+65 9876 9127 -...

44
Melegakan Syak Wasangka Pesakit Menerangi Arah Hadapan Pesakit Healing Plants Garden (Singapore) Telefon : +65 9712 4561 (Joe) .+65 9876 9127 (Kim) E-mel : [email protected] Laman Web : www.HealingPlantsGarden.com © 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. Last Update @ 23 July 2013

Upload: buitu

Post on 28-Jul-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Melegakan Syak Wasangka Pesakit

Menerangi Arah Hadapan Pesakit

照亮病人前进的方向

解除病患心中的疑惑

Healing Plants Garden (Singapore)

Telefon .: +65 9712 4561 (Joe) .+65 9876 9127 (Kim) E-mel : [email protected] Laman Web : www.HealingPlantsGarden.com

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. Last Update @ 23 July 2013

Page 2: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan
Page 3: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved.

1 PENGENALAN DAUN BELALAI GAJAH ................................................. 5

2 DAUN BELALAI GAJAH [DAUN SEGAR] ............................................... 6

KAEDAH PENYIMPANAN ........................................................................... 6 CARA PEMGAMBILAN ............................................................................... 7 DOS YANG DISYORKAN ............................................................................ 9

3 DAUN BELALAI GAJAH [SERBUK HPG] .............................................. 10

4 DAUN BELALAI GAJAH [KAPSUL HPG] .............................................. 11

5 DAUN BELALAI GAJAH DAN RESIPI BERKAITAN ............................. 11

JUS DAUN BELALAI GAJAH SUAM (TIADA ASTRINGEN RUMPUT) .............. 11 BUAH LUO HAN, KURMA MERAH, TEH DAUN BELALAI GAJAH ................. 12 TEH BERAS PERANG .............................................................................. 13

6 SOALAN LAZIM ....................................................................................... 14

BENARKAH DAUN BELALAI GAJAH MUJARAB UNTUK ANTIKANSER? ....... 14 BERAPA LAMAKAH UNTUK MEMPERLIHATKAN KEBERKESAAN DAUN

BELALAI GAJAH? .................................................................................. 14 APAKAH PANTANG LARANG MAKANAN APABILA MENGAMBIL DAUN

BELALAI GAJAH? .................................................................................. 14 MENGAMBIL UBAT CINA DAN DAUN BELALAI GAJAH AKAN

BERCANGGAH?.....................................................................................14 DAUN BELALAI GAJAH BOLEH DIAMBIL BERSAMA UBAT BARAT? ........... 15 BOLEHKAH DAUN BELALAI GAJAH DIAMBIL DALAM TEMPOH

KEMOTERAPI?.......................................................................................15 BOLEHKAN DAUN BELALAI GAJAH DIAMBIL SEBELUM PEMBEDAHAN? .... 15 DIKATAKAN “GULA MEMELIHARA KANSER”, BOLEHKAH PESAKIT KANSER

MAKAN BENDA YANG MANIS? ............................................................... 16 BOLEHKAH PESAKIT MAKAN TELUR? ..................................................... 21

7 PENDEKATAN BANTUAN UNTUK KEMOTERAPI ............................... 24

AIR KELAPA MUDA [MENCEGAH ULCER MULUT DAN KUDIS AKIBAT

KEMOTERAPI] ........................................................................................ 24 AIR SERAI [MENGURANGKAN KEROSAKAN SEL YANG DISEBABKAN OLEH

KEMOTERAPI] ........................................................................................ 24 TEMBIKAI [DETOKSIFIKASI] ..................................................................... 24 LEMON HIJAU / KUNING [MENAMBAH VITAMIN C, MENINGKATKAN IMUNITI] 24 RUMPUT BEIJING [DETOKSIFIKASI, ANTIKANSER] ..................................... 25 DURIAN BELANDA/ SIRSAK [MEMBANTU PEMULIHAN LEUKOSIT] ............... 25 AIR HALIA PANAS [MENCEGAH MUNTAH-MUNTAH ATAU TAHAN SEJUK].... 25

KANDUNGAN

Page 4: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved.

Cara Menghubungi

DAUN MORINGA [PENAMBAHAN NUTRIEN] ...............................................25 SUP KATAK DAN PERIA [MENGEMBALIAN TENAGA DAN DARAH,

DETOKSIFIKASI DAN PEMULIHAN] ............................................................26 SUP BELUT DAN KACANG HITAM [EJEN PEMULIHAN DARAH] ...................26 BETIK, NENAS, BIJI APRIKOT [RESIPI RAHSIA YANG MUJARAB UNTUK

MENGHAPUSKAN TUMOR] .......................................................................26 TEMULAWAK [UBAT PENYELAMAT FUNGSI HATI] ......................................26

8 KAEDAH PENTING BAGI BANTUAN PEMULIHAN ..............................28

MENJAGA DIET, MENGUBAH DAYA TAHAN TUBUH BADAN .......................28 Diet selepas tamat kemoterapi ......................................................29 Faktor-faktor yang mengakibatkan penyakit kanser ......................29 Seban-sebab yang menjadikan badan bersifat asid ......................30 Mengambil lebih banyak sayur mentah bermanfaat kepada

kesihatan ........................................................................................31 Sayur-sayuran yang tidak sesuai dimakan mentah .......................31 Pembersihan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan Yang Tidak Boleh

Diabaikan .......................................................................................32 Mengambil sayur-sayuran “terlebih dahulu” semasa makan .........35 Mengambil minyak yang baik membawa faedah ...........................36

SENAMAN BERTERUSAN, BERLATIH UNTUK PERNAFASAN ABDOMEN ......39 BERJEMUR MATAHARI SECARA BERSESUIAN, MENINGKATKAN IMUNITI ....39 MINUM LEBIH AIR, TAMBAH KELEMBAPAN YANG DIPERLUKAN ................40 BEREHAT MENGIKUT KEPERLUAN, MENGEKALKAN TIDUR YANG CUKUP ..41 MELEGAKAN TEKANAN, MELEPASKAN KEMURUNGAN .............................41

Telefon :+65 9712 4561 (Joe) / +65 9876 9127 (Kim)

E-mel :[email protected]

Laman Web :www.HealingPlantsGarden.com

Alamat :Blk 7, Kim Tian Place, #25-61, Singapore 160007

Page 5: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 5

1 PENGENALAN DAUN BELALAI GAJAH

(SABAH SNAKE GRASS – SSG)

Nama Saintifik Clinacanthus nutans (Burm. F.) Lindau Kategori Acanthaceae Nama Lain Rumput Ular Sabah (Sabah Snake Grass) Pengumpulan Dipetik batang & daunnya sepanjang tahun, & Pemprosesan dibersihkan dan diambil secara segar atau

disimpan selepas jemur Rasa (batang & daun) membawa kemanisan, sedikit

pahit, pedas dan jenis “dingin” Fungsi Detoksifikasi,menyahkelembapan,

menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan Deman kuning, penyakit sendi, haid tidak teratur

Mengikut lagenda, pesakit dialisis yang mengambil herba ini dapat mengurangkan ketidakselesaan selepas dialisis. Ia dapat membantu perlepasan fosfat, memperbaiki keadaan anemia, meningkatkan jumlah air kencing. Kini, ia menjadi semakin popular dan dianggap membawa keberk esanan terhadap penyakit kanser. Ramai pesakit kanser fasa akhir terutamanya yang diisytiharkan “hukuman mati’ oleh doktor, sembuh secara ajaibnya selepas mengambil ubat herba ini. (Sumber Maklumat: <China Press> 5 Apr 2011 http://www.chinapress.com.my/node/203892) Bahagian Ubat Seluruh daun & batang (tidak beracun). Juga

boleh dimasak dan dimakan sebagai sayur.

Rawatan Berkesan dalam menurunkan lemak darah, kolesterol dan tekanan darah tinggi. Juga membantu dalam penyakit kencing manis, sakit tulang, kencing berbuih dan hyperplasia.

Kaedah Diguna secara dalaman, boleh diperah jus, dimasak air, dikukus atau digoreng. Cara yang paling berkesan ialah ditambah sedikit air untuk dikisar dan diminum.

Diguna secara luaran, dicincang dan disapu di tempat luka.

Page 6: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 6

2 DAUN BELALAI GAJAH [DAUN SEGAR]

1KG SSG 1,600 helai 2,600 helai daun (termasuk batang) daun besar sederhana & kecil

(panjang daun 5-6cm) (panjang daun 3-4 cm)

Kaedah Penyimpanan

Dicadangkan bahawa menyimpan Belalai Gajah (batang dan daun) dalam peti sejuk untuk memelihara kesegarannya. Sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk, jangan sekali-kali cuci atau terkena air. Sekiranya daun itu basah, ia perlu dijemur dahulu untuk mengelakkan permukaan daun berkulat dan tumbuh bintik hitam akibat kelembapan. (Daun yang berkulat dan berbintik hitam akan menghasilkan toksin yang berbahaya dan tidak sesuai untuk dimakan)

Semasa dibungkus, terlebih dahulu dibalut dengan beberapa lapisan kertas tisu dapur atau kertas putih (Jangan guna suratkhabar bagi mengelakkan pencemaran dakwat minyak), kemudian masukkan ke dalam beg aluminium foil atau kotak plastik dan dimeterai. Akhirnya, simpan dalam bahagian kotak sayur-sayuran (Jangan

meletak di bahagian pembekuan). Dengan demikian, ia boleh disimpan selama 7-14 hari.

@

Page 7: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 7

Cara Pemgambilan

Pilih daun di atas batang Belalai Gajah, daun yang dipetik dibersihkan secara sempurnanya

Daun SSG yang telah dipetik dicuci

dengan air bersih, keringkan dan kemudian sediakan 1 liter air dan 2 sudu cuka, rendam selama 2-3 minit untuk membasmi kuman dan dibersihkan sekali lagi.

Daun yang telah dibersihkan

dimasukkan ke dalam air yang dicampur sedikit serbuk soda, direndam selama 2-3 minit untuk membuang racun serangga, kemudian dikeringkan. (boleh direndam dalam air garam sekiranya bimbang akan ulat. Untuk tujuan keselamatan, boleh dibersihkan sekali lagi dengan air kosong dan keringkan)

Daun SSG paling berkesan apabila diambil sejurus selepas dipetik. Keberkesanannya akan semakin berkurangan apabila diletakkan dalam peti sejuk semakin lama.

Sementara itu, batang SSG yang tertinggal selepas dipetik daunnya boleh dimasak air, sup atau ditanam dalam pasu. (Contohnya, batang SSG ditambah 3-5 biji kurma merah, 2 keping halia dan dimasak dengan air, akan membantu diuretik dan membuang kekeruhan.)

Page 8: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 8

Daun yang telah dibersihkan, 1 epal dan ¼ gelas air kosong (lebih kurang 75 ml) dimasukan ke dalam mesin pengisar untuk dikisarkan

Biasanya epal hijau dipilih (buah-buahan lain juga boleh) untuk dikisarkan. Bagi sesiapa yang perutnya kurang baik dan sensitif, boleh digantikan dengan epal merah.

Epal perlu dikupas kulit dan dibuang

bijinya untuk mengelakkan racun serangga yang tertinggal.

Disebabkan epal lebih mudah oksidasi, maka dicadangkan supaya dihabiskan minum dalam masa 6 minit. (Jika tidak dapat habiskan, jangan tambah epal)

Sekiranya air ditambah terlalu banyak semasa mengisar, jus akan menjadi lebih berbiuh dan kurang sedap diminum.

.Bagi sesiapa yang fizikalnya lebih “dingin”, boleh ditambah 2 keping halia semasa mengisar, atau boleh dikukus selama 2 minit sebelum minum.

.SSG yang dikisar semakin halus, semakin baik penyerapannya.

Selepas siap dikisar, jus dan hampas diminum sekali

Pada peringkat permulaan, kuantiti yang diambil kurang sedikit (50-100 helai daun). Sekiranya tidak ada kesan negatif, kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit (Sila rujuk muka surat 7 untuk “Dos Yang Disyorkan”)

Page 9: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 9

Tidak sesuai diambil dengan perut kosong, dicadangkan ambil sedikit makanan terlebih dahulu supaya perut tidak sensitif dan lebih selesa. Selalu mengambil ubat herba dengan perut kosong adalah amalan yang tidak baik.

Bagi sesiapa yang tidak dapat meminum sekali dengan hampas, boleh ditapis dan mengambil jusnya sahaja. Hampas yang terbuang juga membawa kesan ubat. Maka bagi yang meminum jus sahaja, kuantiti SSG yang dikisar perlu ditambah untuk mendapat kesan yang setara.

Selain itu, jika perlu, boleh membahagikan dos harian kepada 2 kali untuk kesan yang lebih baik. Dicadangkan jangan mengambil selepas 7.00 pm.

Dos Yang Disyorkan

Dos yang diambil akan mempengaruhi keberkesanan, disyorkan mengambil dos yang mencukupi (seperti rajah di bawah). Selepas keadaan penyakit bertambah baik atau stabil, dos yang diambil boleh dikurangkan sedikit demi sedikit.

Dos Harian Yang

Disyorkan

Keadaan Penyakit Kanser

Kuantiti Daun

Berat Catatan

Fasa 1 50 helai 10g

Fasa 2 100 helai 20g

Fasa 3 150 helai 30g Jika perlu, boleh dibahagikan kepada 2 kali untuk kisar dan minum. Fasa 4 300 helai 60g

Bagi pesakit kanser fasa akhir yang lebih serius, dalam keadaan mendesak, boleh

menggunakan 500 helai daun SSG (lebih kurang 100 gram), tidak ditambah epal, dikisar dengan air kosong sahaja. Selepas ditapis, dibuang hampas dan diminum jus sahaja (jika perlu, boleh bahagikan kepada 2 kali untuk kisar dan minum). Dalam keadaan biasa, pengambilan selepas 3-4 hari boleh memperlihatkan kesannya.

Page 10: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 10

Dos yang disyorkan kepada pesakit buah pinggang adalah seperti berikut :

Keadaan Penyakit Buah Pinggang

Dos Harian Yang Disyorkan

Cara Pengambilan

Belum Bermula Dialisis 120 helai daun SSG Kuantiti daun SSG yang setara ditambah epal, air kosong dan kisar, minum selepas ditapis dan dibuang hampas. Minum 1 kali sehari.(Paling baik diminum di antara 3.00 - 4.00 pm)

Dialisis 1 kali seminggu 150 helai daun SSG

Dialisis 2 kali seminggu 200 helai daun SSG

Dialisis 3 kali seminggu 250 helai daun SSG

3 DAUN BELALAI GAJAH [SERBUK HPG]

Setiap bungkus serbuk HPG mengandungi 10 gram (1 gram serbuk ≈ 20 helai daun SSG segar), mudah dibawa dan senang dimakan.

Cara Pengambilan Dos Yang Disyorkan

Keg

un

aan

An

tikan

se

r Bancuh dengan air panas dan minum, atau

Masukkan dalam sup, bubur, gandum, mee sup yang panas dan minum.

Keadaan Penyakit Kanser

Dos Harian Yang Disyorkan

Kuantiti Berat Fasa 1 ¼ Bungkus 2.5g Fasa 2 ½ Bungkus 5g Fasa 3 ¾ Bungkus 7.5g Fasa 4 1 ½ Bungkus 15g

Keg

un

aan

Kesih

ata

n H

ari

an

Tabur di atas sayur, ikan, mee goreng, nasi putih, nasi goreng, salad dan makan, atau

Klip dalam sandwich dan makan, atau

Bancuh dalam teh hijau atau minuman lain.

1 Gram Serbuk SSG Setiap Hari

Page 11: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 11

4 DAUN BELALAI GAJAH [KAPSUL HPG]

Kapsul Besar Kapsul Kecil 【1000mg/biji】 【500mg/ biji】

≈ 20 helai daun ≈ 10 helai daun

SSG segar SSG segar

Untuk tujuan kesihatan harian, 1 kapsul besar (atau 2 kapsul kecil) setiap hari sudah memadai.

5 DAUN BELALAI GAJAH DAN RESIPI BERKAITAN Jus Daun Belalai Gajah Suam (Tiada Astringen Rumput)

.Cara

1. Daun SSG yang telah dipetik dicuci dengan air bersih, keringkan dan kemudian sediakan 1 liter air dan 2 sudu cuka, rendam selama 2-3 minit untuk membasmi kuman dan dibersihkan sekali lagi.

2. Daun yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam air yang dicampur sedikit serbuk soda, direndam selama 2-3 minit untuk membuang racun serangga, kemudian dikeringkan. (boleh direndam dalam air garam sekiranya bimbang akan ulat. Untuk tujuan keselamatan, boleh dibersihkan sekali lagi dengan air kosong dan keringkan)

Dos Harian Yang Disyorkan

Keadaan Penyakit Kanser

Kapsul Besar

@

Kapsu l Kecil

Fasa 1 2-3 Biji 5 Biji

Fasa 2 5 Biji 10 Biji

Fasa 3 7-8 Biji 15 Biji

Fasa 4 15 Biji 30 Biji

Page 12: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 12

3. Selepas dikeringkan, daun dimasukkan ke dalam mesin pengisar, tambah air buah Luo Han dan kurma merah yang telah dimasak terlebih dahulu dan dikisar bersama.

4. Selepas siap mengisar, tuangkannya ke dalam satu mangkuk air buah Luo Han dan kurma merah yang panas, gaul bersama.

5. Boleh diminum sekali dengan hampas (kesan ubat lebih kuat) atau boleh ditapis dan minum jus sahaja (rasa lebih sedap).

Jus suam ini membawa rasa kemanisan (kemanisan berasal daripada buah Luo Han dan kurma merah) dan sedap diminum. Bagi orang yang tidak biasa dengan SSG segar, boleh memilih untuk kukus 2 minit sebelum minum, atau memanaskan dengan cara yang sama seperti memanaskan susu bayi.

