3.4 sukan dan ekonomi

20
Sukan dan Ekonomi Ahli-ahli Kumpulan: Ang Xiao Wen Huan Jing Yi Oh Hui En Wong Ting Ting

Upload: kuangwei94

Post on 27-Jun-2015

164 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Sukan dan Ekonomi

Ahli-ahli Kumpulan:Ang Xiao WenHuan Jing YiOh Hui En

Wong Ting Ting

Page 2: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Ekonomi dan Sukan

• Sukan adalah industri yang penting dari segi ekonomi berdasarkan pendapatan yang diraih daripada kejohanan–kejohanan yang dianjurkan dalam Malaysia.

• Banyak keuntungan yang dapat diperoleh melalui sektor sukan dari segi ekonomi sekaligus memajukan negara Malaysia.

Page 3: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

• Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.

• Penyediaan segala trek dan kemudahan bagi sukan-sukan besar di Malaysia adalah berjuta-juta ringgit jumlahnya, dan jumlah kos ini biasanya disembunyikan dari rakyat. ‘Pulangan/pendapatan’ yang diperolehi dari penganjuran sukan-sukan tersebut seolah-olah telah banyak menyumbang kepada pendapatan negara dan dapat menyelamatkan ekonomi Malaysia. 

Page 4: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Faktor Peningkatan Ekonomi dalam Sukan:

• Iklan• Penajaan• Hak Siaran Kejohanan• Jualan Tiket Pertandingan• Penubuhan Kemudahan Sukan• Sektor Pembuatan• Sektor Perkhidmatan• Sektor Pelancongan• Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia

Page 5: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Iklan• Sebagai contoh, iklan

sukan di televisyen dan radio.• Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan

kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio.

• Banyak siaran langsung dibuat oleh negara-negara yang mengambil bahagian untuk melaporkan perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara masing-masing.

• Dapat menarik minat para penonton untuk datang menyaksikan pertandingan.

Page 6: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Penajaan

• Antaranya seperti Maxis, Adidas, Nike, Puma, Reebok, Celcom, TM, Gapurna dan lain-lain lagi.

• Melalui penajaan, syarikat yang menaja sesebuah pasukan itu dapat mempromosikan barangan keluaran syarikat mereka.

• Hasil yang mereka peroleh sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara dari sektor sukan.

Page 7: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Hak Siaran Kejohanan

• Penyiaran kejohanan yang dipertandingkan adalah penting untuk menarik minat dan semangat para penonton untuk menyokong pasukan kegemaran mereka.

• Hak penyiaran kejohanan perlu disediakan kerana ianya dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi jumlah tontonan.

• Hasil dari penyiaran ini boleh dijual kepada pihak akhbar untuk diterbitkan kepada rakyat Malaysia.

Page 8: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Jualan Tiket Pertandingan

• Harga yang berpatutan menggalakkan para penonton untuk datang menonton pasukan kegemaran mereka bertanding.

• Jika harga tiket adalah sederhana, penyokong yang datang akan bertambah dan ekonomi juga dapat ditingkatkan berdasarkan jumlah kutipan hasil penjualan tiket.

Page 9: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Penubuhan Kemudahan Sukan

• Antaranya seperti Sport Planet, Swimming Pool, Golf Course, dan Ampang Super Bowl.

• Harga sewaan yang murah dan berpatutan dapat menarik minat untuk bermain.

• Hasil daripada penubuhan kemudahan sukan ini, ekonomi negara dapat ditingkatkan malah dapat membantu dalam mencari bakat-bakat baru.

• Prasarana ini juga dapat mengurangkan pengangguran kerana adanya peluang pekerjaan untuk menjayakan kemudahan yang disediakan.

Page 10: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Sektor Pembuatan

• Contohnya seperti peralatan sukan, pakaian sukan, jersi, dan aksesori sukan.

• Barangan buatan Malaysia ini akan dipasarkan di dalam dan di luar negara untuk meningkatkan sektor ekonomi negara.

• Nama negara juga akan lebih dikenali melalui barangan sukan yang dihasilkan.

Page 11: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Sektor Perkhidmatan• Sebagai contoh, penyediaan

pengangkutan awam yang canggih dan hotel penginapan yang selesa.

• Ekonomi negara akan dapat dipertingkatkan jika kemudahan perkhidmatan ini disediakan untuk para pasukan yang akan bertanding.

• Kebanyakan pasukan dari negara yang maju dan kaya pastinya akan memilih hotel dan penginapan yang mewah, oleh itu kemudahan ini perlulah disediakan.

Page 12: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Sektor Pelancongan• Penganjuran sukan yang diadakan di Malaysia

akan dapat menarik pelancong negara asing untuk datang menonton kejohanan tersebut atau menyokong pasukan mereka.

• Hotel dan infrastruktur yang disediakan untuk pelancong domestik dan pelancong antarabangsa dapat meningkatkan ekonomi negara

• Negara juga dapat mengadakan aktiviti jualan barangan keluaran negara untuk dijadikan kenangan.

Page 13: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia

• Antaranya seperti sukan Komanwel, sukan SEA, dan sukan Olimpik.

• Penganjuran ini dapat menarik pelancong asing.

• Ia juga dapat mengharumkan nama negara sebagai penganjur.

• Ekonomi negara akan dapat ditingkatkan kerana hasil dapatan yang diperoleh adalah lebih lumayan daripada kos penganjuran.

Page 14: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Makmal Industri Sukan (22 September – 29 Oktober

2010)

Page 15: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Tujuan• Mengenalpasti strategi, inisiatif dan

cadangan yang berdaya saing bagi mengubah sukan sebagai suatu industri yang boleh menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

• Mendapatkan input, idea inovasi, cadangan daripada sektor swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang berkepentingan dalam sukan untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran dalam melakukan transformasi sukan sebagai satu industri.

Page 16: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Latar Belakang

1. Pembangunan Industri Sukan sebagai Penjana Ekonomi Negara telah digariskan sebagai Teras Strategi Kelima di dalam Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan.

2. Industri sukan bertujuan merangsang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) serta mampu menjana pulangan dan meningkatkan Gross National Income (GNI) per kapita daripada USD 7,000 kapada USD 15,000 menjelang tahun 2020 selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Page 17: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Objektifi) Menghasilkan hala tuju dan Pelan Strategi

Industri Sukan negara.ii) Mengenalpasti strategi, inisiatif serta

pelan tindakan pembangunan industri sukan yang benar-benar menyumbang kepada ekonomi negara.

iii)Mendapatkan input, idea inovasi, cadangan daripada sektor swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang berkepentingan.

iv)Memberi peluang kepada stakeholders yang akan bersama-sama Kementerian dalam membangunkan industri sukan negara khususnya dari segi sumbangan ekonomi kepada negara.

Page 18: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

• Industri Sukan dikategorikan kepada tiga iaitu:

i) Kategori Barangan dan Peralatanii) Kategori Kemudahaniii) Kategori Perkhidmatan• Mensasarkan penglibatan seramai

30 orang ahli makmal yang terdiri daripada penggerak industri dari sektor swasta dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam ketiga-tiga kategori industri sukan.

Page 19: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

• Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai teras strategik kelima kementerian yang mana “pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara”. Antara langkah strategik tersebut adalah seperti berikut:

a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri sukan;

b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport;

c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang sesuai;

d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan tempatan dan;

e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.

Page 20: 3.4 SUKAN DAN EKONOMI

Terima Kasih...