tidak berpuas hati terhadap status mereka yang seolah-olah

menggambarkan kelemahan mereka, ditambah dengan keangkuhan bangsa

Arab yang diperlihatkan pada masa Bani Umayyah.

4. Sikap sebahagian khalifah yang cenderung kepada duniawi, terlalu

mengasingkan diri dengan dunia luar (hidup bermasyarakat), tamak dan

sukakan kemewahan di persekitaran istana menyebabkan anak-anak khalifah

tidak sanggup memikul beban berat kenegaraan sewaktu mereka mewarisi

kekuasaan dan terkeluarnya mereka dari prinsip-prinsip Islam yang menjadi

tonggak tegaknya sebuah negara. Disamping itu, para Ulama banyak yang

kecewa karena kurangnya tumpuan pihak pemerintah terhadap perkembangan

agama.

5. Perebutan jawatan khalifah dan permusuhan antara keluarga khalifah. Yazid

bin Walid Abu Khalid yang bergelar “an-Naqidh” misalnya, menggulingkan

khalifah dan membunuh khalifah yang sebenar hanya kerana ingin menjawat

jawatan khalifah.

6. Munculnya pemberontakan-pemberontakan yang memecah belah kekuatan

negara. Penyebab sebenar jatuhnya kekuasaan Bani Umayyah adalah

disebabkan munculnya kekuatan baru yang diasaskan oleh keturunan al-Abbas

bin Abd al-Muthalib. Gerakan ini mendapat sokongan penuh dari Bani Hasyim

dan kaum mawali yang merasa dianaktirikan oleh pemerintahan Bani

Umayyah.

3.2 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN PENCAPAIANNYA DI ZAMAN

KERAJAAN ABBASIYYAH.

Kekuasaan Bani Abbasiyah setelah berakhirnya kerajaan Bani Umayyah.

Dinamakan Daulah Abbasiyah karena para pendiri dan penguasa Dinasti ini adalah

keturunan Abbas, bapa saudara nabi Muhammad SAW. Kerajaan Bani Abbasiyah

didirikan oleh Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbass. Dia dilahirkan di Humaimah pada tahun 104 H. Dia dilantik menjadi

Khalifah pada tanggal 3 Rabiul awwal 132 H. Kekuasaan Dinasti Bani Abbasiyah

berlangsung dari tahun 750-1258 M.

Page 63: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

63

Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah dan tertubuhnya kerajaan Bani

Abbasiyah pada tahun 132H (750 Masihi) merupakan tahap baru perkembangan

tamadun Islam . Hal ini dapat dilihat pada perubahan corak pemerintahan yang

bercirikan Arab tulen kepada pemerintahan campuran Arab dan Parsi. Dalam

pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah khususnya bidang eksekutif, penglibatan

golongan Parsi mengatasi golongan Arab yang memberi peluang kepada mereka

untuk menyerapkan budaya dan tamadun mereka ke dalam sistem pentadbiran

kerajaan Bani Abbasiyah. Kebangkitan Daulah Bani Abbasiyah merupakan suatu

revolusi.

3.2.1 ZAMAN KEMUNCAK.

Antara perkara yang menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun Islam

pada zaman Bani Abbasiyah ialah :

a. Bidang Politik Dan Pentadbiran.

Kerajaan Bani Abbasiyah telah melakukan satu pembaharuan dalam bidang

pentadbiran yang menjadikannya berbeza dari pemerintahan sebelumnya.

Pembaharuan ini ialah menghapuskan perbezaan kaum (etnik) dalam masyarakat

seperti yang diamalkan dalam era pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Justeru

itu, kerajaan Bani Abbasiyah telah memberi hak yang sama kepada semua kaum

berteraskan kesatuan akidah tanpa mengira kaum. Hal ini merupakan ciri

keunggulan Islam yang pernah dilaksanakan pada masa kepimpinan Rasulullah

SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Dalam hal ini, kesungguhan kerajaan Abbasiyah dapat dilihat dengan

melantik keturunan Parsi (bukan Arab) untuk memegang jawatan tertinggi dalam

pemerintahan Negara seperti menteri, panglima perang, Gurbenur dan para

pegawai lainnya. Namun jawatan tertinggi (khalifah) di dalam pentadbiran tetap

dipegang oleh keturunan arab. Kota Baghdad dijadikan Pusat pentadbiran, ibu

kota, pusat kegiatan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Page 64: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

64

b. Perkembangan Al-Dawawin (Jabatan-Jabatan Kerajaan)

Pada zaman Bani Abbasiyah, penubuhan jabatan-jabatan mengalami

perkembangan pesat, sehingga mencapai jumlah 13 buah. Di antara jabatan-

jabatan tersebut 2 di antaranya merupakan tonggak kekuatan dan kemajuan

kerajaan Bani Abbasiyah, iaitu:

i. Dewan Al-Jund (Jabatan Ketenteraan)

Khalifah Umar Al-Khattab adalah orang pertama yang mengasaskan Dewan

Al-Jund, yakni pada masa pemerintahannya di tahun 13-23 H (634-644 M). Pada

masa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah ia telah mengalami beberapa

perubahan sesuai dengan perkembangan semasa. Ianya adalah satu jabatan

penting yang bertanggungjawab mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan

ketenteraan, seperti menyediakan keperluan asas ketenteraan, pembayaran gaji,

kenaikan pangkat, pemilihan anggota baru serta latihan untuk mereka.

Ketua Turus Angkatan Tentera (Commander In Chief) adalah pegawai yang

bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan pihak kerajaan berkaitan

ketenteraan. Pada zaman Abbasiyah, dewan ini telah dilengkapi pula dengan unit

perisikan Negara. Dari segi kecanggihan dan kehebatan peralatan angkatan perang

zaman Abbasiyah telah menunjukkan peningkatan yang menakjubkan, antara lain

ialah:-

• Mengubahsuai peluru majanik daripada ketulan batu pepejal biasa kepada

bahan rapuh yang mudah.

• Mencipta baju kalis api. Tentera-tentera yang memakai baju ini membolehkan

mereka masuk dalam kalangan musuh walaupun api sedang marak.

• Mencipta mesin pemanah yang melepaskan banyak anak panah untuk sekali

panahan. Anak-anak panah pula ditukarkan kepada yang lebih besar dan

berat.

• Menurut Prof. Levy, orang Islamlah mula-mula menggunakan senjata api

dalam peperangan untuk menembak ke arah kubu-kubu pertahanan musuh.

Page 65: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

65

ii. Dewan Al-Kharaj (Jabatan Percukaian)

Dewan Al-Kharaj ialah jabatan yang ditubuhkan untuk mengendalikan semua

urusan yang berkaitan dengan cukai tanah pertanian. Selain itu, dewan ini

berperanan untuk melantik pegawai pemungut cukai serta jumlah cukai yang

perlu dikutip berdasarkan situasi dan letak sesuatu kawasan tertentu.

Al-Kharaj atau cukai pertanian adalah cetusan idea baginda Rasulullah SAW

yang diperkenalkan pada tahun ke-7 hijrah (628 M) setelah tentera Islam

menakluk kota Khaibar. Rasulullah SAW telah mengajukan beberapa pilihan

kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di sekitar kota itu sama ada memeluk

Islam atau membayar Jizyah (cukai kepala yang dikenakan kepada penduduk

bukan Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Islam). Jika tidak mahu membuat

pilihan, mereka hendaklah meninggalkan kawasan tersebut. Kebanyakan orang

Yahudi yang menjadi peniaga dan penternak memilih untuk meninggalkan kota

tersebut, manakala yang bekerja sebagai petani memohon untuk meneruskan

usaha mereka dan sanggup membayar cukai pertanian ke atas tanah pertanian

yang diusahakan. Rasulullah SAW menerima cadangan mereka dan menetapkan

kadar cukai sebanyak separuh daripada hasil pertanian.

c. Pembinaan Ekonomi

Kerajaan Bani Abbasiyah telah mencapai kejayaan luar biasa dan mengkagumkan

kerana berjaya membangunkan kota Baghdad dari sebuah bandar kuno yang tidak

dikenali menjadi yang setanding dengan keagungan Byzantine. Ahli sejarah

bersetuju meletakkan zaman pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid 170-190H

bersamaan 786-809 M sebagai zaman keemasan dalam bidang ekonomi. Hal ini

telah menaikkan imej Islam di mata asing yang berurus niaga di kota Baghdad

sehingga mereka melihat Islam itu sebagai satu agama yang positif, maju dan

progresif.

Antara faktor kejayaan penguasaan kota Baghdad dalam bidang

perdagangan antarabangsa ialah:

i. Kedudukan kerajaan Abbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada ketika itu.

ii. Wujudnya kestabilan politik dan keamanan di rantau itu.

Page 66: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

66

iii. Kecekapan pegawai tadbir, keberkesanan undang-undang, ketinggian akhlak

masyarakat dan bertamadun.

iv. Masyarakat di kota Baghdad memiliki keupayaan membeli yang tinggi secara

besar-besaran. Hal ini membuktikan kemewahan hidup penduduk dan

kekukuhan ekonomi negara pada masa itu.

Berdasarkan keterangan di atas, menunjukkan bahawa tonggak kekayaan

ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah terletak pada 3 sektor, iaitu sektor perdagangan,

pertanian, dan perindustrian.

d. Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Baghdad juga muncul sebagai pusat perkembangan ilmu. Ia menjadi tumpuan para

pelajar, baik muslim atau bukan muslim dari dalam dan luar negara. Masjid itu

sendiri menjadi medium untuk mengembangkan ilmu bagi para ulama dan

karyawan dari pelbagai cabang ilmu. Manakala, masjid besar (Al-Jamek) berfungsi

sebagai pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus lanjutan dalam bidang

pengajian mazhab-mazhab tertentu.

Para khalifah kerajaan Bani Abbasiyah sentiasa menggalakkan masyarakat

untuk menulis, mengarang pelbagai buku, termasuk buku agama dan lain-lain

serta menterjemahkan buku-buku ilmiah. Kebanyakan buku itu dari bahasa Yunani

dan Parsi diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, merangkumi ilmu sains,

matematik dan seni.

Aktiviti keilmuan seperti ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh terkenal

dalam bidang masing-masing seperti Imam Syafi’e, Imam Hambali, Muhammad

Musa Al-Khawarizmi,J abir bin Hayyan, Ibnu Sina dan lain-lain. Mercu

kecemerlangan ilmu pengetahuan di zaman Bani Abbasiyah adalah dengan

tertubuhnya Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai perpustakaan, pusat

penterjemahan dan institusi pengajian tinggi di Baghdad.

Kecemerlangan tamadun Islam dalam pelbagai aspek pada zaman

pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah adalah berpunca dari sikap liberal dan

Page 67: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

67

berfikiran positif yang ditunjukkan oleh para pemimpin, golongan ilmuan dan

masyarakat setempat.

3.2.2 Zaman Kemunduran

Kejatuhan kerajaan Abbasiyah adalah disebabkan beberapa faktor utama:

a. Kelemahan pemerintah.

Pemerintah ketika itu Al-Wasiq, tidak melakukan sebarang pembaharuan. Beliau

hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir Negara.

Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengambil alih pemerintahan dan cuba

untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan

pegawai berbangsa Turki dan Parsi. Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana

pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan

Abbasiyah.

b. Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah.

Kerajaan Bani Abbasiyah terlalu mempercayai bangsa asing terutama bangsa Turki

serta melantik mereka menjawat jawatan tinggi dan penting dalam kerajaan, yang

mana akhirnya menyebabkan tergugatnya Kerajaan Abbasiyah sendiri, Akhir

kurun 9 Masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas. Banyak jawatan-

jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi. Bangsa-bangsa ini mula

membentuk kerajaan dan pengaruh sendiri. Ekoran dari itu terjadilah perpecahan

dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan kuasa Abbasiyah.

Kelemahan pemerintah

Perpecahan wilayah Perebutan kuasa

Kegawatan ekonomi. Perselisihan aliran

fahaman keagamaan

Serangan dari luar

Page 68: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

68

c. Perebutan kuasa.

Terdapat sesetengah Khalifah telah melantik dan menentukan dua ke tiga orang

anak mereka bakal menjadi Khalifah (secara bergilir) ini mengakibatkan

berlakunya perang saudara seperti di antara Al Amin dengan Al Makmun. Putera-

putera al-Mutawakkil juga berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan

pentadbiran kerajaan Abbasiyah.

d. Kegawatan ekonomi.

Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan

Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah. Para

pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad, menyebabkan dana yang tersimpan di

Baitul Mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.

e. Perselisihan aliran fahaman keagamaan.

Pemberontak dari golongan Syiah dan Khawarij sering mengganggu pentadbiran

kerajaan Abbasiyah Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak

disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja. Ini menyebabkan tindakan

perlu diambil oleh pihak pemerintah iaitu menekan dan memusuhi puak Syiah.

Namun tindakan ini ternyata mengakibatkan berlakunya pemberontakkan

disepanjang pemerintahan Kerajaan ini. Keadaan ini mengganggu keamanan

negara.

f. Serangan dari luar.

Munculnya serangan dari musuh luar seperti musuh-musuh dari utara (Gorgia &

Arminia), barat (tentera salib). Pada tahun 656H / 1258M, Kerajaan Bani

Abbasiyah telah diserang oleh tentera Monggol yang dipimpin oleh Holagu Khan,

banyak kawasan-kawasan Islam diserang serta umat Islam dibunuh dengan kejam

semasa serangan ini. Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut

kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah. Pentadbiran pusat di Baghdad tidak dapat

memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya

pejuang-pejuang islam yang terkorban dan akhirnya Kerajaan Abbasiyah telah

dapat digulingkan.

Page 69: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

69

AKTIVITI

1. Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin

dan kerajaan Bani Umayyah dalam membentuk

organisasi ketenteraan yang unggul.

2. Nyatakan Faktor Kemunduran Dan Kemerosotan

Kerajaan Bani Umaiyah?

