21125879 panduan mencetak t shirt

Upload: mohd-idzz

Post on 17-Jul-2015

527 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Panduan Mencetak TshirtMenggunakan Teknik Silk Screen

Penulis Idham Effendi Abd Wahab

Pernyataan Hakcipta: Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Cetaktshirt.com. Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini. Penafian Penulisan: Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku (Ebook) yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit Ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan. Bantuan Teknikal: Segala permasalahan teknikal anda ketika melakukan teknik yang diberikan didalam Ebook ini haruslah di hantar ke [email protected]

KandunganPengenalan Teknik Cetakan Silk Screen Jaring Sutera Bingkai Blok Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok Memasang Jaring Sutera Saiz Bingkai Blok Squeege Teknik Stensil Cara Memotong Corak Teknik Photo Emulsion Apa Itu Photo Emulsion Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan 1

Cara Menanggalkan Photo Emulsion Menampal Emulsion Yang Berlubang Menampal Selotape Dye ( Bahan Pewarna) TC Dye Rubberise FD Emboss Dye Florecents Dye Proses Mencetak Kaedah Penyediaan Pencetakkan Meja Cetak Teknik Meletak Blok Pada T-shirt Cara Mencetak Mencuci Blok Seterika Kemahiran Membancuh Warna

2

PengenalanMencetak menggunakan teknik Silk Screen adalah satu teknik yang telah lama digunakan sebelum terciptanya mesin cetak yang moden. Walaupun sekarang sudah ada mesin cetak yang moden, tetapi teknik ini masih lagi digunakan secara meluas kerana ia adalah kaedah yang jauh lebih murah dan amat sesuai bagi usahawan kecil yang ingin mula menceburi bidang pencetakkan tshirt. Malah ia juga boleh digunakan sebagai hobi sahaja. Teknik Silk Screen ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt sahaja malah ia boleh digunakan diatas bahan lain seperti mug, papan tanda, banner, tuala, kulit, dan bahan lain yang berkesesuaian.

Proses cetakan Silk Screen pada t-shirt adalah mudah tetapi memerlukan ketelitian dan sedikit panduan supaya hasil yang diperolehi adalah berkualiti. Bagi yang berniat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan, ia memang suatu perniagaan yang menguntungkan malah ia boleh dikembangkan sehingga mendapat hasil yang berlipat ganda. Perlu saya ingatkan supaya jangan putus asa, kerana percubaan awal mungkin mengecewakan (berdasarkan pengalaman saya) tetapi ia tidak lama, hanya dalam masa tidak sampai seminggu, saya sudah boleh menjual hasil cetakkan t-shirt saya!. Di saat itu anda akan merasa sendiri kepuasan di atas hasil usaha anda sendiri.

Teknik Cetakan Silk Screen3

Sebenarnya terdapat dua kaedah mencetak pada t-shirt iaitu mencetak dengan mengunakan photo emulsion dan dengan menggunakan kaedah stensil. Kaedah stensil adalah kaedah yang mudah dan murah tetapi ada kelemahannya dan saya akan terangkan lebih lanjut pada bab seterusnya.

Sebelum mencetak menggunakan photo emulsion, perkara asas terpenting yang perlu anda ketahui adalah cara mengendalikan jaring sutera (silk screen) dan memasang bingkai blok. Tekniknya adalah mudah tetapi anda perlu melakukannya dengan teliti dan ikuti nasihat dan tips yang saya berikan.

Sebelum memulakan proses memasang jaring sutera kepada bingkai blok, anda perlu menyediakan peralatan-peralatan asas berikut: 1. Jaring Sutera 2. Kayu bersaiz 2x1 (panjang 16) 3. Kayu bersaiz 2x1 (panjang 12) 4. Stepler Gun 5. Pisau 6. Paku dan penukul (hammer) 7. Gam kayu

Jaring SuteraTerdapat pelbagai jenis jaring sutera yang ada dipasaran sekarang, antaranya Swiss Balting Cloth, American Silk, Japanese Silk, Swiss Taffena, Nylon, dan Vinyon Silk. Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diberi perhatian di dalam menentukan jenis jaring sutera yang hendak digunakan.

Jaring sutera yang baik adalah lebih halus, lembut, dan apabila diregangkan pada regangan yang kuat ia tidak akan koyak. Jaring sutera yang lain boleh juga digunakan untuk pencetak t-shirt yang baru belajar dan ia boleh digunakan masih boleh menghasilkan cetakkan yang baik. Hanya ia berbeza 4

dari segi harganya. Jaring sutera yang halus tentu lebih mahal harganya dan ia digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan kualiti cetakkan yang tinggi. Jaring sutera dikeluarkan dalam beberapa gred. Grednya ditentukan melalui bilangan benangnya di dalam 1 persegi. Contohnya ialah TG 800, TG 1000 dan TG 1200. Ini bermakna lebih tinggi gred adalah lebih baik, halus dan lebil mahal harganya.

TG 800 Jaringnya agak kasar dan jarang digunakan oleh pencetak-pencetak profesional tetapi ia sesuai untuk Teknik Stensil.

TG 1000 Ia lebih baik dari TG 800. Kehalusannya sederhana dan boleh digunakan pada teknik photo Emulsian (akan diterangkan nanti). Untuk imej yang besar atau kasar, jaring ini sesuai digunakan.

TG 1200 Jaring ini paling popular digunakan di dalam industri percetakkan tshirt. Sangat sesuai digunakan pada teknik Photo Emulsion. Hasilnya sangat bermutu tinggi terutama imej yang halus.

Bingkai BlokBingkai blok berbentuk 4 segi yang diperbuat daripada kayu berketebalan 2x1. Pemasangan kayu yang baik adalah penting supaya ian tidak mengeleding apabila jaring sutera diregangkan pada bingkai. Kayu pula hendaklah dipastikan kualitinya supaya blok digunakan adalah rata dan tidak mengeleding, senget dan tertanggal.

Ada juga pengusaha kedai yang menjual bingkai blok yang siap dipasang dengan jaring sutera (ready made). Tetapi untuk menjadi seorang pencetak tshirt yang profesional anda perlu tahu untuk memasangnya sendiri kerana ia kan menjimatkan kos anda. 5

Contoh Bingkai Blok

Saiz panjang dan lebar bingkai blok adalah bergantung kepada saiz imej yang hendak dicetak. Jika imej yang hendak dicetak adalah kecil, maka bingkai yang kecil digunakan untuk penjimatan. Saiz bingkai yang biasa digunakan adalah 18x13. Saiz ini biasanya akan dapat menjangkau keseluruhan ruang tshirt.

Cara-cara Menyediakan Bingkai BlokUntuk membuat sebuat bingkai blok bersaiz sederhana, anda perlu menyediakan beberapa bahan seperti berikut: 1. 2 batang kayu bersaiz 2x1, panjang 16 2. 2 batang kayu bersaiz 2x1 , panjang 12 3. Gam kayu 4. Paku dan penukul

Langkah 1 Setiap hujung tepi kayu yang hendak disambung perlulah di gam terlebih dahulu dan biarkan ia kering terlebih dahulu. Proses ini penting kerana apabila ia dipakukan, ia akan memastikan ketepatan sambungan kayu tersebut dan tidak lari daripada kedudukkan yang dikehendaki.

