20121109091109membaca kuat

27
MEMBACA KUAT KEPADA MURID Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron, UPSI

Upload: norlela1976

Post on 31-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MEMBACA KUAT KEPADA MURID

Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,

UPSI

Kajian kesan membaca kuat kepada murid

1) Kajian menunjukkan murid yang dibaca kuat buku oleh guru atau ibu bapanya mempunyai:

2) Perbendaharaan kata dan pengetahuan yang lebih tinggi

3) Minat mereka membaca bertambah.

4) Murid yang lemah menambah keinginan untuk membaca, apabila mereka selalu mendengar guru mereka membaca kepada mereka.

Beberapa panduan untuk membaca kuat kepada murid

1. Pilih buku yang anda fikir murid suka mendengar ceritanya, atau maklumat yang mereka ingin tahu.

2. Guru boleh juga meminta murid mencadangkan buku atau cerita yang mereka minati.

3. Guru hendaklah melatih sendiri membaca kuat sebelum membaca buku itu kepada murid.

Rancang aktiviti dan soalan dalam tiga fasa membaca kuat

Soalan perbincangan dan aktiviti • sebelum membaca• semasa membaca• selepas membaca.Teknik membaca:• Pelbagai nada suara• Guna papet/patung sambil membaca• Membaca tayangan DVD.

Dalam sesebuah buku yang dibaca ada

a) Maklumat dan idea

b) Perkataan dan frasa yang menarik

c) Jalan cerita

d) Watak

e) Nilai moralnya

Aktiviti selepas membaca

• Suruh murid menceritakan semula cerita.• Jadikan cerita asas sebuah drama kanak-

kanak berlakon.• Suruh murid tukar plot cerita atau watak

dalam cerita. • Guna beberapa perkataan dan frasa• Tanya soalan: ‘apa, siapa, di mana, bila,

bagaimana, dan kenapa’ tentang cerita.

Membaca bersama murid lemah secara individu

1. Pilih buku yang sesuai dengan taraf kebolehan murid itu.

2. Duduk dan baca bersama murid dengan menunjuk perkataan atau ayat yang dibaca, diikuti oleh murid.

3. Ulang membaca setengah perkataan, frasa atau ayat beberapa kali.

4. Kemudian beri peluang murid membaca sendiri buku itu.

5. Beri pujian setiap kali murid mencuba.

Menyanyi bersama murid-murid • Menyanyi bersama-sama murid-murid

menggembirakan mereka; sambil mereka dapat melihat lirik lagu itu menggalak murid mengecam perkataan dan baris lagu itu (karoke).

• Murid suka memegang buku-buku ‘puisi kanak’ eg puisi the nursery rhymes (Bahasa Inggeris) dan buku nyanyian kanak-kanak bahasa Melayu,

• Bincangkan tema dan mesejnya dalam sesuatu lagu itu.

Perpustakaan dalam kelas

• Perpustakaan mini di dalam bilik darjah penting supaya murid boleh melihat, memilih, memegang dan membaca sendiri buku.

• Koleksi buku pelbagai tahap, subjek dan tema; cerita dan puisi; buku bergambar: sekurang2 100 judul.

• Buku B. Melayu dan Inggeris, dan jawi.• Buat peraturan meminjam n menyusun buku.• Koleksi DVD drama dan lagu kanak-kanak.

Buku bertahap (graded books)

Dalam B Inggeris terdapat kajian buku kanak-kanak bergred, mengikut tahap ‘kepayahan’buku-buku itu.

Salah satunya ialah buku bergred yang dibuat oleh Marie Clay, bagi program Reading Recovery.

Siri buku kanak-kanak Lady Bird juga diberi grednya.

Program Reading RecoveryMarie Clay

• Huraian langkah-langkah pengajaran Reading Recovery ini adalah seperti berikut:

• Prinsip: Reading Recovery utilizes and builds upon conversations between teacher and child as the primary basis of instruction.

• This teacher-child dialogue has been found to be an effective method for teachers to help students learn to deal with complex tasks such as reading. 

• The Reading Recovery lesson follows a strict routine of components containing activities that are molded to meet the individual needs of each child based upon a daily analysis of student progress by the teacher.

• Before the lesson begins, the student practices fluent writing of one High Frequency word, such as the word ‘the’ on the chalk/dry erase board. 