3. Apa Yang Anda Tahu Tentang Baitul Hikmah?

4. Senaraikan Faktor Kegemilangan Kerajaan Bani

Abbasiyah

1

Page 70: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

70

Rujukan

A. Hasjmy, 1995, Sejarah Kebudayaan Islam, Jakarta: PT. Bulan Bintang,

Al Ithiya Al Abrasy, 1993, Tarbiyah Al Islamiyah, (Jakarta: Bulan Bintang)

Badri Yatim, Dr., MA. , 2006, Sejarah Peradaban Islam: Dirasah Islamiyah II, Jakarta

: PT. Grafindo Persada

Dewan Redaksi, 1967, Ensiklopedi Islam, (Jakarta: Ikhtiar Baru Van Hoeve)

DR. Muhammad Sayyid al-Wakil, 2000, Wajah Dunia Islam Jakarta: Pustaka al-

Kautsar

E. Abdul Aziz Tibrizi, Diktat II Sejarah Kebudayaan Islam, Tangerang, :Pon-pest

DaaEl-Qolam

Hasan Langgulung, 1980, Pendidikan Islam Menghadapi Abad-21, (Jakarta:Pustaka

Al Husna)

Mahmud. Yunus, 1981, Sejarah Pendidikan Islam, (Jakarta: PT. Hida Karya Agung)

Nizar Samsul, Sejarah dan Pergolakan Pemikiran Pendidikan Islam, 2005, Jakarta:

Quantum Teaching.

Nizar Samsul, Sejarah Pendidikan Islam, 2008, Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Suwedi, 2004, Sejarah Pemikiran Pendidikan Islam, (Jakarta: Raja Grafindo

Persada)

Suwito dan fauzan. Sejarah sosial Pendidikan Islam. 2005. Jakarta: Prenada Media.

Syalabi, A. , 1997 Sejarah dan Kebudayaan Islam Jilid 3, Jakarta: Al-Husna Dzikra

Yusuf Syu’aib, 1997, Sejarah Daulah Umayyah 1,( Jakarta: Bulan Bintang)

Zuhairini, 1992, Sejarah Pendidikan Islam, (Jakarta : Bumi Aksara)

Page 71: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

71

Bab - 4 Perkembangan Tamadun Islam Zaman

Uthmaniyyah Dan Kontemporari

Page 72: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

72

4.0 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN UTHMANIYYAH DAN

KONTEMPORARI

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul bin

Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz

dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau

merupakan seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum

Monggol ketika member khidmatnya kepada kesultanan Saljuq dan berjaya

menumpaskan pihak Byzantine sehingga Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai

Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.

Hal ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan

namanya iaitu Empayar Uthmaniyah. Kehebatan Uthman yang memerintah Turki

telah disambung oleh pemimpin-pemimpin lain selepasnya yang mempunyai

kekuatan peribadi dan moral yang tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad

II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad al-Fatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap

kegemilangannya pada zaman SultanSulaiman Qanuni (1520-1566). Pemerintahan

yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan empayar Turki Uthmaniyah

dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga Afrika

Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah

mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbandingAsia. Ini membuktikan

bahawa para pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyah lebih cenderung dalam

memperluaskan kekuasaan mereka ke Eropah

Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh

pemimpin-pemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan

moral yang tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I,

Sultan Muhamad al-Fatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya

pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di

kalangan pemimpin initelah meletakkan empayar Turki Uthmaniyah dalam

keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga Afrika Utara

disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah

mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbandingAsia. Ini membuktikan

Page 73: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

73

bahawa para pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyah lebih cenderung

dalammemperluaskan kekuasaan mereka ke Eropah.

4.1 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN UTHMANIYYAH

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik

empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan

Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam

sejarah ketamadunan manusia.

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada

segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke

Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur. Semasa Pertempuran

Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun

1514, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi

pertempuran menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah

Uthmaniyyah di sebelah timurnya. Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah

beralih kepada bahagian barat empayar terbabit. Sultan Sulaiman I, selepas

menaiki takhta pada tahun 1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan.

Di bawah Suleiman yang juga merupakan seorang strategis yang hebat, tentera

Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan

Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529).

Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah

kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan

sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan

serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan

kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.

Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka

menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan

Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-

meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal.

Page 74: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

74

Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan

kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan

lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini

kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya.

Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat

"kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak

kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

1. Sistem Pemerintahan.

Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem autokrasi iaitu pemerintah

mempunyai kuasa mutlak. Sistem pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah adalah

berdasarkan beberapa sistem:

URUTAN KEDUDUKAN HURAIAN

1 SULTAN Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi.

Beliau merupakan pemerintah yang tertinggi

serta mempunyai kuasa yang penuh dalam

pentadbiran dan ketenteraan. Perlantikan

sultan adalah mengikut sistem feudal

2 WAZIR Merupakan orang yang paling berkuasa selepas

sultan. Ini kerana beliau ditugaskan sebagai

ketua pentadbiran dan penasihat sultan. Kuasa

beliau telah digariskan oleh Kanun Name iaitu

buku perlembagaan yang telah digubal pada

zaman Sultan Muhammad II. Memandangkan

kuasanya, beliau telah diamanahkan supaya

memegang cop mohor sebagai wakil sultan.

3 SYEIKH AL-

ISLAM (MUFTI)

Jawatan ini telah diwujudkan pada zaman

Sultan Salim I, yang berpejabat di Istanbul.

Tugasnya ialah memberi fatwa dalam semua

aspek agama termasuk keputusan berperang

terhadap sesame Islam. Pandangan beliau juga

diambil kira dalam perlantikan pegawai-

pegawai Istana.

4 KADI Ditugaskan sebagai ketua agama bagi setiap

wilayah. Kadi berkuasa melaksanakan hukum

Page 75: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

75

jenayah dan sivil menurut syariat Islam

berdasarkan al-Quran dan Sunnah

5 TENTERA.

Beylerbey merupakan pangkat ketenteraan

yang paling tinggi dan hanya beberapa orang

sahaja yang memegang jawatan ini. Beylerbey

mempunyai kuasa yang amat luas, malah

Putera Mahkota terpaksa tunduk kepadanya. Ia

juga digelar dengan gelaran ‘Pasha’.

6 BEY Bey ialah batalion atau ketumbukan tentera.

Bey ditugaskan untuk membawa bendera

(Liwa’) dalam sesebuah peperangan.

7 TENTERA FIEF Tentera Fief adalah tentera asasi kerajaan

Turki Uthmaniyah. Fief bermaksud tanah

kurniaan. Dinamakan tentera Fief kerana

mereka dikurniakan tanah oleh kerajaan

Uthmaniyah kerana jasa mereka

mempertahankan Negara. Senjata yang

digunakan oleh mereka seperti tombak,

pedang, panah dan perisai. Manakala pakaian

mereka adalah baju dan serban serta

menunggang kuda. Sistem ketenteraan

seumpama ini sebenarnya ditiru daripada

sistem feudal kerajaan Byzantine

4.1.1 ZAMAN KEMUNCAK

Kerajaan Turki Uthmaniah adalah sebuah empayar Islam terbesar yang pernah

memerintah dunia selama lebih 600 tahun lamanya. Empayarnya merupakan

sebuah kerajaan Islam yang terbesar dan terkuat selepas kerajaan Islam Bani

Abbasiyah, yang mana Istanbul sebagai pusat pemerintahannya.

Kerajaan Turki Uthmaniah terkenal dalam bidang politik, ketenteraan dan

perluasaan wilayah. Jaringan pemerintahannya merangkumi seluruh Eropah

Timur (Balkan), Kawasan Byzantine (Constantinopel) dan negara-negara Timur

Tengah. Kehebatan Empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan kekuatan

akidah, kemuliaan akhlak, kecekapan dan keberanian dalam peperangan serta

Page 76: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

76

kepimpinannya yang cekap di bawah pentadbiran:

1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.

2. Sultan Selim I b. Bayazid II.

3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I

Perkembangan tamadun Islam pada zaman Turki Uthmaniah antara lain:-

Bil Perkembamgan Huraian

1 Penaklukan Kota

Konstantinopel.

Kota Konstantinopel telah ditakluk oleh Sultan

Muhammad II bin Murad pada tahun 753H /

1453M. Penaklukan ini merupakan jasa kerajaan

Uthmaniyah yang paling besar dan paling

menonjol kerana usaha kearah itu telah

dilakukan oleh umat Islam sejak abad pertama

hijrah.

2 Mempertahankan

Palestin.

Ketegasan Sultan Abdul Hamid II (1876M-

1909M) dalam mempertahankan bumi Palestin.

Beliau juga tegas dalam menolak hadiah Zionist

yang berjumlah berjuta-juta pound sterling untuk

digantikan dengan tanah Palestin.

3 Melindungi

wilayah-wilayah

Islam.

Melindungi wilayah-wilayah Islam khususnya

dunia Arab daripada kolonial Eropah untuk

beberapa lama. Selepas kejatuhan Andalus,

Eropah sentiasa mengintai peluang untuk

menakluki Negara-negara Islam tetapi gagal

kerana dilindungi khalifah Uthmaniyyah.

4 Mendirikan Pan- Pan Islamisme (اتحاد االسالم) awalnya adalah aliran

Penaklukan Kota Konstantinopel Mempertahankan Palestin

Melindungi wilayah-wilayah

Islam

Mendirikan Pan-Islamisme

Memelihara keutuhan bangsa.

Page 77: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

77

Islamisme. politik yang muncul ketika Perang Dunia II (April

1936) Usaha mendirikan Pan-Islamisme yang

dilakukan pada masa pemerintahan Sultan Abdul

Hamid untuk mengimbangi gerakan Kristian dan

Zionist, walaupun usaha tersebut gagal.

5 Memelihara

keutuhan bangsa.

Memelihara keutuhan bangsa lain yang berada di

bawah naungan khalifah Uthmaniyyah walaupun

mereka itu terdiri dari pelbagai agama, bangsa,

budaya, adat serta corak kehidupan. Tetapi

mereka mendapat kebebasan untuk memilih

corak hidup mereka.

4.1.2 ZAMAN KEMUNDURAN

Setelah Sultan Abdul Hamid II dipecat, lalu dilantik Muhammad Rasyad sebagai

penggantinya (1909-1918). Pada waktu tersebut pemerintahan Turki

Uthmaniyyah sudah berada diambang kejatuhan.

Peperangan Dunia I meletus dan Turki bergabung dengan Jerman. Nasib

buruk menimpa Turki. Iaitu apabila mereka tewas dalam peperangan tersebut.

Kemudian pada tahun 1918, Sultan Muhammad Rasyad turun daripada takhtanya,

dan digantikan oleh Sultan Muhammad Wahiduddin. Semasa pemerintahan Sultan

Muhammad Wahiduddin, kekuasaan sultan telah dibatasi oleh Parti Turki Muda

yang dipimpin oleh Mustafa Kamal.

Setelah Mustafa Kamal mengangkat dirinya sendiri sebagai pemimpin Turki.

Dengan kekuasaannya sebagai pemimpin Turki, beliau telah memecat khalifah

sebagai Panglima Angkatan Tentera. Seterusnya pada tahun 1922, beliau telah

menggulingkan Sultan Wahiduddin dan digantikan oleh Abdul Majid bin Abdul

Aziz.

Pada tahun 1923, Mustafa Kamal Atartuk mengumumkan penubuhan

Republik Turki dan menyepitkan kuasa khalifah dalam urusan keagamaan sahaja.

Kemudian pada tahun 1924, Mustafa Kamal Atartuk mengisytiharkan

penghapusan sistem khalifah dan khalifah telah dihalau keluar dari istana

Page 78: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

78

seterusnya diusir ke luar Negara. Dengan itu, maka berakhirlah kekuasaan

kerajaan Uthmaniyyah. Setelah selama lebih kurang empat abad lamanya.

Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki

Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah

disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang

meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah

mendorong kepada keruntuhan empayar turki Uthmaniyyah.

Bil Perkara Huraian

1. Politik

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan

empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor

politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan

pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang

lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran

empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki

mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini

adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam

keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya.

Politik Ekonomi Sosial Pengaruh

Luar

Page 79: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

79

Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu

sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga

menyebabkan kerosakkan moral.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai

pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa

keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam

kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak

diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah

berdasarkan kekuatan. Kelemahan dalam pentadbiran dan

pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan

selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan

mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2 Ekonomi Kelemahan dalam urus tadbir ekonomi merupakan punca

kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki

Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan

jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini

dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan

kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi

sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan

negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai

yang tinggi dikenakan dan membebankan rakyat. Kelemahan

ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar

Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan

suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah.

Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara

Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal

ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Kerajaan Turki

Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan

perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem

kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan

Page 80: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

80

revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri

tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam

ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak

pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan

dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar

termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada

kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya,

kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan

menuju kejatuhan.

3 Sosial Masalah sosial seperti pemberontakan, penyelewengan

ajaran Islam dan amalan rasuah berleluasa telah

menyebabkan berlakunya kejatuhan kerajaan Turki

Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting

dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi

penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata.

Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam

kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah

tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan

suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera

empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.

Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang

teruk sehingga membawa kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor

kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki

Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan

pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh

disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat

dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah

daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu

perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada

peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala

rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam

Page 81: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

81

pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan

khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana

bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu

yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah

kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan

berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang

mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam juga

mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam

telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahyul, amalan

taSAWuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas

wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf

serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan

istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta

yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan muzik

dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.

Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah

menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

4 Pengaruh

Luar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan

empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu

pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong

perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-

gerakan renaisanse melahirkan perubahan-perubahan yang

besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan

kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah.

Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat

daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah

telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah

contohnya dalam peperangan dengan Austria sekitar tahun

1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi

Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk

Page 82: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

82

menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest,

wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang

melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki

Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam

peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan

tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan

Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan

faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya

membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin

lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Ini dapat

dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang

ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki

kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia

dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani

selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan

sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia

dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut

Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah

pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan

kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula

Eropah selepas berlakunya zaman gelap.

4.2 SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA.

A. Teori-Teori Kedatangan Islam

Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul Agama Islam di Nusantara;

adakah ianya datang melalui India dan China, ataupun terus dari Arab atau Parsi.

Page 83: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

83

(i) Teori dari India

Sarjana-sarjana tidak sependapat tentang dari kawasan manakah di India tersebut

sebagai tempat asalnya Islam di rantau ini. Kebanyakan hujah-hujah untuk

menegakkan teori ini hanya mengemukakan abad ke-13 M sebagai tarikh

bermulanya Islam di Nusantara, walhalnya proses Islamisasi di sini sudah pun

berjalan sejak abad pertama Hijrah lagi

(ii) Teori dari China

Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1386 (sebenarnya

bertarikh 1303 M) yang disamakannya dengan batu nisan di Champa Selatan.

