2014 kuliah 1 - sosialisme.ppt

34
Kuliah 1 (dulunya Kuliah 8) Sosialisme ANNOUNCEMENT: LECTURES WILL BE CONDUCTED IN MALAY ONLY. INTERNATIONAL STUDENTS SHOULD NOT TAKE THIS COURSE.

Upload: xiiahnchoipenjahatkunuk

Post on 26-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Kuliah 1 (dulunya Kuliah 8)SosialismeANNOUNCEMENT:LECTURES WILL BE CONDUCTED IN MALAY ONLY.INTERNATIONAL STUDENTS SHOULD NOT TAKE THIS COURSE.

  • TOPIK PERBINCANGAN (KULIAH 8)Apakah kapitalisme atau pasaran bebas?Apakah maksud kelas? Apakah maksud bourgeoisie dan proletariat?Adakah kejayaan itu hasil daripada titik peluh sendiri seseorang?Apakah persamaan dan perbezaan antara sosialisme (Sosialisme Liberal) dan komunisme (Sosialisme Radikal)?Apakah asas sesebuah masyarakat? Budaya/Agama/ Nilai Moral/ Politik/Kerajaan/Undang-undang/Negara ataupun Ekonomi?

  • (1/4)Saya pemilik syarikat perladangan. Bapa saya dulu memiliki syarikat pembalakan. Saya tidak pernah mencuri. Isteri saya juga anak kepada seorang yang kaya. Dia seorang yang berilmu. Saya berkenalan dengannya semasa kami sama-sama belajar di universiti swasta.

  • (2/4)Saya tidak berlaku curang kepada isteri. Saya tidak memaki orang tetapi bercakap secara professional dan menyelesaikan apa-apa pertikaian serius melalui saluran rasmi, iaitu laporkan kepada polis ataupun, kalau perlu, saya akan menggaji peguam untuk menuntut hak saya di mahkamah.

  • (3/4)Saya hanya perlu masuk ke kilang sekali-sekala oleh kerana kerja yang sebenar dilaksanakan oleh kakitangan syarikat. Syarikat saya kerap kali mencemari sungai kerana pembuangan sisa ladang ke dalam sungai.

  • (4/4)Namun, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan oleh kerana faham bahawa kalau undang-undang anti-pencemaran dilaksanakan dalam masyarakat semua syarikat perladangan dipaksa membayar kos pembersihan sungai serta tidak akan mendapatkan keuntungan sebanyak mana yang kami peroleh sekarang.

  • Kuliah 8Sosialisme

    ANNOUNCEMENT:LECTURES WILL BE CONDUCTED IN MALAY ONLY.INTERNATIONAL STUDENTS SHOULD NOT TAKE THIS COURSE.

  • (1/4)Saya orang gaji pemilik syarikat perladangan. Saya datang dari negara asing untuk berkerja dalam negara ini. Oleh kerana itu, saya terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak saya di negara asal.

  • (2/4)Suami saya seorang pekebun kecil dan buta huruf. Selepas begitu lama saya tidak pulang ke kampung, suami saya pun mengambil isteri muda, walapun belum bercerai dengan saya lagi. Saya pun membalas kejahatannya dengan mengambil lelaki (pasangan) baru.

  • (3/4)Gaji saya adalah $650 tiap-tiap bulan tetapi oleh kerana saya tinggal dalam rumah tuan majikan saya hanya boleh berhenti berkerja selepas tuan saya tidur. Akan tetapi tuan majikan saya memotong $50 daripada gaji saya tiap-tiap bulan sebagai pembayaran balik wang pendahuluan yang saya terima daripadanya untuk membayar kos membuat permit kerja.

  • (4/4)Tuan majikan menyimpan pasport saya untuk memastikan bahawa saya tidak dapat lari dari rumah sebelum hutang saya tersebut diselesaikan. Apabila tuan majikan saya tidak nampak, saya mengambil dompetnya lalu mencuri duit untuk mendapatkan balik $50 itu.

