7.9

7
Keelektromagnetan ialah kajian tentang hubungan antara kelektrikan dengan kemagnetan. Elektromagnet ialah konduktor yang mempunyai sifat yang sama seperti magnet apabila arus eletrik mangalir melaluinya Elektromagnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Jenis kutub elektromagnet bergantung kepada arah arus elektrik yang mengalir melaluinya. Keelektromagnetan iaitu kesan magnet yang dihasilkan oleh arus dalam satu konduktor. Wayar lurus yang membawa arus mempunyai medan magnet bulat yang mengelilinginya. Kemagnetan suatu elektromagnet akan hilang jika arus elektrik yang mengalir melaluinya dihentikan. Elektromagnet digunakan dalam alat-alat seperti telefon, loceng elektrik, kren elektromagnet.

Upload: zealot90

Post on 19-Jun-2015

185 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7.9

Keelektromagnetan ialah kajian tentang hubungan antara kelektrikan dengan kemagnetan. Elektromagnet ialah konduktor yang mempunyai sifat yang sama seperti magnet apabila arus eletrik mangalir melaluinya Elektromagnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Jenis kutub elektromagnet bergantung kepada arah arus elektrik yang mengalir melaluinya. Keelektromagnetan iaitu kesan magnet yang dihasilkan oleh arus dalam satu konduktor. Wayar lurus yang membawa arus mempunyai medan magnet bulat yang mengelilinginya. Kemagnetan suatu elektromagnet akan hilang jika arus elektrik yang mengalir melaluinya dihentikan. Elektromagnet digunakan dalam alat-alat seperti telefon, loceng elektrik, kren elektromagnet.

Page 2: 7.9
Page 3: 7.9

Elektromagnet terdiri daripada satu solenoid (gegelung dawai) yang dililit mengelilingi satu teras besi jati.

Teras besi jati berfungsi untuk memperkuatkan kemagnetan solenoid.

Besi jati digunakan kerana lebih senang dimagnetkan dan lebih senang menghilangkan kemagnetannya apabila arus elektrik berhenti mengalir melaluinya.

Page 4: 7.9

Apabila arus elektrik dialirkan, besi jati menjadi sebatang magnet. Tapi, kemagnetan hilang apabila arus elektrik terputus.

Kekuatan medan magnet pada elektromagnet dapat ditingkatkan dengan:a) Menambah bilangan lilitan solenoidb) Membesarkan arus elektrik yang mengalirc) Mengurangkan diameter solenoid.

Page 5: 7.9
Page 6: 7.9
Page 7: 7.9

Apabila suis dihidupkan, arus elektrik mengalir menerusi litar.

Elektromagnet pada loceng menarik armatur dan pemukul bersama-sama menyebabkan pemukul itu mengetuk loceng. Bunyi terhasil.

Pada masa yang sama, litar dipukulkan pada titik sentuhan.

Arus elektrik berhenti mengalir dan kemagnetan elektromagnet hilang. Armatur ditarik balik ke kedudukan asalnya oleh spring dan menyentuh titik sentuh sekali lagi.

Elektromagnet menarik armatur semula dan pemukul mengetuk loceng semula.

Proses ini berulang untuk menghasilkan bunyi dering pada loceng elektrik.