3 papan cerita 1.pdf

9
TEKS: “Airmu mengalir dengan tenang nan jernih Tak ada noda yang mengotori mu Dari hari ke hari Dirimu selalu ada untuk masyarakat Dirimu panjang membentang Berenang bersama ikan-ikan yang riang Kau tempat mencuci Tempat kami bermain Mencari ikan ke sana ke mari Dengan bersenang hati” Teks bertulisan “Lucida Calligraphybersaiz 24 berwarna hitam bertujuan untuk memperjelas kefahaman kepada khalayak dan merangsang daya kreativiti dalam mengetengahkan maklumat yang terdapat dalam teks sastera yang dimultimediakan. AUDIO: Deklamasi sajak dengan intonasi yang sesuai bersama muzik ‘Kecapi Suling Sunda dan Senandung Alam’ dapat menimbulkan kesan kemerduan dan memberi gambaran suasana damai kehidupan masyarakat Melayu. HURAIAN: Paparan ini merupakan gambaran masyarakat kampung dan Sungai Tengas. GRAFIK: Grafik dianimasikan dengan instrumen untuk mengambarkan suasana kampung Sungai Tengas. Latar tempat: Sebuah kampung di pingggir kota iaitu Sungai Tengas. Latar masyarakat: Masyarakat kampung Sungai Tengas. Latar masa: Pagi Gambar silih berganti. ANIMASI: Animasi pada teks dan grafik “Blur” untuk penghayatan nilai estetika dalam melambangkan kemuafakatan hidup masyarakat.

Upload: vuongngoc

Post on 28-Jan-2017

365 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS: “Airmu mengalir dengan tenang nan jernih Tak ada noda yang mengotori mu Dari hari ke hari Dirimu selalu ada untuk masyarakat Dirimu panjang membentang Berenang bersama ikan-ikan yang riang Kau tempat mencuci Tempat kami bermain Mencari ikan ke sana ke mari Dengan bersenang hati”

• Teks bertulisan “Lucida Calligraphy” bersaiz 24 berwarna hitam bertujuan untuk memperjelas kefahaman kepada khalayak dan merangsang daya kreativiti dalam mengetengahkan maklumat yang terdapat dalam teks sastera yang dimultimediakan.

AUDIO: • Deklamasi sajak dengan intonasi yang sesuai bersama muzik ‘Kecapi Suling Sunda dan Senandung

Alam’ dapat menimbulkan kesan kemerduan dan memberi gambaran suasana damai kehidupan masyarakat Melayu.

HURAIAN: Paparan ini merupakan gambaran masyarakat kampung dan Sungai Tengas.

GRAFIK: • Grafik dianimasikan dengan instrumen untuk mengambarkan suasana kampung Sungai Tengas. • Latar tempat: Sebuah kampung di pingggir kota iaitu Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat kampung Sungai Tengas. • Latar masa: Pagi • Gambar silih berganti.

ANIMASI: • Animasi pada teks dan grafik “Blur” untuk penghayatan nilai estetika dalam melambangkan

kemuafakatan hidup masyarakat.

 

Page 2: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS:

AUDIO: • . Suara narator:

…Haruan sedang mengapungkan tubuhnya sambil menyedut oksigen yang nipis di permukaan air…

• Muzik instrumental daripada ‘Kecapi Suling Sunda dan Senandung Alam’ bertujuan untuk memberikan kesan ketenangan kehidupan Sungai Tengas.

HURAIAN: • Paparan ini merupakan gambaran penghuni

Sungai Tengas.

GRAFIK: • Grafik dianimasikan bersama instrumen untuk menggambarkan pergerakan ikan haruan. • Latar tempat: Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat ikan • Latar masa: Pagi • Gambar silih berganti.

ANIMASI: • Animasi teks dan grafik “Blur”, Visual effects “Wrap” untuk mempelbagai teknik persembahan melalui

keupayaan berkreatif sesebuah teks sastera yang dimultimediakan.

 

Page 3: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS: Belut tercungap-cungap muncul menyampaikan berita. • Teks bertulisan“Arial” bersaiz 24 berwarna putih bertujuan untuk memperjelaskan kefahaman dan

memberi maklumat kepada khalayak.

AUDIO: • Perbualan Belut, Baung, Sebarau, Sepat dan Haruan.

Belut: “Tak jauh dari sini, di sebelah hilir ada orang membawa jala, dia sedang bergerak ke mari.” …

• Muzik instrumental (bunyi air sungai mengalir) dengan suara narator dan grafik bertujuan untuk menarik minat khalayak dalam memahami sesebuah karya sastera yang dimultimediakan.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan amaran yang diberikan oleh Belut kepada Haruan, Baung, Sebarau dan Sepat tentang kehadiran orang yang membawa jala.

GRAFIK: • Grafik mengambarkan penghuni Sungai Tengas sedang berbual (ikan Haruan, Baung, Sebarau, Sepat dan

Belut) untuk merangsang daya kreativiti dalam menyampaikan maklumat. • Latar tempat: Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat ikan • Latar masa: Pagi • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Animasi teks dan grafik iaitu “Cross Fade” bertujuan untuk mempelbagai teknik persembahan.

 

 

Page 4: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS: Sebarau dan biji kelempung • Teks bertulisan “Arial” bersaiz 24 berwarna putih bertujuan untuk memperjelaskan kefahaman dan

memberi maklumat kepada khalayak. AUDIO: • Suara narator menceritakan tentang Haruan yang mengingatkan Sebarau agar tidak terlalu ghairah

dengan biji kelempung masak yang dihanyut air kerana banyak ikan yang mati dan tragedi itu memberi perkhabaran sedih kepada penghuni Sungai Tengas.

• Muzik instrumental dengan suara narator dan grafik untuk merangsang kreativiti dalam mengetengahkan maklumat.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan keadaan Sebarau yang bersungguh-sungguh mengejar biji kelempung di permukaan air Sungai Tengas.

GRAFIK: • Grafik ikan Sebarau yang melonjak untuk menyambar kelempung masak bagi menimbulkan kesan

apresiasi kepada khalayak. • Latar tempat: Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat ikan • Latar masa: Pagi • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Animasi pada grafik iaitu “Cinematic blur” untuk menonjolkan daya kreativiti terhadap teks sastera yang

dimultimediakan.

 

Page 5: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS:

Kanak-kanak girang bermandi-manda • Teks bertulisan “Arial” bersaiz 24 berwarna hitam bertujuan untuk menggambarkan keadaan kanak-kanak

yang sedang girang mandi-manda di sungai dan hal ini dapat memberikan kesan apresiasi kepada khalayak.

AUDIO: • Suara narator menceritakan beberapa orang budak sedang bermandi-manda di sebelah hilir sungai. • Muzik instrumental (bunyi air sungai mengalir) dengan suara narator dan grafik untuk menimbulkan

kesan penghayatan kepada khalayak.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan suasana kanak-kanak yang sedang mandi-manda di hilir Sungai Tengas

GRAFIK: • Grafik kanak-kanak yang girang bermandi-manda untuk menerapkan elemen sosio-budaya masyarakat

yang terdapat dalam teks sastera. • Latar tempat: Di hilir Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat kampung • Latar masa: Tengah hari • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Teks “Fly in –Right” dan animasi “Page Curl top-left”untuk memberikan nilai estetika terhadap teks

sastera yang dimultimediakan.

 

 

Page 6: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS:

ikan-ikan dituba

• Teks bertulisan “Arial” bersaiz 24 berwarna hitam bertujuan untuk menjelaskan kepada khalayak tentang situasi yang terdapat dalam teks sastera.

AUDIO:

Suara narator: Manakala di hulu sungai, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sedang sibuk menuba ikan…

• Muzik instrumental dengan suara narator dan grafik untuk menimbulkan kesan penghayatan kepada

khalayak.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan situasi Pak Kasa, Mat Dali, Awang Cik Leh yang sedang menuba.

GRAFIK: • Grafik dianimasikan (Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang sedang menuba dan menyauk ikan

yang bergelimpangan) untuk memberikan gambaran konkrit kepada khalayak terhadap teks sastera yang dimultimedia.

• Latar tempat: Di hulu Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat kampung dan masyarakat ikan • Latar masa: Tengah hari. • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Teks “Zoom in Big” dan grafik “Cross Fade” untuk memberikan nilai tambah kepada sesebuah teks

sastera.

 

Page 7: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS:

Tiba-tiba… • Teks bertulisan “Arial” bersaiz 24 berwarna putih bertujuan untuk menimbulkan unsur suspen yang

terdapat dalam teks sastera. AUDIO: • Suara narator :

…Sungai Tengas kemudiannya menjadi gempar…

• Muzik instrumental dengan suara narator dan grafik untuk menimbulkan kesan penghayatan kepada khalayak.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan keadaan ibu-ibu ikan yang hendak bertelur bertempiaran lari kerana terhidu bau racun.

GRAFIK: • Grafik ikan-ikan bertempiaran lari akibat terhidu bau racun dianimasikan untuk mengambarkan keadaan

cemas dalam mempelbagai teknik persembahan. • Latar tempat: Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat ikan • Latar masa: Tengah hari. • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Animasi pada teks dan grafik yang ditetapkan secara secara ‘Fly in left” bertujuan untuk merangsang

daya kreativiti dalam mengetengahkan maklumat yang terdapat dalam teks sastera secara tersurat dan tersirat.  

 

Page 8: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

TEKS:

AUDIO: • Suara narator dan perbualan Suara Tok Imam, Mat Siak dan Lebai Kasim. Lebai Kasim: “Tuk Imam, air ini bercampur racun akar tuba.” Haji Ibrahim: “Cepat cari kelapa muda.”… • Muzik instrumental dengan suara narator dan grafik untuk suasana gempar kanak-kanak yang mandi-

manda mengalami pening dan muntah-muntah. Bertujuan untuk menimbulkan kesan penghayatan kepada khalayak.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan situasi kampung Sungai Tengas gempar kerana kanak-kanak yang mandi menjadi pening-pening dan muntah-muntah .

GRAFIK: • Grafik kanak-kanak bergelimpangan untuk memberikan gambaran konkrit dan meningkatkan kefahaman

khalayak. • Latar tempat: Sungai Tengas. • Latar masyarakat: Masyarakat kampung • Latar masa: Tengah hari. • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Animasi pada teks “Zoom in Small” dan grafik “Cross Fade” untuk merangsang daya kreativiti

khalayak.

 

Page 9: 3 PAPAN CERITA 1.pdf

 

 

TEKS:

Balai Lintang

• Teks bertulisan “Arial” bersaiz 24 berwarna hitam bertujuan untuk memperjelas kefahaman dan maklumat dalam teks sastera yang dipersembahkan.

AUDIO: • Suara narator dan perbualan antara Tok Imam, Lebai Kasim, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang

Cik Leh. Tok Imam: “Kamu bertiga bukan saja menuba ikan, tapi juga menuba anak-anak kamu. Pergilah tengok mereka di Balai Lintang!”…

• Muzik instrumental dengan suara narator dan grafik untuk merangsang daya kreativiti dalam mengetengahkan maklumat kepada khalayak.

HURAIAN: Paparan ini menunjukkan situasi tegang antara beberapa orang penduduk Kampung Sungai Tengas dalam Balai Lintang. Pak Kasa, Mat Dali dan Cik Leh terkejut dengan berita tentang anak mereka.

GRAFIK: • Grafik dianimasikan (penduduk kampung berkumpul di Balai Lintang) untuk mengambarkan

situasi dalam teks sastera dan menjelaskan maklumat kepada khalayak. • Latar tempat: Balai Lintang • Latar masyarakat: Masyarakat kampung. • Gambar silih berganti

ANIMASI: • Animasi pada teks “Fade” dan grafik “Cross Fade” untuk mempelbagai teknik persembahan.