20 tahun merdeka: patriotisme teras keteguhan … buku galeri/katalog... · 2020-05-04 · buku ini...

15
TERBITAN BAHASA MELAYU 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN NEGARA (KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR HARI KEBANGSAAN KE-20 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM) Penyelenggara: Haji Rosli bin Haji Ampal Salina binti Haji Jaafar Buku ini mengungkap dan mengimbas kembali pelaksanaan pembangunan negara hingga mencapai taraf antarabangsa serta kepesatan era teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik dan pantas yang memerlukan peningkatan kematangan dan kecukupan persediaan. Kertas-kertas kerja yang dimuatkan antaranya ialah “Politik, Pentadbiran, dan Wawasan: Pelaksanaan dan Hala Tuju”; “Brunei Darussalam: Pencapaian Pembangunan Masa Kini dan Masa Hadapan”; “Pendidikan Teras Pembinaan Bangsa”; “Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dalam Perkhidmatan Awam: Perancangan dan Pelaksanaannya”; “Brunei Darussalam: Pembangunan Sosioekonomi dan Cabarannya”; “Agama dan Insurans Islam di Negara Brunei Darussalam”; “Kesihatan di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Strategi”; “Perbankan dan Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Cabaran”; dan “Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama: Pencapaian dan Prospek”. Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 246 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 214.3 mm Harga (Kulit Keras): B$ 6.00 (ISBN 99917-34-86-4) Harga (Kulit Lembut): B$ 3.50 (ISBN 99917-34-87-2) ADAT ISTIADAT DIRAJA BRUNEI Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri Buku Adat Istiadat Diraja Brunei mengandungi 14 bab, antaranya ialah “Adat Istiadat Diraja Brunei”; “Bangunan Diraja & Alat Kebesaran Diraja”; “Lambang Diraja, Lambang Kerajaan dan Bendera Peribadi”; “Istiadat Berpuspa”; “Istiadat Perkahwinan Diraja”; “Istiadat Rampai-Rampaian”; “Istiadat Keugamaan”; “Istiadat Pemasyhuran dan Perisytiharan”; dan “Bahasa Dalam”. Tahun Terbit: 2002 a Muka Surat: 774 halaman a Ukuran: 195.3 mm x 268.3 mm Harga (Kulit Keras): B$ 24.00 (ISBN 99917-34-20-1)

Upload: others

Post on 27-May-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

TERBITAN BAHASA MELAYU

20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN NEGARA

(KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR HARI KEBANGSAAN KE-20

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM)Penyelenggara:

Haji Rosli bin Haji AmpalSalina binti Haji Jaafar

Buku ini mengungkap dan mengimbas kembali pelaksanaan pembangunan negara hingga mencapai taraf antarabangsa serta kepesatan era teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik dan pantas yang memerlukan peningkatan kematangan

dan kecukupan persediaan. Kertas-kertas kerja yang dimuatkan antaranya ialah “Politik, Pentadbiran, dan Wawasan: Pelaksanaan dan Hala Tuju”; “Brunei Darussalam: Pencapaian Pembangunan Masa Kini dan Masa Hadapan”; “Pendidikan Teras Pembinaan Bangsa”; “Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dalam Perkhidmatan Awam: Perancangan dan Pelaksanaannya”; “Brunei Darussalam: Pembangunan Sosioekonomi dan Cabarannya”; “Agama dan Insurans Islam di Negara Brunei Darussalam”; “Kesihatan di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Strategi”; “Perbankan dan Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Cabaran”; dan “Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama: Pencapaian dan Prospek”.

Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 246 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 214.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 6.00 (ISBN 99917-34-86-4)

Harga (Kulit Lembut): B$ 3.50 (ISBN 99917-34-87-2)

ADAT ISTIADAT DIRAJA BRUNEIPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Adat Istiadat Diraja Brunei mengandungi 14 bab, antaranya ialah “Adat Istiadat Diraja Brunei”; “Bangunan Diraja & Alat Kebesaran Diraja”; “Lambang Diraja, Lambang Kerajaan dan Bendera Peribadi”; “Istiadat Berpuspa”; “Istiadat Perkahwinan Diraja”; “Istiadat Rampai-Rampaian”; “Istiadat Keugamaan”; “Istiadat Pemasyhuran dan Perisytiharan”; dan “Bahasa Dalam”.

Tahun Terbit: 2002 a Muka Surat: 774 halaman a Ukuran: 195.3 mm x 268.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 24.00 (ISBN 99917-34-20-1)

Page 2: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

100 TAHUN HUBUNGAN BRUNEI–BRITISH (1906–2006): KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR

SEJARAH BRUNEI IIIPenyelenggara:

Haji Rosli bin Haji AmpalSalina binti Haji Jaafar

Buku ini mengimbas era pasca Perjanjian Tambahan 1905/06 yang menjadikan Brunei sebuah negara di bawah naungan kepada sebuah negara yang merdeka. Kertas-kertas kerja yang dimuatkan antaranya ialah “Hubungan Persahabatan Brunei-British: Menarik Rambut dalam Tepung”; “Perkembangan

Pentadbiran Kewangan Brunei di bawah Sistem Residen”; “British dan Pencapaian Brunei Berkerajaan Sendiri: Mengimbas Hubungan Brunei dan British Sejak Akhir Perang Dunia Kedua hingga Tahun 1959”; “Pembentukan Dasar British Terhadap Brunei Selepas Perang Dunia Kedua: Pengaruh daripada Perang Dingin atau Faktor Minyak”; “Pentadbiran Undang-Undang Islam Negara Brunei Darussalam pada Zaman British”; “Legal System in Brunei Darussalam After the Signing of the Supplementary Agreement 1905/1906 Between Brunei and British”; “Trials and Tribulations of Decolonizing and ‘Constitutionalizing’ Brunei: A Critical Study of R.H. Thickling’s 1955 Constitutional Memorandum on Brunei”; dan “The Brunei Rebellion: December 1962 The Popular Uprising”.

Tahun Terbit: 2013 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 354 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 214.3 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 5.00 (ISBN 99917-34-79-1)

AKBS (ASRAMA KERAJAAN BRUNEI SINGAPURA): DALAM KENANGAN

Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Kandungan buku ini adalah hasil penulisan daripada bekas pelajar-pelajar Brunei yang terdiri daripada aliran Melayu, Inggeris, dan Arab yang pernah menuntut di Singapura 1963–1983. Semua nukilan yang digambarkan dalam buku ini hanyalah sekadar imbasan kembali kenangan pada zaman silam untuk menjadi tatapan dan renungan.

Tahun Terbit: 2008 a Muka Surat: 186 halaman a Ukuran: 222.3 mm x 287.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 50.00 (ISBN 99917-34-65-1)

AL-MU’MIN: MENJADI TETAMU ALLAH KALI KEEMPAT DAN KELIMA

Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang Juned

Buku ini merakamkan peristiwa dan aktiviti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalani ibadat haji bagi kali keempat dan kelima.

Tahun Terbit: 1995 a Muka Surat: 149 halaman a Ukuran: 182.6 mm x 255.6 mmHarga (Kulit Keras): B$ 4.00

BRUNEI DALAM SEJARAH CHINAPenyusun dan Penterjemah:

Profesor Wu Zong Yu

Buku Brunei dalam Sejarah China memuatkan lebih 100 buah petikan yang berkaitan dengan Brunei dalam catatan-catatan manuskrip sejarah China pada zaman Dinasti Tang hingga Dinasti Qing. Semua catatan yang diperoleh itu tertulis dalam tulisan Cina Kuno dan telah diterjemahkan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu.

Tahun Terbit: 2010 a Muka Surat: 435 halaman a Ukuran: 141.3 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 20.00 (ISBN 99917-34-75-9)

BRUNEI DARUSSALAM: NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini dipersembahkan ke hadapan pembaca, khususnya generasi muda agar idea dan gagasan yang terkandung di dalamnya, mudah-mudahan akan dapat dijadikan canai bacaan, renungan, perbandingan, dan pengajaran.

Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 65 halaman a Ukuran: 163.5 mm x 244.5 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 4.00 (ISBN 99917-34-54-6)

Page 3: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

BRUNEI DI TENGAH-TENGAH NUSANTARA: KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR

SEJARAH BRUNEIPenyusun:

Awang Haji Muhammad bin Abdul LatifAwang Haji Hashim bin Haji Mohd. Noor

Awang Haji Rosli bin Haji Ampal

Buku ini memuatkan koleksi 13 buah kertas kerja yang menjadi fokus perbincangan dan penghuraian dalam Seminar Sejarah Brunei pada 28–31 Ogos 1989, antaranya ialah “Tradisi Lisan

dan Historiografi Melayu dalam Penyelidikan Sejarah Brunei”; “Karya Historiografi Melayu Tradisional dalam Bentuk Puisi: Sorotan Khas Syair Awang Semaun”; “Arkeologi sebagai Alat Menggali Sejarah Brunei Tua: Kes Kota Batu dan Kawasan Sekitarnya”; “Orang-Orang Brunei di Pahang”; “Perang Kastila T.M. 1578: Suatu Penilaian Semula”; “Perjanjian T.M. 1888 Brunei-Great Britain: Suatu Dokumen Sejarah”; “Brunei K.M. XIX: Suatu Cabaran dan Campurtangan British”; “Perkembangan Politik Brunei T.M. 1945–1962”; dan “Orang-Orang Persekutuan Tanah Melayu di Brunei 1950–1963”.

Tahun Terbit: 1994 a Muka Surat: 232 halaman a Ukuran: 185.7 mm x 254 mmHarga (Kulit Keras): B$ 5.00

BRUNEI DARUSSALAM: PENGENALAN MELALUI SEJARAH

(KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR BRUNEI DALAM SEJARAH I)

Penyelenggara:

Haji Rosli bin Haji Ampal Yus Sa’bariah binti Haji Adanan

Buku ini memuatkan 15 buah kertas kerja hasil himpunan kertas kerja Seminar Brunei dalam Sejarah I yang diselenggarakan bersama Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam dengan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)

yang diadakan pada 29–31 Disember 1991. Kertas-kertas kerja tersebut antaranya ialah “Kesultanan Brunei: Warisan Seriwijaya”; “Gelaran-Gelaran di Brunei”; “Kampong Aying: Model dan Kesinambungan Sosiobudaya Brunei”; “Naskhah-Naskhah dan Manuskrip-Manuskrip yang Bersejarah di Brunei”; “Batu-Batu Nisan Brunei: Satu Perbandingan”; “Peranan Ulama dalam Pengembangan Islam di Kalimantan dan Hubungannya dengan Brunei Darussalam”; “Gagasan Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pendirian dan Sikap Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddien III”; dan “Brunei, Brooke dan Britain: Berakhirnya Sebuah Empayar”.

Tahun Terbit: 2018 a Muka Surat: 262 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mmHarga (Kulit Keras): B$ 16.00 (ISBN 978-99917-63-46-0)Harga (Kulit Lembut): B$ 9.00 (ISBN 978-99917-63-47-7)

DATO GODAM IPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun ialah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei Ke-15, memerintah pada tahun 1690–1710). Menurut sejarah Brunei, khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda.

Tahun Terbit: 2008 (Cetakan Keempat) a Muka Surat: 495 halaman a Ukuran: 190.5 mm x 261.9 mmHarga (Kulit Keras): B$ 28.00 (ISBN 99917-34-36-8)

DALAM CERMIN SEJARAH: ANTOLOGI PUISI

Buku ini merupakan antologi puisi bersempena lima dasawarsa pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memuatkan sebanyak 56 buah puisi dihasilkan oleh 56 orang penyair Negara Brunei Darussalam. Puisi-puisi yang dimuatkan dalam antologi ini sarat dengan fakta-fakta sejarah yang antaranya mengemukakan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan urutan sejarah keputeraan, pertabalan, perpuspaan, kemerdekaan, dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tahun Terbit: 2019 a Muka Surat: 217 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mmHarga (Kulit Keras): B$ 18.00 (ISBN 978-99917-63-71-2)

Harga (Kulit Lembut): B$ 13.00 (ISBN 978-99917-63-72-9)

Page 4: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

9 :TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI TERBITAN BAHASA MELAYU : 10

DOKUMENTASIAwang Haji Matassim bin Haji Jibah

Buku ini memuatkan kompilasi rencana dan kertas kerja berkaitan dengan persejarahan Brunei hasil penyelidikan dan pengkajian penulis, iaitu “Pengiran Indera Mahkota Shahbandar Muhammad Salleh and James Brooke in the History of Brunei”; “Makam-Makam dan Batu-Batu Nisan di Sekitar Bandar Seri Begawan”; “Penglipur Lara”; “Syair Awang Semaun”; “Catatan Mengenai Hukum Kanun Brunei”; “Perkembangan Persekolahan Melayu di Brunei dalam Pentadbiran Sistem Residen (1906 –1959)”; “Catatan Mengenai Arang Batu di Brunei (1830–1924)”; “Penulisan Sejarah Brunei

dan Masalahnya”; “Persekutuan Murid Tua Melayu Brunei Borneo”; “Perkembangan Politik Brunei (1945–1962)”; “Sultan Hashim (1885–1906)”; dan “Sistem Residen (1906–1959) di Brunei”.Tahun Terbit: 2018 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 181 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm

Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 978-99917-63-51-4)

DAULAT

Buku Daulat diterbitkan sebagai kenang-kenangan sempena Jubli Perak (25 tahun) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta. Mengandungi beberapa buah esei, antaranya ialah “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam”; “Hubungan Brunei-Pahang”; “Hubungan

Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Magindanao dan Suluk”; “Hubungan Kekeluargaan Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Sambas”; dan “Hubungan Brunei-Great Britain”.

Tahun Terbit: 1992 a Muka Surat: 87 halaman a Ukuran: 266.7 mm x 236.5 mmHarga (Kulit Keras Khas): B$ 5.00

Harga (Kulit Keras): B$ 4.40

EPITAF JAWI PADA BATU NISAN:PERKUBURAN ISLAM

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Awang Haji Mohamad bin Salim

Penyelidikan terhadap kajian batu-batu nisan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam telah memperoleh maklumat yang berupa khazanah negara yang sangat penting bagi menyelidik lebih lanjut tentang kehidupan orang-orang zaman dahulu

seperti pentarikhan, membongkar dan mencari gali bahan artifak tentang sesuatu batu-batu nisan, tambak, makam, kubur dan terutama sekali inskripsi Jawi yang menjadi kajian utama penghasilan buku ini. Tafsiran dan analisa yang menjurus kepada pentarikhan batu-batu nisan ini memberikan pelbagai gambaran seperti pentarikhan, kenapa ia berada di tapak tersebut, apakah kegiatan perdagangan oleh masyarakat lampau dan sebagainya.

Tahun Terbit: 2018 a Muka Surat: 189 halaman a Ukuran: 260.4 mm x 184.2 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 14.00 (ISBN 978-99917-63-61-3)

ISLAM DI BRUNEI: ZAMAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL

BOLKIAH MU‘IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

(JILID I)Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia

Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang Juned

Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara dan penetapannya di Negara Brunei Darussalam, khususnya semasa zaman pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tahun Terbit: 1992 a Muka Surat: 245 halaman a Ukuran: 187.3 mm x 257.2 mmHarga (Kulit Keras): B$ 6.00

Page 5: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

JEJAK KESULTANAN BRUNEI DI SABAH: KUMPULAN KERTAS KERJA

SEMINAR SEJARAH BORNEO KE-2 (JILID I)Penyelenggara:

Haji Rosli bin Haji AmpalYus@Sa’bariah binti Haji Adanan

Buku ini memuatkan 15 buah kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah Borneo Ke-2 anjuran Pusat Sejarah Brunei pada 19–21 Oktober 2011, antaranya ialah “Legenda Nakhoda Ragam dan Puteri Milau dalam Tradisi Lisan Masyarakat Brunei di Kudat, Sabah”; “Sejarah dan Karya Sastera: Novel Harun Aminurrashid

dalam Konteks Hubungan Brunei Darussalam dengan Sabah”; “Pehin Datu Imam Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Awang Nasar”; “Isu Penyerahan Wilayah Utara Borneo Kepada Kesultanan Sulu”; “Satu Sejarah Migrasi Masyarakat Melayu Brunei ke Sabah”; “Pengiran Shahbandar dan Perang Padas Damit 1888: Legenda dan Kebenaran Cerita Lisan Masyarakat Beaufort, Sabah”; “Syarif Osman Syarif Ali, Syarif Rum Syarif Osman dan Dayang Cahaya Sultan Muhammad Fadl, 1830-an–1845: Tokoh Utama dalam Kerajaan Marudu”; “Panglima Gajah Tunggal Dato’ Setia Raja Tok Jebek bin Tok Akil: Geneologi Keluarga dengan Pengiran Bagauddin”; “Dialek Melayu Teluk Brunei dan Hubungannya dengan Dialek Melayu di Pulau Borneo”; “Sekilas Pandang Kedudukan Etnik Melayu Brunei dalam Dimensi Politik Sabah, 1881–1994: Yang Hilang Sukar Diganti”; “Kampong Ayer di Borneo: Perspektif Persamaan dan Perbezaan”; “Hubungan Perdagangan Sumber Perikanan Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Sabah”; dan “Pantun Naindung Masyarakat Brunei, Sabah”.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 279 halaman a Ukuran: 146.1 mm x 209.6 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 5.00 (ISBN 978-99917-34-97-2)

ISTILAH BAHASA MELAYU NUSANTARA K.M. XV

Profesor Madya Wu Zong Yu

Sekumpulan istilah Bahasa Melayu catatan China yang pernah digunakan di Nusantara pada abad ke-15 dimuatkan dalam buku ini. Istilah-istilah berkenaan dikutip daripada buku Mia Jia Gua Yi Yu yang pada asalnya merupakan rencana-rencana yang termuat dalam buku Ke Kuo Yi Yu bertulisan tangan yang

terbit kira-kira pada abad ke-16.

