about libraries

33
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Upload: buinguyet

Post on 20-Dec-2016

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: about libraries

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Page 2: about libraries

1

PENGENALAN

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan perpustakaan khusus yang

berperanan sebagai pusat sumber utama untuk rujukan maklumat mengenai

perangkaan. Ia menyokong fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai pusat

pengumpulan dan penyebaran maklumat perangkaan melalui perkhidmatan yang

disediakan ke arah proses pembentukan kerja yang berpengetahuan serta bermaklumat

di samping membawa kepada sikap positif dan budaya kerja cemerlang.

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Perpustakaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia,

Aras 4, Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

Perpustakaan,

Institut Latihan Statistik Malaysia,

Jabatan Perangkaan Malaysia

35600 Sungkai,

Perak Darul Ridzuan

Page 3: about libraries

2

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sejak tahun 70-an.

Sebelum tahun 2001, perpustakaan ini terletak di Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan

Malaysia, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, ia diletakkan di bawah

Bahagian Pembangunan Perangkaan. Selepas penstrukturan Jabatan pada 2002 yang

membabitkan pewujudan dan pertukaran nama beberapa Bahagian, perpustakaan

seterusnya diletakkan di bawah Bahagian Latihan Perangkaan, Jabatan Perangkaan

Malaysia, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di

Putrajaya.

Setelah pembinaan fasa pertama, Institut Latihan Statistik Malaysia siap

dibina. Pada bulan Disember 2011, Bahagian Latihan Perangkaan dipindahkan ke

Institut Latihan Statistik Malaysia yang terletak di Sungkai, Perak. Perkhidmatan

Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) mulai dibuka pada 5 Mac 2012.

Manakala Perpustakaan sedia ada di Ibu Pejabat, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan di Putrajaya dikekalkan dan diletakkan di bawah Bahagian Khidmat

Pengurusan.

Sehubungan itu, mulai tahun 2012, di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat

2 buah Perpustakaan yang utama iaitu:

1) Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia (Statistics Library)

2) Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM Library)

LATAR BELAKANG

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Page 4: about libraries

3

Page 5: about libraries

4

KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN

Koleksi bahan yang dimiliki oleh Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia terdiridaripada berikut:

KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Koleksi Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan pelbagai buku

yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, mengandungi bidang

sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, Penyiasatan

Tenaga Buruh dan Laporan Penyiasatan Migrasi. Manakala bidang ekonomi

pula meliputi Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Penyiasatan Perbelanjaan Isi

Rumah, Indeks Harga Pengguna (CPI), Indeks Harga Pengeluar (PPI), Imbangan

Pembayaran, Akaun Negara, Bank Data, Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan,

Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu, Penunjuk Ekonomi Malaysia dan Perangkaan

Ekonomi Malaysia-Siri Masa. Selain itu, perpustakaan ini juga memiliki koleksi

perangkaan komoditi seperti Perangkaan Getah dan Banci Hasil Pertanian,

dan koleksi berkaitan sektor industri seperti Indeks Perindustrian, koleksi

Perangkaan Pembuatan dan Perusahaan, Perangkaan Perkhidmatan dan

Perangkaan Perkapalan. Di samping itu, terdapat juga koleksi lain seperti

Statistics Handbook, Buletin Perangkaan, Siaran Khas dan Kompedium Alam

Sekitar.

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia di Putrajaya juga berperanan sebagai

Arkib Penyimpan bahan-bahan lama terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia

semenjak dahulu sehingga kini, Oleh itu, koleksi buku terbitan Jabatan

Perangkaan Malaysia yang telah diterbitkan semenjak tahun 1950-an sehinga kini

tersimpan di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya untuk

tujuan rujukan.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 6: about libraries

5

KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN SABAH

Perpustakaan ini juga mengandungi bahan-bahan terbitan daripada Jabatan

Perangkaan Sabah seperti Buku Tahunan Perangkaan Sabah dan Perangkaan

Penting Sabah. Koleksi perangkaan Sabah berkaitan aktiviti ekonomi pula meliputi

Perangkaan Perdagangan Sabah, Perangkaan Penyiasatan Perusahaan Terpilih

Sabah, Anggaran Belanjawan Keluarga Sabah, Buku Maklumat Getah Sabah

dan Indeks Harga Pengguna (CPI) Sabah. Di samping itu, terdapat juga koleksi

mengenai Perangkaan Pelawat-Pelawat Sabah, Siaran Perangkaan Sabah dan

Siaran Khas Sabah.

