20140410113651_topik 10 kesetiaan kepada syarikat

13
PENGENALAN Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang boleh anda katakan mengenainya? T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Kesetiaan kepada Syarikat Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3. Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman dan luaran; dan 4. Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian syarikat. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: zaari-mohamad

Post on 03-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

modul oum etika profesional bab 10 bahasa melayu

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang boleh anda katakan mengenainya?

    TTooppiikk

    1100 Kesetiaan

    kepada Syarikat

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat;

    2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran;

    3. Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman dan luaran; dan

    4. Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian syarikat.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 162

    Rajah 10.1: Upacara perkahwinan

    Sumber: http://www.nomoho.org Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang bahagia. Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan, majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka. Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan konsep kesetiaan iaitu:

    (a) Kesetiaan kepada majikan;

    (b) Peniupan wisel;

    (c) Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan

    (d) Kesetiaan yang salah.

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 163

    MAKSUD KESETIAAN

    Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci:

    Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurang-kurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat. Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati kontrak pekerjaan. Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli keluarga atau media. Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu,

    Kesetiaan menunjukkan kkewajipan moral kakitangan untuk melakukan perkara berikut:

    (a) Menjalankan tugas dengan cekap;

    (b) Mematuhi arahan sah daripada penyelia;

    (c) Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan

    (d) Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.

    10.1

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 164

    pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia dianggap sebagai kkewajipan moral. Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing. Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan sendiri. Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal pengurus iaitu:

    Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih boleh diterima.

    (a) Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini?

    (b) Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar mereka?

    AKTIVITI 10.1

    1. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagisesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia?

    2. Layani website: http://www.ups.com/europe/ch/news/speech/gerloyalty.html

    Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja bolehditerjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagisesebuah syarikat.

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 165

    PENIUPAN WISEL

    Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel? Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan.

    Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya meniup wisel.

    Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam

    organisasi melalui tindakannya Sumber: http://www.cartoonstock.com

    Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan ssalah laku undang-undang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat.

    10.2

    SEMAK KENDIRI 10.1

    Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas.

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 166

    Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori? Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut:

    Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel

    Kategori Huraian

    Peniupan Wisel Dalaman

    Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan ddalam syarikat.

    Peniupan Wisel Luaran

    Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media.

    Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya. Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai dalam perkara ini iaitu:

    Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

    10.2.1 Peniupan Wisel Dalaman

    Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar. Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di firma anda telah melakukan kesalahan berikut:

    (a) Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat;

    (b) Mengambil rasuah daripada pembekal;

    (c) Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi;

    (d) Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau

    (e) Bekerja untuk pesaing.

    (a) Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral?

    (b) Adakah ia kewajipan moral?

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 167

    Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja? Jawapannya sudah pasti ya, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut:

    Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman

    Kriteria Justifikasi Penerangan

    Kemudaratan yang Signifikan

    Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat adalah signifikan.

    Fakta yang Tepat Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun kemudiannya dibuktikan sebagai palsu.

    Sudah Diketahui oleh Pihak Pengurusan

    Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan, mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh pihak keselamatan syarikat.

    Jangkaan yang Munasabah

    Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah serius.

    Impak ke Atas Diri Sendiri

    Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan. Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh, satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik mana tujuannya?

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 168

    Kewajipan Moral Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka sudah memadai untuk menghentikan salah laku berkenaan.

    Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian.

    Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani perjanjian dengan syarikat untuk memperakui tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun, perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan.

    10.2.2 Peniupan Wisel Luaran

    Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran. Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu kewajipan?

    AKTIVITI 10.2

    Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya andamengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia?

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 169

    Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual 10.3. Garis panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan wisel luaran dilakukan.

    Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran

    Kriteria Justifikasi Penerangan

    Laporan Dalaman ke Atas Salah Laku

    Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum meniup wisel kepada pihak luar.

    Agensi Luaran Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak sanggup melaporkan salah laku berkenaan.

    Kemudaratan yang Signifikan

    Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang menyalahi undang-undang) yang mengakibatkan kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi.

    Tahap Kemudaratan Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat salah laku.

    Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah ia menjadi kewajipan moral? Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada peringkat ppenyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya. Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undang-undang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat sebagai sedikit lebih baik daripada seorang pemberi maklumat.

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 170

    Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

    ALASAN MORAL BAGI MEMECAT PENIUP WISEL

    Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel? Jawapannya tidak. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia:

    (a) Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan yang sebenarnya;

    (b) Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia;

    (c) Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak mendatangkan kebaikan; dan

    (d) Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar kenaikan pangkat.

    10.3

    SEMAK KENDIRI 10.2

    Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel.

    LATIHAN 10.1

    Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebab-sebab ia diperlukan?

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 171

    Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat. Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak bermoral.

    KESETIAAN YANG SALAH

    Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka. Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian, tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas tanggungjawab tersebut. Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus diketepikan.

    10.4

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 172

    Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini dengan menjawab soalan-soalan berikut:

    Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan

    mereka.

    Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat.

    Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebab-sebab yang tiada kaitan dengan kerja.

    Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak.

    Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset syarikat.

    LATIHAN 10.2

    1. Nyatakan maksud kesetiaan kepada syarikat.

    2. Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wiseldalaman mempunyai justifikasi moral?

    3. Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atausalah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsuterhadap kesetiaan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataanini? Bincangkan.

  • TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 173

    Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang awam walaupun setelah mengetahuinya.

    Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat. Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada segi moral.

    Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak menutup kesilapan atau salah laku penyelianya.

    Kesetiaan

    Peniupan wisel

    Peniup wisel