20141216093916_topik 9 adab semasa di sekolah

22
  PENGENALAN Topik ini membincangkan beberapa tajuk adab yang berkaitan dengan proses penghasilan ilmu. Namun, ia tidak hanya memfokus kepada aktiviti menuntut ilmu, sebaliknya ia bermula lebih awal sebaik sahaja pelajar bangun pagi hingga  bergerak menuju ke sekolah serta semasa berada di sekolah dan bilik darjah. Topik ini sangat penting dipelajari oleh pelajar kerana ia dapat membantu meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Selain itu, topik ini turut membincangkan adab berhujah. Berhujah adalah salah satu aktiviti pengembangan ilmu yang berkesan. Namun, berhujah memerlukan kepada adab yang mesti dipelihara supaya tidak mendatangkan kesan negatif.  T T o o p p i i k k  9 9   Adab Semasa di Sekolah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Me ngena l pa sti adab ke se kolah da n ad ab b el aj ar d i se kolah; 2. Me ne ra ng ka n adab se mas a di sek ol ah ; 3. Me ngh ura ikan adab menjaga hart a bend a dan ke bersiha n di sekolah; 4. Men ge na l pa st i ad ab ber hu jah ; 5. Me ngapli kas ikan k ae dah pengajara n da n pe mbel ajaran unt uk topik adab semasa di sekolah.

Upload: norkamayana

Post on 06-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ADAB SEMASA DI SEKOLAH

TRANSCRIPT

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 1/22

 

PENGENALAN

Topik ini membincangkan beberapa tajuk adab yang berkaitan dengan prosespenghasilan ilmu. Namun, ia tidak hanya memfokus kepada aktiviti menuntutilmu, sebaliknya ia bermula lebih awal sebaik sahaja pelajar bangun pagi hingga

 bergerak menuju ke sekolah serta semasa berada di sekolah dan bilik darjah.Topik ini sangat penting dipelajari oleh pelajar kerana ia dapat membantu

meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Selain itu, topik ini turutmembincangkan adab berhujah. Berhujah adalah salah satu aktivitipengembangan ilmu yang berkesan. Namun, berhujah memerlukan kepada adabyang mesti dipelihara supaya tidak mendatangkan kesan negatif. 

TTooppiik k 

 

99 

Adab Semasadi Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Mengenal pasti adab ke sekolah dan adab belajar di sekolah;

2. Menerangkan adab semasa di sekolah;

3. Menghuraikan adab menjaga harta benda dan kebersihan disekolah;

4. Mengenal pasti adab berhujah;

5. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuktopik adab semasa di sekolah.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 2/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   179

 

ADAB KE SEKOLAH 

Seseorang yang hendak menuntut ilmu hendaklah membuat persediaan awal,

 bermula sebelum pergi ke sekolah. Ingatlah, seseorang yang menuntut ilmu ituakan diberi ganjaran sejak mula melangkah menuju ke tempat menuntut ilmu.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

                                  

Maksudnya:

„Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akanmempermudah baginya jalan ke syurga.‰

(Riwayat al-Bayhaqi)

Ada sembilan persediaan iaitu adab ke sekolah yang perlu dilakukan olehpelajar, seperti yang dipaparkan dalam Rajah 9.1.

9.1

1. Apakah yang anda faham dengan laras bahasa lisan dan laras bahasa tulisan?

2. Adakah anda fikir laras bahasa ini dapat memberi maklumat yangpenting bagi tujuan komunikasi dan penulisan?

SEMAK KENDIRI 9.1

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 3/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH180

 

Rajah 9.1: Sembilan adab ke sekolah

Mari kita pelajari semua adab ini satu persatu.

9.1.1 Bangun Awal

Nabi s.a.w. tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi.Baginda juga tidak berjaga malam selepas Isyak kecuali untuk menyampaikanilmu kepada para sahabat yang dikasihi.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 4/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   181

9.1.2 Membersihkan Diri

Mandi pada awal pagi akan memberi kesihatan dan kecergasan kepada kita.

Kesihatan dan kecergasan sangat diperlukan untuk menuntut ilmu.

