21 selawat nabi

25
Pelbagai Jenis Selawat Nabi 1 Muallij Islamiah Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda HIMPUNAN 21 SELAWAT NABI Klinik Muallij Islamiah http://klinik-muallij.blogspot.com/ oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani 25 Jun 2010 (12 Rejab 1431)

Upload: basri1897

Post on 30-Jun-2015

1.513 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

1

Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

HIMPUNAN

21 SELAWAT

NABI

Klinik Muallij Islamiah

http://klinik-muallij.blogspot.com/

oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

25 Jun 2010 (12 Rejab 1431)

Page 2: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

2

Muallij Islamiah

Asas Selawat Nabi

د ىآلمحمدوع� ىمحم

ع� صل هم

الل

Firman Allah

ىونع�

تهيصل

ئك

هوم#

الل يهإن

واعل

ذينآمنواصل

+اال ,

ياأ ./ الن

سليماموات

وسل

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad

s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan

penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa, rahmat dari allah,

memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya

selawat kepada Nab . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam

penghormatan kepadanya.” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya, istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah

memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W

kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat²

mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada

Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang

dibawanya .

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W

diantaranya :

1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud

(tahiyyat) dan salam .

2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan

akhir.

Page 3: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

3

Muallij Islamiah

3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal

atau akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun

hanya sekali.

6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi

Muhammad S.A.W

7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis.

8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai

sahaja.

9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib.

Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji

yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan

memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1.Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat

denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-

Trimidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w: “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat

kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus. “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-

Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan

kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu

itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah

menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian

iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan

keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan

keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Waktu-Waktu berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum

Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya:

Page 4: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

4

Muallij Islamiah

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “

Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat

dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan

apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan

rahmat-Mu .” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat

yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “

2. Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang

menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka

berselawatlah kamu kepadaku .” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah s.a.w

dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia

membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali

ketiga.”

5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika

membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan

sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah ,

muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat

kepadaku.“

6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi

. tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.“ ( Hadis Riwayat

At-Tirmidzi)

7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri

qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat

(rahmat) atas Muhammad.“

8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca

selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ (Hadis Riwayat

Thabarani)

9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi

Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah

Jumaat .

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang

pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan

kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Page 5: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

5

Muallij Islamiah

11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi

ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. “(Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni)

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di

dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke

atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki

nescaya akan mengampuni mereka.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua

hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat

tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum

mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap

pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan

atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w: “ orang yang bakhil itu

adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya. “ ( Hadis Riwayat

At-Tirmidzi)

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung ,

maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang

lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku

jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara

engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ (Hadis Riwayat Ahmad)

18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi

sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ ( Hadis

Riwayat Thabarani )

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

Page 6: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

6

Muallij Islamiah

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

JENIS-JENIS SELAWAT

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh

kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” Hadith Riwayat Thabarani

“Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” Hadith Riwayat Ibnu Adi

dan Al-Baihaqi

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan

dihapuskan darinya sepuluh dosa.” Hadith Riwayat Ibnu Hibban

“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata:

Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t mencatat baginya

sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh

darjat dan ALLAH menolak atasnya yang seumpamanya.” Hadith Riwayat Ahmad

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa).”

Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih

“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH menurunkan rahmat kepadanya sepuluh

kali.”Hadith Riwayat Muslim

Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Muhammad

s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:

Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam.

Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.

Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik.

Menghapuskan dosa.

Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.

Page 7: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

7

Muallij Islamiah

Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.

Memperoleh nur zahir dan batin.

Mendapat keselamatan dari azab neraka.

Membolehkan memasuki syurga.

Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t.

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat

kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya:

Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.

Ditulis sepuluh kebajikan.

Dihapuskan sepuluh kejahatan.

Diangkat sepuluh darjat.

Memperoleh kesempurnaan iman.

Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.

Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.

Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.

Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

Terhindar dari kefakiran.

Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.

Meperoleh keberkatan dalam hidup.

Terhindar dari orang-orang yang bakhil.

Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.

Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

Menjadi zakat dan pembersih diri.

Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.

Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

1. SELAWAT SYIFA

هم لل

ىا

ع ص�

ب ط مد ح ام ن د ي ىس �

ق ال

و د و ب و ل

ا;+ ا

ة ي اف ع و ف ش و ان د ب <

ر و ن او + ; ا

ي ض و ار ص ب <

ا+ ; ا

ع و � س و ه ب صح و ه آل ى

م ل

Terjemahan:

Page 8: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

8

Muallij Islamiah

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati,

penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat

keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat

tradisional

Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :

1. Menyihatkan jasmani dan rohani.

2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.

4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan. 2. SELAWAT TAFRIJIAH.

هم لل

ىا

ص#تاص�،

ةامل

م ك

ماوسل

س#

ىماتا

دناع� سي

د ذين محمعقد،به تنحل ال

قرب،به وتنفرج ال

ال

N OPوتقئج،به حوا

ئب،به وتنال ال

اغ وحسن الر

وات خ

سقىم،يال

مام ويست

غريم،بوجهه ال

كىال

له وع�

ا

يوصحبه ل حة ك

_ل بعدد ونفس

وم ك

ك معل

ل

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami,

Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala

apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati

yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada

keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.

Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang

menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan

sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang

ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik

dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini

bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu

Page 9: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

9

Muallij Islamiah

sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat

yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya

Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan

dan dikasihi oleh orang ramai.

-Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas

sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

-Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan

menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

-Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4.

Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

3. SELAWAT MUNJIYAT/SELAWAT MUNJIYYAH

للمد ا دنامح ىسي

ىع�

ص� هم

ة

ص#d+امنتونجينا

حاجاتناd+اجميعال

لN OPوتقات

ف hوهوال

hجميع

رناd+امنجم هىوتط

ع�

عناd+اعندكا

وترفئات ي يعالس

noاتخ

منجميعالايات

غالN Op

قوتبلغناd+اارجات الد

مات _حياتوبعدا

ىال

Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dengan suatu selawat yang

menyebabkan kami semua selamat dari ketakutan dan malapetaka dan yang menyebabkan Engkau

tunaikan hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan hati kami dari segala kejahatan, yang

menyebabkan engkau angkatkan kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan

engkau menyampaikan semua cita-cita kami dalam bentuk kebaikan semasa hidup atau mati, di

dunia dan di akhirat.

Dibaca 40 kali, ,maka Allah SWT. menghilangkan segala kesusahan, memudahkan semua pekerjaan,

mudah memperoleh rezeki, menerangkan hati, menaikkan pangkat, memperbaiki tingkah laku,

membuka semua pintu kebaikan, mengindahkan ucapan, menjauhkan dari semua malapetaka,

setiap orang (baik laki-laki maupun perempuan) yang melihatnya menjadi senang dan cinta. Tetapi

harus dibaca setiap hari.

Keterangan:

Syeikh Al-Buni dan imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat, samada hajat dunia

mahupun hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali dan waktu tengah malam, maka

insyaALLAH tuhan akan menunaikan hajatnya dengan segera.

Imam Dainuri menerangkan, jika pada suatu waktu umat islam ditimpa kesusahan atau penyakit

Page 10: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

10

Muallij Islamiah

menular atau adanya suatu pengharapan agar tercapai cita-cita, hendaklah membaca selawat atas

nabi Muhammad s.a.w.

Selawat Munjiyah baik juga diamalkan dibaca sekali setiap selesai solat fardhu.

4. SELAWAT FATIH

Page 11: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

11

Muallij Islamiah

5. SELAWAT JIBRIL

6. SELAWAT SYAFI

Page 12: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

12

Muallij Islamiah

7. SELAWAT AR-RAUF AR-RAHIM

8. SELAWAT TASYAHUD (PALING AFDAL)

Page 13: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

13

Muallij Islamiah

9. SELAWAT AL-INAM

10. SELAWAT JUWAIRIAH/ SELAWAT JAWAHIR

11. SELAWAT IMAM SYAFIE 1

Page 14: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

14

Muallij Islamiah

" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas nabi kami Muhammad setiap kali orang-orang yang mengingatinya

berselawat keatasnya dan orang-orang yang lalai terlupa untuk berselawat keatasnya"

Fadhilatnya:

Menurut Imam Syafi'e, selawat ini mempunyai kedudukan yang tinggi,mendatangkan keutamaan dan

mendapat keampunan ALLAH.

