abstrak - fp.utm.my · package of social s cience (spss) 10.0 for windows dan secara manual bagi...

13
Muka surat 1/13 Pengamalan Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Guru Tingkatan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kulai, Johor Oleh : Chan Chee Kiong Mohamad Roslan Bin Aroff Mohamed Alfian Harris Bin Omar Lim Khin Yan ABSTRAK Kajian tinjuan ini adalah untuk mengenalpasti pengamalan kepimpinan tranformasi di kalangan guru tingkatan di tiga buah sekolah daerah Kulai, Johor. Kajian ini adalah berdasarkan pada teori kepimpinan transformasi yang dikemukakan oleh Prof. J.M. Burns (1978). Persampelan kajian terdiri daripada 120 orag pelajar yang dipilih secara rawak daripada tiga buah sekolah tersebut. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik ialah “Multifactor Leaderhip Quetionnaire” (MBQ) oleh Avolio & Bass (1988) dan Bass, Aviolio & Goodheim (1987).Soal selidik ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat berkenaan latarbelakang respondan dan bahagian B mengenai tingkahlaku yang dilakukan oleh guru tingkatan dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Nilai alfa yang diperolehi daripada kajian rintis ialah 0.8245. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan prisian Statistical Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru tingkatan telah mengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan transformasi dengan ciri-ciri karismatik (skor min 3.38), ciri-ciri pertimbangan individu (skor min 3.44), ciri-ciri stimulasi intelek (skor min 3.41) dan ciri-ciri inspirasi motivasi (skor min 3.24). Dapatan kajian juga mejelaskan bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan pengamalan kepimpinan transformasi di kalangan guru tingkatan berdasarkan sekolah. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar kepimpinan yang lebih efektif dapat ditonjolkan demi kecemerlangan dalam pendidikan. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sebuah organisasi seperti sekolah sepatutnya mempunyai kepimpinan yang efektif. Tanpa kepimpinan yang berkesan, sekolah tersebut akan menjadi mundur. Pengertian kepimpinan dapat ditinjau berdasarkan pandangan Deaux & Wrightsman (1988) yang melihat kepimpinan sebagai proses pengaruh-mempengaruhi

Upload: votuyen

Post on 06-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 1/13

Pengamalan Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Guru Tingkatan Di Tiga

Buah Sekolah Menengah Daerah Kulai, Johor

Oleh :

Chan Chee Kiong Mohamad Roslan Bin Aroff

Mohamed Alfian Harris Bin Omar Lim Khin Yan

ABSTRAK

Kajian tinjuan ini adalah untuk mengenalpasti pengamalan kepimpinan tranformasi di kalangan guru tingkatan di tiga buah sekolah daerah Kulai, Johor. Kajian ini adalah berdasarkan pada teori kepimpinan transformasi yang dikemukakan oleh Prof. J.M. Burns (1978). Persampelan kajian terdiri daripada 120 orag pelajar yang dipilih secara rawak daripada tiga buah sekolah tersebut. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik ialah “Multifactor Leaderhip Quetionnaire” (MBQ) oleh Avolio & Bass (1988) dan Bass, Aviolio & Goodheim (1987).Soal selidik ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat berkenaan latarbelakang respondan dan bahagian B mengenai tingkahlaku yang dilakukan oleh guru tingkatan dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Nilai alfa yang diperolehi daripada kajian rintis ialah 0.8245. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan prisian Statistical Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru tingkatan telah mengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan transformasi dengan ciri-ciri karismatik (skor min 3.38), ciri-ciri pertimbangan individu (skor min 3.44), ciri-ciri stimulasi intelek (skor min 3.41) dan ciri-ciri inspirasi motivasi (skor min 3.24). Dapatan kajian juga mejelaskan bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan pengamalan kepimpinan transformasi di kalangan guru tingkatan berdasarkan sekolah. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar kepimpinan yang lebih efektif dapat ditonjolkan demi kecemerlangan dalam pendidikan.

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebuah organisasi seperti sekolah sepatutnya mempunyai kepimpinan yang efektif. Tanpa kepimpinan yang berkesan, sekolah tersebut akan menjadi mundur.

Pengertian kepimpinan dapat ditinjau berdasarkan pandangan Deaux & Wrightsman (1988) yang melihat kepimpinan sebagai proses pengaruh-mempengaruhi

Page 2: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 2/13

antara pemimpin dengan pengikut dalam usaha untuk mencapai matlamat kelompok, organisasi dan juga masyarakat.

Dalam konteks sekolah, guru merupakan individu yang penting dan berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan suasana pembelajaran, tahap profesionalisme, hubungan antara kakitangan dan tahap keperihatinan mereka terhadap perubahan suasana yang berlaku di sekolah dan persekitarannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecemerlangan sesebuah sekolah memang tidak lari daripada kepimpinan guru. Pemimpin yang baik membantu pekerja melalui peranan-peranan seperti memberi kepuasan kerja, menyelesauikan masalah, memuji, mengkritik, memberi tunjuk ajar serta sojkongan moral dan seterusnya menentukan kriteria untuk mendorong ke arah pencapaian matlamat. (Zaidatol Akmaliah, 1988).

Kepimpinan transformasi amat penting kepada guru kelas kerana kepimpinan transformasi melibatkan perubahan yang dramatik dalam menangani masalah pelajar atau perubahan kepada pelajar. Guru kelas juga akan mengetahui pwrsonaliti pelajar-pelajarnya. Jika terdapat pelajar yang melanggar undang-undang mahupun dalam masalah pencapaian akademik, guru tingkatan seharusnya memberi bantuan dan mengubah personality atau membuka minda pelajar tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini diperlukan memandangkan guru adalah komponen yang penting dalam organisasi di sekolah terutamanya guru tingkatan. Selain mendidik pelajar di kelas, guru tingkatan juga bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya dan melakukan segala tugas yang berkaitan dengan sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik cuba melihat bagaimana kepimpinan transformasi guru melalui persepsi pelajar. Oleh itu, melalui kajian ini, penyelidik akan mengenalpasti gaya kepimpinan guru.

1.4 Objektif Kajian 1. Untuk melihat pengamalan ciri-ciri transformasi di kalangan guru tingkatan. 2. Untuk melihat kepimpinan transformasi di kalangan guru tingkatan

berdasarkan jantina. 3. Untuk melihat kepimpinan transformasi di kalangan guru tingkatan

berdasarkan sekolah.

1.5 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap kepimpinan transformasi berdasarkan cirri-ciri karismatik di

kalangan guru tingkatan ?

Page 3: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 3/13

2. Apakah tahap kepimpinan transformasi berdasarkan ciri-ciri bertimbang rasa secara individu di kalangan guru tingkatan ?

3. Apakah tahap kepimpinan transformasi berdasarkan ciri-ciri stimulasi intelek di kalangan guru tingkatan ?

4. Apakah tahap kepimpinan transformasi berdasarkan ciri-ciri inspirasi motivasi di kalangan guru tingkatan ?

1.6 Hipotesis Kajian

Ho 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan guru-guru tingkatan dalam pengamalan

kepimpinan transformasi berdasarkan sekolah.

Ho 2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan guru-guru tingkatan dalam pengamalan

ciri-ciri karismatik berdasarkan sekolah.

Ho 3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan guru-guru tingkatan dalam pengamalan

ciri-ciri pertimbangan individu berdasarkan sekolah.

Ho 4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan guru-guru tingkatan dalam pengamalan

ciri-ciri stimulasi intelek berdasarkan sekolah.

Ho 5. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan guru-guru tingkatan dalam pengamalan

ciri-ciri inspirasi motivasi berdasarkan sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

i. Dapat menjelaskan ciri-ciri gaya kepimpinan transformasi yang diamal oleh guru-guru di tiga buah sekolah daerah Kulai.

ii. Dapat memberi panduan kepada para pendidik khususnya guru untuk membaiki mutu perkhidmatan dan berusaha mengenal ciri-ciri kepimpinan dalam menjalankan tugas.

iii. Dapat membantu pihak JPN atau KPM bagi merancang dan melaksanakan program-program yang lebih bermutu bagi meningkatkan profesionalisme guru di sekolah.

iv. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pentadbiran sekolah untuk meningkatkan lagi kualiti dalam pengurusan sekolah.

v. Dapat mengalakkan para penyelidik yang berminat untuk terus membuat kajian dan penyelidikan seterusnya mengkaji keesahan ujian yang dijalankan supaya guru-guru dapat memainkan watak sebagai pemimpin yang berwibawa dalam proses pengajaran di bilik darjah atau pengurusan sekolah.