Pepatah Arab ada menyatakan:

               Maksudnya:

„Akal yang sejahtera berada di dalam jasad yang sihat.‰

9.1.3 Solat SubuhAisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

                    Maksudnya:

„Solat dua rakaat Subuh lebih baik daripada dunia dan isinya.‰

(Riwayat Muslim)

9.1.4 Berpakaian Kemas

Berpakaian kemas dan bersih penting kerana ia akan menjadikan kita disenangioleh guru dan kawan. Islam menitikberatkan soal pakaian. Oleh itu, Islammewajibkan seseorang itu memakai pakaian yang menutup aurat, suci dan tidakdiperbuat daripada sumber yang haram.

9.1.5 Bersarapan

Makanan penting untuk membekalkan tenaga. Tenaga penting dalam prosespembelajaran. Oleh itu, kita digalakkan bersarapan pada awal pagi. Jika sarapandilewatkan, metabolisme tubuh akan menurun, pembakaran kalori menjadi lebihlambat dan tubuh pun berisiko mengalami peningkatan berat badan.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 5/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH182

9.1.6 Bersalam dengan Ibu Bapa

Sebelum berpisah, kita hendaklah meminta keizinan dan bersalam dengan ibu

 bapa. Menuntut ilmu adalah aktiviti yang mulia. Justeru, mendapatkan keizinandaripada ibu bapa memberi lebih keberkatan kepada aktiviti menuntut ilmu.

9.1.7 Membaca Doa Keluar Rumah

Antara doa yang dianjurkan kepada pelajar sebelum keluar dari rumah ialah:

                Maksudnya:

„Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya upayadan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.‰

9.1.8 Berhati-hati Ketika dalam Perjalanan danSegera ke Sekolah

Setelah membaca doa, pelajar hendaklah bersegera ke sekolah. Berada di sekolahpada awal waktu akan menjadikan pelajar lebih bersedia dan bersungguh-

sungguh dalam menuntut ilmu.

9.1.9 Mengucapkan Salam atau Ucapan Selamatkepada Guru atau Rakan

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. ditanya apakah amalan yang terbaik dalamIslam. Baginda bersabda:

„Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orangyang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.‰

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 6/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   183

Nabi Muhammad juga menceritakan ganjaran bagi mereka yang mengucapkansalam seperti yang berikut:

„Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mengucapkan:ÂAssalamualaikum.Ê Salamnya dijawab dan dia pun duduk, laluRasulullah s.a.w. bersabda, ÂSepuluh.Ê Sebentar kemudian, datang pulalelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ÂAssalamualaikumwarahmatullah.Ê Rasulullah s.a.w. menjawab salamnya itu sementara diaduduk, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, ÂDua puluh.Ê Akhirnya, datangseorang lelaki sambil mengucapkan ÂAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Ê lalu Rasulullah s.a.w. menjawab salamnya, maka dia punduduk. Rasulullah s.a.w. bersabda, ÂTiga puluh kebajikan (pahala).ʉ

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

ADAB BELAJAR DI SEKOLAH 

Proses menuntut ilmu adalah ibadat yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Oleh itu,setiap pelajar hendaklah menjaga adab dan akhlak semasa proses ini.

Berikut adalah enam adab yang perlu dipelihara oleh pelajar semasa prosesmenuntut ilmu:

(a) Memulakan belajar dengan membaca doa penerang hati;

(b) Sentiasa menghormati guru;

(c) Ketika guru mengajar, pelajar hendaklah duduk dengan sopan;

(d) Semasa guru mengajar, pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatiandan mendengar dengan teliti;

(e) Sentiasa berusaha untuk memperoleh kecemerlangan; dan

(f) Sentiasa sabar ketika belajar dan membuat ulang kaji.

9.2

Cari rujukan-rujukan yang membincangkan tentang adab menuntutilmu dan buat ringkasan mengenainya.

AKTIVITI 9.1

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 7/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH184

 ADAB SEMASA DI SEKOLAH 

Semasa berada di sekolah, pelajar hendaklah menjaga adab yang telah

ditetapkan.

9.3.1 Huraian Adab Semasa di Sekolah

Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dankeadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran yang menarik,tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan keilmuan dan rasatanggungjawab. Dengan wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar jugamerupakan prasyarat bagi pembelajaran yang berkesan. Namun, hal ini tidak

akan dapat direalisasikan dengan lebih berjaya sekiranya pelajar tidak menjagaadab dan akhlak yang baik semasa di sekolah. Jadual 9.1 memberikan huraian bagi lima adab semasa di sekolah.

Jadual 9.1: Huraian Lima Adab Semasa di Sekolah

Adab Semasa di Sekolah Huraian

Berniat ikhlas untukmenuntut ilmupengetahuan kerana Allahs.w.t.

Niat belajar hendaklah kerana Allah

Menghormati sesama rakandi sekolah

Menjaga adab ketika bergaul dan berbicara seperti bermanis muka ketika berjumpa, memberi ucapansalam dan memanggilnya dengan nama yang baik

Elakkan daripada menimbulkan pertengkaran dankekacauan, sebaliknya segera bermaaf-maafan dansaling bertolak-ansur sesama rakan supaya wujudsuasana harmoni dan tenang di dalam kawasansekolah

Hormat dan taat kepadaperintah guru

Hendaklah bangun memberi hormat kepada guru.Penyair masyhur Arab bernama Ahmad Syauqiyy

pernah bermadah:

          * *       

Maksudnya:

„Bangunlah buat gurumu dan sempurnakanpenghormatan (Lantaran) Hampir-hampir guru itumencapai tahap kerasulan.‰

9.3

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 8/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   185

  Hendaklah dia merendah diri kepada gurunya, tidakcuba menyeleweng daripada pendapat dan tunjukajar gurunya. Sentiasa berunding dengannya dalam

segala hal Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah

s.a.w. bersabda:

„Pelajarilah ilmu dan pelajarilah ketenangan danketetapan dalam ilmu itu, merendah dirilah kepadaorang yang kamu menuntut ilmu daripadanya.‰

(Riwayat al-Tabarani)

Hadis daripada Ubadah Ibn Samit r.a. bahawaRasulullah s.a.w. bersabda:

„Tidak termasuk dalam golonganku sesiapa yang

tidak memuliakan orang tua, tidak mengasihiorang muda dan tidak mengetahui hak orangalim.‰

(Riwayat Ahmad, al-Tabarani & al-Hakim)

Mencium tangan guru. Ini adalah kerana perbuatantersebut dapat mendidik golongan muda merendahdiri dan menghormati orang lain yang lebih tua atauorang yang memberi ilmu kepadanya

Imam al-Bukhari dalam kitab Al-Adab al-Mufrad  meriwayatkan bahawa ZariÊ pada suatu ketika

 bersama ahli rombongan Abdul Qais telah berhenti diMadinah lalu turun dari tunggangan untuk menciumtangan Rasulullah s.a.w.

Namun, adab ini hanya berupa penghormatan dantidak wajar melebihi batasan hingga mencapai tahapperibadatan seperti rukuk dan sujud atau tandapenyembahan yang lain. Maka, hal itu dilarangdalam Islam, sekalipun terhadap ibu bapa atau guru

Ketika di dalam bilik darjah, sewajarnya setiappelajar memberi tumpuan sepenuhnya semasa gurusedang mengajar, tidak menyampuk atau mencelah

pengajaran guru melainkan meminta izin terlebihdahulu sebagai tanda hormat

Sebagai pelajar, seharusnya kita menerima tegurandan nasihat yang diberikan oleh guru selagi ia tidakmelanggar syariat Islam

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 9/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH186

Menggunakan hartasekolah dengan sebaiknya

Tidak merosakkan harta benda sekolah

Bertanggungjawab menjaga dan memelihara harta benda sekolah seperti tandas, buku teks, meja, kerusi,

 bilik khas dan segala peralatan dan kemudahan yangterdapat di dalamnya (contohnya, makmal komputer, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik kesihatandan perpustakaan) dengan baik supaya ia dapatdigunakan dan dimanfaatkan oleh semua wargasekolah untuk jangka masa yang lebih lama

