23 april 2009 (khamis) kontraktor syabas terjejas media/1berita... · 23 april 2009 (khamis)...

15
23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar [email protected] KUALA LUMPUR: Lebih 600 kontraktor, termasuk kontraktor Bumiputera Kelas F yang mendaftar dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), berkemungkinan gulung tikar berikutan pembekuan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi RM2.6 bilion. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Air Selangor (PKAS), Zulfihar Abdul Rahim, berkata ia juga menjejaskan 20,000 hingga 30,000 tenaga kerja membabitkan pekerja mahir, separa mahir dan buruh yang terbabit dalam kerja pemulihan serta penyelenggaraan paip sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Beliau berkata, projek bernilai RM2.6 bilion adalah besar dan ia satu-satunya peluang bagi kontraktor tempatan menjana pendapatan, terutama Bumiputera yang banyak bergantung kepada projek Syabas. “Kami di bawah PKAS terkejut apabila membaca pengumuman pembekuan projek yang disiarkan kebanyakan akhbar. Ia bukan saja menyebabkan kontraktor gulung tikar, malah pekerja kehilangan mata pencarian. “Kontraktor juga perlu menanggung kerugian besar kerana ada yang membuat pinjaman bank untuk membeli peralatan, jentera dan kenderaan,” katanya, semalam. Berikutan itu, PKAS merayu kerajaan mempertimbangkan semula arahan itu bagi mengelak kontraktor dan pekerja kehilangan punca pendapatan. Syabas kelmarin mengumumkan pembekuan projek berikutan penyusunan semula pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail, berkata kerajaan dan Syabas akan memaklumkan senarai terperinci projek yang dibekukan kepada orang ramai menerusi iklan akhbar serta poster dan risalah. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Syabas membekukan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi bernilai RM300 juta, bukan RM2.6 bilion. Katanya, rekod tidak rasmi yang diterima kerajaan negeri menunjukkan Syabas melaksanakan projek penggantian paip membabitkan kos RM2.3 bilion. “Ini maklumat dalam sistem kita, tetapi secara rasminya Syabas menjalankan projek penggantian dengan kos RM1.8 bilion," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Upload: phungque

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

23 April 2009 (Khamis)

Kontraktor Syabas terjejas

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar [email protected]

KUALA LUMPUR: Lebih 600 kontraktor, termasuk kontraktor Bumiputera Kelas F yang mendaftar dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), berkemungkinan gulung tikar berikutan pembekuan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi RM2.6 bilion. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Air Selangor (PKAS), Zulfihar Abdul Rahim, berkata ia juga menjejaskan 20,000 hingga 30,000 tenaga kerja membabitkan pekerja mahir, separa mahir dan buruh yang terbabit dalam kerja pemulihan serta penyelenggaraan paip sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata, projek bernilai RM2.6 bilion adalah besar dan ia satu-satunya peluang bagi kontraktor tempatan menjana pendapatan, terutama Bumiputera yang banyak bergantung kepada projek Syabas. “Kami di bawah PKAS terkejut apabila membaca pengumuman pembekuan projek yang disiarkan kebanyakan akhbar. Ia bukan saja menyebabkan kontraktor gulung tikar, malah pekerja kehilangan mata pencarian. “Kontraktor juga perlu menanggung kerugian besar kerana ada yang membuat pinjaman bank untuk membeli peralatan, jentera dan kenderaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, PKAS merayu kerajaan mempertimbangkan semula arahan itu bagi mengelak kontraktor dan pekerja kehilangan punca pendapatan. Syabas kelmarin mengumumkan pembekuan projek berikutan penyusunan semula pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail, berkata kerajaan dan Syabas akan memaklumkan senarai terperinci projek yang dibekukan kepada orang ramai menerusi iklan akhbar serta poster dan risalah.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Syabas membekukan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi bernilai RM300 juta, bukan RM2.6 bilion. Katanya, rekod tidak rasmi yang diterima kerajaan negeri menunjukkan Syabas melaksanakan projek penggantian paip membabitkan kos RM2.3 bilion. “Ini maklumat dalam sistem kita, tetapi secara rasminya Syabas menjalankan projek penggantian dengan kos RM1.8 bilion," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Page 2: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

23 April 2009 (Khamis)

Prosedur kerja di pejabat tanah masih menyusahkan orang ramai

PADA 14 April lalu, kira-kira jam 11.35 pagi saya dan isteri ke Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah yang terletak di Peringgit Point untuk mendapatkan salinan surat kuasa daripada Bahagian Pesaka Kecil di pejabat berkenaan. Petugas memberitahu salinan itu boleh didapati dengan bayaran RM2 bagi satu salinan. Namun yang memeranjatkan kami ialah bayaran berkenaan hanya boleh dibuat di Pejabat Tanah di Wisma Negeri iaitu di MITC, Ayer Keroh. Kemudian timbul lagi masalah apabila kami hendak mendapatkan salinan berkenaan selepas membuat bayaran kerana pegawai berkaitan belum masuk pejabat walaupun jam 2.15 petang. Dua persoalan timbul. Pertamanya mengapa bayaran perlu dibuat di pejabat lain yang jaraknya melebihi lapan kilometer. Apakah pejabat berkenaan tidak boleh mengutip bayaran hingga perlu mendera pelanggan berulang alik antara dua pejabat itu.