Tahun Terbit: 1995 a Muka Surat: 42 halaman a Ukuran: 214.3 mm x 171.5 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 0.60

JEJAK KESULTANAN BRUNEI DI SABAH: KUMPULAN KERTAS KERJA

SEMINAR SEJARAH BORNEO KE-2 (JILID II)Penyelenggara:

Haji Rosli bin Haji Ampal Yus Sa’bariah binti Haji Adanan

Buku ini adalah lanjutan Jejak Kesultanan Brunei di Sabah: Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Borneo Ke-2 (Jilid I). Buku ini memuatkan 17 buah kertas kerja, antaranya ialah “Masyarakat Brunei di Kota Marudu, Sabah”; “Pemetaan Tarian Asli Brunei dalam Strategi Kebudayaan dan Pelancongan Borneo”;

“Adat Perkahwinan Masyarakat Brunei di Kampung Pimping, Membakut: Suatu Budaya yang Telah Dilupakan”; “Sejarah Pengiran Bagauddin di Pahang dan Hubungannya dengan Brunei, Sabah, dan Sarawak”; “Adat Perkahwinan Puak Melayu Brunei, Negara Brunei Darussalam dan Suku Kaum Brunei, Membakut Sabah: Satu Telahan Awal”; “Masyarakat, Gambus dan Warisan Kesenian: Satu Penelitian Sejarah”; “OKK Haji Saman Tokoh Kampung Brunei Membakut”; “Wanita Brunei dalam Spektrum Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah”; “Penemuan Gantang Perintah Brunei & Sumbul Amanat Pengiran Temenggong yang Dipegang oleh Keturunan Datu Pengiran Hatta di Kampong Syahbandar Simpangan Tuaran”; “Menyusuri Pewaris Brunei di Karambunai”; dan “Tokoh Pahlawan Peraid atau Tengku Hassan: Jejak Kesultanan Brunei di Sabah”.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 296 halaman a Ukuran: 146.1 mm x 209.6 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 5.00 (ISBN 78-99917-34-98-9)

JUNJUNG KASIH: SUMBANGAN PENUNTUT BIASISWA KERAJAAN

BRUNEI DI SINGAPURA (1950–1982)

Buku ini mengandungi artikel-artikel hasil tulisan penuntut-penuntut yang pernah belajar di Republik Singapura melalui biasiswa kurnia Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, antaranya ialah “Lintasan Sejarah: Asrama Kerajaan Brunei di Singapura Langkah Pertama (Sajak)”; “Ekonomi Negara Minyak: Analisis Ringkas Peranan Pemimpinan dan Sektor Bukan Minyak”; “Pembangunan Sektor Minyak dan Gas Bermula Tahun 1967 hingga 2017 di Negara Brunei Darussalam”; “Pendidikan di Negara Brunei Darussalam: Nota Seorang Penerima Biasiswa”; “Coretan

Kenangan dari Tanjong Puteri ke Tanjong Katong”; “Nostalgia AKBS: Ristaan 1971–1980)”; dan “Media Sosial sebagai Medium Dakwah di Negara Brunei Darussalam”.

Tahun Terbit: 2019 a Muka Surat: 180 halaman a Ukuran: 176,2 mm x 250.8 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 15.00 (ISBN 978-99917-63-75-0)

Page 6: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Buku ini mengandungi lapan buah kertas kerja yang pernah dibentangkan oleh penulis dalam beberapa buah seminar di dalam dan luar negara, iaitu “Kesultanan Brunei”; “Kampong Ayer (Aying): Cabaran dan Masa Depan”; “Kampong Ayer: Warisan Brunei dalam Kalangan Masyarakat Orang Ulu”; “Manuskrip Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam”; “Kesultanan Melayu Islam: Warisan Bangsa Melayu Nusantara”; “Cabaran dan Rintangan ke arah Pembinaan Negara Bangsa: Satu Pengalaman bagi Negara Brunei Darussalam”;

“Perjuangan ke arah Kemerdekaan”; dan “The Malaysian Indonesian Confrontation: The Impacts of Brunei Revolts 1962”.

Tahun Terbit: 2016 a Muka Surat: 147 halaman a Ukuran: 241.3 mm x 163.5 mmHarga (Kulit Keras): B$ 15.00 (ISBN 978-99917-63-26-2)

Harga (Kulit Lembut): B$ 10.00 (ISBN 978-99917-63-27-9)

KERUNTUHAN EMPAYAR BRUNEI KM XIX: SATU KAJIAN DARI SUDUT EKONOMI

Haji Abd. Karim bin Haji Abd. Rahman

Buku ini membincangkan asas pembentukan Empayar Brunei pada abad ke-15 dan abad ke-16 berdasarkan perkembangan perdagangan luar Brunei khususnya bagi memenuhi permintaan pedagang-pedagang Cina dan Eropah terhadap hasil-hasil hutan Borneo. Kajian ini juga mendapati keruntuhan Empayar Brunei pada pertengahan abad ke-19 berpunca daripada dua sebab utama, iaitu akibat dasar penjajahan Brooke dan Syarikat Inggeris Borneo Utara ke atas wilayah-wilayah Brunei serta sikap Sultan

dan keluarga baginda terhadap wilayah-wilayah feudal mereka yang banyak menimbulkan masalah pentadbiran.

Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 197 halaman a Ukuran: 138.1 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 12.00 (ISBN 99917-34-58-9)

LATAR BELAKANG SEJARAH BRUNEI

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Latar Belakang Sejarah Brunei menerangkan secara ringkas tentang sejarah Brunei (antara negara yang tertua di Alam Melayu) sejak sebelum abad keenam hingga mengambil alih semula kedaulatan dan kemerdekaannya pada 1 Januari 1984.

Tahun Terbit: 2000 (Edisi Pembaharuan) a Muka Surat: 80 halaman a Ukuran: 171.5 mm x 252.4 mmHarga (Kulit Keras): B$ 9.60 (ISBN 99917-34-13-9)

LEGASI PAYUNG NEGARA: ASPIRASI, CITA-CITA DAN HASRAT

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU‘IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG

DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAMPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini adalah sebuah karya menceritakan mengenai riwayat hidup Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sejak Baginda diputerakan sehinggalah Baginda memegang tampuk pemerintahan dan menjadi seorang Ketua Negara, yang terlibat secara langsung dalam membangun negara bangsa ke arah kejayaan dan kesempurnaan sesuai dengan apa yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035. Di samping itu, buku ini juga merekodkan perjalanan sebuah Kerajaan – Negara Brunei Darussalam yang merdeka dan hidup berganding bahu di tengah-tengah masyarakat sejagat, duduk sama rendah berdiri sama tinggi di arena antarabangsa.

