2.8 akta pendidikan2

57
Akta Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKIK

Upload: mass-marissa

Post on 24-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

akta pendidikan

TRANSCRIPT

Akta Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPGKIK

Laporan Razak

Semua sekolah di tanah air mempunyai

sukatan yang sama

Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan

dan menjadi bahasa pengantar utama

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan

menengah.

Laporan Razak

Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris,

Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah

kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama.

Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka

kepada semua kaum.

Laporan Razak

Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah

bekelayakan.

Sistem pendidikan sekolah menengah adalah

Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah

Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan

profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan

ditubuhkan

Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960)

yang seterusnya menjadi

Akta Pelajaran 1961.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran

1961

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan

dan jenis kebangsaan.

Sekolah pelajaran lanjutan merupakan

persekolahan hingga umur 15 tahun.

Murid naik darjah secara otomatik

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran

1961

Pelajaran agama Islam bagi murid-murid

hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi

secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan

pola tempat tinggal yang berlainan

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan

Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji

semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak

dan Laporan Rahman Talib.

Akta Pendidikan 1995

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

utama untuk semua institusi pendidikan dalam

sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah

rendah jenis kebangsaan

Jika bahasa pengantar bukan Bahasa Melayu,

maka ia diajar sebagai bahasa wajid.

Akta Pendidikan 1995

Satu kurikulum kebangsaan yang wajib untuk

semua sekolah termasuk sekolah swasta.

Peperiksaan awam yang dikelolakan oleh

Lembaga Peperiksaan.

Pendidikan Islam wajib diajar di semua

sekolah dan institusi pendidikan jika terdapat

5/ lebih pelajar beragama Islam.

Akta Pendidikan 1995

Naikkan taraf SM vokasional ke SM teknik &

benarkan politeknik anjurkan program

berkembar dengan IPTA untuk kursus ijazah.

Wajidkan semua tadika kerajaan & swasta

ikut Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

yang disediakan oleh KPM.

Akta Pendidikan 1995

Tingkatkan pendidikan guru dengan anjurkan

program peringkat diploma & ijazah secara

berkembar dengan IPTA & luar negari,

naikkan taraf maktab ke universiti.

Pendidikan Khas diadakan sekolah rendah &

sekolah menengah.

Akta Pendidikan 1995

Kawal selia pengurusan & mutu institusi

pendidikan swasta dengan wajidkan daftar di

bawah Pendaftar Sekolah, kurikulum mesti

diluluskan oleh Menteri Pendidikan.

Mansuhkan Lembaga Pengurus Sekolah

Kerajaan kecuali Lembaga Pengurus Sekolah

Swasta & Sekolah Bantuan Separa Kerajaan.

Akta Pendidikan 1996

Reformasi sistem pendidikan ke arah bertaraf

dunia dari segi kualiti untuk mencapai

wawasan negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan

landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang

digubal setelah mengambilkira pandangan dan

aspirasi semua pihak.

Akta Pendidikan 1996

konsep sistem pendidikan kebangsaan

dimantapkan dengan meliputi semua

peringkat persekolahan dari peringkat pra

sekolah hingga ke peringkat pendidikan

tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah,

iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan

kerajaan dan sekolah swasta.

Akta Pendidikan 1996

Kedudukan Bahasa kebangsaan

diperkukuhkan dengan memperuntukkannya

sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem

pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi

dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai

mata pelajaran yang wajib diajar di semua

sekolah dan institusi pendidikan.

Akta Pendidikan 1996

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah

akan selaras dengan kehendak negara apabila

Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan

dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna

oleh semua pihak.

Akta Pendidikan 1996

Murid-murid dari semua jenis dan kategori

sekolah akan disediakan untuk mengambil

peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan

dan oleh itu akan memudahkan kita

menggunakan penilaian atau pengukuran yang

sama tentang pencapaian murid-murid dari

sekolah-sekolah di negara kita.

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk

meliputi murid-murid Islam di semua kategori

sekolah termasuk sekolah swasta dan

diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran

tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran

teras di sekolah-sekolah.

Akta Pendidikan 1996

Menteri Pendidikan menubuhkan dan

menyenggara tadika, maka dari keluarga yang

kurang berada di bandar-bandar, akan

berpeluang mendapat pendidikan prasekolah

yang menjadi asas yang baik bagi memulakan

pendidikan rendah.

Akta Pendidikan 1996

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 juga turut

memperuntukkan pengajaran bahasa suku

kaum di negara ini sekiranya didapati

munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas

agama seperti bible classes tidak diperlukan

mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan prasekolah diperkenalkan dalam

pendidikan sekolah rendah sebagai

sebahagian daripada sistem pendidikan

kebangsaan.

Sekolah bestari diperkenalkan untuk

pendidikan sekolah rendah & menengah

Akta Pendidikan 1996

Peningkatan mutu & kualiti untuk program

pendidikan vokasional & politeknik

Tambahkan peluang pendidikan tetiari dengan

galakkan penubuhan kolej-universiti swasta.