Dengan kemudahan sistem yang semakin canggih sekarang adalah tidak masuk akal untuk berlaku hal berkenaan. Apakah yang terjadi dengan slogan ‘Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian, Tiada Pintu Salah’ yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan? Adakah dasar ini hanya dilaksanakan jabatan yang berdekatan dan sentiasa dapat dipantau KSN saja? Sedangkan bagi jabatan yang berada jauh daripada kawalan, slogan ini mungkin hanya menjadi momokan semata-mata.

Perkara kedua ialah berkaitan pegawai yang sering masuk lambat ke pejabat dan menghilangkan diri tidak tentu masa. Petugas berkenaan memberi tahu kami untuk datang semula pada jam 2 petang dan memberi jaminan salinan itu akan siap tanpa sebarang masalah. Namun apabila kami datang semula pada jam 2.05 petang beliau memberitahu salinan berkenaan belum dapat diserahkan kerana pegawai yang sepatutnya menandatangani salinan itu belum masuk ke pejabat.

Apabila ditanya tiadakah pegawai lain yang boleh menandatangani surat berkenaan, jawapannya tiada. Selepas kami ‘naik angin’ dan berlaku sedikit pertengkaran, barulah beliau menelefon pegawai lain untuk menandatangani salinan surat itu. Persoalannya, mengapa perkara yang menyusahkan orang ramai ini masih berlaku di jabatan kerajaan. Di sebalik usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem penyampaian kepada pelanggan masih ada yang bertindak seolah-olah mereka paling berkuasa di sesebuah jabatan.

Saya percaya masih ramai yang mengalami perkara yang sama tetapi tidak kuasa mengetengahkannya. Amalan buruk jabatan seperti inilah sebenarnya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan. Mereka menganggap kerajaan gagal mengawasi kakitangannya untuk menjalankan tugasnya dengan baik. Apa yang saya harap ialah Kerajaan Melaka khususnya dapat meneliti perkara ini dan memperbaiki keadaan supaya ia tidak berlarutan. ANAK MELAKA PERANTAU, Batu Caves, Selangor.

Page 3: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

24 April 2009 (Jumaat)

Sabah & Sarawak: Masalah perparitan, kemudahan asas Tudan perlu perhatian

Oleh Kandau Sidi [email protected]

MIRI: Kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius terhadap masalah kelemahan sistem perparitan dan ketiadaan kemudahan asas di kawasan perumahan Tudan di utara Sarawak. Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin, berkata sistem perparitan dan kemudahan asas di kawasan itu kurang memuaskan berbanding kawasan perumahan lain yang paling hampir dengan pusat bandar.

Beliau berkata, ia khususnya membabitkan penduduk setinggan yang dipindahkan ke kawasan penempatan semula Tudan Desara. “Tudan termasuk Tudan Desara ialah kawasan perumahan yang padat dengan penduduk serta memerlukan banyak kemudahan awam,” katanya ketika meninjau masalah penduduk kawasan itu di sini, semalam.

Kawasan Tudan mempunyai populasi penduduk paling padat di banda raya Miri. Sebelum ini, sejumlah RM7 juta sudah diperuntukkan kerajaan negeri untuk membangunkan jalan raya, parit dan kemudahan awam di sekitar bandaraya Miri.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin berkata, ketika ini sejumlah RM300,000 sudah dibelanjakan bagi menurap jalan di Tudan terus ke pasar raya E-Mart. Manakala, kerja menurap lorong terakhir sejauh 600 meter di Tunda Desara akan dilakukan tidak lama lagi.

Mengenai isu kebersihan, Lee mencadangkan supaya penduduk bergotong-royong membersihkan parit dan kawasan sepanjang tepi jalan. “Saya dapati banyak sampah dibuang di merata tempat. Sampah juga bersepah dilonggokkan di luar tong sampah. Kita perlu terus didik penduduk supaya bekerjasama menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka,” katanya.

Sebelum itu, Lee turut meluangkan masa melawat tapak projek padang permainan kanak-kanak dan gelanggang bola keranjang di Tudan Fasa 2A. Projek bernilai RM75,000 itu dibangunkan menerusi Projek Kecil Pembangunan Luar Bandar (MRP).

Ketika melawat Tudan Fasa 1, Lee menyerahkan geran berjumlah RM25,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu untuk menyelenggarakan projek saliran kawasan mereka. Katanya, JKKK itu adalah yang pertama dipilih mengendalikan projek itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin membabitkan pembaikan parit sejauh 120 meter.

Page 4: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

24 April 2009 (Jumaat)

Johor: Irda mahu percepat projek rakyat

Oleh Azida Shaharuddin [email protected]

Usaha pastikan penduduk sekitar Iskandar Malaysia dapat nikmati manfaat pembangunan

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) mahu mempercepatkan projek berorientasikan rakyat di Iskandar Malaysia supaya mereka yang menetap di koridor pembangunan itu dapat segera menikmati manfaatnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Harun Johari, berkata Irda sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap hala tuju, polisi dan strategi pembangunan Iskandar Malaysia, kini menumpu melaksanakan pelbagai langkah yang perlu untuk memenangi hati dan minda rakyat. "Kami kini sedang berusaha keras bagi mencapai tujuan itu dan kini merancang mempercepatkan pelaksanaan projek yang memanfaatkan rakyat secara terus. "Sehubungan itu, tentunya Irda akan melaksanakan projek ini tanpa menjejaskan kualiti hidup penduduk," katanya pada sidang akhbar berhubung perkara itu di pejabat Irda, di sini, semalam.