Semua warga sekolah khasnya pelajar hendaklahmenjaga persekitaran sekolah supaya bersih danindah

Peraturan sekolah Setiap pelajar hendaklah memakai pakaian seragam

sekolah seperti yang telah ditetapkan Hendaklah datang dan pulang mengikut jadual

waktu yang telah ditentukan

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkanoleh sekolah seperti kebersihan sekolah, etika berpakaian, peraturan dan adab ketika belajar

Sentiasa menjaga disiplin diri dari segi sahsiah diridan personaliti, pelajaran, kesihatan, pergaulan, dansebagainya

Menyertai semua aktiviti dan program yang

dianjurkan oleh sekolah contohnya aktivitikokurikulum

Sumber: Abdullah Nasih ÂUlwan (2000) 

9.3.2  Hikmah Adab Semasa di Sekolah 

Ada empat hikmah di sebalik pengamalan adab semasa di sekolah iaitu:

(a) Apabila kita menjaga dan mengamalkan adab semasa di sekolah, maka ia

akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan disenangi oleh semua wargasekolah dan orang yang berada di sekeliling kita;

(b) Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi intelektual, jasmani danrohani;

(c) Mendapat pahala dan ganjaran kebajikan daripada Allah s.w.t. keranamenjaga adab semasa di sekolah; dan

(d) Menjadi contoh tauladan dan ikutan kepada pelajar yang lain untukmencontohi adab yang terpuji ini.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 10/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   187

 

ADAB MENJAGA HARTA BENDA DANKEBERSIHAN SEKOLAH

Suasana pembelajaran banyak dipengaruhi oleh keadaan sekolah yang tertib danteratur dengan persekitaran yang menarik, tenang dan harmonis. Selain itu,suasana sekolah perlu berorientasikan keilmuan, di samping wujudnya perasaantanggungjawab dan disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakanprasyarat bagi pembelajaran berkesan.

Namun, hal ini tidak akan dapat direalisasikan dengan lebih berjaya jika pelajartidak menjaga adab dan akhlak yang baik semasa di sekolah. Salah satutanggungjawab pelajar terhadap sekolah mereka adalah menjaga harta bendadan kebersihannya (rujuk Jadual 9.2).

Jadual 9.2: Lima Adab Menjaga Harta Benda dan Kebersihan Sekolah

Adab Menjaga Harta Benda dan

Kebersihan Sekolah

Penerangan

Berniat ikhlas untuk menuntut ilmupengetahuan kerana Allah s.w.t.

Niat belajar hendaklah kerana Allah

Menyayangi sekolah sebagaimanamenyayangi harta benda milik sendiri

Pelajar hendaklah menyayangi sekolahnya

Menjunjung tinggi etika harta benda danmembudayakan kebersihan sekolah

Pelajar perlu mementingkan kebersihansekolah

Menggunakan harta sekolah dengansebaiknya

Tidak merosakkan harta bendasekolah

Bertanggungjawab menjaga danmemelihara harta benda sekolahdengan baik supaya ia dapat digunadan dimanfaatkan oleh semua wargasekolah untuk jangka masa yang lebihlama

9.4

1. Senaraikan tiga kebaikan apabila mengamalkan adab semasa disekolah dan tiga keburukan sekiranya tidak mengamalkannya.

2. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh guru supaya hasratuntuk mewujudkan sekolah yang cemerlang dan pelajar yang

SEMAK KENDIRI 9.2

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 11/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH188

Semua warga sekolah khasnya pelajarhendaklah menjaga persekitaransekolah supaya bersih dan indah

Mengikuti peraturan sekolah Setiap pelajar hendaklah memakaipakaian seragam sekolah seperti yangtelah ditetapkan

Hendaklah datang dan pulangmengikut jadual waktu yang telahditentukan

Mematuhi segala peraturan yang telahditetapkan oleh sekolah sepertikebersihan sekolah, etika berpakaian,peraturan dan adab ketika belajar

Sentiasa menjaga disiplin diri dari segisahsiah diri dan personaliti, pelajaran,kesihatan, pergaulan dan sebagainya

Menyertai semua aktiviti dan programyang dianjurkan oleh sekolah,contohnya, aktiviti kokurikulum

Ada lima hikmah di sebalik pengamalan adab murni di sekolah seperti yangdigambarkan dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Lima hikmah pengamalan adab murni di sekolah

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 12/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   189

 ADAB BERHUJAH

Berhujah adalah perkara yang baik jika ia digunakan untuk menyatakan

kebenaran. Namun, ia hendaklah dilakukan dengan bijaksana dan dihiasidengan adab supaya ia menjadi lebih bermanfaat.

