2778229 imbuhan-awalan

7
Imbuhan Awalan Awalan beR- Penggunaan : Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain. Awalan Catatan Contoh Perkataan ber - wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah ber jalan, ber cukur, ber kaki bel- wujud apabila awalan ber- bertemu dengan kata akar ajar. bel ajar be- wujud apabila kata akar bermula dengan huruf 'r ' be kerja, be rumah, be rada, be raja Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu : Erti Perkataan Contoh Ayat mempunyai berbadan, berduit, beranak Wanita itu beranak kembar. memakai atau menggunakan berseluar, berbedak, berkasut Ani tidak berkasut. 1

Upload: park-long

Post on 18-Jul-2015

1.777 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Imbuhan Awalan

• Awalan beR-

Penggunaan : Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain.

Awalan Catatan Contoh Perkataan

ber - wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di

bawah

berjalan, bercukur, berkaki

bel- wujud apabila awalan ber- bertemu dengan kata akar

ajar.

belajar

be- wujud apabila kata akar bermula dengan huruf 'r ' bekerja, berumah, berada,

beraja

Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu :

Erti Perkataan Contoh Ayat

mempunyai berbadan, berduit, beranak Wanita itu beranak kembar.

memakai atau menggunakan berseluar, berbedak, berkasut Ani tidak berkasut.

1

mengerjakan atau

mengusahakan

berkebun, bersawah Mereka berkebun di

belakang rumah.

menghasilkan atau

mengeluarkan

berbuah, berasap Pokok durian itu mula berbuah.

menyatakan kumpulan bertiga, berkelompok, berdua,

berempat

Mereka bertiga menaiki basikal

ke sekolah.

kena berhujan, berembun Kami berhujan kerana tidak

membawa payung.

melakukan perbuatan pada diri

sendiri

bersandar, bersembunyi Salina bersembunyi di sebalik

pokok dari penjahat.

melakukan sesuatu antara dua

pihak

bertumbuk, berlaga Mereka berdua sering

bergaduh.

tabiat perkerjaan atau

kebiasaan

bertanak nasi, berkirim surat Azuan dan Ayu sering berkirim

surat antara satu sama lain.

mengucapkan berdoa, berikrar Amin berdoa sebelum makan.

menunjukkan sesuatu sikap berkeras, berlembut Abdul berkeras untuk pergi ke

Kuala Lumpur.

dalam keadaan bersedih, bergembira Khadijah masih bersedih

mengenai berita kematian

adiknya.

menunjukkan ada sesuatu berduri, berbahaya Jalan di hadapan berbahaya.

berlaku sebagai berbomoh Kumin berbomoh dengan Pak

Samad.

• Awalan meN-

Awalan meN- boleh menjadi me-, mem-, men-, meng- dan menge- yang wujud

berdasarkan huruf pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :

awalan perkataan keterangan

2

me- meyakinkan, menganga,

menyanyi, menanti, melawat

apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf l, m, n, ng, ny, y, r dan w

me + keluh = mengeluh

me + surat = menyurat

me + pilih = memilih

Apabila bertemu kata yang bermula dengan

huruf k, s, p dan t.

- huruf k menjadi ng.

- huruf s akan menjadi ny.

- huruf p bertukar menjadi m.

- huruf t berubah menjadi n.

mem- membawa, membaling apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf b dan f.

men- mencuba, mendarat Apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf c, d dan j.

meng- mengasah, mengikat,

mengubat

Apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf seperti a, i, e, o, u, g dan h.

menge- mengecap, mengebom,

mengesah

Apabila bertemu dengan kata yang terdiri

daripada satu suku kata.

• Awalan peN-

Penggunan : Membentuk kata nama daripada kata kerja atau pun daripada kata adjektif.

