2 surah al qalam - © 2017 tafsir melayutafsirmelayu.com/pdf/juz29/2 surah al qalam.pdfmekah...
TRANSCRIPT
1
SURAH AL-‐QALAM
2
3
4
TERJEMAHAN SURAH AL-‐QALAM
Nuun, Demi Pena dan Demi apa yang mereka tulis (dengannya).(1)
Wahai Muhammad, Engkau bukanlah seorang gila kerana Engkau menerima nikmat pemberian Tuhan mu (sebagai seorang Nabi) sebagaimana mereka tuduh itu.(2)
Dan sesungguhnya; Engkau akan tetap mendapat pahala yang berterusan (sebagai seorang Nabi).(3)
Dan sesungguhnya Engkau memiliki akhlak yang tersangat mulia.(4)
Maka pastinya Engkau akan dapat melihatnya dan mereka juga akan melihatnya.(5)
Sebenarnya siapakah orang yang gila itu di antara kamu (yang menuduh atau yang dituduh?).(6)
5
Sesunguhnya Tuhan Mu itulah yang lebih mengetahui siapakah yang sebenarnya sesat dari jalan Nya, dan Dialah juga yang paling mengetahui siapakah sebenarnya orang yang mendapat hidayat.(7)
Oleh itu janganlah Engkau tunduk pada orang yang mendustakan ajaran mu itu.(8)
Mereka suka jika engkau bersikap tolak-‐ansur supaya mereka juga akan bertolak-‐ansur (pada zahirnya).(9)
Dan jangan engkau tunduk pada orang yang suka bersumpah lagi terhina (keperibadiannya).(10)
Yang banyak mengumpat-‐mengumpat mencaci, suka menyebar fitnah hasutan (niat memecah belahkan).(11)
Merupakan penghalang kepada kebajikan, pelampau melanggar hukum-‐hukum dan banyak berdosa.(12)
Kejam dan selain itu tidak diketahui bapanya.(13)
6
Adakah kerana dia seorang yang banyak harta dan ramai anak-‐pinaknya (mahu mendustakan agama Allah).(14)
Mereka ini apabila dibaca ayat-‐ayat Allah, mereka akan berkata mengejek “Ini semua dongeng orang-‐orang dulu-‐kala”.(15)
(Kami akan dedahkan ‘identiti’ mereka) akan Kami tandakan di atas hidung mereka.(16)
Sesungguhnya Kami telah menguji mereka dengan bala-‐bencana sebagaimana Kami telah menguji ‘tuan-‐tuan punya kebun’ ketika mereka ini bersumpah, bahawa mereka akan memetik buah-‐buah kebun itu pada esok pagi.(17)
Dan mereka tidak mengecualikan (sedikit pun untuk fakir miskin).(18)
Lalu kebun itu ditimpa bala-‐bencana dari Tuhan mu, pada malam hari sewaktu mereka nyenyak tidur.(19)
7
Maka jadilah kebun-‐kebun itu seperti buahnya telah rosak semuanya.(20)
Kemudian pada pagi-‐pagi, (tanpa mengetahui apa yang dah berlaku pada kebun mereka semalam) mereka panggil memanggil antara satu sama lain.(21)
Sambil berkata-‐kata; “pergilah pagi-‐pagi lagi kekebun-‐kebun kamu itu jika kamu betul-‐betul mahu memetik buah2 nya”.(22)
Lalu keluar berjalanlah semua mereka sambil berbisik-‐bisik.(23)
“Pada hari ini, janganlah hendaknya ada seorang miskin pun yang masuk dalam kebun kita untuk menemui kamu”(meminta-‐minta).(24)
Dan pergilah mereka pagi-‐pagi itu, dengan kepercayaan bahawa mereka berkuasa menghampakan fakir miskin itu dari hasil kebun mereka.(25)
8
Maka sebaik sahaja mereka melihat keadaan kebun-‐kebun mereka itu, mereka berkata “sebenarnya kita ni sesat jalan” (mungkin ini bukan kebun kita!).(26)
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka akui yang mereka tidak sesat) ‘bahkan kita telah kehilangan hasil kebun kita!’ (mungkin ini balasan kerana sikap niat buruk kita tadi?).(27)
Tempelak salah seorang yang paling sederhana sikapnya dikalangan mereka“ Kan aku dah kata pada kamu semua sewaktu kamu berniat (hendak menghampakan orang-‐orang fakir dari habuan mereka) amat elok sekali jika kamu ingat pada Allah (iaitu membatalkan semua rancangan buruk kamu itu).(28)
Mereka menjawab (dengan penuh kekesalan) “Mahasuci Allah, Tuhan kami; sesungguhnya kami adalah orang yang melakukan kezaliman”.(29)
Kemudian mereka saling tuding menuding di antara satu sama lain sambil mencela.(30)
Mereka berkata; “Adohai! Celakanya kita semua ini! Sesungguhnya kita adalah dari kalangan orang-‐orang yang melampaui batas!.(31)
9
“Semoga Allah, Tuhan kita (dengan taubat kita ini) akan menggantikan kepada kita sesuatu yang lebih baik (dari kebun yang telah binasa itu); Sesungguhnya Kepada Allah, Tuhan kita sahajalah yang kita berharap”.(32)
Demikianlah azab kerugian dan kekecewaan! (yang telah ditimpakan ke atas orang yang buruk niat mereka di dunia ini) dan sesungguhnya azab di akhirat nanti lebih mengecewakan, kalaulah mereka faham dan beringat”.(33)
Sesungguhnya bagi orang-‐orang yang bertaqwa; disisi Allah mereka dijanjikan dengan taman-‐taman syurga yang penuh nikmat.(34)
Adakah wajar Kami jadikan orang-‐orang Islam yang taat, sama degan orang-‐orang kafir yang berdosa?.(35)
Apa sudah jadi pada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-‐terang salahnya itu?).(36)
Atau apakah jenis kitab yang kamu pelajari dari Nya?.(37)
10
Bahawa tersebut di dalamnya semua yang membolehkan kamu memilih apa saja yang kamu mahu?.(38)
Atau adakah kamu mempunyai janji-‐janji yang disanggupi oleh Kami hingga ke hari kiamat bahawa kamu boleh membuat keputusan sesuka hati kamu?.(39)
Tanyalah mereka siapakah di antara mereka yang menjamin dakwaan sedemikian itu? (bahawa mereka akan mendapat di akhirat sama dengan apa yang didapati oleh orang Islam).(40)
Atau adakah mereka mempunyai Tuhan-‐tuhan sekutu mereka? Kalau ada! Bawalah sekutu-‐sekutu mereka itu (di akhirat kelak) jika betul mereka orang-‐orang yang benar.(41)
Pada hari akhirat itu, di mana penuh dengan kedahsyatan huru hara dan diminta mereka sujud pada waktu itu, dan mereka tidak berupaya melakukannya.(42)
Keadaan luaran wajah mereka (pada hari itu) pucat lesi, dan mereka di selubungi oleh kehinaan; dan mereka-‐mereka ini pernah diserukan untuk sujud
11
pada Allah di dunia dahulu, (tetapi mereka enggan) sedangkan pada masa itu mereka dalam keadaan boleh berbuat demikian.(43)
Oleh itu, tinggalkan saja urusan mereka itu pada Aku, khususnya bagi orang yang mendustakan al Quraan ini; Kami akan menarik mereka perlahan-‐lahan ke jurang kebinasaan secara yang tidak disedari mereka.(44)
Dan aku memberi tempoh pada mereka, sesungguhnya rancangan balasan ku ke atas mereka itu amat rapi.(45)
Atau adakah engkau (wahai Muhammad) pernah meminta upah dari mereka dan kerana itu mereka merasa berat dengan hutang tersebut?.(46)
Atau adakah mereka mempunyai pengetahuan mengenai perkara-‐perkara ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatan darimu itu?).(47)
Maka bersabarlah wahai Muhammad menerima hukum Allah, Tuhan mu (dengan memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah Engkau bersikap seperti (Nabi Yunus) orang yang telah ditelan oleh ikan. Ingatlah kisahnya!