6

Setiap Tepi Hujung Diletak Gam Kayu dan Dibiarkan Kering

Langkah 2 Apabila gam sudah kering maka bolehlah diasambungkan sesemua kayu tersebut menjadi empat segi panjang. Teknik penindihan kayu bergantung kepada anda. Disini saya cadangan 2 teknik penindihan kayu:

Apa pun teknik yang digunakan, pastikan kayu yang dipasang berada dalam keadaan kukuh. Langkah 3 Setelah semua kayu disambungkan ia akan berbentuk empat segi panjang. Maka mulalah dilakukan proses terakhir iaitu memaku hujung kayu. Gunakan paku bersaiz 2.

Pastikan bingkai blok anda tidak mengeleding. Sila letakkan pada permukaan yang rata untuk memastikan blok anda sempurna. Blok yang tidak rata akan menjejaskan kualiti cetakkan.

Apabila bingkai blok anda sudah sempurna, maka proses seterusnya adalah memasang jaring sutera pada bingkai blok. 7

Memasang Jaring SuteraBingkai blok mestilah dipasang dengan jaring sutera. Jaring sutera yang dipasang mestilah berkeadaan tegang dan kemas. Sebelum memasang jaring sutera, sila sediakan 2 peralatan asas iaitu:

1. Stepler Gun 2. Pisau atau gunting

Potong jaring sutera lebih besar sedikit darpada keluasan saiz bingkai blok. Jaring sutera mesti lebih kurang 2 atau 3 lebih daripada bingkai blok kerana jaring sutera tersebut akan diregangkan dan di-stepler-kan.

8

Untuk memudahkan anda memahami, kita namakan setiap bahagian kayu dengan A, B, C, dan D.

Langkah 1 Tegakkan blok itu kemudian dengan menggunakan stepler gun, stepler-kan pada bahagian A. Mulakan dahulu pada bahagian tengah kayu kemudian barulah di-stepler-kan sepanjang kayu dengan jarak lebih kurang 2. Stepler perlulah dalam keadaan senget sedikit seperti dalam gambarajah di bawah.

Langkah 2 Lakukan kaedah yang sama pada bahagian B pula. Pada bahagian in, jaring sutera perlu ditarik hingga regangan yang maksima. Pastikan jaring sutera benar-benar tegang dan sekata. Perlu diingatkan, jika jaring sutera ditarik terlaku kuat ia akan koyak atau merekah. Oleh itu perlu berhati-hati ketika menarik jaring sutera. Pastikan hanya ia menegang pada regangan yang perlu sahaja.

Langkah 3

9

Lakukan kaedah yang sama pada bahagian C dan seterusnya pada bahagian D. Untuk menguji sama ada ia menegang dengan baik sila jentik sedikit pada jaring sutera dan ia akan berbunyi seperti gendang. Jaring sutera yang tidak dipasang dengan baik berkeadaan beralun dan akan menjejaskan sedikit kualiti cetakkan

Maka terhasillah sebuah bingkai blok dan ia boleh digunakan untuk mencetak diatas t-shirt. Bingkai blok bersama jaring sutera ini boleh digunakan dengan menggunakan teknik stensil atau photo emulsian dan ia boleh digunakan berulangkan kali. Cara penggunaan dan penjagaan blok akan diterangkan di dalam topik yang berikutnya.

Apabila ia telah siap, buangkan lebihan jaring sutera di bahagian sisi blok dengan cutter atau gunting.

Saiz Bingkai BlokSaiz yang biasa saya gunakan berbeza-beza bergantung kepada imej yang hendak dicetak. 1. 18x14 panjang - paling besar 2. 13x11 panjang - sederhana 3. 8x10 panjang paling kecil

10

Saiz blok sebenarnya bergantung kepada keperluan anda. Anda boleh mengubahnya mengikut keperluan dan keselesaan. Harus diingat saiz tersebut haruslah besar sedikit daripada panjang squeege yang hendak digunakan. Pastikan squeege boleh muat di dalam blok.

SqueegeSqueege adalah penyapu dye yang digunakan ketika menyapu dye di atas photo emulsion. Ia diperbuat daripada getah yang berbentuk tirus tajam dan bahagian pemegangnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pelbagai saiz dan saiznya dibezakan pada panjang squeege. Saiz squeege yang biasa saya gunakan adalah 5, 8 dan 12.

Squeege boleh didapati dipasaran dengan harga yang murah. Gambar di bawah adalah contoh squeege yang pelbagai saiz.

11

Teknik StensilTeknik stensil adalah suatu proses pencetakkan dengan hanya menggunakan kertas untuk membentuk imej yang hendak dihasilkan. Ia adalah teknik yang murah tetapi memerlukan ketelitian kesabaran. Walaubagaimanapun tidak semua imej boleh menggunakan teknik ini. Bagi corak yang halus dan rumit tidak boleh sama sekali menggunakan teknik stensil.

Teknik stensil hanya boleh digunakan bagi imej yang besar dan mudah. Teknik ini memerlukan sebilah pisau yang tajam. Terdapat dua jenis pisau yang biasa digunakan melaui kaedah ini. Iaitu cutter dan swivel cutting

Berikut adalah contoh corak atau imej yang boleh menggunakan kaedah stensil:

Berikut adalah contoh corak atau imej yang tidak boleh menggunakan kaedah stensil: 12

Teknik stensil memerlukan kita memotong sepanjang tepi imej yang hendak dicetak. Oleh sebab itu adalah mustahil untuk kita memotong untuk imej yang halus. Jika anda lakukan juga untuk imej yang halus, kertas tersebut akan putus kerana lembab.

Kaedah ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Apabila sudah digunakan kertas tersebut tidak boleh digunakan lagi. Ia berbeza dengan teknik photo emulsion dimana ia boleh digunakan berulang kali. Jika anda ingin mencetak menggunakan teknik stensil lebih dua kali, anda terpaksa memotong imej yang digunakan sebanyak mana yang anda perlukan kerana ia adalah kaedah pakai dan buang.

Kertas yang digunakan perlu diberi perhatian kerana jika anda menggunakan kertas yang agak nipis ia mudah terkoyak. Tetapi jangan pula anda menggunakan kertas yang terlalu tebal.

Cara Memotong Corak

13

Selepas proses melukis dan memotong selesai, kertas yang dipotong itu hendaklah dilekatkan diatas permukaan blok dengan menggunakan gam sembur (Spray mount). Jika anda tiada spray mount, anda boleh juga menggunakan glue stick. Pelekat sebegini digunakan kerana kita memerlukan pelekat yang boleh ditanggal, bukan pelekat kekal yang lain.

