98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

16
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT 34250 TANJONG PIANDANG, PERAK. KERTAS KERJA PELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2012 1. TUJUAN Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. 2. KONSEP Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. 3. OBJEKTIF Objektif Guru Penyayang; 3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Upload: che-zai

Post on 22-Nov-2014

151 views

Category:

Career


1 download

DESCRIPTION

fjyjhrd

TRANSCRIPT

Page 1: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT34250 TANJONG PIANDANG, PERAK.

KERTAS KERJAPELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2012

1. TUJUAN

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan

membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEP

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,

mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna

Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)

terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)

dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat,

berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting

yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi

setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru

dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF

Objektif Guru Penyayang;

3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada

sekolah.

4. JAWATANKUASA PENGELOLA

Page 2: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

PENASIHAT : PN HJH SITI EISHAH BT HJ SHAKARANI

GURU BESAR SK HAJI RAMLI

PENGERUSI : PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN

PK HEM SK HAJI RAMLI

NAIB PENGERUSI 1 : EN ZOLKIFLE B AHMAD

PK PENTADBIRAN SK HAJI RAMLI

NAIB PENGERUSI 11 : PN NORAIN BT HJ MAT SAID

PK KOKURIKULUM SK HAJI RAMLI

SETIAUSAHA : PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD

AHLI JAWATANKUASA : 1. EN. ANUAR B. HASSAN

2. PN ANISAH BT OSMAN

3. PN NORHAYATI BT SALLEH

4. PN RAHIMAH BT BERAHIM

5. PN. AZLISANA BT ROHANI

5. JAWATANKUASA KERJA

Semua guru Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat sesi 2012.

6. SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat sesi 2012.

7. TEMPOH PELAKSANAAN

Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2012.

8. AKTIVITI

Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya

guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang

secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah

melaksanakan tiga aktiviti berikut;

8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid

8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee

8.3 Memberi penghargaan kepada murid

Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER :

Page 3: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Haji Ramli, Kedai Empat.

JANGKAAN PERBELANJAAN :

Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2012 adalah

dianggarkan sebanyak RM 90.00 ( Sembilan Puluh Ringgit Sahaja )

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah (RM)

1Banner Guru Penyayang / mengalukan

kedatangan murid.70.00

2 Perbelanjaan Runcit Mentor Mentee 20.00

JUMLAH 90.00

10. PENUTUP

Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai

objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang

baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan

pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan.

Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah,

malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar

bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih

daripada itu. Semoga segala impian SK Haji Ramli akan bertukar realiti.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………..

(Pn Murshu Hail bt Muhamad )

Setiausaha Program Guru Penyayang

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Sk Haji Ramli, Kedai Empat

………………………………………………

KEDAI EMPAT

Page 4: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

PROGRAM GURU PENYAYANG

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT.

Page 5: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG SESI 2012

Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut:

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

1 MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID

a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah

i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru

ii. Semasa murid datang ke sekolah

iii. Semasa murid pulang dari sekolah

i. Menyambut kedatangan murid:

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria

b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid

c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid

ii. Membuat Sapaan

a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: “Selamat pagi”, “Selamat datang” , “Jemput masuk”

b. Lambaian pulang Contoh: “Selamat pulang”, “Jaga diri baik-baik”, “Jumpa lagi”

c. Bertanya khabar Contoh: “Apa khabar hari ni?”, “ Dah makan ke belum ?”

Barisan kepimpinan sekolah

Guru yang bertugas mingguan.

Page 6: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah

Contoh: a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi mengalu- alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang

Contoh: “Kehadiran Anda Impian Kami”

b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah

i. Semasa di bilik darjah

ii. Semasa di kantin

iii. Semasa aktiviti kokurikulum

iv. Semasa perhimpunan

Interaksi Guru (rapport)

i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa

ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid

iii. Membuat sapaan

iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid

Semua guru

Page 7: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

2 MENTOR MENTEE( RUJUK LAMPIRAN B & C)

a. Pelaksanaannya bertujuan untuk:

i. Membangunkan sahsiah diri murid

ii. Membina jati diri murid

iii. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid

b. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i) Sesi ramah mesraii) Meraikan hari lahiriii) Bimbingan hala tuju hidupiv) Sesi perkongsian masalah

1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee

2. Strategi pelaksanaannya:

i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas.

ii. Perjumpaan diadakan sekurang- kurangnya empat kali setahun dan diselaraskan dalam jadual waktu harian

3. Pengisian semasa perjumpaan:

i. Membuat sapaan serta beramah mesra untuk mengeratkan hubungan mentor mentee.

ii. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee.

iii. Membimbing serta memberi motivasi mentee mengatasi masalah peribadi mahupun pelajaran.

iv. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya masa depan.

v. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri.

4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah

5. Aktiviti dan laporan perjumpaan didokumentasikan

6. Menyediakan profil setiap mentee.

MENTORGuru terpilih

MENTEESemua murid

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

Page 8: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

3 PENGHARGAAN MURID a) Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui:

Aktiviti meraikan murid:

i) Hari Lahir Murid

ii) Sambutan Hari Kanak-Kanak

iii) Perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidil Fitri.

b) Pengiktirafan kepada murid melalui :

i) Menampal hasil kerja murid di sudut yang bersesuaian.

i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai, dengan penuh kasih sayang

ii. Antara kaedah yang digunakan :

a. Mengumumkan ucapan selamat .

b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan

Contoh: Lagu Hari Lahir Lagu Perayaan Utama

c. Membaca doa selamat kepada murid yang menyambut Hari Lahir pada setiap kali bacaan Yasin diadakan pada setiap hari Jumaat

iii. Aktiviti meraikan Hari Lahir murid dilaksanakan semasa perhimpunan pagi .

Semua guru termasuk pentadbir

sekolah

Page 9: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

PROGRAM MENTOR MENTEE

LAMPIRAN B

SENARAI NAMA MENTOR

BIL KELAS NAMA MENTOR BIL. MENTEE

1 TAHUN 1PN RAHIMAH BT BERAHIM 14

EN ANUAR BIN HASSAN 14

2 TAHUN 2PN ROHANI BT ABDUL HAMID 13

PN HALIZA AKMAR BT ABD RAHMAN 12

3 TAHUN 3PN AZLISANA BT ROHANI 13

CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL 12

4 TAHUN 4

CIK SARASUVATHI A/P PALAKURU 11

CIK NOR LINA BT HUD 10

PN SUZANA BT ALIAS 10

5 TAHUN 5

PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD 10

PN NORHAYATI BT SALLEH / PN HASMAH BT SHARIF 10

CIK SHAFIDA AZWANI BT MOHD SHAFIE 10

6 TAHUN 6PN ZARINA BT MOHAMAD ROOZI 12

PN ANISAH BT OSMAN 16

Page 10: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang
Page 11: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang

BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

1 Beramah mesra bersama mentor dan mentee

2 Bimbingan hala tuju hidup dan kerjaya

3 Post mortem keputusan peperiksaan

4 Sesi perkongsian masalah ( peribadi / pembelajaran )

5 Memberi motivasi membentuk jati diri dan sahsiah diri

6 Meraikan Hari Lahir

PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Program mentor mentee dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Dijalankan pada hari Rabu jam 2.30-3.30 ptg dan tertakluk pada kelapangan mentor tersebut.

Page 12: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang
Page 13: 98913340 kertas-kerja-guru-penyayang