4. kes sebenar edited
TRANSCRIPT
1
Anda dikehendaki membuat refleksi satu sesi PdP dan kenal pasti masalah-masalah yang telah wujud kerana PdP yang kurang berkesan, dengan memilih masalah-masalah daripada senarai yang diberi. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pilih ciri-ciri pemimpin yang efektif yang perlu diamalkan oleh guru dan beri cadangan penyelesaian daripada senarai yang disediakan. Sekiranya masalah yang dihadapi dan cadangan penyelesaian tidak terdapat dalam senarai yang disediakan, anda boleh mengepos masalah tersebut ke ruang forum untuk mendapat respon daripada fasilitator dan juga rakan sejawat.
Senarai Masalah Kepimpinan PdP dan Pengurusan Bilik Darjah
Tandakan √ pada ruang yang disediakan
Tahap pencapaian murid adalah berbeza
Murid-murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru
Murid-murid tidak bekerjasama sesama mereka
Murid-murid tidak menunjukkan minat untuk belajar
Terdapat murid yang tidak tahu membaca dan menulis
Murid-murid mempunyai keperluan PdP yang berbeza
Terdapat murid yang bersikap kurang yakin pada kebolehan diri
Bilangan murid dalam kelas terlalu ramai
Terdapat murid yang suka mengganggu rakan-rakan
Murid tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru
Murid keliru dan tidak jelas tentang apa yang diingini oleh guru
Senarai ciri-ciri pemimpin dan cadangan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi
Tandakan √ pada ruang yang disediakan
Mengamalkan kreativiti dan keluwesan untuk mengubah suai pengajaran apabila keadaan berubah
Berani dan sanggup mengambil risiko
Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
Mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran
Melaksanakan kajian tindakan
Mengambil inisiatif dan sanggup bekerja keras
Bersikap sabar dan tidak mudah putus asa
Yakin dan berupaya membuat keputusan berdasarkan data dan bukti
Mengamalkan keterbukaan minda dan optimistik
Mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang tinggi
Mengurus dan menggunakan sumber dengan bijak untuk mencapai matlamat
Mengurus dan mengatur kedudukan murid untuk meningkatkan proses PdP
2
Menggunakan ruang dengan bijak untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif
Memberi pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan tingkah laku
Ingatkan murid tentang akibat salah laku dan bersikap tegas
Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah
Libatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran
Guru perlu prihatin terhadap keperluan murid
3