AKTA PENDIDIKAN 1996

• Merupakan satu perundangan pendidikan yang lengkap, kemaskini dan futuristik.

• Juga merupakan misi negara untuk sistem pendidikan bertaraf dunia.

• Akta Pendidikan 1996 lanjutan dan pengubahsuaian Akta Pelajaran 1961.

• Akta ini dikemaskini bagi memantapkan sistem pendidikan negara selaras dengan kehendak dan cita-cita Malaysia.

AKTA PENDIDIKAN 1996

Berlandaskan hasrat Wawasan 2020 dan FPK

(1988).

Penentu utama arah tujuan negara dan

penyelamat bangsa.

Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996:

memperluaskan skop pendidikan negara

Tujuan Akta Pendidikan

Tujuan penggubalan

Akta Pendidikan

1996

Memperluas kan skop

pendidikan

Memantapkan sistem pendidikan sebagai pusat kecemerlangan

pddkn

Menggariskan perundangan

Perkukuhkan bahasa

Kebangsaan

Selaras semua jenis kurikulum

Peperiksaan dan penilaian

yang sama

Perluaskan Pendidikan

Islam

AKTA PENDIDIKAN 1996

Seksyen 15

1.Pendidikan Prsekolah: pendidikan bagi

murid umur 4-6 thn

2.Pendidikan Rendah : tempoh persekolahan 6

tahun, tetapi boleh dtamatkan 5 thn @

dilanjutkan 7 thn.

AKTA PENDIDIKAN 1996

3. Pendidikan Menengah : 2 bahagian

Menengah Rendah dan Menengah Atas.

Menengah Rendah 3 tahun

Menengah Tinggi > sesuai dengan

kebolehan pelajar.

4. Pendidikan Lepas Menengah: pendidikan

untuk pelajar yang tamat menengah tinggi,

tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

5. Pendidikan Tinggi: pendidikan di institusi

tinggi diploma dan Ijazah.

Seksyen 16

Menggariskan 3 kategori pendidikan negara:

Institusi pendidikan kerajaan

Institusi pendidikan bantuan kerajaan

Institusi pendidikan swasta

Seksyen 17

Memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama di institusi

pendidikan dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan kecuali SJKC dan SJKT.

Perkukuhkan bahasa kebangsaan.

Seksyen 18

Semua sekolah dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan menggunakan kurikulum

kebangsaan yang ditetapkan oleh menteri.

Seksyen 19

Menyediakan murid untuk peperiksaan yang

ditetapkan oleh Akta Pendidikan 1996

melainkan jika diberi pengecualiaan.

Seksyen 21

Memperuntukan kuasa menteri menubuhkan

dan menyenggara tadika .

Seksyen 22 Semua program dan kegiatan tadika

berasaskan garis panduan kurikulum

prasekolah kebangsaan yang diluluskan oleh

menteri.

Seksyen 29

Memperkukuhkan tempoh pendidikan rendah

selama 6 thn.

Seksyen 33

Kuasa Menteri Pendidikan mengadakan

pendidikan lepas menengah di SMK ,maktab-

maktab dan institusi pendidikan.

Seksyen 40 • Membolehkan Menteri Pelajaran mengadakan

pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah dan menengah.

Seksyen 47 • Membolehkan maktab perguruan mengendali

kan pengajian atau program latihan bagi peringkat ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain.

• Juga membolehkan maktab perguruan mengadakan program kerjasama dengan universiti yang lain.

Seksyen 50

Memperuntukkan Pendidikan Islam wajib

diadakan di semua institusi pendidikan

termasuk sekolah swasta sekurang-kurangnya

2 jam seminggu jika terdapat 5 orang murid

Islam.

Seksyen 77

Kursus pengajian atau latihan berkaitan ijazah

di institusi pengajian tinggi swasta perlu

terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis

Menteri Pendidikan sebelum

mengendalikannya.

Tujuannya untuk mengawal IPTS dari

mengendalikan sewenang-wenangnya kursus

pengajian secara “twinning” atau “linkage”

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke

atas Sistem Pendidikan Kebangsaan

Implikasi Akta

Pendidikan 1996

FPK sebagai

landasan

Kedudukan bahasa

kebangsaan dimantapkan

Kurikulum diselaraskan

Pendidikan Swasta

berkembang

Pendidikan Khas diberi

tumpuan Peperiksaan yang

sama

Pendidikan

Islam diperluaskan

Perluasan Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Guru

diperkukuhkan

Pendidikan teknik di sekolah

menengah

RUMUSAN

Guru wajib mematuhi peraturan tatakelakuan

dan tatatertib.

Kefahaman dan penghayatan terhadap arahan

Perintah Am, akan melahirkan guru yang

berkualiti.

Perintah Am Bab D, sebagai panduan guru

melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Tugas mengajar merupakan tugas dan amanah

yang perlu dilaksanakan.