Sambil mengakui Irda juga perlu turun padang bagi komunikasi dua hala dengan penduduk untuk mengetahui keperluan mereka, Harun berkata, pihaknya akan mengumpul seberapa banyak maklumat sebelum mengatur langkah selanjutnya. "Memandangkan kami sudah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), baru-baru ini, Irda akan bekerja lebih keras bagi mencapai tujuan itu, khususnya memanfaatkan pemegang saham utama projek terbabit," katanya.

Ketika kunjungan bertemu kakitangan awam Isnin lalu, Najib memaklumkan segala perancangan projek Iskandar Malaysia ketika di bawah pimpinan Perdana Menteri sebelumnya akan diteruskan. Harun berkata, satu projek yang akan dipercepatkan ialah kerja mempertingkatkan sistem pengangkutan bas sebagai langkah awal menambah baik sistem pengangkutan awam keseluruhan koridor itu. "Kami kini sedang merangka pelan projek berkenaan dan berharap langkah pelaksanaannya dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata, projek berorientasikan rakyat penting bagi menyangkal persepsi negatif orang ramai yang berpendapat Iskandar Malaysia hanya menjurus kepada memenuhi keperluan dan minat pelabur asing. Kami mahu rakyat terutama penduduk di wilayah ini tahu bahawa projek di Iskandar Malaysia memberi manfaat terutamanya kepada mereka dan generasi akan datang," katanya.

Harun berkata, projek menaik taraf jalan, sistem pengairan dan saliran serta kawalan pencemaran juga diberi keutamaan. "Projek ini penting bukan saja untuk meyakinkan pelabur untuk melabur di wilayah ini malah menyediakan persekitaran hidup yang lebih baik kepada penduduk," katanya. Menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion bagi pelaksanaan projek di Iskandar Malaysia.

Page 5: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

25 April 2009 (Sabtu)

Sabah & Sarawak: Penipuan angkara maklumat akaun bocor

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah [email protected]

KOTA KINABALU: Kegagalan institusi perbankan di negara ini mengutamakan aspek kerahsiaan akaun pelanggan didakwa antara punca berlakunya kebocoran maklumat kepada pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi maklumat itu untuk kepentingan peribadi dan menipu pengguna. Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, mendakwa adakalanya institusi perbankan gagal memberikan perhatian terhadap aspek kerahsiaan menyebabkan maklumat mengenai akaun pelanggannya diketahui pihak lain. Katanya, maklumat akaun bank pelanggan seperti transaksi kewangan dan penyata akaun tidak seharusnya diberikan kepada orang lain kecuali mendapat arahan daripada pemiliknya atau atas perintah mahkamah.

"Aspek ini antara punca ramai pengguna ditipu sindiket pemindahan wang melalui internet. Mereka dapat tahu maklumat kewangan pelanggan bank lalu menggunakannya untuk menipu mereka dengan membuat pelbagai tipu helah sehingga pengguna terbabit menyerahkan wang. "Ada juga bank memberikan maklumat akaun bank individu atau organisasi tertentu apabila pihak yang memperkenalkan diri ada kaitan dengan individu atau organisasi itu meminta maklumat berkenaan untuk tujuan tertentu. "Perkara ini pernah terjadi kepada Cash sendiri apabila ada bekas ahli persatuan ini meminta maklumat akaun persatuan daripada bank tanpa mendapat kebenaran daripada persatuan atau perintah mahkamah," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai masalah penipuan menggunakan akaun bank pengguna yang didalangi sindiket pemindahan wang secara haram menerusi perkhidmatan pemindahan wang secara dalam talian yang disediakan pihak bank. Patrick berkata pihak bank perlu merahsiakan semua maklumat berkaitan akaun pengguna dan mengambil langkah berkesan bagi menghalang pencerobohan terhadap sistem penyimpanan maklumat akaun pelanggannya.

25 April 2009 (Sabtu)

MPOB bongkar kegiatan jual biji benih sawit haram

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya membongkar kegiatan penjualan biji benih sawit 'haram' dan pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Bhd dan Felda Agriculture Services Sdn Bhd susulan rampasan kira-kira 200,000 biji benih sawit berkenaan bernilai sekitar RM430,000. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Basri Wahid, berkata serbuan pegawai penguat kuasa MPOB di Ulu Keratong 3, Pahang pada 15 April

Page 6: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

lalu telah berjaya merampas 23,800 biji benih sawit cambah haram yang siap dibungkus menggunakan kotak berlogo Felda Agriculture.

Susulan rampasan itu, katanya pihak MPOB berjaya menjejak premis pengusaha biji benih haram itu di Sungai Lang, Banting, Selangor yang mana serbuan dan penggeledahan dibuat keesokan harinya. "Biji benih itu bukan dari jenis DxP, baka kahwin deli dura dan psifera, seperti didakwa pada bungkusan, sebaliknya ia adalah biji benih yang dikutip di bawah pokok. "Biji benih yang dirampas itu dipercayai sebahagian daripada jumlah tempahan bagi projek tanaman semula ladang gugusan Keratong membabitkan 2,490 hektar, yang mana keperluan biji benih sawit bagi tanaman semula dianggarkan sebanyak 460,990 biji," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pembongkaran berkenaan di Bangi, semalam. Hadir sama Naib Presiden Kanan I yang juga Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sime Darby Plantation Bhd, Khairuddin Hashim.