Ketika anda menyembur gam atau meletakkan glue stick ke atas kertas, pastikan gam tersebut kena pada seluruh bahagian kertas terutama di tepi potongan dan di tepi kertas.

Jangan lupa kertas tiga segi dibahagian tengah huruf A itu, ia juga perlu diletakkan gam dan ditampal atas blok pada kedudukkan asalnya. Ketika menampal serpihan itu, pastikan ia berada pada kedudukkan yang tepat supaya ia tidak mencacatkan rupabentuk imej cetakkan.

14

Maka anda sudah berjaya menyiapkan blok untuk mencetak t-shirt. Ia umpama acuan untuk menghasil corak yang kita kehendaki. Selepas ini anda perlu tahu cara-cara menyapu dye pada t-shirt. Sebelum itu, saya akan terangkan pula teknik menyediakan bingkai blok menggunakan teknik photo emulsion.

Teknik Photo EmulsionTeknik ini agak rumit tetapi mudah difahami. Ia adalah teknik yang paling efektif digunakan oleh pencetak-pencetak profesional. Teknik ini jauh lebih canggih daripada teknik stensil. Ia boleh mencetak apa sahaja termasuk gambar foto. Disini saya akan memberi penerangan yang panjang dan detail tentang proses pencetakkan menggunakan photo emulsion kerana anda perlu memahami konsep dan bahan-bahan yang diperlukan semasa proses pencetakkan ini.

Modal yang diperlukan tidaklah besar. Jika anda berniat mahu menjadikan bidang pencetakkan t-shirt sebagai perniagaan kecil-kecilan, anda jangan takut membelanjakan sejumlah kecil wang sebagai modal. Hasil yang akan diperolehi sangat lumayan. Hanya bergantung kepada usaha anda.

Apa Itu Photo Emulsion15

Photo emulsion adalah sejenis bahan kimia berbentuk cecair pekat berwarna biru dan apabila dibancuh dengan sentisizer ia akan berubah menjadi hijau. Photo emulsion sangat sensitif kepada cahaya. Cara penyimpanannya perlu diambil berat. Ia perlu disimpan ditempat gelap selepas digunakan. Ia boleh juga disimpan di dalam peti sejuk.

Terdapat tiga jenis photo emulsion dalam pelbagai jenama di dalam pasaran. 1. Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan 2. Emulsion sekali bancuhan 3. Emulsion terus Guna

Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan Selalunya Emulsion jenis ini adalah buatan tempatan dan harganya tidaklah terlalu mahal. ia adalah cecair pekat yang berwarna biru dan perlu dibancuh bersama sentisizer yang berwarna jinga kekuningan.

Sentisizer adalah bahan kimia jingga kekuningan yang akan mengeraskan photo emulsion. Biasanya ia dijual bersama dengan photo emulsion di dalam botol kecil. Ia perlu disimpan di dalam bilik gelap.

16

Untuk sebuah blok sederhana besar, nisbah bancuhannya ialah 6 : 1 iaitu 6 bahagian photo emulsion dan 1 bahagian sentisizer. Anda boleh menggunakan sudu untuk menyukat bancuhan tersebut.

Ketika membancuh bahan-bahan tersebut, sila gunakan bekas yang bersih dari habuk. Pastikan juga ia adalah bekas yang keras dan sebaik-baiknya dapatkan bekas yang berwarna hitam. Bekas yang berwarna hitam sekurangkurangnya dapat melindunginya daripada cahaya.

Kacau campuran photo emulsion dan sentisizer sehingga ia berubah menjadi warna hijau. Apabila anda yakin ia sudah sebati, maka ia boleh digunakan.

Perhatian : campuran tersebut biasanya hanya boleh bertahan selama 4 jam sahaja sebelum ia mengeras. Oleh itu sebaik sahaja campuran itu dihasilkan, jangan tunggu terlalu lama dan perlu disapu ke atas blok dengan kadar segera.

Emulsion sekali bancuhan Emulsion jenis ini adalah keluaran luar negeri. Ia sangat popular dan amat digemari oleh pencetak-pencetak professional. Ia berwarna ungu atau coklat muda.

Ia sangat mudah digunakan berbanding dengan Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan. Ia tidak perlu dibancuh dengan sentisizer apabila setiap kali mahu digunakan. Ia hanya dibancuh sekali sahaja. Ia dipasarkan bersama dengan botol sebtisizer yang berbentuk serbuk atau cecair ringan.

Sentisizer itu perlu dicampurkan dengan air suam. Kemudian campurkan ia dengan emulsion dan kacau supaya ia betul-betul sebati. Tutup dengan kemas dan biarkan ia di dalam peti sejuk selama 24 jam (1hari) supaya tindak balas

17

kimia akan dapat terhasil. Setelah itu bolehlah anda menggunakannya pada bila-bila masa tanpa mencampurkan dengan sentisizer lagi.

Selepas digunakan, simpan kembali di dalam peti sejuk. Emulsion yang telah dicampur dengan sentisizer boleh tahan selama 1 hingga 2 bulan manakala emulsion yang belum dicampur dengan sentisizer dapat bertahan lebih daripada 1 tahun.

Emulsion guna terus Emulsion jenis ini adalah keluaran terbaru. Ia diimport dari luar negara dan jenama yang terkenal ialah DIRASOL 125 buatan Jerman.

Dengan emulsion jenis ini, anda tidak perlu lagi mencampurkannya dengan sentisizer kera ia telah siap sedia dicampur dengan sentisizer oleh pengeluar. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia kelihatan lebih mudah daripada jenis 1 dan 2. hasilnya kelihatan lebih berkualiti lagi.

Teknik Photo EmulsionAnda sudah memahami apa itu photo emulsion dan anda juga sudah memahami kegunaannya. Disamping itu anda sudah tahu bagaimana menghasilkan blok dengan kaedah stensil. Sekarang tibalah masanya untuk anda mengetahui proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasil sebuah blok yang menggunakan photo emulsion pula dan seterusnya mencetaknya. Kaedahnya lebih panjang daripada teknik stensil.

Proses persiapan 1. Membuat reka corak 2. Memasang jaring pada bingkai blok 3. Membancuh photo emulsion 18

Proses penting 1. Menyapukan photo emulsion pada blok 2. Mengeringkan photo emulsion 3. Mendedahkan pada cahaya (expose) 4. Daveloping dan pengeringan

Proses akhir 1. Memasang cover tape 2. Memasang pelapik pada t-shirt 3. Mencetak

Membuat Reka CorakPemilihan reka corak yang baik akan menghasilkan t-shirt yang cantik dan menarik perhatian. Faktor warna, saiz, kesesuaian konsep dan perletakkan perlu diambil kira dalam proses merekabentuk. Sebenarnya proses merekabentuk sesuatu corak tidak menjadi suatu masalah yang besar kerana biasanya pelanggan sudah mempunyai motif yang mereka mahukan sendiri. Anda hanya perlu menentukan perletakkan dan kesesuaian warna sahaja.

