2675321 pen gurus an makmal sains

Download 2675321 Pen Gurus An Makmal Sains

Post on 17-Jul-2015

81 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

77.0 Objektif Bab

PENGURUSAN MAKMAL SAINS

Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: 1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains. 2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. 3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. 4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal. 5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. 6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains. 7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains. 7.1 Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah : Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal. Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. Mengelak pembaziran. Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran. Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.

7.3 Peruntukan Makmal Sains Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.PERUNTUKAN DARI SEKOLAH PERUNTUKAN SAINS

SUBSIDI KERAJAAN

FIZIK

KIMIA

BIOLOGI

SAINS

7.4 Belanjawan Makmal Sains Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut. 7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.2

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal 1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. 2. Ketua Jabatan Sains tentukan: (a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis. (b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. (c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. (d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. (e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian. 3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. 4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. 5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. 6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. 7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan. Garis panduan menyediakan senarai keperluan 1. Apakah item-item yang: sangat diperlukan? boleh diubahsuaikan? boleh dibeli dengan murah?

3

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran? boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar? 7.4.3 Pesanan dan pembelian Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: . Kuantiti banyak, lebih murah. . Bahan kimia, jangan beli banyak. 3. Masa pembelian: . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar. . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. 4. Cari pembekal yang murah: . Harga mahal dari pembekal alatan sains. . Beli dari syarikat yang belum terkenal. . Beli dari kedai biasa. 7.4.4 Prosedur pembelian Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu: 1. Meminta Sebut harga . Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga.4

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. . Nyatakan tarikh tutup sebut harga. . Simpan salinan surat. 2. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. . Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. . Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. 3. Borang pesanan . Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. . Simpan salinan pesanan 4. Surat/nota tanda terima . Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. . Failkan bersama-sama dengan borang pesanan. 5. Nota hantaran . Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. . Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan . Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. . Failkan nota bersama-sama dokumen lain. 6. Penerimaan barangan . Pembekal menghantar barangan. . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. 7. Invois . Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. . Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran5

dihantar.

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7.5

Penyimpanan Bahan/Radas Sains

7.5.1 Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan. STOR UTAMA Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal. STOR AGIHAN Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada pelajar di makmal berkenaan.

Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. 7.5.2 Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak. Sistem penyimpanan item-item sains Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.6

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod. Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya. 7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal.

Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok. Kad-kad Stok Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan d