3 140806223929-phpapp01

36
3.1.2 Perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18

Upload: aminahjhr9811

Post on 02-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

3.1.2 Perdagangan dan perniagaan di Belanda

pada abad ke-16 hingga 18

Hasil pembelajaran

• Menyatakan perkembangan aktiviti perdagangan amtara Belanda dengan Negara-negara Eropah yang lain pada abad ke-16 hingga 18• Menghuraikan perkembangan perdagangan di Belanda

pada abad ke-16 hingga 18• Membincangkan faktor-faktor yang mendorong

perkembangan aktiviti perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18

Latar belakang

• Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda pada abad ke-16 hingga 18• Kegiatan perdagangan di Belanda terdiri daripada

perdagangan dalam Negara,luar Negara dan maritime• Belanda turut menjalinkan hubungan perdagangan

dengan Negara-Negara Eropah yang lain seperti England,Jerman,Perancis,Sepanyol, Norway,Russia dan Itali• Menjelang abad ke-16,wujud perdagangan maritime

yang melibatkan Negara-Negara di Timur

3.1.2.1 PERDAGANGAN BELANDA DENGAN

NEGARA-NEGARA EROPAH PADA ABAD KE-16 HINGGA

18

Belanda-Inggeris

• Menjelang abad ke-17,perdagangan antara Belanda dengan England menguntungkan Belanda• Kajian menunjukkan banyak kapal dagang yang berulang-

alik dari pelabuhan-pelabuhan di Belanda dan England• Salah satu komiditi utama dalam hubungan perdagangan

dengan England ialah tekstil• Bekalan bahan mentah bagi industry kain di Belanda

diimport dari England• Kain-kain tersebut seterusnya diproses dan di celup

dengan pewarna sebelum diimport

Belanda-Perancis

•Sebelum tahun 1672,Belanda mengendalikan sebahagian besar daripada perdagangan luar Perancis•Selain itu,Belanda menyediakan pengankutan laut antara pelabuhan-pelabuhan di Perancis

Belanda-Sepanyol

• Perdagangan antara Belanda dengan Sepanyol berkembang dengan pesat pada abad ke-17• Antara barangan komoditi yang terlibat dalam

perdagangan dengan Sepanyol ialah bijirin,kayu balak,ikan,buah-buahan dan wain• Perjanjian marin yang ditandatangani pada tahun

1650memberi keistimewaan kepada kapal-kapal dagang Belanda menghantar barangan dagangan ke Sepanyol dan Portugal

Belanda-Norway

• Pada pertengahan abad ke-17,Belanda mengimport kayu balak dari Norway• Bekalan kayu balak dihantar kepada pedagang-

pedagang di Amsterdam dan Zaandam menerusi pelabuhan Enkhuzien,Hoorn dan Harlingen• Dalam pada itu,Norway membeli gandum dari Belanda

Belanda-Rantau Baltik

• Hubungan perdagangan dengan negara-negara yang terletak di rantau Baltik menguntungkan Belanda• Kajian menunjukkan 55% daripada kapal-kapal dagang

yang berlabuh di pelabuhan Sweden dan Rusia pada awal abad ke-17 datang dari Belanda• Pedagang-pedagang Belanda mengimport bijirin yang

dihasilkan dari negara-negara Baltik• Bijirin tersebut dijual di negara-negara yang terletak di

bahagian selatan dan barat Eropah

Belanda-Eropah Utara dan Eropah Barat

• Menjelang pertengahan abad ke-17,Belanda memonopoli pengangkutan barang-barang dagangan di bahagian utara dan barat Eropah• Perkembangan ini menyebabkan muncul suasana yang

tegang antara negara-negara Eropah Utara dan Eropah Barat dengan Belanda• Ketegangan ini meletakkan asas bagi peperangan yang

tercetus pada tahun 1652 dan tahun 1655• Konflik ini menyebabkan kedudukan ekonomi dan

sisitem perdagangan Belanda terjejas

Belanda-Mediterranean

• Belanda mempunyai hubungan perdagangan dengan negara-negara yang terletak di kawasan Mediterranean• Sehingga tahun 1650,perdagangan Belanda di rantau Mediterranean

tertumpu kepada pelabuhan-pelabuhan yang terletak di Itali• Aktiviti perdagangan dijalankan di pelabuhan-pelabuhan yan terletak

di Itali seperti Naples,Sicily dan Venice• Belanda juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan

Turki Uthmaniyah terjalin ekoran perjanjian antara Cornelis Haga dengan kerajaan Turki Uthmaniyah• Perjanjian tersebut memberi kebebasan kepada pedagang-pedagang

Belanda berdagang di pelabuhan-pelabuhan Turki Uthmaniyah• Di samping itu,pejabat konsulat Belanda ditubuhkan di pelabuhan-

pelabuhan seperti Aleppo,Algiers,Tunis dan Morocco

Perdagangan Maritim• Saudagar-saudagar Belanda turut terlibat dalam perdagangan rempah dengan Timur•Menjelang abad ke-16,saudagar-saudagar Belanda memperoleh barang-barang dagangan dari Timur menerusi pedagang-pedagang Portugal• Perkembangan ini disebabkan oleh suasana politik yang meruncing di selatan Belanda yang berada di bawah pemerintahan Raja Phillip ll

• Pada tahun 1576,Sepanyol bertindak menyerang dan menguasai pelabuhan antwep di Belanda• Selepas kejatuhanpelabuhan antwep,ramai pedagang Belanda beralih ke pelabuhan Amsterdam • Raja Phillip ll mengambil tindakanmenutup pelabuhan Lisbon ekoran pemberontakan yang berlaku di wilayah selatan Belanda

• Baginda turut melarang pedagang-pedagang Belanda daripada memasuki pelabuhan tersebut• Tindakan Raja Phillip ll menutup pelabuhan Lisbon kepada saudagar menyebabkan mereka terpaksa dating ke Timur• Belanda juga berhasrat untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh Portugal dan Sepanyol• Tambahan pula keuntungan diperoleh daripada perdagangan boleh digunakan untuk membiayai peperangan menentang Sepanyol

• Selain itu,Belanda juga terlibat dalam perebutan tanah jajahan dan perdagangan di Hindia Barat dengan Sepanyol• Pada tahun 1621,Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Barat untuk berdagang dengan pulau-pulau di Atlantik• Syarikat ini menemui koloni New Motherland pada tahun 1626• Koloni ini telah diambil alih oleh Inggeris pada tahun 1674 dan menamakannya New York

PUTERA PHILLIP ll

PELABUHAN AMSTERDAM

Syarikat Hindia Timur Belanda

MATA WANG V.O.C

3.1.2.2 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI BELANDA

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN

PERDAGANGAN DI BELANDA

KEMUNCULAN INDUSTRI PEMBUATAN

KEDUDUKAN STRATEGIK DI LALUAN MARITIM

KEMUDAHAN PERBANKAN

KEMUNCULAN SYARIKAT DAGANG

SISTEM UKURAN DAN TIMBANGAN

MATA WANG

KEKURANGAN SUMBER ALAM

INSURANS MARITIM

KEKURANGAN SUMBER ALAM

• Perkembangan perdagangan di Belanda di sebabkan oleh kekurangan sumber alam di negara tersebut• Belanda tidak mengeluarkan barang keperluan yang mencukupi untuk

penduduknya kecuali produk hasil tenusu• Terpaksa mengimport barangan keperluan penduduknya• Perkembangan ini menyebabkan muncul aktiviti perdagangan

melibatkan Belanda dengan negara-negara lain

KEMUNCULAN INDUSTRI PEMBUATAN

• Kekurangan sumber alam menyebabkan muncul industri-industri yang menghasilkan produk daripada bahan yang diimport• Barang-barang yang dihasilkan oleh industri seperti barangan tekstil