1.8 Batasan Kajian

Dapatan kajian ini terbatas kepada tiga buah sekolah di daerah Kulai, Johor. Kajian ini hanya melalui persepsi pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak berdasarkan kelas.

Page 4: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 4/13

Dapatan daripada kajian ini tidak menggambarkan secara menyeluruh gaya kepimpinan transformasi guru di tiga buah sekolah yang akan dikaji.

1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Kepimpinan Transformasi

Menurut Tichy dan Devanna (1986), kepimpinan transformasi melibatkan perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan pelaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai, norma-norma organisasi, dan memberi ruang serta menggalakkan perubahan sama ada dalaman atau luaran. Dalam konteks kajian ini, kepimpinan transformasi merujuk kepada empat ciri kepimpinan transformasi guru iaitu ciri karismatik, ciri bertimbang rasa secara individu, ciri stimulasi intelektual dan ciri inspirasi motivasi.

1.9.2 Guru

Atan Long (1978) pula mendefinisikan guru sebagai seorang ahli masyarakat dan juga rakyat biasa serta ikhtisan dalam bidang pengurusan yang menjalankan tugas mendidik di dalam sesebuah sekolah. Dalam konteks kajian ini, disebabkan responden adalah pelajar-pelajar sekolah, maka guru merujuk kepada guru yang menjadi huru tingkatan dan juga yang mengaajar kelas tersebut tanpa mengira bangsa dan jantina.

1.9.3 Ciri-ciri

Kamus Dewan (1994) memberikan makna ciri ialah tanda (sifat) yang khusus pada sesuatu yang dapat ,e,bezakan dengan yang lain. Dalam konteks ini, merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada seorang guru tingkatan untuk dilihat sebagai pemimpin. Ciri-ciri tersebut ialah ciri-ciri karismatik, cirri-ciri pertimbangan individu, ciri-ciri stimulasi intelek dan cirri-ciri inspirasi motivasi yang terdapat pada kepimpinan transformasi.

2.0 METODOLOGI KAJIAN 2.1 Rekabentuk Kajian Kaedah yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru-guru tingkatan di tiga buah sekolah di daerah Kulai. Berdasarkan gaya kepimpinan transformasi, terdapat empat aspek yang akan dikaji iaitu transformasi berdasarkan ciri-ciri karismatik, ciri-ciri bertimbang rasa secara individu, ciri-ciri inspirasi motivasi dan ciri-ciri stimulasi intelek. 2.2 Kawasan Tempat Kajian Sebanyak tiga buah sekolah dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, dan Sekolah Menengah Kebaangsaan Sultan Ibrahim. . 2.3 Sampel Kajian Sampel kajian akan dipilih secara rawak daripada populasi pelajar tingkatan empat di ketiga-tiga buah sekolah tersebut berjumlah 120 orang.

Page 5: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 5/13

2.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MBQ) telah digunakan dalam kajian ini. Versi asal soal selidik ini telah digunakan oleh Avolio & Bass (1988), dan Bass, Avolio & Goodheim (1987). Mereka mendapati soal selidik ini sesuai digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan transformasi.

2.4.1 Analisis Item Item-item dikelompokkan berdasarkan pembolehubah bersandar yang digunakan. Terdapat empat kelompok iaitu ciri-ciri karismatik, ciri-ciri pertimbangan secara individu, ciri-ciri stmulasi intelek dan ciri-ciri inspirasi motivasi. Analisis item ditunjukkan dalam jadual 2.1 di bawah Jadual 2.1 Jumlah item mengikut unsur-unsur kajian berkaitan

Persoalan kajian Nombor Item Jumlah Item

Ciri-ciri Karimastik 1, 12, 17, 18, 22, 25, 26, 28, 36, 37, 39, 40, 41, dan 51

14

Ciri-ciri pertimbangan Individu 3, 5, 6, 10, 11, 15, 23, 35, 42, 47, 55, 56, dan 60

13

Ciri-ciri Stimulasi Intelek 7, 19, 21, 24, 29, 31, 43, 57, dan 58

9

Ciri-ciri Inspirasi Motivasi 2, 4, 8, 9, 13, 14, 16, 20, 27, 30, 32, 33, 35, 38, 43, 44, 48, 49, 50, 52, 53, 54, dan 59

