64942293 matematik asas

Upload: faiz-yasin

Post on 10-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

LAPORAN TINJAUN1.0 PENGENALANSubjek Asas Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di semester tiga program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada setiap semester kami akan dikehendaki untuk menyiapkan satu kerja kursus berkaitan subjek ini. Pada kali ini kami dikehendaki menjalankan satu kajian yang mengaplikasikan ilmu berkaitan statistik. Kajian ini dinilai berdasarkan aspek kumpulan dan individu.Kami dikehendaki mengumpul maklumat terperinci berkaitan statistik secara individu. Seterusnya kami dikehendaki menjalan satu tinjauan secara berkumpulan bagi mengumpul data mengenai satu isu yang dikenalpasti. Oleh itu kami memilih tajuk kajian tentang Penggunaan Komputer di Kalangan Pelajar PPISMP Semeter 3 Institut Pendidikan Kampus Perlis. Melalui maklumat yang dikumpul kami mengaplikasikan konsep pengurusan data yang terdapat dalam tajuk statistik. Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang responden yang terdiri dari pada 30 orang guru pelatih lelaki dan perempuan. Kami menjalankan kajian ini keatas kelas PPISMP Reka Bentuk Teknologi, Muzik, Matematik A dan B, Sains serta Pendidikan Jasmani. Kajian ini juga dijalan dikalangan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.Kami menguruskan maklumat yang dikumpul dengan menggunakan Jadual Taburan Kekerapan dan menjalankan sukatan memusat bagi data yang dikumpul. Setelah itu kami mempersembahkan data ini dengan kaedah persembahan visual yang sesuai. Kami menggunakan Carta Bar, Carta Pai, Graf Histogram dan Graf Ogif.Di akhir kajian ini kami membuat interpretasi dan kesimpulan berdasarkan dapatan tinjauan penggunaan komputer dikalangan pelajar. Setelah mengumpul, menganalisis serta menginterpretasi akhirnya lengkaplah kajian kami mengenai Penggunaan Komputer Di Kalangan Pelajar PPISMP Semester 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

2.0 DAPATAN TINJAUAN2.1 Kaji Selidik Tahap Kemahiran Komputer dikalangan pelajar IPG Perlis.Item UjikajiLelakiWanitaJumlahPeratus

Kurang mahir15610

Sederhana mahir26214780

Mahir33610

Melalui jadual di atas:Sangat tidak setuju 1+5=6Tidak setuju 26+21=47Setuju 3+3=6

Aspek tahap leterasi komputer amat mendominasi semua bidang dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama secara dalam talian di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja syarikat, pengurusan tertinggi korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya seharusnya mahir dalam mengapplikasikan teknologi komputer. Untuk memulakan tinjauan terhadap kajian laporan tentang kecenderungan tujuan pengunaan komputer peribadi, terlebih dahulu kami perlu mengetahui tahap kemahiran berkomputer dalam kalangan guru pelatih ipg kampus perlis. Tinjauan ini dibuat kerana kami mendapati faktor ini amat berkaitan terhadap soalan ujikaji yang akan kami jalankan. Sebagai contohnya jika seseorang itu mempunyai tahap kemahiran komputer sudah tentu dia mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi berbanding seseorang yang tidak mahir.Dalam analisis kajian, kami mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran komputer pada tahap sederhana mahir dengan peratus sebanyak 80 % daripada 60 jumlah responden pada keseluruhanya. Dan di ikuti oleh respoden yang kurang mahir dan dan mahir pada jumlah peratus yang sama iaitu sebanyak 20%.Jika ditinjau dari sudut jantina,majoriti golongan lelaki Ipg Kampus Perlis mempunyai tahap kemahiran berkomputer pada tahap sederhana dengan jumlah bilangan sebanyak 26 orang daripada 30 responden lelaki yang diambil. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran berkomputer dalam kalangan lelaki ipg kampus perlis berada dalam tahap sederhana. Namun terdapat juga kaum lelaki yang kurang mahir komputer tetapi jumlahnya sangat sedikit iaitu sebanyak 10 peratus sahaja. Terdapat juga kaum lelaki yang mempunyai tahap kemahiran berkomputer pada tahap mahir iaitu sebanyak 3 oarang sahaja.Manakala dalam kalangan guru pelatih wanita pula menunjukan corak yang hampir sama dengan dengan corak graf lelaki. Dimana majoriti kaum wanita dalam kalangan guru pelatih ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran berkomputer pada tahap sederhana dengan bilangan sebanyak 21 orang dan dikuti oleh kaum wanita yang mempunyai kemahiran berkomputer kurang mahir dan mahir dengan jumlah bilangan yang masing-masing sama. Pada keseluruhanya, daripada hasil 60 responden yang diambil rata-rata masyarakat ipg kampus perlis memiliki tahap sederhana mahir. Sebagai kesimpulanya, soalan ujikaji tentang kecenderungan boleh dijalankan kerana kebanyakan masyarakat ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap sederhana.

2.2 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih IPG Perlis2.2.1 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum MelayuDalam Sehari.

Tahap penggunaan dalam sejamJumlahKekerapan

1-4-0

5-8ll2

9-12llll ll7

13-16Llll4

17-20Ll2

21-24-0

Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpul kenderungan menggunakan komputer terhadap kaum melayu di Ipg Kampus Perlis dalam sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan mod.

Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali dalam jadual diatas iaitu sebanyak 7 orang dengan tahap pengunaan antara 9 hingga 12 jam.Tahap penggunaan dalam sejamJumlahKekerapan

9-12llll ll7

Tahap penggunaan komputer tertinggi sehari dalam jam.Mod

Untuk memperolehi data median dan meankecenderungan penggunaan komputer guru pelatih kaum melayu dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah kekerapan terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:Tahap penggunaan dalam sejamTitik tengahkekerapanKekerapan terkumpul

1-41+4 = 2.5 200

5-85+8 = 6.5 220+2 = 2

9-129+12 = 10.5 272+7 = 9

13-16

13+16 = 14.5 249+4 = 13

17-20

17+20 = 18.5 2213+2 = 15

21-24

21+24 = 22.5 2015+0 = 15

Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula: Mean : X = fx f = 0(2.5)+2(6.5)+7(10.5)+4(14.5)+2(18.5)+0(22.5) 2+7+4+2 = 181.5 15 = 12.1

Jumlah purata pengunaan komputer dalam sehari ialah 12.1 jam

Median:

= =

Titik tengah pengunaan komputer dalam sehari ialah 11.64 jam = 11.64

2.2.2 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum Cina Dalam Sehari.Tahap penggunaan dalam sejamJumlahkekerapan

1-4-0

5-8ll2

9-12Ill3

13-16llII IIII9

17-20l1

21-24-0

Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpul kenderungan menggunakan komputer terhadap kaum Cina di Ipg Kampus Perlis dalam sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan mod.Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali dalam jadual diatas iaitu sebanyak 9 orang dengan tahap pengunaan antara 13 hingga 16 jam.

Tahap penggunaan dalam sejamJumlahkekerapan

13-16llll lIII9

ModTahap penggunaan komputer tertinggi sehari dalam jam.

Untuk memperolehi data median dan mean kecenderungan penggunaan komputer guru pelatih kaum melayu dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah kekerapan terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:Tahap penggunaan dalam sejamTitik tengahKekerapanKekerapan terkumpul

1-4

1+4 = 2.5 200

5-85+8 = 6.5 220+2 = 2

9-129+12 = 10.5 233+2 = 5

13-16

13+16 = 14.5 299+5 = 14

17-20

17+20 = 18.5 2114+1= 15

21-24

21+24 = 22.5 2015+0 = 15

Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula: Mean : X = fx f = 0(2.5)+2(6.5)+5(10.5)+14(14.5)+15(18.5)+0(22.5) 0+2+3+9+1+0 = 546 15 = 36.4

Jumlah purata pengunaan komputer dalam sehari ialah 58.9 jam

Median:

= =

Titik tengah pengunaan komputer dalam sehari ialah 14.94 jam = 14.94

2.2.3 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum India Dalam Sehari.Tahap penggunaan dalam sejamJumlahkekerapan

1-4II2

5-8-0

9-12llll llll10

13-16II2

17-20-0

21-24I1

Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpul kenderungan menggunakan komputer terhadap kaum India di Ipg Kampus Perlis dalam sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan mod.Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali dalam jadual diatas iaitu sebanyak 10 orang dengan tahap pengunaan antara 9 hingga 12 jam.

Tahap penggunaan dalam sejamJumlahkekerapan

9-12llll llII10

Tahap penggunaan komputer tertinggi sehari dalam jam.Mod

Untuk memperolehi data median dan mean kecenderungan penggunaan komputer guru pelatih kaum india dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah kekerapan terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:

Tahap penggunaan dalam sejamTitik tengahkekerapanKekerapan terkumpul

1-4

1+4 = 2.5222

5-85+8 = 6.5200+2 = 2

9-129+12 = 10.521010+2=12

13-16

13+16 = 14.5222+12 = 14

17-20

17+20 = 18.5200+14=14

21-24

21+24 = 22.5211+14=15

Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula: Mean : X = fx f = 2(2.5)+0(6.5)+10(10.5)+2(14.5)+0(18.5)+1(22.5) 2+10+2+1 = 161.5 15 = 10.8

Jumlah purata pengunaan komputer dalam sehari ialah 10.8 jam

Median:

= =

Titik tengah pengunaan komputer dalam sehari ialah 10.7 jam = 10.7

2.2.4 Penggunaan komputer dalam sehari bagi kaum lain-lain yang terdiri selain daripada bangsa Melayu, Cina dan India.Penggunaan jam (H)Min pointKaum lain-lainCumulative frequency

1-42.511

5-86.512

9-1210.535

13-1614.5510

17-2018.5212

21-2422.5315

Mencari mode bagi kaum lain-lain.Mode ialah nilai yang tertinggi bagi jumlah ataupun data yang telah diperolehi.Mode bagi penggunaan komputer untuk kaum lain-lain ialah:

= Hasil tambah bagi semua dataBilangan dataMode= 5

x Mencari mean,

=(2.5x1)+(6.5x1)+(10.5x3)+(14.5x5)+(18.5x2)+(22.5x3)15= 217.515Mean = 14.5#

Median, m= L+ N (2 f) c Fm

fL=12.5 (kiraan terendah)N=15 (jumlah keseluruhan cumulative frequency)F=5fm=5

5c=4(jurang diantara frequency) 15 _ 12.5+ 2______ 4 5

fm =14.5

Median = 14.5#

Median bagi data untuk kaum lain-lain yang terdiri daripada 15 orang responden adalah 14.5 dimana pengiraannya adalah seperti yang diatas.

Berdasarkan kajian dan keputusan yang telah diperolehi daripada data ini mendapati bahawa ramai pelajar iaitu bagi kaum lain-lain yang terdiri daripada bumiputera sabah dan sarawak lebih gemar dan biasa menggunakan komputer selama 13-16 jam iaitu seramai 5 orang daripada 15 responden yang terlibat dalam pengisian borang soal selidik ini. Daripada sesi temubual dan tinjauan yang dilakukan menerangkan bahawa pelajar yang menggunakan komputer selama 13-16 jam adalah disebabkan mereka lebih suka menggunakan komputer berbanding melakukan hal-hal lain seperti sukan dan sebagainya. Di samping itu juga, kekerapan menggunakan 13-16 jam komputer dalam sehari adalah disebabkan kerana mereka sibuk dengan tugasan yang harus dilaksanakan. Daripada itu, data yang diperolehi boleh dikatakan bahawa mode bagi data ini ialah sebanyak 5 orang. Seterusnya terdapat juga responden yang menggunakan komputer hanya selama 1-4 jam iaitu sebanyak 1 orang. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan responden yang hanya menggunakan komputer selama 1-4 jam sehari adalah disebabkan kekangan masa untuk menggunakan komputer kerana responden tersebut lebih aktif dalam kokurikulum dan tugasan-tugasan luar selain daripada menggunakan komputer. Di samping itu ada diantara responden yang lebih gemar menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk melakukan jaringan luar seperti Facebook, Twitter dan Blogger.Terdapat juga responden yang menggunakan hampir keseluruhan hari iaitu diantara 21-24 jam untuk menggunakan komputer. Melihat kepada ini, terdapat kesan baik dan buruk dalam menggunakan komputer selama masa tersebut. Bila melihat kepada kebaikannya, pelajar yang boleh fokus untuk melaksanakan tugasan dan kerja kursus mampu disiapkan dalam masa yang lebih awal berbanding pelajar yang lain yang hanya menggunakan komputer tidak lebih dari 20 jam. Namun bila melihat kepada keburukannya pula ialah pelajar akan merasa mengantuk dan tidak mampu untuk melakukan pembelajaran dengan fokus dan baik lebih-lebih lagi sewaktu pensyarah dan guru sedang mengajar. Tidak juga lupa kesannya pada kesihatan dimana pelajara yang kekurangan tidur akan merasa lemah badan dan kekuranga tenaga untuk melakukan aktiviti pada hari seterusnya.Akhir keputusan ialah mencari median dimana mean harus dicari terlebih dahulu dimana min point didarabkan dengan bilangan kaum-kaum iaitu frequency(f) dan dibahagi oleh bilangan responden. Sesudah itu barulah median dicari dan keputusan yang diperolehi bagi median ialah 14.5.

JADUAL PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM SEHARI UNTUK SEMUA KAUMPenggunaan JamKekerapanTitik TengahKekerapan Terkumpul

1-432.53

5-856.58

9-122410.532

13-161914.551

17-20518.556

21-24422.560

Mean,

= 3(2.5) +5(6.5) +24(10.5) +19(14.5) +5(18.5) +4(22.5) 3+5+24+19+5+4 = 750 60 = 12.5Melalui data di atas purata masa penggunaan komputer bagi semua kaum ialah 12.5. Ini bermaksud 12 jam merupakan masa yang selalu digunakan oleh pelajar dari semua kaum semasa menggunakan komputer untuk aktiviti harian mereka.

MEDIANMedian, x= F c fm = 8.5 + 4 24 = 12.17 Melalui data yang dikumpulkan median atau titik tengah untuk penggunaan komputer ialah 12.17. MODMod = 9-12Melalui data tersebut juga didapati jumlah penggunaan yang paling kerap sekali ialah 9-12 jam . Ini ditentukan melalui mod tertinggi yang terdapat dalam kekerapan data.

GRAF HISTOGRAM

24.520.516.512.58.54.50.5

Berdasarkan graf serta jadual di atas, bilangan pelajar paling banyak menggunakan komputer selama 9 hingga 12 jam dalam sehari. Bilangan pelajar yang paling kurang ialah 1 hingga 4 jam sehari. Peratus pelajar yang menggunakan komputer lebih daripada 12 jam ialah : 28/60 x 100 = 46.7%Manakala peratus pelajar yang menggunakan komputer riba kurang dari 12 jam ialah 32/60 x 100 = 53.3%Melalui graf di atas mod ialah:=12.5-8.5= (4/5) +8.5=9.3

Daripada graf di atas median ialah,= 15-10= 5/5= 1x 2.5= 2.5 + 10= 12.52.3 Kecenderungan Penggunaan Komputer Peribadi Terhadap Permainan Video. ItemLelakiWanitaJumlahPeratus

Sangat tidak bersetuju24610%

Tidak setuju9182745%

setuju1562135%

Sangat setuju42610%

Melalui jadual di atas:Sangat tidak setuju 2+4 = 6Tidak setuju 9+18=27 modSetuju 15+6 =21 Sangat setuju 4+2=6

Graf di atas menunjukkan bilangan pelajar Ipg Kampus Perlis berdasarkan soalan ujikaji,kecenderungan Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan video. Daripada ujikaji soalan ini, majoriti golongan lelaki merangkumi mahasiswa Ipg Kampus Perlis bersetuju bahawa kecenderungan pengunaan komputer peribadi meraka lebih terarah untuk permainan video dengan jumlah bilangan sebanyak 15 orang daripada 30 responden lelaki yang diambil. Hal ini menunjukkan bahawa, hampir separuh daripada jumlah responden lelaki lebih cenderung mengunakan komputer peribadi mereka untuk permainan video. Namun terdapat juga dalam kalangan responden lelaki yang menyatakan tidak bersetuju bahawa kecenderungan pengunaan komputer mereka terhadap permainan video dengan jumlah perbezaan respoden yang bersetuju iaitu seramai 6 orang dengan peratus sebanyak 30 peratus.Seterusnya diikuti, jumlah responden lelaki yang sangat bersetuju sebanyak 13.4 peratus dengan bilangan seramai 4 orang sahaja. Jumlah responden lelaki yang sangat tidak bersetuju pula menduduki nilai bilangan paling sedikit dengan perbezaan jumlah responden sangat bersetuju sebanyak 2 orang.Manakala bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi guru Pelatih Ipg Kampus Perlis,majoriti di antara mereka tidak menyokong soalan ujikaji ini iaitu sebanyak 60 peratus tidak menyokong kecenderungan pengunaan komputer peribadi untuk permainan video dengan jumlah keseluruhan respoden yang sama dengan jumlah respoden lelaki. Meskipun majoriti golongan mahasiswi tidak bersetuju dengan soalan ujikaji namun terdapat juga mahasiswi yang bersetuju terhadap soalan ini dengan jumlah bilangan sebanyak 6 orang dengan dengan perbezaan jumlah sangat tidak bersetuju sebanyak 2 orang. Seterusnya diikuti, dengan bilangan sangat setuju sebanyak 6.6 peratus.Mengikut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan,hal ini menunjukkan masyarakat ipg perlis tidak bersetuju bahawa kecenderungan Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan video. Hal ini dapat ditunjukkan melalui nilai kekerapan mod seperti di atas, dimana sebanyak 27 responden yang tidak bersetuju. Hal ini menunjukan bahawa hampir separuh masyarakat ipg kampus perlis tidak bersetuju terhadap soalan ujikaji ini.Antara sebab ramai guru pelatih ipg kampus perlis tidak bersetuju terhadap soalan ini kerana sibuk dengan projek dan kerja kursus yang perlu disiapkan dalam masa yang terhad dan ini menyebabkan mereka lebih tertumpu untuk melakukan kerja-kerja yang diberi oelh pensyarah meraka untuk memastikan kerja yang diberi siap pada masa yang ditetapkan.Soalan 2LelakiPerempuanJumlahPeratus

Sangat Tidak SetujuI0l2%

Tidak SetujuII0ll3%

SetujuIIIIIIIIIIIIIIIIlIIIIIIIIIIIIllllllIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIllll lll72%

Sangat SetujuIIII IIIIIlllIIIIIIIIllll23%

kesimpulnya, mengikut analisis dan tinjauan yang dilakukan tahap pengaruh permainan video dalam kalangan masyarakat ipg kampus perlis masih pada tahap rendah. Hal ini disebabkan oleh ramai pelajar ipg kampus perlis perlu mempunyai pemikiran seperti seseorang guru yang beretika dan menjadi contoh kepada anak muridnya kelak.

2.4 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah pembelajaran interktif

Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:Sangat Tidak Setuju = 1Tidak Bersetuju = 2Setuju = 43 modSangat Setuju = 14Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling tinggi. Jadi mod ialah:

Setuju = 43 orang guru pelatih

Berdasarkan data yang telah diperolehi, melalui kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar IPG Kampus Perlis dimana kami telah mendapatkan 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan sebagai responden sukarela, kami mendapati bahawa kebanyakan daripada pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan mengatakan bahawa mereka setuju berkenaan dengan soalan kedua ini yang menyatakan bahawa komputer peribadi saya lebih dugunakan kearah interaktif. Ini disebabkan data menunjukkan bahawa seramai 21 responden lelaki dan 22 responden perempuan membuat keputusan untuk menanda pada petak setuju. Melihat pada kajian keputusan berkenaan dengan soalan dua ini, boleh dikatakan bahawa pelajar IPG Kampus Perlis proaktif dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi dalam pembelajaran interaktif. Dimana dapat dilihat bahawa penggunaan komputer di dalam kelas amat memberansangkan dan kebanyakannya digunakan sebagai medium untuk pembelajaran secara interaktif seperti perisian AutoCAD, Microsoft Office, Adobe Potoshop dan pelbagai lagi perisian yang digunakan oleh pelajar IPG Kampus Perlis untuk pembelajaran komputer secara interaktif. Data ini semakin kukuh kerana ianya disokong kuat kerana terdapat 6 responden lelaki dan 8 responden perempuan yang menanda ruang petak sangat setuju. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil pelajar yang tidak bersetuju dengan soalan ini dimana terdapat seorang responden lelaki yang menanda pada petak sangat tidak setuju dan 2 responden lelaki juga menanda pada petak kurang setuju. Melalui kajian dan maklumat yang diberikan oleh responden, antara sebab-sebab mereka tidak setuju adalah disebabkan kerana mereka tidak mempunyai komputer peribadi seperti pelajar lain kerana kekangan kewangan dan terdapat juga mengatakan bahawa mereka lebih mengutamakan komputer sebagai alat untuk mereka melakukan kerja yang lain selain daripada pembelajaran interksi. Walaupun dapat dilihat bilangan yang tidak setuju adalah yang paling minimun berbanding dengan yang setuju dengan kenyataan ini, namun bilangan kecil inilah yang harus dititik beratkan kerana sememangnya pembelajaran interaktif amat membawa kesan yang sangat positif kepada para pengguna lebih-lebih lagi bagi pelajar IPG Kampus Perlis kerana adalah penting untuk seorang guru atau cikgu mampu mendalami pelbagai cabang ilmu selain daripada ilmu khususnya. peratusan bagi responden lelaki (30 orang)Peratusan bagi responden perempuan (30 orang)