12. SELAWAT IMAM SYAFI'E 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

" Wahai ALLAH ! Rahmatilah Muhammad dengan bilangan barangsiapa yang berselawat ke atasnya dan

rahmatilah Muhammad dengan bilangan sesiapa yang belum berselawat ke atasnya dan rahmatilah

Muhammad sebagaimana yang Engkau telah perintahkan untuk mengerjakan untuk mengerjakan solat

dan rahmatilah Muhammad sebagaimana Engkau sukakan orang yang berselawat ke atasnya dan

rahmatilah Muhammad sebagaimana layak selawat itu untuknya."

Page 15: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

15

Muallij Islamiah

Fadhilatnya:

Menurut Imam Syafi'e selawat ini mendatangkan keampunan dan kerahmatan dari ALLAH . 13. SELAWAT MUKAFA'AH

" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Wahai ALLAH ! Rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dengan rahmat

yang berkekalan, yang diterima dan dengan rahmat itu akan menunaikan haknya bagi pihak kami."

Fadhilatnya: Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan tergolong sebagai orang-orang yang

cintakan Nabi Muhammad s.a.w.

14. SELAWAT SA'ADAH

" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas

penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu ALLAH, rahmat yang

berkekalan dengan kekalnya kerajaan ALLAH."

Fadhilatnya:

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, barangsiapa membaca selawat ini 1000 kali pada malam Jumaat akan

memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Menurut As-Syahwi, barangsiapa membaca selawat ini sekali dapat menyamai pahala membaca 600,000

selawat.

Page 16: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

16

Muallij Islamiah

15. SELAWAT IBNU ABBAS

“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai ALLAH ! Wahai yang memiliki kelebihan yang berterusan keatas sekelian makhluk,wahai pemilik

kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai Tuhan yang mempunyaipemberian-

pemberian yang mulia, limpahkanlah rahmat atas Muhammad, sebaik-baik manusia dengan

penghormatan dan ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di petang ini.

Fadhilatnya:

1) Menurut Ibnu Abbas r.a., barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam Jumaat atau siangnya,

ALLAH akan mencatat baginya 1,000,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 kejahatan dan

mengangkat 1,000,000 darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Khalilullah pada hari

kiamat.

2) Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini akan dapat menyinarkan hati dan mudah memahami

sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran.

Page 17: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

17

Muallij Islamiah

16. SELAWAT SAIDINA ALI

“ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi. Wahai orang-orang beriman

berselawatlah keatasnya dengan sesempurna selawat. Wahai ALLAH ! Tuhanku dan keberkatan-Mu.

Rahmat ALLAH yang baik dan pengasih dan malaikat-malaikat muqarrobin, para anbiya, para sidiqqin,

syuhada dan para solihin dan barang apa bertasbih kepada-Mu dari sesuatu, wahai Tuhan pemilik

sekelian alam keatas penghulu segala rasul, imam orang-orang yang bertakwa dan rasul Tuhan sekelian

alam, yang menyaksikan,pembawa berita gembira,penyeru kepada-Mu dengan keizinan-Mu, lampu

yang menyinari dan kesejahteraan keatasnya.”

Fadhilatnya :

Menurut Syeikh Zainudin Bin Hussain Al-Maraghi, selawat ini diajarkan oleh Saidina Ali kepada para

sahabatnya setelah jenazah Rasulullah s.w.a selesai disembahyangkan sebagai suatu penghormatan

yang amat besar dan mulia. Barangsiapa membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan

dan memohon rahmat dari ALLAH bagi Rasulullah s.a.w.

Page 18: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

18

Muallij Islamiah

17. SELAWAT JIBRIL 1

" Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai ALLAH ! rahmatilah ke atas Muhammad, seorang nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga

Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim dan berkatilah

Muhammad nabi yang ummi dan berkatilah ahli keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Limpahkanlah kasih sayang dan

rahmat-Mu ke atas Muhammad sebagaimana Engkau mengasihi dan merahmati Ibrahim dan ke atas ahli

keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! kasihkanlah

Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kasihkan Ibrahim dan ahli

keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Sejahterakanlah

Muhammad dan ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan kesejahteraan ke atas

Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

Fadhilatnya:

Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan

mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.

Page 19: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

19

Muallij Islamiah

18. SELAWAT JIBRIL 2

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH !

Rahmatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad di kalangan orang-orang yang

terdahulu dan terkemudian dan di kalangan penduduk langit hinggalah ke hari kiamat.

Fadhilatnya:

Menurut imam Sya'rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau

mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan

syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat. 19. SELAWAT BARIYAH

Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh ALLAH.

Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih ALLAH

Kami bertawassul dengan BISMILLAH dan membawa petunjuk utusan ALLAH.

Semua yang berjihad di jalan ALLAH khususnya pejuang Badar Ya ALLAH.

Page 20: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

20

Muallij Islamiah

Ya ALLAH, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka dan kemurkaan-Mu.

Dari segala kedukaan dan kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.

Ya ALLAH, lepaskanlah dan hilangkanlah segala yang menyakiti dan balikkanlah perdaya musuh,

kasihanilah kami dengan berkat berkata pejuang Badar Ya ALLAH

Ya ALLAH, lepaskanlah kami dari kesusahan dan kehancuran kerana akibat orang maksiat, segala macam

cubaan dan penyakit menular. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.

Banyak rahmat-Mu yang sudah diterima. Banyak kerendahan yang telah disingkirkan. Banyak nikmat-Mu

yang telah dikecapi. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.

Page 21: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

21

Muallij Islamiah

Cukup banyak kemampuan Engkau beri selama hidup. Cukup banyak kenikmatan Engkau rasakan pada

yang berhajat. Cukup banyak kesalahan Engkau rasakan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang

Badar Ya ALLAH.

Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit dalam dada orang yang tertimpa bala.

Lepaskanlah kami dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH

Kami menghadap-Mu dan mengharap kasihan-Mu. Dari Engkau sumber kebaikan dan kebahagiaan.

Hamparkan Ya ALLAH tangan kemurahan-Mu. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH

Janganlah kiranya Engkau tolak pengharapan kami. Tetapi semoga dapat Engkau terima dengan baik Ya

ALLAH Tuhan Yang Maha Hebat. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH

Page 22: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

22

Muallij Islamiah

20. SELAWAT BADAWI (WALI QUTHUB SIDI AHMAD AL-BADAWI)

Ertinya: Ya Allah, berkati penghulu kami Muhammad sinar penerang, dan dari misteri ke misteri, dan

ubat penawar bagi orang yang bukan Yahudi, dan kunci ke pintu kiri, Penghulu Muhammad yang terpilih

dan keluarga yang dimuliakan dan teman-temannya, semua orang yang baik akan menikmati keberkatan

Allah.

Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam

kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi

menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan

menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana

di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini

mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

21. SELAWAT BADRIYAH

ىطـهرسـولهللاصـ#هللاسـ#مهللاعـ�

هللاسـ#مصـ#ة

ة

ىيـسحبيـبهللا هللاعـ�

Limpahan Selawat Allah, Limpahan Salam Sejahtera dari Allah Kepada Thaha (Muhammad SAW)

Rasulillah utusan ALLAH SWT, Limpahan Selawat Allah,dan Limpahan Salam sejahtera dari Allah Kepada

Yasin (Muhammad SAW) Rasulillah kekasih ALLAH SWT.

Page 23: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

23

Muallij Islamiah

همجـاهـدلل ــل

ـهادىرسـولهللاوك

هوبال

نابـبـسـمالل

ـل وس

ت

zاابـدريـ

هـلال

با

Kami bertawasul dengan Bismillah dan dengan sang Penyampai Hidayah, Rasulillah (SAW), dan

demi semua para mujahid di jalan Allah, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

ـة ـمومنهـمومنغ

ـقـمة اتوالن

فـ

hةمـن

مـ

>ـم

الهـىسـل

zاا

بـدريـ

هلال

بأ

Wahai tuhanku selamatkanlah umat, dari kejahatan dan kemurkaanMu, Dan dari kegundahan

serta kesusahan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

ـف

ط

عـداوال

ائـدال

مـك

ةواصرف

ذيـ

جـميعأ

ـشـف

ـناواك نجN�ال

zاأبـدريـ

هـلال

بأ

Wahai Tuhan Ku selamatkanlah kami, dan tolonglah kami dari segala gangguan, dan

singkirkanlah siasat-siasat musuh, dan berlemah lembutlah kepada kami, Demi Ahlul Badr

Wahai Allah,

هـلابأ

ـةووبـ لـي

بـ ـل

ـباوك

عط

عـاصيـنوال

ـربامنال

ـك

ـسال إلهـىنـف

zاأبـدريـ

ال

Wahai Allah singkirkanlah bencana-bencana dari para pendosa, dan kebinasaaan, Dan segala

musibah dan wabah penyakit, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

ةـممننعمـ

توك

صل

ـةف

ــممنذل

توك

ــممنرحمةحصل

ك

ف

zاأبـدريـ

هـلال

ـتبأ

وصل

Page 24: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

24

Muallij Islamiah

Betapa banyaknya rahmat yang telah tercurah, dan betapa banyaknya kesulitan yang telah

tersingkir, Dan betapa banyaknya kenikmatan yang sampai, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

ــمعاف

فـقـروك

اال

يـتذ

ول

ـما

عـمروك

ال

ـنيتذ

غـما

روك

ـوذ

تذاال

يـ

zاأبـدريـ

هـلال

بأ

Betapa banyaknya engkau cukupkan usia-usia (dengan hidayah), dan betapa banyaknya engkau

santuni orang-orang faqir (dengan kemuliaan dan pengampunan), Dan betapa banyaknya

engkau sembuhkan orang yang sakit (dengan tawassul dan keberkahan), Demi Ahlul Badr

Wahai Allah,

ب#

انـجمنال

رضمعرحبف

hـبجمـيع

قـل

ىال

تع�

ـقدضاق

ل

zاا

بـدريـ

عـبباهـلال الص

Sungguh telah tersempitkan hati sanubari para penduduk bumi, maka selamatkanlah musibah

dan kesulitan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

دىيـ h

ـعمنحـة وس

ـعدف والسnoـ

خ

ال ـقوجـل

ف الرN/ـالـ

يـناط

تأ

zاأبـدريـ

هـلال

بأ

Kami datang mengemis kasih sayang, dan munculkanlah kebaikan dan kebahagiaan, Maka

Luaskanlah Anugerah dikedua tangan kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah

بة

هـيـ

عـزوال

اال

اذ

يـا

ةيبـ

ىالط

ـناع�

بلاجعل

بة

ـيـخ

رددمـعال

تـ#

ف

zاأبـدريـ

هـلال

بأ

Maka janganlah engkau tolak (wahai Allah SWT) hingga membawa kekecewaan, dan jadikanlah

kami selalu dalam kebaikan, Dan dilimpahi kehormatan dan kewibawaan, Demi Ahlul Badr

Wahai Allah,

Page 25: 21 Selawat Nabi

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

25

Muallij Islamiah

اجـا�ىا_

يـعحاجاتىا

لجميـ

يـتـىبـن

ـمننأ

رددف

اتوإنت

ـلـمـ

zاأبـدريـ

هـلال

بأ

Jika engkau menolak kami (wahai ALLAH SWT) maka pada siapa kami meminta, untuk

mendapatkan semua hajat-hajat kami, dan tersingkir segala kesedihan, Demi Ahlul Badr Wahai

Allah,

رمنـاكفـروا

هـلالهـىاغ

ابأ ـعمسـاءةعـن

اودف البمن

ط

لمـ

يـبـن

zاأبـدريـ

ال

Wahai Tuhan Ku ampunilah dan muliakanlah kami, dengan mendapatkan apa-apa yang kami

minta, dan terhindarnya keburukan dari kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

ةالهـىـربـ

ـممنك

ـفوك

وعط

ـضلوذ

وف

ـفوذ

ط

ول

تذ

نـا

zاأبـدريـ

هـلال

فىبأ

نـ ت

Wahai Tuhan Ku engkau Pemilik Kasih sayang, Pemilik segala Anugerah dan Pemilik segala

Kelembutan, Dan betapa banyaknya kesusahan yang sirna, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,

هـلــــربأ

حـصـروالسـادةغ

و� عـد

بـربـ#

ال N/

ىالنـ

عـ� وصل

zاأبـدريـ

ال

Dan limpahan selawat semoga tercurah pada Nabi Yang Mulia tiada terhitung dan tiada

terbatas beserta keluarga Beliau para pembesar yang bercahaya, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,