Menurut Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan, dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225 M)

terdapat negeri Islam yang disebut sebagai 'Fo-lo-an'. Bagi Paul Wheatley, besar

kemungkinan Fo-lo-an ini ialah Kuala Brang di Terengganu yang menjalankan

perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Dengan terjumpanya Batu

Bersurat (1303 M) di Kuala Brang tersebut, nyatalah betapa pentingnya peranan

Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu. Dan ini juga menunjukkan

yang Islam datang melalui Pantai Timur, yang bererti ianya datang melalui China

atau Indochina.

(ii) Teori dari Arab/Parsi

Menurut pendapat Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas:

1. Jika ditinjau kenyataan hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk

kepada sumber-sumber tulisan lama Islam yang berkenaan dengan

Kepulauan ini kita akan dapati bahawa tiada suatu pun laporan, rujukan atau

sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada kitab yang berasal dari

India atau digubah oleh orang India.

2. Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang

Arab atau Arab/Parsi, seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran

mereka masing-masing.

3. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat

Timur Tengah, bukan India. Misalnya kedudukan dan cara penghuraian

akidah-akidah pelbagai mazhab Ilmu TaSAWuf, peribentuk tulisan Jawi dan

corak beberapa huruf-hurufnya, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara

Page 84: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

84

melafazkan Al-Quran dan lain-lainnya menyatakan ciri-ciri tegas bangsa Arab,

bukan India, sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di rantau ini.

4.1.1 PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA.

Walaupun pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh sejarawan tentang teori

kemasukan Islam di rantau ini, namun apa yang pentingnya adalah apakah kesan

yang dibawa oleh Islam terhadap pembangunan Tamadun Masyarakat rantau ini

khususnya perlu diketahui oleh segenap insan. Harus diketahui, bahawa sebelum

kedatangan Islam kerantau ini, Negara-negara ini kebanyakkannya menganut

ajaran hindu dan budha. Persoalannya adalah, apakah masyarakat yang telahpun

sebati kepercayaannya dengan ajaran lama mereka dapat menerima Islam atau

sebaliknya. Ataupun mungkin mereka menerima kedatangan Islam tetapi masih

tetap meneruskan amalan dari ajaran yang dianuti pada mulanya.

A. Pencapaian dalam bidang Akidah

Abdul Rahman Abdullah, dalam bukunya Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara

mengemukakan bahawa masyarakat tempatan menyambut baik kedatangan

agama baru (Islam) tetapi dalam masa yang sama mempertahankan warisan

kepercayaan asli. Kesan dari percampuran ini dapat dilihat dan warisan mentera

melayu (hasil dari ritual Hindu dan Budha) yang menggabungkan unsur Tauhid

dan kepercayaan kepada kuasa dan semangat dewa-dewa.

PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA

Dalam Bidang Akidah

Dalam Bidang Kebudayaan

Sosial dan Ekonomi

Pengaruh Politik dan

Perundangan

Kesenian Dan Hiburan

Pendidikan dan Bahasa

Page 85: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

85

Selain itu, percambahan fahaman dalam aliran falsafah Islam juga

memainkan peranan dalam mencorakkan pegangan akidah umat Islam di Malaysia.

Kemunculan beberapa aliran tauhid seperti ajaran as’ariyah, maturidiyah dan juga

aliran Syi’ah yang bercampur aduk dengan ajaran sufi serta aliran sunni pada

permulaannya menyebabkan pegangan akidah umat Islam agak bercelaru.

Disebalik penerimaan yang agak baik masyarakat terhadap akidah Islam,

kepercayaan tradisional masih juga tetap diteruskan. Dalam pengubatan

Tradisional sebagai contoh, dapat dilihat penggunaan jampi dan mentera yang

menggabungkan penyeruan makhluk-makhluk halus seperti roh atau dewa-dewa

tertentu dengan para malaikat, nabi-nabi dan sahabat yang diiringi dengan doa

dala, bahasa arab dan juga ayat-ayat al-Qur’an.

Pencapaian keilmuan masyarakat dalam bidang agama melalui penekanan

yang diusahakan oleh pelbagai pihak akhirnya menjurangkan pemahaman

terhadap keaslian agama Islam dengan percampuran yang dinyatakan di atas.

Penerapan nilai-nilai Islam, pendidikan yang berteraskan akidah Islam yang

sebenar dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sebilangan graduan lepasan

Timur Tengah di dalam menanam semangat kecintaan terhadap Islam,

pelaksanaan Islam yang syumul dan pembasmian fahaman-fahaman yang

bersimpang siur dari ajaran sebenar memastikan akidah umat Islam di Malaysia

kini semakin berada di landasan yang sebenar.

B. Pencapaian dalam bidang Kebudayaan

Islam sebagai sebuah agama yang bersifat syumul dan Takammul (Menyeluruh dan

sempurna) yang meliputi empat aspek besar, iaitu akidah, ibadah, akhlak dan

syari’ah. Khususnya di dalam bidang kebudayaan, Islam membawa perubahan

besar dalam mempengaruhi rakyat jelata umumnya.

i. Pengaruh Politik dan Perundangan

Pengaruh Islam telah membawa perubahan dalam sistem politik tradisional

kearah corak keIslaman dengan merasionalisasikan institusi dewaraja dengan

Page 86: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

86

doktin kepimpinan dalam Islam. Kalau sebelumnya golongan raja cukup disucikan,

kini ia disesuaikan dengan ajaran hadith melalui konsep raja sebagai bayangan

Allah di muka bumi menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kebudayaan

politik traditional. Sementara dalam konteks kebudayaan pula, masyarakat sangat

terikat dengan kebudayaan hindu dan budha, yang menjadi anutan elitism

(golongan atasan dan istana).

Perubahan ini termasuklah kerjasama golongan ulama dengan golongan

umara atau pemerintah. Konsep pentadbiran sepadu antara agama dengan politik

ini sangat penting demi kelestarian budaya politik tradisional yang memisahkan

urusan agama dengan politik. Bukan sahaja pengenalan konsep kerjasama Ulama’

– Umara’, bahkan juga kedatangan Islam turut memperkenalkan konsep

kepimpinan ulama, apabila terdapat kalangan ulama’ sendiri yang menjadi raja.

Kemudiannya dalam usaha pemantapan kedudukan sebagai sebuah

kerajaan Muslim, penerapan undang-undang Islam mula dilaksanakan. Pernyataan

ini dikukuhkan dengan catatan tentang hukuman jenayah dan sivil pada Batu

Bersurat di Terengganu pada 1303. Begitu pula perundangan Islam di Melaka yang

mencatatkan fasal-fasal tentang hukum keluarga, muamalat, jenayah, keterangan

dan acara serta syarat-syarat menjadi sultan di dalam Hukum Kanun Melaka dan

Undang-Undang Melaka. Penerapan hukum-hukum Islam ini berterusan

mempengaruhi negeri-negeri lainnya walaupun setelah kejatuhan Melaka.

Kehebatan pengaruh Islam dalam bidang perundangan ini tidak dapat

dinafikan kehebatannya, sehingga berjaya mengatasi pengaruh hindu dan budha

yang sebelumnya menjadi pegangan masyarakat tempatan. Walaupun begitu, adat

dan kebudayaan asal agak sukar untuk dihilangkan sepenuhnya.

ii. Sosial dan Ekonomi

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat umumnya terbahagi kepada dua kumpulan

besar iaitu golongan pemerintah golongan yang diperintah. Golongan pemerintah

sudah pastinya berasal dari golongan bangSAWan seperti raja dan kaum

Page 87: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

87

kerabatnya, pembesar dan bangSAWan. Sementara bagi golongan yang diperintah

pula mengandungi dua kelas pula iaitu rakyat biasa dan hamba.

Dikalangan rakyat biasa terbentuknya masyarakat yang kosmopolitan yang

melakukan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti bidang pertanian,

penternakan, perikanan, pertukangan dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya pelbagai

jenis pekerjaan ini dengan sendirinya mewujudkan pula taraf kedudukan di dalam

masyarakat. Taraf kedudukan yang paling tinggi di dalam masyarakat adalah

peniaga atau pedagang. Pada peringkat awal keIslaman di Tanah Melayu, ramai di

kalaangan orang-orang yang memegang jawatan ini adalah berasal dari Gujerat

dan juga ulama Arab. Kekayaan mereka menyebabkan mereka juga agak rapat

dengan golongan raja dan bangSAWan. Kedudukan ini membolehkan mesej

dakwah Islam kepada masyarakat agak cepat diterima.

Dari satu segi, pengaruh Islam mengubah taraf sosial daripada kehinaan

kepada kemuliaan. Misalnya dengan ilmu yang tinggi ia bukan sahaja dihormati

malah diberikan pangkat tinggi. Adapun dari segi ekonomi, jika dirujuk kepada

konsep dasar ekonomi Islam, terdapat institusi baitulmal atau perbendaharaan

negar yang berpunca daripada sumber zakat yang diwajibkan atau dari sumber

sedekah yang disunatkan, serta dari punca-punca lain seperti jizyah, ghanimah, al-

fai’ dan lain-lain lagi. Kesemuanya itu harus digunakan untuk kepentingan rakyat

yang memerlukannya. Pemanfaatan sumber ekonomi ini dapat mengurangkan

jurang perbezaan yang terlalu ketara antara dua golongan iaitu pemerintah dan

yang diperintah.

iii. Kesenian Dan Hiburan

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian dan hiburan, bukan sahaja menonjolkan

unsure perubahan dari kesenian tradisi masyarakat setempat malah turut

mempersambungkan tradisi. Harus juga diketahui, kesenian dan hiburan di dalam

Islam bukanlah bermaksud kesenian dan hiburan itu berasal dari Islam semata-

mata, malah mungkin sedikit sahaja kesenian itu berasal dari ajaran Islam, Namun

selagi ia tidak terpesong dan bertentangan dengan syari’at ia tetap dibenarkan.

Page 88: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

88

Kesenian yang jelas dapat dilihat dari struktur binaan seperti bangunan

masjid, surau, istana dan rumah. Khusus tentang masjid, kemunculannya dalam

sejarah adalah sezaman dengan kemunculan masyarakat Islam pertama. Sesuai

dengan namanya Masjid yang bermakna tempat bersujud, maka masjid pada awal

Islam sangat ringkas dan cukup mudah. Kerana apa yang penting, pelaksanaan

ibadah dan khusyu’ solat di dalamnya lebih penting. Namun sesuai peredaran masa

dan penerimaan tamadun lain sebagai sumber tamadun Islam, maka dapat dilihat

banyak perubahan kesenian yang dilakukan terhadap masjid.

Dalam aspek pembinaan rumah pula, tradisi lama seperti adat pemilihan

tapak rumah, penentuan tarikh yang dikira sesuai mengikut pandangan pawang

atau guru menjadi penentu kepada pembinaan rumah masyarakat melayu

khususnya. Pemujaan, jampi serapah dan mentera menjadi sebahagian dari adat

yang tidak dapat dipisahkan dari istiadat melayu pada suatu ketika. Namun

kedatangan Islam yang membawa ajaran tauhid yang murni, sedikit sebanyak

mula menghapuskan pengaruh tradisi ini dari terus menjadi pegangan dalam

masyarakat.

Dalam tinjauan tentang pengaruh Islam dalam kesenian ini, sebenarnya

tidak boleh dilupakan dengan kegiatan hiburan, yang meliputi seni suara dan seni

tari. Pelbagai bentuk kesenian suara yang bertentangan dengan syari’at seperti

nyanyian, dikir barat, makyong (merangkumi seni tari dan seni suara) dan

sebagainya di lakukan perubahan dan paling tidak pun disesuaikan dengan Islam.

Usaha penyesuaian ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia adalah

kebudayaan yang telah sebati dengan masyarakat. Sebagai contoh Menteri Besar

Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pernah mengarahkan kepada Tok dalang-

Tok dalang agar membuang unsur-unsur animisme dan pengaruh Hindu, sekiranya

mereka ingin kegiatan wayang kulit diteruskan.

iv. Pendidikan dan Bahasa

Berbanding dengan bidang-bidang lain, pendidikan dan bahasa membawa

perubahan yang sangat ketara dengan kedatangan Islam. Ini kerana, sebelumnya

ajaran hindu – budha lebih menekankan pendidikan terhadap golongan atasan

Page 89: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

89

sahaja. Sedangkan Islam terbuka luas bukan hanya terbatas kepada golongan elit

sahaja, bahkan terhadap rakyat kelesuruhannya. Bahkan pendidikan Islam ini juga

dilaksanakan dalam bentuk formal dan tidak formal.

Keterbukaan pihak Istana dalam membuka ruang pembelajaran di istana

walaupun terbatas kepada golongan bangSAWan sebenarnya member ruang

kepada pendidik untuk menyampaikan ajaran Islam dengan lebih meluas. Ini

termasuklah penggunaan masjid dan surau sebagai pusat pengajian Islam yang

sangat penting. Dalam sejarah tamadun Islam, masjid bukan hanya sebagai tempat

beribadah, bahkan sebagai tempat pengajian agama, yakni pusat ilmu dan amal

sekaligus.

Selain dari institusi di atas, pendidikan juga berjalan di rumah guru (ulamak

itu sendiri). Sebab itu tidak hairan sekiranya para ulama mendapat penghormatan

yang cukup tinggi bukan sahaja dari kalangan masyarakat, tetapi juga dari pihak

pemerintah. Ini terbukti bila ada dikalangan mereka yang dilantik sebagai wakil

sultan.

Dari aspek bahasa pula, pengaruh bahasa melayu harus dikaitkan dengan

bahasa arab sebagai bahasa umat Islam. Pengadabtasian bahasa melayu dengan

bahasa arab jelas dilihat menerusi penggunaan abjad arab dan penambahan

perbendaharaan kata. Pengaruh penggunaan abjad arab ini dapat dilihat bila

adanya penambahan lima huruf bukan arab seperti, Ca (چ), Pa (ڤ), Ga (ڬ), nga

Penggunaan huruf Jawi ini memang cukup meluas dipakai dalam .(ڽ) dan nya (ڠ)

bahasa melayu.

4.1.2 KESAN TERHADAP KEMAJUAN MALAYSIA SEHINGGA KINI

Tun Dr Mahathir dalam satu ucaptamanya yang disampaikan di Simposium

anjuran IKIM, pada 25 April 1997 mengatakan, “Hari ini, tidak terdapat satupun

Negara Islam yang boleh dikatakan maju meskipun sebilangan daripada mereka

sangat kaya, dilimpahi sumber semulajadi. Akan tetapi hampir semuanya

ketinggalan di belakang dalam ilmu moden, kemahiran teknologi dan dalam

banyak contoh, dalam membentuk kerajaan yang cekap”.

Page 90: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

90

Pelbagai hambatan yang perlu dituntaskan bagi mengangkat kedudukan

Islam sebagai pembawa ketamadunan yang tinggi dan hebat seterusnya

membangunkan Negara dengan wajah Islam. Usaha-usaha kearah pembangunan

Islam di Malaysia telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk pihak

pemerintah. Bukan hanya pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan, tetapi

pembangunan berbentuk spiritual dan yang berkait rapat dengan Islam

dibangunkan dengan penuh kesungguhan. Antara Aspek yang diberi perhatian

ialah:

Kesan terhadap kemajuan difokuskan dalam aspek berikut

Ekonomi Politik Pentadbiran Pendidikan

1. Kemajuan dalam Bidang Ekonomi

Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperihatinan ramai bijak

pandai . Baik cendikiawan muslim mahupun bukan muslim. “Oleh kerana

pembangunan berkait rapat dengan soal pembaikan taraf hidup, faktor-faktor

ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia mempengaruhi pembangunan sosial

secara langsung.

Pembangunan dalam bidang ini penting di dalam memastikan kualiti hidup

masyarakat, dengan itu pembangunan ekonomi yang telah dilakukan banyak

menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengannya; iaitu persoalan tentang

kemiskinan, keperluan asasi manusia seperti makanan mencukupi dan memenuhi

zat yang minimum, keupayaan untuk mendapat tempat perlindungan, keupayaan

memperolehi peluang pekerjaan untuk menyara keluarga, keupayaan menghantar

anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih dan lain-lain petunjuk sosial

yang bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna telah dinikmati

oleh golongan rakyat.

Sementara dalam aspek pembangunan institusi pula, dapat dilihat dengan

Penubuhan institusi kewangan seperti Bank Islam, Baitul Mal, Pusat Zakat,

lembaga Wakaf, Ar-Rahn dan sebagainya merupakan gagasan kearah

kecemerlangan kewangan yang berasaskan Islam yang telah dilaksanakan di

Page 91: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

91

Malaysia dan memacu kepada pencapaian kemajuan ekonomi di Malaysia.

Semenjak dilaksanakan perbankan Islam di Malaysia, tidak sedikit bank-bank

konvensional mula berminat dan melaksanakan perbankan Islam di Bank-bank

mereka.

2. Kemajuan dalam bidang Politik

Islam pada dasarnya memainkan peranan yang besar di dalam pembentukan iklim

politik di Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui penyertaan golongan ulama

didalam kebangkitan kesedaran bangsa dari era dahulu. Sebagai contoh, golongan

ulama seperti syeikh syed al-hadi dan sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara

golongan intelektual pertama yang mengagaskan peranan Islam di dalam politik

(Jamaie: 2005). Penubuhan parti politik kebangsaan seperti UMNO juga pada

dasarnya mendapat sokongan para ahli agama. Kerana ia berfungsi sebagai

medium politik bagi orang melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Terdapat ramai intelektual politik Malaysia adalah berlatarbelakangkan

agama, seperti Dr Burhannudin Al-Hemy dan Profsessor Zulkifli Mohammad . Para

intelektual inilah yang memainkan peranan yang besar didalam pengisian Islam

didalam politik Tanah Melayu menjelang kemerdekaan (Jamaie: 2005). Namun,

diatas sikap tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah, para ulama ini telah

disenarai hitamkan berbanding para nasionalis yang mengambil sikap

bekerjasama dengan pihak penjajah. Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang

turut terlibat di dalam kepimpinan Tanah Melayu pasca kemerdekaan tahun 1957

seperti Ahmad Badawi yang merupakan ulama tempatan yang terkenal didalam

politik. Penglibatan golongan agama di dalam politik ini kerana mereka percaya

bahawa tidak terdapat pembahagian di antara politik dan agama seperti yang

difahami oleh para orientalis barat. Namun, permainan politik barat sedikit demi

sedikit memisahkan ruang diantara peranan agama di dalam politik

(Kamarulnizam: 2003), ini terjadi lantaran pihak barat telah menyediakan teraju

pimpinan pelapis yang hampir dengan pemikiran politik mereka yang sekular. Ini

dapat dibuktikan melalui barisan kabinet pasca merdeka yang rata-ratanya

merupakan lepasan pendidikan barat yang terdidik dengan pemikiran politik

orientalisme.

Page 92: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

92

Akibat percanggahan yang berlaku di dalam kepimpinan negara pasca

merdeka, dimana berlaku pertembungan idea diantara golongan ulama dan para

ahli politik berpendidikan barat, ramai di kalangan ulama telah keluar dari parti

pemerintah dan menubuhkan sebuah parti Islam sebagai wadah memperjuangkan

politik Islam (Kamarulnizam: 2003). Parti yang dimaksudkan ialah Parti Islam

Semalaysia (PAS). Perjuangan politik Islam di Malaysia telah melalui pelbagai liku

lantaran terpaksa bersaing dengan pelbagai pemikiran politik barat seperti

liberalisme yang didukung oleh UMNO dan sosialisme yang didukung oleh Barisan

sosialis. Namun, politik Islam mendapat sambutan yang menggalakan di negeri-

negeri yang berpenduduk majoriti Melayu. Ini kerana terminologi Islam tidak

dapat dipisahkan dari aspek budaya Melayu. Menurut Syed Naquib (1972), Islam

dan Melayu tidak dapat dipisahkan kerana terdapat ikatan yang kuat diantara

kedua-duanya dari segi budaya dan agama.

Penglibatan Islam didalam politik di Malaysia dapat dibahagikan kepada

beberapa jangka masa. Era yang pertama ialah zaman pasca kemerdekaan, era

pasca revolusi Iran dan era moden (Kamarulnizam: 2003). Ketika era pasca

kemerdekaan, penglibatan Islam agak menonjol hanya kepada negeri-negeri yang

majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, pemikiran

politik barat seperti ideologi sosialisme dan liberalisme agak kuat mendominasi

pentas politik arus perdana. Pada ketika era ini, politik Islam hanya berjaya

mendapat tempat dikalangan para penduduk luar bandar. Namun, arus

kebangkitan Islam yang benar-benar memberikan impak kepada pentas politik

Malaysia hanya terjadi pasca revolusi Islam Iran pada awal tahun 70an, dimana

timbul pelbagai gerakan Islam bukan sahaja parti politik, tetapi juga gerakan-

gerakan dakwah seperti Al-Arqam dan Abim yang turut mendominasi pergerakan

sosiopolitik Malaysia. Kamarulnizam (2003) menghujahkan bahawa, kesedaran

Islam pada era ini adalah begitu hebat di mana setiap gerakan Islam mengambil

inspirasi dari kejayaan revolusi Islam Iran.

Era yang ketiga ialah pasca peristiwa 11 september 2003 . Arus

kebangkitan Islam yang terjadi adalah lantaran dari kesedaran umat Islam secara

global tentang betapa perlunya kembali kepada pemikiran politik Islam dan

Page 93: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

93

kesedaran bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan samasekali didalam

kehidupan. Kemunculan kejayaan gerakan Islam seperti AKP di Turki, Hizbullah di

Lebanon dan Hamas di Palestin serta kejayaan Ikhwanul Muslimin menguasai

hampir separuh parlimen Mesir memberikan inspirasi kepada gerakan Islam di

Malaysia (Maszlee: 2006).

3. Kemajuan dalam bidang Pentadbiran

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada

pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam

pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama

dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat

diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah

membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan

terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi

masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta

identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa

tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan

bangsa sendiri.

Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-

unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti penyelewengan

kerja, rasuah, nepotisme, kecuaian, kejahilan, dan sebagainya yang sentiasa

mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Nilai-nilai

baik yang berlandaskan kepada prinsip Islam seperti jujur, amanah (berintegriti),

kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya diterapkan di

dalam pentadbiran setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping

menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran

negara.

Page 94: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

94

4. Kemajuan dalam Pendidikan

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu.

Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh

mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau

dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar.

Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan

sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah

dan Hadith. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Sistem Pendidikan Agama Di Malaysia

Di rumah

guru

Sistem pondok Sistem

Madrasah

Dasar Pelajaran Kebangsaan

Pendidikan Islam terus memainkan peranannya sesuai dengan

perkembangan masa dan tidak lepas dari tuntutan agama itu sendiri dengan

menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai landasan bagi membentuk sikap,

kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara kearah

kebaikkan dunia dan akhirat.

Kategori sekolah dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:

Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan

cita-cita untuk melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia, yang bercita-

cita untuk menjadi pusat ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam

pendidikan Islam. Di dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu

resolusi telah diambil iaitu:

Peringkat Sekolah Peringkat Tinggi

"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam

yang sedia ada sudah lengkap dan mampu menanggani masalah

masyarakat kini, jika semua kehendak dan ketetapan dipatuhi,

terutama aspek perkaedahan, kesepaduan dan penilaian"

Page 95: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

95

Rujukan

Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka

Al-Kausar, 2003, hlm .403-425

Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah

PerananGerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers,

Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5.

Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan,

ThinkersLibrarys ,2000, hlm. 123.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-

dasar-negara/243-dasar-penerapan-nilai-nilai-islam-dalam-

pentadbiran.html. (7 Nov 2012)

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden , hlm. 69

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56

Nurazmallail Marni, Zulkiflee Haron, (2008), Institusi Pengajian Syari’ah dan Sains,

Era Kegemilanga Tamadun Islam, Johor, Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.

Page 96: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

96

Bab - 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap

Peradaban Dunia

Page 97: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

97

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERADABAN DUNIA

5.1 PENGENALAN

Kemunculan Islam sebagai satu kuasa baru dalam ketamadunan merubah bukan

hanya dunia arab, bahkan keseluruhan dunia lainnya termasuk Eropah, Afrika,

Asia dan Nusantara Melayu khususnya. Perubahan yang jelas dilakukan menerusi

ketamadunan ini adalah merubah fahaman manusia dari penyembahan kepada

makhluk, kepercayaan karut dan pegangan yang sesat kepada akidah tauhid.

keyakinan terhadap adanya pembalasan setelah kematian, kepercayaan kepada

alam ghaib, dosa dan pahala, syurga dan neraka serta sebagainya.

Kehidupan masyarakat yang sebelumnya berpaksikan kekuasaan,

keegoan, perbalahan dan pelbagai perkara yang meletakkan nilai kemanusiaan

berada pada tahap yang paling rendah kepada kehidupan bertunjangkan akhlak

dan peradaban tinggi berpaksikan keimanan kepada Allah swt. Ikatan

persaudaraan, kasih sayang dan hormat menghormati sesama insan menjadi

lorong pembuka jalan kepada pembangunan dan kemajuan fizikal dan spiritual

dalam pembinaan Tamadun Islam. Perkembangan ini menjadi perintis kepada

kemajuan ilmu pengetahuan, pembukaan dan penguasaan terhadap kerajaan besar

sebelumnya di seluruh dunia. Penguasaan ini menyebabkan ketamadunan manusia

yang selama ini berfokuskan kekuasaan, kekuatan dan kekayaan bertukar kepada

peningkatan keilmuan dan ketinggian darjat manusia.

Prof K Ali dalam bukunya A Study of Islamic History “Tiada siapa yang

dapat mempertikaikan tentang ketokohan Rasulullah saw sebagai ketua negara,

ketua panglima perang, ketua pentadbiran, ketua pendakwah dan sebagainya.

Walaupun beliau memerintah negara Islam yang merupakan salah satu daripada

ciri tamadun selama 10 tahun sahaja (622 - 632M) tetapi pencapaian tamadun

Islam yang diasaskan Baginda dikagumi dan merupakan harta yang amat bernilai

dalam sejarah umat manusia.“

Page 98: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

98

5.1.1 Sumbangan Tamadun Islam Dalam Bidang ilmu Pengetahuan

Ilmu amat penting demi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan

akhirat. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan dalam kehidupan di dunia dan

menentukan kesejahteraan di akhirat. Tuntutan mencari ilmu merupakan perkara

yang sangat asas di dalam Islam. Pun begitu pengamalan terhadap ilmu yang

dipelajari merupakan perkara yang sangat dituntut. Sejarah telah memperlihatkan

kepada kita tentang pencapaian keilmuan yang mendalam yang telah melahirkan

tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang keilmuan.

Natijah kefahaman Islam yang tinggi telah membuktikan bahawa tokoh-

tokoh keilmuan Islam ternama termasuk al-Kawarizmi, Ibnu Sina, al-Farabi dan

yang lainnya menerokai bidang-bidang baharu yang belum diterokai oleh generasi

sebelumnya. Semua hasil dapatan dan kajian mereka amat dikagumi bukan sahaja

orang yang sezaman dengannya malah menjadi sumber rujukan asas oleh generasi

sekarang baik di timur atau di barat. Usia mereka telah dipergunakan dengan

sepenuhnya dan telah menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. Ada

dikalangan mereka yang telah menghasilkan ribuan judul buku dan setiap judul

ditulis sehingga berpuluh jilid. Banyak bidang ilmu yang telah diterokai oleh

cendikiawan Islam samada bidang ilmu agama dan sains. Dalam bidang sains

antaranya ilmu yang ditemui ialah ilmu matematik, ilmu kimia, fizik, biologi, falaq

dan lain-lain lagi.

Ilmu suatu keperluan dan syarat utama mewujudkan tamadun yang gilang

gemilang, sementara manusia sebagai khalifah bertanggungjawab mentadbir,

mengurus bumi dan mewujudkan kemakmuran. hanya dengan ilmu pengetahuan

perlu memahami betapa pentingnya ilmu.

كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا وال تكن الخامس فتهلك

Maksud hadith: Dari Abu Bakrah ra. Nabi saw bersabda; Jadilah kamu orang alim (yang menyampaikan ilmu), atau orang yang menuntut ilmu, atau orang selalu mendengar pengajaran agama atau orang yang mencintai ( terhadap 3 golongan tersebut ) dan janganlah kamu menjadi golongan yang kelima yang dengannya kamu akan binasa.) riwayat al-Bazzar

Ilmu adalah asas pembangunan dan kecemerlangan umat serta

pembinaan tamadun. Sejarah membuktikan, dengan ilmu manusia dapat meneroka

Page 99: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

99

khazanah alam yang merupakan suatu keperluan dalam pembinaan tamadun, ilmu

membangkitkan perasaan hormat, kagum, dipercayai- Islam pernah melalui zaman

kegemilangan kerana ilmu.

Seorang cendikiawan Barat menyebut “Kita sepatutnya menganggap orang Islam

sebagai pengasas yang sebenar bagi ilmu sains, kalau tidak kerana tamadun Islam

yang muncul di Andalus, sudah tentu Eropah akan terkebelakang beberapa abad.

Keilmuan sebagai asas kepada memuncaknya perkembangan keilmuan

antaranya:

Zaman Rasulullah dan Khulafa’ Arrasyidin

Zaman rasulullah asas pembinaan ilmu pengetahuan berjalan dengan jayanya

kerana Rasulllah berhubungan langsung dengan Allah S.W.T. melalui wahyu yang

disampaikan sekiranya berlaku sebarang permasalahan.

ن هو إالا وحى يوحى إ *وما ينطق عن ٱلهوى

Maksudnya: “Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4)

Tokoh-tokoh ilmuan yang dilahirkan hasil tarbiyah Rasulullah S.A.W. adalah

seperti berikut:

Page 100: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

100

Zaman Bani Umaiyah:

Penerusan kecemerlangan ilmu pengetahuan berterusan dari zaman berzaman,

iaitu selepas era Khulafa’ Arrasyidin disambung pula oleh era kerajaan Umawi dan

perkembangan ilmu terus berlaku antaranya ialah:

Abu Bakar Assidiq

•Khalifah Islam pertama

•Perawi Hadis

•Mujtahid

•Ahli politik yang bijak.

•Amat arif tentang Ilmu Keturunan khususnya kabilah Quraisy.

•Pernah memberi fatwa dihadapan baginda iaitu dalam kes Ma'iz al-Aslami dan kes harta rampasan Abu Qatadah

Omar Al-Khattab

•Khalifah Islam kedua

•Perawi hadis

•Tokoh bahasa

•Pakar perundangan

•14 ijtihad beliau bertepatan dengan wahyu kepada Rasulullah

•Ahli politik yang bijak

•Banyak tranformasi zaman pemerintahannya

Omar Al-Khattab

•Khalifah Islam ketiga

•Perawi hadis

•Mujtahid

•Seorang yang amat faqih

•Mengumpul naskhah Al-Quran menjadi satu mushaf sahaja dan dikenali dengan Mushaf Othmani

Ali bin Abi Talib

•Khalifah Islam ketiga

•Perawi hadis

•Hafiz Al-Quran

•Mahir dalam ilmu Faraid

•Tokoh bahasa,penyair

•Ahli pidato

Muaz bin Jabal

•Hafiz Al-Quran

•Paling arif berkaitan halal dan haram

•Perawi hadis

•Sebagai Qhadi dan Mursyid kepada penduduk Yaman

Saidatina Aisyah

•Ummul Mukminin

•Perawi Hadis

•Mahir tentang Al-Quran, Hadis dan syair

•Mahir tentang ilmu Faraid

Aktiviti

Pensyarah meminta kepada para pelajar agar dapat buat tugasan / carian

tambahan berkaitan tokoh ilmuan zaman Rasulullah dan Khulafa’ Arrasyidin

seperti Ubaiy bin Kaab, Abu Al-Darda’, Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Al-

Ashaari, Zaid bin Thabit, Salman Al-Farisi, Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lain.

Page 101: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

101

Pengajian sejarah, pengajian al-Quran dan hadith, georafi, astronomi-

bermula di zaman Bani Umaiyah-

Kesusasteraan Arab dan perkembangan bahasa arab makin berkembang.

Antara tokoh yang terkenal ialah Sibawaih dengan karya yang masyhur

ialah Al-Kitab.

Fungsi masjid sebagai pusat pendidikan (learning centre) masih dikekalkan

di zaman Bani Umaiyah

Sekolah-sekolah dan hospital didirikan. Muawiah menjemput Ibnu Athal

seorang pakar fizik ke istana supaya menterjemahkan buku-buku

perubatan asing ke dalam Bahasa Arab. Maka kegiatan penterjemahan mula

berkembang.

Khalifah Khalid bin Yazid sendiri terlibat dengan penterjemahan dan beliau

orang pertama menterjemahkan buku-buku Greek dan Qibti dalam bidang

perubatan, astrologi ke dalam Bahasa Arab.

Di Basrah pula lahir ramai ulamak agung seperti Abu Musa al-Asy’ari, Anas

bin Malik, Abdul Aswad al-Du’ali pakar ahli nahu, Muhammad Ibnu Seeren

pakar ilmu kalam, tafsir, hadith, falsafah, fiqh dan lain-lain.

Di Kufah lahir Abdullah bin Mas’ud yang mengajar pengajaran al-Qur’an dan

pada ketika itu Bandar Kufah menjadi pusat keilmuan yang masyhur.

Penyelidikan berbentuk sejarah antaranya oleh Abid bin Syaryah,Wahb bin

Munabbih, Kaab al-Ahbar

Ilmu pidato dan syair amat berkembang antara penyair terkenal ialah Ibnu

Abu Rabiah, Jamil , Jarir, Farazdaq, Akhtal, iaitu pengarang cerita Laila wa

Majnun

Seni bina dan seni khat amat berkembang. Menurut Prof. Manzoor Ahmad

Hanifi :” Hampir semua khalifah Bani Umaiyah memberi perhatian dalam

seni bina, membina masjid dan istana, bangunan-bangunan yang indah

serta memperkenalkan pembinanan menara di masjid-masjid,

Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah membina Dome of Rock di Baitul

Maqdis pada tahun 691 masihi.

Anaknya Walid memperbaiki masjid Nabawi,membina masjid yang amat

cantik di Damsyik.

Page 102: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

102

Seorang khalifah Umaiyah membina bandar Ramlah dengan bangunan-

bangunan yang cantik.

Walid 1 telah membina istana Hamra yang terkenal di dunia.

Zaman Abbasiyah:

Prof Manzoor telah menyatakan bahawa zaman keemasan dan kegemilangan

keilmuan adalah zaman Bani Abbasiyah dengan sistem pendidikan yg kemas dan

system pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke Universiti

dengan kurikulum yang teratur.

Antara sumbangan untuk kemajuan ilmu pengetahuan pada zaman itu ialah:

Para pensyarah dan guru diberi gaji lumayan.

Kemuncak keintelektualan ialah pada zaman Harun al-Rasyid. Beliau

menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat penyelarasan kegiatan keilmuan-

berfungsi sebagai perpustakaan-menyelaras kegiatan penulisan dan

penterjemahan.

Khalifah Al-Ma’mun telah menggerakkan lagi peranan Baitul Hikmah iaitu

menggerakkan penterjemahan buku-buku ke dalam bahasa Rom dan Parsi .

Usaha murni Khalifah mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam

mengembangkan kegiatan keintelektualan termasuk menteri-menteri

baginda.

Antara tokoh ilmuan yang terkenal pada zaman baginda ialah:

Hunain bin Ishaq seorang penganut Kristian merupakan pakar

perubatan, falsafah, sejarah, beliau aktif menulis dan menterjemah

buku, pernah menjadi Ketua Baitul Hikmah-menulis lebih 100 buku.

Yuhanna bin Bitriq seorang pakar bahasa Latin dan banyak

menterjemah buku Yunani dan juga pakar bidang falsafah dan

kedoktoran.

Ishaq bin Hunain seorang penganut agama Kristian banyak terjemah

buku Yunani dan Suryani dan juga sebagai doktor dan hakim.

Yuhanna bin Musawih seorang Kristian dan merupakan doktor/pakar

mata,Harun al-Rasyid melantiknya sebagai ketua bahagian

penterjemahan dan bertanggungjawab secara langsung

Page 103: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

103

penterjemahan buku-buku kedoktoran dari Bahasa Yunani ke Bahasa

Arab .

Allan al-Syu’ubi-bangsa Parsi-pakar ilmu sejarah asal usul bangsa –

ditugaskan menterjemah buku bhs Parsi.

Sahl bin Harun-bangsa Parsi-seorang Hakim,ahli sastera,penyair dan

pemidato-aktif dlm penterjemahan-Khalifah al-Ma’mun melantiknya

sebagai ketua bhg penterjemahan Al-Fdhl bin Naubakht-bangsa Parsi-

pakar dlm pelbagai jenis ilmu-amat giat dlm penterjemahan –

berkhidmat di Batil Hikmah

5.1.2 Ekonomi.

A) Pengenalan

Ekonomi Islam merupakan aktiviti manusia dalam urusan perniagaan, urus tadbir

kewangan dan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kehendak Ilahi.

Konsep Rububiyyah wujud dalam ekonomi Islam. Ia bertujuan menekankan

bahawa Allah SWT sebagai penguasa yang telah membuat peraturan muamalah

bagi memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ekonomi Islam turut menekankan konsep tazkiyyah yang bertujuan untuk

membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta

dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Pembersihan jiwa dapat dibentuk

dengan mengikis sifat bakhil dan kedekut, tamak haloba dan eksploitasi kepada

sifat pemurah dan dermawan, zuhud dan qana’ah serta kompromi dan pengagihan

sama rata serta sikap saling kerjasama dan bantu membantu. Pembersihan

interaksi dan kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang yang sama

rata di dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturrahim tanpa ada unsur-unsur

pilih kasih ataupun kerana darjat.

Konsep manusia sebagai khalifah Allah adalah membawa erti manusia

merupakan pemegang amanah yang perlu memakmurkan dunia dengan unsur-

unsur tauhid dan Rububiyyah. Dunia dan harta kepunyaan manusia bukanlah

bersifat mutlak, bahkan ia adalah ujian dan amanah Allah SWT. Kesedaran pemilik

Page 104: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

104

secara ini akan menjadikan manusia mengurus pemilikannya secara yang diredhai

oleh Allah SWT.

B) Definisi Ekonomi:

“Suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah

sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk

kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi

mendapatkan keredaan Allah SWT.”

Menurut Ensiklopedia Bank-bank Islam, ekonomi ialah satu ilmu yang

menjadi perantaraan bagi manusia menggunakannya untuk memenuhi keperluan

duniawi dan masyarakat selaras dengan ketentuan-ketentuan yang telah

digariskan oleh syarak.

Firman Allah SWT:

بوا م ٱلر ٱلبيع وحر وأحل ٱلل

“ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba”. (al-Baqarah :275)

Firman Allah :

أ طل إال ـ ا أموٲلكم بينڪم بٱلب ها ٱلذين ءامنوا ال تأڪلو أي ـ نكم ي م رة عن تراض ـ ا أنسكم ن تكون تج وال تقتلو إن ٱلل

ا كان بكم رحيم

“ Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (ambil) harta di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak betul) melainkan hendaklah dengan jual beli yang dipersetujui antara kamu”. ( al-Nisa’ : 29 )

C) Ciri-ciri umum ekonomi Islam adalah melibatkan aspek-aspek berikut:

i. Aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan syarak adalah sebahagian

daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Oleh itu, kegiatan ekonomi haruslah

diasaskan kepada dua prinsip iaitu :

a. Aqidah : Kepercayaan kepada Allah kerana segala kegiatan adalah di

bawah penguasaan-Nya dan mempunyai niat yang satu iaitu mencari

keredaan Allah semata-mata.

b. Syariat : Segala kegiatan ekonomi haruslah menurut peraturan yang

telah digariskan oleh Islam. Ini bermaksud kegiatan ekonomi adalah

Page 105: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

105

bersifat pengabdian diri kepada Allah dengan hanya mengharapkan

balasan baik daripadaNya sahaja.

ii. Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu berusaha untuk

mencari keuntungan individu di samping melahirkan kebahagiaan bersama

bagi masyarakat. Dengan cara ini, gejala-gejala buruk dan tidak berakhlak

dapat diatasi seperti sikap mementingkan diri sendiri, menipu, monopoli

dan juga persaingan yang tidak sihat.

iii. Aktiviti-aktiviti ekonomi Islam sentiasa diawasi oleh syariat Islam dan

pelaksanaannya dikawal pula oleh pemerintah.

iv. Ekonomi Islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan

masyarakat. Dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari

keuntungan terlalu maksimum iaitu dengan jalan yang tidak sepatutnya

kerana dia perlu mengambil kira peraturan Islam dan keadaan hidup

masyarakat yang lain.

D)Sumbangan ekonomi Islam terhadap peradaban dunia

Penubuhan Baitul Mal zaman Umar al-Khattab, ini adalah berikutan dengan

penaklukan wilayah yang sangat luas yang seterusnya mendatangkan hasil

dalam bentuk wang yang begitu banyak.

Sumber Baitul Mal pada zaman Umar al-Khattab boleh dibahagikan seperti

berikut:

Baitul Mal

Harta Masyarakat

Zakat Fitrah

Zakat Harta

Sedekah

Wakaf

Harta Negara

Harta rampasan(ghanimah &

Fai

Cukai(kharaj, jizyah, usyur

Harta Karun/ harta tanpa waris

Harta Umum

Perlombongan

Perusahaan

Pertanian

Perniagaan

Page 106: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

106

Zaman Bani Umaiyyah sumber kewangan terpenting adalah kharaj.

Ini disebabkan perluasan jajahan takluk Islam telah sampai ke

Afrika, Rom dan Constantinople, disamping sumber pendapatan lain

seperti zakat, ghanimah, fai’ dan jizyah.

Zaman Abbasiyyah, Kota Baghdad menjadi tempat paling strategik

dan terpenting sebagi pusat perdagangan Timur dan Barat.

Khalifah al-Mahdi(158H) telah memperkenalkan sistem

’Muqasamah’ (perkongsian) ke atas hasil pertanian di Iraq.

Pada zaman keemasan Bani Abbasiyyah iaitu pemerintahan Khalifah

Harun al-Rasyid(170-193H), pembangunan negara terus mencapai

peringkat tinggi sehingga Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan

ilmu dan perdagangan di kawasan Asia dan Eropah.

Menurut al-Tabari, ketika zaman pemerintahan Harun al-Rasyid

harta terkumpul dalam Baitul Mal berjumlah 900 juta dirham(180

bilion sekarang)

E) Pembangunan Ekonomi

I. Matawang

Sebelum zaman Islam, matawang Rom dan Parsi telah digunakan.

Matawang Rom berupa dinar emas manakala mata wang Parsi

berupa dinar perak.

Sejarah pembentukan matawang Islam bermula semasa era

pemerintahan Umar al-Khattab.

Manakala khalifah Ali bin Abu Talib merupakan orang pertama

mengadakan pembaharuan mata wang Islam yang dilakukan pada

tahun 660 Masihi di Kota Basrah.