Lapan adab yang perlu diamalkan semasa berhujah adalah seperti yang berikut:

(a) Memperbetulkan niat: Apakah niat anda ketika ingin berhujah? Adakahkerana ingin menunjukkan kehebatan diri, mengaibkan seseorang atauingin menegakkan kebenaran? Anda sendiri tahu jawapannya. Fahamilahsebab-musabab mengapa anda ingin berhujah terlebih dahulu;

(b) Menganggap orang yang dihujahkan sebagai sahabat: Penting bagi kita berfikiran bahawa orang yang dihujahkan itu merupakan sahabat kita. Inidemi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim. Denganmenganggap mereka saudara, kita akan mudah memaafkan mereka,andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara;

(c) Berbaik sangka: Berbaik sangkalah terhadap orang yang anda hujahkan.Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupaatau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujahsedemikian rupa;

(d) Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah kita dengansopan, dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah kita jika perkaratersebut merupakan perkara khilafiah;

(e) Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan;

(f) Kemukakanlah hujah yang disepakati terlebih dahulu sebelum hujah yangada perbezaan pandangan;

(g) Petiklah kata-kata orang yang dipercayai agar ia menjadi nasihat danpedoman buat kedua-dua belah pihak; dan

9.5

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 13/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH190

(h) Ketika berhujah, bayangkan syurga dan neraka di depan mata. Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa memfokus pada kebenarandalam mencari keredaan Allah. Mari kita lihat firman yang berikut:

                                                                                                                                                                                       

Maksudnya:

„Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah danpelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapayang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.‰

(Surah al-Nahl, 16: 125)

Ciri-ciri hujah yang baik pula adalah seperti yang berikut:

(a) Idea yang bernas;

(b) Fakta yang benar;

(c) Isi yang ringkas tetapi padat;

(d) Menyampaikan dengan hikmah;

(e) Menyampaikan secara memberi nasihat dan peringatan (mauiÊzah  hasanah ) ;  

(f) Tiada unsur fitnah atau celaan; dan

(g) Mencari kebenaran dan bukannya kemenangan.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 14/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   191

 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

Ada pelbagai kaedah yang sesuai digunakan oleh guru dalam pengajaran danpembelajaran adab dan akhlak Islamiah. Namun, cuba imbas kembali apa yangtelah diperkatakan oleh beberapa orang tokoh pendidikan tentang kaedahpengajaran. Antaranya ialah Al-Kailany (1986).

Beliau telah menyenaraikan tujuh panduan kepada guru sebelummengaplikasikan sesuatu kaedah pengajaran iaitu:

(a) Kaedah mestilah selaras dengan tujuan dan matlamat pelajaran;

(b) Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;

(c) Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature ) pelajaran yang diajar;

(d) Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar;

(e) Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasikan oleh guru;

(f) Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan;dan

(g) Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Selain itu, dicadangkan untuk mengajar tajuk adab ke sekolah dan adab belajarini dicadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yangmendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yangmemberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini,pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajarandengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.

9.6

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 15/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH192

Untuk mencapai hasrat ini, guru haruslah pandai memilih pendekatan yangsesuai dan teknik yang menarik, dan ditambah pula dengan bahan bantumengajar yang canggih (menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi)

dan menarik. Contohnya adalah seperti yang berikut:

(a) Isi Pelajaran: Adab ke Sekolah

Pelajar perlu mengamalkan sembilan adab ke sekolah iaitu:

(i) Bangun awal;

(ii) Membersihkan diri;

(iii) Solat Subuh;

(iv) Berpakaian kemas;

(v) Bersarapan;

(vi) Bersalam dengan ibu bapa;

(vii) Membaca doa keluar rumah;

(viii) Berhati-hati ketika dalam perjalanan dan bersegera ke sekolah

(ix) Mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru atau rakan.