Soalan latihan

1. Seseorang pegawai kerajaan adalah dilarang membuat pekerjaan luar kecuali mendapat kebenaran daripada ketua jabatannya.

a)Nyatakan tiga jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan

b)Jelaskan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh seseorang ketua jabatan semasa menimbangkan permohonan pegawainya untuk membuat pekerjaan luar

2. Perintah Am 4 (2) (d) Bab D 1980

menyatakan bahawa “ Seseorang pegawai

tidak boleh berkelakuan yang sedemikian cara

hingga menjatuhkan reputasi perkhidmatan

awamnya”. Huraikan 5 perbuatan yang boleh

dianggap sebagai melanggar tatakelakuan ini

• 3. Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 4(2)f, menjelaskan bahawa seseorang pegawai kerajaan tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.

Berdasarkan kepada peruntukan ini, jelaskan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh seseorang pegawai kerajaan yang dianggap melanggar tatakelakuan ini.

4. Mengikut peruntukan 21(1) dalam

"Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan

Tatatertib) 1993. "Seseorang pegawai dalam

kumpulan Pengurusan Tertinggi dan

Kumpulan Pengurusan dan profesional

adalah dilarang mengambil bahagian aktif

dalam aktiviti politik" Huraikan mengapa

mereka tidak boleh terlibat secara aktif dalam

aktiviti-aktiviti tersebut?

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Kurikulum Kebangsaan ialah satu program

pendidikan yang termasuk kegiatan kurikulum &

kegiatan kurikulum yang termasuk semua

pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu

perkembangan murid secara holistik.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Bahan kurikulum: semua bahan yang digunakan

dalam proses p&p.

Jadual waktu: jadual pernyataan mengenai mata

pelajaran yang diajar kepada murid setiap hari

persekolahan dengan peruntukan masa mata

pelajaran yang akan diajar serta nama guru yang

mengajar.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Kegiatan kokurikulum: sebarang aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses p&p dalam bilik darjah untuk memperkukuh dan mengamalkan penegtahuan, kemahiran & nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.

Mata pelajaran: suatu bidang p&p yang dinyatakan.

Sukatan pelajaran: suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepenjang tahun persekolahan.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Kurikulum Kebangsaan sekolah kerajaan & bantuan

kerajaan mesti terdiri daripada:

- mata pelajaran teras

- mata pelajaran wajib

- mata pelajaran elektif

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Kegiatan kokurikulum:

- sukan & permainan

- persatuan & kelab

- badan berunifom

- ditentukan oleh menteri

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Guru besar/ pengetua boleh didenda RM500 jika gagal:

- pamerkan sesalinan jadual waktu sekolah di suatu tempat

yang mudad dilihat

- tunjukkan jadual & sukatan pelajaran bagi semua mata

pelajaran yang diajar di sekolah untuk pemeriksaan ketua

pendaftar dengan serta merta.

- tunjukkan jadual waktu penggal persekolahan semasa untuk

pemeriksaan ketua pendaftar dengan serta merta.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Guru boleh didenda RM5000 atau penjara 3 bulan

jika tidak ajar mengikut sukatan pelajaran & jadual

waktu yang diluluskan.

Guru boleh didenda RM500 jika gagal tunjukkan

salinan sukatan pelajaran yang diluluskan bagi mata

pelajaran yang diajar, buku rekod & senarai nama

murid di bawah tanggungjawabnya untuk pemeriksaan

ketua pendaftar dengan serta merta.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Sesiapa yang membenarkan guru mengajar murid

dengan menggunakan sukatan pelajaran & jdual

waktu yang tidak dibenarkan boleh didenda RM

5000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan 1997)

Ketua pendaftar berhak mengubah jadual,

sukatan pelajaran & jadual waktu

Akta Pendidikan 1996: Pindaan Tahun

2002

Seksyen 29A(20): Ibu bapa warganegara

Malaysia wajib daftarkan anak mereka yang

telah capai 6 tahun pada hari pertama bulan

Januari dalam tahun persekolahan,

menjadikan murid di sekolah rendah

sepanjang temp[oh pendidikan wajib.

Akta Pendidikan 1996: Pindaan Tahun

2002

Pelaksaan pendidikan wajid di peringkat

sekolah rendah berkuatkuasa pada 1hb januari

2003.

Akta Pendidikan 1996: Pindaan Tahun

2002

Pendaftar sekolah, guru, Pegawai Pendidikan

Daerah/ Bahagian, Guru Besar/ pengetua,

Guru penolong Kanan, Guru Bimbingan

berkuasa menyiasat apa-apa kesalahan di

bawah Seksyen 29A(20).

Akta Pendidikan 1996: Pindaan Tahun

2002

Kurikulum Prasekolah kebangsaan yang digubal

oleh PPK, KPM wajid dipatuhi oleh semua

prasekolah di seluruh negara, mulai 2003.

3 bahagian dalam kurikulum:

- Pengenalan

- cara gunakan buku Huraian Kurikulum Prasekolah

- Komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan