31 disember 2006 percuma bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · jalan ayer molek, 80000...

19
31 Disember 2006 www.pmbj.gov.my PERCUMA Bil 001

Upload: hoangdung

Post on 20-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006www.pmbj.gov.my

PERCUMA Bil 001

Page 2: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

EditorialKetua Editor

Editor

Wartawan

Jurufoto/ Pereka Grafik

Penyelidikan

Penyiaran

Pembantu Editorial

Sa’odi Mat Atar

Zuhrin Azam Ahmad

Aivizanoorwani Shah Shahroni

Hamirul Hairi Mohd Noh

Rozza Khairiah Rosli

Noorhaslina Senin

Azmee Awang

Saripah Sayuthi

Mohd Fadzli Abu Bakar

Rabiey Besah

Norazah Mohd Yussof

Rumiah Semirono

Khadijah Abd Rahman

NOTA EDITOR

Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dikeluar,

dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan

keizinan Editor. Sidang Editor berhak melakukan

penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak

mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semesti-

nya mencerminkan pendapat dan pendirian holistik.

Segala sumbangan karya yang dikirim, sama ada di-

siarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit

juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan karya

yang dikirimkan melalui pos.

holistik diterbitkan oleh

Unit Media & Komunikasi (MedKom),

Pejabat Menteri Besar Johor,

Aras 13 Menara TH,

Jalan Ayer Molek,

80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Tel 07-226 3781/83/84 Fax 07-222 6200

Web www.pmbj.gov.my www.johordt.gov.my/medkom

E-mel [email protected]

BERSAMA KETUA JABATAN

Terimalah kamiseadanya…SALAM perkenalan kami hulurkan kepada warga Johor pembaca budiman sekalian. Izinkan kami berbudi kepada anda semua menerusi mata pena sempena kelahiran sulung buletin Negeri Johor ini. Selepas lebih lima tahun, warga Johor hilang sentuhan akhbar tabloid Suara Johor, buletin negeri ini cuba menghidupkan peranan itu semula dalam penampilan dan persembahan yang berbeza. Kami namakannya Holistik sempena harapan dan cita-cita mengikut jejak falsafah pembangunan negeri yang menyeluruh lagi seimbang. Holistik dijadualkan menemui pembaca budiman dua kali sebulan dengan agihan halaman mengikut keutamaan falsafah pembangunan holistik yang diamalkan di negeri ini, sejak lebih 10 tahun lalu. Barangkali paparannya tidak seindah dan sesempurna namanya, apatah lagi dalam keterbatasan waktu dan ruang, namun be-sarlah harapan kami, di unit Media dan Ko-munikasi Pejabat Menteri Besar Johor, agar penampilan buletin ini dapat mengisi sudut hati warga Johor dan pembaca budiman. Beleklah…selaklah helai demi helai…tata-plah halaman demi halaman dan bacalah perenggan demi perenggan, ayat demi ayat, serta baris demi baris. Bukan mahu menjanjikan segunung harapan atau melangit impian, jauh sekali

menyaingi mana-mana penerbitan, tetapi sekurang-kurangnya dapat menzahirkan satu rujukan mengenai perkembangan dan kemajuan negeri. Dalam rasa rendah diri bagai bayi yang baru dilahirkan, kami tidak akan berlunjur sebelum duduk, sebaliknya merangkak, ber-tatih sebelum berjalan menuju kematangan. Kami memohon kerjasama semua pihak sama ada sektor awam dan swasta, individu dan pertubuhan bukan kerajaan, atau apa saja organisasi untuk berkongsi apa jua keg-iatan dengan pembaca sekalian. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Titipkanlah bahan-bahan dalam bentuk tu-lisan dan foto, melalui pos mahupun dengan tangan, atau menerusi perhubungan siber yang disediakan. Tentunya banyak program dan kegiatan, pengalaman dan pandangan, sama ada ma-nis ataupun pahit yang sesuai dengan hala-man-halaman dalam buletin ini. Barangkali tidak semuanya dapat disiar-kan dalam ruang halaman yang terhad lagi terbatas, tetapi dapat juga memberi pilihan keseimbangan dalam setiap keluaran. Kelahirannya juga sengaja dirancang dalam kita menghitung hari di penghujung tahun, agar ia dapat sama-sama melabuhkan tirai 2006 dan menyingkap jendela 2007. Akhir kalam, kami pohonkan kekuatan dan sokongan anda semua. Terimalah kami seadanya.

Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kami budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan.

Apakah visi dan misi Dato’ sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri?Bila saya dilantik ke jawatan ini, saya ber-syukur. Saya menjunjung kasih kebawah DYMM Tuanku, berterima kasih kepada kerajaan negeri dan YAB Menteri Besar, kerana menaruh kepercayaan kepada saya. Saya terima jawatan ini dengan penuh rasa insaf. Ini tanggungjawab yang berat. Kita ada misi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Perse-kutuan. Saya sentiasa fikir, boleh atau tidak memenuhi ‘expectation’ kerajaan negeri.

Apabila menjadi SUK, adakah kehidupan Dato’ berbeza? Sudah tentu. Beban kerja bertambah...ada per-bezaan dariada segi tugas dan tanggungjaw-ab dan ia perlukan sepenuh komitmen. Dari segi masa, banyak tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab. Masa bersama keluarga, riadah pun sudah berkurangan. Lebih-lebih lagi sekarang ini, jentera kerajaaan di seluruh negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9.

Apa hobi Dato’ bagi mengisi masa lapang? Sekarang ini apakah hobi itu masih mampu dilakukan?Saya gemarkan aktiviti sukan. Jika ada kela-pangan, saya akan bermain golf atau bowl-ing. Kalau dulu…bola sepak dan tenis, tetapi sekarang ini lebih kepada golf dan bowling.

Sebagai orang nombor satu dalam pentadbi-ran kerajaan negeri, apakah yang Dato’ harap-kan daripada semua kakitangan kerajaan?Saya harap mereka semua dapat berkerja den-gan ikhlas dan memberikan komitmen yang tinggi. Beri tumpuan kepada kerja dan jangan mudah puas hati dengan apa yang dah capai.

Sentiasa buat penambah-baikan. Saya galak-kan kakitangan kerajaan tingkatkan ilmu pengetahuan dan sedia terima perubahan.

Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) sudah dilancarkan, apa harapan Dato’ terha-dap masyarakat dan pelabur? Ini bukan peranan individu. Ini penglibatan semua pihak dan agensi kerajaan. Kita kena lihat semua aspek, supaya kita dapat bersa-ing dengan wilayah pembangunan lain di du-nia. Kita kena lihat syarat-syarat kita, kalau perlu dipermudahkan, kita permudahkan. Kita perlu memikirkan apa bentuk insentif kepada pelabur.

Apa gerak hati Dato’ mengenai Wilayah Pem-bangunan Iskandar? Saya yakin ia akan berjaya. Ia adalah satu bentuk kerjasama yang begitu erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Akan ditubuhkan satu badan iaitu Iskandar Regional Development Authority yang di-pengerusikan bersama oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar. Ini adalah yang pertama. Saya percaya ini akan memberikan keyakinan kepada pelabur. Menteri Besar ada berkata, “kita akan menjadi hos yang terbaik.” Maknanya cukup luas. Kalau kita hendak tarik pelabur luar, kita kena wujudkan satu suasana yang selesa bagi mereka. Mereka bukan setakat bekerja tetapi juga tinggal di sini. Hotel misalnya, kemudahan mesti sesuai dengan mereka. Ini semua kita kena fikir dan rancang.

Orang ramai menganggap perkhidmatan awam kurang efisien. Apakah yang boleh Dato’ buat dalam hal ini?

Kita kena kaji balik prosedur-prosedur kita. Kadang-kadang mereka ini terikat dengan prosedur dan peraturan yang ada. Jika ses-uatu proses mengambil masa yang lama, kita cuba permudahkan. Kemudian kita kena lihat pula dari segi kekuatan dalam sesebuah jabatan. Mungkin kita kena perkukuhkan jabatan itu. Tambah mana yang kurang. Se-bagai contoh, cukup atau tidak kakitangan untuk laksana projek Iskandar? Jika tidak, kita kaji balik sama ada kita perlu tambah kakitangan. Satu lagi contoh, teknologi misalnya. Ada atau tidak teknologi yang boleh bantu kerja mereka. kalau tak ada, kita kena lengkapkan supaya mereka dapat jalankan kerja dengan cekap.

Dato’ Abdul Latiff Yusof

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Iskandar tanggungjawab semua

6 NIAGA Johor tumpuan pelabur

8 MINDA PEMBACA Menyusur akar kemerdekaan

12 JPMM Padi tidak berpagar lalang -Ayub Rahmat

13 JPMM Jumpa rakyat di kedai kopi -Ng See Tiong

15 KENALI JOHOR Berbaju Melayu cara Johor

16 Selamat Tinggal 2006

w a k t u s o l a tdaerah-daerah negeri Johor

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakJan

Zon I Pulau Aur, Pulau Pemanggil

Syuruk123456789

101112131415

5.435.445.445.455.455.465.465.475.475.485.485.495.495.495.50

7.067.067.077.077.077.087.087.097.097.097.107.107.117.117.11

1.081.081.091.091.101.101.111.111.111.121.121.131.131.131.14

4.304.314.314.324.324.324.334.334.344.344.344.354.354.354.36

7.057.067.067.077.077.077.087.087.097.097.107.107.117.117.11

8.208.208.218.218.228.228.228.238.238.238.248.248.248.258.25

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakJan

Zon II Johor Bahru, Kota Tinggi, mersing

Syuruk123456789

101112131415

5.455.455.465.465.475.475.485.485.495.495.505.505.515.515.52

7.057.057.067.067.077.077.087.087.087.097.097.107.107.107.11

1.111.121.121.121.131.131.141.141.151.151.151.161.161.171.17

4.344.344.354.354.364.364.364.374.374.374.384.384.394.394.39

7.107.107.117.117.127.127.137.137.137.147.147.157.157.157.16

8.248.258.258.268.268.278.278.278.288.288.288.298.298.298.30

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon III Kluang, Pontian

Syuruk5.465.465.475.485.485.495.495.505.505.515.515.515.525.525.53

7.087.097.097.107.107.117.117.127.127.127.137.137.147.147.14

1.121.131.131.141.141.151.151.161.161.161.171.171.181.181.18

4.354.364.364.364.374.374.384.384.384.394.394.404.404.404.41

7.117.127.127.137.137.147.147.147.157.157.167.167.177.177.17

8.268.268.278.278.288.288.288.298.298.298.308.308.318.318.31

Jan123456789

101112131415

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon IV Batu Pahat, Muar, Segamat

Syuruk5.505.505.515.515.525.525.535.535.545.545.555.555.565.565.57

7.117.117.127.127.137.137.147.147.147.157.157.167.167.167.17

1.151.161.161.161.171.171.181.181.191.191.201.201.201.211.21

4.374.384.384.394.394.404.404.404.414.414.424.424.424.434.43

7.137.137.147.147.157.157.167.167.167.177.177.177.187.197.19

8.278.288.288.298.298.308.308.308.318.318.318.328.318.328.33

Jan123456789

101112131415

Page 3: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

WILAYAH Pembangunan Iskandar (Iskan-dar) adalah satu kawasan tumpuan pemban-gunan terbesar di Asia Tenggara, sekali gus bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Johor, bahkan mercu tanda baru Malaysia. Daripada pusat pertumbuhan sek-tor industri yang mengandungi pelbagai jenis industri pembuatan seperti elektrik dan elektronik, olio-chemical, biodiesel dan pemprosesan makanan; Iskandar bakal menjadi sebuah Metropolis serba lengkap dengan hab perkhidmatan, pengangkutan, pendidikan, kewangan, sukan, kebudayaan, pelancongan, rekreasi dan perubatan yang bertaraf dunia.

“Pemban-gunan ini kelak akan menyediakan peluang- peluang yang seimbang bagi seluruh rakyat untuk sama-sama menikmati hasil daripada pertumbuhan eko-nomi yang pesat serta meny-eluruh ini. “ “Pembangunan ini kelak akan menye-diakan peluang-peluang yang seimbang bagi seluruh rakyat untuk sama-sama menikmati hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat serta menyeluruh ini. “Satu bidang baru yang dipanggil indus-tri kreatif yang berasaskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga akan turut menjadi kenyataan dalam wilayah ini,” kata Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Kerajaan Persekutuan telah mem-peruntukkan RM5 bilion sebagai permulaan untuk projek infrastruktur, samada me-naiktaraf atau membina yang baru, sistem keselamatan, pemuliharaan sungai dan pen-ingkatan mutu trafik di Iskandar. Ia adalah sebahagian daripada RM12.2 bilion yang diperuntukkan untuk tujuan pembangunan wilayah ini. Idea asalnya adalah untuk menjadikan Iskandar sebagai satu tempat yang terbaik di dunia untuk orang bekerja, hidup dan menjalankan aktiviti perniagaan. Lantas pembangunan wilayahnya adalah moden dan progresif dengan kemudahan terbaik untuk para peniaga dan pelancong. Iskandar dijangka akan menjadi wilayah metropolis yang dibangunkan dengan pelb-agai kemudahan untuk menarik golongan pelabur, profesional, intelektual dan genera-si celik ICT, bukan saja dari dalam negara, bahkan serata dunia. Ia bakal menyediakan satu juta peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri memberikan komitmen sepenuhnya bahawa ia akan menjadi primer pelaburan yang terbaik. Potensinya sebagai pusat tumpuan perdagangan serantau dan pelaburan bertaraf antarabangsa, diperku-kuhkan lagi dengan adanya pelabuhan, la-pangan terbang antarabangsa dan jaringan jalanraya serta lebuhraya bertaraf dunia. Abdul Ghani menolak andaian Iskandar akan mewujudkan mini Singapura kerana pembangunan yang dirancang adalah dalam bentuk wilayah seperti yang berlaku di Eropah, Ireland, negara-negara Scandina-via dan China.

Katanya, satu masa dahulu ketika Sin-gapura menjana pembangunan secara ber-peringkat, Johor menerima limpahannya dengan menyediakan perkhidmatan yang melengkapkan kegiatan di republik itu. “Dengan adanya pembangunan wilayah Iskandar ini, apa yang akan berlaku dari-pada segi pelaburan dan limpahan, adalah seimbang antara satu sama lain dan ada pelaburan yang akan menjadi saingan ke-pada Singapura,” katanya.

“Dalam memastikan pembangu-nan Iskandar berjalan lancar dan kemasukan pelaburan tempatan serta asing yang berterusan, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskan-dar (IRDA) ditubuhkan un-tuk bertanggungjawab dalam menentukan dasar, strategi dan arah tuju pembangunan.”

Keadaan tersebut tidak mustahil ker-ana Johor mempunyai momentum sendiri dalam membentuk pertumbuhan ekonomi sepanjang tempoh 10 hingga 12 tahun ke-belakangan ini. Ia disokong oleh cetusan industri biodiesel serta gas dan petroleum. Di Johor ada tiga limbungan untuk gas dan petroleum dan ia berkembang sempena pen-emuan-penemuan telaga minyak di perairan dalam di Malaysia. Apabila China, Vietnam dan Kemboja mula meneroka kawasan baru ekonomi hinggakan corak pelaburan mula beralih arah ke negara tersebut, Johor tetap me-nerima pelaburan asing pada paras yang tertinggi di Malaysia sejak dua tahun kebe-lakangan ini. “Pelaburan ke luar telah mula menun-jukkan aliran balik ke dalam negara, apabila melihat kelebihan yang ada pada Malaysia amnya dan Johor khasnya seperti kedudu-kan yang strategik, kemudahan infrastruk-tur yang baik, amalan undang-undang yang jelas serta mudah difahami. Ini sekali gus menjadikan kos keseluruhan lebih rendah berbanding negara-negara pesaing. “Arus pertumbuhan ekonomi positif ini berterusan selepas krisis kewangan dunia 1997. Bangun daripada krisis kewangan itu, satu perancangan yang teratur telah dibuat untuk melaksanakan pembangunan di se-latan Johor ini,” kata Abdul Ghani. Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) Iskandar, menumpukan kepada lima teras - meningkatkan nilai pengeluaran ekonomi Johor dengan memanfaatkan kele-bihan semula jadi kawasan; pembangunan modal insan; pembangunan seimbang den-gan mengambilkira kawasan luar bandar agar menerima manfaat bersama; mening-katkan kualiti hidup menerusi komponen prasarana kehidupan yang berkualiti yang merangkumi kemudahan sistem pengang-kutan, kemudahan perumahan serta riadah; dan tumpuan kepada pelaksanaan yang baik. Abdul Ghani berkata, Iskandar mem-bangunkan kedua-dua kawasan yang be-lum dan telah dibangunkan. Pembangunan

secara menyeluruh ini mencakupi kawasan bandar, di tengah-tengah bandar ataupun di luar pusat bandar. “Dalam memastikan pembangunan Is-kandar berjalan lancar dan kemasukan pela-buran tempatan serta asing yang berterusan, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) ditubuhkan untuk ber-tanggungjawab dalam menentukan dasar, strategi dan arah tuju pembangunan.

“Tidak dinafikan dalam hal berkaitan jual beli tanah ini, tidak wujud undang-undang yang menyekat mana-mana pihak membuat transaksi berkaitan tanah masing-masing. Ia meru-pakan hak individu dan mereka perlu berhati-hati dan beringat bahawa setiap tanah yang termasuk dalam wilayah ini adalah berpotensi dan bernilai,”

“IRDA akan menjadi pusat setempat un-tuk semua urusan berkaitan kelulusan dan pelaksanaan pembangunan di selatan Johor, menggalakkan dan memacu pembangunan pelbagai bidang ekonomi dan sosial,” kat-

anya. Bagi memastikan Bumiputera dapat melibatkan diri secara langsung dalam pem-bangunan Iskandar, satu dana sosial akan diwujudkan untuk kepentingannya serta masyarakat setempat. Dana sosial ini digunakan untuk pem-bangunan projek sosial, perumahan mampu milik, Industri Kecil dan Sederhana, membeli hartanah kuota Bumiputera yang tidak ber-jual, membangunkan kampung tradisional dan mewujudkan peluang pembelajaran. Abdul Ghani berkata, pembangunan fizikal dalam wilayah Iskandar melibatkan penggunaan tanah yang besar dan luas, sekali gus timbul persoalan bahawa ma-syarakat mula ghairah menjual tanah mer-eka. “Tidak dinafikan dalam hal berkaitan jual beli tanah ini, tidak wujud undang-undang yang menyekat mana-mana pihak membuat transaksi berkaitan tanah mas-ing-masing. Ia merupakan hak individu dan mereka perlu berhati-hati dan beringat bahawa setiap tanah yang termasuk dalam wilayah ini adalah berpotensi dan bernilai,” tegasnya. Wilayah Pembangunan Iskandar men-gambilkira semua aspek kehidupan sepan-jang pelaksanaannya sehingga 2025. Pem-bangunan tidak semata-mata ditumpukan aspek fizikal dan material tetapi turut men-gambilkira modal insan yang menjadi asas kepada pembangunan mampan sesebuah negara. Dasar penting dalam pembangunan wilayah ini adalah memastikan penduduk tempatan tidak terpinggir dalam arus per-tumbuhan ekonomi yang pesat. Wilayah Pembangunan Iskandar adalah Permata Asia yang akan merubah wajah selatan Jo-hor kepada sebuah metropolis yang mam-pan dan berdaya saing menjelang 2025.

FOKUS

Mercu tanda baru Malaysia

Berdaya saing...Dermaga PTP sibuk dengan kegiatan kargo.

gam

bar o

leh

PTP

Page 4: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

Luar bandar perlupusat latihanSUDAH tiba masanya pusat-pusat pusat penyelidikan dan latihan dibina di kawasan luar bandar, bagi mendekatkan lagi institusi sedemikian dengan masyarakat desa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali. Beliau berpendapat langkah itu mem-bolehkan penduduk luar bandar terutama generasi muda mendampingi pusat-pusat tersebut serta mendapat latihan di situ, sekali gus dapat dirangsang untuk mema-

jukan diri masing-masing. Katanya, adalah lebih tepat institusi penyelidikan dan kemahiran yang berkai-tan dengan asas tani ditempatkan di luar bandar kerana ia bersesuaian dengan keg-iatan dan sumber ekonomi desa. “Akhirnya, kita akan dapat melahir-kan usahawan desa yang berjaya dan berdaya saing. Mereka juga perlu menik-mati kemajuan dan taraf hidup lebih baik seperti usahawan bandar,” katanya ketika membahaskan usul Bajet 2007 baru-baru ini. Oleh itu, katanya, masyarakat desa haruslah diberi peluang secukupnya un-tuk meningkatkan lagi hasil pertanian, yang kini diletakkan antara sumber per-tumbuhan penting negara.

Hayati PerlembagaanNegara SEMUA warganegara yang berumur 21 tahun dicadangkan perlu menduduki uji-an kefahaman dan penghayatan Perlem-bagaan Persekutuan dan Rukun Negara, sebagai pra-syarat dan keperluan dalam urusan tertentu yang penting. Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit, Ayub Jamil, mencadangkan demikian di Dewan Undangan Negeri Johor, beriku-tan generasi sekarang kian alpa dan sudah tidak memahami makna sebenar Perlem-bagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Beliau menegaskan bahawa kedua-dua dokumen dan prinsip penting negara itu seolah-olahnya diabaikan dan diketepi-kan sehinggakan ramai yang tidak men-

gendahkannya dalam membuat sebarang tindakan mahupun keputusan. “Jadi, eloklah kita ada ujian untuk rakyat Malaysia ini memaha-mi perlembagaan dan Rukun Negara. “Mereka hendak-lah lulus ujian ini bagi mendapatkan sijil yang akan digunakan apabila membuat sebarang pemohonan penting di negara ini,” katanya ketika membahaskan usul Bajet 2007 baru-baru ini. Beliau berkata, sebagai negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, per-lembagaan dan Rukun Negara amatlah penting dalam memelihara kemakmuran serta persefahaman antara kaum serta menerapkan nilai-nilai murni di dalam setiap individu.

SEBUAH Jawatankuasa Pemandu perlu ditubuhkan bagi mengkaji tahap pencapaian serta membincangkan secara serius penglibatan Bumiputera dalam ker-ancakan pembangunan Iskandar.

Ahli Dewan Undangan Tiram, Maulizan Bujang yang membuat saranan itu berkata jawatankuasa berkenaan juga dapat memastikan pengli-batan Bumiputera

dirancang dengan sebaik-baiknya dan dipantau keberkesanannya. Beliau berkata jawatankuasa itu hen-

daklah dianggotai agensi kerajaan yang terbabit membantu Bumiputera seperti UDA, MARA dan Johor Corporation. “Jawatankuasa ini juga diharap dapat memberikan kerjasama membantu mewu-judkan pertumbuhan ekonomi yang seim-bang di antara kaum, ” katanya ketika membahaskan Bajet 2007. Maulizan mengharapkan penyertaan Bumiputera dalam program Iskandar bu-kan sekadar diberikan projek tetapi secara lebih meluas dalam kegiatan termasuk peruncitan dan pemilikan harta komersil. “Ini bagi memastikan keseimbangan pendapatan antara kaum,” katanya.

SEMASA

SEMUA daerah dalam negeri ini telah diarah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Projek dan Program Ran-cangan Lima Tahun Malaysia bermula dari Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9). Seperti namanya, jawatankuasa ini ber-fungsi untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek RMK9 dan Rancangan-Rancangan Malaysia seterusnya. Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Pegawai Daerah dan ia menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Tin-dakan Daerah. “Anggota lain jawatankuasa ini ialah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Pembangunan Neg-eri, Pejabat Tanah, Pihak Berkuasa Tempa-

tan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan parit dan Saliran dan Penghulu. “Wakil-wakil rakyat dalam daerah berkenaan juga adalah antara anggota jawatankuasa itu dan mereka diharap dapat bersama-sama membuat pemantauan pelak-saan projek RMK9 ini,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Abdul Ghani berkata jawatankuasa ini bukan sekadar memantau pelaksanaan projek tetapi juga perlu mengenalpasti sega-la masalah berkaitan dengan sesuatu projek dan mencari penyelesaiannya. “Mereka juga bertanggungjawab me-mastikan pelaksanaan projek mengikut speksifikasi dan jadual sementara laporan mengenai kemajuan projek itu hendaklah

dihantar secara berkala ke UPEN dan Peja-bat Pembangunan Negeri. “Laporan berkala ini akan memboleh-kah Kerajaan Negeri mengetahui dengan lebih terperinci status sesuatu projek itu,” katanya. Menteri Besar juga berkata bahawa be-liau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memastikan Mesyuarat Jawatankua-sa Pembangunan Daerah yang diadakan setiap bulan dihadiri semua ketua-ketua jabatan dalam daerah berkenaan. Beliau berkata sewajarnya tiada alasan untuk ketua-ketua jabatan untuk bersama-sama Pegawai Daerah menghadiri mesyu-arat itu. “Mereka sepatutnya melaksanakan tang-gungjawab dengan lebih komited kerana

mesyuarat itu memberi kesempatan kepada mereka berbincang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. “Mengapa susah sangat untuk meng-hadiri mesyuarat itu tetapi bila mesyuarat dipanggil oleh Menteri Besar, semuanya hadir,” katanya. Abdul Ghani juga berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka malahan mesra dan menerima teguran atau kritikan daripada wakil-wakil rakyat dan orang ramai. “Contohnya, dalam menyediakan bajet tahunan, kita mendengar pandangan badan-badan sukarelawan dari pelbagai bidang dan cuba menerapkan cadangan yang ber-nas,” katanya.

Daerah memantau projek RMK9

Jawatankuasa PemanduBumiputera diperlukan

Sistem pengangkutan awam di Johor Bahru bakal berubah

SATU pentadbiran. Itulah rumusan Kera-jaan Negeri terhadap usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam di Johor Bahru yang dilabelkan sebagai tidak cekap serta mencemarkan udara. Ini, menurut pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usa-hawan dan Koperasi, Samat Aripin juga akan membolehkan Kerajaan Negeri memantau mutu perkhidmatan pengang-kutan itu dengan lebih efisyen. “Kita mengambil iktibar daripada kesila-pan di Kuala Lumpur berkaitan pengenda-lian sistem pengangkutan awam. “Di sana, sistem pengangkutan awam-nya dikendalikan oleh operator berlainan

dan ia menyebabkan tiada integrasi di an-tara perkhidmatan sedia ada dengan perkh-idmatan pengangkutan alternatif,” katanya semasa menggulung perbahasan untuk portfolio beliau. Samat berkata pengendalian oleh op-erator yang berbeza menyebabkan sistem itu tidak cekap sekaligus tidak menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. “Kajian kita yang mengambil kira pro-gram Wilayah Pembangunan Iskandar merumuskan bahawa meletakkan perkh-idmatan ini dibawah satu pentadbir akan menjadikan pemantauan kita lebih efisyen,” katanya. Mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007, Samat berkata anggota penguatkuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditempatkan untuk mengesan serta mengambil tindakan terhadap peman-du teksi yang mengenakan tambang lebih dan tidak menggunakan bermeter. “Untuk itu, 70 lagi anggota warden trafik ditambah dan ditempatkan di bandar-bandar utama seperti Johor Bahru untuk kerja pemantauan,” katanya.

RM1.4 bilion hartanah belum berjual

LEBIH RM1.4 billion nilai hartanah di negeri ini masih belum berjual setakat ini. P e n g e r u s i Jawatankuasa Kerja Raya dan Perumahan Negeri, Dato’ Baderi Dasuki berkata hartanah itu merangkumi pelb-agai jenis binaan yang kesemuanya berjumlah 5,833 unit. Katanya rumah teres dua tingkat adalah hartanah terbanyak yang berjual dengan

sejumlah 1,280 unit diikuti rumah kedai (1,216 unit). Hartanah lain, menurutnya ialah rumah teres satu tingkat (185 unit), rumah kos sederhana rendah (722 unit), pangsapuri (445 unit) , rumah kos rendah (215 unit), rumah berkembar (173 unit) dan kedai kos sederhana rendah (121 unit). “Hartanah yang belum berjual yang pal-ing sedikit ialah rumah sebuah-sebuah yang sebanyak 23 unit. “Turut belum berjual ialah town house (95 unit), rumah kos sederhana rendah (70 unit), cluster house (43 unit) dan kondomin-ium (30 unit),” katanya ketika menggulung perbahasan untuk portfolio beliau.

MAJLIS Bandaraya Johor Bahru (MBJB) diperuntukkan sebanyak RM11.25 juta un-tuk projek tebatan banjir yang akan dilak-sanakan sepanjang tahun depan dan 2008. Wang itu akan di-belanjakan untuk pro-jek tebatan di kawasan Permatang di Kempas, Jalan Tampoi, Lem-bangan Sungai Taman Johor dan Sungai Se-bulong. P e n g e r u s i Jawatankuasa Kera-jaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Datuk Halimah Sadique berkata dengan peruntu-kan itu , kerajaan berharap dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan-kawasan berkenaan.

“Pada tahun ini sahaja MBJB telah mem-peruntukkan RM15.25 juta untuk projek yang sama. “Tumpuan adalah di kawasan kawasan perindustrian Tebrau II, Denai, Kempas, ka-wasan lembangan Sungai Chat, Ayer Molek dan Sungai Stulang,” katanya semasa meng-gulung perbahasan untuk portfolio beliau. Beliau berkata MBJB juga bertanggung-jawab dalam penyelenggaraan 17 sungai, empat parit utama dan pesisir pantai den-gan panjang keseluruhan 136,108 kilometer bagi memastikan pengaliran air tidak terje-jas semasa hujan lebat. “Dalam usaha menangani masalah ban-jir ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) turut sama dalam penyelenggaraan tiga sungai utama iaitu Sungai Skudai, Sun-gai Tebrau dan Sungai Plentong,” katanya.

RM11.25 juta untuk tebatan banjir

Page 5: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

SEMASA

NEGERI ini masih lagi menjadi pilihan utama rakyat Singapura untuk melancong meskipun ada yang beranggapan Johor kini hanya sebagai negeri laluan sahaja untuk mereka meneruskan perjalanan ke tempat lain. Sebagai bukti, hotel-hotel di negeri ini masih mencatatkan kadar penginapan yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri ber-sebelahan.

M a l a h a n , menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancon-gan dan Alam Sekitar, Freddie Long, kadar penginapan hotel di Jo-hor yang dicatatkan ta-hun lepas adalah dalam kelompok tiga tertinggi

di negara ini. “Kadarnya ialah 64 peratus yang hanya diatasi oleh dua destinasi yang memang sudah lama terkenal dengan industri pelan-congan iaitu Pulau Langkawi dan Pulau

Pinang. “Pulau Langkawi mempunyai ka-dar penginapan 65.4 peratus dan Pulau Pinang pula 64.2 peratus sementara kadar purata penginapan hotal Malaysia ialah 63.6 peratus,” katanya ketika menggulung perbahasan untuk portfolio beliau. Long berkata kadar penginapan hotel di ibu negeri-negeri bersebelahan Johor seperti Melaka ialah 59.7 peratus, Negeri Sembilan (51.2 peratus) dan Pahang (61.2 peratus). Menurutnya statistik pecahan warganegara yang menginap di hotel- hotel di Johor juga menunjukkan bahawa seper-tiga daripada mereka adalah rakyat Singa-pura. “Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Johor bukanlah negeri laluan seperti tang-gapan ramai. “Kita masih menjadi pilihan utama rakyat Singapura untuk melancong, men-jamu selera atau membeli-belah dan kita akan berusaha memastikan keadaan itu berterusan,” katanya.

Johor pilihan utamarakyat Singapura

SUKATAN pelajaran sekolah agama ma-sih lagi relevan dengan suasana semasa namun Jabatan Agama Johor bersedia untuk mengemas-kininya jika ada keper-luan. P e n g e r u s i Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Ma-nusia, Sains, Teknolo-gi dan Inovasi, Zainal Abidin Osman berkata ibu bapa tidak perlu gusar memikirkan sama ada apa yang dipelajari anak mer-eka di sekolah-sekolah agama bersesuaian atau tidak dengan suasana sekarang. “Jabatan Agama Johor sentiasa me-mantau sukatan pelajaran ini dan mem-buat analisa terhadap kesesuaiannya den-

gan keadaan dan keperluan hari ini dan masa depan. “Jika ada bahagian-bahagian yang perlu dimantapkan lagi, maka sudah semestinya itulah yang akan kita lak-sanakan,” katanya ketika menggulung perbahasan untuk portfolio beliau. Zainal Abidin juga berkata tanggapan ramai bahawa sukatan pelajaran sekolah agama begitu berat dibandingkan dengan umur pelajar dan sukar untuk difahami, adalah kurang tepat. “Buktinya ialah 80 peratus pelajar lulus kebanyakan matapelajaran dalam peperiksaan sekolah agama. “Ini menunjukkan mereka faham dengan apa yang diajar yang membole-hkan mereka menjawab dengan baik,” katanya.

Sukatan pelajaran sekolah agama masih relevan

Liputan telefonselular di semua kawasan pelancongan HAMPIR semua 29 kawasan pelancon-gan di negeri ini sudah mendapat liputan perkhidmatan telefon selular berikutan pelaksanaan program Time 2. P e n g e r u s i Jawatankuasa Perda-gangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi, Tan Kok Hong ber-kata hanya Hutan Li-pur Bantang di Bekok sahaja yang belum mempunyai liputan perkhidmatan itu. “Usaha-usaha sedang dijalankan un-tuk meluaskan perkhidmatan ke kawasan ini dan jika kita dapat melakukannya un-

tuk kawasan pelancongan lain, kita tidak menjangkakan ada sebarang masalah. “Oleh itu, orang ramai tidaklah perlu bimbang sama ada mereka boleh di-hubungi atau tidak semasa berada dalam kawasan pelancongan di negeri ini,” kat-anya ketika mengulung perbahasan untuk portfolio beliau. Beliau berkata jalan-jalan utama di seluruh Johor juga telah mendapat liputan dan kita usaha menjurus kearah menge-nalpasti kawasan yang masih lagi tidak mendapat liputan. Tan memberi contoh Jalan Kluang-Mersing yang liputan perkhidmatan itu su-dah mencapai tahap 60 peratus manakala liputan 100 peratus boleh dinikmati orang ramai yang menggunakan Jalan Kluang-Batu Pahat. Menurutnya program Time 2 itu juga memberi faedah kepada 66 kawasan Felda dan sehingga kini, hampir kesemua ka-wasan berkenaan sudah mempunyai lipu-tan perkhidmatan telefon selular daripada sekurang-kurang satu operator.

Lima lagi stesen NGVLIMA lagi stesen petrol yang mem-bekalkan gas asli kenderaan (NGV) akan dibuka tahun depan untuk menampung keperluan 3,000 buah kenderaan. Pengerusi Jawatankua-

sa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk K.S Balakrish-nan berkata dua stesen,masing-masing di Jalan Batu Pahat dan Taman Desa Cemer-

lang di Johor Bahru dijangka beroperasi seawal Mac nanti. Menurutnya tiga lagi stesen masih dalam peringkat direkabentuk dan proses pemberian tender iaitu di Damansara

Aliff, Taman Bukit Dahlia dan Taman Bukit Perling yang kesemua terletak dalam Bandaraya Johor Bahru. “Jika tiada sebarang halangan, ketiga-tiga stesen ini akan beroperasi penghu-jung tahun depan. “Saya menjangkakan dengan penam-bahan stesen ini, akan berlaku pening-katan bilangan kenderaan yang meng-gunakan gas asli,” katanya menggulung perbahasan untuk portfolio beliau. Kini sudah ada lima stesen petrol yang membekalkan NGV iaitu di Senai, Tampoi, Pasir Gudang, Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Datin Halimah. Mengenai Tribunal Tuntutan Peng-guna, beliau berkata sehingga Oktober lepas, 376 tuntutan yang bernilai RM1.9 juta telah dibuat. Balakrishnan berkata 295 tuntutan telah diselesaikan manakala selebihnya masih menunggu perbicaraan.