Awalan peN- boleh menjadi pe-, pem-, pen-, peng- dan penge- yang wujud berdasarkan

huruf pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :

Awalan Perkataan Keterangan

pe- pewangi, penyanyi, pelajar,

pemakai, penasihat, pemusnah

Apabila beremu kata yang bermula dengan

huruf m, n, l, ny, w dan p.

pem- pemfitnah, pembohong, pembawa. Apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf b dan f.

pen- penjahit, pendengar, pencabar, Apabila bertemu kata yang bermula dengan

3

pensyarah huruf c, d, j, sy dan z.

peng- pengkhayal, pengedar, pengubah,

pengikut

Apabila bertemu kata yang bermula dengan

huruf a, i, e, o,u, g, h dan kh.

- pembakar, pengasah, penukul,

penapis.

alat / perkakas

- penulis, pencipta, pentadbir orang yang membuat

- pengasih, pemanis, pendingin sesuatu yang menyebabkan jadi

- penidur, pemalas, perokok Orang yang selalu atau suka

- pemalu, pemurah, pembengis orang yang mempunyai sifat

- pemuda, pembesar milik sifat seseorang

- pemeluk, penanak, pelaung ukuran bagi waktu atau tempat

- penyakit, pendapat hasil atau kesan daripada sesuatu

• Awalan peR-

Penggunaan : Untuk membentuk kata nama

Awalan Perkataan Keterangan

pe- pelakon, pekerja, pekedai Apabila bertemu kata yang ada kaitan dengan

kata-kata berawalan ber-

pel- pelajar Apabila bertemu dengan kata 'ajar'

per- perburu, pertapa, pertendang Apabila bertemu dengan kata yang bermula

dengan huruf t dan b.

Erti Perkataan

Orang yang melakukan sesuatu pelakon, pelajar

Orang yang di- Pesalah

4

• Awalan se-

Penggunaan : Membentuk kata sendi nama, kata hubung, kata bilangan dan penjodoh

bilangan

Erti Perkataan

seluruh se-Malaysia, sedunia, senegara

sama sejenis sepadan, sebaya

satu seribu, seratu, sekampit

sama-sama di- sekampung, serumah, sekelas

sama dengan sepanjang, sebaik, seberat

• Awalan teR-

1. Awalan ter- terbahagi kepada empat jenis iaitu :

- Kata kerja tak transitif

- Kata Adjektif

- Kata Kerja Pasif

- Kata Sendi

Awalan Contoh Perkataan Keterangan

te- teramai, terendam, teroboh,

terasuk

apabila bertemu dengan kata dan huruf

pangkalnya huruf 'r'

ter- tersayang, tersenyum,

terbawa, tercetus

apabila bertemu dengan kata yang

bermula dengan huruf lain selain

daripada huruf 'r'.

paling tertinggi, terbaik paling tinggi, paling baik

dapat di... atau

keupayaan

terkayuh, terdaki dapat dikayuh, dapat didaki

keadaan tertanya-tanya, terbayang- masih berfikir

5

berterusan bayang, teringat-ingat,

terfikir-fikir

tidak sengaja

di- atau men-

tergelek, terguris tidak sengaja digelek atau menggelek

tidak sengaja diguris atau menguris

• Awalan di-

Penggunaan : Untuk membentuk kata kerja pasif

Erti Perkataan Contoh Ayat

Perbuatan pasif yang dilakukan oleh

diri orang ketiga.

diambil, diajar, dijahit,

dimakan

1. Buah itu dimakan oleh

Hafiz

2. Rumah itu dicat oleh

Pak Salim

• Awalan ke-

Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan tingkat, kata nama dan kata

bilangan himpunan.

Kata Perkataan

kata bilangan tingkat Lima -> kelima

kata bilangan himpunan tiga -> ketiga-tiga

kata nama tua -> ketua

kata nama kasih -> kekasih

6

kata nama hendak -> kehendak

Beberapa erti awalan ke-

Perkataan Erti

kedua-dua, kelima-lima himpunan

kelapan, kesepuluh urutan satu persatu

diketuai, dikehendaki yang di-.....-kan atau di-.....- i

7