Buah Luo Han, Kurma Merah, Teh Daun Belalai Gajah

Bahan Buah Luo Han (mentah atau kering)..½ biji Kurma merah ………………...........….10 g Daun & batang SSG yang segar ......100 g Air …………………………….............1 liter

Nota : Buah Luo Han - Fructus Momordicae

Cara

1. Bersihkan buah Luo Han, kurma merah (buang biji) dan daun Belalai Gajah, tambah air dan masak dalam periuk.

2. Selepas mendidih, masak 1.5 jam dengan api kecil, kemudian padam api dan ditutup sehingga tidak panas (1-4 jam).

Page 13: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 13

3. Mendidih sekali lagi.

4. Selepas mendidih, masak 20 minit dengan api perlahan, ditapis hampasnya dan boleh diminum.

Baki yang tidak dapat dihabiskan boleh disimpan dalam peti sejuk, mendidih sahaja apabila mahu minum.

Teh Beras Perang .Cara

1. Sediakan 1 cawan beras perang, goreng 30 minit dengan api perlahan sehingga berbau wangi. (Sekiranya mahu mengoreng kuantiti yang banyak dalam satu kali, boleh simpan dalam bekas selepas sejuk, supaya dapat digunakan beberapa kali untuk memasak sup beras perang.)

2. Beras perang yang telah digoreng ditambah air dan dimasak, (Nisbah – 1 cawan beras : 8 cawan air). Setelah mendidih, tukar menjadi api kecil dan terus masak selama 20 minit. Sedia hidang selepas ditapis. Baki yang tidak dapat dihabiskan boleh disimpan dalam peti sejuk, panaskan sahaja apabila mahu minum.

Beras perang kaya dengan nutrien dan sangat berguna untuk menyuburkan badan. Teh beras perang boleh membantu mengurangkan “kedinginan” jus SSG diperah segar kerana terdapat “haba” yang dihasilkan dalam proses mengoreng beras perang.

Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, teh beras perang segera boleh didapati di pelbagai pasaraya besar.

Page 14: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 14

6 SOALAN LAZIM

Benarkah Daun Belalai Gajah Mujarab Untuk Antikanser?

Sejak kebelakangan ini, kemujaraban yang ajaib bagi Daun Belalai Gajah untuk Antikanser semakin popular dan disebarkan secara meluas di Malaysia. Walaupun belum terbukti secara penyelidikan klinikal, ramai pesakit kanser pulih secara beransur-ansur selepas mengambil herba ini. Walaupun Daun Belalai Gajah menyembuhkan ramai pesakit kanser, tetapi keadaan fizikal setiap orang adalah berbeza.dan ia tidak boleh dijamin 100% penawar. Tetapi, 3 unsur iaitu fizikal, mentaliti dan Daun Belalai Gajah yang digabungkan secara sempurna, keberkesanan antikanser adalah amat ternyata.

Berapa Lamakah Untuk Memperlihatkan Keberkesaan Daun Belalai Gajah?

Sekurang-kurangnya 2 minggu selepas mengambil secara berterusan.

Apakah Pantang Larang Makanan Apabila Mengambil Daun

Belalai Gajah?

Semasa mengambil Daun Belalai Gajah, perlu diingatkan bahawa tidak boleh mengambil ubat Cina yang “panas”, ubat suplemen, ayam suntikan, itik, mentega, keladi, pulut, ketam, ikan kembung, makanan goreng, durian, gula pasir, kek, arak dan makanan-makanan yang “panas”, ayam kampung boleh dimakan.

Mengambil Ubat Cina dan Daun Belalai Gajah Akan Bercanggah?

Sekiranya anda sedang mengambil ubat Cina yang bukan “panas”, Daun Belalai Gajah boleh diambil selepas jarak 2-3 jam.

Page 15: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 15

Semasa mengambil Daun Belalai Gajah, disyorkan supaya mengelakkan ubat Cina yang “panas”, ubat suplemen dan produk kesihatan. Ini kerana ubat pelengkap ini akan membantu pertumbuhan sel kanser, contohnya, ginseng dan sarang burung akan mengaktifkan sel-sel kanser. Ramai pesakit kanser memaklumkan kami bahawa badannya menjadi lebih lemah selepas mendapat menyakit kanser. Oleh yang demikian, mereka mengambil ubat pelengkap untuk memulihkan badan. Malangnya, ubat ini tidak membantu malah menyebabkan keadaan yang lebih teruk.

Daun Belalai Gajah Boleh Diambil Bersama Ubat Barat?

Boleh. Daun Belalai Gajah dan Ubat Barat (seperti ubat antihipertensi) tidak bercanggah, boleh mengambil dengan jarak 2-3 jam di antara satu sama lain.

Bolehkah Daun Belalai Gajah Diambil Dalam Tempoh

Kemoterapi?

Sebelum dan selepas kemoterapi, Daun Belalai Gajah boleh diambil seperti biasa. (disyorkan mengambil Daun Belalai Gajah selepas 6 jam sahaja selepas selesai kemoterapi. Ini kerana ubat kemoterapi akan berada dalam badan sekurang-kurangnya 6 jam untuk selesai dimetabolismekan)

Bolehkan Daun Belalai Gajah Diambil Sebelum Pembedahan?

Pengambilan Daun Belalai Gajah seharusnya berhenti satu minggu sebelum pembedahan. Ini kerana Daun Belalai Gajah akan menyebabkan darah menjadi lebih cair dan mungkin meninggikan risiko pembedahan.

Page 16: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 16

Dikatakan “Gula Memelihara Kanser”, Bolehkah Pesakit Kanser Makan Benda Yang Manis?

Boleh, tetapi dicadangkan kuantiti yang sesuai sahaja dan jangan mengambil gula yang berlebihan. Makanan tawar yang mengakibatkan ketiadaan selera makan sebaliknya akan menyebabkan pemakanan tidak seimbang, badan lemah dan daya imuniti turun. Berikut adalah pengenalan beberapa jenis gula dan cadangan pengambilan untuk rujukan:

Oligosakarida

Walaupun oligosakarida manis, tetapi molekulnya lebih besar dan susah diurai dan digunakan oleh bakteria, maka ia tidak menyebabkan kerosakan gigi. Oligosakarida susah dihadamkan dan tidak akan meningkatkan paras glukosa darah selepas pengambilan. Dengan ini, pesakit kencing manis dan mereka yang mahu mengawal berat badan boleh mengambil dengan kuantiti yang bersesuaian. Oligosakarida tidak membekalkan tenaga, sekiranya tidak ada sumber tenaga lain yang diambil, badan akan menjadi kurus.

Stevia

Stevia merupakan gula tumbuhan semulajadi yang diekstrak daripada daun stevia, tidak toksik, tidak membawa kesan sampingan, tiada karsinogen dan selamat dimakan. Selalu mengambil stevia boleh mencegah tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti, penyakit jantung, kerosakan gigi dan

sebagainya. Ia dianggap gula semulajadi yang paling sihat. Stevia tidak membekalkan tenaga, sekiranya tiada sumber tenaga lain, badan akan menjadi kurus. Pesakit kencing manis dan mereka yang ingin mengawal berat badan boleh mengambil dengan kuntiti yang bersesuaian.

Page 17: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 17

Gula Merah

Nama lainnya ialah gula perang , hasil proses jus yang diperah daripada tebu. Gula merah tidak diproses dengan halus sehingga sukrosa luntur, selain daripada membekalkan tenaga, ia juga mengandungi unsur-unsur surih seperti natrium, kalsium, kalium, besi, magnesium, asid folik dan mineral lain. Ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi dan kondusif untuk keseimbangan asid-bes dalam badan. Penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang dan mereka yang sedang mengawal berat badan patut menghadkan atau mengelakkan diri daripada mengambil gula merah (kerana kandungan natrium dan kalium lebih tinggi dalam gula merah). Mengikut perubatan Cina, orang yang bermulut kering, tiada selera makan, mudah kahak (gula membantu penghasilan kahak) perlu mengelakkan diri daripada gula merah. Untuk mengelakkan “kepanasan”, gula merah tidak sesuai dimasak terlalu lama, tambahkan gula merah apabila makanan hampir siap dimasak sahaja.

Madu Madu terhasil apabila madu daripada bunga tumbuhan yang dipetik oleh lebah, dibancuh dalam sarangnya. Selain glukosa dan fruktosa, madu juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan asid amino. Kandungan air dalam madu sangat sedikit, maka bakteria dan yis tidak dapat hidup dalamnya. Dengan demikian, madu tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Oleh kerana usus, perut dan organ-organ pencernaan bayi masih mentah dan rembesan asid gastrik lemah, bayi di bawah umur 1 tahun tidak boleh mengambil madu yang tidak disteril.

Page 18: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 18

Madu lebih mudah diserap oleh badan manusia berbanding dengan gula tebu (bahan utama gula pasir). Disebabkan madu dibentuk oleh monosakarida seperti glukosa dan fruktosa, ia boleh diserap terus dan tidak perlu penguraian enzim. Semasa membeli madu, perlu meneliti ketulenannya kerana banyak madu dalam pasaran sudah ditambah dengan bahan-bahan lain. Madu yang lebih baik termasuk “Manuka Honey”, atau madu semulajadi tulen yang dibela dan diproses sendiri. Disyorkan mengambil kuantiti yang sedikit sahaja.

Gula Batu

Gula batu adalah hasil produk penghabluran gula pasir. Gula batu semulajadi berwarna putih, kuning muda, kelabu muda dan sebagainya. Perubatan Cina percaya gula batu mumpunyai fungsi melembapkan paru-paru, penawar batuk dan kahak. Disyorkan mengambil kuantiti yang sedikit sahaja.