Kemahiran atau bakat melukis tidak diperlukan sangat kerana anda boleh menggunakan komputer terutama bagi menghasilkan tulisan yang menarik. Terdapat banyak perisian rekabentuk grafik yang boleh anda gunakan. Antaranya Adobe Photoshop, Paint, Micromedia Firework dan banyak lagi.

19

Screenshoot Perisian Micromedia Firework 8

Screenshoot Perisian Paint

Anda juga boleh mendapatkan corak-corak menarik yang banyak terdapat di dalam majalah-majalah design atau seumpamanya. Corak tersebut boleh anda sunting mengikut citarasa yang dikehendaki. Kaedah lain yang saya gunapakai ialah dengan mencari di internet. Anda boleh menggunakan 20

Search Engine Google atau Yahoo dalam bahagian image. Ia akan memberi banyak ilham untuk anda untuk menghasilkan imej yang sesuai.

Tidak dapat dinafikan kemahiran menggunakan komputer terutama perisian grafik diperlukan didalam proses untuk menyiapkan blok untuk dicetak. Jika anda tidak mempunyai kemahiran tersebut bolehlah mengupah seseorang melakukannya. Jika anda ingin menggunakan secara manual juga ia jauh terlalu lambat dan ketepatannya akan terjejas.

Proses Menyediakan Imej Grafik Untuk corak yang mempunyai lebih daripada satu warna, maka anda perlu menyediakan salinan mengikut jumlah warna yang ingin dicetak.

Di atas adalah contoh pengasingan imej mengikut warna yang dikehendaki. Imej 1 mewakili warna biru. Imej 2 mewakili warna hitam. Imej 3 mewakili warna kuning.

Setelah melakukan proses pengasingan imej tersebut sila warnakan dengan warna hitam di atas sehelai kertas. Anda tidak perlu menggunakan kertas tracing paper. Anda hanya perlu lakukannya diatas kertas biasa sahaja. Anda tidak perlu lakukan secara manual tetapi boleh lakukan dengan menggunakan mesin cetak(printer) atau mesin fotokopi.

Jika anda memerlukan imej yang lebih besar daripada saiz A4 anda boleh fotokopi imej tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Tetapi harus diingat, hasil imej tersebut hendaklah dipastikan benar-benar hitam. 21

3 warna bermakna 3 blok diperlukan untuk cetakkan. Untuk mencepatkan proses cetakkan anda boleh sediakan 3 blok secara serentak, tetapi anda boleh gunakan kembali blok yang telah digunakan berlang kali.

Walaubagaimanapun terdapat imej yang membolehkan anda menggunakan hanya satu blok sahaja untuk beberapa warna. Ia akan diterangkan kemudian.

Menghasilkan Kertas Lutsinar Sepatutnya imej tersebut haruslah dipindahkan di atas kertas lutsinar seper tracing paper atau tracing film. Tetapi saya telah menemui kaedah yang mudah, murah dan efisyen. Iaitu dengan menyapu kertas dengan minyak masak.

Proses penyapuan hendak berhati-hati dan tidak terlalu kasar dan pastikan ink pada kertas benar-benar kering. Sapu dengan menggunakan kain yang bersih atau bahan yang lembut yang lain.

Hanya sebeberapa ketika sahaja kertas anda sudah menjadi lutsinar dan boleh terus digunakan walaupun dalam berkeadaan lembab. Anda tidak perlu risau kerana ia langsung tidak menjejaskan kualiti imej.

22

SelotapeDalam proses menyediakan imej pada blok, proses expose dan juga mencetak kita menggunakan selotape lutsinar bersaiz 2 lebar. Penggunaan selotape sangat perlu dan kita terpaksa menggunakan banyak selotape. Maka dengan itu anda perlu menyediakan simpanan bekalan selotape yang mencukupi.

Menyapu Photo Emulsion Pada BlokAnda telah mengetahui bagaimana menyediakan bingkai blok bersama dengan jaring sutera. Anda juga telah mengetahui bagaimana menyediakan imej di atas kertas lutsinar. Maka proses seterusnya adalah proses expose bingkai blok tersebut di bawah cahaya lampu.

Sebelum anda melakukan proses expose anda perlu menyapu photo emulsian di atas blok dan biarkan ia kering. Setelah ia kering barulah anda boleh melakukan proses expose. Gambarajah di bawah diharap dapat membantu anda memahami langkah-langkah proses menyediakan blok sebagai acuan pencetakkan.

Apabila ketiga-tiga langkah tersebut sudah dilakukan maka anda bolehlah melakukan proses expose dibawah cahaya lampu florecent. Disini saya akan 23

mengajar anda cara-cara menyapu photo emulsion di atas blok. Ia perlu dilakukan dengan teknik yang betul dan berhati-hati.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk proses ini adalah 1. bancuhan photo emulsion bersama sentisizer 2. pembaris panjang tebal (ia tidak mudah melentik)

perhatian: pembaris panjang tersebut berukuran 12 atau lebih dan tebal. Ia digunakan untuk melarik atau menyapu photo emulsion di atas blok. Anda boleh menggunakan bahan plastik yang seumpamanya asalkan ia tebal mudah dipegang dan rata.

Sebelum menyapu photo emulsion pada blok, anda perlulah memastikan jaring sutera yang telah diregangkan itu berada dalam keadaan bersih dan tiada kotoran. Jika terdapat kotoran basuhkan ia dengan air dan keringkan dengan pengering rambut pastikan juga tidak terdapat habuk atau rambut yang melekat pada jaring. Setelah anda pasti tiada sebarang objek yang menutup jaring sutera, maka bolehlah anda melakukan proses menyapu photo emulsion pada blok.

Langkah 1 Tuangkan lebih kurang 4 sudu bancuhan photo emulsion di sepanjang tepi bahagian blok. Sukatannya bergantung kepada saiz blok dan pastikan sukatannya akan dapat menutupi keseluruhan blok.

24

Langkah 2 Tegakkan blok itu dan sendengkan sedikit. Ambil pembaris dan mula menyapu emulsion tersebut dari bawah naik ke atas. Saya tidak galakkan anda menggunakan squeege untuk menyapu emulsion kerana getahnya lembut dan akan menjadikan masalah kepada ketebalan emulsion.

Langkah 3 Anda akan dapati bahawa photo emulsion yang disapu itu tidak dapat menutupi keseluruhan ruang pada blok. Anda tidak perlu menambah lagi photo emulsion. Jangan risau, langkah seterusnya balikkan blok iaitu sebelah dalam menghadap keluar dan lakukan perkara yang sama iaitu menyapu photo emulsion dari bawah ke atas.

25

Perhatian: jika terdapat bahagian yang masih tidak menutupi jaring sutera, jangan tambah lagi photo emulsion tetapi letakkan hanya sedikit di tempat yang masih berlubang itu dengan menggunakan berus halus. Kemudian sapukan sekali lagi dengan pembaris tebal sehingga ia benar-benar rata.