Mohd Basri berkata, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005 iaitu menyimpan dan mengalih bahan tanaman sawit tanpa lesen dan jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM200,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Beliau berkata, selain biji benih, rampasan lain termasuk kotak, plastik pembungkusan dan sebuah Proton Perdana V6 yang digunakan suspek.

27 April 2009 (Isnin)

2,077 Taska belum daftar dengan JKM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat mengesan sebanyak 2,077 taman asuhan kanak-kanak (Taska) belum berdaftar dengan jabatan itu dari tahun lalu hingga hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Asiah Md Salleh, berkata hingga kini, hanya 2,282 taska yang berdaftar dengan jabatan itu.

"Kita sudah beri mereka (pengusaha Taska) peluang mendaftar dengan JKM bagi tempoh sepanjang tahun lalu hingga Februari lalu namun mereka masih gagal berbuat demikian. "Oleh itu, kita akan ambil tindakan kepada pengusaha ini dengan mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Januari lalu dilaporkan, sebanyak 1,987 Taska belum mendaftar dengan JKM walaupun sudah dimaklumkan mengenai tempoh 'Amnesty' yang diumumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ogos lalu. Antara punca pengusaha gagal mendaftar kerana tidak wujud prosedur yang selaras di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) antara negeri dengan daerah sehingga memberi kesan terhadap pengeluaran perakuan pendaftaran Taska.

Page 7: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

Asiah berkata, penting bagi sesebuah Taska sama ada milik kerajaan atau swasta mendaftarkan premis mereka bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. "Di negara ini, ada lebih 100,000 kanak-kanak di Taska kerajaan dan swasta dan banyak kelebihan menghantar anak mereka di Taska berdaftar kerana ia memenuhi keperluan minimum seperti yang ditetapkan JKM," katanya.

27 April 2009 (Isnin)

Ong bidas akhbar perniagaan kaitkan isu seleweng PKFZ

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam menyelar sebuah akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris yang mengaitkannya dengan dakwaan penyelewengan pelaburan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM8 bilion. Ong berkata, beliau tidak pernah ditemubual akhbar berkenaan dan pelik bagaimana laporan minggu lalu yang mengandungi kesalahan fakta disiarkan tanpa pengetahuannya.

"Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, siasatan PKFZ dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) manakala status kewangan projeknya dilakukan firma perakaunan dan percukaian global, PricewaterhouseCoopers. "Ketika ini LPK sedang berusaha mengubah status rahsia (declassify) beberapa dokumen dan surat yang terbabit dalam laporan itu.

"Bila siap, kita pasti akan mendedahkannya tanpa sebarang campur tangan... memang sesiapa saja boleh menulis, hari ini laporan sebut RM8 bilion, esok RM10 bilion dan saya tidak tahu dari mana mereka dapat sumber," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) Ke-33 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Kimma, Syed Ibrahim Kader dan Timbalan Presiden Kimma Kebangsaan, Datuk Jawahar Ali Taib Khan. Sementara itu, Ong berkata, beliau akan membawa tuntutan Kimma supaya kongres itu diterima sebagai parti komponen Barisan Nasional dengan mengambil kira sumbangan ahlinya yang menjadi penyokong setia BN selama ini.

28 April 2009 (Selasa)

Timur: Pencerobohan hutan sentiasa dipantau

JABATAN Perhutanan sebagai agensi terunggul dalam pengurusan hutan sentiasa memantau dan mengawasi isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram di Pahang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. "Kegiatan pencerobohan dan pembalakan haram secara langsung memberi kesan negatif ke atas biodiversiti, kualiti hutan dan alam sekitar.

Page 8: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

"Sehubungan itu, Jabatan Perhutanan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit serta sentiasa meningkatkan pemantauan secara berterusan untuk membanteras kegiatan pembalakan haram," katanya menjawab soalan Syed Mohammed Tuan Lonnik (Pas-Beserah).

Adnan berkata, antara tindakan yang dilaksanakan termasuk penubuhan pasukan penguat kuasa hutan di peringkat daerah dan negeri serta `skuad udara' bagi membanteras kes kesalahan yang dikesan di hutan. "Pemantauan juga dilakukan melalui rondaan udara secara bersepadu dengan agensi penguat kuasa lain dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat,” katanya.

Selain itu, katanya, jabatan berkenaan akan memastikan sempadan Hutan Simpan Kekal (HSK) sentiasa dalam keadaan bersih serta ditanda dengan jelas, meningkatkan aktiviti risikan, kempen kesedaran dengan menggalakkan masyarakat membuat aduan mengenai kegiatan pencerobohan hutan.

Mengenai langkah pencegahan bagi mengelakkan kecurian sumber mineral, katanya, kerajaan menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen Mineral 2001. "Ini termasuk mengadakan pemeriksaan ke atas lori atau sebarang alat pengangkutan dan membuat rondaan ke kawasan berpotensi mengandungi mineral yang menjadi tumpuan pelombong haram," katanya. Beliau berkata, agensi penguat kuasa juga membuat tangkapan atau menyita peralatan yang digunakan bagi aktiviti perlombongan haram mengikut Seksyen 137 Enakmen Mineral 2001.