Khalifah Ali telah memperkenalkan mata wang Islam yang ditulis

dengan khat khoufi.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah mencipta dinar emas dan

dirham perak yang berunsur Arab Islam yang dicetak di Damsyik

pada tahun 695 Masihi.

Page 107: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

107

II. Bank Islam

Hasil usaha bersungguh-sungguh ulama’ Islam yang ingin

memastikan umat bebas dari belenggu riba , maka lahirlah Bank-

bank Islam dibeberapa buah negara seperti berikut:

a. Bank Islam Dubai(1975)

b. Bank Islam Faisal, Mesir(1977)

c. Bank Islam Faisal, Sudan (1978)

d. Bank Kewangan dan Pelaburan Islam , Jordan (1978)

e. Bank Islam Bahrain (1979)

f. Bank Islam Abu Dhabi ( 1980)

Ciri-ciri penting yang terdapat pada Bank Islam adalah seperti

berikut:

a. Aqidah Islamiah sebagai asas segala aktiviti

b. Pelaburan untung bersama sebagai nadi dan daya penarik

c. Pembangunan sebagai peranan dan perkhidmatan

d. Positif sebagai tenaga dinamik

e. Sosial sebagai motif ke arah keadilan dan perimbangan

f. Aneka jenis sebagai jawapan terhadap cabaran semasa

5.1.3 Politik

PENGENALAN

Politik dan kenegaraan adalah sesuatu yang terpenting dalam menentukan tahap

pencapaian dan pembinaaan sesuatu tamadun. Politik dan Negara Islam berkait

rapat antara satu sama lain. Sistem politik dalam Negara Islam lebih menjurus

kepada kehendak undang-undang Islam atau hukum syarak yang telah di tetapkan

oleh Allah SWT. Terdapat beberapa tokoh ilmuan Islam yang membincangkan hal

berkaitan bidang politik dan kenegaraan seperti Al Mawardi dan Al Farabi.

Kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah S.W.T.dan

dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dan mengambilnya kembali

daripada sesiapa yang diingini-NYA. Pangkat dan kedudukan seseorang

merupakan perhiasan hidup (Zinat al-hayat), pemberian Allah S.W.T untuk

Page 108: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

108

menguji ketaatan dan kesetiaan hamba-hamba-NYA. Jawatan dan kekuasaan boleh

membawa kemuliaan kepada diri seseorang dan pada masa yang sama dapat

memberi kehinaan dan kecelakaan.

DEFINISI POLITIK

Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani iaitu politikus dari asal kata

polis yang bermaksud negara atau kota dan dari perkataan Latin iaitu politica yang

digunakan sejak abad ke-5 s.m lagi.

Teuku Iskandar :

PoIitik sebagai iImu pengetahuan yang berkaitan dengan pemerintahan

seperti dasar pemerintahan dan sebagainya yang meIiputi iImu siasah,

kenegaraan, parti poIitik, ahIi poIitik dan tipu musIihat.

Husain Munaf, di dalam Ensiklopedia Indonesia menjelaskan bahawa :

Perkataan politik dikenali dalam bahasa Latin sebagai politician, dalam

bahasa Yunani politikus, dalam bahasa Belanda politiek, dalam bahasa

Perancis sebagai politique, dalam bahasa Inggeris sebagai politics dan dalam

bahasa Arab sebagai siasah.

Siasah di dalam bahasa Arab bermaksud menguasai, memerintah,

mentadbir, memimpin, memandu arah, menyuruh, menegah, mengurus, menyusun

atur, mengawal dan sebagainya.

Perkataan siasah muncul serentak dengan lahirnya Negara Islam Madinah

yang bermaksud pengurusan pemerintahan atau kenegaraan. Hal ini telah

dijelaskan oleh Rasulullah saw. di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu

Hurairah r.a yang bermaksud :

Segala urusan(siasah) pengikut Bani Israel akan diatur oleh Nabi. Apabila

seseorang Nabi itu meninggal dunia, dia akan diganti oleh seorang Nabi yang

lain. Tetapi sesungguhnya tidak akan ada Nabi selepasku. Pada suatu ketika

nanti akan muncul khalifah. Para sahabat bertanya, apakah yang anda

perintahkan kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: Patuhilah perlantikan

khalifah yang pertama, kemudian yang seterusnya. Penuhilah hak-hak

Page 109: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

109

mereka, sesungguhnya Allah akan menanyakan tentang apa yang

dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Dalil Al-Quran berkaitan politik:

ت إلى أهلها وإذا حكمتم بين ٱلناس أن تحكموا ـ ن ـ وا ٱلم يأمركم أن تؤد كم بٱلعدل إن ٱلل ا يع نعم إن ٱلل

ا بهۦ ير ا ب كان سميع ہا * إن ٱلل أي ـ أطيعوا ا ءامنو ٱلذين ي سول وأطيعوا ٱلل لى ٱلر فإن منكم ٱلمر وأو

زعتم ـ وه شىء فى تن سول ٱلل إلى فرد خير وأحسن تأويال خر ٱل وٱليوم بٱلل تؤمنون كنتم إن وٱلر * ذٲل

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (59)

SUMBANGAN POLITIK ISLAM

ZAMAN RASULULLAH(610-632 Masihi)

Rasulullah sebagai Ketua Negara

Madinah sebagai pusat pemerintahan(Negara Islam pertama)

Mengasaskan Piagam Madinah/ Sahifah Madinah

Mempersaudarakan penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama.

Mengistiharkan jihad sebagai instrumen mempertahankan kedaulatan

Islam dan penyebaran dakwah.

Mengajar syariah Islam secara syumul iaitu meliputi segala aspek

kehidupan manusia termasuk ibadah, muamalat, nikah kahwin, jenayah,,

kenegaraan dan hubungan antarabangsa.

Contoh kepimpinan ideal melalui petunjuk wahyu dan pentarbiahan secara

langsung daripada Allah

Dasar Negara Islam Madinah:

Islam sebagai rujukan dan landasan

Syura sebagai kaedah pentadbiran

Page 110: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

110

Semangat aqidah menggantikan semangat assabiyah

Piagam Madinah sebagai perlembagaan negara.

o Ciri-ciri Piagam Madinah

Mengandungi 47 fasal

Merangkumi dua bahagian iaitu:

Bahagian pertama: 23 fasal- berkaitan peraturan orang

Islam sesama Islam

Bahagian kedua : 24 fasal – peraturan membabitkan orang-

orang Yahudi.

Asas atau prinsip umum pemerintahan Rasulullah:

KONSEP SYURA

Dalam sejarah politik Islam telah wujud suatu sistem yang dinamakan al-syura

(musyawarah). Sistem ini sudahpun diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad saw

lagi. Setelah itu diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin iaitu empat orang khalifah yang

terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Abu Bakar al - Siddiq,

‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib. Mereka telah diberi

mandat oleh masyarakat untuk memimpin dan mentadbir Negara Islam

berdasarkan undang-undang syari’ah

Pengertian Syura

Syura dari segi bahasa membawa bermaksud “ mesyuarat ” . Dan dari segi istilah

pula ialah : “ pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulamak dan umat

Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka

berdasarkan keimanan dan ketakwaan.” Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT

melalui firman Nya:

لنت ل ن ٱلل هم فبما رحمة م وا من حول ن ٱلقلب لي ا ا ر لهم وشاورهم فى ولو كنت ف عنہم وٱست فٱع

ٱلمر ل على ٱلل لين فإذا عزمت فتوك يحب ٱلمتوك إن ٱلل

“Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.” Ali Imran: 159

Page 111: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

111

Persamaan taraf

Persaudaraan dan perpaduan sesama masyarakat melalui tindakan

mempersaudarakan antara Aus dan Khazraj (Ansar) dan kemudian

mempersaudarakan Ansar dengan Muhajirin.

Keadilan

Wujudnya perlembagaan iaitu Piagam Madinah atau Sahifah Madinah.

Dasar dan ciri-ciri negara Islam secara umum

Dasar-dasar Negara Islam

Negara Islam ditegakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah

SWT dan diatas kesedaran, kebebasan dan keikhlasan untuk beribadah

kepada Nya yang terlepas dari ikatan batas keturunan, bahasa, kebudayaan,

batas geografi dan lain-lain.

Hak pemerintahan yang mutlak adalah hak Allah SWT dan manusia hanya

sebagai pemegang amanah sahaja.

Ketua negara Islam adalah pemegang amanah Allah SWT yang tertinggi dan

rakyat diwajibkan memberi kesetiaan selagi amanah Allah SWT itu

dilaksanakan.

Ciri utama pemerintahan Islam ialah perlaksanaan Syura berdasarkan garis

panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Rakyat menyerahkan kekuasaannya sebagai Khalifah Allah SWT kepada

Majlis Syura, untuk memutuskan hal yang berkaitan dengan pemerintahan.

Pemerintahan Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk

melaksanakan syariah Islamiah secara mutlak.

Pemerintahan Islam hendaklah mengutamakan akhlak karimah/akhlak

mulia seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Pemerintahan Islam juga hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amar

makruf nahi mungkar secara serentak.

Perasaan tolong menolong dan menegakkan keadilan adalah nilai yang

diberi keutamaan dalam unsur makruf dan nahi mungkar.

Pemerintah dan rakyat masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab

yang ditetapkan oleh Al Quran dan As Sunnah.

Page 112: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

112

Ciri-ciri Negara Islam

1. Menegakkan hukum-hukum Allah

Berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith dan mestilah dihapuskan undang-

undang jahiliah sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Adakah kamu mahukan hukum-hukum jahiliah, siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi hukumannya kepada orang-orang yang yakin.” Al-Maidah :50

2. Kebenaran (al-Haq)

Kebenaran yang menjadi tunggak kepada menegakkan Islam yang sangat penting.

Al-Quran meletakkan al-Haq – kebenaran sama ertinya dengan Islam seperti

firmanNya yang bermaksud:

“Dialah Allah yang mengutuskan RasulNya dengan hidayah dan ugama yang haq – benar supaya mengatasi ke atas agama-agama yang lain seluruhnya”. At-Taubah:33

Dan firmanNya lagi yang bermaksud:

“Katakanlah: Telah datang kebenaran(Islam) dan telah lenyap kebatilan(kekafiran). Sesungguhnya kebatilan pasti lenyap”. Al-Israk: 81

3. Keadilan (al-'Adalah)

Keadilan adalah sifat terpuji dan ialah salah satu daripada nama-nama Allah yang

menjadi neraca Allah dalam alam ciptaanNya. Diutuskan pada Rasul dan

diwahyukan syariat, firmanNya yang bermaksud:

“……Dan katakanlah : Aku Beriman kepada kitab yang diturunkan Allah dan Aku disuruh supaya berlaku adil diantara kamu………”. As-Syura: 15

Keadilan terbahagi kepada beberapa bahagian:

a. Keadilan dari segi hukum

b. Keadilan dari segi kehakiman

c. Keadilan menentukan haq dan tanggungjawab terhadap masyarakat

4. Kebebasan (al-Hurriyyah)

Pemberian hak kebebasan kepada rakyat mengikut naluri manusia serta

berdasarkan kepada perlembagaan negara seperti:

a. kebebasan menganut agama

Page 113: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

113

b. kebebasan menasihati kepada semua pihak seperti amar ma’ruf nahi

mungkar oleh semua pihak tanpa perbezaan di antara pemimpin dan

rakyat. Pemimpin hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada

rakyatnya sejauh manakah rakyatnya taat kepada ajaran Islam dan

sebaliknya.

5. Persamaan (Al-Musawah)

Semua manusia adalah sama di hadapan syariat Allah dalam negara Islam tanpa

dibezakan antara yang kaya, miskin, berpangkat, warna kulit dan sebagainya.

Sebagaimana hadis yang bermaksud:

“Tiada kelebihan antara arab dengan ‘ajam kecuali dengan Taqwa”

6. Al-Syura

Permesyuaratan, dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan

dengan agama, manusia berhak memikirkannya sebagai menghadapi

perkembangan semasa serta menggunakan kebijaksanaan akal di dalam segala

urusan.

7. Ketaatan (al-Ta’ah)

Taat kepada Allah secara mutlak dan juga ketaatan kepada pemimpin selagi

pemimpin itu taatkan Allah dan RasulNya sebagaimana sabda nabi, maksudnya:

Tidak harus taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah (al-

Khaliq)

Abu Bakar pernah menegaskan di dalam ucapan dasarnya selepas dipilih

menjadi khalifah dengan katanya yang bermaksud: Taatlah kepada aku selagi aku

taatkan Allah dan RasulNya maka bila aku derhakakan Allah dan RasulNya maka

jangan kamu taatkan lagi kepada aku.

Al-Quran menegaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang

Beriman, taatilah Allah dan Rasul serta pemimpin di kalangan kamu” An-Nisa’:59

Page 114: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

114

Pemerintahan empayar Islam dari zaman Khulafa’ Al-Rasyidin hingga

Kerajaan Othmaniah Turki

5.1.4 Sains teknologi

Pengenalan

Sumbangan Islam dalam bidang ilmu adalah sangat luas, antaranya menumpukan

kepada bidang sains dan teknologi. Sains dan teknologi Islam berpunca dari al-

Quran. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan

mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan yang penting bagi kemajuan sains

dan teknologi .

Takrif sains yang biasa terdapat dalam kamus ialah:

“Suata cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataaan yang terbukti atau

dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan

dalam bentuk hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh

dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri.” ( The

Oxford English Dictionary).

Takrif seperti ini membuktikan bahawa sains adalah satu proses untuk

sampai kepada satu kebenaran yang disebabkan oleh kerana manusia menanyakan

•632 - 634 Masihi Saidina Abu Bakar

•634 - 644 Masihi Saidina Umar Al-Khattab

•644 - 656 Masihi Saidina Othman bin Affan

•656 - 661 Masihi Saidina Ali bin Abu Talib

•661 - 750 Masihi

•Pengasas bernama Muawiyah bin Abu Sufian Kerajaan Bani Umayyah

•750 - 1258 Masihi

•Revolusi Abbasiyyah diketuai oleh Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbabs dari keturunan Bani Abbas

Kerajaan Abbasiyyah

•1299 - 1924 Masihi

•Diasaskan oleh Sultan Uthman Artoghrol Kerajaan Uthmaniah

Page 115: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

115

asal-usul dan tujuan kewujudannya di alam semester ini. Oleh itu sains tidaklah

hanya suatu susunan pencapaian yang menakjubkan, tetapi implikasinya adalah

lebih besar daripada itu.

Seorang ahli falsafah sains moden kontemporari Professor C. H Waddington, telah

menegaskan, “Sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia, dan suatu

cara hidup”

Satu lagi fakta penting yang terjalin dari takrif sains ini ialah kaedah yang

digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak, iaitu melalui kajian-kajian

empirik dengan pengumpulan data dan melalui pancaindera manusia . Jadi adalah

tepat kalau dikatakan bahawa proses sains moden itu adalah suatu percubaan

untuk sampai kepada kebenaran melalui jalan-jalan rasional. Oleh itu sains juga

dikenali sebagai suatu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara

objektif, bukan secara subjektif, seperti secara intuisi (gerakhati), sangkaan, atau

emosi.

Definisi sains dan teknologi

Sains diambil dari perkataan Inggeris ‘science’

Berasal dari perkataan Latin ‘scientia ’

Bermaksud ‘pengetahuan’.

Secara terminologi, sains adalah pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri,

tanda-tanda dan syarat-syarat khas.

Sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui ujian

empirikal.

Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan

amali.

Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi

mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

Antara tujuan utamanya ialah:

o Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.

o Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan

o Meningkatkan produktiviti

o Menjimatkan masa

Page 116: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

116

PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.

i. Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia

untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah

berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu

kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-

tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

ii. Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran

pencipta.Firman Allah SWT dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih

bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan,

kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang

berakal”.(Surah ‘Ali ‘Imran : 190)

iii. Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian

hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi

tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

iv. Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah

SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia

bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

v. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan

fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui

kecanggihan ciptaan manusia, sementera teknologi dan

kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya

fikir manusia untuk kepentingan diri.

Page 117: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

117

2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.

i. Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang

kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia

melalui penggunaan akal.

ii. Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada

penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-

Quran surah Al-Baqarah iaitu :

Maksudnya :“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih

bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa

apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari

langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati

(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan

pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;

sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi

kaum yang memikirkan” (Surah Al-Baqarah : 164)

3. Membantu Pelaksanaan Syariat

i. Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh

kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.

ii. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat

Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

iii. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat

kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia

sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

4. Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan

sesuatu perkara.

i. Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap

bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal

puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.

ii. Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk

meramal sesuatu perubahan cuaca.

5. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.

Page 118: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

118

i. Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu

karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan

kehidupan seharian yang diperlukan.

i. Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal,

pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

ii. Menjadikan kehidupan manusia selesa.

iii. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

Sumbangan sains teknologi

Bidang Tokoh Sumbangan

Kimia

Ibnu Baitar

Menghasilkan tiga buku besar iaitu Al-Mughni , Jami’ al-Mufradah al-Alwiyah wa al-Aghziah dan Nizam al-Tabib (panduan kepada doktor)

Kimia Jabir Al-Hayyan merupakan bapa kimia moden

Menghasilkan banyak penlisan antaranya kitab Al-Mizan.

Kimia Al Razi kitab al-Asrar

Biologi Ibnu Qutaibah, Al-Qazwini, Al-Dimashqi, al-Masudi, al-Jahiz, Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Damiri

Fizik Ibnu Bajjah, Ibnu Haittham, Al Razi, Al-Kindi , Al Biruni, Al Khizini dan Abu Ishaq al-Bitruji.

Perubatan Ibnu Sina Karyanya bertajuk al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan dalam Perubatan) yang mengandungi 14 jilid.

- Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.

Perubatan Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad

Penemuan berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal)

Penemuan rawatan kepada penyakit cacar

Page 119: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

119

bin Zakaria al-Razi dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

Botani

Al-Ghafiqi

Menerbitkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan .

Botani Ibn al-Baytar Beliau yang berasal dari Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

Buku-buku beliau telah diterjemah ke dalam bahasa German, Perancis dan dipelajari di Universiti Eropah.

Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al Adwiyah al Mufradah merupakan buku yang paling berpengaruh dalam bidang farmakologi.

Geografi dan Pelayaran

Al Biruni

membezakan antara kuala dan teluk mengetahui tentang banjaran gunung di

India yang dikenali sebagai Himalaya menghasilkan kaedah baru untuk mengukur

latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar.

Geografi & Pelayaran

Al Mas’udi Beliau menjelajah hampir ke seluruh dunia dengan memulakan pengembaraannya menuju ke Parsi pada tahun 915 M. selepas itu beliau menuju ke India, Sri Lanka, Indo-China, dan China. Dalam perjalanan balik beliau singgah di pulau Madagascar, Zanzibar, Sudan ,Oman dan Basrah. Beliau juga menyusuri Laut Kaspia, Asia Minor, Palestin dan Turkistan.

5.1.5 Kejuruteraan

Pendahuluan

Kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan

dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi dengan menggunakan kaedah

yang paling efisyen.

Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian

untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

Kejuruteraan dalam Islam adalah penggunaan teknik tertentu bagi membantu

manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

Page 120: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

120

Sumbangan kejuruteraan terhadap tamadun dunia

Tokoh kejuruteraan Islam terulung:

Bil. Tokoh Sumbangan

1. Al-Idrus Mencipta kompas(Qutb Numa)

2. Al-Kharaji Pembinaan qanat (system pengairan bawah tanah)

3. Banu Musa Menghasilkan karya Book of Artufices

4. Al-Jazari Menghasilkan karya Book of KKnowledge of Ingenious Mechanical Devices, penghasilan jam air gajah, pam air dan mesin angkut air

Kejuruteraan Hidrologi

•Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.

•Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah(qanat) telah dibina di sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.

•Alat mengangkut air untuk digunakan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain lagi. Mesin mengangkut air yang pertama dipanggil shaduf yang digunakan di Mesir dan Syiria. Alat yang murah dan mudah ini masih lagi digunakan di Mesir hingga sekarang. Dua lagi alat mengangkut air yang digunakan ialah Saqiya dan Nau’ra menggunakan kuasa air. Kedua-dua alat ini kebanyakannya masih digunakan di Syiria.

Binaan(Bangunan)

•Masjidil Haram di Mekah

•Masjid Nabawi di Madinah

•Masjid AL-AQSA di Palestin yang dibina pada kurun ke-7M

•Masjid UMMAYYAD di Damsyik yang dibina pada kurun yang sama

•Jambatan Shahristan di Isfahan, Iran dengan gerbang yang berbilang , dibina pada kurun ke 12M

•Perpustakaan Khizanat al-Hikmah zaman Khalifah Harun al-Rasyid dibina kurun ke 8M

•Universiti dan Masjid Al-Azhar di Mesir

•Masjid besar di Cordova, Sepanyol

Perkilangan

•Pada awal abad ke 8M, Sarjana Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan sebelum akhir abad ke 8M beberapa kilang kertas telah didirikan di Samarqand dan di Baghdad.

•Damsyik telah terkenal dengan teknologi memproses besi dan keluli.

•Peralatan perlombongan emas, perak, batu mar-mar, mercury di Khurasan dan mutiara di Bahrain

Page 121: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

121

5.2 Isu-isu kontemporari Tamadun Islam

5.2.1 Globalisasi

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit

yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara

Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang

udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai

maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi

seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini

memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain

dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang

menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat

mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan

infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi

yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-

galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang

asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan

sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita

telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat

yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh

globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi,

politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.

Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu

dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani

Page 122: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

122

tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di

peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar,

persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi

dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta

kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara

berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain.

Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat

dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi

diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang

melanda dunia.

Globalisasi juga adalah satu proses menjadikan dunia tanpa

sempadan(global village). Ia adalah agenda bentuk baru penjajahan barat untuk

menguasai Negara lain dan dunia, sebab itu globalisasi pada satu tahap digelar

dengan “westernization” bertujuan memalingkan mentality manusia berkiblatkan

barat atau mengubah mentality ke arah mengagungkan barat.

Elemen yang melahirkan globalisasi

Persoalan globalisasi tidak muncul dengan sendirinya. Kemunculannya adalah

akibat daripada pencapaian pesat teknologi moden yang telah dihasilkan oleh

manusia pada masa kini. Antara elemen penting yang member sumbangan kepada

kelahiran globalisasi ialah:

i. Penciptaan alat komunikasi yang semakin canggih. Bukan sekadar canggih

dari sudut fizikal dan kegunaannya sahaja, malah kos yang dilaburkan

untuk mendapatkan perkhidmatan atau memiliki peralatan itu semakin

murah.

ii. Pencapaian teknologi informasi(information technology) yang tinggi

member sumbangan yang amat besar kepada kelahiran dunia global pada

hari ini.Tidak dapt dinafikn penggalakkan kepada ‘e-commerce’(electronic

Page 123: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

123

commerce) dan lain-lain lagi penggunaan ‘e’ dalam kehidupan manusia hari

ini akan menyemarakkan lagi kepada kesinambungan dunia global.

iii. Penciptaan dan pelancaran satelit yang kini memiliki keupayaan yang amat

tinggi dan mempunyai kegunaan yang amat besar dalam dunia komunikasi

antarabangsa.

iv. Pencapaian keseluruhan sains dan teknologi yang maju pada hari ini adalah

member sumbangan besar kepada lahirnya globalisasi.

v. Agenda yang dimainkan oleh pihak barat yang sentiasa berusaha untuk

mengungguli dan menjadi ‘super power’ kepada dunia terutamanya Negara-

negara dunia ketiga.

Implikasi serta kesan globalisasi:

(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan

perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan

berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti

ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan

perusahaan melampaui sempadan negara

Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.

- Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar

sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan

mentah.

- Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan

aktivitinya di berbagai negara.

- Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu.

Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan

secara global.

Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan

dengan perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat

korporat juga menuju ke arah globalisasi. Telekom Malaysia Berhad juga

Page 124: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

124

mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia

"world class telecommunications"

(B) Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.

Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini

yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang

sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang

lebih ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang

teknologi maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer

yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia .

Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia

memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi

latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan

sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan

teknologi di era globalisasi hari ini.

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai

nisbah tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang

iaitu kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin

teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan

melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi

baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-

bahan terbaru, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan

ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi

komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media ,

Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita

Page 125: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

125

telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga

manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian

dan juga dalam kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi.

(C) Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat

atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu

sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar

atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah

banyak berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada

dalam bentuk globalisasi.

Budaya Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di

JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky

Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.

Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar

Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan

Esprit dan pakaian Laura Ashley.

Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari

negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya

dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

Budaya Muzik dan Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland

juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo

Page 126: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

126

Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro

Disneyland (1992).

Budaya Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara

global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa

Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.

5.2.2 Alam sekitar

Pengenalan

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment”

membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya

berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah

menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara

khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik

atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk

juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau

kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam

menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.

Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan

akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam

sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam

dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini

merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi

dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau

simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Page 127: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

127

Page 128: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

128

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana

manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti

asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang

sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan

daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan

tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa

Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda

Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-

tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’,

30)

Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga

semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang

bermaksud: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air;

maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di

antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat

kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut),

kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45)

Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang

hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan

manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu

sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan

daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati

daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973). Dengan ini jelaslah

kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus

dengan unsur-unsur bumi.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak

melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini,

Page 129: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

129

kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan,

penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)

Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah

sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam

langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa

atas tiap-tiap sesuatu” (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang

orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini.

Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut

dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya

yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan

janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-Syu’ara, 183)

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam

meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya

wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim

Razana, 2004)

1. Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling

ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam

Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan

dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu

kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja. (Mohd

Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)

2. Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu

pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap.

Page 130: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

130

Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi

kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi

makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia.

(Ziaudin Sardar, 1990)

3. Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu

pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang

yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang

boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan

Zawawi, 1999)

4. Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia

menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah,

maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan

menjaga dengan sebaik mungkin.

5. Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak

yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian.

Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat

suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat

penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia

berkembang seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin

bertambahnya masalah-masalah yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang

semakin panas akibat pemanasan global merupakan salah satu contoh mudah

bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam sekitar. Sememangnya

Islam menggalkan umatnya agar sentiasa memajukan diri dengan pelbagai nikmat

yang dikurniakan di alam ini. Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh

sehingga melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syariat.

Page 131: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

131

ISU-ISU ALAM SEKITAR

1. Pencemaran Sungai

Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air sungai.

Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak

bertanggungjawab membuangan bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai seperti

sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam

sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh menjejaskan kesihatan

masyarakat jika ia digunakan sebagai keperluan harian seperti air minuman dan

untuk mandi.

2. Pencemaran Air Laut

Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan pelbagai

masalah kepada manusia. Malah bukan manusia sahaja yang terganggu dengan

masalah ini tetapi haiwan juga. Pencemaran air laut ini telah menyebabkan

hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati. Pencemaran air laut ini berlaku

kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak hitam segelintir

manusia. Sering juga kita degar pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan

tumpahan minyak akibat kebocoran kapal tangki minyak.

3. Pencemaran Udara

Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar.

Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa seperti

motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat aktiviti

pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh

menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sesak nafas.

4. Pencemaran Daratan

Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan kesan

buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan

segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan

rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak yang rakus untuk

meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan atau lebuh

raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur

sehingga menyebabkan air sungai menjadi kotor serta busuk.

Page 132: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

132

5. Pencemaran Bunyi

Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi. Pencemaran

bunyi berlaku kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi kuat yang boleh

mengganggu ketenteraman awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi

yang kuat ialah kapal terbang, motosikal dan loriKesan negatif pencemaran bunyi

ini akan menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak seterunya

mengakibatkan masalah pendengaran kepada kita.

Pencemaran alam sekitar ini mendatangkan banyak kesan buruk kepada

kehidupan manusia dan haiwan. Semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi

masalah ini. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan

kita lebih sihat.

5.2.3 Jihad

PENDAHULUAN

Jihad adalah gerakan alternatif yang diwajibkan kepada umat Islam bagi

menghimpun segenap kekuatan dengan penuh perhatian. Tetapi jihad terlalu

kerap disalah ertikan dan malah terkadang dihubungkaitkan dengan keganasan.

Oleh yang demikian, hasil kertas kerja ini InsyaAllah akan memberikan kefahaman

yang sebenar. Sesungguhnya gerakan jihad tidak patut digeruni.. Jihad adalah

suatu gerakan yang mesti dilakukan dengan penuh perancangan dan teliti, sama

ada dalam bidang aqidah, ibadat, sosial, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

PENGERTIAN JIHAD

Moenawar Khalid merumuskan pengertian jihad ini sebagai kata-kata jihad itu

diambil daripada bahasa arab iaitu “jahd” yang beerti usaha atau kekuatan .

mengikut istialah “bersungguh-sungguh mencurahkan segenap tenaga untuk

melawan musuh”

Selanjutnya H.M.K Bakry menulis tentang jihad ini sebagai berikut “jihad daripada

bahasa dengan susah payah kesulitan , menghabiskan tenaga untuk memerangi

orang kafir murtad sampai ia kembali kepada islam. Selain itu, jihad juga boleh

Page 133: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

133

diertikan sebagai berjuang melawan hawa nafsu, melawan iblis / syaitan dan

melawan orang yang melakukan kemungkaran dan fasik.

DALIL-DALIL AL-QURAN DAN HADIS BERKAITAN JIHAD

Ayat-Ayat Al Quran Tentang Jihad

Jihad merupakan bahasa Al Quran, maka Al Quranlah yang paling berhak

menceritakan apa makna jihad sebenarnya. Akal dan perasaan kita wajib tunduk

kepadanya, dan tidak boleh mengingkarinya atau memberikan pemahaman

apologi yang menyimbolkan kekalahan mental umat Islam dari orang Barat, hanya

kerana takut disebut penganas.

Allah Ta’ala berfirman di berbagai ayat:

ير لڪم كتب عليڪم ٱلقتال وهو كره لكم ا وهو يا كرهوا لكم وعر ا وهو يا بووا وع وٱل

يعلم ونتم ل علمو

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah (2): 216)

رجوكم ن حيث رجوهم م و من ٱلقتل وٱقتلوهم حيث ثقفتموهم و را وٱلفتن ٱل تلوهم عن ٱلم ول ق

تلوكم فيه تلوكم فققتلوهم حت يق ا ف ق ج لل فرين ك ء ٱلك

“Dan perangilah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), Maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.” ( Al Baqarah (2): 191)

ا مول ين قتلوا ف سبيل ٱل بن ٱل حيا ء عن رهم يرزقو ل ول

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (Ali Imran (3): 169)

Page 134: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

134

ر وا ح ين ءامنوا اي أيوہا ٱل ڪم فقنفروا ثبات و ٱنفروا جميع

“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!” ( An Nisa (4): 71)

Hadits-Hadits Nabi Tentang Jihad

Hadits-hadits nabawi berkaitan dengan jihad:

عن ي هري رة قال ه مات عل ث ه نف ولم ي علي ه وسلم من مات ولم يغ صل هللا من قال رسول هللا ب ع

نفاق

“Dari Abu Hurairah berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang mati dan belum pernah berperang, dan dirinya belum pernah membicarakan perang maka matinya di antara cabang kemunafikan.” (HR. Muslim)

عن هما قال ن عباس رضي هللا رة ع ال فت ح ولكن جهاد وني وإذا قال رسول : عن ا علي ه وسلم ل ه صل هللا هللا

م فان فرو تن فر اس

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota mekkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat, jika kalian diperintahkan untuk berangkat maka berangkatlah (untuk jihad).” (HR. Bukhari)

Dari Abu Said al Khudri, bahwa ada orang bertanya:

يو الناس ف ضل ه ومالهيا رسول هللا نف اه في سبيل هللا من ي علي ه وسلم مؤ صل هللا فقال رسول هللا “Wahai Rasulullah! Manusia bagaimanakah yang paling utama?” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab: “Seorang mu’min yang berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya.” (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, ada seorang bertanya kepada Nabi

Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan

jihad fi sabilillah?, beliau menjawab: “Kalian tidak akan mampu.” Mereka bertanya

hingga dua atau tiga kali, semuanya dijawab: “Kalian tidak akan mampu.” Begitu

yang ketiga kalinya, beliau bersabda:

ل يف تر من صيا ائم ال قائم ال قانت آيات هللا كمثل الص اه في سبيل هللا اه في مثل ال م جع ال م ول صلة حت ير

عال سبيل هللا

“Perumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, shalat malam, berdzikir membaca ayat-ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan shalatnya itu sampai pulangnya si mujahid di jalan Allah Ta’ala.” (HR. Muslim)

Page 135: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

135

Jadi seorang yang berjihad, sama nilainya dengan orang yang berpuasa

terus menerus dan shalat terus menerus tanpa henti, sampai mujahid itu pulang.

Apakah ada manusia yang mampu puasa dan shalat malam tanpa henti selama

mujahid pergi perang hingga dia pulang? Jawapannya ialah tidak ada!

PEMBAHAGIAN JIHAD

Jihad dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah :

JIHAD TERHADAP HAWA NAFSU

Tentang jihad yang pertama ini, adalah diwajibkan kepada semua orang muslim

mengerjakannya dan jihad ini juga merupakan suatu perkara yang wajibkankan ke

atas tiap-tiap orang yang beriman.Hal ini kerana terdapat hadis baginda S.A.W :

افضل الجهد ان يجاهد الرجل نفسه وهواه

“Semulia-mulia jihad itu adalah berjihadnya seseorang laki-laki terhadap dirinya dan hawa nafsunya”

Adapun pengertian berjihad terhadap hawa nafsunya, terdiri atas empat

perkara, iaitu berjihad dengan nafsu supaya diri seseorang itu menjadi lebih rajin

mempelajari kebenaran agama yang datang daripada Allah dan RasulNya dengan

keyakinan bahawa dirinya tidak akan bahagia di dunia dan akhirat jika tidak

mengikuti kebenaran itu.

Justeru, berjihad agar lebih rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh

dalam menjalankan kebenaran yang telah dipelajarinya iaitu, kerana kebenaran

yang diperolehi jika tidak digunakan maka tidak berguna sama sekali untuknya.

Seterusnya , berjihad untuk menyeru dan menyebarkan kebenaran itu kepada

orang lain yang belum mengetahui.hal ini jika tidak disebarkan ia akan mendapat

hukuman daripada Allah jua. Manakala dalam menyeru dan menyebarkan

kebenaran tersebut, ia harus bersiap sedia untuk menerima segala risiko,ancaman

,kesusahan dan sebagainya.

Kesemua empat perkara ini dapat dikukuhkan lagi dengan firman Allah

dalam Surah Al-Asr. (Rukun Al- Jihad . Halaman 36,37,38 )

Page 136: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

136

والعصر* ان األنسان لفى خسر* األ الذين أمنوا وعملواالصلحت وتواصوا بلحق وتوا صوا بالصبر*

“Demi masa * sesungguhnya manusia itu dlam kerugian *kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solehdan berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran*”

JIHAD DENGAN SYAITAN

Manakala bahagian jihad yang kedua pula ialah jihad dengan musuh Allah iaitu

syaitan.tiap-tiap muslim wajib mengerjakanya,kerana syaitan merupakan musuh

pertama sejak kehadiran manusia di ala mini yang telah dapat menggelincirkan

nenek moyangiaitu nabi Adam a.s. Firman Allah SWT dalam surah Al- Isra : 53

.ان الشيطن كان لألنسان عدوا مبينا

“bahawasanya syaitan itu adalah bagi manusia musuh yang nyata”

Ada pun jihad dengan syaitan ini ada dua masalah iaitu:

(a) Memerangi segala tipu muslihat seseorang (baik dalam bentuk tulisan,atau

gambaran ) yang dapat menimbulkan keraguaan atau syak wasangka di dalam hati.

(b) Seterusnya memerangi apa yang ada pada diri seseorang daripada cita-cita dan

kemahuan yang melampaui batas yang telah di tetapkan oleh syariat islam.

( Rukun Al- Jihad . Halaman 38,39 )

JIHAD DENGAN KAUM KAFIR DAN KEMUNGKARAN

Sesungguhnya jihad terhadap kaum kafir dan kemungkaran ini adalah fardhu `ain.

Iaitu apabila musuh-musuh itu berusaha membinasakan negara Islam dan

mengotori kehormatan dan kesucian umat Islam. Sebagaimana yang terjadi pada

masa kini di kalangan negara Islam. Dalam fenomena ini, seluruh umat islam

berkewajipan membela negara Islam dan mempertahankan kesucian kaum

muslimin dengan darah dan hartanya.

Islam akan menyatakan perang apabila musuh-musuh Islam melakukan

kezaliman, penganiayaan dan kemungkaran (maksiat). Dalam hal ini, Islam

mewajibkan kepada umatnya untuk mengenyahkan kezaliman dan kemungkaran

tersebut sehingga kaum muslimin bebas daripadanya.

Ini berdasarkan hadis baginda SAW

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده, فأن لم يسطع فبلسا نه , فأن لم يسطع فبقلبه وذلك أضعف األيما

Page 137: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

137

“barang sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia menegah dengan tangannya,jika ia tidak mampu maka tegahlah dengan lidahnya,seandainya ia tidak mampu juga maka tegahlah dengan hatinya yang merupakan selemah-lemah iman” (Rukun Al- Jihad . Halaman 40,41)

KESAN JIHAD DALAM DIRI INDIVIDU

Manakala apabila diperhatikan kesan jihad ini jika di hayati dan di tanamkan

dalam kehidupan bagi setiap individu,nescaya akan dapat melahirkan seorang

individi yang cekal dan mantap.antara kesannya :

a) Melahirkan Jati Diri Individu Yang Kuat Terhadap Cabaran.

Seandainya konsep jihad ini ditanamkan dalam setiap individu, maka secara tidak

langsung akan dapat melahirkan jati diri individu yang kuat. Hal ini kerana dalam

era kemodenan ini terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi.

Salah satunya adalah batiniah yang perlu diperkuatkan agar tidak mudah

terpedaya dengan pujuk rayu syaitan.

b) Menanamkan Sifat Berani Dalan Diri Setiap Individu.

Justeru, apabila dihayati konsep jihad ini pasti akan lahirnya sifat berani dalam diri

bagi setiap individu. Hal ini kerana sifat penakut adalah suatu perangai dan watak

yang paling rendah dan sifat yang paling hina di dunia ini. Ini disebabkan penakut

merupakan penutup matahari kebenaran, pemadam semangat yang menyala-nyala

di dalam dada manusia. Oleh sebab itulah negara kita semakin ditindas dan

maksiat semakin berleluasa.

c) Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah

Manakala dengan terterapnya penghayatan jihad dalam diri setiap individu maka

secara langsunnya dapat mendekatkan diri kepada allah swt.hal ini melaui dengan

cara sentiasa ingin mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada dalam ilmu

peperangan mahupun ilmu-ilmu yang lain. Melalui penghayatan ini juga setiap

individu akan lebih memajukan dirinya melalui cara mengaplikasikan ilmu yang di

pelajarinya untuk agama, bangsa dan negara.

Page 138: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

138

KESAN JIHAD TERHADAP UMMAH

a) Dapat Mewujudkan Perpaduan Yang Utuh Di Kalangan Umat Islam

Manakala apabila penghayatan konsep jihad ini dihayati dalam sesebuah ummah

maka akan wujudnya perpaduan yang kuat dikalangan mereka. Hal ini akan

menjadi sesebuah ummah yang amat digeruni oleh setiap musuh dan golongan

yang jahat yang ingin menghancurkan agama Islam dan memecah belahkan umat

islam. Justeru itu segala masalah yang dihadapi mudah untuk diselesaikan dan

ditangani.

b) Wujudnya Semangat Mempertahankan Agama Islam

Selain itu, melalui penghayatan ini akan wujudnya semangat untuk

mempertahankan agama yang dianuti iaitu agama Islam. Jika dilihat pada masa

kini umat Islam yang kian ditindas dan dipermainkan oleh orang kafir. Namun kita

hanya manpu memandang sahaja. Oleh yang demikian seandainya kita mempunyai

semangat yang kuat nescaya kita akan bangun bersama-sama untuk menegakkan

kembali panji islam di puncak dunia. Maka kita perlu menanamkan penghayatan

ini dalam diri dan ummah.

c) Dapat Meluaskan Ajaran Islam Dengan Mudah

Oleh yang demikian, apabila konsep jihad ini dihayati dan dipraktikkan dalam

hidup setiap muslim nescaya ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih luas ke

merata pelusuk dunia. Hal ini kerana agama Islam mengajar umatnya tentang

keamanan dan ketenangan. Ini dapat dilihat pada zaman baginda Rasulullah saw.

Baginda dapat menyebarkan agama suci ini keseluruh pelusuk hanya berbekalkan

berani, tekun, semangat dan amat mencintakan agama Islam itu sendiri. Oleh itu

baginda berani berjihad walaupun jika nyawa baginda melayang.

KESIMPULAN

Pandangan Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahwa keutamaan ibadah adalah yang

paling mendesak dan sesuai untuk dilaksanakan saat itu. Jika dalam keadaan

perang, maka jihad paling utama adalah berperang melawan musuh. Jika dalam

Page 139: Ac301   tamadun islam

AC301 Tamadun Islam

139

keadaan miskin maka jihad paling utama adalah memerangi kemisikinan, dan jika

sedang mengalami kebodohan maka jihad paling utama adalah menuntut ilmu.

Rujukan

Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur :

Darul Fikir

Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang(2005) Tamadun Islam dan

Tamadun Asia, Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia

Zulekha Yusoff, Asmak Hj. Ali (2011) Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam,

Shah Alam: Universiti Teknologi Mara(UPENA)

Mohd Sukki Othman, Wan Muhammad Wan Sulong (1999) Sejarah Kertas 940/1

Tamadun Islam, Selangor: Pustaka Sarjana Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashhaari, Arip

Saaya(1995) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid

Hj. Mat Saad Abdul Rahman, Dr. (2007) Ensiklopedia Fuqaha’ Zaman Sahabat,

Tabiieen & Atba’ Tabiieen, Selangor: Intel Multimedia and Publiction

Hj Ahmad Fauzi Hj Morad, Ahmad Tarmizi Talib. (1997) Tamadun Islam, Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia

Fadzlullah Hj Shuib (2007), Pemikiran dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: al-

Hidayah Publication.

Mustafa Haji Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya:Media Indah

Sdn. Bhd.

Abdullah Jusuh. 1989. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Cet. 1. Selangor:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Dr. 1987. Hakikat Sistem Politik Islam.

Yogyakarta: PLP2M.

A. Monir Yaacob. 1988. Sejarah Perundangan Islam. Cet. 1. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mat Saad Abd. Rahman, Dr. 1984. Perlembagaan Islam Sumber dan Prinsip. Cet.

2. Bangi, Selangor: Ikatan Studi Islam UKM.