HUKUMAN berbentuk khidmat masyara-kat yang dikenakan terhadap pesalah muda yang berusia antara 18 dan 21 tahun akan berkuatkuasa mulai Januari ini. Hukuman ini dikenakan terhadap mer-eka yang melakukan kesalahan mengikut Kanun Tatacara Jenayah, Seksyen 293 (E). P e n g e r u s i Jawatankuasa Pemban-gunan Wanita dan Ke-luarga, Pembangunan Masyarakat Negeri, Dr Robia Kosai berkata hukuman perintah khid-mat masyarakat ini lebih menjurus kepada memulih dan mewujud-kan keinsafan di kalangan remaja bahawa

mereka telah melakukan kesalahan. “Pesalah muda akan menjalankan kerja-kerja masyarakat di Pihak Berkuasa Tem-patan, Majlis Bandaraya, pejabat-pejabat kerajaan, masjid-masjid dan premis yang termaktub di bawah perintah. “Tempoh melakukan kerja khidmat ma-syarakat ini akan ditetapkan mahkamah,” katanya ketika menggulung perbahasan untuk portfolio beliau. Dr Robia berkata tempoh maksimum hukuman ini ialah 240 jam dan ia mesti dilaksanakan dalam setahun. Katanya setiap sessi hukuman adalah tidak kurang daripada tiga jam dan setiap pesalah boleh melakukan khidmat ma-syarakat ini sehingga 44 jam seminggu.

PROGRAM pemberimilikan tanah tapak rumah kepada generasi kedua Felda sedang giat dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri mengurangkan penghijrahan kekal mereka ke luar rancangan Felda. Setakat ini, kerajaan telah meluluskan ta-nah untuk diberikan sebagai tapak rumah di Felda Ulu Tebrau, Endau, Bukit Serampang dan Air Hitam. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,

Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebuday-aan dan Warisan, Ahmad Zahri Jamil berkata program itu juga bertujuan mem-beri peluang kepada generasi kedua Felda

memiliki tanah dalam kawasan Felda. Katanya program yang sama akan dilak-sanakan di lapan lagi kawasan Felda iaitu di Kota Tinggi dan Segamat. “Selama ini peluang sedemikian tiada kerana tanah amat terhad serta adanya kekangan peraturan dan sekatan penggu-naan tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1960,” katanya ketika menggulung perbah-san untuk portfolio beliau.

Ahmad Zahri juga berkata Felda sedang mengatur program penerangan serta latihan untuk menggalakkan generasi kedua ini menceburi bidang pertanian dan perusa-haan yang berpotensi “Bimbingan, pinjaman serta bantuan disediakan mengikut kesesuaian dan po-tensi tempatan,” katanya.

Hukuman khidmat masyarakat mulai Januari

PendapatanHasil cukai - RM 227.57 jutaHasil bukan cukai - RM 255.79 jutaTerimaan bukan hasil - RM 201.37 juta ________________ RM 684.73 juta

Perbelanjaan mengurusEmolumen - RM 226.34 jutaPerkhidmatan dan bekalan - RM 201.77 jutaPembelian aset - RM 7.11 jutaPemberian dan kenaan bayaran tetap - RM 233.78 jutaPerbelanjaan-perbelanjaan lain - RM 1.09 juta ________________ RM 670.09 juta

BAJET 2007

Page 6: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

NIAGA

NILAI hartanah di selatan Johor mempunyai prospek yang cerah untuk meningkat sebagai kesan langsung program Wilayah Pem-bangunan Iskandar (Iskandar). Ini, menurut pemaju harta-nah, didorong oleh kepesatan pertumbuhan ekonomi yang diramalkan berlaku dalam kawasan yang diwartakan se-bagai wilayah ekonomi ini. Dengan jangkaan pelaburan mencecah RM40 bil untuk kawasan seluas 2,217 km persegi, tiada sebab mengapa nilai hartanah di selatan

negeri ini tidak melonjak. Pandangan ini disuarakan oleh SP Setia, antara pemaju hartanah paling berjaya dan aktif di Johor. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Ber-had, Tan Sri Liew Kee Sin ber-kata keputusan membangunkan kawasan selatan Johor sebagai sebuah wilayah ekonomi adalah pemangkin yang telah lama dinanti oleh sektor hartanah di negeri ini. “Ia satu berita positif yang telah lama kami tunggukan. “Kami percaya apa yang

menarik minat pemaju hartanah ialah pembangunan semula ka-wasan bandaraya Johor Bahru yang dijangka akan menjurus ke-pada pengenalan standard baru kawasan kediaman,” katanya. Beliau berkata SP Setia sendiri dijangka menjadi an-tara pemaju yang menikmati faedah umpama durian runtuh dalam wilayah ekonomi ini. Katanya projek syarikat itu di Bukit Indah yang terletak bersebelahan dengan Bandar Nusajaya, pusat pentadbiran baru Negeri Johor, diramal menjadi kawasan yang paling hangat untuk sektor hartanah. “Kami menjangka banyak ak-tiviti ekonomi akan berlaku dalam kawasan ini kerana ianya bersebe-lahan dengan Bandar Nusajaya. “Suasana akan bertambah rancak apabila Nusajaya Educity yang dilaporkan akan menempat-kan sekurang-kurangnya empat buah universiti luar negara dengan jangkaan penuntut seramai 20,000 orang mula beroperasi,” katanya.

JOHOR terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama pelabur asing untuk mena-nam modal di negari ini apabila mencatatkan pelaburan berjumlah RM2.4 bilion sepanjang lapan bu-lan pertama tahun ini. Angka itu mengatasi Pulau Pinang yang menerima kira-kira RM2.3 bilion dan jauh meninggal-kan Selangor yang sekadar men-catatkan RM1 bilion pelaburan asing. Malahan Selangor juga ter-paksa akur dengan keupayaan Ke-dah menarik minat pelabur asing apabila Negeri Jepalang Padi itu menerima sejumlah RM1.6 billion sepanjang tempoh berkenaan. Stastik yang dikeluarkan Pusat Pelaburan Negeri Johor menun-jukkan negeri ini berada di tangga kedua selepas Kedah daripada segi jumlah pelaburan yang diterima antara Jan dan Ogos lepas.

Pelaburan tempatan di Johor sepanjang tempoh itu ialah RM1.07 bilion yang menjadikan nilai kes-eluruhan pelaburan di negeri ini RM3.49 bilion. Tahun lepas, Johor melakarkan sejarah apabila menerima pela-buran berjumlah RM8.29 bilion dengan RM5.89 bilion datang dari pelabur asing menakala selebih-nya, iaitu RM2.39 bilion adalah pelaburan tempatan. Statik berkenaan menyatakan jumlah besar pelaburan yang di-catatkan itu membabitkan 137 pro-jek yang berupaya mewujudkan 12,400 peluang pekerjaan. Selain Johor, hanya Selangor yang meskipun menerima RM2.9 bilion nilai pelaburan keseluruhan, meluluskan jumlah projek terban-yak iaitu 198 dan menawarkan kira-kira 14,700 peluang peker-jaan. Pelaburan bernilai RM7.8 bilion

yang diterima Kedah, juga yang terbesar di antara negeri-negeri, menawarkan peluang pekerjaan yang terhad, iaitu kira-kira 3,900 sahaja. Menurut stastik itu lagi, pelaburan asing terbesar di Jo-hor adalah dari Belanda dengan pelaburan bernilai RM1.2 bilion, diikuti Lubnan (RM562.2 juta) dan Singapura (RM208.8 juta). Kawasan perindustrian Tam-poi pula menjadi tumpuan apabila RM1.21 bilion dilaburkan di situ manakala Johor Bahru dan Pasir Gudang masing-masing menerima RM604.8 juta dan RM411.6 juta. Statistik itu menjelaskan pela-buran terbesar, iaitu sebanyak RM1.42 bilion adalah dalam sektor elektrik dan elektronik diikuti kim-ia dan bahan kimia (RM1.27 bilion) dan barangan plastik (RM135.4 juta).

Lima Negeri Yang Teratas Januari-Ogos 2006

1,90

9.9

1,87

4.1

680.

2

1,07

7.2

2,22

0.3

7,85

3.3

0

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

7,000

8,000

Kedah Johor PulauPinang SelangorSabah W.P.

Labuan

RM (M

illion

)

Pelaburan Tempatan(RM) Pelaburan Asing(RM)

2,36

7

1,00

8

3632

2,41

4

1,64

5

Johor pilihan utama pelabur asing

EKONOMI Johor dijangka berkembang pada paras yang menggalakkan tahun depan beri-kutan pelaksanaan beberapa pro-jek besar. Kerajaan Persekutuan, pelabur-pelabur tempatan dan asing dijan-gka meningkatkan pelaburan mer-eka pada angka yang besar yang sekaligus bakal mendorong Johor mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan. Bajet Negeri Johor yang diben-tang November lepas menyatakan Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai daya tarikan yang kuat bagi menarik pelabur-pelabur termasuk pelabur asing untuk melabur di negeri ini. Perkara ini dibuktikan apa-bila nilai pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan Ma-laysian Industrial Development Authority (MIDA) bagi negeri Johor pada tahun 2005 berjumlah RM8.11 bilion. Dan untuk enam bulan pertama tahun ini sahaja, pelaburan berni-lai RM2.63 bilion telah diluluskan. Walaupun jumlahnya berkuran-gan berbanding tahun sebelum-nya, Johor masih lagi menduduki tempat teratas dari segi peneri-

maan pelaburan asing, di samping projek-projek yang dirancang di Selatan Johor bakal meningkatkan lagi pelabur tempatan dan asing untuk terus melabur di negeri ini. Ekonomi negeri Johor terus berkembang pada kadar seder-hana sebanyak lima peratus pada suku pertama dan kedua, perkem-bangannya semakin berkurangan pada suku tahun ketiga dan keem-pat disebabkan oleh kelemahan di sektor pembuatan. Sektor pertanian terutamanya industri kelapa sawit dan getah akan terus berada pada keadaan yang stabil serta harga pada tahap yang memuaskan. Ekonomi negeri Johor dijangka dapat mencapai kadar pertumbu-han di antara lima hingga enam peratus, bergantung pada prestasi ekonomi global dalam suku tahun ketiga dan keempat tahun ini. Produk-produk dan perkhid-matan yang bernilai tambah tinggi, sanggup melatih pekerja-pekerja tempatan dan menjalankan R&D untuk mendorong inovasi perlu diperbanyakkan lagi bagi menarik lebih pelabur asing di negeri Johor dalam sektor tersebut.

Ekonomi negeri dijangkaterus kukuh

Iskandar dijangka lonjakannilai hartanah di selatan Johor

NILAI pengeluaran usahawan In-dustri Kecil dan Sederhana (IKS) Johor melonjak sebanyak RM80 juta dalam tempoh 10 tahun sejak 1995. Peningkatan pada purata RM8 juta setahun itu menurut Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Oth-man, membuktikan bahawa IKS mampu menjana ekonomi negara. Sehubungan itu, katanya, per-anan dan potensi IKS tidak harus dipersoalkan lagi. “Usahawan IKS Johor yang kini berjumlah 3,500 orang telah

membukti bahawa sektor itu men-janjikan masa depan yang cerah. “Daripada nilai pengeluaran sekadar RM10 juta ketika IKS mula bertapak di negeri ini pada 1995, nilai pengeluaran mereka kini telah melepasi RM90 juta dan saya amat yakin angka itu akan terus meningkat,” katanya baru-baru ini. Abdul Ghani berkata keyaki-nan beliau bahawa nilai penge-luaran usahawan IKS Johor akan meningkat adalah berasaskan ke-pada keupayaan lapan daripada

mereka untuk menghasilkan kelu-aran kira-kira RM1 juta setahun. Beliau berkata sebagai usaha memperkukuhkan lagi sektor itu, kerajaan negeri sedang memaju-kan teknologi bio untuk diman-faatkan usahawan terbabit. Usaha lain, katanya, terma-suklah membawa usahawan ber-potensi ke program promosi di luar negara. “Yang terbaru ialah Karnival Halal Melbourne untuk mereka memperkenalkan produk Johor ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Usahawan IKS Johor keluarkanbarangan bernilai RM90 Juta

Bernilai...Harga hartanah seperti rumah kedai ini bakal melonjak kesan limpahan program Iskandar

gam

bar h

iasa

n

IKS punya potensi besar untuk terus berkembang.

Page 7: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

PENDIDIKAN

JOHOR mencatatkan keputusan Ujian Penil-ian Sekolah Rendah (UPSR) yang membang-gakan tahun ini apabila 38,777 daripada 60,937 pelajar melepasi tahap pencapaian minimum. Angka itu adalah 63.63 peratus daripada jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan berkenaan dan peningkatan sebanyak 1.75 peratus berbanding tahun lepas. Untuk melepasi tahap minimum, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil.Menurut kenyataan Jabatan Pela-jaran Negeri Johor, pelajar negeri ini juga telah menunjukkan kecemerlangan yang menggalakkan. Seramai 4,609 pelajar atau 7.56 peratus memperolehi Gred A dalam semua mata pe-lajaran berbanding 6.03 peratus tahun lepas. Menurut kenyataan itu lagi, sekolah-sekolah dalam daerah Johor Bahru mencatat-kan keputusan paling memberangsangkan apabila 1,807 pelajar memperolehi A dalam semua mata pelajaran.Daripada jumlah itu, 1,149 pelajar memperolehi 5A dan 658 orang lagi mendapat 7A. Pencapaian sekolah luar bandar juga memberansangkan apabila pelajar yang menduduki UPSR di rancangan-rancangan

Felda mencatatkan kenaikan peratusan ke-lulusan . Dengan seramai 3,975 orang pelajar di 63 buah sekolah, kadar kelulusan meningkat kepada 64.15 peratus berbanding 60.78 pera-tus tahun lepas. Dua belas pelajar cemerlang dari Negeri Johor juga disenaraikan sebagai pelajar ce-merlang peringkat kebangsaan. Mereka ialah Siti Munirah Mohamad Ismail (SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Nur Amira Eliza Hanis A. Rahim (SK Pasir Gudang 3, Johor Bahru), Nur Izzati Ismail (SK Taman Rinting 3, Johor Bahru), Divya Darsiny A/P Morgan (SJKT Taman Tun Aminah, Johor Bahru), Adnor Atiqah Am-melia Adam (SK Taman Johor Jaya, Johor Bahru). Muhammad Afhammuddin Md Shah-rom (SK Temenggong Abd Rahman 1), Tang Xuan Li ( SK Jesus Convent, Johor Bahru), Hani Hamizah Nor Hashim (SK Taman Sri Pulai, Kulai), Mohamad Noor Solehin Sulaiman (SK Temenggong Abd Rahman, Segamat), Muhammad Azfar Firdaus Azlah (SK Bandar Pontian, Pontian), Lau Kah May (SK Convent, Muar) dan Adlina Athilah Abdullah (SK Tengku Mariam, Batu Pahat).

UPSR 2006: Johor semakin meningkatPerbandingan pencapaian UPSR 2005 dan 2006

0102030405060708090

100

2005 2006

BAHASAMELAYU

PEMAHAMAN

BAHASAMELAYU

PENULISAN

BAHASAINGGERIS

MATEMATIK SAINS

Pera

tusa

n (%

)

95.0

2%

88.3

2%

89.9

0%

70.1

9%

90.4

2%

94.1

5%

88.9

1%

89.6

1%

71.1

1%

90.2

6%

KUMPULAN Pendidikan Yayasan Pelaja-ran Johor (KPYPJ) meraikan ulang tahun kesepuluh penubuhannya sebagai entiti peluang kedua pendidikan terulung di se-latan tanahair, tahun ini. Sejak ditubuhkan pada 3 Mac 1996, KPYPJ yang mewarisi kegemilangan sistem pendidikan Sejarah Johor Moden, zaman Sultan Abu Bakar lebih seratus tahun yang lampau, berjaya melahirkan hampir 12,000 graduan dalam pelbagai bidang. Ramai graduannya kini bekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta dan tidak kurang pula ramai yang memilih menjadi usahawan. Lebih membanggakan lagi bila ada di antara mereka memegang jawatan penting dalam organisasi gergasi korporat dan ada pula yang bekerja di ja-batan persekutuan. Dalam sektor perhotelan pula, lepasan KPYPJ merupakan antara yang teramai dan berketerampilan. Malah ramai pula yang telah ditawarkan pekerjaan sebelum mer-eka menamatkan pengajian masing-masing oleh majikan yang pernah menerima pe-lajar ini menjalani latihan amali di tempat mereka. Kejayaan KPYPJ melahirkan graduan-

graduan pintar dan cemerlang pada setiap majlis konvokesyennya membuktikan ke-berkesanannya dalam mengenengahkan mereka yang sebelum ini gagal ke IPTA. Maka tidak hairanlah sepanjang sesi kon-vokesyen lepas, ramai graduan cemerlang dengan memperolehi pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dan 3.9 lalu dipilih menerima Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor yang diperkenal-kan sejak 2001. Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor ini diberikan kepada penuntut paling cemerlang KPYPJ. Cemerlang bukan sahaja daripada segi akademiknya tetapi juga ke-giatan kokurikulum dan daya kepimpinan di peringkat kolej. Kecemerlangan penuntut-penuntut pintar KPYPJ memperolehi sijil dekan secara berterusan ini juga melayakkan mereka menerima Anugerah Rektor, salah satu daripada penghargaan tertinggi bagi sesebuah universiti. Kebanyakan graduan cemerlang KPYPJ berjaya melanjutkan pelajaran ke beberapa IPTA seperti Universiti Islam Antara-bangsa (UIA), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malay-

KPYPJ terus unggul setelah 10 tahun sia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Selaras dengan pengumuman Ran-cangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang menyaksikan penekanan diberikan kerajaan terhadap pembangunan modal insan melalui pembentukan pelajar yang berkualiti bagi menjayakan Misi Nasional dan Wawasan 2020, KPYPJ jelas tidak ter-kecuali daripada turut berada dalam arus perdana ini. KPYPJ terus berusaha melahirkan graduan-graduan seimbang yang bukan sahaja cemerlang akademiknya malah kaya dengan sahsiah diri sebagaimana mottonya “Akademik Cemerlang Sahsiah Terpuji”. Bagi melahirkan graduan seimbang yang diperlukan dalam pembangunan modal insan, KPYPJ perlu melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tambahan terutama dalam bidang kepimp-inan melalui pelbagai aktiviti berpersatuan dan kokurikulum. Tidak hairanlah hampir kesemua pela-jar KPYPJ diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Wataniah, Angkatan Wira Negara (AWIN) serta digalakkan mema-suki pelbagai pertandingan seperti pidato, teater, puisi dan sebagainya. Seperkara menarik mengenai lepasan KPYPJ ini, kebanyakan mereka terdiri daripada yang pernah menjalani pelbagai latihan serta program kepimpinan, motiva-si dan pembinaan pasukan yang diadakan di pusat latihan lagenda milik KPYPJ iaitu Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ (PKPI) di Sekakap, Mersing. Pusat “training resort” yang dulunya dikenali sebagai Mersing Outward Bound School (OBS) yang berusia 31 tahun ini telah meletakkan KPYPJ sebagai satu-satu-nya IPTS di negara ini yang memiliki pusat latihan peranginan tersendiri meliputi ele-men laut, sungai dan hutan bagi kegunaan pelajar, kakitangan dan pihak luar. Selain bidang akademik, penuntut KPYPJ juga telah melakarkan beberapa ke-jayaan dalam pertandingan-pertandingan bertaraf antarabangsa dan nasional teruta-manya melibatkan salah satu bidang yang menjadi kekuatannya iaitu perhotelan dan masakan.