29 April 2009 (Rabu)

Rencana - Penjawat awam perlu proses modenisasi menyeluruh babitkan paradigma, struktural

NAJIB ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Putrajaya, semalam. - Foto Bernama

Reputasi pentadbiran cemerlang wajar disuntik penambahbaikan termasuk menyelami keluh kesah dan gundah gulana sebenar kehidupan seharian rakyat

MENGIMBAU sejarah, kira-kira 40 tahun lalu, Allahyarham ayahanda saya diamanahkan sebagai Pengarah Mageran. Ketika itu, perpaduan kaum ibarat retak seribu dan rakyat hampir hilang

Page 9: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

harapan. Selaku Pengarah Mageran, ayahanda saya berjaya memulihkan demokrasi serta harapan rakyat dengan dibantu anggota perkhidmatan awam yang amat berintegriti, berkebolehan, berwibawa dan berdedikasi. Sekali air bah sekali pantai berubah. Salah satu hakikat zaman adalah perubahan. Untuk maju manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan, manakala untuk kekal di hadapan manusia perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah kejayaan lampau tanpa gigih mencari kejayaan baru akan menyebabkan gejala jumud dan beku.

Satu ketika dulu penjawat awam mempunyai reputasi amat cemerlang. Bukan maksud saya perkhidmatan awam hari ini tidak secemerlang dulu kerana terbukti perkhidmatan awam memainkan peranan proaktif di dalam proses transformasi negara dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Namun kayu ukur dan tanda aras hari ini telah berubah akibat proses globalisasi, ledakan maklumat dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat. Hari ini kita berhadapan dengan dua cabaran monumental. Pertama, cabaran jangka pendek dan kedua cabaran jangka panjang. Di bawah cabaran jangka pendek terdapat tiga cabaran berkaitan. Pertama, memastikan negara mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global. Kedua, keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan dengan kadar paling pantas. Ketiga, membantu rakyat menangani keperitan hidup yang dialami. Cabaran jangka panjang pula melakukan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi Malaysia berteraskan kreativiti dan inovasi. Di bawah model baru ekonomi ini, kerajaan akan membangunkan sektor perkhidmatan menjadi peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru dan pada masa sama menggalakkan sektor pembuatan bergerak ke rantaian nilai lebih tinggi. Langkah-langkah ini diharapkan dapat menyelesaikan secara tuntas kemelut negara dari segi ekonomi iaitu of being neither here nor there yakni, sementara kita bukan lagi boleh dianggap sebagai pusat sektor pengeluaran berkos rendah, kita juga belum berupaya melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai sektor yang sama. Model baru ekonomi ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk meningkatkan statusnya dari sebuah negara 'upper middle income' kepada negara 'high income' dan meletakkan kita kembali di landasan yang betul bagi merealisasikan Wawasan 2020 menjadi negara maju.

Apabila saya mengambil alih kepemimpinan negara, saya mengutarakan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep ini sebenarnya kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana menjadikan kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan. Malah kita juga merasai bagaimana kemajmukan yang tidak diurus dengan betul hampir meranapkan negara seperti dialami ketika tragedi 13 Mei. Suka atau tidak, kita mesti mengakui kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Inilah teras konsep 1Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya platform mencapai kejayaan.

Di bawah konsep ini setiap rakyat berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan dibantu. Tidak akan ada pihak dicicirkan. Janganlah mana-mana pihak menganggap mereka warga negara kelas dua, kerana setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang

Page 10: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

penting. Tiada rakyat Malaysia yang akan terpinggir. Bagi kerajaan, meritokrasi bukan bermakna kesaksamaan yang membuta tetapi bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Seorang anak daripada keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik manapun, jika berpotensi, berhak mendapat bantuan kerajaan. Maknanya, kita boleh menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kerajaan tidak berkemampuan memastikan 'outcome' yang sama. Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh memainkan peranan ibu bapa, keluarga atau masyarakat setempat, kerajaan juga bukanlah galang yang boleh mengganti kehendak, kemahuan, usaha serta iltizam seorang pelajar atau peniaga juga usahawan untuk berjaya. Pendek kata, antara prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) dalam satu keluarga besar.

Bagi menjayakan segala perubahan, kita memerlukan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semua rakyat Malaysia mengoptimumkan potensi mereka. Di sini peranan perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif, luwes dan berani berubah, amat mustahak. Saya gembira kerana dalam melaksanakan inisiatif modenisasi ini saya mendapat sokongan dan kerjasama kepemimpinan tertinggi perkhidmatan awam. Sesungguhnya pembaharuan yang akan dilakukan bukan bersifat 'top down' sebaliknya melibatkan gabungjalin semua segmen perkhidmatan awam. Usaha ini memerlukan proses modenisasi menyeluruh membabitkan bukan saja modenisasi paradigma tetapi juga struktural. Pertama, anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari kerajaan tidak mencipta kekayaan. Peranan ini dimainkan sektor swasta yang mencipta kekayaan dan kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai korporat. Hasil ini digunakan bagi membangunkan negara dan membayar gaji kakitangan awam. Keanjalan ini penting bagi menghadapi cabaran untuk berjaya di dalam ekonomi baru yang ditandai oleh proses globalisasi. Sektor awam perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengetepikan peranan sebagai pemelihara kepentingan awam.