dan kertas akan diimport semula ke negara lain• Perkembangan ini merancakkan aktiviti perdagangan di Belanda pada

abad ke-16 dan 17

KEDUDUKAN STRATEGIK DI LALUAN MARITIM

• Perkembangan aktiviti perdagangan disebabkan oleh kedudukan Belanda di tengah-tengah perdagangan• Kedudukan yang strategik ini menyebabkan Belanda memainkan

peranan sebagai pusat pengedaran barang dagangan di benua Eropah• Tambahan pula,Belanda juga memiliki industri pembinaan kapal sejak

abad ke ke-15

KEMUDAHAN PERBANKAN

• Menjelang awal abad ke-17,muncul institusi-institusi perbankan di Belanda• Institusi perbankan menyediakan modal dan memberi pinjaman

kepada peniaga-peniaga yang terlibat dalam kegiatan perdagangan• Pada tahun 1609,Wisselbank yang merupakan institusi pertukaran

mata wang ditubuhkan di Amsterdam• Bank ini mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh

pengurup wang

• Berperanan menyelaraskan peminjaman wang dan memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek• Pada tahun 1614,sebuah bank ditubuhkan di Amsterdam untuk

memberi pinjaman kepada pedagang-pedagang dan peniaga kecil• Bank ini mengambil alih peranan yang dimainkan oleh peminjam

wang persendirian• Dengan mengenakan kadar faedah yang rendah,bank ini membantu

pedagang dan peniaga kecil yang terlibat dalam kegiatan perdagangan

Wisselbank

INSURANS MARITIM

• Diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan menggunakan laluan laut• Insurans maritime mula diperkenalkan di Belanda sejak pertengahan

abad ke-16• Insurans ini diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh

pedagang-pedagang semasa menghantar barangan melalui jalan laut

MATA WANG

• Sehingga akhir abad ke-17,tidak dapat diseragaman dalam penggunaan mata wang di Belanda kerana setiap daerah dan provinsi memiliki mata wang masing-masing• Namun demikian,wilayah-wilayah seperti Hoorn,Medemblik,dan

Enkhuizen mempunyai mata wang yang standard• Selain itu,mata wang Pound Flemish,Ducatoon,Dollar Rix,Crusados

dan Carolus juga digunakan dalam urus niaga• Beberapa mata wang Sepanyol dan Jerman juga di gunakan secara

meluas di Belanda

Mata wang Ducatoon

SISTEM UKURAN DAN TIMBANGAN

• Diamalkan di Belanda juga tidak seragam• Pada abad ke-17,setiap bandar di Belanda mempunyai sistem ukuran

masing-masing

KEMUNCULAN SYARIKAT DAGANG

• Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul syarikat-syarikat dagang• Pada tahun 1594,sekumpulan pedagang dari Amsterdam telah

menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Society of distant Lands• Persatuan ini ditubuhkan untuk membiayai kos pembinaan kapal-

kapal dagang• Selepas penubuhan persatuan tersebut muncul beberapa persatuan

bagi membiayai kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke Timur

INFO DINAMIK

TAHUKAH ANDA?

• Pada tahun 1611,Cornelis Haga telah dihantar oleh kerajaan Belanda untuk mengadakan perjanjian dengan kerajaan Turki Uthmaniyah.Kepentingan perjanjian ini adalah :

Pedagang Belanda bebas menjalankan perdagangan di pelabuhan kerajaan Turki Uthmaniyah

Pedagang-pedagang Belanda menerima perlindungan daripada ancaman lanun

Penubuhan konsulat Belanda di Empayar Turki Uthmaniyah

TAHUKAH ANDA?

• Menjelang tahun 1700,Wisselbank menguruskan perniagaan yang membabitkan beberapa juta florin setiap hari