12
Ketika ia berdoa merayu dalam keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.(48)
Jika dia tidak diselamatkan oleh nikmat pertolongan dari Allah, Tuhan nya nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus dengan keadaan tercela.(49)
Lalu dia dipilih Allah, Tuhannya dan menjadikannya dari kalangan orang yang soleh.(50)
Dan sesungguhnya orang-‐orang yang kafir itu, hampir-‐hampir mengelincir dan menjatuhkan mu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar al-‐Quraan sambil berkata; “Sebenarnya Muhammad itu sungguh-‐sungguhnya seorang yang gila”.(51)
Padahal al Quraan itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.(52)
13
SINOPSIS SURAH AL-‐QALAM (UNTUK MEMAHAMI SURAH INI)
Surah al Qalam ini diturunkan sepenuhnya di Mekah mengandungi 52 ayat, walaupun ada pendapat yang mengatakan sebahagiannya diturunkan di Madinah.
Mengikut pendapat yang diterima, surah ini diturunkan selepas 3 tahun perlantikan dan penerusan dakwah oleh Rasulullah di Mekah. Pada asasnya, surah-‐surah yang diturunkan di Mekah lebih menekankan aspek akidah dan pembangunan minda dengan membawa pembaca kepada aspek mentauhidkan Allah.
Setelah Allah memerintahkan supaya Rasulullah mengumumkan dakwahnya kepada masyarakat Mekah, maka konflik di antara Rasulullah dengan penduduk Mekah dapat dirumuskan seperti berikut:
a) Masyarakat Mekah menuduh Rasulullah sebagai ‘gila’ b) Mereka menolak al Quraan c) Mereka menentang pergerakan dakwah Rasulullah.
Jadi surah ini telah bertanggungjawab menggegarkan mereka kerana ianya melibatkan isu akidah dan pertembungan dua budaya yang berbeda; di antara budaya kafir Jahiliyah dan budaya Islam yang sedang diterapkan.
Tuduhan Rasulullah sebagai ‘gila’ sedikit sebanyak telah memberi kesan pada Rasulullah dan mereka yang beriman dengannya. Hal ini dijelaskan dalam surah ini pada ayat 51; mafhum nya:
“Sesungguhnya orang-‐orang kafir itu HAMPIR-‐HAMPIR mengelincirkan kaki engkau (wahai Muhammad) dengan pandangan-‐pandangan mereka (yang penuh marah itu) dan apabila mereka mendengar al Quraan, mereka lantas berkata sesungguhnya dia (iaitu Muhammad itu) adalah seorang ‘gila’ ” (51 al Qalam)
14
KEPERIHATINAN ALLAH
Allah telah menurunkan awal surah ini dengan penafian yang Rasulullah itu seorang yang ‘gila’.
Seterusnya Allah memberi amaran pada Rasulullah tentang sikap orang-‐orang musyrikin yang mahukan Rasulullah bersikap tolak ansur dengan cara menurut kemahuan mereka, bagi membolehkan mereka bertolak ansur berlemah lembut pada zahirnya terhadap Rasulullah. Ini kerana mereka sudah mula merasa terancam dengan dakwah dan perkembangan islam di Mekah pada masa itu.
Keperihatinan Allah ke atas Rasulullah diawal dakwah ini sangat terserlah dalam surah ini dan kita akan mengikuti semuanya dalam analisa ini.
PERTEMBUNGAN BUDAYA
Dengan dakwah Rasulullah itu maka berlakulah pertembungan dua budaya di Kota Mekah. Budaya yang diwarisi oleh kaum Quraish di Mekah berasal dari Agama Ibrahim as, tetapi telah tersasar dari landasannya dan telah membudayakan segala macam dongeng, syirik dan ramai Tuhan-‐Tuhan sembahan, menyembah malaikat dan menyembah jin dan roh-‐roh tertentu.
Budaya Jahiliyah ini telah berhadapan dengan budaya Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw, yang mementingkan jalan lurus, mementingkan fikiran dan ketelitian untuk mengenal Allah. Akibat pertembungan ini telah menimbulkan krisis dalam masyarakat dan meningkatnya penentangan pada dakwah Rasulullah itu.
Krisis kepimpinan juga berlaku dalam masyarakat Mekah. Sistem kepimpinan Mekah berdasarkan kabilah yang diketuai oleh ketua-‐ketua kabilah yang masyhur. Ketua-‐ketua kabilah ini merupakan pemimpin yang diiktiraf oleh masyarakatnya. Rasulullah bukan seorang ketua kabilah atau pemimpin dalam sistem masyarakat Jahiliyah. Penerimaan kepada dakwah Rasulullah itu terjejas kerana adanya sistem ini.
Al Quraan pernah menjelaskan keadaan ini dalam surah Az Zukruf ayat 31:
15
Mafhum nya: “ Dan mereka mencemuh Nabi Muhammad sambil berkata: ‘Kalaulah al Quraan menjadi bukti kenabian seseorang itu, maka sepatutnya al Quraan itu diturunkan kepada orang-‐orang besar (ketua kabilah) yang kaya dan terpengaruh dari salah sebuah
Bandar yang terkenal itu’ (iaitu Mekah dan Taif) “ ayat 31 AzZukruf)
Perkara ketiga menyebabkan penolakan dakwah Rasulullah ialah ‘pertandingan’ sengit di antara kabilah-‐kabilah yang sentiasa bertanding untuk mendapat kedudukan yang tinggi; dan jika bukan dari kabilahnya maka seseorang itu tidak diterima.
Contohnya perbualan di antara Al Akhnas bin Suraik dengan Abu Jahal mengenai penerimaan Rasulullah oleh mereka, setelah mereka mendengar al Quraan. Tanya Al Akhnas kepada Abu Jahal, apa pendapatnya tentang al Quraan dan Muhammad? Jawab Abu Jahal, Muhammad itu dari kaum Bani Abd Manaf; kaum kami sentiasa bertanding dan berlawan dengan mereka; untuk merebut kedudukan yang tinggi jika mereka beri makan pada orang lain, maka kami juga ikut beri makan, jika mereka memberi sesuatu maka kami juga akan memberi sesuatu; kami seolah-‐olah dua kuda lumba yang setanding”. Kata Abu Jahal “ Demi Allah, kami tidak akan beriman dengan Muhammad dan tidak akan percaya kepadanya”. (Syed Qutub ms 3652; Juz 6)
Perkara ke empat ialah adanya sikap ‘benci’ pada Rasulullah dan sikap ini sangat memberi kesan kepada dakwah dan penerimaan musyrikin pada dakwah Rasulullah; Tuduhan ‘gila’ adalah penghinaan yang sangat keji di lontar kepada Rasulullah. Penghinaan yang serupa juga menimpa pengikut-‐pengikut Rasulullah yang telah menerima Islam dan akibatnya keluarga Rasulullah juga terkena tempias ini dan diboikot dan diseksa dan semuanya ini menekan perasaan Rasulullah.
Dalam suasana begini, Allah telah memainkan peranan Nya dalam memberi semangat kepada Rasulullah, melalui surah ini dengan meniupkan semangat untuk keriangan dan keceriaan Rasulullah; Misalnya dalam ayat 1 hingga 4, Allah menjelaskan bahawa Rasulullah bukan seorang gila, tetapi seorang yang mendapat pahala yang besar dari Allah, diakui oleh Allah sebagai seorang yang berakhlak mulia. Kenyataan ini menyokong Rasulullah dan menafikan tuduhan dan penghinaan yang disebarkan tentang peribadi Rasulullah.
16
Ayat-‐ayat 24-‐36 pula menjanjikan kepada orang yang bertaqwa dari kalangan penyokong Rasulullah dengan taman-‐taman syurga dan menyesali orang-‐orang musyrikin yang menyamakan orang yang beriman dengan orang yang kafir berdosa; malah mereka dianggap sebagai tidak berakal, dan yang jelas ianya salah.
Ayat-‐ayat 10-‐16 pula, Allah meminta supaya menjauhkan diri dari mentaati puak-‐puak musyrikin yang suka bersumpah terhina, mengumpat mencaci Rasul, penghalang kepada kebajikan, kejam dan bukan dari anak yang halal. Identiti mereka didedahkan agar segara tipu helah mereka diketahui umum masyarakat Quraish.
Malah dalam ayat-‐ayat 44-‐45; Allah sendiri yang akan mengambil tindakan ke atas kumpulan yang menolak al Quraan ini, mereka diberi amaran akan di tarik perlahan-‐lahan ke jalan kebinasan secara tidak disedari mereka. Balasan ke atas mereka akan dibuat secara rapi oleh Allah sendiri.
Dalam ayat 42 dan 43, Allah membawa perhatian mereka kepada hari Akhirat tentang kedasyhatan hari bangkit semula, mereka yang diseru sujud pada Allah, tetapi mereka tak boleh berbuat demikian, dan mereka akan tahu bahawa dengan muka yang pucat lesi mereka akan diselubungi kehinaan.
Akhirnya Allah meminta Rasulullah agar bersabar meneruskan dakwahnya itu kepada kaum yang kufur ini tanpa kecewa dan jangan menjadi seperti Nabi Yunus.
KEFAHAMAN SURAH
Dengan melihat kepada sirah Rasulullah ini, maka surah ini dapat memberi gambaran sengitnya cabaran yang dihadapi Rasulullah dalam awal dakwah terbuka kepada kaum musyrikin Mekah, tetapi dengan bantuan Allah, selepas 20 tahun selepas ini, maka tersebarlah Islam dengan kemenangan yang nyata dan kemenangan ini adalah berkat sabarnya Rasulullah dan orang yang beriman bersama baginda dalam mengharungi saat-‐saat getir mereka ini.
17
TAFSIRAN SURAH AL-‐QALAM
Mafhum nya:
Nuun! (huruf Nun)Demi Pena dan Demi apa yang mereka tulis dengannya!.(1)
Wahai Muhammad, Engkau bukanlah seorang ‘gila” kerana telah menerima nikmat pemberian Tuhanmu (sebagai seorang Nabi) sebagaimana mereka menuduh engkau.(2)
dan sesungguhnya; Engkau akan tetap mendapat pahala yang berterusan (sebagai seorang Nabi).(3)
Dan sesungguhnya, Engkau memiliki akhlak yang tersangat mulia.(4)
Tafsiran ayat-‐ayat 1-‐4:
(Nuun; Demi pena dan Demi apa yang mereka tulis dengan nya).(1)
Allah menyebut huruf ‘NUN’ yang membawa erti Inilah surah Nun; iaitu inilah surah yang Allah bersumpah dengannya. (Tafsir Ruhul Bayan; Ismail Haqqi ar Rusawi; Juz 10 ms.100); atau diertikan sebagai Pertolongan Allah; Jadi Allah dengan huruf ini menggambarkan pertolongan Allah ke atas orang yang beriman sesuai dengan firman Allah dalam surah Rum ayat 47:
18
Mafhum nya: “dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-‐orang yang beriman” Ar Rum ayat 47.
Al Qalam dalam ayat ini ialah alat sumpahan Allah bererti jenis pena yang digunakan untuk menulis; (ibnu Kathir; Juz 4, ms 402) bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al ‘ALAQ ayat 4 dan 5:
Mafhum nya: “yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan: Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui mereka” (4-‐5 al’Alaq)
Ianya adalah sumpah Allah demi memberi pengertian kepada hamba Nya tentang nikmat Allah yang dikurniakan pada mereka yang mempelajari ilmu melalui tulisan dengan menggunakan pena, sebab itu Allah menyambung
sumpahannya itu dengan perkataan (dan apa yang mereka tulis).
Dari ayat 1 surah ini, ianya menggambarkan betapa besarnya nilai ‘pena’ dan tulisan dalam menggalakkan kita kepada kepandaian mendapatkan ilmu dari satu masyarakat yang mundur, jahil kepada masyarakat yang dapat menghayati akidah Islam dan sistem hidup yang sempurna. Ianya sebagai ilmu dan akan ditulis dan disebar agar ianya akan tersebar keseluruh dunia. Sesungguhnya Allah mengajar manusia dengan ‘pena’, mengajar manusia ilmu pengetahuan daripada yang tidak diketahui kepada mengetahui.
Kesimpulannya melalui ayat 1 ini:
a) Inilah cara Allah mendidik muslimin dan melengkapkan mereka untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang muslim
b) Allah menjunjung tinggi nilai kepandaian menulis c) Menerangkan Islam berdasarkan ilmu dan bukan tahyul. Ilmu itu boleh di
cari dengan menulis dan sekaligus mengeluarkan manusia dari gejala buta huruf.
19
Tafsiran ayat 2:
(Wahai Muhammad! Engkau bukanlah seorang gila, kerana menerima nikmat pemberian Tuhan mu sebagai seorang Nabi).(2)
Ertinya; Demi Allah, Engkau tidak ‘gila’ sebagaimana tuduhan bodoh dari kaum Engkau yang pendusta itu, semata-‐mata kerana Engkau cuba membawa mereka kepada hidayah, dan kebenaran yang nyata sehingga sanggup mereka menuduh Engkau sebagai ‘gila’.
Kesimpulan dari ayat ini dapat disenaraikan seperti berikut:
a) Kemesraan Allah terhadap Rasulullah; terus menjawab bagi pihak Rasul Nya sebagai ungkapan penuh mesra; satu penghormatan pada Nabi.
b) Allah menafikan sekeras-‐kerasnya yang Rasulullah itu bersifat ‘gila’, tuduhan ini tidak sesuai dengan pengurniaan nikmat Allah sebagai Nabi kepada Rasulullah.
c) Mendedahkan sikap kaum yang jahat di mana pada satu ketika mereka pernah memberi gelaran ‘al Amin’ pada Rasulullah, dan apabila baginda dilantik menjadi Rasul mereka membuat tuduhan yang tak berasas ini. Abu Sufian pernah ditanya oleh Hirekla, Maharaja Rom di Timur, sama ada pernah atau tidak Rasulullah berbohong? Jawabnya ‘ Beliau tidak pernah berbohong atau berdusta’. Ini menggambarkan sikap dendam ke atas nabi.
d) Tuduhan ini hanya atas rasa dendam musyrikin ke atas Nabi, kerana Nabi Muhammad tetap berbudi tinggi, mempunyai akal fikiran yang bijak dan perangai yang lurus.
Tafsiran ayat 3:
dan sesungguhnya Engkau akan tetap mendapat pahala yang berterusan sebagai seorang Nabi).(3)
20
Ertinya: ‘Bahkan ditentukan kepada Engkau wahai Muhammad pahala yang besar, penganugerahan pahala yang baik dari Allah, semuanya adalah berterusan dan tidak terputus-‐putus sedangkan ia tidak menjejaskan tugasmu menyampaikan risalah Tuhanmu dan terus menanggung semua kesengsaraan tekanan dari musyrikin’ (Ibnu Kathir)
Pernyataan ayat di atas sebagai pengakuan Allah yang berjanji akan meneruskan pahala yang terus menerus dan tidak terputus-‐putus dan tidak habis-‐habis pada Rasulullah kerana ketinggian martabatnya sebagai Rasul Allah.
Inilah dia hiburan dan gantirugi yang besar diberikan kepada Rasulullah terhadap segala serangan, kekasaran dan tuduhan dusta dari kaum musyrikin kepada baginda.
Tafsiran ayat 4:
(Dan sesunguhnya engkau memiliki akhlak yang tersangat mulia).(4)
Ertinya; Bahawa Rasulullah saw itu menjadikan al Quraan, segala bayangannya dan akhlaknya sebagai akhlak Rasulullah. Inilah dia akhlak yang termulia yang dimiliki oleh Rasulullah, termasuk malunya, kemurahannya, keberaniannya, sifat pemaafnya, kelembutannya dan semua akhlak dan sifat mulia yang ada dalam al Quraan itu.
Sebuah Hadith; riwayat Imam Ahmad, dari Said bin Mansur, dari Abd Aziz bin Muhammad, dari Muhammad bin Ajlan, dari Al Qaqaq bin Hakim dari Abi Soleh dari Abu Hurairoh ra; Sabda Rasulullah; mafhum nya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Dalam sohih Bukhari dan Muslim, sebuah Hadith riwayat Anas, katanya ‘aku berkhidmat dengan Rasulullah selama 10 tahun, aku tak pernah dengar dia menengking aku dengan perkataan ‘uh’; baginda tidak pernah menyoal mengapa aku tak lakukan sesuatu itu atau membantah apa yang aku tak
21
perlu buat; Muhammad saw itu elok sangat perilakunya, lembut tapak tangannya lebih dari sutra, dan bau peluhnya lebih wangi dari bau kasturi” (Ibu Kathir)
Seluruh alam akur dan tunduk dengan sanjungan Allah yang unik ini kepada Rasulullah untuk menjadikannya sebagai sumber akhlak yang tertinggi. Inilah dia pengakuan Allah mengikut kacamata Allah sendiri terhadap Rasulullah disamping itu Rasulullah mempunyai kemampuan untuk bersifat dengan akhlak agong itu.
Inilah gambaran betapa mulianya unsur-‐unsur akhlak dari kacamata Allah, inilah Islam yang memuliakan akhlak.
Mafhum nya:
“Maka pastinya Engkau akan dapat melihatnya dan juga mereka akan melihatnya sendiri.(5)
tentang sebenarnya siapakah orang yang ‘gila’ itu di antara kamu (di antara yang menuduh atau yang dituduh).(6)
Sesungguhnya Tuhan mu itulah yang lebih mengetahui siapakah yang sebenarnya ‘sesat’ dari jalan Nya, dan Dialah juga yang paling mengetahui siapakah sebenarnya orang yang mendapat hidayah.(7)”
Tafsiran ayat-‐ayat 5-‐7:
Ibnu Kathir (ms 404) mentafsirkan ayat di atas sebagai “Wahai Muhammad, kamu pasti akan mengetahui dan juga mereka yang menuduh dan mendustakan Engkau juga akan mengetahui siapakah sebenarnya penyebar fitnah yang sesat itu!
Dalilnya dari al Quraan dari surah al Qamar ayat 25. firman Allah:
22
(mereka akan mengetahui kelak siapakah orang yang ‘pendusta’ lagi sombong angkuh itu!)
Dan firman Allah dalam surah Saba’ ayat 24:
(Tiap-‐tiap satu golongan itu samada dari yang beriman atau tidak beriman semuanya tetap di atas hidayah petunjuk ATAU ianya tenggelam dalam kesesatan yang nyata) (24 Saba’)
Allah maha mengetahui puak manakah dari kumpulan kamu wahai Muhammad atau kumpulan mereka yang mendusta itu yang menerima hidayah Allah, dan Allah maha mengetahui kumpulan yang sesat dari jalan yang benar.” (Ibnu Kathir ms 404: Jilid 4).
Imam Haqqi ar Rusawi pula mentafsirkan ayat di atas sebagai; “Kamu akan mengetahui dan mereka akan mengetahui di hari Akhirat kelak; iaitu di hari semua kebenaran akan terserlah tentang tuduhan tesebut: iaitu siapakah sebenarnya yang ‘gila”. Adakah gila itu terjadi melalui saluran orang yang beriman atau melalui saluran orang sesat sehingga dengan penemuan itu akan memastikan sifat itu kepadanya.
Gila yang dimaksudkan di sini bukanlah maksud ‘hilang akal” tetapi lebih kepada kesesatan melalui maksiat dan tidak mahu taat. Ini didorong oleh terlalu suka kepada harta dunia dan mirip kepada nafsu yang nyata.
Jadi dalam hal ini Allah maha mengetahui siapakah di antara kamu, dan orang yang menuduh kamu itu yang sebenarnya sesat, dan membawanya kepada kesesatan yang nyata berbanding dengan orang-‐orang yang menuju kearah jalan yang berjaya, menerima taufik dari Allah.
Syed Qutub pula berpendapat (ms 3658) bahawa perkataan ‘gila’ yang dituduh oleh orang musyrikin pada Rasulullah itu sebenarnya bukan hilang akal, tetapi mengikut kepercayaan mereka, bahawa penyair yang mencipta syair yang sedap dan baik itu dipengaruhi oleh syaitan dan jin; sehingga syair mereka itu dicipta dengan penuh indah dan agak luar biasa.
23
Pengertian begini tidak sesuai kepada Rasulullah yang menerima wahyu dari Allah dan Allah maha mengetahui siapa sebenarnya yang mendapat hidayah Allah dan siapa yang sesat lagi menyesatkan. Ini membanggakan Rasulullah yang secara tidak langsung dibela oleh Allah.
Allah sendiri yang menurunkan al Quraan melalui wahyu dan sudah pasti Dia mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat Hidayah Nya. Jadi dengan penjelasan ini, orang-‐orang yang menuduh Rasulullah sebagai gila akan terperangkap dengan tuduhan mereka sendiri.
Dalam ayat-‐ayat 8 dan 9 surah ini, Allah mendedahkan taktik kotor mereka untuk mencari jalan rundingan agar Muhammad bertolak ansur untuk mereka juga bertolak ansur dalam dakwah Rasulullah ini, mungkin mereka menerima dakwah Rasulullah dan Rasulullah dapat menerima sedikit cadangan-‐cadangan dari mereka itu, Di antara cadangan mereka ialah:
a) Tidak mengaibkan tuhan-‐tuhan sembahan mereka. b) Tidak merendahkan keturunan mereka. c) Tidak menolak sistem kepimpinan kabilah-‐kabilah yang taksub
dalam masyarakat Jahiliah itu. d) Menjaga maruah mereka dalam masyarakat.
Perjuangan mereka bukanlah mencari kebenaran akidah, tetapi hendak meneruskan kekufuran dan penentangan mereka, kerana mereka sudah nampak adanya kebenaran dari dakwah-‐dakwah Rasulullah itu dan ianya mula mempengaruhi beberapa orang-‐orang yang berpengaruh seperti Syidina Umar, Syidina Othman, Syidina Abu Bakar dan lain-‐lain yang telah memilih Islam. Mereka berpura-‐berpura mencari helah untuk menekan dakwah dan menolak Islam.
Mafhum nya:
“Maka jangan sekali-‐kali Engkau taat kepada orang-‐orang pendusta ini.(8)
mereka suka jika Engkau bersikap ‘bertolak-‐ansur’ supaya mereka juga boleh bertolak-‐ansur.(9)”
24
Tafsiran ayat 8-‐9:
Sebagaimana Allah telah menganugerahkan kepada Engkau, wahai Muhammad, nikmat-‐nikmat syariaat ke jalan yang istiqomah dan ketinggian akhlak yang diakui maka janganlah Engkau taat kepada mereka, mereka adalah pendusta yang berpura-‐pura, yang cuba bermain tolak-‐ansur untuk mereka bertolak-‐ansur.
Tolak ansur yang dimaksudkan ini termasuklah berhenti mendakwah menolak Tuhan sembahan mereka atau mahu menerima tuhan patung mereka dengan pertukaran-‐pertukaran tertentu. Sebagai contoh sebuah Hadith riwayat Ibnu Ishak yang berkata mafhum nya:
“Rasulullah sewaktu sedang tawaf di Kaabah, telah didatangi oleh Ibnu Abd Uzza, Walid bin Mugahirah, Umayah bin Khalaf dan ‘Aas bin Wail Sahmi, yang merupakan ketua-‐ketua kaum yang berpengaruh”. Mereka berkata pada Rasulullah;
“Wahai Muhammad; Ok lah kami akan sembah apa yang kau hendak kami sembah, dan engkau pun sembah apa yang kami sembah, kita berkongsi bersama. Jika apa yang kamu sembah itu lebih baik dari apa yang kami sembah maka kami akan teruskan sembahan itu; tetapi jika apa yang kami sembah itu lebih baik dari apa yang kamu sembah maka kamu hendaklah sembah apa yang terbaik itu;”
Allah terus menurunkan surah al Kafirun kepada Muhammad, dan mengarahkan Muhammad supaya menjawab; “ Aku tidak sekali-‐kali akan sembah apa yang kamu sembah!”
Larangan Allah ini supaya Rasulullah tidak taat pada mereka kerana penglibatan kaum musyrikin ini dalam kekotoran dan penghinaan dan mereka adalah pembelit besar, suka pada pertelingkahan, terlalu taksub dan perkauman, dan berbeda niat dan cita-‐cita mereka; mereka tamak untuk bertolak ansur yang akan memberi kemenangan pada mereka.
Apakah sifat-‐sifat orang–orang musyrikin pada penilaian Allah, Ianya di jelaskan dalam ayat berikut:
25
Mafhum nya:
“Jangan Engkau tunduk pada orang yang suka bersumpah lagi terhina itu.(10)
yang banyak mengumpat-‐mengumpat mencaci, suka menyebar fitnah hasutan.(11)
menjadi penghalang kepada kebajikan, pelampau, melanggar hukum-‐hukum dan banyak berdosa.(12)
kejam dan selain itu tidak diketahui siapa bapa mereka.(13)
adakah kerana dia seorang yang banyak harta dan anak pinaknya.(14)
mereka ini apabila dibaca ayat-‐ayat Allah, mereka akan mengejek berkata: “Ini semua dongengan orang-‐orang dulu kala.(15)
Kami akan dedahkan ‘identiti’ mereka dan akan Kami tandakan di atas hidung mereka.(16)
Tafsiran ayat-‐ayat 10-‐16:
Al Quraan telah menurunkan 9 sifat-‐sifat dari mereka-‐mereka yang menentang Rasulullah dan dakwah baginda, dan seterusnya Allah melarang baginda dan orang yang beriman taat kepada mereka-‐mereka ini atas sifat-‐sifat mereka yang buruk ini, Di antaranya:-‐
a) Suka bersumpah; orang yang banyak bersumpah sukar dipercayai ‘kredibiliti’ mereka
26
b) Manusia hina; iaitu seseorang yang tidak menghormati dirinya sendiri, tidak tahu menghormati orang lain dan perlu bersumpah untuk menyakinkan orang lain.
c) Suka mengumpat; mengumpat orang lain dibelakang mereka. d) Bersama orang lain dan merosak perasaan mereka; suka memutus
silaturrahim. e) Penghalang kepada kebajikan, samada untuk dirinya apa lagi untuk
orang lain. f) Pelampau batas iaitu melampaui batas keadilan dan kebenaran. g) Banyak dosa; melakukan dosa sewenang-‐wenangnya. h) Keras hati iaitu keseluruhan sifat-‐sifat ini membentuk sifat hina diri. i) Sifat keji iaitu dia bersama jemaah tetapi tidak dari jemaah itu;
melekat dan banyak sekali jahatnya.
Bagi melengkapkan sifat-‐sifat buruk ini pada mereka, kumpulan orang-‐orang ini selalunya mempunyai kekayaan dan anak yang ramai dan Allah memperlihatkan mereka pada kita, apabila orang-‐orang ini didakwah dengan membaca ayat-‐ayat Allah pada mereka, mereka akan berkata; Ini semua adalah cerita-‐cerita dongeng dulu kala.
Kemudian, mereka-‐mereka ini dikategorikan sebagai satu kumpulan yang telah ditanda oleh Allah ‘atas hidung mereka’ agar Rasulullah dan orang-‐orang yang beriman dengannya berwaspada pada mereka, dan tidak taat pada mereka, apa lagi untuk berkerjasama dengan mereka.
Ayat 14 dan 15 memperlihatkan kepada kita, buruknya sikap mereka-‐mereka ini, di mana dari satu segi mereka mempunyai anak yang ramai dan miliki harta yang mewah, dilimpahi nikmat dari Allah tetapi mereka mengejek Rasulullah apabila dibaca ayat-‐ayat al Quraan pada mereka, serta mempersendakan Rasulullah dan sekaligus menyeterui baginda. Bukan itu sahaja, mereka membuat fitnah memperlekeh al Quraan itu sebagai tinggalan cerita-‐cerita dongeng lampau.
Allah akan menghitamkan muka mereka di hari kiamat nanti dan menempat kan mereka ke dalam neraka Allah dan di dunia didedahkan rahsia-‐rahsia mereka sehingga diketahui niat buruk mereka sebagaimana adanya titik hitam di atas hidung mereka. (Ibnu Kathir ms.406).
27
Seterusnya dalam ayat 17 hingga ayat 23, Allah membanding kaum yang menentang Rasulullah dan dakwahnya ini dengan satu perbandingan yang sinis, Firman Allah:
Mafhum nya:
“Sesungguhnya Kami telah menguji mereka dengan bala bencana sebagaimana Kami telah menguji ‘tuan-‐tuan Kebun’ ketika mereka bersumpah setia, bahawa mereka akan memetik buah-‐buah kebun mereka pada pagi kesesokkan harinya.(17)
dan mereka tidak memperuntukkan sedikit pun untuk fakir miskin.(18)
Lalu kebun-‐kebun itu dilanda bala bencana dari Tuhan mu pada malam hari, sewaktu mereka nyenyak tidur.(19)
maka jadilah kebun-‐kebun itu di mana semua buah-‐buahnya rosak.(20)
kemudian pada pagi-‐pagi (tanpa mengetahui apa yang dah berlaku pada kebun-‐kebun mereka itu) mereka panggil memanggil di antara satu sama lain.(21)
sambil bercakap-‐cakap “pergilah kita semua ke kebun-‐kebun pagi-‐pagi lagi, jika mahu memetik buah-‐buahnya”.(22)
lalu mereka keluar dan berjalan sambil berbisik-‐bisik dengan berkata.(23)
28
‘pada hari ini, hendaknya janganlah ada seorang miskin pun yang dibenar masuk dalam kebun-‐kebun kita untuk menemui dan meminta-‐minta pada kita’. (24)
berangkatlah mereka pagi-‐pagi lagi ke kebun-‐kebun mereka dengan kepercayaan, bahawa mereka berkuasa menghampakan fakir miskin itu dari hasil kebun mereka.(25)
Mafhum nya:
“maka sebaik sahaja mereka melihat keadaan kebun mereka itu mereka berkata: mungkin kita ni sesat jalan (jangan-‐jangan ini bukan kebun kita!).(26)
(setelah mereka perhati dengan teliti, mereka akui yang mereka tidak sesat jalan) mereka berkata; ‘bahkan kita telah kehilangan semua hasil kebun-‐kebun kita itu’!) {mungkin ini adalah balasan kerana niat buruk kita pada orang fakir miskin yang nak cuba kita hindarkan itu).(27)
tempelak salah seorang yang sederhana dikalangan mereka; katanya ‘Kan aku dah katakan pada kamu semua sewaktu kamu berniat hendak menghampakan orang fakir dari habuan mereka dulu!’ Sepatutnya amat elok sekali jika kamu semua pada masa itu ingat pada Allah (dan membatalkan niat buruk kamu itu).(28)
mereka menjawab dengan penuh kekesalan: “Mahasuci Allah, Tuhan kami; sesungguhnya kami telah melakukan kezaliman atas diri kami sendiri”.(29)
mula lah mereka saling tuding menuding di antara satu sama lain sambil mencela.(30)
dan mereka terus berkata; Aduhai! Celakanya kita semua ni! Sesungguhnya kita adalah dari kalangan orang yang melampaui batas.(31)
’semoga Allah, Tuhan kita (dengan taubat kita ini) akan menggantikan kepada kita akan seuatu yang lebih baik (dari kebun-‐kebun yang telah binasa itu). Sesungguhnya kepada Allah sahajalah, Tuhan yang kita berharap’.(32)
29
Demikian lah azab kerugian dan kekecewaan! (yang telah ditimpakan ke atas orang yang berniat buruk di dunia ini) dan sesungguhnya azab di Akhirat nanti lebih mengecewakan; kalaulah mereka faham dan beringat.(33)
Tafsiran ayat: 10-‐33:
Cerita tentang ‘tuan-‐tuan kebun ini dicatitkan dan difahami dari terjemahan di atas.
Ayat-‐ayat 10-‐33 telah memaparkan kepada kita satu ‘perbandingan’ kepada musyrikin Mekah. Isu perbandingan ini ialah Allah telah menganugerahkan kepada mereka seorang Rasul; iaitu Nabi Muhammad saw yang merupakan RAHMAT yang besar, dan dikurniakan kepada mereka nikmat-‐nikmat dari Allah yang terserlah namun mereka telah merancang penolakkan dakwah baginda, menerima nikmat-‐nikmat Allah itu dengan penentangan, penolakan dan memerangi baginda. (Ibnu Kathir ms. 402; Jilid 4).
Kisah tuan-‐tuan kebun:
Tuan-‐tuan kebun dalam ayat-‐ayat 19-‐33 di atas berasal dari Yaman, dari satu perkampungan di kenali sebagai DHARWAN; kira-‐kira 9 batu dari Bandar “Sona ’a”. Berketurunan Habsyah, bapa-‐bapa mereka terdahulu adalah dari kalangan agama ahlil Kitab, Agama Nabi Isa as.
Bapa mereka mengendalikan kebun anggur dengan mengikut ajaran Kitab; iaitu hasil kebun mereka diguna untuk kegunaan persendirian, manakala sebahagiannya disimpan untuk keluarganya, dan selebih dari semuanya itu disedekahkan kepada fakir miskin. Setelah bapa-‐bapa mereka meninggal, tuan-‐tuan kebun, yang terdiri dari anak-‐anak mereka telah tidak bersyukur pada Allah dan bermuafakat di antara mereka untuk tidak mahu meneruskan sedekah itu kepada kaum fakir miskin.
Mereka berazam untuk mengutip buah-‐buah kebun mereka tanpa diketahui oleh fakir miskin. Tanpa mahu bersyukur, mereka tidak tahu perbuatan mereka itu menyalahi syariaat Allah, dan berlakulah ‘tangan yang tidak nampak’ menghancurkan semua hasil mereka dan mereka kerugian. Kerugian yang parah ini kerana mereka telah tidak mengikut nasihat di
30
antara mereka yang meminta supaya mereka bersyukur, dan tidak menghentikan kerja kebajikan yang pernah dilakukan oleh bapa-‐bapa mereka terhadap fakir miskin. Mereka seolah-‐olah mengkufuri nikmat-‐nikmat Allah ke atas mereka.
Azab yang dikenakan ke atas mereka kerana mereka:
a) Menentang urusan Allah b) Bakhil untuk memberi sedekah kepada fakir miskin c) Tidak mahu mengiktiraf hak orang miskin dan menentang syariaat
Allah d) Menukarkan nikmat Allah kepada kekufuran.
Apakah Azab yang telah diturunkan ke atas kumpulan ini?
Di antaranya ialah:
a) Allah menentukan kerugian ke atas modal mereka sekaligus b) Allah melenyapkan samasekali keuntungan dari bisnes mereka c) Allah menghilangkan mereka dari rahmat bersedekah d) Allah memastikan mereka muflis dan tiada apa yang tinggal untuk
mereka.
Inilah hukuman dari Allah atas niat buruk mereka dan merupakan azab di dunia ini dan azab di akhirat lebih lagi pedihnya. Inilah gambaran kemurkaan Allah ke atas satu kumpulan manusia yang menentang Allah dan menentang urusan Allah. ADAKAH kaum musyrikin Quraish dari golongan penentang urusan Allah dan menentang Rasul mereka?
Mengapa ianya satu Perbandingan dengan Kaum Quraish di Mekah?
Segala kekayaan, pangkat dan harta benda yang melimpah ruah pada pembesar-‐pembesar Quraish adalah kesan nikmat dari Allah; disamping perlantikan Muhammad sebagai Rasul yang menyeru mereka kepada jalan Allah; ianya adalah sebagai satu ujian ke atas mereka. Hasil ujian akan menentukan satu nikmat yang tidak disyukuri itu akan hancur berkecai; lebih-‐lebih lagi mereka itu dari kalangan orang bakhil, menentang kebajikan dan kebaikan dan menipu dalam mendapatkan harta benda itu.
31
Dibandingkan dengan tuan-‐tuan kebun, orang-‐orang Quraish yang terus menentang Rasulullah akan dilenyapkan semua kekayaan mereka, pangkat dan harta benda mereka kerana tidak bersyukur dengan nikmat-‐nikmat dari Allah; khususnya dihantar seorang Rasul yang menyeru mereka kepada kebaikan dan jalan Allah. Ditakuti akan adanya ‘tangan tak nampak’ yang akan menghapuskan sama sekali nikmat-‐nikmat yang telah dikurniakan pada mereka. Allah tidak pernah tidur, tetapi Dialah yang mentadbir dan akan membalas kepada mereka yang tidak mahu mengerti bahawa penentang-‐penentang kepada kebajikan dan kebaikan itu akan berakhir dengan kebinasaan dan kerugian.
Begitulah ruginya mereka jika tidak mahu mengikuti ajaran-‐ajaran yang di anjurkan oleh Allah dan Rasul Nya kepada mereka, (Syed Qutub ms. 3666; jilid 6)
Al Qurtubi memetik perkataan Ibnu Abbas; yang berkata: “Ini adalah perbandingan bagi ahli-‐ahli Mekah yang pernah keluar untuk berperang di Badr. Sebelum mereka keluar mereka ke Baitullah dan bertawaf dan sambil meminum arak dan bersumpah dengan niat untuk membunuh Rasulullah dan sahabat baginda dalam peperangan itu nanti. Niat buruk mereka itu ditukar kepada kebinasaan mereka yang banyak terbunuh dalam peperangan itu. Kemusnahan mereka samalah dengan kemusnahan harta benda tuan-‐tuan kebun kerana niat buruk mereka” (Al Qurtubi; jilid 17 ms 215).