Anjakan paradigma kedua ialah beralih daripada budaya 'output' dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek 'outcome' atau dampak keberhasilan secara holistik. Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan 'output' kepada kejayaan berasaskan 'outcome'. Misalnya dalam bidang pelajaran, bukan jumlah sekolah atau makmal saja harus diberi penekanan tetapi perhatian utama harus diberikan kepada kejayaan menyeluruh termasuk kebajikan dan moral pelajar. Begitu juga dalam menangani gejala dadah, perhitungan bukan hanya kepada berapa banyak pusat serenti mampu dibina, tetapi berapa ramai penagih berjaya dipulihkan.

Anjakan paradigma ketiga adalah daripada birokrasi yang menyukarkan kepada yang memudah cara dan menyenangkan rakyat. Hari ini terdapat tanggapan pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global. Perbelanjaan emolumen untuk pembiayaan sektor awam terus meningkat saban tahun. Kerajaan membelanjakan satu perempat daripada perbelanjaan pengurusan setiap tahun untuk emolumen sektor awam. Pada tahun 2007 kerajaan mengumumkan kenaikan gaji asas kakitangan awam dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus. Dari segi peruntukan, kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk membiayai

Page 11: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

emolumen sektor awam pada 2006 dengan RM28 bilion untuk tujuan ini. Angka ini meningkat kepada RM32 bilion pada 2007 dan RM41 bilion pada 2008. Persoalan di benak rakyat, adakah perbelanjaan ini berbaloi. Are the rakyat getting value for their tax dollars?

Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan saja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. We do not need mere seat warmers, we need actual doers. Di sudut lain, kenapa kita harus terus-terusan mengamal tatacara kerja usang, menyulitkan lagi melambatkan jikalau ia dapat disiapkan dalam masa cepat. Salah satu rungutan ramai ialah khidmat kaunter yang lambat. Rakyat mengeluh kerana walaupun jumlah kaunter banyak, kebanyakan waktu jumlah kaunter yang dibuka tidak optimum. Begitu juga jika rakyat menelefon jabatan kerajaan, pegawai atau kakitangan tidak menjawab atau menjawab tidak tahu. Walaupun bukan semua tetapi ini menyebabkan tanggapan buruk terhadap perkhidmatan awam sebagai penyusah bukan pemudah cara. Salah satu langkah terbaik ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kaedah e-filingnya yang merupakan pendekatan yang memudahkan penuh kreativiti dan inovasi. Anjakan paradigma keempat adalah daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. Kalau selama ini kita mengukur pencapaian dari segi produktiviti, hari ini ukuran ini perlu ditambah baik melalui kreativiti dan inovasi. Ukuran produktiviti secara konvensional hanya memberikan kita penambahbaikan secara bertokok (incremental), manakala jika digabungkan produktiviti dengan kreativiti dan inovasi, ia akan memberikan kita penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap).

Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utama adalah meningkatkan kepuasan hati klien sektor awam iaitu rakyat. Idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakulsampahkan hanya semata-mata ia tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global, budaya pemikiran di luar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian bukan kepelikan. Dari segi pembaharuan struktural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah 'sistem kemasukan pelbagai peringkat' ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita dapat memanfaatkan proses 'cross fertilization' di antara bakat sektor awam dan sektor swasta. Sudah tiba masanya kini jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat sektor swasta dan dari perkhidmatan selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Kedua, saya mencadangkan dasar pintu terbuka di mana pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan ke perkhidmatan awam untuk saling menimba pengalaman.

Ketiga, bagi mendapatkan bakat terbaik, perkhidmatan awam perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Negara. Kita akan menghantar yang terbaik di kalangan penjawat awam untuk

Page 12: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti Kennedy School of Government, di Universiti Harvard, dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania.

Saya mencabar generasi muda supaya mengkritik sektor awam untuk bersama-sama menambah baik sistem dari dalam. Buat masa ini kita tidak boleh menandingi kelumayanan yang ditawarkan sektor swasta tetapi kita boleh tawarkan rasa kepuasan berkhidmat demi rakyat dan negara. Saya amat maklum, mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak. Paling utama harus ada kesefahaman di antara anggota pentadbiran sebagai penggubal dasar dan anggota perkhidmatan awam sebagai jentera pelaksana.

Ketika mengumumkan anggota Kabinet, saya turut mengumumkan satu sistem petunjuk utama prestasi (KPI) yang akan dirangka bagi mengukur pencapaian mereka. Namun, semboyan berkhidmat ini tidak terhenti setakat anggota kabinet, anggota perkhidmatan awam adalah rakan kongsi utama kepada anggota pentadbiran untuk menunaikan komitmen kita kepada rakyat Malaysia dalam memberikan khidmat yang terbaik.

Kepemimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Bila rakyat menilai kepimpinan sektor awam dan politik, apa yang ingin diukur oleh mereka ialah pencapaian. Sebab itulah saya merangka KPI kerana piawai kepada pencapaian itu perlu ada. Ini akan membolehkan perkhidmatan awam dinilai secara holistik merangkumi penilaian kuantitatif dan kualitatif. KPI ini bukan alat atau kaedah untuk menghukum atau mendera kakitangan awam tetapi sebagai kayu ukur yang objektif terhadap tahap penyampaian. Sesungguhnya, modenisasi sektor awam adalah suatu usaha murni yang besar dan berterusan. Saya tidak mahu mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam. Apa yang saya katakan dan janjikan hari ini, akan berkesinambungan dengan tindakan susulan. Kepada yang berprestasi tinggi, tidak perlu bimbang. Janganlah menganggap diri tuan-tuan dan puan-puan sebagai wira yang tidak didendang. Kepada mereka yang pencapaiannya kurang memuaskan, saya menyeru agar bingkas bangun membaiki prestasi.

Penjawat awam perlu dilihat memberikan khidmat yang menyenangkan rakyat kerana sebab musabab atau raison d'etre kepada kewujudan perkhidmatan awam itu sendiri adalah untuk mengkhidmati rakyat. Jika benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita perlu fahami masalah, kekangan dan kesulitan rakyat. Sebab itulah saya sangat menekankan empati dalam pentadbiran agar penyelesaian yang kita capai bertepatan dengan hasrat mereka.

Paling mustahak, saya inginkan pentadbiran yang memahami denyut nadi rakyat. Pentadbiran yang berupaya menyelami keluh kesah dan gundah gulana sebenar kehidupan seharian rakyat. Justeru, sebaik saya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri saya mulakan siri walkabout atau tinjauan mesra dan prihatin di kawasan tertentu, bukan saja bagi membolehkan saya mendekati rakyat, tetapi merasai kepekaan secara visual dan melalui panca deria saya segala bau dan hiruk pikuk serta liku-liku kepayahan yang dilalui oleh orang-ramai. Contohnya,

Page 13: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

bagaimana kita hendak menggubal dasar pengangkutan awam jika tidak turun sendiri menaiki LRT dan komuter atau bas yang menjadi nadi pengangkutan selama ini.

Pengalaman itu amat berharga, dan penilaian yang dapat dibuat sangat berbeza berbanding penilaian berasaskan laporan yang dibentang dalam pejabat berhawa dingin. Sebab itu saya pegawai tinggi kerajaan juga turun padang dari semasa ke semasa. Insya-Allah, rakyat akan menerima kita sepenuhnya. Akhir kata demi rakyat, tunjangkan dan tampilkanlah penjawat awam yang berintegriti, berkebolehan, setia dan berdedikasi. 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

30 April 2009 (Khamis)

Rencana - Struktur gaji pengetua, penolong kanan perlu disemak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar [email protected]

Penstrukturan gaji pengetua dan penolong kanan perlu mengambil kira sumbangan mereka mengurus

kecemerlangan pendidikan di sekolah menengah seluruh negara. - Foto Supian Ahmad

Pendapatan pegawai pengurusan sekolah masih rendah berbanding gred khas Guru Cemerlang DG52 KUP

PERKHIDMATAN lebih lima tahun Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kementerian Pelajaran meninggalkan nota gembira untuk sebahagian besar guru, khususnya memberi kenaikan pangkat atau gred jawatan lebih tinggi menerusi penstrukturan semula kementerian berkenaan. Antaranya elaun kritikal dikembalikan semula, guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah menerima kenaikan satu tangga gaji ke DG41 selepas mendapat ijazah dan guru DG41 yang mengajar di Tingkatan Enam selama tiga tahun dinaikkan ke DG44. Namun, di sebalik keriangan itu, penstrukturan semula berkenaan terlepas pandang terhadap pegawai pengurusan sekolah kerana mereka tidak menerima sebarang tempias.

Pengetua dan penolong kanan yang menjadi penggerak utama untuk menjayakan semua dasar, wawasan dan strategi Kementerian Pelajaran 'agak tersepit' dari segi gred jawatan selepas penstrukturan berkenaan. Perbincangan penulis dengan beberapa pengetua dan penolong kanan menunjukkan sejak 2000 hingga sekarang, pengisian jawatan pengetua baru dan penolong kanan sekolah menengah bukan lagi proses kenaikan pangkat. Hampir semua pengetua yang dilantik selepas tahun berkenaan adalah daripada kalangan Pegawai

Page 14: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP). Ironinya, pengetua yang dilantik rata-rata adalah PPPS yang sudah dinaikkan gred ke DG48 secara KUP, walaupun gred jawatan pengetua adalah DG48 secara hakiki.

Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran, satu-satunya jabatan yang dimonopoli sepenuhnya kumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang mengurus proses kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan, hanya perlu menukar status DG48 (KUP) kepada DG48 (Hakiki) ketika melantik PPPS menjadi pengetua. Selesai proses itu, pegawai berkenaan mendapat elaun pengetua sebanyak RM150 sebulan. Tangga gaji dan elaun lain kekal seperti ketika mereka menyandang jawatan guru DG48 KUP. Lebih malang, pengetua baru yang dilantik di sekolah yang ada kemudahan kuarters pengetua, elaun rumah mereka dipotong separuh kepada RM350 kerana pengetua diwajibkan tinggal di kuarters.