Tahun Terbit: 2019 a Muka Surat: 770 halaman a Ukuran: 184.2 mm x 250.8 mmHarga (Kulit Keras): B$ 40.00 (ISBN 978-99917-63-68-2)

Harga (Kulit Lembut): B$ 28.00 (ISBN 978-99917-63-69-9)

Page 7: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

LIPAN BARAM

Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman

Buku ini memaparkan hubungan budaya hidup penduduk peribumi Borneo pada zaman dahulu yang bergantung kepada sifat-sifat keberanian untuk disegani oleh kaum-kaum lain dan hubungannya dengan Brunei. ‘Lipan Baram’ merupakan gelaran yang digunakan oleh Brunei kepada penduduk peribumi di Sungai Baram yang bermaksud ‘Tentera Baram’. Kewujudan gelaran ini hanya dalam bentuk tradisi lisan yang ditemui dalam kalangan generasi tua penduduk peribumi di Sungai Baram.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 98 halaman a Ukuran: 211.1 mm x 247.7 mmHarga (Kulit Keras): B$ 17.50 (ISBN 978-99917-34-96-5)

LIKU-LIKU PERJUANGAN PENCAPAIAN KEMERDEKAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAMPehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama

(Dr) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini mengandungi enam bab yang menyoroti sejarah awal kebangkitan semangat nasionalisme anak jati Brunei dalam mempertahankan kedaulatan raja, agama, bangsa, dan nusa; kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien dalam membangun Brunei dan pencapaian kemerdekaan; penubuhan

Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei 1959; peristiwa berdarah 1962 yang mengorbankan banyak jiwa; penubuhan Persekutuan Malaysia dan tindakan Brunei tidak menyertainya; persediaan Brunei mengharungi era kemerdekaan pemasyhuran kemerdekaan; serta keanggotaan Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Tahun Terbit: 1992 a Muka Surat: 316 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 258.8 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 5.00

MASA SILAM SARANA MASA DEPAN: KUMPULAN KERTAS KERJA

SEMINAR SEJARAH BRUNEI II

Buku ini memuatkan 16 buah kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Seminar Sejarah Brunei II pada bulan Ogos 1995, iaitu “Ketahanan dan Kesinambungan Brunei dari Perspektif Sejarah”; “Kanun Brunei: Faktor Kajian Penerapan Syariah Islam di Brunei”; “Batu Nisan: Inskripsi dan Fakta dalam Pengkajian Sejarah Brunei”; “Salasilah Raja-Raja Brunei: Suatu Penilaian Persejarahan”; “Sistem Pentadbiran Tradisi Brunei: Satu Analisis Awal”; “Peranan Pengaruh Luar (Tokoh dan Akhbar) dalam Gerakan Nasionalisme Brunei”;

“Perjanjian 1847 Brunei-Great Britain: Satu Kajian Dokumen Sejarah”; “Bahan-Bahan Brunei dalam Sumber China”; “Orang China di Brunei”; “Peperangan di Brunei: Suatu Perspektif Sejarah dan Implikasinya”; “Pengawalan Tenaga Manusia dalam Pemerintahan Feudal Brunei Abad Ke-4–19 (Kajian Awal ke atas Kaum Dayak di Borneo)”; “Malay Sources for the History of Brunei Darussalam in British Collections”; “Brunei dalam Surat Khabar North Borneo”; “Dasar Pelajaran dari Bawah Sistem Residen 1906–1950 dalam Kajian Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Brunei”; “Pendidikan di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Sepintas Lalu dari Perspektif Sejarah dan Masa Depan”; dan “Labuan: Sebuah Pulau yang Berpotensi Besar”.

Tahun Terbit: 1999 a Muka Surat: 404 halaman a Ukuran: 179.4 mm x 246.1 mmHarga (Kulit Keras): B$ 4.60 (ISBN 99917-34-16-5)

Harga (Kulit Lembut): B$ 2.70 (ISBN 99917-34-16-3)

MELAYU ISLAM BERAJA: HAKIKAT DAN HASRAT

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Melayu Islam Beraja: Hasrat dan Hakikat memuatkan sembilan buah kertas kerja mengenai persoalan yang berkaitan langsung dengan dasar dan falsafah Melayu Islam Beraja. Konsep dan falsafah Melayu Islam Beraja itu, walaupun telah menerima hambatan dan tekanan dalam pelbagai aspek dan situasi, namun ia tetap utuh dan berjaya memaju bangsa Brunei, bukan sahaja ke arah kesempurnaan hidup berbangsa, beraja dan bernegara

– Brunei Darussalam; malah lebih jauh lagi daripada itu – ke arah kesempurnaan hidup beragama dunia dan akhirat.

Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 245 halaman a Ukuran: 165.1 mm x 241.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 13.50 (ISBN 99917-34-63-5) Harga (Kulit Lembut): B$ 9.00 (ISBN 99917-34-64-3)

Page 8: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

MEMOIR SEORANG NEGARAWANDr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Buku ini mengenai Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien dengan berlatarbelakangkan rintisan sejarah Brunei awal, khususnya sejak baginda diputerakan pada tahun 1914 hinggalah baginda lindung pada tahun 1986. Isi kandungan buku ini juga memaparkan sumbangan dan peranan baginda terhadap kemodenan Brunei dengan pengutaraan dan penonjolan sejarah perjuangan baginda sejak menaiki takhta pada tahun 1950 hingga turun takhta pada bulan Oktober 1967.

Tahun Terbit: 2009 a Muka Surat: 149 halaman a Ukuran: 239.7 mm x 341.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 80.00 (ISBN 99917-34-69-4)

MENJADI TETAMU ALLAH BERSAMA AHLI KERABAT: SUATU SEJARAH

Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang Juned

Buku ini merakamkan kenang-kenangan sempena keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (bagi kali ketiga) bersama Ahli Kerabat Diraja menunaikan ibadah Haji pada tahun 1412 Hijrah (1992).

Tahun Terbit: 1993 a Muka Surat: 272 halaman a Ukuran: 184.2 mm x 255.6 mmHarga (Kulit Keras): B$ 5.00

MONOGRAF JURNAL GENERASI: PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO SERI

UTAMA DR HAJI AWANG MOHD. JAMIL AL-SUFRI (ENSIKLOPEDIA BERGERAK SEJARAH BRUNEI:

SATU PENGENALAN RINGKAS)Dato Paduka Haji Awang Muhammad bin Abdul Latif

Buku ini disusun untuk memperlihatkan mengenai kegiatan penyelidikan dan penulisan Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri mengenai perkara yang amat diminatinya, iaitu sejarah pendidikan, riwayat hidup, dan salasilah.

Tahun Terbit: 2008 a Muka Surat: 212 halaman a Ukuran: 176.2 mm x 252.4 mmHarga (Kulit Keras): B$ 7.80

Harga (Kulit Lembut): B$ 5.00

MUDA OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN: RESEPSI TOKOH DAN KARYA

Penyelenggara:Profesor Madya Ampuan

Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah

Muda Omar ‘Ali Saifuddien: Resepsi Tokoh dan Karya ialah buku kumpulan makalah atau tulisan mengenai tokoh penyair dan karya-karya syair Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III. Pembicaraan tokoh penyair meliputi kewibawaan dan kepengarangan baginda sebagai Tokoh Sasterawan Diraja Brunei dan Tokoh Penyair Diraja

Brunei, dan pemikiran baginda dalam pelbagai aspek yang tercermin dalam karya-karya syair baginda serta kedudukan baginda dalam sejarah penulisan syair di Nusantara. Selain itu, kebanyakan tulisan juga menumpukan pembicaraan kepada satu-satu judul karya syair baginda secara khusus seperti “Syair Perlembagaan Negeri Brunei”, “Syair Nasihat”, dan “Syair Asli Rajang Hari”; di samping memperbandingkan tokoh kepengarangan Muda Omar ‘Ali Saifuddien dengan karya penulis-penulis lain dari dalam dan luar negara.

Tahun Terbit: 2016 a Muka Surat: 591 halaman a Ukuran: 141.3 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Keras): B$ 22.00 (ISBN 978-99917-63-12-5)

Harga (Kulit Lembut): B$ 15.00 (ISBN 978-99917-63-13-2)

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN 1921–2004

Mardiah binti Haji Ramli

Buku ini mengandungi beberapa bab, iaitu “Latar Belakang Penubuhan dan Perkembangan Pasukan Polis di Brunei”; “Penubuhan dan Perkembangan Pasukan Polis Brunei 1921–1941”; “Sejarah Pasukan Polis Brunei 1941–1959”; “Pasukan Polis Brunei dalam Periode Berkerajaan Sendiri 1959–1983”; dan “Pasukan Polis Brunei Periode Kemerdekaan 1984–2004”. Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengharungi

pelbagai bentuk perkembangan dan perubahan. Pasukan ini juga berhadapan dengan bermacam-macam masalah dan cabaran. Meskipun diuji, namun pasukan ini tidak sekali-kali mengalah malah cekal dalam menghadapi apa jua bentuk masalah dan cabaran kerana ia sudah menjadi lumrah bagi pasukan polis sebagai sebuah badan kerajaan yang terlibat dalam menjaga kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

Tahun Terbit: 2017 a Muka Surat: 310 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 10.40 (ISBN 978-99917-63-49-1)

Page 9: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

PELAKSANAAN DASAR NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini mengutarakan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai dasar yang menjamin kestabilan dan kemantapan pemerintahan negara. Dasar MIB akan dapat dihayati oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang bernaung di bawah kepimpinan Raja yang bijaksana dengan mengimplementasikannya sebagai cara hidup. Ini selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei kekal sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah wal-Jama‘ah.

Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Ketiga) a Muka Surat: 92 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 250.8 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 3.50 (ISBN 99917-34-39-2)

PENTADBIRAN AWAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1906–1983:

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Haji Othman bin Haji Mohammad Don

Pentadbiran Awam yang diasaskan sejak tahun 1906 menjadi titik tolak peralihan daripada pentadbiran yang bersifat tradisional kepada sistem pentadbiran moden yang merangkumi aspek sistem pentadbiran, struktur, dasar dan polisi, peranan jabatan-jabatan Kerajaan dan sumber tenaga manusia. Pada tahun 1950-an hingga 1960-an, berlaku perubahan besar apabila

anak tempatan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dan mengikuti latihan serta kursus bagi mengisi jawatan-jawatan dalam Pentadbiran Awam yang sebelumnya dijawat oleh pegawai-pegawai Kerajaan dari seberang laut. Rancangan Kemajuan Negara dari tahun 1962 hingga 1979 memberi kesan positif ke atas kemajuan Negara Brunei Darussalam dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial dan politik setelah ramai anak tempatan mengisi jawatan dalam Perkhidmatan Awam Brunei hingga menjelang kemerdekaan.

Tahun Terbit: 2017 a Muka Surat: 245 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 8.30 (ISBN 978-99917-63-53-8)

PEMERINTAHAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN (1924–1950): KERAJAAN, MASYARAKAT DAN

PERUBAHANHaji Muhaimin bin Haji Mohamed

Buku ini memaparkan impian dan visi Sultan Ahmad Tajuddin untuk membangun Negeri Brunei. Pada zaman pemerintahan baginda, transisi kemodenan dari segi ekonomi, pendidikan, dan sosial bermula. Hasil penemuan minyak telah meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Walau bagaimanapun, semasa menerajui takhta Kerajaan, baginda menghadapi pelbagai pergolakan dan

rintangan khususnya ketika Brunei di bawah pemerintahan Sistem Residen dan pendudukan Jepun setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Tahun Terbit: 2018 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 158 halaman a Ukuran: 142.9 mm x 217.5 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 7.50 (ISBN 99917-34-82-1)

PENTADBIRAN ZAKAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (1955–1991)

Datin Dr Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit

Buku ini mengandungi enam bab yang antara lain membincangkan mengenai kewajipan mengeluarkan zakat dalam Islam, sejarah zakat dalam undang-undang negara, struktur dan organisasi pentadbiran zakat negara, sistem pentadbiran kutipan zakat serta sistem agihan zakat harta dan zakat fitrah di Negara Brunei Darussalam, dengan pengkhususan kajian pada 1955 hingga 1991.

Tahun Terbit: 2015 a Muka Surat: 254 halaman a Ukuran: 138.1 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 7.50 (ISBN 978-99917-63-11-8)

PENSEJARAHAN BRUNEI: ISLAM DAN EVOLUSI SOSIAL

Profesor Madya Dr Haji Asbol bin Haji Mail

Buku ini menyentuh perihal sejarah dan pensejarahan bersumberkan Al-Qur’an dan Hadith; konsep pensejarahan Ibn Khaldun; serta perkembangan beberapa buah institusi di negara ini. Walaupun bukan penulisan yang lengkap, namun ia cukup bermakna kerana telah ‘membuka’ laluan kepada para pengkaji untuk ‘mengupas’, ‘memisi’ dan membahas perkara yang dibangkitkan ke ruang yang lebih luas dan terperinci.

Tahun Terbit: 2017 a Muka Surat: 151 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 255.4 mmHarga (Kulit Keras): B$ 14.00 (ISBN 978-99917-63-34-7)Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 978-99917-63-35-4)

Page 10: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

PIDATO SEJARAH: HIMPUNAN SKRIP PERTANDINGAN PIDATO SEJARAH

PIALA MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN PERINGKAT AKHIR TAHUN 2012

Penyelenggara:Haji Rosli@Ismail bin Haji AmpalNurussyakirah binti Abdul Wahab

Buku ini mengandungi himpunan skrip-skrip pidato para peserta Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan peringkat akhir bagi tahun 2012. Pertandingan ini adalah anjuran Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Jabatan

Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, dan Radio Televisyen Brunei.

Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 84 halaman a Ukuran: 155.6 mm x 228.6 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 4.00 (ISBN 978-99917-34-90-3)

PROSIDING SEMINAR SEJARAH BORNEO KE-3 ‘KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KESULTANAN BRUNEI’

Seminar Sejarah Borneo Ke-3 anjuran Pusat Sejarah Brunei diadakan pada 27–29 Ogos 2013. Prosiding ini memuatkan 31 buah kertas kerja, antaranya ialah “Hubungan Sultan-Sultan Brunei dengan Kesultanan Melayu dan Nusantara”; “Gelaran dan Ciri dalam Adat Istiadat di Brunei (Satu Tinjauan Perbandingan dengan Negeri Perak dan Negeri Pahang)”; “Sejarah Awal Barat Laut Borneo: Lima Buah Negeri yang Hilang”; “Menyingkap Tabir Prasejarah-Sejarah Umat Melayu-Polinesia dari Perspektif Islam”;

“Sultan Ahmad Tajuddin dan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien: Cabaran dan Rintangan dalam Kontek Melayu Islam Beraja”; “Sejarah Awal Petempatan Kampong Ayer di Brunei Zaman Tradisi Sebelum 1906”; “Hubungan Kerajaan Melayu Minangkabau dengan Brunei: Sebuah Tinjauan Sejarah dan Budaya”; “Pantang Larang dalam Masyarakat Brunei dan Hubungannya dengan Budaya Melayu”; “Peranan Institusi Raja dalam Masa Kemerdekaan di Indonesia”; “Kesultanan Brunei dalam Perdagangan Setempat dan Serantau dari Abad Ke-10 Hingga Abad Ke-16 Masehi: Berdasarkan Bukti Arkeologi”; “Asal-Usul Kerajaan Melayu Minangkabau di Sumatera Barat dan Hubungannya dengan Kerajaan-Kerajaan Melayu”; “Hubungan Sarawak dengan Johor pada Abad Ke 14–15”; “Sejarah Orang Melayu di Sarawak Mengenai Orang-Orang Pigu (Masyarakat Burma) di Samarahan”; “Sejarah Kemasukan Islam ke Sarawak dan Hubungannya dengan Kesultanan Brunei”; “Sejarah Awal Kerajaan-Kerajaan Melayu di Nusantara”; dan “Kerajaan-Kerajaan di Riau, Dunia Melayu dan Penulisan Sejarah Riau”.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 442 halaman a Ukuran: 161.9 mm x 241.3 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 7.50

PROJEKSI MELAYU ISLAM BERAJA DALAM MEDIA MASSA

Dr Haji Tassim bin Haji Abu Bakar

Buku Projeksi Melayu Islam Beraja dalam Media Massa menyusuri peranan Televisyen Brunei (RTB) sebagai media massa dan agen Kerajaan dalam mendedahkan kegiatan sosiobudaya masyarakat Brunei dan dalam menerapkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) kepada masyarakat Brunei melalui rancangan televisyen. Dalam buku ini juga akan diterangkan konsep Melayu, Islam dan Beraja dalam konteks Negara Brunei Darussalam, usaha Kerajaan

menerapkan MIB dalam jabatan-jabatan di bawahnya dan tentang konsep pembentukan nilai dalam diri generasi muda negara.

Tahun Terbit: 2015 a Muka Surat: 82 halaman a Ukuran: 146.1 mm x 217.5 mmHarga (Kulit Keras): B$ 12.00 (ISBN 978-99917-63-16-3)Harga (Kulit Lembut): B$ 7.50 (ISBN 978-99917-63-17-0)

RAJA KITAPenyusun:

Haji Awang Muhammad bin Awang Abdul LatifAwang Haji Hashim bin Haji Mohd. Noor

Awang Haji Rosli bin Haji Ampal

Buku ini memaparkan tentang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada zaman kanak-kanak Baginda hingga Baginda berusia 50 tahun dan 29 tahun berada di atas takhta

Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Tahun Terbit: 1996 a Muka Surat: 150 halaman a Ukuran: 254.0 mm x 263.5 mm

Harga (Kulit Keras): B$ 3.00

RAMPAI SEJARAH I: MENITI SEJARAH SILAMPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Brunei Darussalam mempunyai persejarahan yang unik dan menarik yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Buku ini mengandungi sembilan buah artikel, iaitu “Puni adalah Brunei”; “Sang Aji Brunei”; “Islam dari China: Satu Pendekatan Awal”; “Raja Brunei Berasal dari China?”; “Sultan Sharif ‘Ali”; “Raja Ayang”; “Datu Munchong”; “Perang Kastila”; dan “Perang Pulau Chermin”.

Tahun Terbit: 2015 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 172 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm Harga (Kulit Lembut): B$ 10.40 (ISBN 978-99917-63-19-4)

Page 11: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

RAMPAI BUDAYA: MEMPERKASA ADAT DAN ADAB ANAK BRUNEIPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini memuatkan 12 buah kertas kerja yang pernah dirantangkan di dalam dan luar negara oleh Yang Berhormat Pehin yang fokus membicarakan nilai-nilai beradat dan beradab bagi mengenal identiti dan jati diri hidup berbangsa dan bernegara: Brunei Darussalam. Artikel-artikel tersebut ialah “Identiti dan Kebudayaan Brunei: Satu Penganalisaan”; “Kebudayaan Nasional Perkembangan dan Persesuaiannya”; “Adat dan Istiadat Brunei”;

“Adat Resam Orang Brunei”; “Identiti Kebruneian”; “Calak Brunei”; “Memperkasa Adat dan Adab Anak-Anak Brunei: Melentur Buluh Biar daripada Rebung”; “Suatu Tinjauan Terhadap Istiadat Berpuspa Diraja Brunei”; “Adat Istiadat dalam Melayu Islam Beraja”; “Adat Isitiadat Brunei: Cerucuk Pembinaan Bangsa”; “Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam”; dan “Penggunaan Bahasa Melayu di Brunei”.

Tahun Terbit: 2016 a Muka Surat: 199 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm Harga (Kulit Keras): B$ 15.60 (ISBN 978-99917-63-37-8)Harga (Kulit Lembut): B$ 9.00 (ISBN 978-99917-63-38-5)

RAMPAI SEJARAH II: MELIRIK SEJARAH SILAMPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Rampai Sejarah II: Melirik Sejarah Silam memuatkan himpunan kertas kerja Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri yang pernah dirantangkan dalam seminar atau forum yang diadakan di dalam dan luar negara, iaitu “Penulisan Sejarah Brunei”; “Mengkaji Sejarah Biar ‘Rapus’ dan ‘Lutanan’’’; “Peranan Sejarah dan Pensejarahan dalam Pembinaan Negara Bangsa”; “Kedatangan Agama Islam di Brunei dan Perkembangannya”; “Masuk dan Berkembangnya

Islam di Asia Tenggara”; “Penghayatan Sejarah sebagai Landasan Perancangan Kemajuan Bangsa”; “Tulisan Jawi dan Perkembangannya di Brunei”; “Penubuhan Malaysia dan Kesinambungannya dalam Sejarah Brunei”; “Pulau Labuan”; dan “Salasilah Kesultanan Pahang”.

Tahun Terbit: 2015 a Muka Surat: 225 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm Harga (Kulit Keras): B$ 24.00 (ISBN 978-99917-63-20-0)

Harga (Kulit Lembut): B$ 11.70 (ISBN 978-99917-63-21-7)

RAMPAI PENDIDIKAN: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAMPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini mengongsikan mengenai kepentingan pendidikan di Negara Brunei Darussalam kepada pembaca. Sebanyak 12 buah artikel dimuatkan, iaitu “Pendidikan”; “Pendidikan Berlandaskan Adat dan Adab”; “Pendidikan Brunei untuk Menghadapi Zaman Moden”; “Pendidikan Akhlak Melalui Bahasa Sastera”; “Pendidikan Akhlak Melalui Drama”; “Pengajaran Sejarah Membentuk Rupa

Bangsa Brunei”; “Memperkasa Pendidikan dan Pembelajaran di Negara Brunei Darussalam”; “Membina Pendidikan Muslim yang Digalati’; “Membuka Minda Melayu Islam Brunei”; “Guru Brunei dan Melayu Islam Beraja”; dan “Sumbangan Pemikiran Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dalam Pendidikan dan Pembangunan Bangsa dan Negara”.

Tahun Terbit: 2017 a Muka Surat: 223 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm Harga (Kulit Keras): B$ 15.20 (ISBN 978-99917-63-56-9)Harga (Kulit Lembut): B$ 8.90 (ISBN 978-99917-63-57-6)

SATU PEMIKIRAN MENGENAI CORAK PENDIDIKAN UNTUK BRUNEI DARUSSALAM BERASASKAN ISLAM:

MELALUI PENGALAMAN DAN SEJARAHPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini mengandungi 10 bab mengenai hujah-hujah bernas yang bersandarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah serta petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi suatu sistem pendidikan yang dapat melahirkan ‘‘rakyat dan penduduk yang sempurna…taat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan

Rasul … kepada Sultan yang memerintah serta mengetahui dan memahami tanggungjawab berbangsa dan bernegara … Melayu Islam Beraja’’. Sebahagian besar kandungan buku ini menganggap pengajaran ugama Islam sebagai mutiara kerana dengan penyerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan akan dapat memperkukuhkan akidah para pelajar.

Tahun Terbit: 2008 a Muka Surat: 348 halaman a Ukuran: 176.2 mm x 252.4 mmHarga (Kulit Keras): B$ 10.20 (ISBN 99917-34-67-8)Harga (Kulit Lembut): B$ 7.20 (ISBN 99917-34-68-6)

Page 12: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

SEJARAH & PERSEJARAHAN BRUNEI: DINAMIKA PEMBENTUKAN DAN TRANSFORMASI

Profesor Madya Dr Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Buku ini mengandungi 13 buah kertas kerja atau artikel yang ditulis dan pernah dibentangkan dalam seminar, bengkel, ceramah serta simposium di dalam dan luar negara oleh penulis, iaitu “Perajaan (Kingship) Kesultanan Brunei: Konsep Dewaraja Daulat, dan Derhaka Satu Sorotan”; “Kesultanan Brunei KM XIX: Sungai Kerajaan, Sungai Kuripan, dan Sungai Tulin–Hubungannya dengan Pentadbiran Rantau Pesisir”; “Pemilikan Hartanah Negara Brunei

Darussalam Sejak KM XIX–Tahun 1941: Dari Perspektif Sejarah dan Peranan Kerajaan”; “Ke arah Pembentukan Wajah Negara Bangsa (1950–1967): Hasrat Arkitek Moden”; “Dari Ekonomi Tradisi ke Ekonomi Industri 1929–1941: Pengaruh Perusahaan Minyak Terhadap Perubahan Sistem Pendidikan Brunei”; “Dinamika Sejarah Sosial Brunei Darussalam 1950–1984: Pendidikan Melayu dan Cabarannya”; “Dangan Inggeris Sudah Berakit, Marikan Lagi Akan Mamipit: Di Sebalik Tabir Sejarah Pemberontakan Sarawak Asal 1835–1844”; “Perkembangan Persekolahan Melayu (Tahun 1950–1985): Suatu Tinjauan”; “Dasar-Dasar Pendidikan Brunei Pramerdeka: Isu Bahasa Penghantar”; “Penterjemahan Sumber-Sumber Inggeris KM XIX: Cabaran ke arah Kejituan Penulisan Sejarah Brunei”; “Di Balik Tersurat, Apa Tersirat: Pentafsiran Sejarah Alam Melayu Menurut Hamba”; “Transformasi Pendidikan Agama Islam di Negara Brunei Darussalam Pra-Mardeka: Dari Rumah ke Sekolah Rendah Agama”; dan “Sejarah Pembentukan dan Perkembangan Melayu Islam Beraja Negara Brunei Darussalam Sejak TM 860”.

Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 392 halaman a Ukuran: 138.1 mm x 214.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 10.00 (ISBN 978-99917-34-93-4)Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 978-99917-34-94-1)

SEJARAH AWAL HUBUNGAN BRUNEI–CHINA

Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Buku Sejarah Awal Hubungan Brunei–China mengimbas kembali peninggalan warisan sejarah penting dan hubungan persahabatan yang sedia wujud antara Kesultanan Brunei dengan Maharaja China sejak 1,500 tahun yang lalu. Kekukuhan dan keeratan hubungan ini secara tidak langsung bukan sahaja kerana faktor ekonomi, politik, dan sosial tetapi juga kesan perkembangan agama Islam yang sampai ke Tanah

Besar China sebelum kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam pada abad ketujuh.

Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 141 halaman a Ukuran: 266.7 mm x 254 mmHarga (Kulit Keras): B$ 25.00 (ISBN 99917-34-85-6)

SEJARAH DALAM PEMBANGUNAN NEGARA: HIMPUNAN KERTAS KERJA SEMINAR SERANTAU

Penyelaras:Haji Rosli bin Haji Ampal

Yus Sa’bariah binti Haji Adanan

Buku ini mengandungi 16 buah kertas kerja yang dibentangkan semasa Seminar Serantau: Sejarah dalam Pembangunan Negara pada 10–11 Januari 2009, iaitu “Pembangunan Fizikal dalam Sejarah”; “Peranan Sejarah dalam Perancangan Pembangunan Kemajuan Negara”; “Orientalisme dalam Pengkajian Sejarah Melayu”; “Brunei’s Early Struggle for an Independent Entity:

An Exposition of the Rejection of the British-Borneo Federation Proposals”; “Sejarah dan Identitas Kebangsaan: Membaca Kembali Dasar Pembentukan Kesadaran Nasional Indonesia”; “Perencanaan Kemajuan bagi Negara Brunei Darussalam: Pencapaian Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan”; “Perjanjian Tambahan 1905/1906 Brunei dan United Kingdom: Suatu Tinjauan Hubungannya dengan Undang-Undang Tanah”; “Pencapaian Perkhidmatan Awam Selepas Kemerdekaan”; “Britain’s Withdrawal from East of Suez and the End of 1959 Agreement”; “Sejarah Sosio-Ekonomi Tradisi Kraf Tangan Brunei”; “Peranan Pekerja Asing di Negara Brunei Darussalam dan Sumbangannya Terhadap Pembangunan Negara (1959–1983)”; “Sektor Pertanian dalam Rancangan Kemajuan Negara: Pencapaian, Cabaran, dan Masa Depan”; “Perusahaan Pukat Tunda di Semenanjung Malaysia (1965–2005)”; “Pembangunan Perusahaan Perikanan di Negara Brunei Darussalam pada Era Berkerajaan Sendiri (1959–1983)”; “Sejarah Pembentukan Pasukan Polis Diraja Brunei: Suatu Tinjauan Awal”; dan “Sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam Pascamerdeka (1985–2006): Pencapaian dan Cabaran”.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 332 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 6.75 (ISBN 978-99917-34-99-6)

SEJARAH BANGSA: ANTOLOGI SYAIR

Buku Sejarah Bangsa: Antologi Syair merupakan hasil Peraduan Menulis Syair Sejarah sempena Ulang Tahun Jubli Perak penubuhan Pusat Sejarah Brunei. Buku ini memuatkan 13 buah syair, iaitu “Sekubit Ristaan: Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien”; “Salasilah Sultan Sharif Ali”; “Perwira Utap Negara”; “Sultan Brunei Raja Bangsawan”; “Ristaan Brunei”; “Sejarah Cermin Jati Diri Bangsa”; “Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III”; “Sharif Ali (An-Nur Al-Makmur)”; “Wajah Seri Tanah Air”; “Catatan Semalam (Cerita Nenek)”; “Kampong Lurong Sikuna ‘A’”; “Sejarah Air Paip di Kampong Kilanas”; dan “Sejarah Sekolah

Ugama Negara Brunei Darussalam”.Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 161 halaman a Ukuran: 136.5 mm x 214.3 mm

Harga (Kulit Keras): B$ 6.00 (ISBN 99917-34-83-X)Harga (Kulit Lembut): B$ 3.75 (ISBN 99917-34-84-8)

Page 13: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

SEJARAH SULTAN-SULTAN BRUNEI MENAIKI TAKHTAPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Sejarah Sultan-Sultan Brunei Menaiki Takhta memuatkan keunikan dan kesinambungan institusi Beraja yang diamalkan di Brunei, wujud sejak berabad-abad dahulu sebelum tahun 400. Buku ini secara ringkas menyingkap kembali gambaran pengalaman Sultan-Sultan Brunei yang menaiki takhta dan memerintah sejak zaman-berzaman secara turun-menurun.

Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 66 halaman a Ukuran: 188.9 mm x 246.1 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 7.50 (ISBN 99917-34-23-6)

SEJARAH PEWARNA BUDAYA DAN TRADISIDr Haji Ramlee bin Haji Tinkong

Buku ini merangkumi pelbagai artikel hasil kajian penulis menerusi beberapa pendekatan, teori dan perbandingan yang meliputi genre sejarah, sastera, dan budaya. Daripada artikel-artikel yang dipersembahkan dalam buku ini, pembaca akan dapat melihat bagaimana sejarah itu mewarnai budaya dan tradisi dan begitu juga sebaliknya. Sejarah adalah rakaman peristiwa yang dialami manusia manakala budaya dan tradisi pula wujud daripada cara manusia menjalani kehidupan yang pada akhirnya menjadi amalan dan warisan.

Tahun Terbit: 2016 a Muka Surat: 153 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 225.4 mm Harga (Kulit Keras): B$ 15.00 (ISBN 978-99917-63-28-6)Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 978-99917-63-29-3)

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI BRUNEI 1950–1985

Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Buku Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950–1985 memaparkan sejarah perkembangan pendidikan secara formal di Negara Brunei Darussalam antaranya membincangkan pembentukan dasar pendidikan dan matlamatnya dalam usaha Kerajaan memajukan dan meningkatkan mutu pendidikan anak bangsa Brunei.

Tahun Terbit: 2010 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 221 halaman a Ukuran: 138.1 mm x 212.7 mmHarga (Kulit Keras): B$ 12.00 (ISBN 99917-34-47-3)Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 99917-34-48-1)

SURVIVAL BRUNEI: DARI PERSPEKTIF SEJARAHPehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku ini membicarakan tentang kefahaman dan kesinambungan Brunei dari kaca mata sejarah; bagaimana Brunei suatu ketika dahulu sebagai sebuah penempatan kecil berkembang menjadi sebuah Kerajaan besar dan kuat, mantap serta disegani oleh kawan dan lawan, kemudian menguncup menjadi kecil dan lemah setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat ke sebelah sini sejak akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18.

Tahun Terbit: 1997 a Muka Surat: 122 halaman a Ukuran: 174.6 mm x 246.1 mmHarga (Kulit Keras): B$ 3.10

Harga (Kulit Lembut): B$ 2.00

SULTAN TENGAH: SULTAN SARAWAK PERTAMA DAN TERAKHIR

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Kegagahan Sultan Tengah menghadapi musuh dan kegigihan baginda menjalankan sesuatu hasrat yang sangat tinggi nilainya perlu dicatat untuk bahan sejarah. Buku ini mengandungi peristiwa beraneka rupa yang sangat berfaedah untuk dijadikan tauladan sebagai calak Brunei dan pusaka peninggalan sejarah kepada pembacanya terutama rakyat Negara Brunei Darussalam dan Sarawak, Malaysia termasuk keturunan Sultan Tengah di Wilayah

Sambas, Kalimantan, Republik Indonesia.

Tahun Terbit: 2016 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 46 halaman a Ukuran: 134.9 mm x 215.9 mm Harga (Kulit Lembut): B$ 5.50 (ISBN 978-99917-63-25-5)

SYAIR RAKISPehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama

(Dr) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Syair Rakis mendedahkan riwayat hidup pengarang Syair Rakis, Al-Marhum Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh ibnu Pengiran Sharmayuda yang pernah dilantik oleh Sultan Brunei menjadi wakil baginda sebagai Gabenor di Sarawak pada tahun 1820-an. Selain itu, membicarakan mengenai isi Syair Rakis dan tafsiran serta huraian terhadap maksud yang terkandung dalam “Syair Rakis Dua Belas”.