KOLEKSI TERBITAN JABATAN PERANGKAAN SARAWAK

Bahan-bahan terbitan daripada Jabatan Perangkaan Sarawak seperti Buku

Tahunan Perangkaan Sarawak dan Perangkaan Penting Sarawak, merupakan

sebahagian koleksi perpustakaan ini. Koleksi perangkaan Sarawak yang berkaitan

bidang ekonomi di perpustakaan ini pula meliputi Perangkaan

Perdagangan Sarawak, Indeks Harga Pengguna (CPI) Sarawak, Perangkaan

berkaitan perusahaan, industri, perkilangan, pembalakan dan perkhidmatan

Sarawak. Di samping itu terdapat juga koleksi mengenai Perangkaan

Pelawat-Pelawat Sarawak, Buletin Perangkaan Sarawak, Siaran Perangkaan

Sarawak, serta Siaran Khas Sarawak.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 7: about libraries

6

KOLEKSI MEMORI INSTITUSI, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Buku-Buku yang mempunyai nilai memori Jabatan seperti Buku 60 Tahun Jabatan,

Dokumentasi Publisiti Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010, Pelan

Strategik Jabatan, Buku Galeri Foto Majlis Sambutan 60 Tahun, Jabatan

Perangkaan Malaysia 2009 dari Jilid 1 hingga Jilid 3, Berita Stats turut

dikoleksikan sebagai Memori Institusi.

KOLEKSI RED SPOT & EDARAN DALAMAN

Koleksi Red Spot & Edaran Dalaman merupakan bahan terbitan Jabatan

Perangkaan Malaysia yang dikhaskan dari segi pemeliharaan, penyimpanan serta

pengaksesannya terhad kepada anggota dalaman Jabatan Perangkaan Malaysia

sahaja.

KOLEKSI KERTAS KERJA

Koleksi ini mengandungi laporan lawatan kerja, menghadiri persidangan/

mesyuarat/seminar/bengkel, laporan post mortem dan laporan kursus luar

negara oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 1980 sehingga tahun

2012 .

KOLEKSI JURNAL

Merupakan koleksi Jurnal yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 8: about libraries

7

KOLEKSI LAIN-LAIN BAHAN TERBITAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Disamping menyimpan bahan-bahan terbitan yang merupakan Produk Data

Jabatan Perangkaan Malaysia sendiri. Selain itu, Perpustakaan Jabatan

Perangkaan Malaysia di Putrajaya turut kaya dengan koleksi bahan-bahan

lain/berkaitan yang turut dikeluarkan dari sumber Jabatan Perangkaan Malaysia

bagi tujuan rujukan anggota dalaman terutamanya seperti Laporan Tahunan

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Program Latihan Jabatan, Laporan Anugerah

Kualiti Teknologi Maklumat & Komunikasi: SISPEKS (Sistem Pengurusan Enterpris

Kecil & Sederhana), Laporan Teknikal Penyiasatan, Laporan Taklimat, Prosedur

Kualiti, Hasil Laporan Penyelidikan/Kajian berkaitan Perangkaan, Garis kasar

kerja di Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Sesi Strategi, Koleksi Laporan

kumpulan Meningkat Mutu Kerja dan lain-lain.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 9: about libraries

8

KOLEKSI TERBITAN JABATAN/KEMENTERIAN LAIN (DALAM NEGARA)

Perpustakaan ini turut menyimpan koleksi buku-buku terbitan yang diterima dari

Jabatan/Kementerian lain seperti Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang

Ekonomi (EPU), Majlis Perundingan Ekonomi Negara, Unit Penyelidikan Sosio-

Ekonomi, Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, Unit Pemodenan Tadbiran &

Perancangan Pengurusan Malaysia MAMPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Akauntan