Peratusan keseluruhan responden lelaki dan perempuan (60 orang)Hasil daripada gabungan nilai kekerapan lelaki dan perempuan, data menunjukkan bahawa pelajar IPG Kampus Perlis amat bersetuju terhadap kenyataan komputer peribadi saya lebih digunakan kearah pembelajaran interaktif dimana hampir majoriti responden menanda pada kotak setuju iaitu sebanyak 72%. Selain daripada itu, terdapat juga responden yang amat bersetuju dengan kenyataan ini kerana mereka lebih menitik beratkan penggunaan komputer peribadi mereka ke arah pembelajaran secara interaktif sebanyak 23%. Di samping itu, terdapat juga beberapa responden yang terdiri daripada lelaki menanda pada ruang sangat tidak setuju iaitu sebanyak 2% dan tidak setuju iaitu 3%. Walaupun secara dasarnya hanya terdapat beberapa orang responden yang masih tidak bersetuju dengan kenyataan ini, namun melihat pada data yang diperoleh menunjukkan bahawa tahap penggunaan komputer kearah pembelajaran interaksi amat memberansangkan dan ini amat baik bagi seorang guru.

2.5 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah mendengar laguSoalan 2LelakiPerempuanJumlahPeratus

Sangat Tidak SetujuI0l2%

Tidak SetujuIIlllllll8%

SetujuIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII llIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII ll53%

Sangat SetujuIIIIllll lIIIIllll lIIIIIIII IIIIIIII ll37%

Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:Sangat Tidak Setuju = 1Tidak Bersetuju = 5Setuju = 52 modSangat Setuju = 22Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling tinggi. Jadi mod ialah:

Setuju = 32 orang guru pelatih

Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, melalui tajuk ke-3 iaitu komputer saya lebih digunakan untuk mendengar lagu,keputusan mendapati bahawa kebanyakan responden (15 lelaki dan 17 perempuan) menanda pada petak setuju yang menunjukkan bahawa mereka lebih menggunakan komputer untuk mendengar lagu. Berdasarkan kenyataan yang telah diberikan oleh salah seorang responden mengatakan bahawa muzik adalah salah satu cara untuk mereka berhibur lebih-lebih lagi sewaktu melakukan kerja yang menggunakan komputer, tambahan pula dengan memasang lagu, akan timbul satu perasaan dimana tekanan untuk melakukan kerja menggunakan komputer itu berkurangan seperti melakukan tugasan kerja kursus dengan bantuan muzik yang dipasang di komputer. Di samping itu juga, melihat kepada muzik, sememangnya muzik adalah salah satu cara untuk berhibur dengan menyanyikannya atau mendengarnya. Merujuk pada hiburan, sememangnya untuk mendapatkan hiburan di perlis amat sukar kerana kekurangan tempat-tempat hiburan seperti panggung wayang, pusat permainan dan sebagainya dan dengan itulah, kajian yang telah dilakukan terhadap responden daripada PPISMP sem 3 ambilan Jun 2010 amat bersetuju (11 lelaki, 11 perempuan) dan setuju (15 lelaki, 17 perempuan) dengan penyataan tajuk ketiga ini iaitu komputer peribadi saya lebih digunakan untuk mendengar musik. Namun, terdapat beberapa kriteria yang perlu dalam ada sewaktu mendengar lagu di komputer iaitu lagu tersebut kebanyakannya haruslah telah popular ataupun menjadi buahan mulut orang dimana sering dinyanyikan oleh para pelajar. Selain itu, lagu-lagu yang sering dipasang adalah lebih bertemakan kontemporari ataupun lagi jiwang yang bersesuaian dengan jiwa para remaja dan akhir sekali adalah lagu akan sering dipasang sewaktu menjalani kerja kursus.Di samping setuju dan sangat setuju, terdapat juga responden yang menanda pada kotak tidak setuju dan sangat tidak setuju namun bilangannya adalah lebih kecil daripada yang bersetuju iaitu tidak setuju (3 lelaki 2 perempuan) dan sangat tidak setuju (1 lelaki). Melihat kepada faktor yang menyebabkan terdapat seorang responden lelaki yang menyatakan tidak setuju adalah disebabkan dia menggunakan komputer peribadinya khas untuk melakukan tugasan-tugasan harian atau berkemungkinan dia tidak mempunyai komputer peribadi sendiri. Selain itu, terdapat juga 5 responden (3 lelaki 2 perempuan) dimana meneka tidak besetuju dngan kenyataan ke-3 ini. Antara faktor yang telah dikenal pasti kenapa mereka tidak bersetuju adalah disebabkan mereka lebih suka mendengar musik daripada alat-alat lain selain daripada komputer iaitu dengan menggunakan telefon bimbit ataupun mp3,mp4 dan mp5. Merujuk kepada responden yang tidak bersetuju adalah boleh dianggarkan mereka mempunyai alat pemain musik sendiri dan kebanyakan daripada mereka adalah berasal daripada keluarga yang sederhana dan berada dimana mereka mempunyai sumber kewangan yang boleh untuk membeli peralatan seperti itu. Melihat pada kesimpulannya, sememangnya musik mempengaruhi hidup para pelajar lebih-lebih lagi bagi pelajar IPG Kampus Perlis dimana tinjauan yang dilakukan adalah mendapati mereka lebih memaksimumkan penggunaan komputer untuk kehidupan seharian mereka.