Bagi menginsafkan diri mereka yang mencabar dan menentang Rasulullah, dan dari cerita di atas yang dibandingkan dengan mereka; Allah merakamkan bahawa azab di dunia ini hanya sekadar kerosakan singkat tetapi azab di Akhirat nanti lebih pedih.(ayat 33 al Qalam).
Allah menjelaskan bahawa kedudukan orang-‐orang yang bertaqwa dan mahu kan Allah dalam hidup mereka dan beriman dengan Nya akan disediakan taman-‐taman syurga yang penuh nikmat:
Mafhum nya:
32
Sesungguhnya bagi orang-‐orang yang bertaqwa di sisi Allah; mereka dijanjikan dengan taman-‐taman syurga yang penuh nikmat.(34)
Tafsiran ayat 34:
Ayat 34 ini masih dikaitkan dengan tuan-‐tuan kebun yang ‘bankrupt’ itu kerana melawan syariaat Allah. Andai kata mereka bertaqwa, pastinya mereka akan terhindar dari azab yang pedih itu. Ini bererti mereka yang beriman dan bertaqwa tidak sama dengan orang yang kufur pada nikmat Allah.
Demi untuk perbandingan dengan orang-‐orang yang beriman, di manakah kedudukan orang-‐orang Quraish Mekah itu?
Firman Allah dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
“Adakah wajar jika orang-‐orang yang beriman (muslimin) yang taat pada Allah hendak disamakan dengan orang-‐orang kafir yang berdosa?”.(35)
Tafsiran ayat 35:
Al Qurtubi mentafsir ayat ini dengan membawa minda kita kepada sebab turunnya ayat ini adalah:
‘Bahawa orang-‐orang yang bertaqwa di Akhirat nanti akan disediakan dengan Jannah yang dipenuhi dengan nikmat yang ikhlas dari Allah. Jannah di Akhirat ini berbeda dengan kemewahan di dunia, yang dimiliki oleh orang-‐orang Quraish ini. Orang-‐orang Quraish selalu membandingkan dunia ini dan lebih menyebelahi orang-‐orang mereka yang kaya berbanding dengan orang Islam dari segi nasib dan kemewahan mereka.
33
Apabila mereka mendengar mengenai akhirat dan apa yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka dan orang Islam mereka berkata:
“Jika benarlah kita semua nak dibangkitkan sebagaimana didakwa oleh Muhammad dan sahabat-‐sahabatnya; tidak ada beda di antara kita dengan mereka seperti di dunia ini. Kalaulah mereka itu sekarang ini tidak lebih dari kita maka mereka tidak akan lebih dari kita kemudian nanti; jadi kita dan mereka adalah sama saja ” Maka turunlah ayat:
(wajarkah Kami menyamakan orang-‐orang Islam yang taat itu sama dengan orang-‐orang kafir yang berdosa?).Tak mungkin!
Ibnu Abbs pernah berkata mengenai ayat ini; seolah-‐olah ayat ini bererti: “Adakah apa yang akan kami dapat di Akhirat nanti lebih baik dari apa yang boleh kamu berikan pada kami sekarang?”
Bagi mempersoalkan kewajaran ini, Allah mengemukakan beberapa perkara untuk diperdebatkan. Ini semua terdapat dalam ayat-‐ayat 36-‐41 dibawah ini:
Mafhum nya:
Apa sudah jadi pada akal kamu semua? Bagaimana kamu telah menetapkan hukum yang terang-‐terang salah.(36)
Atau apakah jenis Kitab yang kamu pelajari darinya?.(37)
34
bahawa, tersebut di dalam kitab itu, semua yang membolehkan kamu memilih apa saja yang kamu mahu?.(38)
Atau adakah kamu mempunyai janji-‐janji yang disanggupi oleh Kami hingga ke Hari Kiamat bahawa kamu boleh membuat keputusan sesuka hati kamu?.(39)
Tanyalah mereka wahai Muhammad, siapakah di antara mereka yang menjamin dakwaan sedemikian itu? (bahawa mereka juga akan mendapat di akhirat nanti apa saja yang didapati oleh orang Islam).(40)
Atau adakah mereka mempunyai Tuhan-‐tuhan sekutu mereka? Bawalah sekutu-‐sekutu mereka itu jika mereka adalah orang-‐orang yang benar.(41)
Pada hari akhirat, di mana diselubungi dengan kedasyatan huruhara yang amat sangat; dan pada hari itu mereka diminta sujud pada waktu tertentu, dan didapati mereka tidak berupaya melakukannya.(42)
Keadaan pandangan mereka pada hari itu pucat lesi, dan mereka diselubungi oleh kehinaan; dan mereka-‐mereka ini pernah diserukan untuk sujud pada Allah di dunia dahulu, tetapi mereka enggan, sedangkan pada masa itu mereka dalam keadaan boleh berbuat demikian.(43)
Tafsiran ayat-‐ayat 36-‐44:
Isu yang diperkatakan disini ialah; orang-‐orang kafir Quraish memandang rendah pada orang-‐orang Islam termasuk Rasulullah sendiri; dan membuat hukum secara umum dengan berkata bahawa; ’orang-‐orang Quraish pun tidak ada bezanya dengan orang mukmin di dunia dan di Akhirat nanti’
Jadi Allah mencelah dan memberi komen; ”dengan firman nya”:
(Adakah wajar bagi KU menjadikan orang-‐orang Islam itu sama dengan orang-‐orang kafir
yang berdosa itu?! TAK MUNGKIN)
Jadi berikut dengan itu, Allah berfirman; mempersendakan kenyataan mereka itu:
35
1 (apa sudah jadi pada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan satu hukum yang terang-‐terang salahnya?)
Dalam kata lain: ‘mana boleh perkara balasan baik dari Allah itu disamakan dengan apa yang ada pada kamu semua pada hari ini berbanding dengan yang ada pada orang-‐orang Islam; sehingga kamu membuat kenyataan di atas?
2. (apakah Kitab yang kamu miliki dan yang kamu pelajari darinya? Yang menyebabkan kamu mengeluarkan kenyataan tersebut atau kamu punyai Kitab yang menyebelahi kamu
sehingga kamu boleh membuat kenyataan sesuka hati kamu?)
Dalam kata lain: ‘Kamu mempunyai Kitab tertentu yang memberi kebaikan kepada yang zalim kufur berbanding dengan yang baik dan taat? Atau dengan Kitab tersebut membolehkan kamu membuat pilihan sesuka hati kamu?
3. (adakah kamu mempunyai janji-‐janji yang dipersetujui oleh Allah sehingga ke hari Akhirat yang kamu boleh berbuat sesuka hati kamu?)
Dalam kata lain; ‘Apakah perjanjian yang telah kamu merteri dengan Allah? Dan dengan perjanjian itu kamu boleh menyamakan yang Islam taat pada Allah itu sama dengan yang zalim kafir pada Nya?’
4. (Tanya mereka sebenarnya siapakah penganjur yang mereka berpegang dengannya?
Dalam kata lain; ‘mereka dicabar supaya mengemukakan penganjur yang menganjurkan kepada mereka supaya berpegang dengan kenyataan ini?