Negara, Jabatan Audit Negara, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian

Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia,

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian Malaysia,

Kementerian Pembanggunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian

Pembanggunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kementerian Penerangan,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN), Malaysia International Trade & Industry (MITI), Perbadanan

Pembanggunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Institut Integriti Malaysia,

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut of Economic Research (MIER),

Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, KASTAM,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihan Raya, National Productivity Corporation

(NPC) dan lain-lain.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 10: about libraries

9

KOLEKSI KHAS TERBITAN BANK NEGARA MALAYSIA

Bahan-bahan terbitan Bank Negara Malaysia seperti Laporan Tahunan, Buletin

Perangkaan Bulanan, Buletin Suku Tahunan, Laporan Kestabilan Kewangan dan

Sistem Pembayaran, Laporan Tahunan Insurans serta Laporan Tahunan Takaful,

juga boleh didapati di perpustakaan ini.

KOLEKSI LUAR NEGARA

Perpustakaan ini juga ada menerima buku-buku terbitan dari pelbagai Agensi/

Institusi Luar Negara seperti dari Japan, China, Hong Kong, United States of

America, New York, Germany, Paris, Sweden, London, Geneva, Denmark,

Singapore, Indonesia, Thailand dan lain-lain lagi. Kebanyakan buku-buku tersebut

merupakan bahan dari agensi-agensi luar Negara yang terlibat di dalam aktiviti

Perangkaan jua seperti International Statistical Institute (ISI), UNESCO, U.S

Department of Commerce Economics & Statistics, U.S Department of Labor,

U.S Department of Health & Human Service, The World Bank, International

Monetary Fund, ASEAN dan lain-lain.

KOLEKSI KHAS TERBITAN UNITED NATIONS

Di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya terdapat satu rak khas

bagi menempatkan Buku-buku terbitan United Nations, turut menjadi sebahagian

daripada koleksi Perpustakaan ini.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 11: about libraries

10

KOLEKSI LAPORAN TAHUNAN

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia juga memiliki koleksi Laporan

Tahunan yang diterima dari pelbagai agensi seperti Lembaga Getah

Malaysia, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lembaga Hasil

Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Audit Negara. Selain itu, perpustakaan

juga turut menerima laporan tahunan dari INTAN, Agensi Dadah Kebangsaan,

FINAS, UDA Holdings, BPR, Institut Integriti Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara,

Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Turut diperolehi

ialah laporan tahunan MARDI, FELDA, FRIM, Malaysian Industrial Estate (Miel),

Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam, MATRADE, JAKIM, PORIM, FELCRA, SUHAKAM, TELEKOM, SPR, TNB, FAMA,

HICOM dan pelbagai agensi lain.

KOLEKSI RISALAH (PAMPHLET/BROSUR)

Satu rak khas bagi menempatkan bahan-bahan risalah samada dari Terbitan

Jabatan Perangkaan Malaysia sendiri, mahupun yang diterima dari Agensi/

Institusi/Jabatan/Kementerian Dalam dan Luar Negara turut dipamerkan di

dalam ruang perpustakaan.

KOLEKSI BULETIN LUAR JABATAN

Tidak terkecuali, Buletin-Buletin Luar Jabatan dari pelbagai Agensi/

Institusi/Jabatan/Kementerian dari Dalam & Luar Negara yang diperoleh turut

menjadi sebahagian dari koleksi perpustakaan disini.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 12: about libraries

11

KOLEKSI KAMUS DAN ISTILAH

Bagi kegunaan carian kata dan bahasa, terdapat Kamus Dewan dan Kamus

Dwibahasa disediakan. Turut terdapat di perpustakaan ini ialah Oxford

Dictionary, The Collins Concise Dictionary, Chambers Twentieth Century

Dictionary, Chinese English Dictionary, Tatabahasa Dewan dan Tesaurus Umum

Bahasa Melayu. Koleksi kamus dan istilah di perpustakaan ini juga turut disokong

oleh kamus dan istilah–Istilah khusus meliputi bidang seperti Sains,

Geografi, Matematik, Komputer, Undang-Undang, Demografi, Kewangan,

Perakaunan, Perbankan, Perikanan, Perhutanan, Kependudukan, Psikologi,

Pembangunan Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Tekstil, Perubatan, Geologi,

Veterinar, Tekstil dan lain-lain bidang untuk rujukan. Tidak terkecuali,

Dictionary of Statistical Terms turut dimiliki oleh perpustakaan Jabatan.