  • Membuat Penilaian Moral (1/3)Dalam cerita di atas penilaian moral boleh dibuat dengan dua cara:1) Analisis tentang perangai individu tanpa mengambil keadaan hidup. Pendekatan ini membawa kepada kita mengecam Orang Gaji kerana (a) berlaku curang (b) mencuri duit.

  • Membuat Penilaian Moral (2/3)2) Pendekatan kedua ialah melihat keadaan hidup yang membawa kepada perangai kedua-dua orang tersebut. Adakah terdapat desakan untuk mencuri dan berlaku curang pada pihak Orang Gaji kerana keadaan hidupnya berbeza dengan tuan majikan, iaitu:Mencuri kerana gaji yang diberikan terlalu rendah dan terpaksa berkerja tanpa mengira masaBerlaku curang kerana suami-isteri berpisah untuk satu jangkamasa yang agak panjang kerana terpaksa meninggalkan negara asal untuk mencari perkerjaan..

  • Membuat Penilaian Moral (3/3)Pendekatan kedua dinamakan analisis sosial kerana kita menilai tingkahlaku individu dalam konteks persekitaran sosial, iaitu keadan hidup. Ini bermaksud bahawa kebanyakan orang yang berada dalam keadaan hidup tersebut (tidak kira apa bangsa, agama atau jantinanya) akan (1) berlaku curang (2) mencuri.

  • Analsis Berteraskan Kelas Ekonomi:Keadaan Hidup Menentukan Perangai PeribadiKeadaan Ekonomi(Keadaan Hidup)Perangai Peribadi(Kesan Sampingan)

  • ImplikasiKalau ekonomi ialah asas kepada keadaan hidup seseorang maksudnya bahawa untuk mengubah perangai peribadi seseorang (supaya tidak berlaku curang dan mencuri) kita mungkin perlu menaikan taraf ekonominya dulu. Malahan dalam konteks ini, tindakan tuan majikan syarikat perladangan mencemari sungai adalah lebih serius daripada tindakan orang gajinya mencuri RM50 kerana tidak ada desakan untuk berbuat begitu tetapi memang berpunca daripada sifat ketamakan peribadi tuan majikan.

  • Kuliah 8Sosialisme

    ANNOUNCEMENT:LECTURES WILL BE CONDUCTED IN MALAY ONLY.INTERNATIONAL STUDENTS SHOULD NOT TAKE THIS COURSE.

  • Apakah Kelas (Sosial)?Bourgeoisie dalam bahasa Perancis (Kaya/Usahawan)Proletariat dalam bahasa Perancis (Miskin/Buruh)

  • Konsep dan Definisi (1/3)Kapitalisme/Pasaran Bebas/Laissez-Faire: sistem ekonomi di mana Tidak ada campurtangan kerajaan dalam sistem ekonomiKejayaan (untung) dan kegagalan (rugi) dalam sistem ekonomi tersebut berdasarkan persaingan bebas antara individu-individu dan syarikat-syarikat dalam ekonomi negara tersebut tanpa sebarangan bantuan (campurtangan) daripada kerajaan.

  • Konsep dan Definisi (2/3)Sosialisme (Liberal) satu sistem ekonomi di mana kerajaan perlu campurtangan untuk membolehkan semua individu dalam masyarakat (tidak kira buruh atau usahawan) mencapai kesaksamaan ekonomi. Tindakan yang biasa diambil ialah menaikan cukai terhadap org kaya (usahawan) dan memberi subsidi (pendidikan percuma, faedah untuk pekerja yang menganggur, bantuan kepada pekebun kecil dll.) kepada orang miskin (buruh).Perjuangan kesaksamaan ekonomi dengan menggunakan saluran rasmi (merayu kepada wakil rakyat, aduan dalam suratkhabar, kempen kesedaran dll.)

  • Konsep dan Definisi (3/3)Sosialisme Radikal/Komunisme : - tidak percaya bahawa kerajaan dalam negara demokratik akan memperjuangkan hak org miskin (buruh). Percaya bahawa satu-satu cara untuk mencapai kesaksamaan ekonomi adalah dengan melaksanakan tindakan diluar saluran rasmi seperti protest, mogok, dan menggulingkan kerajaan.