Institut Hospitaliti YPJ, sekolah per-hotelan milik KPYPJ telah lama menempa nama dalam industri perhotelan negara dengan melahirkan graduan-graduan berkemahiran tinggi dalam bidang pengu-rusan perhotelan dan kulinari. Pelajarnya pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada pertandingan Cu-linaire Malaysia 2001 (kategori bartender mocktails) di The Mines, Kuala Lumpur yang turut disertai para profesional dari hotel-hotel, resort dan café ternama nega-ra. Kejayaan ini diulangi mereka pada Caba-ran Kulinari Hotel dan Makanan Asia (FHA) 2004 di Singapura apabila Institut Hospitaliti YPJ berjaya meraih Pingat Gangsa dalam kategori “hot cooking” me-newaskan 20 chef dari luar negara.

Pelajar institut ini terus menempa nama apabila memenangi pingat emas dan gangsa dalam pertandingan Johor Sa-lon Culinaire 2002 dan muncul juara dalam Pertandingan Ukiran Buah AgroMas dan Pertandingan Ukiran Buah anjuran FAMA 2005. Para pelajar seni landskap KPYPJ turut tidak ketinggalan menempa nama apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Kategori Landskap pada Pertandingan Kemahiran Malaysia 2004 anjuran Kementerian Ker-jaraya Malaysia. Kesemua kejayaan ini merupakan bukti sebahagian daripada kemahiran yang dimiliki pelajar-pelajar KPYPJ sepanjang mereka menuntut di in-stitusi ini.Kini setelah sepuluh tahun berlalu, KPYPJ terus meniti usia kematangan melalui pelbagai pembaharuan yang mengambil tempat serta penawaran lebih banyak pro-gram peringkat sijil dan diploma.

Modal insan...Sebahagian daripada graduan yang dilahirkan di KPYPJ.

Cemerlang...Zarina Abu Bakar, penerima Pingat Emas Menteri Besar Johor 2003, antara pelajar terbaik yang dilahirkan di KPYPJ.

Page 8: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

MINDA PEMBACA

“Minda pembaca” ialah ruangan khusus bagi orang ramai memberi pandangan atau komen tentang isu semasa, sama ada di kawasan sendiri atau Negeri Johor. Editor berhak melakukan suntingan terhadap isi surat.Editor juga berhak memilih surat untuk disiarkan. Hanya surat yang disertakan dengan nama sebenar penulis sahaja akan dilayan. Sertakan no. kad pengenalan,no. telefon dan alamat penuh. E-melkan pendapat anda ke [email protected]

RAKYAT Malaysia akan menyambut ulang-tahun kemerdekaan negara yang ke 50. Usia kemerdekaan yang menjangkau lima puluh ini bolehlah kita anggap dewasa dari segi umur manusia tetapi agak muda bagi sesebuah negara. Tamadun negara-negara besar tercipta ratusan malah ribuan tahun. Bagaimanapun kita harus bersyukur kerana sepanjang jalan kemerdekaan hingga kini kita dapat memelihara kemerdekaan itu melalui kebijaksanaan pada pemimpin dan kerjasama rakyat jelata hingga segala ma-salah dapat ditangani secara harmoni dan kemerdekaan negara dikekalkan. Banyak

negara-negara lain di dunia ini yang wa-laupun sudah merdeka tetapi tidak dapat menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya. Malah ada yang sudah hi-lang kemerdekaannya dan hidup di bawah kongkongan kuasa asing. Ada orang beranggapan kemerdekaan ini diperolehi dengan mudah di dalam du-lang emas. Adakah ini benar? Pada saya perjuangan kemerdekaan negara telah me-lalui pahit getir yang bukan sedikit. Rentetan peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan telah menyaksikan bahawa kemerdekaan ini juga terpaksa berdepan dengan cabaran

darah dan air mata. Negara telah dipulau-kan oleh jiran-jiran dengan tuduhan neo kolonialisme, puak komunis mula menun-jukkan taringnya menganggu keharmonian rakyat jelata, kemudahan asas pendidikan, perhubungan dan perubatan jauh daripada mencukupi. Keadaan ini sudah cukup men-deritakan rakyat. Para pemimpin dengan segala kekurangan mengharungi cabaran-cabaran ini demi kesejahteraan rakyat. Fasa kedua perjuangan para pemimpin ialah pembangunan. Kemudahan asas diper-tingkatkan, rancangan pembangunan tanah digerakkan, kebajikan dan kesihatan rakyat

JOHOR akan mengalami pembangunan pesat tidak lama lagi melalui Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar). Su-dah semestinya wilayah ekonomi ini akan membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat seterusnya mewujudkan pelb-agai peluang pekerjaan. Kita mengalu-alukan pelabur luar un-tuk sama-sama merancakkan kemajuan Is-kandar. Namun, apakah ini juga bermakna Johor akan kebanjiran dengan pekerja luar, untuk sama menikmati kemakmuran itu? Jika kita melihat kepada suasana seka-rang, tidak kira di mana-mana, negara kita sudah menjadi lubuk emas untuk warganegara asing mencari rezeki. Boleh dikatakan tenaga kerja dalam sektor per-ladangan, industri malah pembinaan diisi hampir sepenuhnya tenaga buruh asing. Malah, restoran dan kedai gunting rambut pun mula mengambil pekerja asing. Sebagai warga Johor, bukan niat kita untuk menghalang mereka dari sama-sama mencari rezeki di sini, tetapi apa yang kita harapkan, keizinan yang diberi ini tidaklah disalah gunakan. Kita bukannya tidak mahu menghor-mati tetamu yang diundang ini, sebaliknya amat menghargai mereka yang bijak mem-bawa diri, bak kata pepatah masuk kan-

dang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Bagi saya, tetamu yang diundang ini hendaklah bijak menyesuaikan diri dan tidak menyingung perasaan tuan rumah apatah lagi tidak mempedulikan tatatusila dan budaya tempatan. Ini kerana, pada pemerhatian saya, mereka tidak setakat bekerja di sini bagi menampung kehidupan sendiri dan ke-luarga di kampung halaman, tetapi turut membawa bersama budaya yang berbeza. Perbezaan budaya ini menyebabkan ada yang tidak segan silu berpelukan an-tara lelaki dan perempuan di khalayak ra-mai, hanya bercelana pendek atau berkain sarung di tepi-tepi jalan dan ketika berbe-lanja di pasar malam atau kedai runcit. Saya juga pernah melihat gadis-gadis pekerja asing ini hanya memakai pakaian tidur sama ada yang labuh atau pendek separas lutut, keluar beramai-ramai mem-beli barang keperluan di pasar tani, pada hujung minggu. Jika kelakuan itu dilihat oleh pelancong yang baru pertama kali datang ke negeri ini, sudah tentu mereka mengandaikan bahawa itu adalah budaya masyarakat Malaysia, walhal bukan begitu hakikatnya. Orang lain makan nangka, orang lain yang

terkena getahnya. Ternyata pekerja asing ini tidak sensitif terhadap masyarakat setempat sehingga bebas melakukan apa yang mereka suka, termasuk mencabar kedaulatan undang-undang negara ini. Saya berpendapat majikan yang meng-gaji pekerja asing haruslah mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan pekerja mereka tidak bersikap sesuka hati dan sesedap rasa. Eloklah dicadangkan kepada majikan terbabit supaya menerap-kan norma-norma dan budaya tempatan kepada pekerja asing mereka. Tidak salah kalau majikan menggar-iskan dan melaksanakan peraturan-per-aturan tertentu kepada pekerja mereka termasuk daripada segi berpakaian, bukan hanya ketika dalam tugas tetapi juga di luar waktu kerja. Wujudkanlah peraturan di asrama tersebut, kerana kebanyakan asrama mer-eka itu adalah di kawasan perumahan, di mana mereka bermasyarakat dengan pen-duduk tempatan.

Abdul Rashid Embong Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Hormati budaya tempatan

diambil tahu dan rakyat digesa meraih ilmu pengetahuan secara formal atau tidak for-mal. Di sinilah bermulanya Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang banyak mengubah wajah orang Melayu. Perjuan-gan mengisi kemerdekaan dipergiatkan lagi walaupun sebahagian besar rakyat masih dalam serba kekurangan. Kekuatan rakyat menuntut dan mengisi kemerdekaan ialah semangat yang kuat. Mereka belum dileng-kapi alat senjata yang canggih dan belum dibekalkan ilmu pengetahuan bagi menen-tang penjajah yang jauh lebih maju. Tetapi mereka telah bersedia dari segi mental un-tuk merdeka dan maju. Setelah lima puluh tahun merdeka, apakah generasi muda Malaysia memiliki se-mangat seutuh generasi awal kemerdekaan dulu. Apakah mereka memahami apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang mer-eka untuk menjadi bangsa yang merdeka di muka bumi ini. Pertanyaan-pertanyaan itu-lah selalu yang berlegar di pemikiran para pemimpin kita. Apakah mereka hanya ge-mar bersukaria menikmati budaya pop yang tidak berhujung. Tanpa mencari kelemahan mana-mana pihak, semangat cintakan negara dan say-angkan kemerdekaan negara perlu dipupuk. Penghayatan terhadap perjuangan generasi terdahulu seperti perjuangan Dato’ Onn perlu dibuat dari semasa ke semasa agar ia menjadi panduan dan teladan di dalam hidup bernegara. Langkah Kerajaan Neg-eri Johor membesar-besarkan tokoh awal kemerdekaan negara amatlah tepat. Kitalah yang mengangkat `Hero’ kita. Orang asing tidak akan mengangkatnya. Sempena ulangtahun kemerdekaan Negara yang ke lima puluh, marilah kita ter-apkan semangat sayangkan kemerdekaan Negara. Tidak cukup itu sahaja, anak-anak mesti diajar bagaimana memelihara ke-merdekaan. Lebih jauh lagi mereka mesti dimaklumkan tentang bagaimana nasib bangsa yang kehilangan kemerdekaan. Pel-bagai aktiviti dan program boleh dirangka untuk mencapai tujuan ini. Janganlah kita perlekehkan usaha menerapkan nilai-nilai kefahaman sejarah bangsa kerana ia ti-dak mempunyai nilai ekonomi. Kekuatan sesebuah bangsa juga dapat dilihat dari kekuatan politik, budaya dan tamadunnya. Marilah kita realisasikan cita-cita murni ini.

DR. GUNAWAN MAHMOOD,Johor Bahru

Page 9: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

AMALAN Kerajaan Negeri menghantar kakitangannya menunaikan fardu haji se-tiap tahun berterusan dan untuk musim ini, giliran 311 penjawat awam Negeri Johor pula menikmati keistimewaan itu. Pemergian mereka diiringi 128 ahli kelu-arga yang terdiri daripada isteri, suami, ibu, bapa atau anak masing-masing. Rombongan jemaah kali ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan perta-ma selamat berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai pada 2 Dis lepas. Kumpulan kedua pula berlepas sehari kem-dian. Rombongan jemaah tajaan Kerajaan Negeri ini yang diketuai Datuk Ban-dar, Datuk Naim Nasir (gambar), terbang terus ke Madinah. Pengarah Tabung Haji Johor, Sharif Endut berkata semasa di Madinah, jemaah haji itu akan menginap di Andalus dan Hotel Al-Haram. “Di Mekah pula mereka akan menginap di Maktab 77 dan Hotel Al-Hadibah,” kat-anya dan menambah mereka akan berada di Tanah Suci selama 45 hari. Sharif berkata kumpulan pertama

dijadual pulang ke tanah air pada 15 Jan depan manakala kumpulan kedua akan tiba sehari kemudian. Sementara itu, Naim yang kali pertama menunaikan fardu haji menyatakan kesyu-kuran kerana dipilih menjadi tetamu Allah. “Sudah lama saya menanam azam untuk mengerjakan haji tetapi tuntutan kerja tidak mengizinkan saya berbuat demikian. “Alhamdulillah, dengan izin Allah, kali ini saya dilapangkan waktu dan dapat menyertai rombongan Kerajaan Johor,” ka-tanya.

AGAMA

Kakitangan Kerajaan Negeri berangkat ke Tanah Suci

Tetamu Allah...Wajah ceria bakal-bakal haji sebelum berlepas di LTSI.

Lambaian Kaabah...Sebahagian daripada jemaah haji yang berada di ruang legar LTSI sedang menunggu giliran mendapatkan pasport masing-masing.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Demi Allah sesungguhnya negeri Mekah adalah sebaik-baik bumi Allah, dan

bumi yang paling aku suka ialah Mekah dan sekiranya aku tidak dihalau, nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini..

PEPATAH Arab bermaksud: ‘Generasi hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Baik ataupun buruk, maju ataupun mundurnya sesebuah bangsa adalah bergantung kepada generasi hari ini.’ Dalam merealisasikan misi nasional Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, generasi rabbani amat diperlukan untuk memben-tuk modal insan. Ciri-ciri generasi rabbani ini memenuhi kriteria insan “Minda Kelas Pertama” yang akan menerajui kepimpinan negara. Pembentukan tamadun merupakan satu proses yang amat panjang. Jika sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan untuk mem-bina satu generasi, bayangkanlah jangka masa yang diambil bagi sebuah tamadun.Justeru, pembentukan sesebuah tamadun dan pembangunan komprehensif adalah meliputi kesediaan bagi membentuk gen-erasi pelapisnya. Ini menjadikan suatu kewajipan kepada kita untuk membentuk identiti dan mental-iti tersendiri sebagai seorang insan rabbani. Pembentukan insan Rabbani ini memberi kesan mikro bagi setiap peringkat institusi masyarakat dan seterusnya akan menghasil-kan implikasi makro dalam sesebuah ma-syarakat. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi rabbani ini? Dan apakah kesan-nya terhadap pembentukan masyarakat kita yang inginkan tamadunnya berbentuk acuan sendiri? Generasi rabbani bermaksud generasi yang sempurna ilmu dan takwa kepada Allah. Generasi ini dituntut dalam Islam se-bagaimana yang firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke-79 yang bermaksud: ‘…hendaklah kamu menjadi Rabba-ni…’ Dalam hal ini, generasi sebaliknya juga turut dijelaskan melalui firman Allah dalam surah Maryam ayatke- 59 yang bermaksud: ‘...Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka.’ Al-Quran menekankan supaya kita membina masyarakat melalui pembentukan

generasi cemerlang iaitu memiliki kesem-purnaan ilmu pengetahuan serta bertaqwa kepada Allah. Taqwa diertikan sebagai patuh kepada perintah Allah dan menjauhi diri daripada larangan-laranganNya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Maryam di atas, kita simpulkan ba-hawa terdapat dua generasi yang buruk serta tidak sesuai untuk berperanan sebagai generasi pelapis. Generasi itu ialah generasi yang tidak menunaikan solat dan sangat cenderung menuruti hawa nafsu. Generasi rabbani yang memiliki ke-mantapan ilmu dan taqwa turut memiliki kekuatan daripada segi pertimbangan akal, jati diri, integriti dalam tanggungjawab dan berakhlak tinggi. Sebagaimana yang digaris-kan dalam Al-Quran bahawa ciri-ciri berke-naan memberi kesan terhadap individu yang mengamalkannya dengan sempurna. Mengenai hal itu, Allah swt berfirman dalam surah al-Ankabut ayat ke- 45 yang bermak-sud: ‘…sesungguhnya solat itu meng-hindarkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar…’ Sebaliknya individu yang terlalu cen-derung dan menuruti hawa nafsu adalah berlawanan dengan ciri-ciri generasi rab-bani. Sikap ini melahirkan cabang dan rant-ing tingkah laku negatif lain yang merang-kumi khianat, tamak, tiada kawalan emosi, menghalalkan yang haram, bongkak dan sebagainya. Mengenai hal ini, Allah swt ber-firman dalam surah al-Maidah ayat ke-77 yang bermaksud: ‘…janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama mu selain daripada kebenaran dan janganlah kamu turuti hawa nafsu kaum yang telah sesat sebelum itu dan menyesat-kan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat daripada jalan yang lurus.’ Rabbani memberi panduan kepada kita tentang hubungan rapat di antara aspek akidah dan akhlak. Ini memberi maksud ba-hawa kekuatan akidah adalah yang paling penting di samping usaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengeta-huan. Begitu juga dengan menitik beratkan pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Ciri-ciri Generasi Rabbani adalah seperti berikut: Pertama: Memiliki akidah yang mantap dan jati diri yang kukuh. Allah berfirman dalam surah Luqman ayat ke-13 yang ber-maksud: ‘Dan ingatlah tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasi-hat kepadanya. Wahai anak kesayangan ku, janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.’ Kedua: Mentaati ibu bapa. Ini digam-barkan sebagaimana nabi Ismail yang taat kepada ayahnya nabi Ibrahim tatkala mer-eka diperintahkan untuk membuktikan ketaatan mereka kepada Allah swt. Firman Allah swt dalam surah as-Shaaffaat ayat ke-102 bermaksud: ‘Maka tatkala anak itu sampai kepada peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayangan ku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya menjawab: Wahai bapa ku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepada mu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.’ Ketiga: Mendirikan solat, amar maa-ruf nahi mungkar dan bersabar terhadap musibah. Allah swt berfirman dalam surah Luqman ayat ke-17 yang bermaksud: ‘Wahai anak kesayangan ku, dirikanlah solat dan suruhlah kebaikan serta laranglah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa mu. Sesung-guhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang perlu diambil berat untuk melakukannya.’ Keempat:. Memiliki akhlak yang mulia. Allah swt berfirman dalam surah Luqman ayat ke-19 yang bermaksud: ‘Dan rendahkanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (sema-sa berbicara), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.’ Rasulullah saw ada bersabda yang ber-

maksud: ‘Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.’ dan ‘Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik akhlaknya.’

Kesimpulan Allah swt berfirman dalam surah al-Furqan dari ayat ke-63 hingga ke-66 yang bermaksud: ‘Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang sopan hadapkan kata-kata mereka, mereka menjawab dengan per-kataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini, dan mereka yang diredhai Al-lah itu adalah yang tekun mengerjakan iba-dah kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jauhkanlah azab neraka jahanam dari-pada kami, sesungguhnya azab siksanya itu adalah mengerikan, sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.’ Membentuk generasi rabbani memer-lukan kepada kesedaran dan usaha murni setiap pihak khususnya golongan pendidik. Golongan ini meliputi pihak yang memberi pengisian kepada golongan generasi pelapis masyarakat sama ada melalui pendidikan formal, media massa dan pendekatan pe-mimpin. Mempersiapkan generasi pelapis bukan hanya berwasiatkan mencari harta dan ma-terial semata-mata, tetapi perlu kepada keu-tamaan aspek akidah dan amal soleh. Dalam hal ini, peranan insitusi keluarga adalah yang paling utama. Semoga di tahun baru ini, kita bersama menguatkan azam bagi mengorak langkah dan memperkukuhkan lagi usaha ke arah membentuk generasi rab-bani ini.

Rencana ini adalah kupasan Khutbah Jumaat Negeri Johor Darul Ta’zim yang disampaikan pada 15 Disember 2006, bersamaan 24 Zulkaedah 1427

Generasi Rabbani modal insan berkualiti

Page 10: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

PELAN Pembangunan Kompre-hensif Iskandar telah lebih sebulan dilancarkan. Liputan media massa menge-nai konsep, matlamat dan faedah wilayah ekonomi ini amat luas bahkan tidak keterlaluan jika di-katakan liputan terhadap projek ini adalah yang paling menyeluruh pernah diberikan terhadap sesuatu projek di Negeri Johor. Akhbar-akhbar sudah mula dapat menghidu mengenainya seawal tahun ini lama sebelum pengumuman rasmi dibuat. Bermula dari saat itu, media cetak dan elektronik tidak putus-putus menyiarkan berita menge-nai Iskandar sehinggalah ke hari kemuncak pelancaran Pelan Pem-bangunan Komprehensif pada 4 Nov lepas. Untuk mengetahui sama ada rakyat di Johor benar-benar tahu dan memahami projek wilayah ekonomi ini, Holistik membuat tin-jauan rambang dan berikut adalah hasilnya.Mohd Razakri Mat Lazim, kakitan-gan Tabung Haji yang w a l a u p u n berasal dari K e l a n t a n , tetap bangga dan menum-pang gem-bira dengan pembangu-nan yang bakal berlaku ini. “Saya tahu wilayah ekonomi ini wujud tetapi tidak berapa arif atau faham mengenainya. “Apa yang saya nampak mem-bangun di tengah-tengah bandara-ya Johor Bahru ini hanyalah Teluk Danga,” katanya.

P e g a w a i Badan Pence-gah Rasuah, N o r a i n i M o h a m a d , pula ber-kata beliau mengetahui m e n g e n a i wilayah eko-nomi ini ini

menerusi akhbar dan televisyen. “Ia satu idea pembangunan yang baik dan menyeluruh untuk masyarakat di samping menjadi-kan Johor sebuah negeri yang ter-kenal di mata dunia. “Walaupun begitu, masih ter-dapat kawasan di Johor yang tidak termasuk dalam program, ini,” ka-

tanya. Mengenai harapannya, No-raini berkata beliau ingin melihat program ini benar-benar diman-faatkan oleh warga Johor dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bagi Zuriaty Abd Rahman, seorang pekerja swasta, beliau me-mahami apa itu Iskandar tetapi tidak m e n g i k u t i perkemban-gannya se-cara berteru-san. “ K e s i -bukan den-gan tugas dan urusan harian yang membuatkan saya tidak dapat mengikuti perkembangannya hanya sekadar tahu mengenai pelancarannya sahaja. “Apa yang saya tahu adalah mengenai pembangunan Teluk Danga dan Nusajaya sahaja. “Teluk Danga berada di ten-gah-tengah bandar dan nampak dengan jelas adanya projek pem-bangunan di situ,” katanya. Namun Zuriaty percaya pem-bangunan ini akan memberi pelu-ang yang luas terutamanya dari segi pekerjaan kepada generasi muda sepertinya. Pembantu teknik Jabatan Pen-gairan dan Saliran, Muhammad Khairil Suhaimi juga bersetuju ba-hawa Iskandar adalah satu projek pembangunan yang terbaik oleh kerajaan. “Pembangunan wilayah ekonomi ini adalah menyeluruh meliputi setiap aspek fizikal dan pembangunan modal insan. “Ia membabitkan pembangu-nan rekreasi, perubatan, pendi-dikan, kebudayaan, pelancongan serta kewangan dan saya yakin rakyat akan mendapat faedah sep-erti yang diharap-harapkan,” kat-anya. Ditanya mengenai Nusajaya, pusat pentadbiran Johor yang baru, beliau berpendapat pentad-biran yang berpusat akan memu-dahkan kawalan dan pengurusan dilakukan. “Tumpuan rakyat adalah pada satu tempat sahaja apabila hendak berurusan dengan kerajaan dan secara tidak langsung, mutu kerja akan dapat ditingkatkan menjadi lebih efisien serta efektif lagi. “Harapan saya agar wilayah ekonomi kita ini akan menjadi jauh lebih baik daripada Singapura,” katanya.

FOKUS

WALAUPUN semakin disaingi ekonomi beberapa negara seran-tau, Johor tetap mempunyai po-tensi meraih pertumbuhan yang pesat kerana keunikan tersendiri termasuk keluasan tanah berganda dan kawasan perdagangan strate-gik. Tidak seperti 10 tahun lalu, Indonesia, China, Vietnam dan Thailand semakin memberikan saingan terutamanya China yang kos tanahnya jauh lebih murah, se-lain menawarkan pelbagai insentif pelaburan seperti pembinaan kilang percuma. Berdasarkan pengamatannya, Pengarah Urusan All Cosmos In-dustries, Tony Peng, berpendapat perancangan Wilayah Pemban-gunan Iskandar (Iskandar) jangan terlalu membandingkan dengan Shenzen dan Hong Kong, se-baliknya menumpukan kepada keunikan tersendiri Johor. Menurut pelabur dari Taiwan itu, selain keluasan tanah berganda dan kedudukan strategik, Johor mempunyai kelebihan dari segi perkhidmatan pengangkuan iaitu dua pelabuhan yang berhampiran dengan Singapura- Pelabuhan Johor di Pasir Gudang dan Pelabu-han Tanjung Pelepas (PTP). “Selain itu, Johor juga mem-punyai potensi untuk menarik minat syarikat-syarikat Singapura terutamanya dalam bidang pem-buatan, kerana kos operasi mereka di republik itu adalah lebih tinggi berbanding di sini,” “Ini berikutan Iskandar ter-paksa bergantung kepada pekerja asing untuk menjalankan aktiviti pembuatan kerana kita kekuran-gan tenaga pekerja dalam bidang

tersebut, ini berbeza dengan Shenzen yang mempunyai kelebi-han itu,” katanya yang membuka kilang baja di Pasir Gudang, sejak 10 tahun lalu. Peng memberi contoh dirinya sebagai antara pelabur yang mem-punyai keyakinan tinggi terhadap potensi Negeri Johor sekalipun menyedari perkembangan di neg-ara-negara lain seperti China yang mempunyai kos lebih rendah. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya usaha bukan sahaja untuk menarik pela-bur baru, tetapi mesti mendorong pelabur sedia ada memperluaskan operasi mereka. Pertambahan kos perlu diteliti untuk terus berdaya saing dengan negara-negara lain kerana kos yang ditawarkan oleh mereka jauh lebih murah. Namun, beliau mendakwa kos tanah perindustrian di Malaysia adalah tinggi dan mencadangkan Kerajaan Johor memantau agar ta-nah yang industri yang disediakan benar-benar dibangunkan untuk mendatangkan hasil. Pengerusi Real Estate & Housing Developers Association (Rehda) cawangan Johor, Steven Chum, pula berkata, tindakan kerajaan membekukan penjualan tanah dalam kawasan Iskandar akan memberi perspektif yang salah kepada pelabur luar. “Harga tanah tidak akan naik secara mendadak dan hal ini se-harusnya diberikan kepada pihak swasta di mana pasaran akan menentukan harga yang terbaik,” katanya yang yakin Iskandar memberi impak positif terhadap pasaran hartanah di Johor. Beliau berpendapat perancan-

gan Iskandar dapat membangunk-an sama sumber asli seperti hutan dan pantai, dalam usaha untuk menggalakkan sektor pelancon-gan. Dalam cadangan pembangu-nan wilayah itu, turut dirancang ialah pusat peranginan, villa dan rumah perlindungan bagi mereka yang bersara termasuk dari negara luar seperti Australia, China, In-dia, Jepun, Korea Selatan serta dari Timur Tengah. Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana selatan Johor, David Teh Kee Sim, mengang-gap pelan perancangan Iskandar memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. khususnya penduduk dalam wilayah itu untuk menik-mati kehidupan lebih baik. “Faktor utama kepada kejay-aan wilayah pembangunan ini adalah jaringan pengangkutan awam yang efektif,” katanya. Pengarah Urusan Yinson Hold-ings Berhad, Lin Han Weng, pula berkata, kerajaan perlu bertindak agresif mempromosikan Iskan-dar agar ia mendapat sambutan sebagai hub pengangkutan yang utama. “Lapangan terbang di Senai akan menjadi ‘gajah putih’ jika tia-da promosi kerana kedudukannya berhampiran lapangan terbang di Changi, Singapura yang sudah mempunyai hubungan kuat den-gan bandar-bandar utama dunia. “Ia perlu dibangunkan sebagai hub pemindahan bagi penerban-gan wilayah dan pusat pengum-pulan kargo untuk negara dalam wilayah,” katanya.

Menukar keunikan jadi kelebihan

31 Disember 2006 31 Disember 2006

BOT-BOT penumpang berlegar di Selat Tebrau, menorel bergerak dalam jajaran melingkari bandar, keretapi laju meluncur ke Johor Bahru, kapal kargo keluar masuk di dermaga, pesawat turun naik di landasan, rangkaian lebuhraya terbentang, pusat pengajian dipenuhi pelajar dalam dan luar negara, serta taman tema sesak dengan pengunjung. Itulah keadaannya untuk dibayangkan rupa wajah Wilayah Pembangunan Iskandar 15 tahun lagi, yang bakal dihuni dua juta pen-duduk produktif, menjalankan pelbagai aktiviti dari sektor industri, perkhidmatan dan kewan-gan hinggalah kepada pendidikan, perubatan, pelancongan dan hiburan. Gambaran dalam wilayah yang merangku-mi keluasan 2,217 km persegi itu, Iskandar akan menjadi terlalu sibuk, penuh dengan manusia yang bukan sahaja rakyat tempatan dan dari seluruh negara, tetapi juga insan pedagang dan pelabur, tenaga kreatif serta bijak pandai dari seluruh dunia. Namun kesibukan dan kesesakan ini tidak melemaskan kerana segalanya dijalankan secara automatif, secara siber sekali gus tanpa kertas,

dengan arahan terletak pada hujung jari yang berkomunikasi dalam melaksanakan urusan perdagangan, tempahan, jual beli, merekacipta dan apa jua urusan seharian. Wilayah ini, bakal memacu kegemilan-gan Johor di persada dunia menjelang tahun 2025 dengan menjadi kota metropolitan yang mampan, mesra alam dan bersifat masyarakat. Pembangunannya menjurus ke arah persekita-ran bekerja, beriadah dan berurus niaga yang melambangkan kelangsungan gaya hidup yang cemerlang dan kemewahan ekonomi. Kawasan kediaman pula teratur dan indah dengan ada yang bersuasanakan kehidupan di gigi air dan ada yang bagaikan dalam taman dengan kehijauan merimbun, atau kejiranan serba moden yang dilengkapi apa jua kemuda-han dan keperluan keluarga alaf baru. Itulah matlamat dan impian untuk Iskandar menjadi “Permata Asia” dalam tempoh masa 15 tahun ini, bukan sahaja agar berdiri gah dan se-tanding dengan kota metropolitan seperti Shen-zen dan Hong Kong; tetapi kekal berakarkan ciri dan budaya tempatan. Sesungguhnya, Iskandar yang dirancang

dan dibayangkan, bukan wilayah hutan batu, tetapi sebuah wilayah beridentiti dan berbuda-ya, walaupun nanti bakal dihuni oleh segala je-nis keturunan dan rupa wajah dari mana-mana negara sekalipun. Kedudukan Iskandar, di Selatan Johor yang strategik serta keluasan kawasan dua kali ganda daripada Singapura memberikan kelebihan ke-padanya dengan merangkumi pembangunan Bandar Pesisir Pantai, Hab Logistik, Hab Peru-batan, Hab Pelancongan dan Hab Pendidikan serta Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, di Nusa Jaya. Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri sedang rancak dibangunkan di Nusajaya merangkumi Bangunan Pejabat Menteri Besar Johor, Bangu-nan Kerajaan Pusat, Bangunan Kerajaan Negeri dan Dewan Negeri Johor, yang berkonsepkan rekabentuk Melayu-Andalusia sekaligus beru-paya memaparkan identiti negeri Johor sebagai sebuah bandar yang maju dan moden tetapi ma-sih lagi berpegang kepada akar umbi. Bertepatan dengan kemajuan yang bakal dikecapi, Johor seharusnya berbangga dengan hab logistiknya bertaraf dunia serta dikenali

sebagai segitiga pengangkutan iaitu Lapangan Terbang Senai (Utara), Pelabuhan Johor di Pasir Gudang (Timur), Pelabuhan Tanjung Pelepas (Barat). Selepas sekian lama kekayaan laluan perda-gangan Timur dan Barat yang melalui Selat Melaka dinikmati sepenuhnya oleh Singapura dengan Johor hanya menjadi pelengkapnya, kini sampai masanya ia dikongsi bersama dengan cara lebih wajar. Kalau Singapura sudah memiliki hampir segala-galanya, menawarkan kemudahan se-hingga ke tahap maksimum keupayaannya, Johor pula wajar memainkan peranan itu den-gan semua kelebihan yang ada dari segi lokasi, infrastruktur dan kos. Oleh itu, pertumbuhan pesat dalam wilayah Iskandar membuka ruang lebih luas kepada mana-mana pelabur termasuk syarikat Singa-pura dan pelabur asing di negara itu, untuk me-luaskan lagi sayap dan berkembang merentasi sempadan.

Rakyat turut rasa bangga

A- JOHOR BAHRU :> Daerah komersil dan perkhidmatan> Zon Akses Bebas

B- NUSAJAYA :> Pusat pentadbiran negeri Johor> Daerah perniagaan dan kewangan baru> Bandar siber MSC dan Taman Siber Nusajaya> Hab pendidikan

C- GERBANG BARAT :> Pelabuhan Tanjung Pelepas> Tapak RAMSAR> Zon Akses Bebas Laluan Kedua

D- GERBANG TIMUR :> Perlabuhan Pasir Gudang dan Zon Industri> Teknopolis Tanjung Langsat> Taman Wilayah Kim Kim

E- SENAI-SKUDAI :> Lapangan Terbang Antarabangsa Senai> Hab pengangkutan bersepadu> Pusat pengetahuan Skudai> Terminal pelbagai pengangkutan Senai

“SAYA berharap pembangunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan ini akan membuka peluang kepada kita semua, yang faedahnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat negeri Johor. Saya yakin Pemban-gunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan ini akan berjaya dengan kerjasama dan muafakat semua pihak . Maknanya kita ini semua bermuafakat, InsyaAllah ia berkat.”- Petikan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ketika berkenan be-rangkat mencemar duli melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar.

FOKUS

Page 11: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

GERAK KERJA

P R O F I L

YANG BERHORMAT AYUB BIN RAHMAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEMELAH

Isteri : Aryanie binti AbdullahAlamat Rumah : No. 2, Jalan Putra 1, 1/38 Bandar 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zimAlamat Pejabat : No. 23-1, Jalan Pu-tra 1/2, Bandar Putra 85000 SegamatEmail : [email protected]. Telefon : 07-9437419No. Fax : 07-9437522

PENDIDIKANSekolah Rendah Kebangsaan Melayu Raya (UPSR)Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan (SRP)Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam (SPM & STPM)Universiti Utara Malaysia - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA Hons)

JAWATAN POLITIK/NGO1993-1997 - Leftenan Muda Kompeni C,Batalion 501 Askar Wataniah 1998 - Ahli Jawatankuasa Kecemer-langan Polis Daerah Segamat 1998-2004 - Ketua Pemuda UMNO Cawangan Melayu Raya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baha-gian Labis2002-2004 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor2002-2004 - Kapten (kehormat) Jabatan Pertahan Awam.2003-2004 - Penaung Persatuan Silat Gayong Makrifat Negeri Johor

PENGLIBATAN MASYARAKAT1998-2001- Ahli Majlis Daerah Segamat 2001-2004 - Ahli Majlis Daerah Labis2001-2004 - Pengerusi MAYC Kawasan Labis2002-kini - Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat 2002-kini - Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Negeri Johor2002-kini - Naib Pengerusi II Majlis Kebudayaan Daerah Segamat2003-2004 - Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Johor

JPMM

AYUB Rahmat dianggap sebagai antara pemimpin muda yang berkaliber kerana pembabi-tan yang begitu aktif dalam pergerakan belia. Maka apa-bila dinamakan sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri Kemelah pada pilihan raya umum, tidak ramai yang mempersoalkannya malahan berpendapat ianya bertepatan. Mungkin kerana tenaga masih banyak, maka dalam temubual beliau bersama wartawan Hamirul Hairi, Ayub banyak menumpukan kepada soal kerja.

Apabila berjaya dipilih menjadi wakil rakyat untuk pertama kali, bagaimanakah perasaan YB?Saya lebih melihatnya sebagai satu amanah yang diberikan kepada kerajaan, Umno dan rakyat apatah lagi kita ini dari-pada sayap Pemuda. Amanah itu adalah untuk membangunkan kawasan yang saya wakili dan negeri Johor keseluruhannya.

Adakah YB rasa kehidupan sekarang berbeza dengan se-belum menjadi wakil rakyat?Kehidupan masih sama, tidak banyak berbeza. Cuma sekarang, masa lebih banyak ditumpukan kepada masyarakat termasuklah tinjauan dan lawatan ke kawasan.

Apa pula visi dan misi YB?Visi saya ialah “Kemelah Bistari”

manakala misi pula ialah “Padi tak berpagar lalang, kerbau tak berkandang seladang”. Inilah kata-kata yang saya pegang dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Secara ringkasnya misi saya ialah untuk mencuba sedaya-upaya mengek-sploitasi segala potensi yang ada dalam kawasan DUN Kemelah untuk membawa pembangu-nan yang seimbang. Sasaran saya ialah melahirkan generasi yang mampu berfikiran positif.

Dengan pengundi yang berbi-lang kaum YB, bagaimana caran-ya YB berinteraksi dengan mer-eka...maksud saya bagaimana untuk memenangi hati mereka?Saya sebenarnya dari kecil lagi memang sudah bergaul dengan masyarakat berbilang bangsa. Bagi orang Melayu, ada di antara mereka adalah saudara mara, sa-habat handai yang duduk dalam satu kawasan. Dengan masyara-kat Cina pun kita memang duduk bergaul dengan mereka sebab dari kecil saya memang sudah bersama mereka sama ada yang duduk di estet dan di ladang dan kemudian melalui hubungan perniagaan. Bagi saya ini semua adalah satu kelebihan yang seme-mangnya banyak membantu.

Bagaimana pula dengan masalah penduduk di kawasan YB. Apakah isu-isu yang sering diutarakan?Kebanyakannya lebih menjurus

kepada isu pembangunan. Seb-agai contoh, masalah jalan, masjid dan surau. Sebenarnya itu semua sudah ada tetapi mungkin dari-pada segi kerja-kerja menaik taraf umpamanya masjid hendak diper-besarkan. Ringkas kata, apa yang dikehendaki ialah meningkatkan kualiti kemudahan sedia ada.

Bagaimana pula dengan kemu-dahan awam di kawasan YB?Secara keseluruhan semua itu sudah ada, kecuali ada dua kampung iaitu Kampung Seki-jang dan Kampung Sri Dagang yang masih belum ada jalan berturap sejak merdeka lagi.

Bagaimana dengan masalah-ma-salah lain seperti banjir misalnya?Banjir memang berlaku tetapi sekali-sekala sahaja mungkin setahun sekali dan ia boleh dia-tasi. Begitu juga dengan masalah lain yang dapat ditangani hasil daripada sokongan dan ker-jasama masyarakat keseluruhan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang memahami tugas wakil rakyat.

Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) tidak membabitkan kawasan YB tetapi apakah hara-pan YB mengenai program ini?Memang Segamat tidak termasuk dalam Iskandar tetapi itu tidak bermakna kita harus berpeluk tubuh. Saya percaya limpahan

yang boleh kita nikmati ialah peluang pekerjaan dan anak-anak Segamat harus menyiapkan diri untuk merebut peluang ini.

Apakah perkara, dalam ben-tuk apa sahaja, yang synonim dengan dengan kawasan YB?Ada macam-macam yang menarik dan saya fikir yang paling synon-im dengan kawasan saya ialah ikan baung. Di Kampung Tekam umpamanya, cukup terkenal den-gan ikan baung sama ada yang sudak dimasak atau pekasam. Kampung ini juga terkenal dengan udang galah dan ikan lais, sejenis ikan kecil yang dibuat pekasam.

Akhir sekali YB, apakah harapan YB kepada masyarakat, khusus-nya pengundi di kawasan YB?Saya berharap kerja yang telah di-tunjukkan oleh wakil rakyat tidak kira di peringkat Dewan Undan-gan Negeri atau Parliamen, dilihat dan dinilai melalui apa yang telah kita sumbangkan kepada ma-syarakat. Walaupun mungkin ada sedikit kelemahan dan kekuran-gan tetapi seharusnya mereka mengingat kembali keadaan se-belumnya yang mungkin jauh lebih teruk. Kita harap masyara-kat akan sentiasa bersama dengan kepimpinan dan juga kerajaan yang ada dan terus memberi so-kongan kepada Barisan Nasional.

Padi tak berpagar lalang

Jalan berturap siap Mac depan

KIRA-KIRA 250 penduduk Kam-pung Sri Dagang dan Kampung Sekijang bakal menikmati ke-mudahan jalan yang lebih baik apabila projek penurapan jalan di kedua-dua buah kampung itu siap sepenuhnya menjelang Mac depan.Ayub Rahmat berkata beliau dan Anggota Parlimen Sekijang,

Baharum Haji Mohamed, berusaha memohon peruntukan secara pu-kal berjumlah kira-kira RM1 juta daripada kerajaan untuk menurap jalan sepanjang lapan kilometer di kampung berkenaan namun tidak berhasil. “Tetapi syukur kita akhirnya mendapat peruntukan secara ber-peringkat daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. “Kerja-kerja menurap bagi per-ingkat pertama dan kedua sudah bermula dan saya menjangkakan

jalan di kedua-dua kampung ini akan lebih sempurna menjelang Mac,” katanya. Menurut Ayub masalah jalan berdebu dan becak ketika hujan sering dibangkitkan oleh pen-duduk kedua-dua buah kampung itu. “Kita sedar keadaan ini me-mang menyukarkan pergerakan mereka dan kita meminta mereka bersabar untuk sedikit masa sahaja lagi,” katanya. Ayub berkata satu lagi isu

yang menjadi tumpuan beliau un-tuk diselesaikan ialah tanah kurnia Felcra Pagoh yang berkeluasan kira-kira 2,000 hektar. “Isu ini sudah sudah berlaru-tan hampir 15 tahun dan saya telah berusaha untuk menyelesaikannya dengan membawa perkara ke pengetahuan peringkat tertinggi. “Sukacita saya maklumkan bahawa hal ini sudah mendapat perhatian kerajaan. Insyaallah keputusannya akan diketahui ta-hun depan,” jelasnya.

N4Kemelah

PROFIL PENGUNDI DUN KEMELAH (N4) TAHUN 2004BN : 8,909Pas : 1,862Majoriti : 7,047Jumlah Pengundi : 11,031Undi Rosak : 260

Semangat muhibbah: Ayub Rahmat ketika sambutan tahun baru cina bersama OKU di Bukit Siput

AKTIVITI

Tidak dilupa...Ayub Rahmat

mneyampaikan sumbangan hari

rayaAKTIVITI

Page 12: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

P R O F I LYANG BERHORMAT NG SEE TIONG AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PARIT YA’ANI

Umur: 59Isteri: Phan Yin KengAnak: Alfred Ng Khye Lang Eric Ng Khye Loon Angie Ng Khye Jeen

PENGLIBATAN DALAM DUNIA POLITIK1978 - Aktif dalam Parti MCA.1986 - Ketua Pemuda di Cawangan Bandar Mersing dan Ketua Pemuda Bahagian Mersing.1990 - Pengerusi Cawangan Pekan Baru Mersing dan Pengerusi Baha-gian Mersing 1996 - Naib Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Johor (25 tahun sebagai Ahli Anggota MCA).1994-1997 - Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).2000 - Penolong Ketua Penerangan Dan Penyelidikan (Tugas-Tugas Khas) di Kerajaan Negeri Johor sehingga tahun 2004 2004 - Menang Kerusi DUN Parit Ya’ani dalam Pilihanraya Umum

AKTIVITI SUKARELAWANBeliau menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan seperti memegang jawatan Pengerusi De-wan Perniagaan Tiong Hwa Mersing, dilantik sebagai Penasihat kepada persatuan-persatuan dan pertubu-han-pertubuhan di Daerah Mersing, Sri Gading, Batu Pahat dan dae-rah-daerah di Negeri Johor. Beliau juga berkhidmat sebagai anggota Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 1972 dan berpangkat Cif Inspektor dan Ketua Sukarelawan Po-lis Daerah Mersing, Johor pada tahun 2003.

WALAUPUN sudah bergelar Ahli Yang Berhormat, Ng See Tiong sering membuat kelakar dalam pergaulan seharian. Kadang-kadang sampai tidak kering gusi mereka yang mendengarnya. Be-liau juga pandai menyanyi dan bermain alat muzik. Namun, be-liau serius dalam menangani ma-salah rakyat, demikian jelasnya kepada wartawan Holistik, Aivi Shahroni. Apakah misi YB setelah menjadi Wakil Rakyat?Saya suka bantu rakyat. Sebagai wakil rakyat saya dapat tahu ma-salah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan. Saya harap dapat tolong sesiapa saja yang per-lukan bantuan daripada saya.

Boleh YB jelaskan apa masalah-masalah yang dihadapi oleh pen-duduk di kawasan YB?Banyak masalah, antaranya, ma-salah rumah terbengkalai di Tong-kang Pecah, keadaan lampu isyarat dan balai raya yang tak memuas-kan dan perlukan naik taraf. Saya dapat selesaikan masalah-masalah ini. Agensi kerajaan beri kerjasama seperti pihak Pembangunan Neg-eri, di mana pegawai mereka send-iri datang melawat keadaan balai raya tersebut.

Dalam sidang dewan baru-baru ini, YB ada menyentuh isu pence-maran air, boleh jelaskan?Sampai sekarang isu tu masih be-

lum selesai lagi. Saya masih tunggu jawapan yang kukuh kerana pen-duduk di kawasan tersebut juga nak tahu apa jalan penyelesaian-nya. Sebab usaha yang dijalankan sebelum ini tidak cukup efektif. Saya wakil rakyat jadi saya kena tahulah apa sebenarnya jalan un-tuk menyelesaikan isu tersebut.

Apa yang menyebabkan isu pence-maran air ini menjadi suatu isu yang diberi perhatian?Isu ni dah lama, dari tahun lepas lagi, di Sungai Bekok, Batu Pahat. Parit yang bawa aliran air tercemar ke sungai-sungai. Saya bimbang kandungan air yang tercemar tu mengandungi bahan-bahan atau ‘chemical’ yang boleh membahay-akan penduduk di kawasan saya. Sebab tu saya beri perhatian ke-pada isu ni.

Apa tindakan YB dalam menyele-saikan masalah ini?Saya dah bawa perkara ini kepada EXCO Alam Sekitar, Freddie Long Ho Hin. Beliau pun dah datang melawat ke sungai yang tercemar itu. Jadi saya haraplah tindakan susulan diambil bersama jawapan lengkap untuk dijelaskan kepada penduduk di kawasan itu agar kebimbangan mereka dapat diha-puskan.

Selain isu pencemaran air ini, apa lagi isu di kawasan YB yang perlu diberi perhatian?Banjir kilat. Di tempat saya, ke-

adaan banjir di sana teruk hingga boleh merosakkan harta benda penduduk. Saya dapat kerjasama daripada Jabatan Pengairan dan Saliran berhubung perkara ini. Mereka bantu bersihkan parit-parit yang tersumbat. Walaupun tak dapat selesai secara seratus pera-tus, tapi dapat jugalah kurangkan keadaan paras naik air bila banjir kilat. Saya nak ucap terima kasih kepada Puan Norizan yang dah banyak bantu untuk menangani banjir kilat ni.

Ada di antara kawasan YB dilanda ribut kan? Boleh YB ulas bagaima-na YB membantu mangsa-mangsa ribut ini?Ya, ribut telah menyebabkan rumah penduduk rosak. Atap tercabut, rumah dimasuki air dan rosak harta benda serta rumah itu sendiri. Saya sendiri turun padang lawat mangsa-mangsa ribut dan berikan bantuan. Tak kira lah bagi duit ataupun barang-barang keper-luan seperti beras. Saya prihatin dengan perkara-perkara sebegini. Penduduk kawasan pun akan rasa wakil rakyat prihatin dengan ma-salah mereka.

Apa lagi pendekatan yang YB guna untuk mendekatkan diri dengan penduduk kawasan sedangkan penduduk di kawasan YB terdiri daripada ramai penduduk dika-langan orang Melayu?Saya gunakan pendekatan kedai kopi, belanja mereka minum,

duduk bersama dan berbual-bual sambil dengar masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Cara ini berkesan kerana saya dapat selesaikan masalah secara perbin-cangan beramai-ramai. Nampak-lah wakil rakyat turun padang sendiri untuk kongsi masalah den-gan penduduk. Penduduk suka jika wakil rakyat duduk minum bersama mereka.

Sebagai wakil rakyat, bagaimana dengan sokongan yang diterima daripada penduduk di kawasan? Dulu ramai yang tak sokong saya, tapi sekarang ramai yang dah sokong saya, makin bertambah. Di kawasan saya rata-rata orang Melayu dan mereka suka dengan perkhidmatan yang saya berikan. Saya sering turun padang untuk dengar serta selesaikan masalah penduduk.

YB seorang yang berjiwa rakyat, jadi apa rahsia YB dalam menan-gani masalah-masalah serta mendapat sokongan daripada penduduk kawasan?Senang saja, bekerja keras serta berikan komitmen yang baik, ba-rulah dapat memberikan perkh-idmatan yang terbaik untuk pen-duduk di kawasan. Paling penting bermesra dengan penduduk dan mengikuti segala perkembangan dan aktiviti mereka.

Tongkang Pecah tidak busuk lagi

LEBIH sebulan lamanya penduduk di Tongkang Pecah terpaksa menghidu bau busuk sehinggalah tapak pelupusan sampah di situ dipindahkan ke tempat lain atas pertimbangan dan keprihatinan pihak berkuasa. Tapak tersebut yang mula beroperasi pada awal bulan April lalu, ditutup pada awal bulan Mei selepas mendapat bantahan dari-pada penduduk di kawasan seki-tarnya. Ahli Dewan Undangan Neg-eri (ADUN) Parit Ya’ani, Ng See

Tiong menganggap peminda-han tapak pelupusan sampah itu adalah antara sumbangan utama beliau menyelesaikan masalah penduduk, sejak menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Beliau berkata, tapak pelu-pusan sampah itu wajar diber-hentikan kerana tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, ter-masuklah pembinaannya di atas kawasan tanah gambut dan terle-tak berdekatan dengan kawasan perumahan. Malah, katanya, tapak terse-but beroperasi tanpa mendapat kelulusan Kajian Impak Terhadap Alam Sekitar (EIA). Hal ini mengakibatkan ka-

wasan pelupusan sampah tersebut berada di dalam keadaan kotor dan berlecak dengan air daripada sampah-sampah yang dibuang di situ, sekaligus menyebarkan bau busuk sehinggakan menganggu keselesaan penduduk. “Ketika itu, keadaan makin ti-dak selesa apabila lori-lori sampah terus degil beroperasi walaupun sudah diberi amaran untuk mem-berhentikan aktiviti pembuangan sampah di tapak tersebut. Mereka terus keluar masuk ke kawasan tapak pelupusan sampah dan menambahkan lagi kekotoran di kawasan itu. “Bau busuk sampah ini terus merebak sehinggakan satu ban-

dar berbau busuk. Oleh kerana tidak tahan dengan baunya, ada penduduk yang membuat laporan polis. Mereka harap pihak polis dapat mengambil tindakan sewa-jarnya,” kata See Tiong Pada peringkat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Majlis Daerah Batu Pahat telah turun padang bagi menyelesaikan masalah yang di-hadapi oleh penduduk Tongkang Pecah. Menurut See Tiong, hasil cam-purtangan Exco Kerajaan Negeri, operasi tapak pelupusan sam-pah tersebut diberhentikan serta

Jumpa rakyat di kedai kopiJPMM

GERAK KERJA

merta. “Saya berasa lega kerana akh-irnya masalah tapak pelupusan sampah ini dapat diselesaikan,” katanya.

N21Parit

Yaani

PROFIL PENGUNDIDUN PARIT YA’ANI(N21) TAHUN 2004 BN : 10,499 (74.8%) PAS : 3,239 (23%) Majoriti : 7,260 Jumlah pengundi : 18,580 Undi Rosak : 302

Lawatan...Ng See Tiong ke Parit Kassim bersama ahli Parlimen Sri Gading Dato Haji Mohamad Aziz disambut oleh Tarian Singa MCA Parit Kassim pada Hari Kebangsaan 2006.

AKTIVITI

Mesra Rakyat...Ng See Tiong menyampai-

kan hadiah kepada pemenang pasukan bola

sepak JPMM DUN Parit Ya’ani di Bukit

Rahmat zon Tongkang Pecah.AKTIVITI

Page 13: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

YANG Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai Pen-gasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengam-bil kira sumbangannya menyatu-padukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan lang-kah tersusun menentang Malayan Union. Persidangan Kebangsaan Men-genai Dato’ Onn di Persada Johor pada 1 hingga 4 Disember lalu, dalam resolusinya menekankan bahawa Dato’ Onn adalah tokoh yang memupuk perpaduan Me-layu, mencetus semangat nasi-onalisme, menggerak perpaduan kaum, menebus maruah bangsa, menegak keadilan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Sehubungan itu, resolusi berkenaan juga mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan me-nubuhkan Kursi Dato’ Onn bagi meneruskan pengajian pemikiran-nya manakala Kerajaan Negeri Johor diminta menyediakan geran biasiswazah bagi tujuan penyelidi-kan di peringkat sarjana. Seramai 30 tokoh pelbagai latar-berlakang termasuk sejarah, perun-dangan, sosiologi dan kebudayaan membentangkan kajian dan buah fikiran masing-masing dalam per-sidangan empat hari itu. Ia menjadi lebih bermakna apabila anak Dato’ Onn sendiri, Dato’ Jaafar dan Prof Syed Hussein Al-Attas dijemput mengkisahkan perjuangan Allahyarham dari pen-galaman dan pemerhatian mereka sendiri. Kedua-dua sesi pengkisahan tersebut memberi kesan yang amat mendalam kepada peserta persi-dangan untuk mengenali hidup Dato’ Onn, terutama peristiwa-peristiwa kecil yang tidak pernah

didokumenkan, tetapi mempunyai makna penting dan mempenga-ruhi sejarah perjuangannya. Persidangan itu adalah program kemuncak mengimbas perjuangan Dato’ Onn sempena ulangtahun UMNO ke-60 yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Neg-eri Johor dan Kerajaan Negeri Johor, melalui Yayasan Warisan Johor. Sejak awal tahun, pelbagai pro-gram lain telah disempurnakan dalam memperingati perjuangan dan sumbangan Dato’ Onn ter-masuk memaparkan semula per-himpunan orang Melayu di Batu Pahat, dalam langkah pertama me-nentang Malayan Union, ciptaan penjajah Inggeris. Kalau 60 tahun lalu, lebih 15,000 orang Melayu dengan diketuai Dato’ Onn berhimpun buat julung kalinya secara terbuka menentang Malayan Union di Batu Pahat, pemaparan semula di tempat yang sama pada 26 Febuari lalu, disertai lebih 20,000 orang. Dalam program itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ah-mad Badawi, dalam ucapannya

mengiktiraf perjuangan Dato’ Onn dan menyeru ahli-ahli parti supaya mengekalkan perpaduan. Peristiwa penentangan terhadap Malayan Union itu merupakan titik tolak pembebasan tanah air kerana pelaksanaan gagasan pen-jajah tersebut akan menyebabkan negara ini terus dijajah dan diper-intah secara langsung dari United Kingdom. Di samping memaparan penen-tangan terhadap Malayan Union, program mengimbas perjuangan Dato’ Onn itu dipenuhi dengan acara lain seperti pameran berger-ak, pertandingan esei di peringkat sekolah, kembara Dato’ Onn, per-himpunan mengingati penubuhan UMNO di Istana Besar Johor Bahru dan persembahan teater muzika Balada Sang Adiputera. Malah, dalam perhimpunan di Istana Besar pada 11 Mei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berkenan berangkat mencemar duli bersama-sama pemimpin UMNO dan rakyat jelata di perka-rangan istana itu.

Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn yang diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2006, di Persada Johor Bahru, yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor, dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia; yang dihadiri 350 peserta yang mewakili pelbagai pertubuhan dari seluruh negara serta dari Singapura dan Indonesia mengambil ketetapan sebagaimana berikut:

PERTAMA; memartabatkan Allahyarham Dato’ Onn Bin Jaafar, untuk dirujuk sebagai sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa.

Pengiktirafan ini amatlah wajar dan tepat dengan mengambil kira sumbangan Dato’ Onn sepanjang hayatnya dalam mempelopori perjuangan kemerdekaan dengan mewariskan idea kenegaraannya kepada rakyat negara ini.

Sepanjang perjuangannya yang penuh liku-liku itu, Dato’ Onn ternyata menjadi pemupuk perpaduan Melayu, penggerak perpad-uan kaum, pencinta kedamaian, penyelamat Raja-Raja Melayu, penebus maruah bangsa, penegak keadilan ekonomi dan pejuang kesejahteraan sosial.

KEDUA; mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Kursi Dato’ Onn Mengenai Pembinaan Bangsa di Universiti Malaya.

Penubuhan Kursi ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Allahyarham Dato’ Onn serta mendalami lagi pemikirannya sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa, agar idea kenegaraannya bukan sekadar diwarisi, malah terus difahami dan dihayati sebagai panduan dan pedoman kepada generasi demi generasi.

Kursi ini hendaklah dipegang oleh tokoh akademik yang pakar dalam bidang kenegaraan dan pembinaan bangsa untuk terus memberi sumbangan kepada pemikiran tersebut.

KETIGA; mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Johor supaya mewujudkan geran penyelidikan dan biasiswazah Dato’ Onn.

Johor Bahru 4 Disember 2006

RESOLUSI

Serius...Jaafar Onn mengkisahkan suka duka perjuangan bapanya.

Erti Mewarisi PerjuanganBARANGKALI dalam tanggapan kebanyakan kita, lebih-lebih lagi generasi muda, Dato’ Onn Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana beliau memilih un-tuk tidak terus memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai Per-dana Menteri, sebagaimana peng-gantinya sebagai Yang Dipertua Umno, Almarhum Tunku Abdul Rahman. Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya wajar dinilai sebagai berjaya apa-bila ia memegang tampuk kekua-saan negara? Walhal, begitu ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini. Lalu, Umno Johor mengang-kat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang sewajarnya sempena 60 tahun usia parti, kerana bakti-nya sebagai pelopor perjuangan kemerdekaan. Dato’ Onn bukan

teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa. Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat den-gan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskan-nya, lebih 60 tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu. Beliau menyedarkan orang Melayu betapa Malayan Union adalah satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Pelaksanaan Malayan Union menyebabkan negara ini terus diperintah secara langsung dari United Kingdom dan kita kekal dijajah. Ia bermak-na terhakisnya kuasa Raja-Raja

Melayu, lenyaplah kerajaan-kera-jaan Melayu dan hilanglah identiti Melayu di buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang asalnya terdiri daripada kerajaan-kerajaan Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu, dipecah perintah secara berasingan oleh Inggeris. Keraky-atan terbuka kepada semua orang, tidak kira siapa sahaja yang datang mahu bermastautin di negara ini. Hampir dua tahun lamanya, Dato’ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Me-layu, mengumpulkan kekuatan suara dan perpaduan orang Me-layu untuk menggagalkan Ma-layan Union. Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu dan penat lelah itu, akhirnya membuahkan hasil apabila pen-jajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas 21 bulan dilaksanakan dan menggantikan-nya dengan Persekutuan Tanah Melayu. Idea kenegaraan Dato’ Onn diterima oleh Inggeris dalam mer-encanakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam proses menyediakan perjanjian itu, beliau mengetuai pasukan orang Melayu

memastikan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu men-jadi dasarnya. Idea ini menjadi teras dalam perjuangan Umno dan orang Melayu, sekalipun beliau mening-galkan parti dalam usaha mencari strategi lain pula untuk mendapat-kan kemerdekaan. Beliau menye-dari bahawa Inggeris mahu me-lihat ada kerjasama antara kaum sebagai syarat kemerdekaan, berikutan penentangan terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, tidak pun mendapat sokongan kaum lain. Dato’ Onn memilih keluar dari UMNO apabila cadangan-nya membuka pintu parti kepada kaum lain tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Orang Melayu ketika itu berasa ganjil dengan idea tersebut, tanpa dapat me-mahami ia bertujuan meletakkan semua kaum di bawah satu naun-gan. Tapi, apabila akhirnya idea pakatan antara parti dicetuskan melalui penubuhkan Perikatan, Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara, namun masa sudahpun beredar dan tidak mengizinkan

beliau kembali ke arus perdana. Begitupun, yang jelas ialah, idea kenegaraan Dato’ Onn itu terus diwarisi dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO selepasnya. Ia menjadi petunjuk dan panduan dalam pembentukan sebuah neg-ara bangsa. Dari idea perjuangan itulah kita beroleh pengiktirafan sempadan negara kita sendiri apa-bila mendapat kemerdekaan. Se-bab itu, Dato’ Onn tidak sehaluan dengan beberapa pemimpin poli-tik sezamannya, yang cenderung menerima konsep Indonesia Raya untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan negara jiran. Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas apabila kita dipandu oleh Perlembagaan Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa kemerdekaan. Asas-Asas Perlem-bagaan Persekutuan itu diambil bulat-bulat daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Dato’ Onn. Maka, terbelalah Raja Melayu, terpeliharalah Agama Islam, diik-tiraf kedudukan bahasa Melayu dan kekal hak-hak orang Melayu dibuminya.

bersambung di muka 15

SEMASA

Page 14: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

KENALI JOHOR

“...pahlawan Melayu gagah berdastar,melangkah ke gelanggang penuh harapan, dagang dalam dagang luar, tak kira mana tetap menawan...”

DEMIKIANLAH bunyi pantun yang menceritakan betapa menawan dan tam-pannya apabila si jejaka berbaju Melayu dan dipadankan sama ada dengan samping da-gang dalam atau dagang luar. Baju Melayu bukanlah fasyen terbaru dan umum menerima bahawa untuk lelaki, fasyennya ialah “Cekak Musang”. Fasyen ini juga diterima-pakai sebagai pakaian rasmi untuk majlis yang membabitkan istana dan kerajaan. Johor, bagaimanapun mempunyai kele-bihan dengan fasyen baju Melayu Teluk Belanga. Dan menambah seri kepada kele-bihan ini ialah cara pemakaian sampingnya sama ada dagang luar atau dagang dalam. Menurut Dato’ Ayub Mion, Penasihat Pembangunan Negeri Johor, cara pemakaian samping sedemikian dipercayai dipelopori pada zamam pemerintahan Sultan Abu Ba-kar. “Sejak itu sehinggalah ke era pemerin-tahan Almarhum Sultan Ismail, pemakaian samping dagang luar dikhususkan pada kerabat raja dan golongan bangsawan. “Bagi orang kebanyakan pula, jika mer-eka ingin memakai samping, ianya mestilah dagang dalam,” jelasnya. Ayub yang juga bekas Setiausaha Kera-jaan Negeri kerap dirujuk. Beliau berkata pada 1981, Sultan Iskan-dar menitahkan bahawa tidak harus ada perbezaan mengenai cara pemakaian samp-ing untuk dipadankan dengan baju Melayu Teluk Belanga dengan samping dagang luar boleh dipakai oleh sesiapa sahaja.

Jadi, apa itu dagang luar dagang dalam? Perbezaan antara bersamping dagang dalam atau dagang luar adalah daripada segi letak kain sampingnya sahaja. Ayub menjelaskan, apabila seseorang itu memakai samping dagang dalam, kain sampingnya akan dipakai di bawah baju. “Apabila kita menyebut samping da-gang luar pula, ia bermaksud kain samping berada di atas baju yang dipakai,” katanya. Mengenai cara mengikat kain samping, Ayub berkata ianya sama untuk kedua-duanya iaitu dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di ten-gah-tengah di hadapan badan (box-pleat). “Bahagian kanan samping berada di atas. Bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataun

bengkong. “Kepala kain pula diletakkan di sebelah belakang,” jelasnya. Dato’ Ayub juga berkata pemakaian samping dagang dalam yang dipadankan

dengan jaket ala-Nehru amat popular di negeri ini. “Fasyen ini dikenali sebagai baju kehor-mat yang kerap dipakai oleh Menteri Besar dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. “Bagi yang kerap berada di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan pada hari Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri bermesyuarat, pasti pernah melihat mereka memakai pakaian begini,” katanya. Fesyen ini, kata Ayub dengan penuh bangga sambil menggayakan baju kehormat itu, hanya dapat dilihat di Johor sahaja. Menurutnya songkok tinggi empat inci pula kerap dipakai untuk melengkapkan penampilan sang jejaka sama ada berbaju Melayu Teluk Belanga atau baju kehormat dengan samping dagang dalam atau dagang luar.

Warisan yang perlu disemarakkan Pemakaian baju Melayu Teluk Belanga yang lengkap bersamping dagang luar atau dagang dalam masih lagi relevan di tengah-tengah arus kepesatan dunia fasyen. Menurut Ayub tidak menjadi satu ke-janggalan atau pelik apabila seseorang itu memakai busana tradisi ini kerana, Kesul-tanan Johor serta Kerajaan Negeri mengik-tiraf pemakaiannya terutama dalam majlis-

majlis rasmi. “Berpakaian begini mencerminkan bu-daya bangsa yang terpelihara di samping ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri kesopanan timur. “Pemakaiannya masih lagi praktikal dengan adanya perubahan-perubahan yang dilakukan seperti potogan asal ala-seluar Cina yang bercerut digantikan dengan se-luar yang berzip yang lebih mudah dan selesa,” katanya. Ayub juga berkata jenis fabrik juga telah dipelbagaikan termasuklah penggunaan sutera, kain benang emas, kain serta tenunan Bugis, kain Samarinda, belacu, baldu, kain cindai, serasah dan kain dewangga. “Keasliannya masih lagi terpelihara cuma fabrik baju Melayu sekarang mengi-kut peredaran zaman maka tentulah lebih cantik, menarik dan selesa,” katanya. Menurutnya apa penting sekarang ialah me-nyambung tradisi dan warisan pemakaian

busana tradisi ini. “Pemakaian busana yang lengkap perlu disemarakkan dan bukan terhad di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri sahaja. “Golongan remaja pula seharusnya mempunyai kesedaran untuk memelihara warisan bangsa ini dengan menjadikan pe-milikan sekurang-kurangnya sepasang baju Melayu yang lengkap dengan kain samp-ingnya dan memakainya sekerap mungkin umpama satu kemestian,” katanya.

Ayub juga menyarankan agar pengelu-aran kain samping dibuat secara besar-besa-ran dengan berorientasikan pasaran supaya harganya tidak terlalu tinggi sehingga mem-bebankan. “Harga yang terlalu tinggi sebenarnya menjadi halangan kepada anak-anak muda untuk membelinya dan sebagai jalan keluar mudah, ramai antara merekat hanya berbaju Melayu tanpa mengenakan samping. “Saya amat berharaplah kalau harga samping songket lebih menarik kerana ia akan menimbulkan minat orang ramai un-tuk memilikinya sekaligus dapat berpak-aian baju Melayu lengkap bersamping sep-erti yang menjadi tradisi Johor selama ini,” tegasnya.

Uniknya berdagang dalam atau luar

Bergaya...Dato’ Ayub begitu segak mengenakan Baju Kehormat bersamping dagang dalam.

Warisan Melayu...Kemas berbaju melayu teluk belanga dengan samping dagang luar.

Pelangkap gaya...Samping dagang dalam menjadi pilihan anak muda masa kini.

Dagang Dalam dan Dagang Luar...Ilustrasi dari buku Busana Melayu Johor oleh Siti Zainon Ismail

gam

bar o

leh

Yaya

san

War

isan

Joho

r

gam

bar o

leh

Yaya

san

War

isan

Joho

r

Apa kata mereka

Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim“Pemimpin Umno sangat sedar temtang perlunya orang Melayu mempunyai lebih daripada dua pertiga kerusi di Parlimen supaya masa depan orang Melayu terja-min.”

Dr. Ho Lui Ling, Pensyarah Ja-batan Sejarah Universiti Malaya“Onn menyatakan adalah amat penting supaya kerjasama baik di antara kaum Melayu dan Cina diterus dan diperkukuhkan.”

Prof Dr. Awang Sariyan, Persatu-an Linguistik Malaysia“Bangsa Melayu perlu memi-nimumkan perbezaan fahaman terutama dalam bidang politik,

baik dalam parti yang sama ma-hupun dalam parti yang berlainan demi kelangsungan hidup bangsa Melayu.”

Mardiana Nordin, Jabatan Se-jarah, Universiti Malaya“Idea dan tuntutan Dato’ Onn dijalankan secara perlembagaan tanpa menggunakan kekerasan.”

Dr. Oong Hak Ching“Dato’ Onn dan pemimpin-pe-mimpin Melayu dan bukan Mela-yu telah menghasilkan Deklarasi yang diharap dapat mengurang-kan konflik dan meningkatkan kerjasama di antara Melayu den-gan Cina.”

Abu Talib Ahmad, Pusat Penga-jian Ilmu Kemanusiaan, Univer-siti Kebangsaan Malaysia“Darurat mempunyai perkaitan

rapat dengan soal kemerdekaan politik bagi Tanah Melayu, se-mentara isu perpaduan antara kaum pula merupakan intipati kepada langkah-langkah ke arah kemerdekaan.”

Joseph M. Fernando, Jabatan Se-jarah, Universiti Malaya“Dato’ Onn telah memain peranan yang signifikan dalam perkemban-gan perlembagaan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.”

Prof. Mohd Sarim Hj. Mustajab, Pusat Penataran Ilmu dan Baha-sa, Universiti Malaysia Sabah“…pengalamannya sebagai edi-tor, wartawan dan elit pentadbir di negeri Johor, menunjukkan sikap beliau yang sentiasa kritis terhadap isu-isu yang melibatkan bangsanya.”

Perkembangan kependudukan di Tanah Melayupun menjadi terkawal dengan adanya per-aturan kewarganegaraan. Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai di zaman penjajah, dita-warkan keistimewaan sebagai warganegara negara ini dan dil-indungi serta mempunyai suara di bawah sistem demokrasi. Ketiga-ketiga ciri utama tadi iaitu kedaulatan sempadan neg-ara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan adalah asas pembentukan negara bangsa, yang diasaskan perjuangannya oleh Dato’ Onn. Inggeris me-nerima usaha tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor se-jarah, tradisi, ekonomi dan sosial, yang sudah sekian lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Lantas ia berperanan menstabil-

kan sistem politik negara. Sewajarnya kita berteri-ma kasih kerana idea kenegaraan itu telah menghasilkan formula yang memupuk perpaduan Me-layu, mencetus semangat nasi-onalisme, menggerak perpaduan kaum, menebus maruah bangsa, menegak keadilan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Saya berharap generasi muda dapat menghayati idea kenegaraan ini, sebagai bekalan dan pedoman untuk memahami erti mewarisi perjuangan, agar ia terus subur dan segar dalam menempa kemajuan masa depan. –Sedutan Ucapan Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di majlis Perasmian Per-sidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn.

dari muka 14

Page 15: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

TIRAI 2006Kembara Diraja...Tunku Mahkota Johor mengetuai konvoi Kembara Mahkota Johor 2006. Di belakang baginda ialah anakanda Raja Muda.

Patriotik...Salah satu kontijen yang menyertai perbarisan lintas hormat Hari Kemerdekaan yang ke-49 di Muar.

Sayu...Penghuni rumah anak yatim

Johor di Acheh tidak dapat menahan sebak

ketika menyanyikan lagu mengenai tragedi

tsunami pada majlis perasmian rumah

berkenaan pada 12 Februari 2006.

Terima tugas...Dato’ Abdul Latiff Yusof bersedia menandatangani surat penerimaan tugas Setuausaha Kerajaan Negeri.

Hormat...Sebahagian daripada perwakilan

wanita yang berdiri tegak menyanyikan lagu

UMNO pada Konvensyen UMNO Johor 2006 di

Persada Johor.

Khusyuk...(dari kiri) Prof Syed Hussin Al-Attas, Dato’ Jaafar Onn, Sasterawan Negara Arenawati dan Datuk Aziz Tapa antara yang hadir pada Seminar Kebangsaan mengenai Dato’ Onn.

Titah Diraja...“UMNO lahir di Istana” titah Sultan Johor ketika mence-mar duli meraikan ulangtahun UMNO Ke-60 di perkarangan Istana Besar.

Mengimbas sejarah...Persembahan Teater Muzika Balada Sang

Adi Putra sempena ulangtahun UMNO

Ke-60.