KOLEKSI RUJUKAN PEPERIKSAAN

Koleksi Rujukan Peperiksaan seperti buku Perintah-Perintah Am dan Arahan

Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Tonggak 12, Arahan

Keselamatan, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia Kita dan

Perkhidmatan Awam Malaysia disediakan untuk kemudahan r u j u ka n ke p a d a

anggota Jabatan yang menghadapi peperiksaan.

KOLEKSI KERTAS KERJA

Koleksi ini mengandungi Laporan Prosiding, Kertas Persidangan, menghadiri

Seminar/Bengkel, Konvensyen & Laporan Kajian dari sumber Dalam dan Luar

Negara.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 13: about libraries

12

KOLEKSI BIMBINGAN DAN MOTIVASI

Himpunan koleksi bahan bacaan berbentuk motivasi, bimbingan jiwa, psikologi,

kaunseling, panduan menangani stress turut disediakan di rak perpustakaan.

KOLEKSI TESIS

Di Perpustakaan Institut Latihan Statistik Malaysia, ada menyimpan koleksi tesis

anggota Jabatan yang berkelulusan Sarjana dan Kedoktoran daripada

beberapa universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara

Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaya.

KOLEKSI JURNAL

Bahan jurnal yang terdapat di perpustakaan ini meliputi Journal of the Royal

Statistical Society, Sankhya: The Indian Journal of Statistics, Journal of Industrial

Technology, di samping jurnal tentang Biometrics. Perpustakaan Jabatan juga ada

memiliki koleksi Journal Pengurusan Awam, International Statistical Review,

Asia-Pacific Population Journal, Journal of Economic Cooperation among I s l a m i c

Countries, Population & Development Review dan Journal of The Department of

Statistics, Malaysia yang diterbitkan secara bersiri.

KOLEKSI ENSIKLOPEDIA

Satu koleksi lengkap Britannica daripada volum 1 sehingga 29 yang terbahagi

kepada Micropaedia (Ready Reference) dan Macropaedia (Knowledge in Dept)

boleh didapati di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 14: about libraries

13

KOLEKSI MAJALAH

Bagi bahan bacaan ringan, koleksi majalah yang dilanggan oleh Perpustakaan

termasuklah National Geography, The Economist, Business Week, Reader’s Digest

Nur, Nona, Mingguan Wanita, Anjung Seri, Malaysian Business, Majalah PC, Seri

Dewi & Keluarga, Pemikir, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Al-Islam,

Time, Majalah MASSA dan Mastika, turut ditempatkan di rak Perpustakaan

Jabatan.

KOLEKSI AKHBAR HARIAN

Perpustakaan ini turut melanggan beberapa akhbar tempatan seperti Utusan

Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The New Straits Times, dan The

Star. Pelanggan hanya boleh membaca akhbar harian di Perpustakaan sahaja.

Manakala itu, sesetengah artikel yang diperoleh daripada akhbar utama tentang

Jabatan ini, Perkhidmatan Awam, Ekonomi (Dalam dan Luar Negeri) dan Sosial

Demografi (Dalam dan Luar Negeri) disusun dalam bentuk buku dan

ditempatkan di Koleksi Buku Keratan Akhbar. Disamping itu Buku Laporan Keratan

Akhbar yang merupakan kompilasi keratan akhbar yang dipilih mengikut tahun

juga disimpan.

