7 strategi pemasaran gerilla

27
Pemasaran Gerilla Tujuh Langkah Strategi Paling Ganas. 1 | Page

Upload: hakimengineeremaspg

Post on 31-Dec-2014

67 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Pemasaran Gerilla

Tujuh Langkah Strategi Paling Ganas.

1 | P a g e

Page 2: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Kandungan.

Pengenalan pemasaran gerilla atau Gerilla Marketing.

Rahsia terbesar pemasaran

Asas Pemasaran yang anda perlu tahu.

Tujuh Langkah Keramat.

Bagaimana hendak mengaktifkan pemasaran gerilla.

2 | P a g e

Page 3: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Pengenalan pemasaran gerilla atau

Gerilla Marketing.

Gerilla Marketing di asaskan oleh Jay Conrad Levinson. Konsep gerilla

marketing adalah melakukan pemasaran dengan bajet yang rendah tetapi

mampu memberi keuntungan yang sangat memberangsangkan. Idea

pemasaran gerilla tercetus apabila Jay mengadakan kelas mengenai

copywriting pada hujung minggu di satu universiti.

Di sebabkan pengalamannya yang agak meluas, dia menjadi tempat rujukan

bagi pelajar – pelajar yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka

sendiri. Pada satu hari, salah seorang dari pelajarnya bertanya padanya

sama ada dia boleh beri cara bagaimana hendak memulakan perniagaan

dengan modal yang sedikit.

Di sebabkan jay tidak pernah menulis berkenaan tajuk tersebut, dia berjanji

akan memberi cadangan buku rujukan untuk di rujuk oleh pelajarnya. Dia

kemudiannya mencari buku berkenaan tajuk tersebut di merata – rata

perpustakaan dan kedai buku. Namun, tiada satu buku pun yang bertepatan

dengan tajuk yang pelajarnya mahu.

Oleh sebab dia sudah berjanji pada pelajarnya bahawa dia ingin membantu

mereka, dia nekad untuk menulis sendiri panduan mengenainya sebagai

rujukan untuk pelajar – pelajarnya. Dari sini, terhasillah konsep gerilla

marketing. Gerilla marketing sangat berkesan. Ramai usahawan tidak tahu

3 | P a g e

Page 4: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

mengenai pemasaran, hanya mengikut sahaja apa yang di ajar oleh gerilla

marketing ini dan akhirnya perniagaan mereka maju dengan pesat beserta

dengan keuntungan yang sangat luar biasa.

4 | P a g e

Page 5: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Rahsia terbesar pemasaran.

Rahsia pemasaran yang paling hebat adalah bermula dengan menulis

strategi pemasaran dan mengikut rancangan yang di tulis.’Create a plan and

stick to it’. Rancangan pemasaran hanya di ubah jika terdapat keperluan.

Contoh paling tepat adalah peristiwa kewujudan Gerilla Marketing itu sendiri.

Pada awalnya Jay ingin memenuhi kehendak pelajarnya sebagai mematuhi

strategi pemasarannya iaitu memberi servis yang terbaik pada

pelanggannya. Namun di sebabkan dia tidak berjaya menemui buku yang

sesuai, dia menukar strategi pemasarannya berdasarkan keperluan iaitu

menulis buku mengenai tajuk yang di minta oleh pelajarnya.

Hasil tulisan bukunya, dia telah di panggil untuk mengadakan seminar di

seluruh negara Amerika. Di sebabkan dia nekad untuk mengikut strategi

pemasaran yang dia rancang pada awalnya, dia akhirnya menemui satu

keperluan untuk di jadikan sebagai produk terbarunya di samping memberi

servis terbaik pada anak muridnya.

Buku yang pada awalnya di tulis untuk memenuhi permintaan 100

pelajarnya, telah meletup di pasaran di mana ia telah di alih bahasa kepada

43 bahasa. Hasil nekad dia untuk mengikut strategi pemasaran yang

dirancang telah membuka peluang yang sangat besar pada dirinya.

5 | P a g e

Page 6: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Asas pemasaran yang anda perlu tahu.

Asas pemasaran yang anda perlu tahu adalah tujuan pemasaran bukannya

hendak menjual barang tetapi untuk memberitahu kewujudan perniagaan

dan produk anda. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli

barang dari anda. Perasaan ingin membeli datang dari hati mereka sendiri.

Contohnya, anda ingin menjual hanphone terbaru keluaran syarikat anda.

Dengan ini, anda beriklan di televisyen mengenai handphone anda. Ramai

orang menonton iklan anda dan mereka tahu bahawa syarikat anda sudah

mengeluarkan handphone jenis sekian – sekain. Namun, bukannya semua

akan membeli. Hanya sebilangan yang terpikat sahaja yang akan membeli.

Bilangan mereka yang membeli juga tidak 100 peratus datang dari penonton

di televisyen, ia mungkin di beli oleh mereka yang tidak pernah langsung

menonton iklan anda di televisyen. Ia terjadi kerana mereka yang menonton

iklan tersebut menyebarkan pada pihak ketiga. Jadi, konsep sebenar

pemasaran adalah memberitahu.

Dari 100 orang yang melihat iklan anda, hanya 10 peratus sahaja yang akan

ambil tahu manakala yang akan membeli adalah seorang atau tiada

langsung. Namun, 10 peratus yang ambil tahu ini akan menyebarkan pada

pihak ketiga di mana ia memberi kelebihan pada produk anda.

Tujuh Langkah Keramat.

6 | P a g e

Page 7: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Tujuh langkah keramat adalah antara teknik pemasaran yang paling

berkesan di dunia. Berikut adalah tujuh langkah keramat

1. Tentukan kaedah pemasaran dan tindakan yang akan di ambil

pelanggan untuk membeli produk anda.

2. Tentukan faedah utama produk anda yang mampu memberi pesaingan

yang kompetitif pada pesaing anda yang lain.

3. Tentukan target pasaran bagi produk anda.

4. Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda gunakan.

5. Tentukan niche produk anda.

6. Tulis identiti syarikat anda.

7. Bajet bagi pemasaran anda.

Langkah pertama : Kaedah pemasaran.

Langkah pertama dalam pemasaran gerilla anda adalah anda tentukan

kaedah pemasaran bagi produk anda dan tentukan juga kaedah bagaimana

pelanggan hendak membeli produk dari anda.

Apakah kaedah pemasaran bagi produk anda?

Kaedah pemasaran di tentukan melalui kaedah bagaimana pelanggan

hendak membeli produk dari anda. Adakah anda mahu pelanggan membeli

secara online, secara runcit, secara jualan langsung, melalui telefon atau

datang ke kedai anda secara terus?

7 | P a g e

Page 8: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Jika anda mahu pelanggan mahu membeli secara runcit, kaedah pemasaran

anda lebih kepada memasarkan produk anda pada usahawan runcit supaya

mereka menerima produk anda untuk di jual di kedai mereka.

Jika anda mahu pelanggan anda membeli secara online atau datang ke

kedai, kaedah pemasaran anda terdiri dari teknik online dan offline di mana

kedua-duanya akan di lakukan serentak.

Tentukan bagaimana anda hendak menjual produk anda. Dari situ tentukan

pula kaedah pemasaran bagi produk anda. Kaedah pemasaran penting

supaya anda boleh fokus di mana dan bagaimana anda hendak melakukan

pemasaran.

Katakan anda ingin membuka kedai photostat dan cara pelanggan hendak

membeli perkhidmatan anda adalah dengan datang ke kedai anda. Dari sini,

fokus pemasaran anda adalah untuk membawa pelanggan datang ke kedai

anda.

Langkah kedua : Tentukan faedah utama bagi produk anda.

Langkah kedua dalam pemasaran gerilla adalah menentukan faedah utama

bagi produk anda. Ciri – ciri produk dan faedah adalah berlainan. Ciri – ciri

8 | P a g e

Page 9: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

adalah spefikasi dan fungsi produk anda manakala faedah adalah apa yang

pelanggan mampu peroleh dari produk yang anda jual.

Anda perlu cari satu feadah utama yang mampu membuatkan pelanggan

teruja untuk memilikinya. Kebanyakan penjual kereta tidak bersaing dari

segi kualiti kereta yang mereka jual, sebaliknya mereka bersaing dari cara

pembayaran. Oleh itu, anda dapat lihat jurujual kereta yang berjaya

selalunya di sebabkan mereka mampu memberi apa yang pelanggan mahu

iaitu skim pembayaran mudah.

Katakan anda lapar dan mahu makan makanan dengan segera. Di sebabkan

anda mahu segera, hati anda lebih cenderung ke arah kedai makanan

segera seperti McD atau KFC di mana anda akan terus memperoleh

makanan selepas membuat pesanan. Restoran makanan segera memberi

apa yang pelanggan mahu iaitu makanan segera. Faedah utama bagi

makanan segera adalah segara, selepas itu, barulah mereka bersaing ddari

segi kesedapan.

Anda perlu cari satu tema atau faedah utama dalam produk anda. Dengan

menggunakan faedah ini, anda akan melakukan serangan gerilla terhadap

pasaran.

Cara hendak mencari faedah utama bagi produk anda adalah mencari apa

yang bakal pelanggan anda nikmati selepas menggunakan produk anda.

Katakan anda menjual ebook, apa yang mampu pelanggan dapat dengan

menggunakan informasi dalam ebook anda selepas mereka membeli produk

9 | P a g e

Page 10: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

anda. Cari satu faedah utama dan gunakan ia sebagai tema pemasaran

anda.

Jika anda menjual perkhidmatan pula, anda perlu jelaskan faedah yang bakal

pelanggan miliki jika mereka menggunakan perkhidmatan anda. Contohnya

anda menjual perkhidmatan menarik kereta yang rosak, anda boleh

promosikan faedah anda iaitu 24 jam perkhidmatan sehari.

Anda perlu pilih satu faedah yang bakal memberi tanggapan positif dari

pengguna.

Langkah ketiga : Target pasaran produk anda.

Kepada siapa anda ingin menjual produk anda? Adakah pada orang ramai

atau golongan tertentu sahaja? Anda perlu tentukan target pasaran bagi

produk anda.

Kedai photostat contohnya. Target pasaran bagi kedai ini sudah pasti

golongan yang suka menggunakan perkhidmatan photostat seperti pelajar

dan guru. Target utamanya sudah pasti universiti, kolej-kolej dan sekolah.

Dengan fokus pada target pasaran iaitu pelajar dan guru, strategi

pemasaran anda akan lebih tersusun nanti.

Tentukan target pasaran bagi produk anda dengan mengambil kira siapa

golongan paling banyak akan menggunakan produk anda.

10 | P a g e

Page 11: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Langkah Keempat : Senaraikan senjata pemasaran yang bakal anda

gunakan.

Senjata pemasaran adalah senjata yang bakal anda gunakan dalam

pemasaran gerilla anda. Berikut adalah senarai 200 senjata pemasaran

gerilla yang saya dapat kumpulkan.

1. Rancangan pemasaran

2. Kalendar pemasaran

3. Identiti

4. Kad perniagaan

5. Alat tulis.

6. Surat peribadi

7. Pemasaran telefon

8. Talian bebas tol

9. Nombor telefon untuk pertanyaan.

10. Yellow pages

11. Poskad

12. Penghias poskad.

13. Classified ads.

14. Pra order

15. Iklan percuma di kedai.

16. Circular and flies.

17. Papan kenyataan.

18. Iklan di wayang

19. Papan tanda kedai di tepi jalan.

20. Banner

11 | P a g e

Page 12: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

21. Window display

22. Inside signs.

23. Poster

24. Canvassing

25. Door hangers

26. Tempat tekan butang lif

27. Testimoni

28. Jualan backend

29. Surat rekomendasi

30. Attendance at trade shows

31. Pengiklanan

32. Direct mail

33. Iklan di surat khabar.

34. Iklan di radio

35. Iklan di majalah.

36. Bilboards

37. Iklan di televisyen.

38. Komputer

39. Printer atau Mesin Faks.

40. Ruang chat.

41. Forums

42. Internet bulletin boards

43. Senarai emel

44. Emel secara peribadi.

45. Signature emel.

46. Canned emel

47. Bulk emel

48. Audio and video postcards

49. Nama domain

50. Website

51. Landing page

12 | P a g e

Page 13: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

52. A merchant account

53. A shopping cart

54. Autoresponders

55. Search engine ranking.

56. Brochures elektronik.

57. RSS feeds

58. Blogs

59. Podcasting

60. A personal ezine

61. Ads in other ezine

62. Ebooks.

63. Content provision

64. Webinars

65. Joint ventures

66. Word of mouth

67. Viral marketing

68. Ebay and other auction sites

69. Click analyzers

70. Pay per click Ads

71. Search engine keywords

72. Google adwords

73. Sponsored links

74. Reciprocal link exchanges

75. Banner exchanges

76. Web converson rates

77. Knowledge of your market

78. Research studies

79. Specific customer data.

80. Case studies

81. Kongsi

82. Brochures

13 | P a g e

Page 14: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

83. Katalogs

84. Direktori perniagaan.

85. Public service announcement

86. A newsletter.

87. Speeches

88. Free consultations

89. Demostrasi percuma

90. Seminar percuma

91. Artikel

92. Columns

93. Menulis buku.

94. Publishing on demand

95. Workshops

96. Teleseminar

97. Infomercials.

98. Pembelajaran berterusan

99. Marketing insight

100. Diri sendri

101. Kebolehan untuk take action

102. Beri perhatian dengan teliti.

103. Fokus

104. Kelajuan

105. Bersemangat.

106. Berani bersaing

107. Agresif

108. Neatness

109. Keyakinan diri.

110. Murah hati

111. Fleksible

112. Kesabaran

113. Sensitif

14 | P a g e

Page 15: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

114. Minat yang mendalam.

115. Melayan pelanggan dengan sopan di telefon.

116. Jujur

117. Senang dalam proses urusniaga.

118. Adapting a noble character.

119. Extra value

120. Value story

121. Spying

122. Referral program

123. Upgrade opportunity

124. Harga

125. Selection

126. Servis

127. Quality

128. Efficiency

129. Reputasi

130. Kredibiliti

131. Financing availability.

132. Credit card acceptance

133. Days of operation

134. Hours of operation

135. Lokasi

136. Headline

137. Copywriting.

138. Writing ability

139. Tema

140. A memo

141. A name

142. Inteligent positioning

143. Brand name awareness

144. A proper view of marketing

15 | P a g e

Page 16: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

145. Subliminal marketing

146. Being a TV talk show

147. Being a radio talk show.

148. Product placement.

149. Branded entertainment

150. Marketing on hold

151. A tracking plan.

152. Follow up

153. Lead buying

154. Baking or crafts ability

155. Jaminan

156. Pertandingan

157. Free trial

158. Kupon

159. Reprints

160. Flip charts

161. Audio visual aids

162. Gift certificates

163. Luxury box.

164. A name tag at event.

165. Special events

166. A tradeshow booth

167. Free directory listing

168. Club and associations

169. Communitiy involvement.

170. Buzz.

171. Word of mouse

172. Barter

173. Fusion marketing

174. Public relations

175. Service

16 | P a g e

Page 17: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

176. Hadiah

177. Competitive advantage

178. Senarai faedah.

179. Satisfied customers

180. A call to action

181. Limited time offer

182. A sense of urgency

183. Your core story

184. Senarai pelanggan.

185. Media contact

186. Pemasaran affiliate.

187. Professional titles

188. Networking

189. Use of downtime

190. Sales training

191. Stories

192. Your teaching ability

193. How you say Hello

194. Circle of influence

195. SMS

196. Target pasaran

197. Employee attire

198. Diary tahunan

199. Pemasaran gerilla yang tersusun.

200. Wajah anda.

Senarai senjata pemasaran gerilla ini saya ambil dari gmarketing.com.

17 | P a g e

Page 18: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Senjata pemasaran gerilla adalah lebih berkesan jika ia datang dari minda

anda sendiri. Anda lebih tahu bagaimana hendak mempromosikan produk

anda berbanding orang lain. Gerak hati adalah senjata yang terbaik. Dari

gerak hati anda sendiri, senaraikan senjata pemasaran yang anda akan

guna dalam teknik pemasaran anda. Anda tahu bajet yang anda ada, jadi

tugas memilih senjata pemasaran lebih sesuai untuk di tulis anda sendiri.

Jika anda masih tidak faham apa itu senjata pemasaran, ia adalah alat yang

anda bakal gunakan ketika memasarkan produk anda. Alat tersebut boleh

jadi medium, perasaan diri sendiri, semangat, teknik promosi. Pendek kata,

ia di anggap sebagai senjata pemasaran jika ia boleh meningkatkan peluang

produk anda untuk terjual lebih banyak.

Katakan anda ingin promosi ebook, senjata pemasaran yang anda mungkin

gunakan adalah seperti berikut.

1. Website

2. Nama domain

3. JV

4. Pemasaran affiliate.

5. SEO

6. Senarai emel

7. Pay per click

8. Copywriting yang baik.

9. Ecover dan desgin minisite.

10. Banner.

18 | P a g e

Page 19: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Senaraikan sampai habis senjata yang anda rasa perlu berdasarkan

pengalaman dan gerak hati anda untuk di gunakan dalam pemasaran.

Langkah kelima : Tentukan niche produk anda.

Langkah kelima dalam pemasaran gerilla adalah menentukan nche produk.

Niche di perlukan supaya pemasaran anda lebih targeted. Penentuan niche

akan membentuk mindset dalam minda anda. Katakan anda ingin menjual

majalah, anda perlu tentukan niche bagi majalah anda sama ada ia

berbentuk informasi santai, akademik, hiburan atau apa sahaja niche yang

anda ingin ceburi.

Kebanyakan orang keliru antara niche dan target pasaran. Target pasaran

adalah kelompok orang yang anda ingin target bagi produk anda manakala

niche adalah kehendak yang anda jual pada orang lain. Contohnya niche

kuruskan badan adalah kehendak ingin kuruskan badan. Niche diabetis

adalah kehendak maklumat diabetis.

Dengan menentukan niche bagi produk anda, anda akan lebih menumpukan

kehendak pasaran yang bertepatan dengan produk anda. Jadi, aktiviti

pemasaran anda akan lebih bermakna.

Tentukan niche produk anda dengan mencari kehendak utama yang anda

jual melalui produk anda.

19 | P a g e

Page 20: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Langkah keenam : Tulis identiti bagi syarikat anda.

Apakah identiti syarikat anda? Apa identiti bagi syarikat anda. Siapakah

anda dan bagaimana dengan sikap anda sendiri. Anda perlu jujur ketika anda

menulis identiti bagi syarikat anda. Apabila anda menulis dengan jujur

mengenai syarikat anda, anda tahu kelemahan dan kekuatan yang ada

dalam syarikat anda di mana ia akan mempengaruhi kempen pemasaran

anda nanti.

Langkah ketujuh : Bajet pengiklanan.

Langkah terakhir adalah menentukan bajet pengiklanan yang anda sanggup

keluarkan. Bajet yang anda akan keluarkan haruslah logik dan selari dengan

senjata pemasaran yang anda pilih untuk melakukan pemasaran gerilla.

Dalam pemasaran gerilla, anda harus fikir senjata yang modalnya kurang

tetapi memberi impak yang besar pada jualan produk anda.

20 | P a g e

Page 21: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Bagaimana hendak mengaktifkan

pemasaran gerilla?

Jika tiada tindakan yang di ambil, pemasaran gerilla tidak akan menjadi.

Pemasaran gerilla adalah teknik pemasaran segera di mana tindakan akan di

ambil sejurus selepas anda merancangnya. Ini kerana, pemasaran gerilla

adalah sama konsepnya seperti serangan gerilla di mana serangan di

lakukan secara tiba – tiba.

Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ketujuh-

tujuh langkah di atas. Cukup sahaja lima hingga tujuh minit. Ambil satu

kertas dan tulis jawapan bagi ketujuh – tujuh langkah di atas. Berikut adalah

contoh pemasaran gerilla jika saya ingin menjual ebook kuruskan badan.

Contoh Pemasaran gerilla -----> ebook kuruskan badan.

21 | P a g e

Page 22: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

Ebook di jual secara online. Faedah utama produk ini adalah jaminan berat

akan turun selepas beberapa hari di pratikkan.Target pasaran di tumpukan

pada mereka yang ingin kuruskan badan dengan kaedah yang lebih

berkesan.

Berikut adalah senjata pemasaran

1. Ecover

2. Nama domain

3. Copywriting yang menarik

4. Testimoni

5. Design minisite mantap

6. Affiliate

7. JV

8. Senarai emel

9. SEO

10. Pra perlancaran.

11. Forum

12. Gerenti kurus.

Niche bagi produk ini adalah kuruskan badan. Saya mempunyai masa 4 jam

sehari untuk lakukan promosi secara online. Bajet bagi pengiklanan adalah

RM 300.

Di atas adalah contoh pemasaran gerilla bagi ebook saya. Saya hanya

mengambii masa sebanyak lima minit sahaja untuk membentuk strategi

pemasaran bagi ebook saya. Bagi senjata pemasaran, saya akan tambah di

22 | P a g e

Page 23: 7 Strategi Pemasaran Gerilla

kemudian hari jika terdapat idea baru. Maklumat yang di kumpul melalui

tujuh langkah ini sudah cukup untuk membentuk strategi yang mantap

dalam pemasaran bagi produk anda.

23 | P a g e