2.2 penduduk dan asas ekonomi serahan 100111 teknikal/bahagian 1/bab... · 2011-09-24 · nisbah...

19
Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-1 2.2 PENDUDUK DAN ASAS EKONOMI 2.2.1 Profil Penduduk Jajahan Machang 2010 i. Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah Penduduk Jajahan Machang tahun 2010 dianggarkan seramai 90,420 1 , meningkat pada kadar purata 1.35% berbanding tahun 2000. Daerah Ulu Sat mempunyai penduduk paling ramai iaitu 31,760 atau 35.1% jumlah penduduk jajahan. Daerah Temangan mempunyai bilangan penduduk paling sedikit iaitu 6,286 atau 7.0% jumlah penduduk jajahan. Lain-lain daerah mempunyai saiz penduduk yang seimbang iaitu antara 13% hingga 16% jumlah penduduk jajahan. Taburan penduduk jajahan mengikut daerah ditunjukkan dalam Jadual 2.2.1 dan Rajah 2.2.1. Jadual 2.2.1: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010 Tahun\Daerah 2000 2010 KPPT (%) Bilangan % Dari Bilangan % Dari Pulai Chondong 12,868 16.3 14,898 16.5 1.4 Labok 2,334 15.6 13,827 15.3 1.1 Ulu Sat 27,332 34.6 31,760 35.1 1.5 Pangkal Meleret 10,392 13.1 11,763 13.0 1.3 Panyit 10,499 13.3 11,886 13.1 1.2 Temangan 5,608 7.1 6,286 7.0 1.1 Jumlah Jajahan 9,032 100.0 90,420 100.0 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Rajah 2.2.1: Taburan Penduduk Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010 Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif tinggi berbanding purata jajahan, masing-masing 1.5% dan 1.4%. Ini adalah selaras dengan aktiviti pembangunan fizikal dan ekonomi yang berlaku di kedua-dua daerah. 1 Data Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 dalam Laporan Kiraan Permulaan mencatatkan penduduk Jajahan Machang berjumlah 89,044 berbanding tahun 77,762 Kiraan Permulaan Bancian tahun 2000. Data penduduk Jajahan Machang selepas penyelarasan bancian mencatatkan bilangan penduduk Jajahan tahun 2000 adalah 70,032. Data ini adalah berdasarkan penyelarasan pada kadar 1.52% dengan mengambilkira kadar pertumbuhan yang dinyatakan dalam Laporan Kiraan Permulaan Bancian 2010. 2000 2010

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-1

2.2 PENDUDUK DAN ASAS EKONOMI

2.2.1 Profil Penduduk Jajahan Machang 2010

i. Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah

Penduduk Jajahan Machang tahun 2010 dianggarkan seramai 90,4201, meningkat pada kadar

purata 1.35% berbanding tahun 2000. Daerah Ulu Sat mempunyai penduduk paling ramai

iaitu 31,760 atau 35.1% jumlah penduduk jajahan. Daerah Temangan mempunyai bilangan

penduduk paling sedikit iaitu 6,286 atau 7.0% jumlah penduduk jajahan. Lain-lain daerah

mempunyai saiz penduduk yang seimbang iaitu antara 13% hingga 16% jumlah penduduk

jajahan. Taburan penduduk jajahan mengikut daerah ditunjukkan dalam Jadual 2.2.1 dan

Rajah 2.2.1.

Jadual 2.2.1: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010

Tahun\Daerah 2000 2010 KPPT

(%) Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑

Pulai Chondong 12,868 16.3 14,898 16.5 1.4

Labok 2,334 15.6 13,827 15.3 1.1

Ulu Sat 27,332 34.6 31,760 35.1 1.5

Pangkal Meleret 10,392 13.1 11,763 13.0 1.3

Panyit 10,499 13.3 11,886 13.1 1.2

Temangan 5,608 7.1 6,286 7.0 1.1

Jumlah Jajahan 9,032 100.0 90,420 100.0 1.35

Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

Rajah 2.2.1: Taburan Penduduk Machang Mengikut Daerah, 2000 dan 2010

Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif tinggi

berbanding purata jajahan, masing-masing 1.5% dan 1.4%. Ini adalah selaras dengan aktiviti

pembangunan fizikal dan ekonomi yang berlaku di kedua-dua daerah.

1 Data Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 dalam Laporan Kiraan Permulaan mencatatkan penduduk Jajahan Machang berjumlah 89,044 berbanding tahun 77,762 Kiraan Permulaan Bancian tahun 2000. Data penduduk Jajahan Machang selepas penyelarasan bancian mencatatkan bilangan penduduk Jajahan tahun 2000 adalah 70,032. Data ini adalah berdasarkan penyelarasan pada kadar 1.52% dengan mengambilkira kadar pertumbuhan yang dinyatakan dalam Laporan Kiraan Permulaan Bancian 2010.

2000

2010

Page 2: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-2

ii. Penduduk Mengikut Kumpulan Umur

Jadual 2.2.2 mencatatkan taburan penduduk mengikut kumpulan umur dengan jeda masa 5

tahun. Jajahan ini mempunyai penduduk muda yang besar dengan sumbangan penduduk

umur kurang dari 30 tahun adalah 63.8%. Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah

penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk manakala penduduk umur kurang dari 15

tahun adalah hampir 41%.

Jadual 2.2.2: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Umur, 2000 dan 2010

Kump Umur 2000 2010

KPPT(%) % Group Population % Group Population

0 - 4 12.69 10,031 12.72 11,501 1.36

5 - 9 14.10 11,144 14.00 12,659 1.27

10 – 14 14.63 11,560 14.20 12,840 1.05

15 – 19 11.26 8,899 11.50 10,398 1.56

20 – 24 6.10 4,821 6.00 5,425 1.18

25 – 29 5.53 4,370 5.40 4,883 1.11

30 – 34 5.45 4,309 5.45 4,930 1.34

35 – 39 5.40 4,268 5.50 4,973 1.53

40 – 44 5.35 4,231 5.45 4,928 1.52

45 – 49 4.56 3,606 4.87 4,403 2.00

50 – 54 4.16 3,289 4.15 3,752 1.32

55 – 59 3.09 2,445 3.10 2,803 1.37

60 – 64 2.57 2,034 2.58 2,333 1.37

65 – 69 1.57 1,237 1.57 1,416 1.35

70 – 74 1.54 1,220 1.54 1,395 1.34

75 – 79 1.20 948 1.18 1,067 1.18

80+ 0.78 620 0.79 713 1.40

Jumlah 100.00 79,032 100.00 90,420 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

Jadual 2.2.3 menunjukkan bahawa penduduk umur bekerja merupakan 54% jumlah penduduk

jajahan, sumbangan yang meningkat berbanding 53.5% tahun 2000. Ini disebabkan oleh

susutan penduduk di bawah umur bekerja di mana kadar pertumbuhan kumpulan ini adalah

1.22% berbanding 1.44% penduduk umur bekerja. Rajah 2.2.2 mengambarkan taburan

penduduk mengikut kumpulan umur utama.

Page 3: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-3

Jadual 2.2.3: PendudukMengikut Kumpulan Umur Strategik

Kump Umur 2000 2010

KPPT(%) % Group Population % Group Population

0 – 14 41.4 32,735 40.9 37,000 1.22

15 – 64 53.5 42,272 54.0 48,828 1.44

65+ 5.1 4,025 5.1 4,592 1.32

Jumlah 100.0 79,032 100.0 90,420 1.35

Nisbah Tanggungan 87% 85% Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

Rajah 2.2.2: Penduduk Mengikut Kumpulan Umur Utama Machang, 2000 & 2010

iii. Penduduk Mengikut Jantina

Jadual 2.2.4 mencatatkan taburan penduduk mengikut jantina. Analisis dan unjuran

perangkaan ini akan diguna untuk penyediaan kemudahan masyarakat, guna tenaga dan

unjuran penduduk. Jajahan Machang mempunyai penduduk perempuan yang lebih ramai dari

lelaki dengan nisbah jantina 98 bagi tahun 2010, meningkat berbanding 97 tahun 2000.

Peningkatan nisbah ini disebabkan oleh kadar pertumbuhan penduduk lelaki meningkat lebih

tinggi berbanding penduduk perempuan. Nisbah jantina ini menunjukkan penduduk Machang

mempunyai Perempuan yang lebih ramai; nisbahnya 98 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Jadual 2.2.4: Taburan Penduduk Jajahan Machang Mengikut Jantina

Jantina 2000 2010

KPPT (%) Penduduk % Jumlah Penduduk % Jumlah

Lelaki 38,884 49.2 44,758 49.5 1.41

Perempuan 40,148 50.8 45,662 50.5 1.29

Jumlah 79,032 100.0 90,420 100.0 1.35

Nisbah Jantina 97 98 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

Page 4: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-4

iv. Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik

Machang secara amnya adalah jajahan yang mempunyai majoriti penduduknya adalah

Melayu dengan saiz sumbangan kepada jumlah penduduk jajahan tahun 2010 adalah 95.8%.

Penduduk kumpulan ini meningkat padakar kadar 1.36%. Penduduk minoriti paling ramai

adalah etnik Cina dengan saiz penduduk sebanyak 3.4% sahaja. Saiz penduduk etnik ini

meningkat hanya pada kadar purata 0.94% setahun. Perangkaan penduduk mengikut etnik

dinyatakan dalam Jadual 2.2.5 dan Rajah 2.2.3. Agihan penduduk mengikut kumpulan etnik

bagi daerah-daerah berkenaan bagi tahun 2010 dinyatakan dalam Jadual 2.2.6.

Jadual 2.2.5: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 2000 dan 2010

Etnik 2000 2010

KPPT (%) Bilangan % Jumlah Bilangan % Jumlah

Melayu 75,588 95.6 86,637 95.8 1.36

Cina 2,798 3.5 3,074 3.4 0.94

India 156 0.2 172 0.2 0.98

Lain-lain 110 0.1 124 0.1 1.2

Bukan Warga 380 0.5 413 0.5 0.83

Jumlah 79,032 100.0 90,420 100.0 1.35 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

Rajah 2.2.3: Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 200 dan 2010

Jadual 2.2.6: Taburan Penduduk Machang Mengikut Kumpulan Etnik Mengikut Daerah, 2010

Daerah Melayu Bumi Lain Cina India Bukan Warga

Jumlah

Pulai Chondong

14,402

30

411

18 37

14,898

Labok

13,471

49

240

- 67

13,827

Ulu Sat

30,809

12

705

63 171

31,760

Pangkal Meleret

10,409

15

1,175

76 88

11,763

Panyit

11,458

9

354

15 50

11,886

Temangan -

Page 5: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-5

6,088 9 189 - 6,286

Jumlah

86,637

124

3,074 172 413

90,420 Sumber: 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS

2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000

v. Penduduk Mengikut Kepercayaan Agama

Selari dengan saiz penduduk majoriti Melayu, Machang mencatatkan penduduk beragama

Islam yang tinggi, iaitu 96.2%. Bagi penganut lain-lain agama, jumlahnya hanya 3.8% dengan

penganut Buddha sebanyak 2.7% dan Hindu 0.2%. Taburan ini dinyatakan dalam Jadual

2.2.7.