KOLEKSI NOVEL

Pelbagai koleksi kumpulan cerpen dan novel bertemakan cinta, sains fiksyen,

kisah kemasyarakatan, kisah kehidupan, isu kemanusiaan, kerohanian di dalam

versi bahasa Malaysia dan Inggeris turut dipamer di rak Perpustakaan.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 15: about libraries

14

KOLEKSI AKTA/PINDAAN/ORDINAN/WARTA/PEKELILING/PERLEMBAGAAN/KANUN

Rujukan mengenai akta yang meliputi Warta Kerajaan, Undang-Undang Malaysia,

Federal Statute Law Reference & Index to State Laws, Perlembagaan

Persekutuan, Perlembagaan & Undang-Undang Am, Perlembagaan Malaysia,

Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Am, Pekeliling Perkhidmatan, Kanun

Tanah Negara, Akta Keterangan Kanun Acara Jenayah & Kanun Kesiksaan,

Kanun Prosedur Jenayah, akta-akta seperti Akta Paten, Akta Paspot, Akta

Pemegang Amanah, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Banci, Akta Parlimen, Akta

Penyiaran dan lain-lain, turut disediakan.

KOLEKSI TATANEGARA

Koleksi ini adalah buku-buku tentang Kenegaraan Malaysia, Warisan Budaya,

Kebangsaan Malaysia, Kejayaan Malaysia, fakta berkaitan Malaysia dan Wawasan

2020. Selain itu, koleksi tentang coretan kenangan, jasa-jasa, perjalanan politik

pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun

Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, turut dipamer di rak

perpustakaan.

KOLEKSI DIREKTORI

Koleksi Perpustakaan turut mengandungi direktori seperti World Fax, InfoToday

Malaysia Business Directory, E-Perolehan Direktori, SMI/SME Business Directory,

Syarikat Terunggul di Malaysia, Trade Directory, Industry and Export Directory ,

Direktori Perpustakaan Negara Malaysia dan lain-lain lagi sebagai rujukan dan

panduan.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 16: about libraries

15

KOLEKSI PETA/ATLAS

Diantara Atlas yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Jabatan Perangkaan

Malaysia di Putrajaya ialah Atlas Banci = Census Atlas, World Reference Atlas,

Peter Atlas of the World, The National Atlas of The Unites States of America,

Atlas on the Building Affected by The Tsunami – 2004, Buku Peta menunjukkan

Sempadan Daerah Pentadbiran & Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Peta

menunjukkan Sempadan PPH Bagi Bandar & Luar Bandar.

KOLEKSI CD

Selain buku, di dalam koleksi perpustakaan terdapat juga bahan dalam bentuk CD

yang terdiri daripada lagu berentak patriotik, lagu tema, audio video bergambar,

slide persembahan multimedia, CD pembelajaran, laporan ekonomi Malaysia,

laporan tahunan sesuatu agensi/jabatan/kementerian, laporan persidangan/

mesyuarat/ bengkel yang diperoleh dari dalam mahupun luar negara.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 17: about libraries

16

Pada masa ini, perpustakaan juga memiliki koleksi buku dalam bidang-bidang seperti

berikut:

BIDANG AGAMA

Buku-buku berunsur keagamaan meliputi bimbingan dan panduan ibadah solat,

tafsir Al-Quran, hadith qudsi, sejarah kisah para rasul, tokoh-tokoh pemikir islam,

zikir, wirid dan doa harian, cerita-cerita pedoman.

BIDANG STATISTIK

Koleksi yang menjurus kepada bidang statistik seperti Probability and

Mathematical Statistics, Business Statistics, Applied Statistics, Statistical Methods

in Research & Production, Statistical Analysis, Statistical Modelling in GLIM.

BIDANG EKONOMI

Koleksi ini meliputi bidang Makroekonomi, Mikroekonomi dan Ekonometrik

termasuk buku mengenai isu Economic Challenges, International Economics,

Money and Banking, Analisis Ekonomi, Kewangan dan lain-lain yang berkaitan.

BIDANG SOSIAL DEMOGRAFI

Koleksi bidang sosial demografi terdiri daripada koleksi berkaitan population,

demography, migration, pembasmian kemiskinan, labour and wages.

BIDANG PENGURUSAN

Buku-buku yang berkaitan termasuklah strategi pengurusan, kepemimpinan,

kerjaya, pengurusan kewangan, organisasi, pengurusan efektif dan gaya

pengurusan.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 18: about libraries

17

BIDANG KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Buku-buku berkaitan ICT termasuklah pengaturcaraan JAVA, Pascal, XHTML

DAN COBOL, pembinaan web site dan multimedia, pangkalan data, Software

Engineering, Internet security, Analisis Data Berkomputer (SPSS) dan panduan

perisian seperti Windows, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access,

Power Point, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Visual Basic.