Elaun Cola juga turut berkurangan separuh mengikut kategori tempat bertugas. Kementerian Pelajaran dapat menjimatkan kos jika kenaikan pangkat pengetua diteruskan dengan kaedah sekarang seperti yang ditetapkan oleh PTD. Namun, kesannya ialah ramai calon pengetua yang berkelayakan dan berwibawa menolak tawaran dilantik sebagai pengetua hingga sanggup bertugas sebagai penolong kanan atau guru biasa hingga pencen. Rasionalnya, mereka tidak mahu memikul beban tugas pentadbiran yang berat sedangkan faedahnya tidak setimpal, malah imbuhan kewangan semakin susut. Ini bertentangan dengan amalan Jabatan Perkhidmatan Awam atau agensi kerajaan lain bahawa penentuan kadar gaji pegawai berpegang kepada prinsip semakin berat beban tugas dan tanggungjawab, semakin tinggi kadar upahnya. Pengetua DG48 sudah tentu 'segan-segan' kerana di sekolah utama, biasanya ada seorang hingga lebih 10 guru DG48 KUP, guru biasa yang sama gred jawatan dengannya. Pengetua ini akan diaibkan (secara sengaja atau sebaliknya) jika ada guru sekolahnya dalam gred khas Guru Cemerlang DG52 KUP, DG54 KUP atau Gred Khas Jusa C (KUP). Dengan itu, ramai yang menolak dilantik pengetua dan berlaku amalan tangkap muat untuk mengisi kekosongan jawatan, iaitu mencalonkan mana-mana guru DG48 (KUP) yang berminat tetapi kurang berkualiti untuk mengisi jawatan pengetua baru. Berikutan amalan tidak sihat itu, dalam sesetengah kes, masih ada pengetua yang dilantik masih menyandang DG44. Ini akan menjejaskan mutu perkhidmatan pendidikan untuk pelajar kerana pengurusan sekolah diserahkan kepada pemimpin yang kurang berwibawa.

Secara ringkas, pelantikan pengetua bukanlah proses kenaikan pangkat, bahkan mereka 'didera' untuk kekal lama dalam satu tangga gaji. Ini disebabkan, PPPS perlu melalui tempoh perkhidmatan minimum sehingga 20 tahun sebelum menyandang gred DG48 KUP (10 tahun berada di gred DG44 dan 10 tahun DG44). Berbanding dengan perkhidmatan lain seperti PTD yang hanya memerlukan tempoh tiga tahun berkhidmat dalam gred M41 sebelum dinaikkan ke gred M44 dan dua hingga tiga tahun berikutnya untuk dinaikkan ke gred M48 (keseluruhannya enam tahun saja). Penolong kanan juga hampir sama keadaannya dengan pengetua dari segi gred jawatan.

Page 15: 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Media/1Berita... · 23 April 2009 (Khamis) Kontraktor Syabas terjejas Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my

Di sekolah menengah, biasanya ada tiga orang penolong kanan, iaitu penolong kanan pentadbiran dan akademik (DG44), penolong kanan hal ehwal murid (DG44) dan penolong kanan kokurikulum (DG41). Penolong kanan adalah pegawai yang paling penting di sekolah dalam menggerakkan pentadbiran sekolah dari aspek pengurusan, akademik, pengurusan hal ehwal murid, mahupun aktiviti kokurikulum. Seperti juga perjawatan pengetua, gred jawatan penolong kanan setara dengan guru biasa, iaitu DG44.

Malah, sebelum menjawat jawatan penolong kanan, PPPS dari segi amalannya akan mendapat gred DG44 KUP terlebih dulu selepas berkhidmat melebihi 10 tahun dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan. Jika dibandingkan dengan guru mata pelajaran yang mengajar Tingkatan Enam, ternyata gred jawatan penolong kanan sangat rendah. Guru Tingkatan Enam hanya perlu tiga tahun berada di Gred DG41 dan tiga tahun pengalaman mengajar subjek Tingkatan Enam sebelum dinaikkan pangkat ke gred ke DG44. Penolong kanan perlu melalui tempoh perkhidmatan 10 tahun sebelum dilantik sebagai pentadbir sekolah. Dari segi bebanan kerja, biasanya penolong kanan terpaksa pulang lewat petang untuk menyiapkan tugas pentadbiran, sedangkan guru Tingkatan Enam boleh pulang selewat-lewatnya 3 petang selepas selesai waktu persekolahan. Mengikut amalan Kementerian Pelajaran sekarang, seseorang penolong kanan hanya akan dinaikkan pangkat ke jawatan pengetua selepas mendapat gred DG48 KUP ketika memegang jawatan penolong kanan dengan gred sama DG48 dengan ditambah perkataan 'hakiki' saja. Ini juga bermakna tiada kenaikan pangkat untuk guru DG44 yang dilantik sebagai Penolong Kanan. Penolong kanan adalah penggerak kepada sekolah kerana mereka akan melaksanakan arahan pengetua, menjalankan tugas pengetua ketika ketiadaannya, mewakili pengetua ke mesyuarat atau majlis rasmi, merancang dan melaksanakan program akademik, mengurus kewangan dan stok sekolah, mengurus hal ehwal akademik, hal ehwal murid, kokurikulum, asrama, perancangan prasarana dan sumber manusia, mengajar sebilangan waktu yang ditetapkan dan pelbagai tugas yang semakin bertambah saban hari.

Memetik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 3 April lalu:

"Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi pendidik, meningkatkan kualiti hidup perwira tanah air, mahupun dalam memperkasa ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global."

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran yang baru sudah tentu mempunyai formula membetulkan nasib pengetua dan penolong kanan daripada terus diaibkan dalam keadaan sekarang.