Page 16: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

KEHARMONIAN paduan suara 30 guru dan kakitangan In-stitut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ketika menyanyikan lagu Johor Seiring dan Anak Sakti mencuri perhatian juri pertandingan akhir Koir Lagu-Lagu Patriotik 2006 Kategori Awam Peringkat Negeri Johor baru-baru ini. Di samping itu, sedikit kelainan pada persembahan kumpulan yang menggelar diri mereka Korus Ekeletik turut menjadi daya tarikan sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton yang memenuhi Auditorium RTM Johor Bahru. Untuk menampilkan kelainan, Korus Ekeletik berdiri di anak tangga betul-betul di hadapan para tetamu termasuk-lah Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman dan tidak di atas pentas ketika menyanyikan lagu wajib, Johor Seiring. Pengurus kumpulan Md Basiran Jasman percaya gabun-gan kemantapan paduan suara anak buahnya dan kelainan pada persembahan memberi mereka kelebihan berbanding kumpulan lain. “Kita tidak mahu hanya bersandarkan pada kemanta-pan vokal sahaja maka itu kita adakan sedikit kelainan pada

persembahan kita dan syu-kur, ia membuahkan hasil,” katanya. Ini adalah kali kedua berturut-turut Korus Ekele-tik, yang ditubuhkan pada 2003, menjuarai kategori itu. Dengan kemenangan itu, mereka membawa pu-lang piala pusingan Men-teri Besar, piala iringan dan RM5,000. Alunan Timur dari Mersing yang turut memilih lagu Johor Seiring sebagai lagu wajib dan Tanah Pu-saka pula muncul naib johan untuk menerima RM4,000. Wakil Batu Pahat, Suara Warisan yang menyanyikan lagu Johor Berjaya dan Lima Prinsip Rukun Negara men-duduki tempat ketiga dan membawa pulang RM3,000. Hadiah-hadiah disam-paikan Abdul Ghani. Pertandingan tahunan ini yang dianjurkan Jabatan Per-paduan disertai lapan kumpulan.pulan lain.

“Kita tidak mahu hanya bersandarkan pada kemantapan vokal sahaja maka itu kita adakan

sedikit kelainan pada persembahan kita dan syukur, ia membuahkan hasil,”

Md Basiran Jasman, Pengurus Korus Ekeletik

SENI

Saingan sengit...Persembahan mantap Alunan Timur ketika menyampaikan lagu ‘Johor Seiring’ dan ‘Tanah Pusaka’.

Senyuman juara...Kegembiraan selepas dinobatkan sebagai juara dikongsi bersama Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Abdul Latiff Yusof

Gabungan serasi...Suara Warisan dari Batu Pahat berjaya menggondol tempat ketiga dengan lagu ‘Johor Berjaya’ dan ‘Lima Prinsip Rukun Negara’.

Abdul Ghani dalam kata alu-aluannya dalam buku program pertandingan itu berharap lagu-lagu patriotik yang dihasilkan tidak bersifat bermusim. Beliau berkata adalah menjadi satu kerugian setelah memerah daya kreativiti untuk mencipta sebuah lagu pa-triotik, ia hanya diperdengarkan ketika pertandingan ber-langsung. “Alangkah bangganya pencipta dan penyanyi lagu-lagu seperti ini jika hasil kerja mereka dihargai dan dinikmati sepanjang masa,” katanya.

Page 17: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

DIPERCAYAI beratus ribu warga Johor men-gamalkan J-Robik atau sekurang-kurangnya pernah mencuba senaman itu yang turut dipromosikan melalui individu tertentu di negara luar termasuk Australia, Belgium dan Afrika Selatan. Cakera padat J-Robik yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor turut diedarkan kepada rakan-rakan pega-wai sukan di negara terbabit sebagai pro-mosi selain berada di pasaran tempatan. Sejak diperkenalkan pada awal 2003, J-Robik berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat apabila ia dipertunjuk-kan dan disertai beramai-ramai dalam pro-gram-program berbentuk riadah, termasuk acara rasmi kerajaan. Ia menjadi senaman alternatif yang sam-butannya sungguh menggalakkan sehingga

dapat dikembangkan ke seluruh daerah Johor dengan meliputi kakitangan sektor awam dan swasta, sekolah, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut Ketua Jurulatih J-Robik di Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Habibah Abdul Hamid (gambar), sehingga kini terdapat lebih 82 orang jurulatih bertau-liah yang layak membimb-ing mereka yang berminat

mengamalkan senaman itu. “Kesemua jurulatih ini telah diiktiraf layak selepas mereka mendapat latihan bengkel pemantapan dan pentauliah,” kat-anya ketika di temui di Johor Bahru, baru-baru ini. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk

mendapat bimbingan boleh datang mendaf-tar di Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Jo-hor di Jalan Sentosa Larkin. Kelas senaman J-robik dijadualkan sejam pada setiap Jumaat, mulai jam 6 petang dengan yuran bulanan RM20 bagi orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. J-Robik adalah singkatan daripada Johor aerobik yang menggabungkan lima elemen utama iaitu seni silat sendeng (Melayu), si-lambam (India), tai-chi (Cina), aikido (Jepun) dan tarian zapin dengan diiringi muzik yang digubah khas bagi menyesuaikan pergerak-kan senaman dan muzik. Pada peringkat awal Kerajaan Johor merekacipta J-Robik, 30 orang jurulatih ke-cergasan dikumpulkan oleh Jabatan Belia dan Sukan pada hujung 2002, sebagai ka-reografer untuk menyusun pergerakan se-naman yang menggabungkan kelima-lima elemen berkenaan.

Ia diadun dengan penuh kehalusan seni tari dan menghasilkan 70 pergerakan intensiti rendah, sederhana dan tinggi yang membabitkan pergerakan seluruh anggota badan. Satu sesi senaman yang lengkap hanya mengambil masa kira-kira 36 minit 50 saat. Habibah berkata, J-Robik mendapat per-akuan daripada pakar kardiovaskular dan ortopedik yang menyatakan senaman ini dapat memberikan kesan baik kepada pen-gamalnya dari segi kesihatan dalaman. “Senaman ini merangkumi serta men-gambil kira tahap koordinasi badan ma-nusia dari sudut regangan, aerobik, fasa pemanasan badan dan kesesuaian fizikal. Maknanya, walaupun J-Robik satu aktiviti senaman ringan, ia tetap membawa kebai-kan kesihatan kepada pengamalnya,

“Pengamal J-Robik dapat mengekalkan kecergasan jantung, kekuatan otot dan tu-lang serta imbangan anggota badan,” kat-anya. Adalah diharapkan lebih ramai ma-syarakat di negeri Johor menjadikan J-Robik sebagai kegiatan senaman mereka kerana berbanding dengan senaman lain seperti jogging, senaman ini memastikan semua anggota badan digerakkan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri, sen-tiasa meningkatkan usaha meluaskan lagi pembabitan masyarakat dalam kegiatan ini termasuklah dengan memastikan setiap daerah mempunyai penggerak dan jurulatih J-Robik. Amatlah malang sekali, sekiranya J-Robik yang berjaya direkacipta sebagai se-naman milik Negeri Johor ini, tidak dapat berkembang luas akibat hanya dilakukan secara bermusim atau sekadar menjadi satu daripada pengisian program atau semata-mata dipersembahkan dalam majlis-majlis tertentu. Sementara itu, Penghulu Mukim Sed-enak, Muharam Parlie mengakui sejak men-gamal J-Robik beliau berasa sentiasa berada dalam keadaan yang segar dan cergas. “Saya amalkan J-Robik ini sebab nak jaga kesihatan, lagipun dapat saya menyahut gal-akan program warga sihat Kerajaan Negeri Johor. “Sambil bersenam dapat juga meng-hidupkan integrasi pelbagai kaum dan per-ingkat umur,” katanya. Beliau mengamalkan senaman itu pada setiap hari Ahad bersama-sama kelab J-Robik Kg Rahmat, Mukim Sedenak.

MASYARAKAT KITA

Bersenam...Pelbagai lapisan masyarakat menyertai kelab J Robik Kampung Rahmat, Kulai, Mukim Sedenak bagi menyahut seruan kerajaan membentuk warga sihat dan cergas.

FORUM Asia Pasifik mengenai Keluarga atau Asia Pacific Forum on Families (AP-FAM) telah menerbitkan sebuah buku kompilasi kertas kerja yang dihasilkan oleh 40 ahli akademik dan pakar sosial. Buku setebal 507 muka itu mengand-ungi 37 kertas kerja yang telah dibentang dan dibincangkan pada persidangan AP-FAM Keempat di Kuala Lumpur kira-kita tiga tahun lepas.

Ia adalah terbitan bersama APFAM Malay-sia dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan presiden APFAM, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin sebagai editor penyelaras. Buku itu diberi judul Facing Up To Global Challenges: Building Resilient Fam-ilies & Caring Communities In A Troubled World.

Prof Dr Jamilah berharap buku itu mampu menambah pengetahuan masyara-kat untuk membina kehidupan yang lebih baik.

“Percayalah, ia bukan satu kerja yang mudah

seperti yang disangkakan. Tidak ada ‘cut and paste’ (potong dan tampal) kera-na saya mahu ia menjadi

sebuah buku panduan yang berkredibiliti,”

Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin

Katanya kertas-kertas kerja berkenaan telah ditulis oleh pakar dalam bidang keba-jikan sosial dan mereka yang berpengala-man luas dalam kerja-kerja amal menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). “Ia menghimpunkan ahli akademik terkemuka dan wakil NGO tempatan dan negara-negara Asia Pasifik termasuklah Australia, Filipina, Fiji, India, Singapura dan Kanada. “Mereka menulis kertas kerja masing-masing berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran mereka dan saya percaya

buku ini boleh dijadikan rujukan oleh para pemimpin untuk mengemaskini program pembangunan keluarga dan masyarakat,” katanya pda majlis pelancaran buku itu di Shah Alam baru-baru ini. Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Oth-man melancarkan buku itu. Prof Dr Jamilah berkata beliau men-gambil masa lebih dua tahun untuk menghasilkan buku kompilasi itu kerana ia membabitkan perbincangan lebih lanjut dengan penulis-penulis kertas kerja berke-naan. “Saya terlebih dahulu perlu mema-hami isi kandung kesemua kertas kerja itu dan ini memerlukan perbincangan dengan penulisnya. “Sesudah benar-benar memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulisnya, barulah saya boleh menyusun kertas kerja ini mengikut turutan untuk memudahkan pembaca,” katanya. “Percayalah, ia bukan satu kerja yang mudah seperti yang disangkakan. Tidak ada ‘cut and paste’ (potong dan tampal) kerana saya mahu ia menjadi sebuah buku panduan yang berkredibiliti,” jelasnya. Antara nama terkenal yang menulis kertas kerja untuk forum itu ialah Prof Adjung Dr David Cox dari Universiti La Trobe, Melbourne, Prof Thea Brown dari Universiti Monash dan Prof Madya Ad-jung Dr Khoo Kim Choo dari University of Singapore.

Ini hasilnya...Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin menunjukkan kepada Dato’ Abdul Ghani buku mengenai cabaran keluarga masa depan.

gam

bar o

leh

Muh

aram

Par

lie

Page 18: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

Mathialagan dan Aruna atlet cemerlang MSSJ

PELARI jarak sederhana yang sedang men-cipta nama S. Mathialagan, 18, dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan pemain bola jar-ing S. Aruna, 19, dari Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) muncul Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) 2005. Mathilagan memenangi pingat emas dalam acara 800m dan 1,500m pada Kejohan-an Sukan Sekolah-sekolah Asean di Thailand baru-baru. Menurutnya buat permulaan beliau be-razam menjadi pelari jarak sederhana terbaik rantau ini dan mensasarkan Sukan SEA 2007 sebagai medan menunjuk belang. “Saya kini giat berlatih dibawah tunjuk-ajar jaguh negara dalam acara yang sama, M. Muthiah. “Kemenangan di Thailand memberikan saya keyakinan untuk terus memperbaiki catatan masa kerana ia telah mendedahkan saya kepada persaingan peringkat serantau,” katanya. Mathialagan berkata minat mendalam beliau dalam kedua-dua acara itu yang dit-ambah dengan peluang dilatih Muthiah men-guatkan lagi keazamannya untuk menjadi raja jarak sederhana. Bagi gadis manis Aruna pula, beliau tidak menjangka menerima anugerah itu kerana jarang sekali atlet acara berpasukan memenanginya.

“Saya terkejut dan ingin berkongsi anugerah ini bersama-sama rakan sepasu-kan. “Ini adalah anugerah kita bersama kerana saya seorang sahaja tidak boleh bermain bola jaring,” katanya. Aruna mewakili negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Florida, Amerika Syarikat

tahun lepas. Pada kejohanan itu, pasukan negara memperbaiki kedudukan dari tangga ke-20 ke tangga ke-14. “Kini kami sekarang sedang membuat persiapan untuk Kejohanan Bola Jaring Du-nia di Fiji, tahun depan,” katanya. Aruna yang bermain sebagai penjaring

SUKAN hoki Johor melabuhkan tirai 2006 dengan penuh bergaya apabila merangkul Piala Razak, piala paling berprestij dalam dunia hoki tempatan baru-baru ini. Kejuaraan itu sekali gus menamatkan penantian 18 tahun peminat hoki negeri un-tuk melihat Piala Razak dijulang pasukan mereka. Ini adalah kali kedua Johor merangkul piala itu selepas melakukannya pada 1988. Skuad Johor hampir mememenangi piala itu tahun lepas namun tewas 1-2 kepada

Melaka. Oleh itu, apabila kedua-dua pasukan sekali lagi layak ke perlawanan akhir, de-baran penyokong Johor semakin memuncak kerana kekalahan kali kedua berturut-turut kepada pasukan yang sama apatah lagi di gelanggang sendiri pastinya memeritkan dan amat sukar diterima. Bagi pasukan Melaka pula, keyakinan para pemain amat tinggi kerana lawan mer-eka adalah pasukan yang dikalahkan pada edisi tahun lepas dan dengan tekanan yang

berpunca ialah dari harapan menggunung penyokong sendiri, Johor adalah lawan yang mudah dijinakkan. Betapa silapnya mereka. Bukan sahaja Melaka gagal mempertahankan kejuaraan, lebih dari itu mereka dibelasah lima gol dalam perlawanan yang mengesahkan kedudukan Johor dibawah bimbingan Gurmit Singh se-bagai skuad pilihan kejohanan. Tambah memaniskan lagi kejayaan Johor ialah pemilihan penyerangnya Baljit Singh sebagai pemain terbaik perlawanan akhir

selain sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 gol. Untuk rekod, Johor selain daripada kerap muncul sebagai naib juara juga sentiasa be-rada dalam kelompok empat pasukan teratas pada akhir setiap kejohanan. Melaka, yang hanya mampu menjaring-kan satu gol pada perlawanan akhir, pulang dengan anugerah fair play sementara pemain-nya Nor Ikram Sulaiman muncul pemain ter-baik kejohanan.

Piala Razak kembali ke pangkuan Johor

Kami juara...Keceriaan terpancar di wajah pemain dan pegawai selepas menjuarai Piala Razak. Turut meraikan kemenangan itu presiden Persatuan Hoki Johor Tunku Abdul Majid Idris.

PASUKAN bolasepak negeri akan dikenali sebagai Johor-Pasir Gudang pada saingan liga nasional tahun depan . Ini berikutan persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang untuk menjadi penaja utama skuad negeri. “Selaku penaja utama , PBT Pasir Gudang memperolehi hak meletakkan nama mereka. “Hal sama turut berlaku dengan pasu-kan Negeri Sembilan yang menggunakan nama Negeri Sembilan–Naza, selaku penaja mereka,” kata Exco Belia dan Sukan Ab. Aziz Kaprawi. Ab. Aziz berkata keputusan membernar-kan skuad negeri dikenali sebagai Johor-Pa-sir Gudang tidak bertujuan menghapuskan nama Johor daripada persada bolasepak negara. “Persatuan Bolasepak Negeri Johor ti-dak pernah berniat langsung untuk berbuat demikian.Ini semata-mata kerana penajaan,” tegasnya.Penghargaan...S.Mathialagan (kanan) dan S. Aruna membelek anugerah yang diperolehi pada Majlis Anugerah

Kokurikulum dan Sukan Jabatan Pelajaran Johor di Dewan Hayati, Mawar.

31 Disember 2006

Skuad negeri kinidikenali sebagaiJohor-Pasir Gudang

SUKAN & RIADAH

turut membawa pasukannya menjuarai Ke-johanan Bola Jaring Sekolah Asean di Johor Bahru tahun ini.Beliau juga adalah Olahraga-wati Harapan Johor 2003.Anugerah tahunan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pe-lajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Zainal Abidin Osman yang mewakili Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman.

Page 19: 31 Disember 2006 PERCUMA Bil 001pdnj.johor.gov.my/buletin/holistik1.pdf · Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. ... negeri ini perlu digerakkan untuk RMK-9

31 Disember 2006

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman memperinci-kan Wilayah Pembangunan

Iskandar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berpandukan model projek itu yang dipamerkan di Persada Johor sempena Konvenyen Umno Johor 2006. Turut memberikan perhatian ialah Naib Presiden Tan Sri Muhyid-din Yassin dan Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad.

Sebahagian daripada perwakilan UMNO Johor pada Perhimpunan Agung

UMNO di PWTC.

Speaker Dato’ Mohd Ali Hassan menerangkan sesuatu mengenai gambar lama Dato’

Onn kepada Adun Sedili Dr Abdul Rashid Mokhti, Adun Bukit Naning Datuk Abdullah Ali dan Exco Kera-jaan Negeri Samat Aripin. Pameran itu sempena Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn.

Dato’ Abdul Ghani menarik tali tirai plak menandakan pembukaan Pasar Segar dan

Terminal Bas/Teksi Bandar Mersing. Bersama-sama beliau pada majlis bersejarah itu ialah Ketua Umno Bahagian Mersing Datuk Dr Latiff Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Sebahagian atlet muda Johor yang menerima anugerah di Majlis Anugerah Kokuri-

kulum dan Sukan Jabatan Pelajaran Johor di Dewan Hayati, Mawar.

Kopratasa membuat persem-bahan pada malan aprisiasi

Dato’ Onn sempena persidangan kebangsaan mengenai nagarawan ulung itu.

GALERI20