BIDANG KOMUNIKASI

Buku-buku berkaitan kemahiran komunikasi seperti Pengurusan Khidmat

Pelanggan, Human Relations, Komunikasi Asas, Komunikasi Perniagaan,

Komunikasi Interpersonal, Komunikasi Massa, Perundingan Perniagaan,

Komunikasi Berkesan dan lain-lain.

BIDANG PENDIDIKAN & LATIHAN

Merupakan koleksi berkaitan isu-isu pendidikan & latihan iaitu meliputi latihan

professional, kaedah penilaian sesuatu latihan, pengurusan latihan, perancangan

dan strategi latihan.

BIDANG KESENIAN

Turut terdapat di dalam koleksi perpustakaan adalah buku berkaitan kraf,

dekorasi/hiasan rumah, resipi, gubahan lagu dan lain-lain.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 19: about libraries

18

BIDANG BAHASA, PENULISAN & KESUSASTERAAN

Buku-buku berkaitan pengucapan awam, kaedah menulis laporan/emel/surat,

Writing Report, Esei, Belajar Grammar, Perbualan/Bertutur di dalam Bahasa

Inggeris, Pantun , Antologi Kesusasteraan & lain-lain juga boleh didapati di

perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai rujukan & bacaan.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Page 20: about libraries

19

Page 21: about libraries

20

Sistem Pembekalan Penerbitan atau lebih dikenali dengan Pinjaman Antara

Perpustakaan telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Melalui sistem ini, pengguna boleh

meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi

yang menyertai sistem ini. Pinjaman boleh dibuat dengan menggunakan borang khas

yang boleh didapati dari pihak Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengambilan

dan penghantaran balik bahan adalah atas tanggungjawab pemohon sendiri atau

pemohon boleh meminta pihak perpustakaan mengendalikan proses peminjaman dan

pemulangan bahan. Segala peraturan peminjaman dan pemulangan bahan tertakluk

kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan atau institusi tersebut.

CARA MEMOHON PINJAMAN BUKU MELALUI SISTEM PEMBEKALAN

PENERBITAN (SPP)

1. Pengguna yang memerlukan bahan dari perpustakaan atau institusi lain boleh

memohon melalui Pustakawan di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

2. Peminjam perlu mengisi borang permohonan SPP yang boleh didapati di kaunter

perkhidmatan Perpustakaan.

3. Perkhidmatan SPP juga boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan e-mel,

dan disusuli dengan borang permohonan.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)

Page 22: about libraries

21

4. Pegawai yang memohon perkhidmatan SPP boleh memilih sama ada

menguruskan sendiri pengambilan dan penghantaran balik bahan

ke perpustakaan yang memiliki bahan tersebut atau meminta pihak

perpustakaan yang menguruskan pinjaman bahan.

5. Tempoh pinjaman bergantung sepenuhnya kepada syarat yang ditentukan

oleh perpustakaan atau institusi bahan yang dipinjam. Tempoh pinjaman boleh

diperbaharui, tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh

perpustakaan atau institusi tersebut.

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Page 23: about libraries

22

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN BERKELOMPOK

1. Pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan

Perkhidmatan ini kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Kemudahan yang

disediakan ini ialah dengan meminjamkan jumlah maksimum sebanyak 300

buah buku kepada Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh tiga

(3) bulan.

2. Melalui Perpustakaan, anggota Jabatan Perangkaan Malaysia boleh

meminjam sebanyak 2 buah buku, selama 1 minggu daripada

perkhidmatan pinjaman berkelompok yang disediakan.