(b) Isi Pelajaran: Adab Belajar di Sekolah

Perlu perlu mengamalkan enam adab belajar di sekolah iaitu:

(i) Memulakan belajar dengan membaca doa penerang hati;

(ii) Sentiasa menghormati guru;

(iii) Ketika guru mengajar, pelajar hendaklah duduk dengan sopan;

(iv) Semasa guru mengajar, pelajar hendaklah menumpukan sepenuhperhatian dan mendengar dengan teliti;

(v) Sentiasa berusaha untuk memperoleh kecemerlangan; dan

(vi) Sentiasa sabar ketika belajar dan membuat ulang kaji.

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 16/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   193

 Jadual 9.3 memaparkan contoh bagi rancangan mengajar harian untuk adab kesekolah.

Jadual 9.3: Contoh Rancangan Mengajar Harian untuk Adab ke Sekolah

Item Penerangan

1. Ciri-ciri Kelas

(a) Kelas

(b) Pengetahuan sediaada

(a) Tahun Dua

(b) Pelajar telah mengetahui asas-asas adab kesekolah yang dipelajari di tadika dan nasihatdaripada ibu bapa

2. Peruntukan Masa  Satu jam

3. Topik dan Tema  Adab (Adab-adab ke sekolah)

4. Output yang diperoleh

Hasil Pembelajaran (a) Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar

dapat:

(i) Aras 1 : Menyatakan adab-adab ke sekolah

(ii) Aras 2: Menyenaraikan secara bertulis adabke sekolah

(iii) Aras 3: Membezakan antara beradab dantidak beradab ketika ke sekolah

(b) Nilai Murni  (b) Mengamalkan adab yang baik ketika ke sekolah

(c) Kemahiran Berfikir  (c) Membezakan adab yang baik dan tidak baik

ketika ke sekolah5. Objektif Pembelajaran  Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,

diharap pelajar dapat:

(a) Menyatakan adab ke sekolah

(b) Menyenaraikan secara bertulis adab ke sekolah

(c) Membezakan antara adab dan tidak beradabketika ke sekolah

(d) Menggunakan perisian Microsoft PowerPointdan Microsoft Excel untuk menjawab soalaninteraktif

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 17/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH194

6. Persediaan Teknologi

Maklumat dan Teknologi

TMK) 

(a) Menempah projektor LCD dan memastikan skrin besar di dalam bilik darjah boleh digunakan

(b) Menyediakan sebuah komputer riba dan

memastikan ia boleh berfungsi dengan baik(c) Menyediakan slaid PowerPoint dan gambar yang

dimuat turun dari laman web atau dari CD yangdipaut ke dalam slaid PowerPoint untukpenerangan

(d) Menyediakan soalan latihan dalam PowerPointdan Excel

(e) Menyediakan lembaran kerja (worksheet ) untuklatihan pengukuhan pelajar denganmenggunakan Microsoft Word

(f) Memastikan sumber elektrik di dalam bilikdarjah boleh berfungsi dengan baik

7. Penerapan TMK  Menjawab soalan interaktif dengan menggunakanperisian PowerPoint dan Excel

8. Persediaan Guru Bukan

TMK (a) Buku teks

(b) Lembaran kerja

9. Aktiviti Pelajaran  (a) Set Induksi

Slaid gambar suasana sekolah danmemperdengarkan lagu berkaitan tajuk (tiga

minit)(b) Pencetusan Idea

Berikut adalah aktiviti pelajaran bagi pencetusanidea:

(i) Bersoal jawab dengan pelajar tentang lagudan gambar dari slaid danmenghubungkaitkan dengan tajuk yangakan diterangkan (dua minit)

(ii) Persembahan PowerPoint tentang adab kesekolah. (10 minit)

(c) Penstrukturan Semula IdeaSumbang saran dan penerangan tentang adab-adab yang biasa diamalkan ketika ke sekolah (15minit)

(d) Aplikasi Idea

Mengadakan sesi perbincangan antara adab dan bukan adab ke sekolah dan pelajar menjawabsoalan dalam perisian Excel (15 minit)

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 18/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   195

  (e) Penilaian

Penilaian guru terhadap pelajar secara bertulisdalam proses pengajaran dan pembelajaran.(10

minit)(f) Penutup

Refleksi pelajaran (dua minit)

10. Aktiviti Guru  (a) Memperdengarkan lagu dan slaid gambar berkaitan tajuk

(b) Mengemukakan soalan-soalan yang berkaitandengan gambar dan lagu yang diperdengarkan

(c) Meminta pelajar melihat persembahanPowerPoint yang dipaparkan

(d) Menerangkan kepada pelajar tentang adab kesekolah

(e) Meminta pelajar menjawab soalan yang terdapatdalam PowerPoint dan Excel

(f) Memantau dan membimbing pelajar

(g) Mengedarkan lembaran kerja bertulis sebagailatihan pengukuhan

(h) Meminta pelajar membuat refleksi tentangaktiviti pengajaran dan pembelajaran

11. Aktiviti Pelajar  (a) Memerhati, mendengar, berfikir dan memberi

maklum balas mengenai lagu dan slaid gambaryang dipaparkan.

(b) Menjawab soalan guru

(c) Menyaksikan persembahan PowerPoint untukmemahami isi pelajaran dan mengaitkanpengetahuan sedia ada

(d) Membincangkan adab yang boleh dan tidak boleh diamalkan ketika ke sekolah

(e) Menjawab soalan interaktif dalam perisianPowerPoint dan Excel

(f) Membaiki kesalahan jawapan mereka dengan bimbingan guru

(g) Menjawab soalan dalam lembaran kerja

(h) Membuat refleksi pelajaran

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 19/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH196

12. Liputan Kurikulum  Kandungan: Meliputi objektif dan hasil pembelajaranmata pelajaran Adab Tahun 2 dan kemahiran berfikir

Pedagogi: Meliputi aplikasi kemahiran generik bestariyang berunsurkan kemahiran, kecekapan danketerampilan serta strategi konstruktivismepengajaran dan pembelajaran

Penilaian: Penilaian formatif melalui soalan lisan dan jawapan bertulis oleh guru

13. Keperluan Khusus  Paparan skrin yang besar

14. Literasi  (a) Menyemak serta memperbetulkan jawapan yangdiberikan kepada pelajar

(b) Menggunakan laman web untuk mendapatkan

 bahan

15. Numerasi  Bilangan adab ke sekolah

16. Perkara Lain

(a) Penilaian 

Bahan iaitu:

(a) Gambar yang dimuat turun dari Internet CDmultimedia yang bersesuaian dengan tajuk sertatahap kebolehan pelajar

(b) CD

(c) Lembaran kerja

(b) Refleksi Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan beberapa perkara seperti yang berikut:

(a) Menjawab soalan guru secara lisan dan bertulis.

(b) Kesesuaian TMK mengikut kriteria CIPS:

(i) Pelajar dapat berkolaborasi melaluipenggunaan Excel

(ii) Pelajar dapat mengaitkan pembelajarandengan kehidupan harian

(iii) Rakan sebaya dapat membetulkankesalahan semasa sesi soal jawab

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 20/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   197

(c) Soalan  Berikut adalah antara soalan yang sesuai:

(a) Adakah hasil pembelajaran tercapai pada akhirsesi pengajaran dan pembelajaran?

Ulasan: .........................................................................

(b) Adakah proses pengajaran dan pembelajarandapat berjalan lancar dengan bantuan TMK?

Ulasan: .......................................................................

(c) Adakah pelajar berjaya menjawab soalan dengan baik dengan penggunaan TMK?

Ulasan:.........................................................................

(d) Apakah strategi lain yang akan saya gunakanuntuk membaiki kelemahan dan masalah yangtimbul semasa pengajaran?

Ulasan: .......................................................................

Pelajar perlu menghiasi proses pembelajaran dengan adab yang mulia.