Tahun Terbit: 1983 a Muka Surat: 107 halaman a Ukuran: 160.3 mm x 227.0 mmHarga (Kulit Keras): B$ 1.20

Harga (Kulit Lembut): B$ 1.00

Page 14: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

SURVIVAL NEGARA BANGSA: HIMPUNAN KERTAS KERJA SEMINAR SERANTAU

Penyelenggara:Haji Rosli bin Haji Ampal

Yus Sa’bariah binti Haji Adanan

Buku ini mengandungi kertas-kertas kerja yang dibentangkan semasa Seminar Serantau: Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959 anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) pada 17–19 Jun 2011. Buku ini memuatkan 12 buah kertas kerja, iaitu “Kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan 1959 dan Kesan-Kesannya”; “Constitution and

Shariah: Implementation and Harmonisation in the Multi-Religious and Multi-Cultural Society of Brunei Darussalam”; “Perlembagaan Malaysia: Asas dan Kerangkanya”; “Kedaulatan dan Bidang Kuasa Raja dalam Zaman Tradisional dan Raja Berperlembagaan di Malaysia”; “Pembentukan Perlembagaan Negeri Brunei 1959: Dasar British dan Respons Brunei”; “Significance of the Hickling Memorandum Upon the Brunei Constitutional History and Practice”; “Perlembagaan Negeri Brunei: Pencetus ke arah Pembangunan Negara Berintegriti”; “Laporan Tujuh Serangkai Daerah Belait Hubungannya dengan Pembentukan Perlembagaan Negeri Brunei 1959”; “Perlembagaan Negeri Brunei 1959: Kuasa Sultan dalam Pemerintahan”; “Pemikiran Muda Omar ‘Ali Saifuddien dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei”; “Cabaran Globalisasi Bahasa Melayu, Bahasa Rasmi Negara di Negara Brunei Darussalam”; dan “Perjalanan Mencari Kenyataan”.

Tahun Terbit: 2013 a Muka Surat: 278 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 5.00 (ISBN 978-99917-63-01-9)

TARSILAH BRUNEI: SEJARAH AWAL DAN PERKEMBANGAN ISLAM

(JILID I)Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (Jilid I) adalah antara sumber penting bagi melihat sejarah awal tentang Brunei dan sejarah awal tentang perkembangan Islam di Brunei, iaitu dari pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Awang Alak Betatar atau Sultan Muhammad Shah, hingga Sultan Brunei ketiga, Sultan Sharif Ali (1425–1432).

Tahun Terbit: 2001 (Edisi Pembaharuan) a Muka Surat: 141 halaman a Ukuran: 174.6 mm x 246.1 mm

Harga (Kulit Keras): B$ 3.00 (ISBN 99917-34-07-4) Harga (Kulit Lembut): B$ 2.40 (ISBN 99917-34-08-2)

TARSILAH BRUNEI: ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KEMASYHURAN

(JILID II)Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama

Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran (Jilid II) ialah lanjutan daripada Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (Jilid I). Buku ini mengandungi 11 bab yang memuatkan sejarah Sultan-Sultan Brunei, bermula pemerintahan Sultan Sulaiman (Sultan Brunei keempat, 1432–1485) hingga Sultan Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke-10, 1598–1659),

di samping mencatatkan hubungan Brunei dengan beberapa buah Kerajaan Melayu di Nusantara seperti Jawa, Pahang, Sambas, dan Suluk.

Tahun Terbit: 1997 a Muka Surat: 288 halaman a Ukuran: 174.6 mm x 250.8 mmHarga (Kulit Keras): B$ 3.60

Harga (Kulit Lembut): B$ 3.00

TARSILAH BRUNEI: WASILAH KETAKHTAAN KESULTANAN BRUNEI

(1659–1828 MASIHI)(JILID III)

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Buku Tarsilah Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (1659–1828 Masihi), (Jilid III) ialah lanjutan daripada Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (Jilid I) dan Tarsilah Brunei: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran (Jilid II). Buku ini menjelaskan dan menghuraikan secara terperinci wasilah atau

pertalian ketakhtaan sepuluh Sultan Brunei, iaitu dari zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Jalilul Jabbar, Sultan Brunei ke-11, pada tahun 1659 sehingga akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad ‘Alam, Sultan Brunei ke-22, pada tahun 1828. Dalam tempoh 169 tahun tersebut, setentunya banyak peristiwa penting yang menjadi fakta sejarah terutama dalam menelusuri sejarah Brunei.

Tahun Terbit: 2019 a Muka Surat: 191 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mmHarga (Kulit Keras): B$ 20.00 (ISBN 978-99917-63-76-7)

Harga (Kulit Lembut): B$ 15.00 (ISBN 978-99917-63-77-4)

Page 15: 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN … Buku Galeri/Katalog... · 2020-05-04 · Buku ini memaparkan tentang perkembangan syiar Islam dalam pembangunan bangsa dan negara

TUJUH SERANGKAI: DARI PERSPEKTIF SEJARAH

Profesor Madya Dr Haji Awang Asbol bin Haji Awang MailDr Nani Suryani binti Haji Abu Bakar

Izzah Afiqiah binti Haji Abdullah

Buku ini mengupas tentang peranan dan sumbangan Tujuh Serangkai (Jawatankuasa Perancangan Perlembagaan Baru atau Jawatankuasa Penasihat Perlembagaan) dan menganalisis kandungan laporan mereka hasil lawatan ke seluruh negara bagi mendengar pendapat dan cadangan rakyat dalam penggubalan Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Pengupasan ini setentunya

dapat memberi pencerahan terhadap sejarah negara khasnya sejarah penggubalan Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Perolehan buku ini juga diharap dapat menanamkan semangat berbangsa, bernegara, dan cinta terhadap tanah air dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini.

Tahun Terbit: 2015 a Muka Surat: 115 halaman a Ukuran: 141.3 mm x 215.9 mmHarga (Kulit Lembut): B$ 8.50 (ISBN 978-99917-63-15-6)

TITAH-TITAH: HIMPUNAN TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA

MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU‘IZZADDIN WADDAULAH

IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA‘ADUL KHAIRI WADDIEN

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (1967–1976)

Buku ini mengandungi kumpulan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1967 hingga 10 tahun ke hadapan.

Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 406 halaman a Ukuran: 138.1 mm x 214.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 7.50 (ISBN 978-99917-34-95-8)Harga (Kulit Lembut): B$ 6.00 (ISBN 99917-34-88-0)

ZAMAN JEPUN DI BRUNEI 1941–1945Haji Muhaimin bin Haji Mohamed

Buku ini mengimbau kembali semasa zaman Jepun di Brunei dengan memuatkan perihal “Faktor Meletus Perang Dunia Kedua”; “Bermula Perang Pasifik”; “Pertempuran Jepun di Tanah Melayu dan Borneo”; “Ekonomi Brunei Sebelum Kedatangan Jepun”; “Persiapan British di Ambang Kemaraan Jepun”; “Rentetan Peristiwa Jepun Menakluki Brunei”; “Pemerintahan Jepun dan Peralihan Kuasa”; “Ekonomi Brunei Semasa Pendudukan Jepun”; “Pembudayaan Jepun ke atas Penduduk Tempatan”; “Keperitan Hidup Masa Jepun”; “Tentera Berikat Bebaskan Brunei” dan

“Pentadbiran BMA – Pasca Pendudukan Jepun”.

Tahun Terbit: 2016 a Muka Surat: 207 halaman a Ukuran: 163.5 mm x 241.3 mmHarga (Kulit Keras): B$ 15.60 (ISBN 978-99917-63-31-6)

Harga (Kulit Lembut): B$ 10.40 (ISBN 978-99917-63-32-3)

KALIGRAFI NAMA SULTAN-SULTAN BRUNEI THE BRUNEI SULTANS’ NAMES IN CALLIGRAPHY

Kaligrafi Nama Sultan-Sultan Brunei merupakan terbitan Pusat Sejarah Brunei buat pertama kali dalam bentuk kalendar. Kaligrafi Nama Sultan-Sultan Brunei ini mengandungi nama Sultan-Sultan Brunei dari Sultan yang pertama hingga Sultan ke-29, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, yang ditulis dalam beberapa jenis tulisan khat secara kreatif dan menarik. Setiap nama Sultan-Sultan Brunei memaparkan sejarah ringkas Sultan-Sultan Brunei sebagai pengetahuan orang ramai. Isi kandungan Kaligrafi

Nama Sultan-Sultan Brunei ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Tahun Terbit: 2019 a Muka Surat: 29 halaman a Ukuran: 193.7 mm x 284.2 mmHarga: B$ 8.50