3. Segala peraturan serta syarat-syarat pinjaman adalah seperti mana yang

ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Page 24: about libraries

23

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

SISTEM VIRTUAL LIBRARY (V-LIB)

Sistem V-lib adalah singkatan daripada perkataan Virtual Library. Ia merupakan sistem

pengurusan perpustakaan secara digital untuk Perpustakaan Jabatan Perangkaan

Malaysia. Sistem ini merupakan sistem perpustakaan yang berasaskan perkhidmatan atas

talian sepenuhnya iaitu pangkalan data katalog dan indeks Perpustakaan Jabatan

Perangkaan diakses melalui laman web Jabatan. Oleh itu, anggota Jabatan dapat

mengakses koleksi perpustakaan di dalam pangkalan data, di mana sahaja mereka

berada. Sistem yang bercirikan fully web based ini mengandungi modul-modul aplikasi

berikut:

Web OPAC (Web Based On-Line Public Access Catalogue)

Merupakan katalog multimedia di atas talian untuk memudahkan pencarian bahan

perpustakaan oleh pengguna.

SIRKULASI

Merupakan kemudahan dengan tujuan urusan pinjaman, pemulangan dan

tempahan buku secara elektronik.

PATRON MANAGEMENT

Fasiliti ini disediakan bagi urusan pendaftaran pengguna sebagai ahli perpustakaan

dan pemantauan oleh pegawai yang bertanggunjawab.

Page 25: about libraries

24

CAPAIAN AKSES SISTEM VIRTUAL LIBRARY (V-LIB)

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Bagi anggota Jabatan atau pengguna luar yang ingin menggunakan Sistem V-lib, setiap

pengguna perlulah melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia berikut

http://www.statistics.gov.my/portal, untuk mendapatkan paparan di atas. Seterusnya,

pengguna perlu ke menu DOS COMMUNITY dan di bawah menu DOS COMMUNITY, pilih

dan klik butang Online Library.

Sila klik pada butangOnline Library

Page 26: about libraries

25

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

KATALOG (Web OPAC)

Web OPAC merupakan singkatan perkataan Web Online Public Access Catalogue. Web

OPAC merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Perpustakaan.

Web OPAC adalah rekod asas yang memberi maklumat mengenai bahan-bahan yang ada di

Perpustakaan. Maklumat bibliografi sesuatu bahan boleh diperoleh dengan menyemak

katalog melalui:

Title

Subject

Publications

Keyword

ISBN (International Standard Book Number)

Call Number

Author

Accession Number

Dengan adanya kemudahan Web OPAC ini, ia dapat membantu pengguna mengakses

koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini. Ia juga berfungsi sebagai alat

penunjuk lokasi sesuatu bahan. Ini dapat memudahkan pengguna mengesan di mana

sesuatu bahan itu ditempatkan di dalam perpustakaan.

Page 27: about libraries

26

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Melalui laman utama sistem Online Library, pengguna boleh klik butang Web OPAC

untuk memulakan pencarian buku.

Seperti perpustakaan lain, Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia turut tidakketinggalan memberikan perkhidmatan Sudut Siber dengan menyediakan kemudahankomputer & mesin pencetak kepada para pengguna perpustakaan.

PANDUAN MENGGUNAKAN Web OPAC

PERKHIDMATAN SUDUT SIBER

Page 28: about libraries

27

Page 29: about libraries

28

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

1 . Untuk menjadi ahli perpustakaan, semua anggota Jabatan Perangkaan Malaysia di

Ibu Pejabat (Putrajaya dan Wisma Minlon), JP Negeri dan anggota kader, perlu

mendaftar keahlian dengan mengisi “Borang Keahlian Perpustakaan” yang boleh

didapati di kaunter perkhidmatan Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

2 . Pendaftaran ini membolehkan anggota Jabatan membuat sebarang proses

peminjaman koleksi bahan perpustakaan.

3 . Setelah berdaftar, pemohon yang hendak meminjam bahan perpustakaan,

hendaklah mengemukakan nombor kad pengenalan diri kepada pihak Perpustakaan

bagi membolehkan proses peminjaman bahan dibuat melalui sistem.

4 . Tiada sebarang yuran keahlian dikenakan.