Mengeringkan Photo EmulsionTerdapat pelbagai cara untuk mengeringkan photo emulsion. Teknik pengeringan bergantung kepada keperluan masa dan bilangan t-shirt yang hendak dicetak. Berikut adalah teknik yang biasa dilakukan oleh pencetakpencetak t-shirt:

1. dengan membiarkannya kering dengan sendiri. Biasanya ia memakan masa selama 5 hingga 6 jam. 2. mengeringkannya dengan menggunakan pengering rambut. Ia adalah kaedah yang popular. 3. mengeringkannya di dalam kotak pengering. Teknik ini dilakukan untuk mengeringkan blok dalam jumlah yang banyak dan memerlukan sejumlah modal.

Kaedah 1 : mengering dengan sendiri Cara ini tidak mengeluar apa-apa modal. Ia boleh dilakukan jika anda mempunyai banyak masa kerana proses pengeringan akan memakan masa selama 5 hingga 6 jam. Jika anda masih belum mempunyai peralatan yang 26

cukup, bolehlah melakukan kaedah ini. Lakukan kaedah ini di dalam bilik yang betul-betul gelap. Pastikan kawasan pengeringan bebas daripada habuk. Lindungi blok anda kerana habuk dan rambut amat mudah melekat pada blok.

Kaedah 2 : mengering dengan menggunakan pengering rambut. Cara ini amat digemari oleh pencetak-pencetak profesional secara kecilkecilan kerana ia pantas. Ia tidak memerlukan modal yang besar.

Kaedah 3 : mengering di dalam kotak pengering Teknik ini lebih profesional dan memerlukan modal yang agak besar. Ia biasa digunakan oleh pengeluar t-shirt bercetak yang menjalankan perkhidmatan mencetak t-shirt dalam bilangan yang besar. Ia adalah kaedah yang pantas dan malah dapat mengeringkan bilangan blok yang banyak secara serentak. gambarajah di bawah adalah gambaran asas tentang penggunaan kaedah ini.

27

Menentukan Blok Benar-benar Kering Semasa emulsion basah ia kelihatan seperti agar-agar dan berkilat seperti cermin. Manakala tanda-tanda yang menunjukkan emulsion sudah kering adalah ianya sedikit pudar dan sedikit lutsinar dan apabila menyentuhnya, ia terasa tegang seperti gendang dan tidak melekit.

Proses Expose (mendedahkan pada cahaya)Emulsion yang sudah dipastikan kering akan di-expose bersama lukisan imej lutsinar tadi. Proses dan konsep expose perlu difahami dengan betul.

Gambarajah dibawah adalah suatu gambaran mudah untuk menerangkan tentang konsep expose.

Konsep expose adalah cahaya akan mengenai kertas lutsinar. Kemudian ia akan menembusi kertas tersebut dan terus ke atas blok. Cahaya yang di halang oleh dakwat hitam tidak akan terkena kepada photo emulsion. Photo emulsion yang didedahkan kepada cahaya dalam jangkamasa tertentu akan mengeras. Jadi, photo emulsion yang tidak mengenai cahaya tidak akan

28

mengeras dan akan tertanggal apabila dibasuh dengan air. Maka terhasil imej yang dikendaki.

Di dalam proses sebenar expose ini, kita memerlukan meja expose yang boleh dibuat sendiri. Cahaya akan diletakkan di bahagian bawah dan blok di bahagian atas.

Membina Meja ExposeMeja expose adalah sebuah kotak besar yang diperbuat daripada kayu yang digunakan untuk proses expose. Meja expose mempunyai lampu florecent di bahagian dalam dan cermin lutsinar di bahagian atas.

Anda tidak perlu risau jika anda tidak tahu menukang. Anda boleh mengupah orang untuk melakukannya. (seperti yang saya lakukan). Anda hanya perlu menentukan spesifikasi yang anda perlukan sahaja.

29

Cara- cara membuat meja expose Buat satu kotak plywood empat segi dalam ukuran; tinggi : 2 kaki panjang : 2 kaki 4 inci lebar : 1 kaki 6 inci

Plywood itu hendaklah dicat dibahagian dalam dengan warna hitam supaya cahaya dapat menumpu terus ke bahagian cermin Dibahagian atas diletakkan cermin lutsinar yang sederhana tebal.

Di dalam meja expose tersebut dipasang dua batang lampu florecent . (florecent light). Yang bersaiz pendek ( 2 kaki)

30

Jarak antara cermin dan lampu adalah penting. Jika jarak lampu terlalu jauh maka proses pengerasan photo emulsion akan menjadi lama. Jika lampu terlalu dekat, photo emulsion akan menjadi terlalu keras dan sukar untuk ditanggalkan. Disini saya mencadangkan jarak yang sesuai adalah antara 6 hingga 8 inci. Untuk mendapat jarak yang paling efektif adalah dengan menggunakan kaedah try and error. anda terpaksa melakukannya berulang kali untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

Pasangkan suiz lampu di luar meja . anda boleh mengubah rekabentuk meja mengikut kesesuaikan dan kreativiti anda.

Proses Expose (pendedahan)Apabila anda sudah berjaya menyiapkan meja expose maka anda bolehlah melakukan proses expose.

Ambil kertas lutsinar yang anda telah lukis dan hitamkan tadi dan lekatkan pada cermin meja expose dengan menggunakan selote. Biasanya apabila 31

kertas tersebut dalam keadaan lembab kerana minyak, ia tiada masalah untuk melekat rapat dengan cermin expose.

Perhatian: jangan terbalikkan kertas anda. Pastikan ia tidak senget. Pastikan ia benar-benar rapat dengat cermin.

Ambil blok yang telah anda sapu dengan photo emulsion tadi dan letakkan di atas kertas lutsinar itu tadi.

32

Letakkan objek yang berat dan rata di atas blok contohnya buku berat atau bata. Pastikan ia dapat mengenai seluruh imej. Proses ini bertujuan supaya imej yang hendak di-expose benar-benar rapat. Ini penting supaya imej yang terhasil akan jelas dan tepat.

Buku berat atau bata sebenarnya berfungsi sebagai medium untuk menghimpit rapat kertas dan blok. Jadi, tepian imej tidak akan merekah dan jelas. Anda boleh letakkan apa sahaja asalkan ia berfungsi sebagai pemberat tetapi pastikan ia objek yang rata.

Setelah dipastikan semuanya dalam keadaan sempurna barulah dipasangkan lampu. Semasa memasang lampu anda perlu setkan jangka masa yang diperlukan.

Jangkamasa Expose 33

Jangkamasa yang betul dan tepat akan menghasilkan blok yang bermutu tinggi. Jangka masa expose sebenarnya tidak dapat dipastikan ketepatannya kerana ia bergantung kepada banyak faktor. Oleh itu, jangkamasa expose anda berkemungkinan berlainan daripada jangkamasa expose saya. Anda perlu menentukannya secara berulang-kali untuk mendapatkan jangkamasa yang tepat.