Gula Buah Luo Han

Buah Luo Han yang dibersih, dipecahkan dan dimasak air akan menjadi air manisan buah Luo Han. Terdapat juga serbuk gula (1 gram bagi sebungkus kecil) dan sirap buah Luo Han dalam pasaran. Ketulan gula buah Luo Han boleh dibancuh air dan diminum terus. Buah Luo Han kaya dengan vitamin dan pelbagai asid amino, penawar bagi batuk dan kahak panas, sakit tekak, tonsillitis, gastritis akut, sembelit dan sebagainya. Buah Luo Han mempunyai kemanisan yang tinggi dan kalori yang rendah, digunakan secara meluas sebagai pemanis. Ia sangat sesuai digunakan sebagai pengganti gula bagi pesakit obesiti dan kencing manis.

Page 19: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 19

Tebu Segar

Tebu berfungsi sebagai penghilang “haba” dan pelembap, kondusif bagi paru-paru dan gastrik. Ia adalah penawar bagi kekeringan dan kehausan yang disebabkan oleh deman panas, muntah-muntah, sembelit dan juga batuk dan asma yang disebabkan oleh kekeringan paru-paru. Tebu kaya dengan sukrosa, fruktosa, kumpulan vitamin B, vitamin C, serta unsur-unsur surih seperti kalsium, fosforus, besi dan sebagainya. Kandungan besinya adalah paling tinggi di antara semua buah-buahan. Maka ia terkenal dengan perumpamaan “Tebu luruh mengatasi ginseng”. Walaupun tebu adalah sangat baik di kalangan buah-buahan, terdapat juga orang yang tidak sesuai makan tebu. Pesakit gastrik “dingin”, muntah, cirit-birit, banyak kahak patut mengelakkan atau mengurangkan pengambilan tebu supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Jus tebu ditambah air dan dimasak lebih lazat rasanya. Tebu mengandungi banyak air dan mudah membiakkan mikroorganisma yang toksin sehingga membawa keracunan makanan sekiranya tidak disimpan dengan betul.

Gula Putih

Gula putih terhasil dengan cara pengabstrakan dan ia kehilangan banyak zat makanan dalam proses pengabstrakan. Gula putih yang metamorfik menjadi kuning tidak boleh lagi dimakan. Gula putih bersifat asid dan dikhabarkan boleh mencetuskan kanser. Elakkan pengambilan yang berlebihan, kalau bukan makan setiap hari tetapi sekali sekala bukan menjadi masalah besar. Disebabkan gula putih hasil pengabstrakan kekurangan mineral, vitamin dan sebagainya, ia akan merosotkan sistem endokrin, maka dipercayai bahawa gula putih menjadi salah satu daripada 3 sebab utama yang memudaratkan penyakit kanser.

Pengganti Gula Kimia

Gula palsu, sakarin dan sebagainya membawa kesan negatif terhadap kesihatan.

Page 20: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 20

Fruktosa Tiruan

Dalam era kedai serbaneka dan kedai minuman rangkaian didirikan dengan pesat, golongan bekerja dan pelajar selalunya memegang segelas minuman bergula (termasuk jus sayur, teh susu mutiara, coke, minuman sukan, minuman lactobacillus, kacang soya, teh hijau, teh merah dan sebagainya). Kebanyakan minuman ini ditambah dengan fruktosa tiruan (HFCS), pewarna makanan dan pewarna karamel, kalorinya sangat tinggi. Walaupun dikatakan minuman itu diproses daripada sayur dan buah yang segar, kandungan jus sayur dan buah sangat sedikit, ditambah dengan kehilangan vitamin mengikut masa, pengambilan vitamin dan mineral daripada minuman sebegini adalah sangat terhad. Fruktosa tiruan biasanya diabstrak daripada jagung yang diubah genetik, tahap kemanisannya lebih tinggi daripada gula tebu sebanyak 1.7 - 2 kali. Ia digunakan secara meluas sebagai pemanis untuk meningkatkan citarasa dan gred minuman kerana kosnya rendah, bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi. Fruktosa tiruan tidak dapat dimetabolismekan oleh sel-sel badan tetapi dimetabolismekan dalam hati. Sekiranya hati tidak dapat menghadamkannya, bahan-bahan ini akan terkumpul dalam badan, lama-kelamaan, hati akan rosak dan membentuk lemak hati, malah menyebabkan kanser. Selain itu, pewarna makanan dan pewarna karamel juga mungkin karsinogenik. (Sebagai contoh, kalungan di permukaan kopi latte mengandungi pewarna karamel) Fruktosa semulajadi dalam buah-buahan segar adalah berbeza dengan fruktosa tiruan. Fruktosa semulajadi mengandungi glukosa yang mudah diserap oleh badan manusia dan fiber/serat yang sihat. Selepas fiber memasuki sistem usus, ia akan membantu kita membersihkan lemak yang berlebihan dan mengunci asid cholic (asid cholic boleh mempercepatkan pencernaan dan penyerapan lemak). Oleh yang demikian, ia menbantu memperbaiki lemak hati, menurunkan kolesterol,

Page 21: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 21

trigliserida, gula darah tinggi, tekanan darah tinggi, lemak darah tinggi (“3 tinggi”) Sekiranya mengambil minuman dalam pasaran ini sebagai sumber air keperluan harian yang utama, pengambilan fruktosa tiruan dan tenaga akan bertambah, seterusnya mengakibatkan obesiti dan lemak darah bertambah semakin hari sehingga menjadi kumpulan risiko tinggi berpotensi mengidap penyakit “3 tinggi” dan hati berlemak.

Bolehkah Pesakit Makan Telur?

Telur kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan protein, mudah diserap oleh badan, meningkatkan metabolisme dan fungsi imuniti. Ia juga berfungsi untuk pemeliharaan otak, melanjutkan usia, meningkatkan kecerdasan, perlindungan hati, mencegah aterosklerosis dan mencegah kanser. Untuk penyerapan nutrien bermanfaat dalam telur, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:

Telur tidak sesuai dimakan mentah Makan telur mentah mungkin akan termakan sekali bakteria (seperti E. coli) dalam telur dan menyebabkan perut sakit dan cirit-birit.

Telur tidak boleh diambil berlebihan Kita sedia maklum bahawa telur mengandungi protein yang tinggi. Jika diambil berlebihan, bahan hasilan metabolisme akan bertambah dan membebankan buah pinggang.

Telur tidak boleh diambil bersama kacang soya Kacang soya mengandungi trypsin, jika dikombinasikan dengan protein dalam telur akan menyebabkan sesetengah nutriennya hilang dan menurunkan nilai nutrisi kedua-dua makanan.

Page 22: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 22

Pesakit deman panas tidak sesuai makan telur

Pesakit nefritis perlu mengambil telur dengan teliti

Kurangkan mengambil telur yang digoreng hangus Ramai orang suka makan telur goreng khasnya bahagian tepi yang hangus. Bagaimanapun, bahagian yang hangus mengandungi bahan kimia karsinogen.

Kurangkan pengambilan telur daun teh Disarankan kurang makan kerana telur daun teh berulang kali mendidih telah membinasanya nilai nutrisinya dan tidak baik kepada perut.

Jangan makan telur yang toksik Selepas mengupas telur rebus, perhatikan warna kuning telur untuk membezakan baik atau buruk telur itu.

Sekiranya lapisan luar kuning telur didapati berwarna hijau gelap atau biru gelap, ia bermaksud telur ini toksik kerana mengandungi plumbum yang berbahaya kepada badan kita.

Telur yang sihat mempunyai warna kuning yang cerah dan baik kepada kesihzatan.

Telur Yang Toksik

Telur Yang Sihat

Page 23: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 23

Bagaimanakah Sekiranya Pesakit Kanser Fasa Akhir Didapati Loya, Muntah-muntah Dan Perut Kembung Selepas Mengambil Daun Belalai Gajah?

Kebanyakan pesakit kanser fasa akhir kurang selera makan, selalu berasa loya dan muntah-muntah. Untuk mengurangkan ketidakselesaan, pesakit boleh cuba minum sedikit demi sedikit dengan straw. Selepas 2-3 hari, tukar dengan sudu dan minum sesuap demi sesuap. Berhenti seketika selepas mengambil 1-2 suap untuk mengurangkan muntah-muntah. Selepas beberapa hari, pesakit tidak akan muntah lagi apabila mempunyai rasa lapar. Daun Belalai Gajah merupakan ubat herba yang sangat baik untuk detoksifikasi semulajadi. Sekiranya pesakit bertekad untuk mengambilnya, ia pasti akan membantu dalam penyakit kanser. Selain mengambil Daun Belalai Gajah, pesakit fasa akhir juga perlu mengambil makanan yang betul bagi menukarkan fizikal badan dari sifat asid menjadi alkali lemah secara beransur-ansur. Dengan demikian, badan juga akan pulih secara beransur-ansur. Selain itu, pesakit juga perlu menambah nutrisi yang cukup untuk membina imuniti dan daya tahan. Makan lebih banyak sayur (alkali) dan kurangkan daging (asid kuat). Juga, elakkan makanan berminyak, jeruk, proses atau makanan “berhaba”, disyorkan mengisar makanan sehingga halus sebelum makan.

Page 24: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 24

7 PENDEKATAN BANTUAN UNTUK KEMOTERAPI Air Kelapa Muda [Mencegah Ulcer Mulut Dan Kudis Akibat

Kemoterapi]

Meminum air kel apa muda (jangan makan isi kelapa) yang banyak sebelum dan selepas kemoterapi boleh mencegah ulcer mulut dan kudis. Masa yang paling baik ialah minum di sebelah pagi, kesannya kurang baik jika minum di sebelah petang.

Air Serai [Mengurangkan Kerosakan Sel Yang Disebabkan Oleh Kemoterapi]

Minum air serai sebelum menjalani kemoterapi akan membantu mengurangkan kerosakan sel baik dalam badan oleh ubat-ubatan kemoterapi. (Cara ini disarankan oleh Isreali Oncologist kepada pesakit kansernya)

Cara (1) Potong 2 batang serai kepada beberapa

kerat, tepuk beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk.

(2) Tambah 3 gelas air (lebih kurang 750 ml), masak dengan api bara sehingga mendidih, kemudian masak dengan api kecil tidak lebih daripada 15 minit.

(3) Tapis hampas serai, habiskan air serai setengah jam sebelum kemoterapi.

Tembikai [Detoksifikasi]

Tembikai mempunyai fungsi detoksifikasi, meminum segelas jus tembikai yang besar selepas selesai kemoterapi akan membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi.

Lemon Hijau / Kuning [Menambah Vitamin C, Meningkatkan Imuniti]

Lemon hijau / kuning mempunyai sifat alkali yang kuat, penawar bagi batuk, kahak, baik untuk limpa, kaya dengan vitamin C, boleh memperbaiki sistem imuniti dan membantu dalam antikanser.

Page 25: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 25

Rumput Beijing [Detoksifikasi, Antikanser]

Rumput Beijing mempunyai fungsi detoksifikasi dan antikanser. Rumput Beijing dimasak dengan air selama 2-3 jam, diminum selepas kemoterapi boleh membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi.

Durian Belanda/ Sirsak [Membantu Pemulihan Leukosit]

Kemoterapi akan merosakkan sel yang baik dan buruk dalam badan dan mengakibatkan leukosit turun. Makan durian belanda akan membantu pemulihan leukosit. Disyorkan supaya makan selepas 48 jam sahaja, jika tidak, mungkin mendatangkan kesan sampingan. Durian belanda boleh dimakan 1 keping sekali pada pagi dan petang.

Air Halia Panas [Mencegah Muntah-muntah Atau Tahan Sejuk]

20 minit sebelum mengambil Daun Belalai Gajah, minum air halia panas boleh mengurangkan muntah-muntah. Ini kerana air halia panas boleh memanaskan perut dan mencegah muntah.

Cara

2-3 keping halia tua ditambah 1 gelas air dan dimasak selama 10 minit, buang hampas, tambah sedikit gula Molasses (Organik), kacau sehingga rata dan minum.

Daun Moringa [Penambahan Nutrien]

Sekiranya bimbang akan kekurangan nutrien, disarankan supaya mengambil sedikit daun moringa untuk menambah nutrien yang diperlukan. Daun moringa kaya dengan protein, kalsium, zat besi, vitamin dan asid amino. Ia amat berguna bagi vegetarian, pesakit kanser, atau sesiapa yang pemakanannya tidak

seimbang. Daun moringa segar boleh dimakan sebagai sayuran, rasanya seperti bayam, boleh dicelur dengan air panas, hidang salad, masak sup ataupun masak dengan ladu, rasanya lazat dan nilai nutrisinya juga tinggi.

Page 26: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 26

Sup Katak Dan Peria [Mengembalian Tenaga Dan Darah, Detoksifikasi Dan Pemulihan]

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : http://blog.ongsiwkim.com/you-dun-cao-soup/frog-bitter-grour/ Sup Belut Dan Kacang Hitam [Ejen Pemulihan Darah]

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

http://blog.ongsiwkim.com/you-dun-cao-soup/eel-black-bean-soup/

Betik, Nenas, Biji Aprikot [Resipi Rahsia Yang Mujarab Untuk Menghapuskan Tumor]

Biji Aprikot kaya dengan vitamin B17, membantu dalam antikanser.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : http://blog.ongsiwkim.com/local-method/a-secret-and-effective-formula-which-eliminates-tumor/ Nota : Biji Aprikot = Bei Xing dalam Bahasa Cina

Temulawak [Ubat Penyelamat Fungsi Hati]

Temulawak mengandungi sejenis bahan aktif yang digelar “curcumin”, boleh membantu menurunkan kolesterol, lemak darah dan trigliserida, detoksifikasi hati, mengurangkan lemak hati, anti-pengoksidaan, anti-radang dan antikanser. Curcumin yang mengandungi sebation polifenolik boleh digunakan untuk penjagaan kulit.

Temulawak

Page 27: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 27

Orang moden yang sibuk dengan kerja dan bersosial boleh mengambil temulawak sebelum dan selepas bersosial bagi membantu detoksifikasi, perlindungan hati, memperbaiki fungsi hati dan metabolisme, meringankan beban badan. Temulawak juga membantu dalam penghadaman yang tidak baik dan kanak-kanak yang tiada selera makan. Bagaimanapun, curcumin juga boleh menyebabkan pembekuan darah yang lambat, meningkatkan peluang keluar darah. Oleh itu, perlu mengelakkan mengambil curcumin 2 minggu sebelum pembedahan untuk mencegah pendarahan berlebihan semasa pembedahan dan menurunkan risiko pembedahan. Banyak negara mengeluarkan temulawak, antara yang paling baik ialah temulawak keluaran Indonesia. Temulawak Indonesia segar ada dijual di pasar Geylang dengan harga S$6/kg. (Geylang Serai Market #01-162) Cara

Hiris 2 keping temulawak yang segar, tambah sedikit tebu atau gula batu (boleh pilih) dan masak sehingga mendidih. Minuman temulawak berwarna kuning sedia dihidangkan selepas dibuang hampasnya. (Boleh dimasak semula bagi kali kedua)

“Serbuk temulawak” dan “minuman temulawak” yang siap senang dibawa, boleh didapati di pelbagai pasaraya besar.

Kunir

Kegunaan temulawak dan kunir adalah berbeza, kunir biasanya digunakan untuk memasak dan juga merawat penyakit sakit puan.

Page 28: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 28

8 KAEDAH PENTING BAGI BANTUAN PEMULIHAN

Menjaga Diet, Mengubah Daya Tahan Tubuh Badan

Diet dalam tempoh kemoterapi dan pembedahan

Pembedahan menyebabkan badan kehilangan darah dan tenaga. Sementara membasmikan sel-sel kanser, kemoterapi juga menghapuskan banyak sel-sel yang baik. Dengan itu, diet yang seimbang dan nutrien yang mencukupi adalah perlu dalam tempoh pembedahan dan kemoterapi. Jika mengikut secara buta pantang larang umum, ini tidak boleh dimakan dan itu pun tidak boleh dimakan, natijahnya ialah nutrisi tidak seimbang, berat badan turun, daya imuniti turun sehingga menyebabkan sel-sel kanser merebak dengan lebih berleluasa atau tumor lebih berkembang. Sebaliknya, pengambilan nutrien (protein dan fiber) akan membantu pemulihan tenaga, memperbaiki sel yang rosak, mengekalkan berat badan yang normal, meningkatkan daya tahan dan memperbaiki kualiti hidup.

Dalam pemakanan harian, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kacang, rumpai laut, ubi, kekacang dan serbuk yis bir mengandungi fiber yang tinggi. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ikan, telur, susu (seperti yogurt), kekacang dan kacang (seperti kacang soya, bijian, biji bunga matahari, beras perang dan

sebagainya). Kekurangan protein akan menyebabkan kerosakan serius fisiologi badan, daya tahan menurun, sistem imuniti ditindas dan mempengaruhi kesan dan kadar hidup kemoterapi. Dalam tempoh kemoterapi, limpa dan gastrik dirosakkan dan membawa kepada kehilangan selera makan. Dengan ini, lebihkan makanan yang ringan dan tawar (seperti barli, kurma merah, Edible tree fungus dan sebagainya). Elakkan makanan berminyak, goreng, jeruk, proses atau makanan yang “berhaba”. Yang paling penting, pesakit dapat makan, keseimbangan asid-bes tidak dipertimbangkan buat sementara waktu.

Page 29: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 29

Diet selepas tamat kemoterapi Selepas tamat kemoterapi dan dalam tempoh pemulihan, pengambilan makanan harus tertumpu kepada sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, rumpai laut, kekacang dan ubi yang kaya dengan fiber. Nisbahnya ialah, 70%-80% (sayur mentah lagi baik, seperti saderi, timun, paprika, pucuk alfafa, lobak merah dan sebagainya) : 20%-30% (Ikan, daging dan telur). Menukar gaya pemakanan perlulah beransur-ansur, boleh bermula dengan nisbah 50% masing-masing, kemudian mengurangkan pengambilan daging sehingga mencapai nisbah yang yang lebih ideal, iaitu 20% ikan, daging dan telur (asid) dan 80% sayur-sayuran dan buah-buahan (alkali). Sel-sel kanser tidak dapat dibentuk dan hidup dalam persekitaran badan yang beralkali lemah. Sekiranya pesakit kanser dapat menukarkan fizikal badan melalui diet supaya nilai PH menjadi beralkali lemah, keadaannya akan beransur-ansur pulih dan sembuh.

Faktor-faktor yang mengakibatkan penyakit kanser Selain daripada faktor-faktor makro seperti pencemaran alam sekitar, pencemaran air, tekanan mental, masalah emosi dan sebagainya, faktor utama yang membawa penyakit kanser ialah diet yang tidak betul. Dalam proses penternakan masyarakat moden ini, memberikan suntikan kepada haiwan (seperti ayam, itik, angsa, burung merpati dan sebagainya) adalah perkara biasa. Makanan ternakan juga dicampur dengan banyak bahan-bahan yang tidak patut ditambah. Makannan haiwan akuatik (seperti ketam) juga ditambah dengan banyak ubat-ubatan. Sayur-sayuran disembur racun serangga, pokok buah dibubuh racun (seperti menyembur “Hao Nian Tong” kepada pokok durian). Walaupun serangga perosak dibunuh, ayam dan itik yang temakan serangga beracun juga akan mati. Racun yang menembusi buah-buahan juga dapat menghasilkan karsinogen. Selain itu, minuman yang dijual di kedai serbaneka dan kedai minuman rangkain ditambah dengan banyak sirap jagung fruktosa (HFCS), sekiranya mengambil minuman ini sebagai sumber air juga akan merbahayakan kesihatan.

Page 30: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 30

Berikutan keadaan ekonomi bertambah baik, orang ramai mula mengejar kehidupan yang “mewah”, makanan panggang, goreng, dan rasa yang baik sahaja mahu dimakan. Ini telah mengakibatkan sayur-sayuran diambil menjadi kurang dan protein pula diambil berlebihan, fisiologi badan juga semakin merosot. Mengikut teori perubatan Cina, Ying (Gelap) dan Yang (Cahaya) tidak seimbang, persekitaran badan menjadi berasid, ditambah emosi tertekan, tekanan mental dan faktor-faktor lain menyebabkan sel-sel dalam badan terkena racun, sel-sel ini akan menjadi sel-sel kanser dan teruskan hidupnya dengan gigih dalam badan. Manusia masyarakat moden yang tamak telah mencemarkan makanan di persekitaran. Ditambah dengan gaya pemakanan yang tidak betul, bolehkah kita tidak mengidap penyakit?

Seban-sebab yang menjadikan badan bersifat asid

Dalam keluarga biasa, nasi putih biasanya dihidangkan bersama ikan, daging dan juga sayur. Bagaimanapun, sesetengah orang akan memilih makanan dan memang tidak suka sayur-sayuran. Makanan yang dibungkus juga jarang dihidangkan sayur, makanan segera yang berminyak-minyak palinglah teruk. Dengan ini, makanan yang diambil sebahagian besarnya berprotein dan berlemak tinggi. Lama-kelamaan, selepas terkumpul 10 tahun atau 20 tahun, fisiologi badan akan menjadi sifat asid. Penyakit kolesterol tinggi, lemak darah tinggi, kencing manis, hati berlemak, kanser dan penyakit kronik lain adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak betul. Di Jepun, juga dikenali sebagai “penyakit gaya hidup”. Untuk merawati penyakit-penyakit ini, tabiat hidup dan diet perlu berubah. Makan lebih banyak sayur dan kurangkan daging, ditambah Daun Belalai Gajah sebagai pembantu detoksifikasi yang berkesan, selepas fisiologi badan berubah menjadi alkali lemah, pelbagai penyakit akan mudah dirawati.

Page 31: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 31

Mengambil lebih banyak sayur mentah bermanfaat kepada kesihatan

Sayur mentah bermanfaat kepada badan kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi fitokimia (Phytochemicals). Fitokimia banyak terkandung dalam bahagian kulit, akar dan biji sayur dan buah. Ia membantu mengaktifkan sel-sel sistem imuniti badan dan menahan angiogenesis sel-sel kanser. Untuk memperolehi fitokimia, cuba makan “seluruh” sayur dan buah, sayur dan buah yang dibersihkan dimakan sekali dengan kulitnya.

Seperti biji yang perlukan tanah dan air untuk tumbuh dan berkembang, fitokimia memerlukan enzim dan vitamin untuk megaktifkan keberkesanannya. Enzim dan vitamin boleh dinyahaktif apabila dimasak pada suhu yang tinggi atau dalam proses penyimpanan dan pengangkutan. Dengan demikian, sayur-sayuran dimakan mentah paling baik.

Sayur-sayuran yang tidak sesuai dimakan mentah

Bukan setiap jenis sayur sesuai untuk dimakan mentah, sesetengah sayur perlu dicelur sebelum dimakan. Ini termasuk brokoli, kembang kol, bayam, pucuk buluh, beras liar, kohlrabi, purslane dan sayur-sayur lain yang perlu dibersihkan debu dan serangga secara sempurna untuk mencegah alahan. Di samping itu, lettuce dan water chestnuts perlu dikupas kulitnya, dibersihkan, dicelur sebelum dimakan supaya lebih bersih, lazat dan nutriennya tersimpan. Mereka yang fizikal badannya “dingin” dan lemah lebih sesuai makan sayur yang telah dimasak. Bagaimanapun, terdapat beberapa sayur yang tidak sesuai untuk dimakan mentah seperti ubi kentang, keladi dan chinese yam. Sayur-sayuran berkanji perlu dimasak supaya kanjinya pecah dan boleh dicernakan oleh badan. Kacang bunting mengandungi banyak saponin lectin, sekiranya tidak dimasak lengkap akan membawa keracunan makanan. Masa memasak kacang bunting tidak boleh terlalu pendek, masak sehingga lengkap dan bertukar warna barulah boleh dihidangkan. Taugeh patut dimasak sebelum dimakan, jika ingin makan sebagai salad, ia juga perlu dimasak.

Page 32: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 32

Pembersihan Sayur-sayuran Dan Buah-buahan Yang Tidak Boleh Diabaikan

Kita sedia maklum bahawa memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan bermanfaat kepada kesihatan kita. Bagaimanapun, masalah sisa racun perosak* berlebihan sering kali membimbangkan kita.

Pakar atas talian berkata dalam ceramah bahawa kebanyakan racun perosak bersifat asid, boleh dibersihkan dengan serbuk cangkerang, serbuk teh pahit atau serbuk soda yang digunakan untuk membuat kek (ekonomi dan mudah didapati)

Langkah-langkah Membersih

Membilas sayur dan buah dengan air bersih Sayur dan buah yang telah dibilas dimasukkan ke dalam

sebekas air, tambah 3 sudu serbuk soda, rendam 3-5 minit Keringkan air, membilas sekali lagi dengan air bersih Potong sayur dan buah, dibersihkan sekali lagi dan sedia

dihidangkan Nota:

(1) Selain daripada mesin membasuh sayur dan buah, cecair pembersih khas sayur dan buah juga sangat popular pada masa sekarang. Bagaimanapun, membilas dengan sebanyak air bersih yang mengalir adalah cara yang paling selamat.

(2) Jangan potong sayur dan buah sebelum dibersih dan direndam, dicadangkan supaya bersih/renam keseluruhan sayur/buah.

Selain itu, boleh memilih sama ada cuka atau garam mengikut keperluan. Cuka putih mempunyai fungsi membasmi kuman yang kuat, boleh digunakan untuk menyingkirkan racun perosak yang bersifat alkali. Garam pula boleh membantu dalam membunuh kulat dan membuang telurnya.

*

Untuk mengetahui sisa racun perosak di atas sayur dan buah, boleh membeli

“kertas PH” dari kedai bahan kimia untuk menguji nilai PH dan mengenalpasti sama ada sisa racun perosak sudah melebihi piawaian.

Page 33: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 33

Sekiranya sayur itu dimakan mentah, selain dibersih dan direndam, dinasihatkan supaya dicelur selama 30-40 saat.

Banyak sayur-sayuran bersifat larut air, juga boleh mempertimbangkan [cara goreng air] – masak sedikit air sehingga mendidih, masukkan sayur-sayuran dan goreng lebih kurang 1 minit dan padamkan api, ditutup dan dibiarkan selama 1 minit, sebaik sahaja membuka penutup, tambah sos, garam atau perisa dan sedia dihidangkan (sekiranya suka akan bawang kering atau minyak bawang putih, boleh tabur selepas dihidangkan dalam pinggan). Dengan cara ini, sayur akan masak “digoreng”dan kebanyakan nutriennya tidak hilang.

Petua Mesra

Kubis – Biasanya disembur sekali racun perosak apabila selapisan bertumbuh. Oleh yang demikian, 3 lapisan yang teratas patut dibuang dan lapisan dalaman dibilas dengan air bersih dan direndam dengan air soda.

Brokoli – Lebih banyak racun perosak dan lebih susah dibersihkan. Seluruh brokoli dibersihkan dengan air dan direndam dalam air soda terlebih dahulu, selepas dibersihkan sekali lagi dengan air, barulah potong.