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Page 30: about libraries

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

A. BUTIRAN PERIBADI

1. NAMA

2. *NO. KAD PENGENALAN

3. JAWATAN SEKARANG

4. GRED JAWATAN Beserta Skim

contoh: E17

5. ALAMAT BAHAGIAN/NEGERI/KADER

BANDAR POSKOD

NEGERI

6. NO. TELEFON (PEJABAT)

7. NO. TELEFON MOBIL

8. NO. TELEFON (RUMAH)

9. NO. FAKS

10. *E-MEL JABATAN

11. *E-MEL LAIN

B. PENGESAHAN

Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan : Tarikh :

Nama :

Jawatan :

Catatan: * Ruangan yang wajib di isi oleh pengguna

ARAS 4, BLOK C6, KOMPLEKS C

62514, PUTRAJAYA

BORANG KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

TELEFON: 03 - 88857342

PERPUSTAKAAN *Sila lekatkan

gambar berukuran

pasport

Page 31: about libraries

PERATURAN SEMASA DI

PERPUSTAKAAN :-

1. Pengguna hendaklah sentiasa memakai tanda nama/pas

keselamatan Jabatan apabila berada di Perpustakaan.

2. Tidak dibenarkan tidur, membuat bising, merokok, makan dan

minum semasa di perpustakaan.

3. Pengguna perlu menjamin keselamatan bahan perpustakaan dan

jangan merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti membuat

catatan, menconteng, mengoyak, memotong dan sebagainya.

4. Pastikan telefon bimbit berada di dalam keadaan mod senyap.

5. Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul

sampah yang disediakan.

6. Letakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan.

7. Bagi pelajar Universiti/Kolej (awam atau swasta), penyelidik &

orang awam boleh membuat rujukan di Perpustakaan, dengan

membawa surat rasmi permohonan membuat rujukan/penyelidikan

yang dikeluarkan melalui Institusi masing-masing dan mengisi

maklumat peribadi di dalam Buku Rekod Pelawat Perpustakaan

yang disediakan.

8. Beg pengguna hendaklah diletakkan di rak simpanan barang yang

disediakan.

Page 32: about libraries

*POLISI PINJAMAN*

1. Untuk melayakkan anggota Jabatan membuat peminjaman,

anggota perlu menjadi ahli atau berdaftar sebelum membuat

sebarang proses peminjaman bahan.

2. Sila kemukakan kad pengenalan untuk membenarkan sistem

mengakses patron ID bagi membolehkan proses pinjaman bahan

dibuat.

3. Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau

kerosakan bahan yang dipinjam. Bahan perpustakaan yang

dirosakkan / dihilangkan oleh peminjam hendaklah diganti dengan

bahan yang sama atau denda akan dikenakan pada peminjam.

4. Anggota Jabatan yang membuat peminjaman bahan tidak boleh

memberi bahan yang dipinjam kepada pihak ketiga.

5. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau

pada tarikh yang ditetapkan.

6. Dalam keadaan tertentu, peminjam boleh dimohon untuk

mengembalikan bahan yang masih dalam tempoh pinjaman (jika

perlu).

7. Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan adalah

dikecualikan daripada proses peminjaman bagi tempoh waktu yang

telah ditetapkan.

8. Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia membenarkan

pengguna dari Institusi lain yang hendak membuat pinjaman bahan

melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).

9. Had kuantiti buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak 3 naskhah

& tempoh membuat pinjaman maksimum yang diberikan adalah

selama satu ( 1 ) minggu.

Page 33: about libraries

POLISI

*PEMBAHARUAN PINJAMAN*

1. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui atau dilanjutkan.

Namun begitu, pembaharuan hanya boleh dibuat sekiranya tiada

tempahan pinjaman dilakukan oleh pengguna lain dalam tempoh

tersebut.

2. Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu

memberitahu pihak perpustakaan sebelum atau pada hari tarikh

bahan sepatutnya dipulangkan.

3. Untuk memperbaharui pinjaman, peminjam perlu membawa buku

yang dipinjam ke Perpustakaan terlebih dahulu untuk

membolehkan pihak perpustakaan membuat penyemakan dari segi

keadaan fizikal bahan sebelum dibenarkan untuk diperbaharui.

4. Pembaharuan tempoh pinjaman bagi satu judul buku hanya boleh

dibuat sekali sahaja.