Pelbagai faktor yang menentukan jangkamasa expose. Antara faktor tersebut adalah: 1. kuasa lampu jika lampu tersebut mempunyai kuasa yang tinggi ia akan mencepatkan proses pengerasan photo emulsion

2. ketebalan emulsion emulsion yang nipis dan sekata akan mengeras dengan lebih cepat. Anda perlu konsisten terhadap ketebalan photo emulsion yang di sapu pada blok.

3. jarak lampu lampu yang dekat akan mengeraskan photo emulsion dengan lebih cepat berbanding lampu yang jauh. Tetapi jarak lampu perlu diberi perhatian supaya cahaya tersebut dapat mengenai keseluruhan ruang blok.

4. kehitaman dakwat dakwat yang cukup hitam sangat penting supaya dapat menghalang photo emulsion daripada mengeras. Perbezaan pengerasan photo emulsion akan memudahkan penangalan semasa menyiram dan menghasilkan blok acuan yang berkualiti tinggi.

5. jenis emulsion penentuan jenis photo emulsion akan memberi perbezaan terhadap jangkamasa expose. Tidak semua photo emulsion adalah sama kerana ia mungkin dari pengeluar yang berbeza.

34

Anggaran Jangkamasa ExposeWalaupun jangkamasa expose sukar dianggarkan, di sini saya memberi sedikit panduan kepada anda untuk menganggarkan sendiri jangkamasa yang diperlukan untuk meja expose anda.

Emulsion guna terus, 2 lampu florecent Jarak 20 cm hingga 30cm Jangkamasa anggaran : 3 minit hingga 10 minit

Emulsion guna terus Lampu sport light 800-1000watt. Jarak 80 cm Jangkamasa anggaran : 60 saat hingga 1 minit

Emulsion bancuh untuk sekali kegunaan 2 lampu florecent Jarak 15 cm hingga 30 cm Jangkamasa anggaran : 10 minit hingga 25 minit

Anda boleh menentukan jangkamasa expose dengan menentukan kualiti kekerasan photo emulsion. Jika photo emulsion disiram dengan air sukar mengembang dan ditanggalkan itu bermakna jangkamasa expose adalah terlalu lama.

Jika photo emulsion mudah tertanggal dan bahagian yang diperlukan juga tertanggal itu bermakna jangkamasa expose adalah terlalu pendek. Kualiti blok yang kita mahukan adalah apabila disiram dengan air ia akan mengembang dan disiram sekali lagi ia mudah tertanggal dan photo emulsion yang diperlukan mengeras dengan baik dan tidak terjejas walau sedikitpun. 35

Menanggalkan Photo Emulsion Pada BlokSetelah blok di-expose mengeras dengan baik, maka perlulah disiram atau disembur dengan air. Konsep ini perlu anda fahami dimana photo emulsion yang dihalang daripada terkena cahaya tidak akan mengeras manakala photo emulsion yang terkena cahaya akan mengeras.

Di sinilah proses dimana anda dapat menentukan kualiti expose yang telah dilakukan tadi. Jika photo emulsion yang dihalang daripada cahaya tidak mengeras dan photo emulsion yang terkena cahaya mengeras dengan baik maka anda sudah berjaya menghasilkan blok acuan dengan kualiti yang tinggi.

Cara Menanggalkan Photo Emulsion

36

Setelah blok di-expose, ia perlu disembur dengan air untuk mengeluarkan photo emulsion yang tidak dikehendaki lalu membentuk imej yang diperlukan untuk pencetakkan.

Teknik 1 (menyembur) Bawa blok tersebut dalam bilik air yang terang dan siram blok tersebut dengan kelajuan air yang perlahan. Kemudian biarkan ia mengembang selama 1 hingga 2 minit. Ia sebenarnya adalah proses untuk memudahkan photo emulsion itu ditanggalkan apabila ia kembang. Blok itu hanya perlu disandarkan pada dinding.

Setelah photo emulsion itu kembang, barulah disembur dengan air pada tekanan sederhana. Harus diingat jangan menyembur blok anda pada tekanan yang terlalu tinggi ia akan merosakkan photo emulsion.

Imej yang dikehendaki akan terbentuk pada blok tersebut dan anda dapat melihat jaring yang terbentuk di pada blok. Jika masih terdapat photo emulsion yang masih degil untuk dikeluarkan (mungkin kerana ketebalan, jangkamasa dan sebagainya) anda perlu menyapu dengan kain lembut yang bersih secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

37

Perhatian : jangan biarkan blok anda mengembang terlalu lama sebelum disembur. Ia mungkin akan mencacatkan imej pada blok kerana mudah tertanggal, merekah atau lompong.

Teknik 2 (merendam) Ini adalah suatu teknik yang untuk menanggalkan photo emulsion yang saya pelajari daripada pengusaha pencetakkan t-shirt. Ia dalah cara yang yang agak efektif dan menjimatkan ruang dan air. Tetapi anda memerlukan ketelitian dan berhati-hati.

Caranya mudah sahaja dimana anda hanya perlu menyediakan sebuah bekas empat segi yang boleh memuatkan blok tersebut. Kemudian merendamkan blok tersebut sehingga photo emulsion itu mengembang (1 hingga 2 minit).

Setelah photo emulsian itu sudah dipastikan kembang, maka proses seterusnya adalah menggosok dengan kain yang lembut di atas blok. Ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Gosok dibahagian yang ingin dikeluarkan sahaja. Anda akan dapati ia mudah untuk dikeluarkan tetapi jangan menggosok terlalu kasar.

Mengeringkan BlokTerdapat pelbagai cara untuk mengeringkan blok.

Cara 1 : dengan mengeringkan di bawah cahaya matahari 38

Cara 2 : dengan menggunakan kipas angin Cara 3 : dengan menggunakan pengering rambut

Jika blok anda banyak dan mahu mengeringkannya secara serentak anda bolehlah menggunakan cara 1 atau

Jika blok anda sedikit bilangannya, maka anda bolehlah menggunakan cara 2 atau cara 3. atau kedua-dua sekali. Jadi terpulanglah kepada anda.

Menampal Emulsion Yang Berlubang Sesudah blok anda kering, anda hendaklah memastikan tidak terdapat lubang kecil pada blok tersebut. Berkemungkinan lubang tersebut disebabkan oleh habuk yang melekat semasa proses pengeringan atau habuk yang melekat semasa proses penyapuan photo emulsion. Sapuan yang tidak sempurna juga adalah penyebab masalah ini.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menutup lubang tersebut: 1. meletakkan sedikit photo emulsion dengan menggunakan berus lukisan yang kecil dan halus. Kemudian keringkan sahaja dengan pengering rambut 2. dengan menggunakan selotape. Tampalkan sahaja bahagian yang berlubang tersebut dengan selotape. 39

Jika anda ingin menggunakan blok secara berulang kali saya sarankan anda menggunakan kaedah 1.