• The 30-minute lesson then begins with its seven distinct parts:

• 1.The child rereads several familiar books. • 2.The child rereads a book introduced in the

prior lesson while the teacher does a running record (observes and records the child's reading behaviors). The teacher chooses 2-3 powerful teaching points.

• 3.The child is guided toward discovering how words work through developing letter knowledge and word structure awareness and familiarity.

• 4.The child writes a story with the teacher providing opportunities for him/her to hear and record sounds in words.

• 5.The child rearranges his/her story from a cut-up sentence strip provided by the teacher.

• 6.The teacher introduces a new book carefully selected for its learning opportunities.

• 7.The child reads the new book orchestrating his/her current problem-solving strategies.

Buku bacaan bergred/bertahap BM mengikut KGBK

• Buku Tahap 1: • Buku bacaan yang kebanyakan perkataan

suku kata terbuka (kvkv). • Satu atau 2 frasa atau ayat mudah dalam

satu halaman, mengguna perkataan kvkv.• Berilustrasi. • 12 halaman.

Contoh Buku Tahap 1

ms 1. Abu buka buku. Abu baca buku.

ms 2. Itu titi. Itu titi batu.

Buku Tahap 2:

* Buku bacaan yang mengguna perkataan campuran kvkv dan kvkvk.• 2 – 3 perkataan dalam satu frasa atau

ayat. • 2 – 3 ayat mudah dalam 1 halaman.• Berilustrasi. • 16 - 18 halaman.

Contoh buku Tahap 2

(illustrasi)

Tia lihat gajah di zoo. Gajah itu besar. Gajah suka makan tebu.

Buku Tahap 3: Buku cerita atau puisi yang mengguna perkataan campuran kvkv dan kvkvk dan perkataan berimbuhan

• 2 – 5 patah perkataan satu ayat. • 3 – 5 ayat mudah dalam satu halaman.• Plot cerita mudah. • 20 - 24 halaman.• Puisi mudah: pantun dan sajak mudah.

Contoh buku Tahap 3

(illustrasi)

Tanya pada pokok apa sebab goyang; Nanti jawab pokok angin yang goncang.

Contoh buku Tahap 3

Tanya pada langit langit apa sebab hujan; Nanti jawab langit tanyalah awan.

Buku Tahap 4: cerita dan puisi yang lebih panjang ceritanya

• Campuran perkataan suku kata terbuka (kvkv), tertutup (kvkvk) dan perkataan berimbuhan mudah, seperti ‘ber, me men meng’ dan akhiran seperti ‘-an kan nya’

• Campuran pelbagai jenis ayat mudah: ayat penyata, ayat tanya; ayat aktif dan ayat pasif.

• 5 - 6 ayat satu halaman. 24 muka surat

Contoh Tahap 4

• Pak Kadir pelihara banyak haiwan: kambing, lembu, itik dan ayam.

Apabila haiwannya besar ia pun menjualnya di pasar.

Pada suatu hari itiknya bertelur telur emas. Pak Kadir sungguh gembira. Dia mendapat banyak wang menjual telur itiknya…….

Galakkan murid baca sendiri

• Murid yang boleh membaca buku Tahap 4 ini dianggap lancar membaca

• Mereka boleh membaca sendiri dan memahami kandungan

• Guru perlu menyediakan pelbagai buku untuk mereka pilih dan baca sendiri.

Tema-tema untuk buku bacaan tambahan murid

Sejarah tempatan, tokoh tempatan,

haiwan tempatan, tempat-tempat menarik,

nyanyian rakyat, cerita rakyat, peristiwa dan

perayaan penting, tempat tinggal (misalnya

di kampung air), pokok, bunga, buah-

buahan, cerita keluarga, cerita di sekolah,

permainan, rekaan sains, cerita-cerita Islam

Ciri-ciri utama dalam buku bacaan tambahan

1. Jalan cerita, plot cerita

2. Watak dalam cerita

3. Informasi dan mesej dalam cerita atau puisi

4. Bahasa dan gaya bahasa

5. Ilustrasi dan warna

6. Bentuk dan saiz buku

Kanak-kanak suka

membaca dan menulis.

Mereka suka membaca buku.

Bimbinglah mereka.

Berilah mereka pelbagai buku untuk mereka baca sendiri,

atau bersama kawan.