Lada Beggala – Bahagian terbenam seperti corong mudah mengumpulkan racun perosak. Boleh dibilas dahulu dengan air bersih dan buang bahagian terbenam. Selepas itu, gosok dengan berus lembut sehingga bersih dan direndam dalam air soda dan dibilas dengan air bersih sekali lagi.

Timun, Peria, Keledek – Permukaan yang tidak rata menyebabkan banyak racun perosak terkumpul, perlu digosok dan dibilas dengan air.

Terung – Walaupun kulitnya licin tetapi banyak sisa racun perosak (terutamanya bahagian akhir). Semua sayur atau buah yang tumbuh ke bawah, bahagian bawah yang berdekatan lantai paling banyak sisa racun perosak. Dicadangkan supaya digosok dengan span yang bersih selepas dibilas air. Kemudian rendam dengan air soda dan dibersihkan sekali lagi.

Page 34: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 34

Jagung – Oleh sebab dibalut dengan satu “lapisan luar”,

racun perosak dalam biji jagung agak kurang secara relative tetapi “batang” jagung menyerap banyak racun perosak. Semasa memasak, jagung perlu dibersihkan sebelum dibuang “lapisan luar”. Selepas itu, biji jagung dikupas, direndam dan dimasak dalam sup.

Ubi Kentang, Ubi Keledek – Tumbuh di bawah tanah dan biasanya tidak akan terdedah secara langsung kepada racun perosak. Bagaimanapun, pencemaran persekitaran yang serius juga akan mengakibatkan masalah sisa bahan pencemar. Oleh yang demikian, perlu dibersihkan secara lengkap sebelum memasak.

Lobak, Akar Seroja – Sekiranya terdapat pencemaran tanah, pengairan dengan air yang tercemar dan pencemaran pelbagai racun perosak/racun rumput, logam berat yang toksik akhirnya akan meresap ke dalam tanah. Racun perosak dalam ubi ini susah diuraikan, kandungan toksik logam berat dan sisa bahan pencemar yang terlalu tinggi menyebabkan ubi ini tidak boleh dimakan.

Labu, Bawang – Boleh menguraikan racun perosak secara automatik sekiranya diletak dalam suhu bilik selama 2-3 hari, racun perosak tidak dapat diuraikan secara automatik sekiranya diletak dalam peti sejuk.

Pasli, Saderi, Adas dan Kangkong – Jenis sayur-sayuran yang mempunyai bau istimewa ini biasanya kurang perosak serangga, maka kurang disembur racun perosak.

Sawi – Bagi sesetengah sayur, racun perosak tidak disembur secara terus ke daun tetapi disembur ke akarnya. Racun perosak sistem ini akan disedup naik oleh akar. Oleh yang demikian, sayur-sayuran jenis ini perlu dipotong 3cm daripada bahagian akar dan daun berdekatan akar perlu digosok dengan berus.

Sayur Organik – Tidak semestinya 100% selamat, kadang-kala juga terdapat masalah kandungan nitrat yang terlalu tinggi. Sesetengah petani meletak baja berlebihan demi tuaian yang lebih cepat, baik tahi binatang mahupun baja kimia, kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan kandungan nitrat

Page 35: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 35

yang terlalu tinggi dalam sayur dan buah yang ditanam. Nitrat yang terlalu tinggi akan menyebabkan warna muka menjadi ungu gelap, yang lebih serius boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan kanser.

Anggur – Digunting sekali dengan gagang bunga, dibilas air, direndam air soda dan dibersihkan sekali lagi sebelum makan.

Betik, Pisang, Oren Dan Buah-buahan Lain - Betik dan pisang berwarna hijau sebelum masak apabila dipetik. Demi kecantikan dan mencegah gigitan serangga, peniaga menyembur bahan kimia supaya warnanya kelihatan kuning masak. Sesetengah peniaga juga merendam oren dalam cecair pengawet supaya bertahan untuk beberapa bulan. Dengan sebab-sebab di atas, buah-buahan perlu dibersih terlebih dahulu sebelum dikupas kulit atau dipotong. Selepas mengupas kulit buah-buahan, tangan perlu dicuci sebelum memotong atau mengupas isinya bagi mengelakkan bahan kimia terlekat pada isinya.

Lain-lain – Sayur dan buah segar tidak sesuai direndam dalam air melebihi setengah jam untuk mengelakkan kehilangan nutrien.

Mengambil sayur-sayuran “terlebih dahulu” semasa makan

Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, rumpai laut, kekacang dan ubi yang cukup dalam pemakanan harian akan membantu kadar perubahan fisiologi badan. Disyorkan mengambil kuantiti yang cukup bagi sayur-sayuran (1 mangkuk sayur mentah, sayur masak, kacang, rumpai laut, kekacang dan ubi) dahulu, kemudian makan nasi dan makanan lain untuk mengelakkan ruangan dalam perut diisi penuh dengan

makanan bukan sayur dan mengakibatkan kuantiti sayur yang diambil tidak cukup.

Page 36: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 36

Mengambil minyak yang baik membawa faedah

Diet sihat yang moden menyarankan makanan yang ringan, seimbang, kurang minyak, kurang garam, kurang gula dan lemak rendah. Yang dikatakan kurang minyak bukan bermakna kurang mengambil minyak tetapi kurangi mengambil minyak yang buruk, ambillah minyak yang baik. Contoh minyak yang baik adalah minyak kelapa, minyak kelapa sawit. Selain membekalkan tenaga, minyak yang baik juga

melambatkan pengurangan berat badan dan juga membantu dalam mencegah penyakit vaskular. Minyak “Teh Pahit” yang titik pencetus asap1 mencapai 210° merupakan antara minyak yang baik. Minyak ini mendapat nama “minyak makan yang terbaik di dunia”, kaya dengan protein, Vitamin A dan E, polifenol dan unsur-unsur surih yang lain. Polifenol mempunyai fungsi untuk melindungi hati dan buah pinggang. Minyak baik yang lain termasuk minyak zaitun2 dan minyak kelapa sawit. Selain itu, minyak ikan3 dan minyak evening primrose juga minyak yang baik, mengambil dengan dos harian 2 biji juga baik kepada pesakit.

1 “Titik pencetus asap”ialah suhu yang mula berasap apabila minyak dipanaskan. Minyak mencapai titik pencetus asap akan mula berpecah dan menghasilkan proksida yang toksik. Dengan ini, jangan menunggu sampai minyak berasap baru diletakkan makanan apabila memasak.

2 Minyak zaitun (olive) dibahagikan kepada 4 jenis : 1) Extra Virgin Olive Oil, 2) Virgin Olive Oil, 3) Pure Olive Oil, 4) Pomace Olive Oil, Orujo de Oliva, Sansa di Olive. Jenis pertama, Extra Virgin Olive Oil paling baik. Perlu diingatkan bukan semua minyak boleh dimasak dengan suhu tinggi. 1) dan 2) hanya boleh dimasak dengan suhu yang rendah, seperti dibuat salad dan sapu roti, Material bagi minyak zaitun jenis 3) kurang baik jika dibandingkan dengan jenis 1) dan 2), boleh digunakan untuk masak air, masak dan goreng biasa, Jenis 4) merupakan minyak gred kedua, mengandungi sisa pelarut organik yang berbahaya, tidak disyorkan.

3 Cod Liver Oil bukan minyak ikan. Cod Liver Oil ialah minyak yang diproses daripada hati ikan sementara minyak ikan diambil daripada lemak daging ikan laut. Cod Liver Oil kaya dengan vitamin A (membantu dalam penglihatan dan mencegah rabun malam) dan vitamin D (membantu penyerapan kalsium dan perkembangan tulang) yang larut minyak. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin larut minyak sepanjang masa akan menyebabkan pengumpulan dalam badan dan menghasilkan toksin. Minyak ikan mengandungi EPA (mencegah penyakit kardiovaskular) dan DHA (membantu penglihatan dan mengekalkan fungsi sel otak).

Page 37: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 37

Mengambil lemak yang betul sama seperti fungsi perlindungan mengambil sayur dan buah, malah berfungsi lebih baik untuk antikanser. Contohnya, asid lemak Omega-3 mengandungi lemak yang baik, boleh menghalang pertumbuhan tumor, dan juga menambahkan kolesterol yang baik (HDL) dalam badan. Lemak yang buruk akan terbenam dalam dinding arteri dan menyebabkan dinding arteri menjadi tebal, seterusnya menyebabkan bekalan darah aterosklerosis atau kardiovaskular tidak cukup dan mencetuskan penyakit. Sekiranya lemak buruk terkumpul dengan terlalu banyak dalam badan, akan mengakibatkan toksin larut lemak terkumpul dalam badan sehingga menyebabkan penyakit.

Lemak Trans

Minyak yang tidak baik (seperti minyak pengoksidaan, minyak tengik, lemak trans dan sebagainya) merupakan “punca segala penyakit”.

Asid lemak trans biasanya terdapat dalam makanan yang digemari dan dirasakan sedap oleh orang-orang muda seperti kuih-miuh, mentega dalam roti, roti croissant, roti denmark, ejen rangup, kek, biskut, kuki, aiskrim, makanan segera (contohnya, ayam goreng dan kentang goreng), makanan bakar dan makanan goreng. Minyak hidrogenasi dalam makanan-makanan ini semuanya mengandungi asid lemak trans* yang tidak dapat dimetabolismakan oleh badan. Mengambil makanan-makanan ini dalam jangka panjang akan meningkatkan risiko mengidap penyakit jantung kononari dan penyakit jantung, mencetuskan penyakit kolesterol tinggi, lemak darah tinggi dan gula darah tinggi yang berpotensi besar membahayakan badan.

Mengikut satu kajian Amerika Syarikat yang berwibawa, peningkatan pengambilan asid lemak trans sebanyak 2% akan meningkatkan risiko mengidap penyakit jantung sebanyak 25%. Asid lemak trans yang biasanya terdapat dalam makanan bakar dan goreng bukan sahaja berkaitan dengan penyakit jantung,

*

Kebanyakan asid lemak cis dalam bentuk cecair, takat lebur lebih rendah. Manakala

kebanyakan asid lemak trans dalam bentuk pepejal atau separa pepejal, takat leburnya lebih tinggi.

Page 38: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 38

malah menjadi salah satu punca utama penyakit kencing manis jenis II bagi kaum wanita. Kajian fizikal manusia Amerika Syarikat baru-baru ini juga mengesahkan bahawa lemak trans boleh transit melalui plasenta kepada janin. Bayi yang diberi susu ibu juga akan terambil asid lemak trans akibat pengambilan mentega oleh ibunya dan ini akan membawa kesan negatif terhadap tumbuhan sistem saraf pusat, merencatkan sintesis prostaglandin dan menggangu perkembangan bayi.

Cara Rawatan Minyak Baik - "Minyak Biji Rami"

Dalam diet harian, kadang-kala kita tidak dapat mengelakkan diri dan terambil sedikit sebanyak lemak trans. Berikut disyorkan [Petua Detoksifikasi Budwig] – “Minyak Biji Rami Organik + Yogurt” yang dapat membantu anda melakukan detoksifikasi secara sihat.

Fungsi Minyak Biji Rami

Membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser

Anti-radang, menurunkan lemak darah, kolesterol dan tekanan darah

Kaya dengan Omega 3 (termasuk DHA), memajukan perkembangan otak dan visi kanak-kanak.

Petua Detoksifikasi Budwig Sumbernya dari Ceramah Cikgu Wang Min Yong – [Lemak Trans Dan Minyak Biji Rami]

Bahan

Yogurt tanpa gula............................... 200 ml Minyak biji rami organik........................ 15 ml

(baru diperah dan ditekan dingin adalah yang paling baik)

Page 39: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 39

Cara

Yogurt dan minyak biji rami digaul sekata. (Mengaul secukupnya bagi fungsi larut yang lebih besar) Untuk meningkatkan rasa kesedapan, boleh ditambah madu, gula hitam, kismis, potongan kecil buah-buahan atau sayur-sayuran.

Fungsi

Selepas yogurt dicampur dengan minyak biji rami, ia akan menjadi lipoprotein yang larut air dan tidak akan melekat pada dinding arteri semasa kitaran darah. Ia dapat membantu memetabolismakan lemak yang tidak baik (terutamanya lemak trans) dan menguraikan toksin larut lemak dalam badan, sangat sesuai khasnya kepada golongan “3 tinggi”. Selain itu, ia mempunyai kesan ajaib terhadap anti kanser dan rawatan kemandulan semulajadi.

Pesakit tidak sesuai mengambil makanan yang dingin, jadi ia boleh dipanaskan dengan telap air panas. Disyorkan mengambil sebelum makan.

Senaman Berterusan, Berlatih Untuk Pernafasan Abdomen

“Hidup adalah bergerak”. Mengekalkan senaman setiap hari, senaman yang bersesuaian boleh mempercepatkan perpeluhan dan membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Seperkara lagi, banyakkan latihan penyedupan udara di luar bilik ke pubis, melalui latihan pernafasan abdomen boleh merangsangkan saraf organ-organ dalam badan dan pergerakan udara dan darah, mempercepatkan metabolisme dan membantu pemulihan kesihatan.

Berjemur Matahari Secara Bersesuian, Meningkatkan Imuniti

Menjemur matahari boleh membantu badan mensintesiskan vitamin D dan mempercepatkan penyerapan kalsium. Selalu menjemur matahari boleh mencegah penyakit osteoporosis orang dewasa, penyakit riket bayi dan orang dewasa. Selain itu, sinaran ultraungu dalam cahaya matahari juga mempunyai fungsi membasmi kuman, memperkuatkan sistem imuniti tubuh badan,

Page 40: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 40

juga boleh merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah merah, meningkatkan fungsi hemotopoietik, seterusnya mencegah penyakit anemia. Secara umumnya, cahaya matahari tidak begitu kuat sebelum 9.00 am dan selepas 5.00 pm. dan paling baik dijemur matahari pada tempoh masa ini. Disarankan supaya terdedah kepada cahaya matahari lebih kurang 15 minit sahaja sekali (berehat sekejap jika didapati sudah panas dan teruskan kemudian sahaja), pendedahan ½ - 1 jam setiap hari dikira bersesuaian. Jika didapati kulit menjadi kemerahan, mengelupas atau ruam, erytheme dan sebagainya, patut berhenti menjemur matahari buat sementara. Selepas terdedah kepada matahari, sebaiknya menyapu sedikit krim pelembap untuk melembapkan dan melindungi kulit. Selepas mejemur matahari, badan kita mudah mengeluarkan peluh, jadi kita perlu minum banyak air untuk memelihara kelembapan badan.

Minum Lebih Air, Tambah Kelembapan Yang Diperlukan

“Air adalah sumber hidup”. Air adalah amat penting untuk kesihatan, meminum banyak air setiap hari boleh melengkapkan keperluan air badan dan juga baik untuk mencairkan darah, seterusnya melancarkan pengalirannya dan mempercepatkan metabolisme. Minum air yang banyak juga boleh membantu penghadaman, penjagaan kulit dan kecantikan, mengurangkan sembelit, mata kering, penghasilan batu dalam badan dan sebagainya. Secara umumnya, keperluan air bagi setiap orang adalah berbeza. Ia bergantung kepada aktiviti harian, persekitaran, fizikal peribadi dan juga cuaca. Kesimpulanya, keperluan air harian bersamaan dengan kuantiti air yang dihilangkan dalam badan. Seseorang

yang sihat disyorkan minum 15002000 ml air (lebih kurang 8 gelas). Air juga tidak boleh diminum melebihi kuantiti yang diperlukan.

Page 41: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 41

Berehat Mengikut Keperluan, Mengekalkan Tidur Yang Cukup

Badan yang sihat bermula dengan tidur cukup. Terjaga sehingga lewat malam dalam jangka panjang akan merosakkan badan, membawa kesan buruk terhadap detoksifikasi dan pemulihan organ-organ badan. Selalu kekurangan tidur yang cukup bukan sahaja mempengaruhi emosi menjadi tidak stabil, kehilangan kesabaran dan penumpuan, malah akan mempengaruhi metabolisme, mempercepatkan proses penuaan organ, penurunan imuniti badan dan juga meningkatkan kebarangkalian mengidap penyakit. Disarankan supaya tidur pada 10.00 pm (paling lewat 11.00 pm), bagi mencajkan diri semula dan membenarkan badan kita berehat dengan selengkapnya. Memastikan tidur yang tetap, cukup dan lena bagi membantu pemulihan mental dan fizikal dan melawan penyakit yang menyerang. Selain daripada tidur pada malam, tidur pada sebelah petang dan rehat seketika juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga.

Melegakan Tekanan, Melepaskan Kemurungan

Dari perspektif psikologi, jika anda ingin membantu diri melawan penyakit kanser, yang paling penting ialah melepaskan tekanan dan kemurungan dalam hati, mengekalkan sikap agresif, positif dan ceria kerana orang yang ceria kurang mengidap penyakit kanser. Emosi yang murung mudah menyebabkan ketiadaan selera makan, seterusnya menyebabkan kekurangan nutrien lalu merosakkan sistem imuniti. Berada dalam keadaan negatif dan tekanan psikologi jangka panjang akan membawa kesan negatif terhadap badan dan mendatangkan masalah fizikal. Antaranya ialah menghalang pertumbuhan sel-sel imuniti. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada sistem imuniti sehingga mengakibatkan badan kita sukar bersaing dengan sel-sel kanser yang degil.

Page 42: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan

Healing Plants Garden – Daun Belalai Gajah

© 2013 Healing Plants Garden. All Rights Reserved. 42

Huraian kaedah bantuan pemulihan di atas adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Semasa mengambil Daun Belalai Gajah secara aktif, keadaan fizikal badan juga perlu dipulihkan. Ini kerana melawan dengan penyakit kanser adalah satu perjuangan yang sukar dan panjang. Untuk memenangi “peperangan” ini, bukan sahaja memerlukan senjata yang kuat, makanan yang cukup juga menjadi sokongan yang utama.

EDITING OLEH

ONG SIW KIM

www.facebook.com/kim.ong.7359

Page 43: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan
Page 44: +65 9876 9127 - blog.ongsiwkim.comblog.ongsiwkim.com/wp-content/uploads/2011/10/SSG-Booklet-Malay... · Cara Menghubungi DAUN MORINGA [P ... menghilangkan bengkak, tahan sakit. Kegunaan