5 sn cerpen ahmad mutawakkil

15
CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL KARYA ZAINAL RASHID AHMAD ANTOLOGI SEJADAH RINDU OLEH NURIN QISTINA & IZYAN DIYANI

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 22-Jan-2018

89 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

CERPEN CINTA AHMAD

MUTAWAKKIL

KARYA ZAINAL RASHID AHMAD

ANTOLOGI SEJADAH RINDU

OLEH NURIN QISTINA & IZYAN DIYANI

Page 2: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

SINOPSIS

- Ahmad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang

membebaskan negara daripada penjajah Inggeris dan PKM

(Parti Komunis Malaya). Ahmad telah ditemui dalam keadaan

cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka

selesai sembahyang maghrib di surau. Imam Ngah Deraman

dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahmad yang cedera di

bahu serta membaringkannya. Ahmad tercungap-cungap dan

akhirnya pengsan.

- Kampung Ahmad telah diterokai sejak tiga generasi yang

berkebun dan menanam padi. Pada tahun 30-an Tuan Booth

datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah

beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahmad menjadi

yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir meninggal dunia.

Ahmad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth.

Page 3: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu.

Tuan Booth terpaksa berpindah dan kekejaman Jepun

menjadikan penduduk hidup susah. Ahmad telah dijadikan

anak angkat oleh Imam Ngah Deraman. Ahmad kerap

menghilangkan diri. Akhirnya pada tahun 1943, Ahmad

bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat

daripada pihak Inggeris kepada kumpulan anti-Jepun.

- Pada tahun 1945, Jepun kalah akibat serangan bom atom

di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun 1946, Ahmad

menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya

dipercayai oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan

Booth balik semula ke estetnya dan beliau sungguh mesra

dengan orang kampung di situ serta mengeratkan

hubungan antara penduduk di kampung itu.

Page 4: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

- Ahmad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin

terserlah perjuangannya menentang perjuangan komunis serta

penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam surat khabar.

Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam

partinya pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula

jatuh hati kepada Ahmad dan ini menimbulkan prasangka

kepada orang kampungnya.

- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan

Ahmad semakin tegas menyedarkan rakyat supaya menentang

ideologi komunis. Akibatnya, 5 orang pengganas komunis

menyerbu banglo tuan Booth. Mereka mengugut Tuan Booth

supaya menasihati Ahmad untuk berhenti mengajak orang

kampung membenci Komunis. Ahmad tidak mendengar nasihat

Tuan Booth, sebaliknya dia semakin berani bersuara dengan

lantang.

Page 5: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

- Seusai majlis ceramah yang disampaikan oleh Ahmad, seorang

budak lelaki telah datang berjumpa Ahmad. Ahmad mengikuti

budak itu dan sejak itu Ahmad hilang dan tidak ditemui. Tiga

kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha

mencari Ahmad tetapi beliau tidak dijumpai.

- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan

penduduk kampung tentang kehilangan Ahmad telah terjawab

apabila Ahmad muncul dalam keadaan cedera parah. Ahmad

meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu

Sigap akibat ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos

1957, penduduk kampung mengadakan doa tanda kemerdekaan

serta tahlil ke atas Ahmad.

- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan

Tanah Melayu. Setahun selepas itu, Sandra balik semula ke banglo

bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahmad. Dia telah

mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

Page 6: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

1. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.

• Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli

keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau

menyayangi keluarganya.

2. Persoalan ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa

peperangan.

• Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah dan sabar ketika

menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan

keganasan komunis.

3. Persoalan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang

pejuang tanah air.

• Contohnya, Ahmad sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat

untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah serta

kekejaman komunis.

PERSOALAN

Page 7: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

TEMA

- Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawauntuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.

- Contohnya - Ahmad Mutawakkil seorang yang beranimenyampaikan maklumat kepada masyarakat agar beranimenuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentangideologi komunis.

Page 8: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

4. Persoalan hubungan cinta yang sangat mendalam.

• Contohnya, Sandra amat mencintai Ahmad sehingga dia

sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan.

5. Persoalan kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat.

• Contohnya, penduduk kampung bersatu membentuk tiga

kumpulan untuk mencari Ahmad yang hilang.

6. Persoalan kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap

masyarakat.

• Contohnya, 5 orang pengganas menyerang banglo Tuan Booth

dan mengugutnya untuk menasihati Ahmad supaya tidak

menentang komunis.

PERSOALAN

Page 9: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

LATAR

Tempat

1. SURAU KAMPUNG - Ahmad balik dalam keadaan cedera

parah di surau itu pada waktu selepasmaghrib. Di surau itu dia meninggaldunia kerana ditembak oleh komunis.

Masa:

1. PERTENGAHAN TAHUN 30-AN- Tuan Booth datang ke kampung itudan membuka estet getah serta

menggaji ratusan buruh.

Masyarakat

1. MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTISME YANG TINGGI

- Ahmad memberi pidato kepadapenduduk kampung supaya bangun

menentang penjajah dan komunis.

2. BANDAR- Ahmad bekerja di bandar sebagaipembaca dan penulis surat Inggeriskepada penentang Jepun.

2. 31 OGOS 1958 - Sandra balik semula ke banglobapanya kerana dia terkenang akan

cintanya kepada Ahmad.

2.MASYARAKAT YANG BERSATU PADU - orang kampung membentuk 3 kumpulanuntuk bersama-sama mencari Ahmad yang hilang.

3.TANAH ESTET TUAN BOOTH- tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.

3. WAKTU PETANG - tuan Booth selalu pergi ke surauuntuk bersembang dengan penduduk

kampung.

3. MASYARAKAT YANG MENJADI MANGSA KEGANASAN– Ahmad menjadi mangsa kezaliman komunisyang ingin menawan tanah melayu.4.BANGLO TUAN BOOTH

- Tuan Booth tinggal di banglo estetitu bersama keluarganya. Ahmad juga menunmpang di banglo itu.

4.WAKTU MALAM - Ahmad selalu menyampaikanpidato untuk menyedarkan rakyatsupaya menuntut kemerdekaan.

4.MASYARAKAT PENJAJAH YANG BERTINDAK MENGAUT KEUNTUNGAN – Tuan Booth membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan

Page 10: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

WATAK DAN PERWATAKAN

AHMAD

MUTAWAK

KIL

berusia 25 tahun

ketika meninggaldunia kerana

ditembak komunis.anak tunggal WakSadir dan menjadi

yatim piatuapabila bapanyameninggal dunia

pintar - bolehmembaca dan

menulis bahasaInggeris yang diajar

oleh Sandra.

patriotisme -berjuang

menyedarkan rakyatuntuk menentang

komunis danpenjajah.

petah berpidato- selalu

berpidato untukmenentang

komunis danpenjajah

Sanggup berkorban- sanggup

berkorban nyawauntuk

mendapatkankemerdekaan tanah

air

sangatberpengaruh -

beliau dihormatidan dipilih sebagaipemimpin nombor

dua partinya

Page 11: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

TUAN

BOOTH

pengurus ladangdan majikan

kepada beratus-ratus orang

buruh di ladanggetahnya

mesra - mudahtersenyum

apabila bertemudengan penduduk

kampung

baik hati -menjemput

pasangan pengantindi kampung itu

datang ke banglonyauntuk diraikan

peramah - sukabersembang danbergaul dengan

penduduk di suraupada waktu petang.

penyayang -membawa

keluarganyayang disayangi

berpindahketika Jepunmenyerang.

Page 12: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

Sandra

Satu-satunyaanak

perempuanTuan Booth

baik hati -mengajar

Ahmad menulisdan membaca

Bahasa Inggeris.

penyayang - amatmenyayangi

Ahmad dan beliaumenangis apabilaAhmad dilaporkan

hilang

setia - pulang semulake banglo bapanyaselepas merdekakerana terkenangcintanya kepada

Ahmad.

Page 13: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

NILAI

3. kasih sayang –Sandra kembali kebanglo tuan Booth kerana terkenang akancintanya kepadaahmad.

1.Semangat patriotisme - Ahmad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

2. keberanian - Ahmad berani bersuara denganlantang dalam pidatonyamengajak pendudukkampung memperjuangkankemerdekaan daripadapenjajah

5.ketabahan - Ahmad tabah berdepan denganpelbagai cabaran dalamperjuangannyamenuntutkemerdekaan negara.

4. Baik hati- Imam NgahDeraman menjadikanAhmad sebagai anakangkat setelah Ahmad menjadi yatim piatu.

Page 14: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

PENGAJARAN

1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik• Ahmad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang

mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme• Ahmad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha

mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.

3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu• penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari

Ahmad yang hilang.

4. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri• Ahmad mengambil peluang untuk belajar menulis dan

bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglotuan Booth.

5. Janganlah kita gentar dengan masalah yang dihadapi dalam mencapaisuatu matlamat• Ahmad tidak gentar dengan ugutan yang diberikan oleh pihak komunis

dalam usaha mencapai kemerdekaan

Page 15: 5 sn cerpen ahmad mutawakkil

TAMAT