23

2.5 Penentuan Tahap Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan dibahagi kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan taburan skor tertentu. Julat skor bagi setiap dimensi item bagi setiap tahap diperoleh dengan mencari perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah bagi dimensi item berkenaan. Taburan julat-julat skor mentah dan min item bagi setiap tahap dirumuskan dalam jadual. Jadual 2.2 Jadual Taburan Skor Mentah dan Min Item Tahap Julat Skor Julat Min Rendah 60 1.00 – 2.33 Sederhana 141 2.34 – 3.66 Tinggi 221 3.67 – 5.00 2.6 Kajian Rintis Untuk tujuan ini, penyelidik telah memilih 10 pelajar sebagai sampel. Tahap kebolehan kepercayaan adalah tinggi iaitu 0.8245. Menurut Majid Konting (1990), pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan. Menurut Mohd Najib Ghafar (1998) pula mengatakan bahawa tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah tinggi jika skornya 0.80 ke atas.

Page 6: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 6/13

2.7 Analisis Data Data-data akan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastical Package For

Science Social” (SPSS) 10.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskritif dan “compare mean” menerusi prosedur “One-Way ANOVA. 3.0 DAPATAN KAJIAN Jadual 3.1 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut tingkatan

Aliran Kekerapan Peratus Aliran Sains 66 55.0

Aliran Sastera 54 45.0 Jumlah 120 100.0

Jadual 3.2 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratus Lelaki 36 30.0

Perempuan 84 70.0 Jumlah 120 100.0

Jadual 3.3 : Taburan bilangan dan peratusan guru tingkatan mengikut jantina Jantina kekerapan Peratus Lelaki 0 0 Perempuan 12 100.0 Jumlah 12 100.0

Jadual 3.4 : Taburan bilangan dan peratus guru tingkatan mengikut bangsa

Bangsa Kekerapan Peratus Melayu 10 83.4

Cina 1 0.83 India 1 0.83

Jumlah 12 100.0

Page 7: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 7/13

Jadual 3.5 : Taburan Gaya Kepimpinan Guru Tingkatan Berdasarkan Persepsi Pelajar

GAYA KEPIMPINAN

KEKERAPAN PERATUS MIN

Karismatik

35

29.2 3.38

Pertimbangan Individu

40 33.3 3.44

Stimulasi Intelek

39 32.5 3.41

Inspirasi Motivasi

6 5.0 3.24

JUMLAH

120 100 -

Jadual 3 .6 Analisis ANOVA Satu Hala Antara Pengamalan Gaya Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Guru Tingkatan Berdasarkan Sekolah

Sumber df Jumlah Kuasa Dua

Min Kuasa Dua

F P

Antara Kumpulan 2 0.653 0.326 Dalam Kumpulan 117 29.335 0.251

Jumlah 119 29.988 -

1.302

0.276

Aras Signifikan pada aras 0.05 Df = darjah kebebasan p = tahap signifikan Daripada hasil keputusan ini boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan kepimpinan transformasi berdasarkan sekolah. Dengan demikian hipotesis 1 (HO1) diterima pada aras kebarangkalian 0.05. Jadual 3.7 Analisis ANOVA Satu Hala antara ciri-ciri karismatik berdasarkan sekolah

Sumber df Jumlah Kuasa Dua

Min Kuasa Dua

F P

Antara Kumpulan 2 0.884 0.442 Dalam Kumpulan 117 42.197 0.361

Jumlah 119 43.080 -

1.225

0.298

Aras Signifikan pada aras 0.05 Df = darjah kebebasan p = tahap signifikan Daripada hasil keputusan ini boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan ciri-ciri karismatik tberdasarkan sekolah. Dengan demikian hipotesis 2 (HO2) diterima pada aras kebarangkalian 0.05.