Jika anda tidak manggunakan blok secara berulang-ulang saya sarankan anda menggunakan kaedah 2. kaedah menampal dengan selotape lebih mudah dan cepat tetapi biasanya perlu di tukar apabila digunakan secara berulang bagi menjamin kualiti cetakkan.

Menampal SelotapeTepian blok perlu ditampal dengan selotape besar (2lebar) supaya semasa proses penyapuan, dye tersebut tidak terkeluar di celah tepi blok tersebut. Sebenarnya selepas menyapu photo emulsion pada blok anda pasti akan mendapati terdapat ruang kosong atau lubang di bahagian tepian blok. Ruang yang tidak menutupi jaring sutera inilah yang perlu ditampal. Sila tampal seluruh ruang tepi.

Anda boleh juga menampal di bahagian dalam blok jika perlu. Selepas anda mencetak berkali-kali anda akan dapati selotape tersebut akan menjadi lembab dan mula tertanggal. Jadi anda perlu membuang selotape tersebut dan menggantikan dengan selotape yang baru. 40

Dye ( Bahan Pewarna)Dye adalah cecair pekat berperanan sebagai pewarna kepada t-shirt. Dye yang dikhususkan untuk pencetakkan t-shirt adalah fabric dye.

Terdapat 4 jenis dye yang biasa digunakan untuk mencetak t-shirt: 1. TC Dye 2. Rubberise FD 3. Emboss Dye 4. Florecent Dye TC / FD

TC Dye Ia dikenali sebagai dye biasa atau water base dye (dye air). Dye jenis in hanya sesuai untuk baju yang berwarna putih sahaja. Untuk baju baju yang berwarna hitam tidak boleh digunakan sama sekali. Warna pada benangnya mudah luntur. Oleh yang demikian ia perlu dipanaskan dengan seterika selepas dicetak. Ia bertujuan supaya dye pada benangnya akan melekat dengan kuat pada benang (mati di benang).

Dye jenis ini banyak dijual dipasaran. Ia boleh didapati di kedai alat tulis. Anda dinasihatkan mencari dye yang berkualiti dengan mendapatkan terus daripada pembekal dye t-shirt.

Bagi yang baru atau ingin mencuba mencetak t-shirt, dye jenis ini adalah sesuai untuk anda. Ia mudah digunakan dan harganya murah. Kualitinya juga tidaklah mengecewakan.

Rubberise FD 41

Dye jenis inilah yang selalu digunakan secara meluas oleh pencetak-pencetak t-shirt. Ia digunakan oleh pencetak mahir dan separuh mahir kerana biasanya ia tidak akan dapat dibeli dalam jumlah yang sedikit. Biasanya dijual di dalam botol plastik 1 kg.

Ia diperbuat daripada dye getah dan memberikan kesan menarik dan juga kelihatan seperti sticker apabila dicetak di atas t-shirt. Ia tidak ada masalah untuk digunakan di atas t-shirt terang atau gelap.

Anda perlu mencetaknya sebanyak dua kali. Cetakkan pertama perlulah dicetak dengan dengan warna putih iaitu sebagai base dan diikuti dengan cetakkan kedua iaitu mencetak dengan warna yang anda kehendaki. Jika anda mahu imej berwarna putih maka anda perlu mencetak dye putih sebanyak dua kali juga.

Ada juga pengusaha pencetakkan t-shirt yang menggunakan dye berwarna yang sama sebagai base. Sebagai contoh jika mahukan imej berwarna merah, maka mencetak dye merah sebanyak dua kali. Menurut kajian yang saya lakukan, jika meletakkan base putih pada t-shirt adalah lebih terang dan menarik. Anda boleh lakukan sendiri untuk kepastian dan lihatlah perbezaannya.

Walaubagaimanapun penggunaan base warna yang sama tidak memberi perbezaan yang terlalu ketara. Ia masih boleh diterima. Cuma pengusaha pencetak t-shirt amat gemar menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan menjimatkan masa kerana tidak perlu untuk menukar warna. Proses petukaran warna memerlukan kita mencuci dye putih pada blok sebelum menyapu dye warna lain pada blok. Jadi terpulanglah kepada anda untuk menentukanya.

Emboss Dye

42

Mungkin anda pernah melihat t-shirt yang mempunyai imej yang timbul. Ia sebenarnya menggunakan emboss dye. Ia memberikan kesan yang menarik tetapi pencetak t-shirt akan cuba meminimakan penggunaanya kerana harganya lebih mahal daripada rubberise dye.

Ia adalah sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan bahan kimia dimana apabila dipanaskan dengan seterika ia akan memberi kesan timbul. Ia juga tidak mempunyai masalah untuk digunakan pada t-shirt yang cerah atau gelap.

Florecents Dye Dye jenis ini terdapat didalam dua jenis iaitu TC dan Ruberise. Ia kelihatan lebih terang dan bersinar (stricking). Dye jenis ini sudah amat kurang digunakan.

Anda boleh mengadunkan ke semua jenis dye ini di dalam suatu t-shirt untuk menghasilkan cetakkan yang lebih menarik dan kreatif.

Proses MencetakSebelum melakukan pencetakkan pastikan anda menyediakan keperluaan yang diperlukan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 1. pisau (cutter) 2. table glue (sejenis gam khas untuk t-shirt) jika tiada bolehlah menggunakan spray mount. 3. kotak tebal bersaiz 15 inci x 20 inci. Ia digunakan sebagai pelapik. Sebaiknya guna plywood. Mounthing board juga boleh digunakan.

Kaedah Penyediaan PencetakkanAmbil kotak pelapik . pastikan saiznya boleh muat untuk dimasukkan ke dalam t-shirt. Sebenarnya saiz kotak tersebut biarlah sepadan dengan saiz t-shirt. Jika tshirt untuk kanak-kanak maka gunakan kotak yang kecil sedikit.

43

Bentangkan kotak pelapik tersebut. Sapu dengan table glue atau menggunakan spray mount. Kemudian masukkan kotak pelapik tersebut ke dalam t-shirt yang hendak dicetak.

Perhatian: gam tersebut hendaklah menghadap ke atas dan jangan menarik tshirt terlalu tegang. Biarkan ia terletak dengan sekata.

Meja CetakPenyediaan meja cetak yang sesuai adalah diperlukan. Bagi yang baru mencuba anda boleh menggunakan meja makan sebelum anda menyediakan meja cetak yang sesuai untuk pencetakkan t-shirt. Di sini saya akan tunjukkan ciri-ciri meja cetak yang sesuai untuk pencetakkan.

Baju t-shirt yang dicetak biasanya akan dibentangkan sebaris dalam jumlah yang maksima. Jadi jika anda dapat menyediakan meja yang lebih panjang, maka kerja mencetak akan menjadi lebih cepat.

Kerja mencetak dilakukan satu-persatu tetapi ia dilakukan dengan menggunakan blok yang sama dan perlu diletakkan sebaris bagi memudahkan

44

keja mencetak. Maka anda perlu menyediakan kotak pelapik dalam jumlah yang diperlukan.

Teknik Meletak Blok Pada T-shirt Semasa hendak mencetak, pastikan blok tersebut tidak senget sebelum anda mencetak. Pastikan permukaan blok adalah rata dan tidak terjongket dan pelapik dapat menutuoi keseluruh ruang t-shirt.

Satu masalah yang mungkin timbul apabila mencetak t-shirt dalam jumlah yang banyak adalah kedudukan imej pada t-shirt tidak berada pada kedudukan yang sama. Adalah sukar untuk mengagak kedudukan blok yang tepat pada setiap t-shirt. Satu teknik yang saya gunakan adalah dengan meletakkan measuring label pada t-shirt untuk mendapatkan kedudukan blok yang konsisten pada setiap t-shirt walaupun ia berbeza saiz.

Anda boleh menggunakan sendiri cara yang mudah bagi anda menentukan ketepatan blok. Saya menggunakan sehelai kertas sebagai measuring lebel. Pada t-shirt yang pertama, perlu ditanda jarak antara blok dan kolar baju. Maka kertas tersebut akan digunakan pada t-shirt yang seterusnya sebagai measuring lebel.

45

Walaubagaimanapun semasa menentukan kedudukan dan ketepatan imej pada t-shirt, ia memerlukan juga sedikit ketelitian dan kemahiran individu dalam memastikan kesempurnaan hasil produk.

Cara MencetakSekarang sampailah masanya proses yang ditunggu-tunggu, iaitu kerja mencetak t-shirt. Pastikan anda sudah menyediakan peralatan yang cukup sebelum kerja menyapu dye diatas t-shirt. Jangan lakukannya di dalam bilik atau ruang yang gelap kerana ia memerlukan kita untuk memastikan bahawa dye yang disapu benar-benar serata dan tidak terlalu nipis.

Langkah 1: Letakkan dye di tepi bahagian atas blok. Dye yang diletakkan itu biarlah dirasakan cukup dan yakin ia akan mengenai seluruh bahagian imej pada blok yang ingin dicetak. Dye yang berlebihan boleh diguna pakai lagi tetapi dye yang yang tidak cukup akan mendatangkan masalah kepada hasil cetakkan. Jadi, anda tidak akan rugi atau membazir jika dye yang digunakan agak banyak. 46

Langkah 2: Tangan disebelah kanan memegang squeege manakala tangan disebelah kiri menekan blok. Pegang dengan kemas dan kuat. Pilih squeege dengan saiz yang betul dan sesuai. Pegang squeege dengan kedudukan menegak.

Langkah 3: Tarik squeege ke arah anda dengan perlahan-lahan. Pastikan semua bahagian imej yang dikehendaki dilalui oleh dye. Lakukannya sebanyak dua kali bagi memastikan kualiti kepadatan yang memuaskan. Tarikan yang kedua dilakukan dalam arah yang berlawanan.

Perhatian: selepas kerja menarik squeege selesai, anda harus memastikan dye yang mengenai t-shirt dalam keadaan sekata (dilalui dye kesemua imej yang dikehendaki) dan dye pada t-shirt tidak terlalu nipis. Pada pengalaman saya 47

dye kuning agak cair berbanding dye berwarna lain dan anda harus memastikan dye tersebut tidak terlalu nipis pada t-shirt. Anda boleh boleh menarik squeege sekali lagi sehingga anda berasa ia memuaskan.

Mencuci BlokKerja mencuci blok dilakukan selepas kerja mencetak selesai. Jangan biarkan blok terlalu lama kerana apabila dye kering pada blok, ini akan menyebabkan lubang pada jaring sutera akan tertutup dan mutu blok tentunya akan terjejas.

Blok yang tetah dicuci itu bolehlah dibiarkan kering pada cahaya matahari atau dengan mengunakan pengering rambut. Jangan sekali-kali menggunakan blok yang betul-betul kering kerana ia akan merosakkan stensil pada blok.

Apabila menyimpan blok yang sudah tidak digunakan, jangan meletakkan sebarang objek diatas jaring sutera kerana regangan pada blok akan mengendur.

SeterikaLangkah terakhir adalah memanaskan kain yang telah dicetak dengan seterika. Apabila dye pada t-shirt dipastikan kering maka kerja memanaskannya dengan seterika perlu dilakukan. Kerja ini penting kerana ia akan memastikan dye pada t-shirt akan kekal kukuh pada benang t-shirt. Dye yang dipanaskan akan mengembang dan apabila kembali sejuk ia akan mencengkam pada kain t-shirt. Ia kan tahan lebih lama walaupun dicuci berulang kali. Terdapat 3 teknik untuk memanaskan t-shirt dengan menggunakan seterika ini: 1. Anda boleh memanaskan secara terus seterika tersebut di atas dye tetapi pastikan kepanasan yang di letakkan adalah dalam keadaan

48

sederhana panas. Jika kepanasan seterika terlalu tinggi, dye tersebut akan melekat pada seterika. 2. Anda boleh memanaskan dye terbebut dengan meletakkan seterika di bahagian belakang t-shirt dalam keadaan sederhana panas. Jika seterika terlalu panas, dye tersebut akan melekat pada t-shirt. 3. Anda boleh memanaskan dye tersebut dengan melapik t-shirt dengan kain kemudian gunakan seterika dalam keadaan cukup panas. Ia bagi mengelak dye melekat pada seterika. Jangan menggunakan seterika yang terlalu panas kerana apabila dye melekat pada kain pelapik ia akan terkena pada t-shirt.

Walau apapun teknik yang anda ingin lakukan pastikan anda menggunakan kepanasan seterika yang sesuai. Pastikan dye yang anda panaskan benarbenar panas. Ia boleh dipastikan dengan menyentuh sedikit pada dye tersebut.

Kemahiran Membancuh WarnaCara membancuh warna yang betul adalah sangat penting bagi memastikan pelanggan berpuashati dengan warna yang dikehendaki.

Anda tidak perlu membeli banyak warna untuk mendapatkan warna yang dikehendaki, tetapi hanya menyediakan warna asas dan membancuhnya untuk mendapatkan warna yang di kehendaki. Saya pasti anda sudah mempelajari semasa di sekolah dahulu tentang tonne warna ini.

Warna asas: 1. merah 2. kuning 3. biru 4. hitam 5. putih 49

Sebagai contoh mudah, untuk mendapatkan warna oren, anda perlu mencampurkan warna merah dan kuning. Hijau = biru dan kuning. Ungu = merah dan biru.

Warna hijau bukanlah warna asas, tetapi kita boleh menghasilkan pelbagai kombinasi warna hijau dengan menggunakan 4 warna asas iaitu kuning, biru, putih dan hitam.

Sekian Terima Kasih Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan sila hubungi saya melalui email: [email protected]

50