Peratusan bagi lelaki seramai 30 orang responden

Jumlah peratusan bagi perempuan (30 orang responden)

Peratus keseluruhan bagi pelajar lelaki dan perempuan (60 orang responden)

2.6 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah menonton video

Soalan 4LelakiPerempuanJumlahPeratus

Sangat Tidak SetujuIIIIII3/60 x 100 =5%

Tidak SetujuIIIIIIIII5/60 x 100 =13.3%

SetujuIIII IIII IIII IIIIIIII IIII IIIIIIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII34/60 x 100 =56.7%

Sangat SetujuIIII IIIIIII IIIIIIII IIII IIII III18/60 x 100 =30%

Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:Sangat Tidak Setuju = 3Tidak Bersetuju = 5Setuju = 34 modSangat Setuju = 18 Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling tinggi. Jadi mod ialah:

Setuju = 34 orang guru pelatih

Kedua-dua graf tersebut menunjukkan hasil tinjauan terhadap pelajar IPG Kampus Perlis berkaitan tajuk Penggunaan Komputer Riba Untuk Menonton Video. Graf pertama menunjukkan Peratus Penggunaan Komputer Peribadi Kearah Menonton Video di kalangan pelajar. Graf kedua pula menunjukkan tindak balas guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap soalan kajian. Sebanyak 60 orang responden telah dipilih dari kalangan guru pelatih. Melalui Graf Bar, sebanyak 1 orang guru pelaith lelaki dan 2 orang guru pelatih perempuan yang sangat tidak bersetuju dengan penyataan penggunaan komputer riba kearah menonton video. Mereka mewakili 5 peratus daripada 60 orang guru pelatih dan diikuti pula dengan 2 orang guru pelatih lelaki dan 3 orang guru pelatih perempuan yang tidak setuju dengan penyataan tersebut. Jumlah ini diwakili sebanyak 8.3 peratus. Boleh dirumuskan peratus guru pelatih yang kurang bersetuju dengan keyataan ini adalah sedikit. Peratus ini boleh dilihat dalam Rajah 4.0 Carta Pai.Manakala, bilangan pelajar yang setuju dengan penyataan komputer riba lebih digunakan kearah menonton video adalah 19 orang bagi lelaki dan 15 orang bagi perempuan. Diikuti pula dengan 8 orang bagi lelaki dan 10 bagi perempuan yang sangat setuju dengan keyataan tersebut. Mereka masing-masing diwakili dengan 56.7 peratus dan 30 peratus. Boleh dirumuskan bahawa peratus pelajar yang bersetuju dengan keyataan ini adalah tinggi. Faktor yang menyebabkan peratus pelajar kurang bersetuju dengan kenyataan ini adalah kerana mereka lebih banyak menggunakan komputer peribadi untuk kerja-kerja lain. Contohnya bermain permainan video, bersosial dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga lebih gemar menonton video di pawagam kerana suasana menonton di pawagam tidak sama dengan suasana menonton di komputer riba. Jika di pawagam video yang ditayangkan merupakan filem-filem terbaru. Selain daripada itu juga, capaian akses kepada video adalah terbatas di kampus kerana capaian internet yang kurang memuaskan.Manakala faktor yang menyebabkan peratus pelajar bersetuju dengan kenyataan tersebut tinggi adalah kerana menonton video melalui komputer riba adalah lebih menjimatkan masa dan kos. Ini kerana jika mereka menonton melalui komputer riba mereka tidak perlu membayar harga tiket dan juga makanan serta tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Melalui ini kos dan masa dapat dijimatkan. Selain itu, capaian video ini adalah mudah kerana kebanyakkan pelajar menggunakan broadband sendiri untuk melayari internet. Jadi masalah capaian akses internet boleh diselesaikan. Malahan mereka juga berpendapat yang menonton video menggunakan komputer riba merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan setelah belajar. Kesimpulannya, pelajar yang bersetuju dengan kenyataan komputer peribadi lebih digunakan untuk menonton video adalah lebih tinggi dengan pelajar yang kurang setuju. Dari sini dapat dilihat yang komputer riba bukan sahaja diperlukan oleh pelajar untuk menyelesaikan tugas-tugas mereka bahkan menjadi sebagai satu keperluan asas untuk pelajar berhibur dan melepaskan tekanan. Melalui kajian ini boleh disimpulkan komputer peribadi merupakan satu keperluan dalam kehidupan pelajar iaitu untuk digunakan dalam pelbagai keperluan.

2.7 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah melakukan kerja (kerja kursus dan pembentangan multimedia).

