76231470 kertas kerja lawatan luar
DESCRIPTION
ffgfhffhTRANSCRIPT
PUSAT TUISYEN TEDUHAN IMANNo 2A, Lot PT 4447 Bangunan MDHT
21800 Ajil, Terengganu
KERTAS KERJALAWATAN RIADAH KE
SEKITAR NEGERI PAHANG
Bukit Gambang Water Park Pantai Teluk Cempedak Mini Zoo Taman Teruntum Muzium Sungai Lembing
TARIKH :16 Julai 2011 (Sabtu)
MASA :7.00 pagi – 7.00 petang
1.0 PENDAHULUAN
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah semata-mata, malah dapat diperolehi melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas. Guru-guru sebagai pembimbing boleh mendorong para pelajar menimba suatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan para pelajar.
Atas kesedaran ini, tenaga pengajar Pusat tuisyen Teduhan Iman telah merancang satu program “Lawatan Riadah ke Sekitar Negeri Pahang” bagi membawa para pelajar mengenali tempat-tempat menarik di negeri lain di samping dapat merehatkan badan dan menenangkan fikiran setelah penat memeras akal dalam pembelajaran.
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif program lawatan ini diadakan adalah :2.1 Membuka minda para pelajar tentang tempat-tempat menarik di negeri lain di
samping merasai sendiri keseronokan daya tarikan pelancong yang disediakan.2.2 Memberi ruang kepada pelajar merehatkan badan dan fikiran sebelum menghadapi
peperiksaan yang bakal diduduki tidak lama lagi.2.3 Mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru agar lebih harmoni
bagaikan sebuah keluarga.
3.0 SASARAN
Program lawatan ini dikhususkan bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Walau bagaimanapun, penyertaan terbuka kepada semua pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Teduhan Iman.
4.0 AJK PELAKSANA
PENAUNG : En. Zulkarnain Bin IsmailPENASIHAT : Pn. Ainis Azira Binti Haji IsmailGURU PENGIRING : Penyelaras Program - Pn. Syahida Hanum Binti Ab Rahim
AJK Kawalan Pelajar - Pn. Rolizawati Bt IbrahimAJK Keselamatan - Pn. Shafiza Bt AbdullahAJK Makanan - Cik Marsilla Bt MajitAJK Fotografi - Pn. Ma
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 7.00 petang
Tempat : i) Bukit Gambang Water Parkii) Pantai Teluk Cempedakiii) Mini Zoo Taman Teruntumiv) Muzium Sungai Lembing
Penyertaan : Guru Pengiring – 10 orangPelajar – 76 orangJumlah – 86 orang
6.0 SUMBER KEWANGAN
Yuran Pelajar Sekolah Rendah RM 50 x 50 = RM 2500 Sekolah Menengah RM 65 x 20 = RM 1300
JUMLAH = RM 3800
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KADAR JUMLAH
Tiket Masuk Sek Rendah Sek Menengah Guru Pengiring
RM 14 x 50RM 20 x 20RM 19 x 6
RM 700RM 400RM 114
Makan Minum Minuman Ringan Makan Tengahari
RM 2 X 90RM 6 x 90
RM 180RM 540
Tambang Bas RM 950 x 2 RM 1900
Sewa Cabana RM 70 x 1
Cenderahati Guru Pengiring RM 10 x 10
TOTAL RM 3834
8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.00 pagi Berhimpun di Dataran Teduhan Iman
7.30 pagi Bas bertolak ke Pahang
10.00 pagi Tiba di Bukit Gambang Water Park
1.00 tengahariMenuju ke Pantai Teluk Cempedak
Makan tengahari Solat Zohor
3.00 petang Melawat Muzium Sungai Lembing
4.00 petang Melawat Mini Zoo Taman Teruntum
5.00 petang Bertolak pulang ke Terengganu
7.00 petang Dijangka tiba
9.0 PENUTUP
Diharapkan agar program “Lawatan Riadah ke Sekitar Negeri Pahang” ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semoga objektif program ini dapat dicapai sepenuhnya. Kejayaan pelaksanaan program ini menunjukkan komitmen padu dan kerjasama jitu yang telah diberikan oleh semua pihak.
Disediakan Oleh :
..............................................................(PN. SYAHIDA HANUM BINTI AB RAHIM)Penyelaras Program“Lawatan Riadah ke Sekitar Negeri Pahang”
Disemak dan Disahkan Oleh : Diluluskan Oleh :
..................................................... ...............................................(PN. AINIS AZIRA BINTI HJ ISMAIL) (EN. ZULKARNAIN BIN ISMAIL)Guru Besar PengelolaPusat Tuisyen Teduhan Iman Pusat Tuisyen Teduhan Iman