Jadual 2.2.7: Taburan Penduduk Mengikut Kepercayaan Agama

Kepercayaan /Agama Bilangan (‘000) % Dari ∑

Islam 86,984 96.2

Buddha 2,441 2.7

Hindu 181 0.2

Kristian 633 0.7

Lain-lain 181 0.2

Jumlah 90,420 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

vi. Saiz Isi Rumah

Jadual 2.2.8 mencatatkan bilangan dan saiz purata isi rumah bagi Jajahan Machang. Jumlah

bilangan iri rumah meningkat pada kadar 1.3% antara tahun 2000 dan 2010 kepada 17,644.

Saiz isi rumah jajahan adalah 5.1, sama bagi kedua-dua tahun perbandingan.

Jadual 2.2.8: Bilangan dan Saiz Purata Isi Rumah

Tahun 2000 2010 KPPT (%)

Penduduk 79,032 90,420 1.35

Bilangan Isi Rumah 15,502 17,644 1.30

Saiz Isi Rumah 5.1 5.1 Sumber; 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Machang, 2010

vii. Nisbah Tanggungan

Jadual 2.2.9 mencatatkan nisbah tanggung bagi Jajahan Machang, susut dari 86.9% tahun

2000 kepada 85.2% tahun 2010. Ini digambarkan dengan bilangan penduduk dalam

tanggungan (iaitu penduduk umur bawah 15 tahun dan lebih 64 tahun) yang lebih rendah

berbanding penduduk umur bekerja. Ini juga selari dengan kadar pertumbuhan penduduk

bawah umur 15 tahun yang lebih perlahan berbanding penduduk umur bekerja.

Jadual 2.2.9: Nisbah Tanggungan Jajahan Machang, 2000 dan 2010

Perkara 2000 2010

Penduduk Umur Bekerja 42,272 48,829

Penduduk Dalam Tanggungan 36,760 41,591

Page 6: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-6

Nisbah Tanggungan 86.9 85.2 Sumber; 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk & Perumahan Malaysia, 2000, DOS 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010

2.2.2 Unjuran Penduduk

Output penemuan kajian menghasilkan tiga senario unjuran penduduk bagi Jajahan Machang.

Unjuran pertama adalah berdasarkan pertambahan penduduk secara semulajadi dengan

mengambilkira kemampuan semulajadi jajahan untuk membangun. Ia dinyatakan dalam

Jadual 2.2.10. Penduduk jajahan ini diunjur bertambah pada kadar purata 1.5% setahun

kepada 105,100 pada tahun 2020.

Jadual 2.2.10: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020 (Pertumbuhan Semulajadi)

Daerah 2010 2015 2020 KPPT(%

) Penduduk

% Daerah

Penduduk

% Daerah Penduduk

% Daerah

Pulai Chondong 14,898

16.5

16,334 16.7

17,500

16.7 1.61

Labok 13,827 15.3

15,161 15.5

16,110

15.3 1.53

Ulu Sat 31,760 35.1

34,820 35.6

37,470

35.7 1.65

Pangkal Meleret 11,763

13.0

12,324 12.6

13,280

12.6 1.21

Panyit 11,886 13.1

12,422 12.7

13,700

13.0 1.42

Temangan 6,286

7.0

6,749 6.9

7,040

6.7 1.13

Jumlah Jajahan 90,420 100.0

97,810 100.0

105,100

100.0 1.50

Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Dengan mengambilkira pembangunan-pembangunan komited, kemungkinan pembangunan

berkenaan dilaksanakan dalam tempoh perancangan dan kemasukan penduduk disebabkan

oleh pembangunan berkenaan dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksana,

penduduk Jajahan Machang diunjur bertambah pada kadar purata yang sederhana tinggi iaitu

1.72% setahun. Taburan penduduk jajahan dengan mengambilkira kemungkinan ini mengikut

daerah dinyatakan dalam Jadual 2.2.11.

Jadual 2.2.11: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020 (Pembangunan projek komited)

Daerah 2010 2015 2020 KPPT(%

) Penduduk

% Daerah Penduduk

% Daerah Penduduk

% Daerah

Pulai Chondong

14,898

16.5

16,516 16.7

17,880

16.7 1.82

Labok 13,827

15.3

15,330 15.5

16,459

15.3 1.74

Ulu Sat 31,760

35.1

35,208 35.6

38,283

35.7 1.87

Pangkal Meleret

11,763

13.0

12,461 12.6

13,568

12.6 1.43

Page 7: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-7

Panyit 11,886

13.1

12,560 12.7

13,997

13.0 1.63

Temangan 6,286

7.0

6,824 6.9

7,193

6.7 1.34

Jumlah Jajahan

90,420 100

98,900 100

107,380

100.0 1.72

Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Jadual di atas mencatatkan bilangan penduduk jajahan pada tahun 2020 akan bertambah

kepada 107,380. Daerah Ulu Sat dan Pulai Chondong dijangka akan menerima penduduk

yang lebih ramai dengan kadar pertumbuhan purata 1.87% dan 1.82% setahun masing-

masing.

Unjuran ketiga mengambilkira impak cadangan pembangunan jalan raya baru yang

menghubung Kota Baru dengan Gua Musang dilaksana dalam tempoh perancangan ini.

Impak pembangunan jalan raya ini bukan sahaja dijangka selepas siapnya jalan berkenaan,

tetapi juga sebelum siap. Pelancaran pembinaan jalanraya ini akan menarik dan menjana

lebih banyak pembangunan di jajahan ini. Projek-projek komited dan dalam perancangan

akan menerima kesan positif. Tempoh perjalanan yang lebih singkat dari Machang dan

daerah pembangunan utama, khususnya Kota Bharu, akan menjadikan penduduk jajahan

kekal tinggal di sini walaupun bekerja di luar jajahan. Impak projek ini, bagaimanapun, adalah

jangka panjang dan kesannya adalah lebih besar selepas tempoh perancangan.