Ada sembilan adab ke sekolah iaitu bangun awal, membersihkan diri, solatSubuh, berpakaian kemas, bersarapan, bersalam dengan ibu bapa, membacadoa keluar rumah, berhati-hati ketika dalam perjalanan dan bersegera kesekolah, dan mengucapkan salam atau ucapan selamat kepada guru ataurakan.

Enam adab belajar di sekolah pula adalah seperti yang berikut:

Memulakan belajar dengan membaca doa penerang hati;

Sentiasa menghormati guru;

1. Nyatakan panduan adab-adab sebelum guru memulakanpembelajaran.

2. Senaraikan adab-adab ke sekolah dan adab-adab belajar.

SEMAK KENDIRI 9.2

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 21/22

    TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH198

Ketika guru mengajar, pelajar hendaklah duduk dengan sopan;

Semasa guru mengajar, pelajar hendaklah menumpukan sepenuhperhatian dan mendengar dengan teliti;

Sentiasa berusaha untuk memperoleh kecemerlangan; dan

Sentiasa sabar ketika belajar dan membuat ulang kaji.

Semasa berada di sekolah, pelajar perlu berniat ikhlas untuk menuntut ilmupengetahuan kerana Allah s.w.t., menghormati sesama rakan di sekolah,hormat dan taat kepada perintah guru, menggunakan harta sekolah dengansebaiknya, dan mengikuti peraturan sekolah).

Selain itu, semasa berada di sekolah, pelajar perlu menjaga suasanapembelajaran dan persekitaran sekolah dengan baik dengan mengamalkanadab menjaga harta benda dan kebersihan sekolah (berniat ikhlas untukmenuntut ilmu pengetahuan kerana Allah s.w.t., Menyayangi sekolahsebagaimana menyayangi harta benda milik sendiri, Menjunjung tinggi etikaharta benda dan membudayakan kebersihan sekolah, menggunakan hartasekolah dengan sebaiknya, dan mengikuti peraturan sekolah).

Adab tersebut sebenarnya dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk belajar.

Berhujah adalah satu mekanisme untuk menajamkan pemikiran pelajar.Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh beradab. Lapan adab berhujahadalah memperbetulkan niat, menganggap orang yang dihujahkan sebagaisahabat, berbaik sangka, dengar hujah pihak lain, tenang ketika menjawabhujah, kemukakan hujah yang disepakati dahulu, petik kata-kata orang yangdipercayai dan membayangkan syurga dan neraka ketika berhujah.

Berbaik sangka

Fitnah

Kalori

Lembaran kerja (worksheet )

Memberi nasihat dan peringatan(mauiÊzah  hasanah )

Metabolisme

Microsoft Excel

Microsoft PowerPoint

7/21/2019 20141216093916_Topik 9 Adab Semasa Di Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/20141216093916topik-9-adab-semasa-di-sekolah 22/22

  TOPIK 9 ADAB SEMASA DI SEKOLAH   199

 

Abdullah Nasih Ulwan. (2000). Pendidikan anak-anak menurut pandanganIslam . Kuala Lumpur, Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Al-Kaysi., & Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam Islam. Hussin Salamon dan Mohd Nasir Ripin (Terj.). Johor: Penerbitan UTM.

Al-Mayadani., & Abd al-Rahman Habannakah. (1999). Al-akhlaq al-Ismaiyyahwa ususuha . Damsyik, Syria. Dar al-Qalam.

Darraz., & Muhammad Abd Allah. (T.th.). Dustur al-akhlaq fi al-Quran . Mesir:

MuÊassasah al-Risalah.

Hassan Ayub. (2002). As-suluk al-ijtimaei fi al-Islam . Kaherah, Mesir: Dar As-Salam.

Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian Muslim   (terjemahan). Kuala Lumpur,Malaysia: Pustaka Salam.

Muhammad Abdul Qadir. (1997). Fitrah muslim sejati (terjemahan). Johor Bahru,Malaysia: Perniagaan Jahabersa.

Mustafa ÂAbdul Rahman. (2001). Hadith 40: Terjemahan dan syarahnya . ShahAlam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.