Page 8: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 8/13

Jadual 3.8 Analisis ANOVA Satu Hala antara ciri-ciri pertimbangan individu berdasarkan sekolah

Sumber df Jumlah Kuasa Dua

Min Kuasa Dua

F P

Antara Kumpulan 2 0.753 0.377 Dalam Kumpulan 117 34.296 0.293

Jumlah 119 35.049 -

1.285

0.281

Aras Signifikan pada aras 0.05 Df = darjah kebebasan p = tahap signifikan Daripada hasil keputusan ini boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan ciri-ciri pertimbangan individu berdasarkan sekolah. Dengan demikian hipotesis 3 (HO3) diterima pada aras kebarangkalian 0.05. Jadual 3.9 Analisis ANOVA Satu Hala antara ciri-ciri stimulasi intelek berdasarkan sekolah

Sumber df Jumlah Kuasa Dua

Min Kuasa Dua

F P

Antara Kumpulan 2 0.443 0.222 Dalam Kumpulan 117 39.310 0.336

Jumlah 119 39.754 -

0.660

0.519

Aras Signifikan pada aras 0.05 Df = darjah kebebasan p = tahap signifikan Daripada hasil keputusan ini boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan ciri-ciri stimulasi intelek berdasarkan sekolah. Dengan demikian hipotesis 4 (HO4) diterima pada aras kebarangkalian 0.05. Jadual 3.10 Analisis ANOVA Satu Hala antara ciri-ciri inspirasi motivasi

berdasarkan sekolah Sumber df Jumlah

Kuasa Dua Min

Kuasa Dua F P

Antara Kumpulan 2 0.910 0.455 Dalam Kumpulan 117 30.384 0.260

Jumlah 119 31.294 -

1.752

0.178

Aras Signifikan pada aras 0.05 Df = darjah kebebasan p = tahap signifikan Daripada hasil keputusan ini boleh disimpulkan bahawa semua subjek kajian tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan ciri-ciri inspirasi motivasi berdasarkan sekolah. Dengan demikian hipotesis 5 (HO5) diterima pada aras kebarangkalian 0.05.

Page 9: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 9/13

4.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.2 Rumusan dan Perbincangan 4.2.1 Rumusan Statistik Diskriptif

Dapatan kajian menunjukkan guru-guru tingkatan empat di tiga buah sekolah di daerah Kulai telah mengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan iaitu ciri-ciri kepimpinan karismatik (skor min ialah 3.38), ciri-ciri kepimpinan pertimbangan individu (skor min ialah 3.18), ciri-ciri kepimpinan stmulasi intelek (skor min ialah 3.41), dan ciri-ciri inspirasi motivasi (skor min ialah 3.24) di dalam amalan kepimpinan mereka sebagai guru tingkatan. Guru tingkatan yang mengamalkan cirri-ciri karismatik amat dihormati oleh para pelajar (skor min ialah 3.80) dan dari pihak pelajar pula mereka lebih senang apabila bersama dengan guru yang mengamalkan cirri-ciri karismatik (skor min ialah 3.73). Selain itu, para pelajar lebih mencontohi guru yang mengamalkan cirri-ciri karismatik (skor min ialah 3.55). Guru tingkatan yang mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan ciri-ciri pertimbangan individu pula melayan setiap pelajar dengan baik (skor min ialah 3.91). Selain itu, guru tingkatan tersebut juga berpuashati apabila pelajar mencapai tahap akademik yang ditetapkan (skor min ialah 3.74). Guru yang mengamalkan cirri ini juga akan memberi penghargaan apabila terdapat pelajar menjalankan tugas dengan baik (skor min ialah 3.56). Bagi guru tingkatan yang mengamalkan gaya kepimpinan yang berdasarkan cirri-ciri stimulasi intelek pula akan memberi rangsangan motivasi kepada pelajar agar pelajar dapat satu cabaran iaitu tidak puas hati dengan kejayaan mereka pada masa ini (skor min ialah 3.97) dan akan menyebabkan pelajar sedia mengambil iktibar daripada pengalaman lalu (skor min ialah 3.52). Selain itu, guru tingkatan yang mempunyai cirri-ciri stimulasi juga sering menyuruh pelajar memberi pendapat apabila di dalam kelas (skor min ialah 3.48). Guru tingkatan yang mengamal cirri-ciri inspirasi motivasi pula memberi rangsang motivasi kepada pelajar iaitu setiap pelajar jika membuat kerja dengan bersungguh-sungguh akan maju ke hadapan (skor min ialah 3.68) dan pelajar akan lebih bersungguh-sungguh dengan adanya guru tingkatan yang mengamalkan cirri-ciri ini (skor min ialah 3.59). Guru tingkatan ini juga akan menasihati pelajar dengan menggunakan masa lapang dengan perkara yang berfaedah (skor min ialah 3.58). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru tingkatan yang paling dominan ialah gaya kepimpinan yang mengamalkan ciri-ciri pertimbangan individu (skor min ialah 3.44), ini diikuti dengan guru yang mengamalkan ciri-ciri stmilusi intelek (skor min ialah 3.41), seterusnya ialah guru tingkatan yang mengamalkan ciri-ciri karismatik (skor min ialah 3.38) dan gaya kepimpinan yang berdasarkan ciri-ciri inspirasi motivasi (skor min ialah 3.24). 4.2.3 Rumusan analisis ANOVA Dalam analisis ANOVA , didapati bahawa semua hipotesis yang diuji adalah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Hipotesis 1 yang menguji pengamalan kepimpinan transformasi berdasarkan sekolah memberi hasil signifikannya ialah 0.276. Hipotesis 2 iaitu menguji ciri-ciri karismatik berdasarkan sekolah pula