  • Jurang Perbezaan Kaya-Miskin358 jutawan yang terkaya di dunia memiliki lebih banyak harta daripada 40% penduduk sedunia yang termiskin; iaitu jumlah harta yang dimiliki oleh 358 orang adalah lebih banyak daripada jumlah harta yang dimiliki oleh 2,500,000,000 orang.http://articles.cnn.com/1996-07-16/world/9607_16_rich.and.poor_1_life-expectancy-human-development-report-united-nations-report?_s=PM:WORLD

  • Jurang Perbezaan Kaya-MiskinOrang yang beberapa tahun lalu dianggap sebagai orang yang terkaya di dunia, iaitu Bill Gates, memiliki harta bersamaan dengan jumlah harta yang dimiliki oleh 40% penduduk Amerika Syarikat yang termiskin (80 juta orang). Syarikat Microsoft pernah diheret ke Mahkamah dan disabitkan kesalahan dalam Mahkamah Amerika Syarikat.

  • Sosialisme Radikal oleh Karl MarxKarl Marx (May 5, 1818 March 14, 1883) was a German philosopher, political economist, historian, political theorist, sociologist, communist, and revolutionary, whose ideas are credited as the foundation of modern communism. Marx summarized his approach in the first line of chapter one of The Communist Manifesto, published in 1848(Source: en.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx)

  • (Petikan daripada) Communist Manifesto 1848A spectre is haunting Europe the spectre of communism. All the powers of old Europe have entered into a holy alliance to exorcise this spectre: Pope and Tsar , and German police-spies. Workers of the world, unite! (Pemikiran Marxisme/Komunisme bercanggah dengan pemikiran berteraskan agama (tuhan), bangsa, jantina & negara.) Mengikut golongan komunis satu-satu pembezaan yang penting ialah pembezaan antara kaya dan miskin, iaitu kelas ekonomi.

    equaliser - Ketua Gereja Katholik

    equaliser - Raja Russiaequaliser - pekerja sedunia, bersatulah!

  • Classless SocietyMarx argued that just as capitalism replaced feudalism, he believed socialism would, in its turn, replace capitalism, and lead to a stateless, classless society called pure communism. This would emerge after a transitional period called the "dictatorship of the proletariat (penggantian sistem politik demokrasi dengan sistem pemerintahan kuku besi)(Source: en.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx)

  • DIALECTICALMATERIALISM(MATERIALISMEDIALEKTIK)Source: Buku Leon Baradat bertajuk Political Ideologies

  • MATERIALISME DIALEKTIK

  • PERKEMBANGAN MASYARAKAT MENGIKUT KARL MARX (DIPERMUDAHKAN)PuakPerindustrianFeudalMasyarakat Tanpa Kelas

  • Keterangan diatas dan keterangan seterusnya tentang sosialisme radikal (komunisme) diambil daripada buku rujukan dalam Library UMS dinyatakan di bawah. (Lihat juga Silibus, Kuliah 8)Leon Baradat (1984). Marxism in Political Ideologies: Their Origins And Impact New Jersey: Prentice-Hall, Inc.Leon Baradat (1984). Applied Marxism: Communism in Political Ideologies: Their Origins And Impact New Jersey: Prentice-Hall, Inc (ms.202-204)

  • Source: Buku Leon Baradat bertajuk Political IdeologiesSISTEM EKONOMI SEBAGAI ASAS MASYARAKAT (1/3)

  • ASAS MASYARAKAT & KESAN SAMPINGANKESAN SAMPINGANASAS MASYARAKATASAS MASYARAKAT IALAH EKONOMI, YANG AKAN SETERUSNYA MENENTUKAN KESAN SAMPINGANSEBAGAI CONTOH KALAU SISTEM EKONOMI YANG DIPRAKTIKAN ADALAH PASARAN BEBAS, SISTEM POLITIK YG DIGUNAKAN MESTI JUGA BEBAS (DEMOKRASI)

  • Petikan dalam Penulisan Karl Marx

    Mengikut Karl Marx: Class conflict is the motor of history (konflik antara kelas menjanakan perkembangan sejarah)Agama ialah candu masyarakat (religion is the opium of the people)

    *