Jadual 2.2.12: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020 (Pembangunan Kadar Tinggi)

2010 Daerah

2015 2020

KPPT(%)

Penduduk % Daerah Penduduk % Daerah Penduduk % Daerah

14,898 16.5 Pulai Chondong 16,516 16.7 18,349 16.7 2.08

13,827 15.3 Labok 15,330 15.5 16,892 15.3 2.00

31,760 35.1 Ulu Sat 35,208 35.6 39,288 35.7 2.13

11,763 13.0 Pangkal Meleret 12,461 12.6 13,924 12.6 1.69

11,886 13.1 Panyit 12,560 12.7 14,365 13.0 1.89

6,286 7.0 Temangan 6,824 6.9 7,382 6.7 1.61

90,420 100.0 Jumlah Jajahan 98,900 100.0 110,200 100.0 1.98 Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Tempatan Jajahan Machang, 2010

Unjuran ini mencatatkan semua daerah mendapat pertambahan penduduk pada kadar yang

lebih tinggi. Temangan, yang merupakan kawasan paling kurang penduduk, akan menerima

tambahan penduduk pada kasar purata 1.61% setahun manakala kadar pertumbuhan

penduduk bagi daerah-daerah Pulai Chondong, Labok dan Ulu Sat akan meningkat pada

kadar melebihi 2.0%. Taburan penduduk unjuran juga ditunjukkan dalam Rajah 2.2.4.

Rajah 2.2.4: Unjuran Penduduk Jajahan Machang 2010 – 2020

Page 8: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-8

Penduduk Sasaran

Untuk tempoh perancangan (2011 – 2020) Rancangan Tempatan mencadangkan sasaran

penduduk berdasarkan unjuran ketiga iaitu sasaran penduduk 110,200 untuk tahun 2020

seperti dinyatakan dalam Jadual U3. Bagi tujuan perancangan, taburan penduduk sasaran

mengikut kumpulan umur disediakan dan ia dinyatakan dalam Jadual 2.2.13 berikut.

Jadual 2.2.13: Unjuran Penduduk Jajahan Machang Mengikut Kumpulan Umur, 2010 – 2020

2010 Kumpulan Umur

2015 2020

% dari ∑ Bilangan % dari ∑ Bilangan % dari ∑ Bilangan

12.7 11,501 0 – 4 12.7 12,560 12.6 13,885

14.0 12,659 5 – 9 13.9 13,747 13.8 15,208

14.2 12,840 10 – 14 13.9 13,747 13.9 15,318

11.5 10,398 15 – 19 11.8 11,670 11.9 13,114

6.0 5,425 20 – 24 6.0 5,934 6.1 6,722

5.4 4,883 25 – 29 5.4 5,341 5.5 6,061

5.5 4,930 30 – 34 5.5 5,440 5.4 5,951

5.5 4,973 35 – 39 5.4 5,341 5.4 5,951

5.5 4,928 40 – 44 5.5 5,440 5.5 6,061

4.9 4,403 45 – 49 5.0 4,945 4.9 5,400

4.2 3,752 50 – 54 4.2 4,154 4.2 4,628

3.1 2,803 55 – 59 3.0 2,967 3.0 3,306

2.6 2,333 60 – 64 2.6 2,571 2.6 2,865

1.6 1,416 65 – 69 1.6 1,582 1.6 1,763

1.5 1,395 70 – 74 1.5 1,484 1.6 1,763

1.2 1,067 75 – 79 1.2 1,187 1.2 1,322

0.8 713 80+ 0.8 791 0.8 882

100.00 90,420 Jumlah 100.0 98,900 100.0 110,200

KPPT (%) 1.79 2.16

Page 9: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-9

Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Jadual di atas mensasarkan peningkatan peratusan penduduk umur bekerja (15 – 64 tahun)

dari 54.2% tahun semasa kepada 54.5% tahun 2020. Ini bermakna Jajahan Machang akan

mempunyai penduduk umur bekerja yang besar. Dengan andaian nisbah penyertaan tenaga

buruh yang lebih tinggi, Machang perlu menyediakan pekerjaan yang lebih banyak untuk

menampung tenaga kerja yang meningkat setiap tahun. Sebaliknya penduduk bawah umur

bekerja (0 – 14 tahun) pula diunjurkan susut dari 40.9% kepada 40.3% tahun 2020.

Walaupun analisis ini menunjukkan peningkatan kecil peratusan penduduk warga emas,

kumpulan ini perlu diberikan perhatian khusus dalam perancangan. Bilangan penduduk

kumpulan ini akan meningkat kepada 5,730 tahun 2020 berbanding 4,591 tahun 2010.

Bagaimanapun, keadaan semasa menunjukkan Jajahan Machang masih kekurangan

kemudahan bagi penduduk warga emas.

Disamping itu, perhatian juga perlu diberikan kepada kumpulan penduduk berumur 15 – 24

tahun. Kini penduduk kumpulan ini merupakan kumpulan yang masih memerlukan tempat

dalam institusi pengajian lepasan sekolah, khususnya institusi pendidikan tinggi dan teknikal.

Ini kerana negara mensasarkan tenaga kerja yang berilmu dan mempunyai kepakaran.

Berdasarkan unjuran di atas juga, nisbah tanggungan mencatatkan susutan dari 85.2% tahun

2010 kepada 83.5% tahun 2020.

Jajahan ini dijangka tidak akan mengalami perubahan signifikan dari segi kumpulan etnik.

Penduduk Melayu akan terus menjadi penduduk terbesar jajahan ini dengan peratusan dari

jumlah penduduk kekal pada tahap hampir 96%. Penduduk Cina dijangka meningkat pada

kadar purata yang lebih tinggi iaitu 2.55% berbanding Melayu 1.96%. Bagi tahun 2020

peratusan penduduk Cina diunjur meningkat dari 3.4% tahun 2010 kepada 3.6%. Pembukaan

kawasan dan peluang perdagangan baru akan menarik kemasukan peniaga Cina ke

Machang, walaupun dalam tempoh perancangan jumlah kemasukan tidak besar. Peratusan

penduduk India kekal 0.2%. Penduduk lain-lain mencatatkan kadar pertumbuhan purata yang

besar iaitu 5.73%. Ini disebabkan kajian ini menjangka sebahagian penduduk bukan warga

negara yang telah menetap di jajahan ini dalam tempoh yang lama akan mendapat taraf

penduduk pemastautin dan warganegara dalam tempoh perancangan. Ini juga adalah faktor

utama susutan besar penduduk bukan warga negara. Data unjuran penduduk jajahan

mengikut kumpulan etnik dinyatakan dalam Jadual 2.2.14.

Jadual 2.2.14: Unjuran Penduduk Jajahan Machang Mengikut Kumpulan Etnik, 2010 – 2020

2010 Kumpulan Etnik

2015 2020 KPPT (%) % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ Bilangan

95.8 86,637 Melayu 95.7 94,647 95.6 105,351 1.96

3.4 3,074 Cina 3.5 3,462 3.6 3,967 2.55

0.2 172 India 0.2 198 0.2 220 2.46

0.1 124 Lain-lain 0.2 198 0.2 220 5.73

0.5 413 Bukan Warga 0.4 396 0.4 441 0.66

100.0 90,420 Jumlah 100.0 98,900 100 110,200 1.98 Sumber; 2010 - Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan 2010, DOS disesuaikan dengan kadar pertumbuhan 1.35% dari penduduk diselaras Bancian 2000 Kajian RT Jajahan Machang, 2010

2.2.3 Asas Ekonomi

Page 10: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-10

i. Hasil Keluaran Kasar Jajahan

Asas ekonomi Jajahan Machang adalah sektor pertanian dengan guna tanah pertanian seluas

26,313.17 hektar. Tanaman utama adalah getah dan padi. Aktitivi ini menyediakan pekerjaan

kepada lebih 10 ribu orang. Bagaimanapun, penyumbang utama keluaran dalam jajahan

kasar adalah sektor perkhidmatan. Sumbangan sektor pembuatan adalah relatif kecil di mana

kebanyakan aktiviti pembuatan diusahakan oleh pengusaha kecil. Jadual 2.2.15 menunjukkan

anggaran hasil Keluaran Dalam Jajahan Kasar bagi Machang untuk tahun 2010.

Bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa angka yang disediakan bukan angka mutlak

dan hendaklah digunakan hanya sebagai petunjuk ke atas asas ekonomi Jajahan Machang.

Jadual 2.2.15: Keluaran Dalam Jajahan Kasar Machang, 2010.

Sektor RM Juta % Sektor dari

Jumlah

Pertanian 115.1 17.5

Perlombongan 0.6 0.1

Pembinaan 24.4 3.7

Pembuatan 64.4 9.8

Perkhidmatan 452.6 68.7

Lain-lain 1.7 0.3

Jumlah 658.8 100.0 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Machang (2010 – 2020)

Review of the National Water Resource Study (2000-2050) and the formulation of National Water Resource Policy, January 2011

Angka di atas diasaskan kepada anggaran KDNK Negeri Kelantan untuk tahun 2010

berdasarkan data KDNK tahun 2005 hingga 2008 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia pada pertengahan tahun 2010. Sumbangan Jajahan Machang adalah berdasarkan

bilangan pekerjaan secara perbandingan dengan guna tanah dan anggaran daya pengeluaran

mengikut sektor bagi negeri Kelantan.

Jadual 2.2.15 mencatatkan bahawa sumbangan utama kepada hasil jajahan adalah sektor

perkhidmatan dengan nilai tambah sebanyak RM 452.6 juta atau bersamaan 68.7% jumlah

hasil keluaran jajahan. Sektor pertanian adalah penyumbang kedua terbesar dengan

sumbangan sebanyak RM 115.1 juta atau 17.5% jumlah hasil keluaran jajahan. Sumbangan

sektor pembuatan hanya 9.8% dengan nilai tambah RM 64.4 juta. Taburan ini ditunjukkan

dalam Rajah 2.2.5.

Rajah 2.2.5: KDNK Jajahan Machang Mengikut Sektor 2010

Page 11: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-11

ii. Tenaga Buruh dan Pekerjaan

Perkiraan saiz tenaga buruh dan pekerjaan adalah berdasarkan data yang diperolehi dari

Buletin Perangkaan Sosial 2009 dengan mengambilpakai perangkaan tahun 2009 sebagai

tahun asas dan nisbah pekerjaan Negeri kelantan sebagai data asas. Kajian ini

mengandaikan tiada perubahan nisbah pekerjaan babi tahun 2009 dengan 2010. Kajian ini

juga mengandaikan nisbah pekerjaan dengan penduduk adalah 36%. Hasil analisis itu

diterjemahkan dalam Jadual 2.2.16 dan Jadual 2.2.17.

Jadual 2.2.16: Tenaga Buruh dan Pekerjaan Machang, 2010

Perkara Bilangan

Penduduk Jajahan (PJ) 90,420

Penduduk Umur Bekerja (PUB) 48,828

Peratusan PUB/PJ 54.0

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) 69.0

Saiz Tenaga Buruh 33,691

Nisbah Pekerjaan/Penduduk (%) 36.0

Pekerjaan 32,594

Pengangguran 1,097

Kadar Pengangguran 3.4 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang. 2010

Jajahan Machang mempunyai saiz penduduk umur bekerja sebanyak 54% jumlah penduduk.

Oleh yang demikian, jajahan ini mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh yang relatif

tinggi iaitu 69% berbanding purata nasional 62.6%. Jumlah pekerjaan jajahan adalah 32,594

dengan kadar pengangguran sebanyak 3.4%.

Page 12: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-12

Taburan pekerjaan mengikut sektor utama dinyatakan dalam Jadual 2.2.17. Sektor pertanian,

perburuan dan perhutanan merupakan sektor penting dengan menyumbangkan sebanyak

23% dari jumlah pekerjaan. Sumbangan sektor ini ditandingi oleh sektor borong, runcit dan

barangan isi rumah dengan 23.8%. Sektor pembuatan hanya menyumbang sebanyak 9.6%

berbanding 10.1% oleh sektor pentadbiran awam, pertahanan dan keselamatan. Dua sektor

lain yang mempunyai sumbangan signifikan adalah hotel dan restoran dan pendidikan,

masing-masing menyumbangkan sebanyak 9.2% dan 8.9% pekerjaan jajahan.

Jadual 2.2.17: Pekerjaan Jajahan Machang Mengikut Aktiviti, 2010

Sektor Utama Kelantan Machang % Machang/

Kelantan % Sektor Pada

Jumlah Machang

Pertanian, Pemburuan & Perhutanan 62,082

7,512 12.1 23.0

Perikanan 3,888 - 0.0 -

Perlombongan & Kuari 1,066

45 4.2 0.1

Pembuatan 45,178

3,117 6.9 9.6

Pembinaan 49,779

2,041 4.1 6.3

Bekalan letrik, gas dan air 1,278

60 4.7 0.2

Borong, runcit dan barangan isi rumah 93,422

7,754 8.3 23.8

Hotel & restoran 40,025

3,002 7.5 9.2

Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

16,576 845 5.1

2.6

Pengantaraan Kewangan 5,702 245 4.3 0.8

Hartanah, Sewaan & perniagaan 12,640 544 4.3 1.7

Pentadbiran awam, pertahanan & keselamatan

43,945

3,296 7.5 10.1

Pendidikan 44,615

2,900 6.5 8.9

Kesihatan & Khidmat Sosial 14,400 605 4.2 1.9

Khidmat komuniti dan persendirian 9,402 414 4.4 1.3

Lain-lain 7,406 214 2.9 0.7

Jumlah 451,404 32,594 7.2 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010 Buletin Perangkaan Sosial Malaysia, 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 13: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-13

2.2.4. Unjuran Asas Ekonomi

i. Hasil Keluaran Jajahan

Rancangan Malaysia Ke-10 mengunjurkan pertumbuhan purata 6.3% setahun untuk negeri

Kelantan bagi tempoh lima tahun (2011 – 2015). Ini adalah unjuran yang optimis

memandangkan prestasi yang lebih rendah untuk tempoh lima tahun sebelumnya. Kajian

Rancangan Tempatan Jajahan Machang juga mempunyai pandangan yang optimis berkaitan

kemampuan jajahan ini untuk mengembangkan ekonominya untuk tempoh perancangan dan

tahun-tahun selepasnya. Rancangan Tempatan ini bagaimanapun menyediakan 3 senario

kemungkinan pertumbuhan ekonomi melalui unjuran hasil keluaran jajahan.

a. Unjuran Berdasarkan Trend

Analisis keupayaan pertumbuhan berdasarkan trend untuk hasil keluaran dalam jajahan (atau

KDNK Jajahan) dinyatakan dalam Jadual 2.2.17. Jadual ini mencatatkan unjuran nilai hasil

keluaran jajahan kasar (atau KDNK) bagi Machang untuk tahun 2015 dan 2020. Oleh kerana

trend untuk Jajahan Machang tidak ada, kajian ini mengguna aliran perubahan dan prestasi

KDNK negeri sebagai rujukan. Sebagaimana kita memperolehi KDNK jajahan bagi tempoh

tahun 2010, kaedah yang sama digunakan untuk membuat unjuran.

Unjuran ini berdasarkan hasil analisis yang memberikan kadar pertumbuhan yang sederhana

dengan mengambilkira pembangunan-pembangunan yang telah dirancang dan komited dan

mengandaikan projek dan cadangan pembangunan dilaksanakan dalam tempoh perancangan

(2011 – 2020). Kaedah yang diguna adalah analisis trend pertumbuhan KDNK negeri

Kelantan berbanding Malaysia untuk tempoh 2005 – 2010 diselarskan dengan projek komited

dan cadangan projek Rancangan Tempatan.

Kadara purata asas adalah 4.3% untuk tempoh 5 tahun (iaitu purata tahun 2005 – 2010) dan

3.9% untuk tempoh 5 tahun sebelumnya (2000 – 2005). Analisis kebarangkalian menunjukkan

untuk tempoh tahun 2011 hingga 2020, trendnya ditunjukkan oleh Rajah 2.2.6. Garis biru

adalah garis purata linear pertumbuhan.

Rajah 2.2.6: Analisis Trend Pertumbuhan KDNK, Machang.

KDNK (RM Juta)

Page 14: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-14

Tahun Perancangan Bermula 2000.

Hasil analisis yang dibuat, unjuran KDNK jajahan ini ditunjukkan dalam Jadual 2.2.18 di

bawah. KDNK Machang diunjur meningkat pada kadar purata 5.8% untuk tempoh

perancangan. Tempoh perancangan 2016 – 2020 diunjur mencatat KPPT yang lebih tinggi

berbanding tempoh perancangan 2011 – 2015. Jadual ini mencatatkan KPPT bagi sektor

pembuatan adalah lebih tinggi dari sektor perkhidmatan dan sumbangannya kepada KDNK

jajahan juga meningkat; dari 9.8% kepada 11.4%. Sumbangan sektor perkhidmatan tahun

2020 juga meningkat tetapi hanya 0.3% berbanding tahun 2010. (Rujuk Jadual 2.2.19). Hasil

sektor ini diunjur meningkat pada kadar purata 5.8% setahun.

Jadual 2.2.18: Unjuran KDNK Jajahan Machang, 2015 – 2020

2010 Sektor Utama 2015

(RM Juta) 2020

(RM Juta) KPPT(%)

115.1 Pertanian 140.1 174.8 4.3

0.6 Perlombongan 0.7 1.0 5.2

24.5 Pembinaan 33.7 47.4 6.8

64.3 Pembuatan 93.6 130.9 7.4

452.6 Perkhidmatan 590.7 793.8 5.8

1.7 Lain-lain 2.2 4.1 9.2

658.8 Jumlah 861.0 1,152.0 5.8

Kadar Pertumbuhan Purata 5 Tahun 5.5% 6% Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Jadual 2.2.19: Sumbangan Sektor Utama kepada Jumlah Hasil, Machang

Page 15: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-15

2010 Sektor Utama 2015

(RM Juta) 2020

(RM Juta)

17.5 Pertanian 16.3 15.2

0.1 Perlombongan 0.1 0.1

3.7 Pembinaan 3.9 4.1

9.8 Pembuatan 10.9 11.4

68.7 Perkhidmatan 68.6 68.9

0.3 Lain-lain 0.3 0.4

100.0 Jumlah 100.0 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

b. Unjuran Kadar Sederhana Tinggi

Jadual 2.2.20 menunjukkan unjuran nilai hasil keluaran jajahan kasar (atau KDNK) bagi

Machang untuk tahun 2015 dan 2020. Unjuran ini berdasarkan kadar pertumbuhan yang

sederhana tinggi dengan mengambilkira pembangunan-pembangunan yang telah dirancang

dan komited, mengandaikan projek dan cadangan pembangunan dilaksanakan dalam tempoh

perancangan (2011 – 2020) dan suntikan projek awam untuk menggerakkan aktiviti ekonomi

dengan lebih pesat.

Jadual 2.2.20: Unjuran KDNK Jajahan Machang, 2015 – 2020

2010 Sektor Utama 2015

(RM Juta) 2020

(RM Juta) KPPT(%)

115.1 Pertanian 145.5 185.9 4.9

0.6 Perlombongan 0.8 1.1 6.3

24.5 Pembinaan 35.0 50.4 7.5

64.3 Pembuatan 97.1 139.2 8.0

452.6 Perkhidmatan 613.3 844.1 6.4

1.7 Lain-lain 2.3 4.4 9.9

658.8 Jumlah 894.0 1,225.0 6.4

Kadar Pertumbuhan Purata 5 Tahun 6.30% 6.50% Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Jadual di atas mencatatkan KDNK Jajahan Machang akan meningkat kepada RM 1,225 juta

tahun 20202 berbanding RM 658.8 juta tahun 2010. Sektor perkhidmatan dijangka terus akan

menjadi peneraju utama ekonomi jajahan. Oleh yand demikian sektor ini akan kekal

penyumbang utama KDNK jajahan dengan nilai tambah meningkat pada kadar purata 6.4%

setahun antara tahun 2010 dan 2020. Taburan KDNK juga ditunjukkan dalam Rajah 2.2.7

Rajah 2.2.7: Unjuran KDNK Jajahan Machang, 2010 - 2020

Page 16: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-16

c. Unjuran Kadar Tinggi

Asas unjuran juga adalah berdasarkan unjuran yang diterimapakai dalam Kajian Review of the

National Water Resoure Study (2000 – 2050) and formulation of National Water Resource

Policy, Februari 2011. Unjuran pada kadar yang tinggi digunapakai bagi memastikan

keperluan air mencukupi untukmemenuhi keperluan pembangunan. Asas ini juga disebabkan

oleh sasaran untuk Malaysia mencapai sasaran negara maju dari segi pendapatan, aktiviti

ekonomi dan peningkatan taraf hidup. Sasaran KDNK Kelantan untuk tahun 2020 adalah RM

19,672 juta. Ini bermakna sasaran KDNK Kelantan meningkat pada kadar purata 7.3%

setahun. Dalam menterjemahkan pertumbuhan ini untuk Jajahan Machang, dengan

mengambilkira sumbangan jajahan ke atas KDNK negeri, hasil jajahan ini diunjur meningkat

pada kadar 7.2%. Hasil analisis ini dinyatakan dalan Jadual 2.2.21.

Jadual 2.2.21: Unjuran KDNK Jajahan Machang, 2015 – 2020

2010 (RM Juta)

Sektor Utama 2015

(RM Juta) 2020

(RM Juta) KPPT(%)

115.1 Pertanian 146.8 173.9 4.2

0.6 Perlombongan 0.8 1.1 6.3

24.5 Pembinaan 35.3 51.5 7.7

64.3 Pembuatan 98.0 179.1 10.8

RM Juta

Page 17: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-17

452.6 Perkhidmatan 618.8 909.6 7.2

1.7 Lain-lain 2.3 4.7 10.7

658.8 Jumlah 902.0 1,319.8 7.2

Kadar Pertumbuhan Purata 5 Tahun 6.5 7.9 - Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

Jadual 2.2.21 menunjukkan bahawa KDNK Jajahan Machang meningkat kepada RM 1,320

juta tahun 2020 berbanding tahun 2010, satu peningkatan yang tinggi bersamaan dua kali

ganda KDNK tahun 2010. Berdasarkan sumber dan keupayaan jajahan, unjuran ini adalah

tinggi untuk dicapai oleh Machang. Unjuran ini juga mensasarkan peningkat yang relatif tinggi

untuk sektor pembuatan iaitu dari 9.8% tahun 2010 kepada 13.6% tahun 2020 (rujuk Jadual

2.2.22). Dengan itu hasil nilai tambah sektor ini disasar meningkat pada kadar purata 10.8%

setahun untuk tempoh 10 tahun perancangan. Unjuran ini juga mengurangkan peranan sektor

pertanian di mana sumbangannya berkurang kepada 13.2% tahun 2020 dengan kadar

pertumbuhan purata hanya 4.2% setahun. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang

utama KDNK jajahan.

Jadual 2.2.22: Unjuran Sumbangan Sektor Utama Kepada KDNK Jajahan Machang,

2015 – 2020 (Angka dalam %)

2010 Sektor Utama 2015 2020

17.5 Pertanian 16.3 13.2

0.1 Perlombongan 0.1 0.1

3.7 Pembinaan 3.9 3.9

9.8 Pembuatan 10.9 13.6

68.7 Perkhidmatan 68.6 68.9

0.3 Lain-lain 0.3 0.4

100.0 Jumlah 100.0 100.0 Sumber: Kajian RT Jajahan Machang, 2010

ii. Pekerjaan

Unjuran Pekerjaan bagi jajahan Machang untuk tempoh perancangan (2011 – 2020)

dinyatakan dalam Jadual 2.2.23. Bilangan pekerjaan dianggar meningkat pada kadar purata

2.13% setahun kepada 40,240. Sektor perkhidmatan dijangka akan terus menjadi

penyumbang utama pekerjaan dengan bilangan pekerjaan meningkat kepada 25,497. Sektor

pembuatan diunjur meningkat pada kadar yang lebih tinggi iaitu 4.65% dengan bilangan

pekerjaan sebanyak 4,909 pada tahun 2020. Jadual ini juga menunjukkan bahawa pekerjaan

sektor pertanian, perburuan dan perhutanan berkurangan pada kadar purata 0.87% setahun.

Gambaran pecahan ini ditunjukkan dalam Rajah 2.2.8.

Jadual 2.2.23: Unjuran Pekerjaan Jajahan Machang, 2015 – 2020

2010 (RM Juta)

Sektor Utama 2015

(RM Juta) 2020

(RM Juta) KPPT (%)

7.512 Pertanian, Pemburuan & Perhutanan

7,026

6,881 -0.87

0.045 Perlombongan & Kuari

50

55 2.03

3.117 Pembuatan

3,732 4,909 4.65

Page 18: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-18

2.041 Pembinaan

2,379 2,575 2.35

19.66 Perkhidmatan

23,113 25,497 2.63

0.215 Lain-lain

293 322 4.12

32.594 Jumlah

36,593 40,240 2.13

Rajah 2.2.8: Unjuran Pekerjaan Jajahan Machang, 2010 – 2020

2.2.5. Isu dan Potensi

i. Isu dan Potensi

a. Isu

Terdapat tiga isu penting yang mempengaruhi kemasukan pelaburan ke Kelantan amnya dan

Machang khasnya dan keupayaan ekonomi jajahan untuk melonjak. Isu pertama adalah

kurang kemasukan pelabur dan modal dari luar Kelantan. Isu kedua Machang adalah

pemilikan tanah, khususnya oleh orang luar (iaitu bukan warga anak Kelantan). Kedua-dua isu

ini adalah saling berkait. Bagaimanapun isu ini bukan faktor menghalang pembangunan di

Jajahan. Isu ketiga adalah banjir. Banjir adalah fenomena tahunan yang berlaku satu atau dua

kali setahun. Impak banjir ke atas aset perniagaan dan perkilangan adalah besar. Malahan

banjir yang berlaku untuk tempoh yang lama juga memberi kesan ke atas operasi perniagaan

dan perkilangan. Ini menjadi antara faktor penting yang diambilkira oleh pelabur khususnya

untuk melabur dalam aktiviti perkilangan berskala besar.

arahb. Aset dan Potensi

Cadangan jalanraya utama yang menghubung Kota Bharu dan Gua Musang yang melintasi

Machang adalah antara faktor yang mampu mengerak pembangunan aktiviti ekonomi jajahan

ini. Lebuhraya ini boleh menggerakkan usaha kemasukan pelabur dan pengusaha untuk

menjalankan aktiviti mereka di Machang. Tempoh perjalanan yang lebih singkat dari Machang

ke Kota Bharu dan jajahan ekonomi lain juga akan menggalak penduduk jajahan untuk

menetap di Machang walaupun bekerja di luar jajahan,

Page 19: 2.2 Penduduk dan Asas Ekonomi Serahan 100111 TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB... · 2011-09-24 · Nisbah Tanggungan adalah 85.2% di mana jumlah penduduk warga emas hampir 5% jumlah penduduk

Penduduk dan Asas Ekonomi 2.2-19

Terdapat beberapa cadangan institusi pendidikan lepasan sekolah telah diterima untuk

dibangunkan di Jajahan Machang. Lazimnya, institusi pendidikan lepasan sekolah

menggerakkan kemasukan pelajar dan kakitangan institusi pendidikan berkenaan.

Pelaksanaan cadangan ini bukan sahaja menjana kemasukan penduduk tetapi juga

mengerakkan aktiviti ekonomi, khususnya sektor perkhidmatan dan kepenggunan.

Jajahan Machang juga mempunyai tanah pertanian yang luas untuk digunakan sebagai

penjana sumber aktiviti pembuatan dan pemprosesan makanan. Selain itu, jajahan ini

mencatatkan kawasan tanah terbiar yang luas. Dengan pengurusan tanah yang baik,

Machang boleh menjadikan tanah yang luas ini sebagai aset penting bukan sahaja menjana

pendapatan hasil tanah tetapi juga pendapatan hiliran keluaran pertanian, menjana peluang

pekerjaan dan mengerakkan pembangunan usahawan tani.

Sumber manusia masa hadapan merupakan aset penting untuk menjayakan pembangunan.

Machang mempunyai 23 ribu penduduk umur bekerja (semasa penduduk umur 10 – 19 tahun)

yang akan memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini memberi

petunjuk kepada kemampuan jajahan untuk menyokong pembangunan. Dengan kehadiran

institusi latihan kemahiran di sekitar jajahan, mereka juga mampu menyiapkan diri untuk

memenuhi keperluan industri dan kemahiran.