Page 10: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 10/13

memberi jawapan signifikan 0.298. Manakala hipotesis 3 iaitu menguji ciri-ciri pertimbangan individu berdasarkan sekolah memberi signifikan 0.281. Hipotesis 4

yang menguji ciri-ciri stimulasi intelek pula memberi aras signifikannya pada -ciri inspirasi motivasi pula memberi aras signifikan pada tahap 0.178. Daripada ini, dapat dirumuskan bahawa cirri-ciri stmilusi intelek memberi aras signifikannya yang paling tinggi sementara yang paling rendah ialah inspirasi motivasi. 4.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian menjelaskan bahawa keempat-empat cirri gaya kepimpinan transformasi mempunyai min yang tinggi. Dalam penganalisan ANOVA, kesemua hipotesis yang dikaji tidak terdapat perbezaan yang signifikanterhadap gaya kepimpinan berdasarkan sekolah. Kejayaan organisasi sekolah berkait rapat dengan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru. Untuk menjadi seorang pemimpin transformasi dalam organisasi sekolah bukannya sesuatu yang sukar sicapai. Kriteria-kriteria sebagai seorang pemimpin transformasi memang sebahagian besar telah menjadi amalan dan budaya sesetengah guru. Cuma mungkin guru sendiri tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan dilakukan setiap hari melalui perbuatan, tindak-tanduk, cara berfikir, cara berinteraksi serta keazaman yang kuat untuk membina identiti yang tersendiri terhadap sekolah yang dipimpinnya. Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh itu, pemimpin ini bijak mengendalikan keperluan persekitarannya agar semua mereka yang terlibat di bawah pemimpinnya berasa puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika pandanagan tersebuat boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi. Sebagai seorang pemimpin transformasi, guru itu mesti berani menghadapi cabaran yang dihadapi dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Wan Zahid (1993). Crow & Crow (1986) menyatakan guru harus menggunakan kemahiran dan kreativiti dalam mencipta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik supaya lebih minat untuk belajar. 4.4 Cadangan

i. Guru tingkatan disarankan agar dapat mengamal keempat-empat cirri transformasi iaitu ciri karismatik, ciri pertimbangan individu, ciri stimulasi intelek dan ciri inspirasi motivasi dalam pengurusan dan pentadbiran secara keseluruhan dan bersepadu berasaskan keadaan atau situasi tertentu.

ii. Guru tingkatan harus bijak menggunakan pendekatan ciri gaya kepimpinan yang sesuai apabila berkomunikasi atau berhubung dengan pelajar supaya dapat menyesuaikan keadaan antara guru dengan pelajar.

Page 11: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 11/13

iii. Guru harus memainkan peranan masing-masing dengan mengamalkan ciri-ciri yang terdapat pada kepimpinan transformasi. Kajian W.C. Redding

dan Jablin(1993) menunjukkan guru-guru yang mengamalkan kepimpinan transformasi lebih efektif apabila menjalankan tugas mereka. Oleh itu, guru tingkatan disarankan dapat mengamalkan cirri-ciri yang terdapat pada kepimpinan transformasi ini.

iv. Diharapkan setiap guru tingkatan dapat mengetepikan sebarang bentuk perbezaan atau prasangka negatif terhadap guru-guru lain yang mungkin tidak dapat menerima kepimpinan transformasi ini tetapi harus sentiasa berusaha dan bertoleransi antara satu sama lain agar segala misi dan visi yang telah ditetapkan tercapai.

v. .Guru-guru tingkatan perlu terus diberi peluang menjalani kursus-kursus kepimpinan dari semasa ke semasa bagi menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin ini amat perlu selaras dengan perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan supaya dapat mengadaptasikan diri dengan gaya kepimpinan yang terbaik bagi merealisasikan guru yang berwibawa agar bidang pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

vi. Pengetua disarankan dapat menjadi model kepada guru tingkatan dengan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi dengan menggunakan cirri yang sesuai bagi memudahkan pengurusan aktiviti di sekolah supaya dapat dijalan dengan lancar.

vii. Pihak maktab perguruan dan universiti sewajarnya memperkenalkan kurikulum kepimpinan kepada para pelatih perguruan. Menerusi kurikulum kepimpinan, para pelatih akan lebih bersedia memainkan peranan guru sebagai pemimpin apabila diamanahkan sebagai guru di sekolah kelak.

viii. Cadangan satu gelombong kesedaran bersepadu menerusi usaha-usaha seperti memperbanyakkan bahan bacaan berkenaan dengan bidang kepimpinan perguruan di sekolah, persidangan-persidangan pendidikan yang mengutarakan kertas-kertas kerja dan perbengkelan yang berkaitan guru sebagai pemimpin.

4.5 Cadangan Kajian Lanjutan

i. Kajian ini hanya mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru tingkatan. Oleh itu, pengkaji akan datang boleh memperluas skop kepada semua guru di sekolah.

ii. Kajian ini hanya meninjau gaya kepimpinan guru tingkatan di tiga buah sekolah di Daerah Kulai. Oleh itu, kajian ini boleh diperluaskan kepada seluruh sekolah di negeri Johor atau institusi yang lain seperti universiti-universiti, politeknik atau institusi swasta yang lain supaya dapat membuat perbandingan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru.

iii. Pihak kementerian boleh menhadakan kajian kepimpinan transformasi kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk melihat ciri-ciri kepimpinan pegawai pada masa akan datang.

Page 12: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 12/13

RUJUKAN Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof (2000). Perubahan & Kepimpinan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Abdul Rahman Daud (1995). “Faktor-faktor yang berkaitan dengan Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan (ATP) Di Kalangan Guru” Jurnal 7 (5): 451-463 Abdullah Hassan Ainon Mohd (1997). Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Aminuddin Mohd Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Anne Jones (1987). Leadership For Tomorrow’s Schools. Aziz Bin Awang @ Sulaiman (1999). Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Kuala Muda Kedah. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Batchler, M. (1981). “The Journal of Educational Administration. Vol 19 (1) 44-53 Che Kamil B. Udim (1999). Ciri-ciri Guru Sebagai Pemimpin Dari Perspektif Pelajar. Satu Kajian Perbandingan Di Antara Tiga Buah Sekolah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Howell, J.M. & Avolio, BJ. (1993), Transformational Leadership, locus of Control, & Support for Innovation : Key Predictors of Consolidated-Business-Unit Performance. Journal of Applied Psychology, 78 (6) : 891-902. Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ishak Mad Shah (1999). Psikologi Industri Jilid 1. Skudai: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia. John Adair (1988). Developing Leaders : The Ten Key. UK: Megraw Hill Book Company. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dwi Bahasa (1991), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyrlidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Page 13: ABSTRAK - fp.utm.my · Package of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan

Muka surat 13/13

Rahimah A.L (1992). Kepimpinan Pendidikan – Cabaran Masa Kini. Petaling

Jaya: Ibs Sdn. Bhd. Seltzer, J, & Bass, B.M. (1990), Transformational Leadership: Nevond Inirtiation and Consideration. Jurnal of management, 16 (4): 693-703. Wee Kok Cheng (2000), Hubungan Gaya Kepimpinan Transformasi Dan Transaksi Dengan Kepuasan Kerja Di Bahagian Kejururawatan Hospital Daerah Mersing Johor. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Maaysia. Yammarino, F.J, & Bass, B.M. (1990), Transformational Leadership And Multiple Levels Of Analysis. Human Relations, 43 (10): 975-995.