26. teknik kawalan penyakit akar

Upload: nahiraz

Post on 09-Jul-2015

315 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK MENGAWAL

PENYAKIT AKARPENANAMAN GETAH

JENIS PENYAKIT Penyakit penyakit utama pokok getah

Penyakit Daun Penyakit Akar Penyakit Batang dan Tapak Torehan

PENYAKIT AKAR Di Malaysia telah di kenal pasti beberapa jenis penyakit yang kebiasaan menyerang akar pokok getah di antaranya :

Penyakit akar putih disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus.

Penyakit akar merah disebabkan oleh kulat Ganoderma philippii . Penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Phellinus noxius

KESAN PENYAKIT AKAR Daun-daun akan bertukar warna menjadi

kekuningan Daun menjadi keras dan melengkung ke bawah Pada mulanya, tanda-tanda ini hanya melibatkan satu atau dua dahan sahaja, tetapi akhirnya akan melibatkan seluruh pokok Pokok mungkin berbunga dan berbuah di luar musim Daun-daun akhirnya gugur dan pokok akan mati.

MENGENALI PENYAKIT AKAR Penyakit akar putih - Akar akan diselaputi oleh miselium kulat berupa benang putih yang melekap pada permukaan akar. - Jasad buah yang berwarna jingga di bahagian atas dan kemerah-merahan di bawah terdapat pada pangkal tunggul pokok getah. Penyakit akar merah - Akar pokok getah akan diselaputi oleh lapisan tanah yang berpasir yang melekat dengan kuat. - Jasad buahnya berwarna merah tua pada bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.

MENGENALI PENYAKIT AKAR Penyakit akar perang - Permukaan akar akan bergerutu dengan tanah berpasir melekat padanya - Tompok-tompok miselium berwarna keperangan terdapat pada permukaan akar. - Jasad buahnya berwarna perang tua di bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.

Penyakit Akar Putih

Penyakit akar Merah

Penyakit akar Perang

Kesan Penyakit Akar

MENGAWAL PENYAKIT AKAR1. Pengurusan Ladang Cara utama penyakit akar berjangkit ialah melalui sentuhan akar atau kayu berpenyakit dengan akar-akar pokok sihat. - Buang pokok dan akar-akar berpenyakit untuk mengurangkan punca penyakit semasa pembersihan ladang. - Pembersihan boleh menggunakan jentera di mana pokok ditumbangkan, tunggul dan akar-akar dikorek dan dibuang untuk di bakar atau dikumpulkan disatu tempat.

MENGAWAL PENYAKIT DAUN 1. Pengurusan Ladang (smbg) - Apabila menebang pokok-pokok getah tua, tunggulnya mestilah diracun supaya cepat reput. Racun seperti Garlon dengan kadar 10% boleh disapu di sekeliling tunggul. - Menanam kekacang penutup bumi jenis menjalar kerana ianya mempercepatkan pereputan akar-akar yang berpenyakit.

MENGAWAL PENYAKIT AKAR 2. Merawat dengan belerang

- Di syorkan untuk kawasan berpenyakit akar yang akan di tanam semula.- Serbuk belerang digunakan pada kadar 120g/lubang serta di tabur sedikit di tanah sebelum mencangkul tanah ke dalam lubang tanaman.

MENGAWAL PENYAKIT AKAR3. Merawat dengan menggunakan racun kulat

a) Langkah pertama- Mengenali pokok yang sakit dengan menjalankan pemeriksaan daun setiap tiga bulan sekali. - Mengenali jenis penyakit akar dengan mengorek sedikit tanah di perdu pokok dan melihat kewujudan miselium kulat.

MENGAWAL PENYAKIT AKAR 3. Merawat dengan menggunakan racun kulat (smbg) b) Langkah kedua Menggunakan racun Penyakit akar merah dan perangi) Gali tanah untuk mendedahkan akar tunjang dan sisi, buang bahagian kayu dan akar yang dijangkiti. Potong bahagian kayu dan akar yang reput. Sapu racun kulat tridemorph(Calixin Collar Protectant) pada bahagian pergelangan, akar tunjang dan akar sisi. Timbus kembali

ii) iii)

iv)

MENGAWAL PENYAKIT AKAR Penyakit akar putihi ) Gali alur cetek di sekeliling pokok ii) Tuang racun kulat di dalam alur tersebut. iii) Gunakan racun kulat seperti Bayleton pada kadar 20g atau Tilt pada kadar 20 ml di dalam dua liter air sepokok untuk pokok-pokok muda berumur di antara dua ke lima tahun. iv) Untuk pokok yang kurang daripada dua tahun, kadarnya dikurangkan separuh ( 10g Bayleton atau 10 ml Tilt ) dalam satu liter air. v) Ulang rawatan selepas enam bulan vi) Efektif untuk jangkitan penyakit akar yang tidak parah.

Curahan racun kulat untuk pengawalan penyakit akar putih

Menyapu racun kulat untuk pengawalan penyakit akar

RUJUKAN1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. 2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah

3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.4. Risalah Impak Getah Intisari maklumat untuk pekebun kecil siri 4.1/2007, Penyakit Akar Pokok Getah 5. Risalah Penyakit Akar Pokok Getah, Lembaga Getah Malaysia