Soalan 7LelakiPerempuanJumlahPeratus

Sangat Tidak SetujuIIIIII3/60 x 100 =5%

Tidak SetujuIIII IIIIII IIIII IIII III13/60 x 100 =21.7%

SetujuIIII IIIIIIII IIIIIIII IIII IIII IIII19/60 x 100 =31.7%

Sangat SetujuIIII IIII IIIIIII IIII IIIIII IIII IIII IIII IIII25/60 x 100 =41.7%

Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:Sangat Tidak Setuju = 3Tidak Bersetuju = 13Setuju = 19 Sangat Setuju = 25 mod

Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling tinggi. Jadi mod ialah:

Setuju = 25 orang guru pelatih

Seterusnya kajian diteruskan lagi dengan tajuk Penggunaan Komputer Peribadi kearah melakukan kerja. Kerja yang diamaksudkan ialah kerja kursus, pembentangan multimedia kerja rasmi dan juga kerja tidak rasmi. Graf pertama menunjukkan Peratus Soal Selidik Penggunaan Komputer Riba Kearah Melakukan Kerja dan graf kedua menunjukkan tindakan guru pelatih teradap kajian yang dilakukan. Kajian ini dijalan keatas 60 orang guru pelatih, 30 orang perempuan dan 30 orang lelaki. Berdasarkan graf diatas seorang guru pelatih lelaki dan 2 orang guru pelatih perempuan sangat tidak bersetuju dan diikuti 7 dan 6 orang guru pelatih yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Peratus bagi mereka yang sangat tidak setuju ialah 5 peratus dan bagi mereka yang tidak setuju ialah 21.7 peratus. Disini kita boleh lihat yang jurang perbezaan antara kedua-dua pendapat ini sangat tinggi. Walaupun bilangan yang sangat tidak setuju kurang tetapi bilangan kurang setuju adalah banyak. Seterusnya, bilangan guru pelatih lelaki yang setuju dengan kenyataan ini ialah 9 orang diikuti guru pelatih perempuan sebanyak 10 orang. Jumlah kesemuanya ialah 19 orang iaitu sebanyak 31.7 peratus. Manakala bagi mereka yang sangat bersetuju dengan kenyataan ini ialah berjumlah 25 orang terdiri dari 13 orang guru pelatih lelaki dan 12 orang guru pelatih perempuan. Jumlah ini merupakan peratus terbesar iaitu sebanyak 41.7 peratus. Secara kesimpulannya bilangan responden yang bersetuju dengan kenyataan ini adalah tinggi. Faktor utama guru pelatih sangat tidak bersetuju dengan kenyataan komputer peribadi lebih digunakan kearah melakukan kerja ialah kebanyakkan mereka lebih menggunakan komputer riba untuk berhibur. Hasil dari tinjauan kami mendapati kebanyakan guru pelatih lebih kerap menggunakan komputer riba untuk hiburan. Contohnya ialah bermain permainan komputer, melayari internet, menonton video dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari graf bilangan guru pelatih yang sangat tidak setuju dengan pendapat tidak setuju ia adalah rendah. Ini mungkin disebabkan hanya segelintir sahaja yang kurang menggunakan komputer riba untukmelakukan kerja. Peratus guru pelatih yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini adalah besar iaitu 21.67 peratus. Apa yang boleh dilihat disini ialah guru pelatih adalah kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dari tinjaun juga didapati peratus yang tidak bersetuju dengan penggunaan komputer riba ini lebih gemar menggunakan komputer mereka untuk mempelajari perisian-perisian terbaru. Seterusnya faktor utama kebanyakan guru pelatih bersetuju ialah kerana terdapat banyak kerja yang perlu disiapkan semsa mereka belajar. Melalui tinjaun yang dilakukan guru pelatih akan dibebani dengan pelbagai kerja apabila tiba musim kerja kursus. Oleh itu, pada masa inilah komputer riba mereka lebih digunakan untuk melakukan kerja. Selalunya kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka ialah kerja kursus, pembentangan multimedia, kertas kerja, kertas cadangan , laporan dan lain-lain. Selain dari kerja kursus mereka lebih menggunakan komputer riba untuk melakukan kerja-kerja kelab, persatuan dan lain-lain. Bagi mereka yang memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, komputer riba akan menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk melakukan tugas-tugas mereka. Berdasarkan kepada Rajah 5.1 Graf Bar bilangan lelaki dan perempuan yang bersetuju dengan kenyataan ini adalah lebih kurang sama. Oleh itu, boleh disimpulkan kebanyakan guru pelatih lebih bersetuju komputer peribadi mereka lebih digunakan untuk tujuan melakukan kerja. Walaupun terdapat sebilangan kecil yang tidak bersetuju, tetapi mereka tetap juga perlu menggunakan komputer riba untuk melakukan kerja. Guru pelatih perlulah menggunakan komputer riba mereka dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan mereka dari membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Melalui kajian ini boleh disimpulkan komputer peribadi merupakan satu keperluan dalam kehidupan pelajar iaitu untuk digunakan dalam pelbagai keperluan.

2.8 Penggunaan Komputer kea rah Hal Peribadi Graf diatas menunjukkan data yang ditafsirkan melalui soal selidik tentang pelajar yang menggunakan komputer peribadi mereka kearah perihal peribadi.Pertama sekali,graf menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar perempuan suka menggunakan komputer peribadi mereka untuk perihal peribadi berbanding dengan pelajar lelaki.Berdasarkan graf yang ditunjukkan diatas bilangan pelajar yang sangat tidak setuju tentang tajuk yang dikaji sangat sedikit iaitu seorang pelajar lelaki.Hal ini kerana,kebanyakan pelajar lelaki menggunakan komputer untuk bermain permainan video dan sebagainya.Seterusnya,bilangan pelajar lelaki yang tidak bersetuju dengan tajuk kajian lebih banyak daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 9:2.Hal ini kerana,pelajar lelaki lebih suka melakukan aktiviti luar berbanding dengan pelajar perempuan kerana pelajar perempuan menghabiskan masa lapang dengan berchatting di laman sosial.Kemudian,bilangan pelajar lelaki yang bersetuju dengan tajuk kajian adalah sedikit daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 11:18.Keadaan ini terjadi kerana,kebanyakan pelajar perempuan tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar ke bandar untuk makan angin.Masalah ini menyebabkan pelajar perempuan lebih suka meluangkan masa yang terluang dengan menggunakan komputer untuk berchatting,menonton filem,mendengar lagu dan sebagainya.Akhir sekali,bilangan pelajar lelaki yang sangat bersetuju dengan tajuk kajian adalah kurang seorang daripada pelajar perempuan sepertimana yang ditunjukkan dalam graf bar diatas. Ini kerana pelajar lelaki dan perempuan menggunakan komputer untuk menyimpan segala maklumat yang dimiliki untuk digunakan di kemudian hari. 2.9 Penggunaan Komputer kearah Saluran Sosial

Graf menunjukkan kajian yang dijalankan ke atas pelajar lelaki dan perempuan mengikut soalan komputer peribadi lebih digunakan kearah saluran sosial(facebook dan twitter).Pertama sekali, bilangan pelajar lelaki yang sangat tidak bersetuju dengan tajuk kajian lebih banyak daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 1:0.Hal ini kerana,pelajar perempuan lebih suka menghabiskan masa di depan komputer tanpa melakukan sebarang aktiviti luaran manakala pelajar lelaki lebih suka melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.Seterusnya,bilangan pelajar lelaki yang tidak bersetuju dengan soalan kajian lebih kurang daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 4:5.Kejadian ini berlaku kerana,walaupun pelajar perempuan lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik atau rumah ada juga budak perempuan yang membuat aktiviti fizikal dan perkara lain menggunakan komputer selain daripada melayari lama web sosial.Sebagai contohnya,ada juga pelajar perempuan yang suka menggunakan komputer untuk mengubahsuai gambar mereka supaya menjadi lebih cantik.Kemudian,bilangan pelajar lelaki yang bersetuju dengan tajuk kajian adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.Ini kerana,kebanyakan pelajar Institut Perguruan banyak mempunyai kerja kursus untuk disiapkan dan ini menjadikan masa mereka terhad untuk pergi ke luar dan melakukan aktiviti fizikal dan mereka hanya meluangkan masa lapang di laman-laman sosial.Nisbah pelajar lelaki ke perempuan yang setuju dengan tajuk kajian ialah 16:10 dan ia tidak mempunyai jurang yang begitu ketara kerana hanya kurang enam orang pelajar perempuan yang setuju.Akhir sekali,majority pelajar perempuan sangat bersetuju dengan tajuk kajian dengan nisbah 9:15 dengan pelajar lelaki.Jadi secara kesimpulannya,boleh dikatakan bahawa pelajar perempuan lebih suka menggunakan komputer peribadi kearah melayari laman web sosial berbanding dengan pelajar lelaki.

Rumusan Dapatan Kajian.Berdasarkan dapatan kajian tinjauan yang dilakukan, kami mendapati kami mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran komputer pada tahap sederhana mahir dengan peratus sebanyak 80 % daripada 60 jumlah responden pada keseluruhanya dan ini menunjukkan tahap kemahiran berkomputer dalam kalangan pelajar ipg kampus perlis tidak berada pada tahap yang membimbangkan. Selain itu kami mendapati tahap pengunaan komputer peribadi dalam sejam purata dalam 13 hingga 16 jam sehari.Seterusnya, melalui soalan ujikaji yang pertama mengikut peratusan yang diperolehi melalui 60 responden yang diambil menunjukkan masyarakat ipg perlis tidak bersetuju bahawa Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan video. Di mana sebanyak 27 responden yang tidak bersetuju. Hal ini menunjukan bahawa hampir separuh masyarakat ipg kampus perlis tidak bersetuju terhadap soalan ujikaji ini. Manakala soalan ujikaji kedua pula kami mendapati bahawa kebanyakan daripada pelajar mengatakan bahawa mereka setuju bahawa komputer peribadi saya lebih di gunakan kearah interaktif. Ini disebabkan data menunjukkan bahawa seramai 21 responden lelaki dan 22 responden perempuan membuat keputusan untuk menanda pada petak setuju.Manakala soalan tinjauan ketiga pula menujukkan Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, iaitu komputer saya lebih digunakan untuk mendengar lagu,keputusan mendapati bahawa kebanyakan responden (15 lelaki dan 17 perempuan) menanda pada petak setuju yang menunjukkan bahawa mereka lebih menggunakan komputer untuk mendengar lagu. Kemudian soalan ujikaji keempat pula menujukkan rata-rata pelajar yang bersetuju dengan kenyataan komputer peribadi lebih digunakan untuk menonton video adalah lebih tinggi dengan pelajar yang kurang setuju.

Seterusnya ialah soalan ujikaji ke lima dan enam kebanyakan guru pelatih menujukkan bilangan responden bersetuju dengan soalan ujikaji. Di mana soalan komputer peribadi lebih digunakan untuk tujuan melakukan kerja dengan jumlah kesemuanya ialah 19 orang iaitu sebanyak 31.7% dan jumlah responden yang bersetuju terhadap soalan kelima sebanyak 29 orang. Soalan ujikaji yang terakhir sekali iaitu pengunaan komputer lebih terarah kepada laman social dipelopori oleh golongan wanita dalam kalangan pelajar ipg kampus perlis. Secara kesimpulanya. Kita dapat lihat bahawa tahap pengunaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat ipg kampus perlis berada pada tahap positif kerana kebanyakan pelajar mengunakan komputer peribadi mereka kearah perkara yang bermanafaat.