36
5. (atau adakah mereka mempunyai Tuhan-‐Tuhan sekutu mereka? Kalau ada! Bawalah mereka sebagai saksi-‐saksi mereka di akhirat nanti, jika betul mereka dari kalangan orang
yang benar?)
Dalam kata lain; “Ada tuhan-‐tuhan sembahan mereka yang membenarkan mereka menyamakan muslimin dengan kafirin yang zalim itu? Kalaulah ada, bawalah tuhan-‐tuhan sekutu mereka itu untuk mempertahankan kebenaran mereka itu!” (Ibnu Kathir; Jilid 4 ms.407)
Bilakah agaknya perkara cabaran ini berlaku? Kata Ibnu Kathir; Ianya berlaku di hari Akhirat nanti. Apabila Allah menyatakan yang orang-‐orang yang taat dan muslim diberi tempat dalam syurga yang penuh dengan nikmat berbanding dengan orang kafir yang zalim yang diberi azab pedih dan menyatakan bahawa tidak sama sama sekali antara orang islam dengan orang kafir; Allah telah menjelaskan ianya berlaku di Hari yang penuh dengan huru hara yang dasyat, iaitu pada hari Akhirat: (ibnu Kathir ms 409)
Melalui tafsiran ayat di atas, adakah tercalar iman seorang muslim yang berkata; Ah! Semua agama sama saja; semua agama suruh orang buat baik dan mencegah orang berbuat jahat! Tidak ada beza!. Adakah hukumnya sama dengan kenyataan orang Quraish di atas? Mereka akan ditempelak oleh Allah sebagaimana Allah menempelak kaum Quraish tersebut.
Sebuah Hadith dikeluarkan oleh Sohih Muslim dari hadith Abi Musa dan Ibnu Masuud dari Hadith Abi Said Khudri ra: iaitu Ibnu Masuud menceritakan kepada Syidina Umar ibnu Khattab dengan kataNya; mafhum nya:
“Di hari Kiamat kelak, Manusia berdiri atas arahan Allah selama 40 tahun lamanya dan memusatkan muka-‐muka mereka ke atas, keadaan mereka bertelanjang bogel dan berkaki ayam, peluh terus memenuhi ruang muka mereka, pada masa itu Allah tidak bercakap dengan siapa pun dan tidak menjengok mereka sedikit pun, terbiar selama 40 tahun. “
Selepas 40 tahun, maka kedengaranlah suara kuat yang menyatakan; Wahai manusia semua! Adilkah atau tidak dari Tuhan mu yang telah mencipta kamu, mencipta gambaran kamu, yang memati dan menghidup kamu tetapi kemudiannya kamu kufur padaNya untuk menghukum mereka pada masa ini? Jawab mereka Adil Ya Rabb.
37
Maka, kemudiannya keluarlah dari kaum-‐kaum itu mereka-‐mereka yang kufur dan menjurus masuk ke dalam neraka Allah, dan yang berbaki dari kaum-‐kaum yang tinggal itu ialah orang-‐orang muslimin dan munafik. Kemudian dikatakan pada mereka: “Hai kamu semua mengapa tak kamu mengikut mereka pergi? Jawab mereka; ‘kami menunggu sehingga muncul nya Allah, Tuhan kami!’
Maka dikatakan pada mereka lagi; ’adakah kamu semua kenal dengan Tuhan kamu itu’ ? Jawab mereka; jika Dia muncul kami mengenali Nya!.
Dengan sekelip mata muncul lah Allah, dan dengan kemunculan Nya itu maka sujudlah semuanya yang pernah sujud kepada Nya dengan ikhlas di dunia lalu.
Dan orang-‐orang yang munafik tidak berkuasa untuk sujud kerana belakang mereka seperti dicucuk dengan besi menghalang kepala mereka untuk sujud. Mereka gagal untuk sujud dan dicampak ke dalam neraka dan mana-‐mana yang berbaki dari mereka yang sujud pada Allah itu bergerak ke syurga Allah.( Al Qurtubi ms 219 Jilid 18)
Berdasarkan Hadith di atas, maka kita dapat memahami ayat berikut:
Mafhum nya:
Pada hari Akhirat itu, di mana ianya penuh dengan kedasyatan huru hara, dan pada hari itu diminta pada mereka supaya sujud dan mereka tidak berupaya untuk melakukannya.(42)
Keadaan mereka pada hari itu, muka mereka pucat lesi dan mereka di selubungi dengan kehinaan; dan mereka-‐mereka ini pernah diserukan untuk sujud pada Allah di dunia dahulu; tetapi mereka enggan sedangkan pada masa itu mereka dalam keadaan boleh berbuat demikian.(43)
38
Tafsiran ayat-‐ayat 42-‐43:
Allah menjelaskan balasan kepada orang yang kufur, munafik, zalim yang tidak taat pada Allah berbeda dengan orang-‐orang yang beriman, ianya tidak sama. Di hari Mahsyar, hari yang penuh diselubungi oleh keadaan huru hara yang dasyat, dan semua manusia berkumpul, termasuk yang islam yang kafir dan yang munafik.
Di satu ketika, tiba-‐tiba Allah menjelang menemui semua di Mahsyar itu. Di waktu itu semua yang beriman akan terus sujud pada Allah, tetapi mereka yang munafik tidak berkuasa berbuat demikian, kerana apabila mereka hendak sujud maka datang yang lain melanyakkan dari atas belakang mereka atau muka mereka sehingga menyebabkan mereka tidak boleh sujud ke bawah. Yang boleh sujud ke syurga Allah dan yang kufur dan munafik ke dalam neraka Allah.
Oleh kerana kezaliman mereka dan sikap mereka di dunia dahulu, maka mereka diseksa mengikut apa yang mereka lalui dahulu. Sepatutnya mereka sujud pada Allah dahulu, tetapi mereka enggan sujud pada Allah pada masa itu, sehingga mereka tidak boleh sujud pada Allah di Mahsyar nanti. Muka-‐muka mereka pucat lesi, merasa terhina dan tersisih dari orang yang beriman lain.
Kemudian dalam ayat seterusnya, Allah membawa minda kita kepada orang-‐orang yang mendustakan al Quraan, samada dari kalangan kaum kuffar Mekah atau pada siapa sahaja yang membelakangkan al Quraan dan memperlekehkannya.
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Oleh itu tinggalkan sahaja kepada Ku (untuk Aku uruskan) akan orang-‐orang yang mendustakan al Quraan ini; Kami akan menarik mereka secara perlahan-‐
39
perlahan ke jurang kebinasaan secara yang tidak disedari mereka dan aku akan memberi tempoh kepada mereka.(44)
Sesungguhnya rancangan balasanku itu amat rapi.(45)”
Tafsiran ayat-‐ayat 44-‐45:
Ayat ini ditujukan pada Rasulullah supaya meninggalkan urusan orang-‐orang yang mendustakan al Quraan itu kepada Allah dan biar Allah secara sendirian yang menentang mereka yang menolak al Quraan itu; atau cukuplah hanya Allah yang memerangi mereka.
Dalam kata lain: Allah, seolah-‐olah berkata pada Muhammad begini “Wahai Muhammad tinggalkanlah kepadaku sahaja tentang urusan makhluk yang lemah tetapi sombong ini. Bersenang-‐senanglah engkau dengan orang-‐orang mukmin yang berselesa dengan Engkau. Peperangan dia adalah dengan Aku dan bukan denganmu dan bukan pula dengan orang-‐orang mukmin. Makhluk ini adalah musuh ku, Aku sendiri akan menyelesaikan urusan mereka biarkan sahaja mereka dengan aku. Pergilah Engkau dan orang-‐orang yang ada bersamamu berehat-‐rehat”.
Hebatnya ancaman ngeri ini terhadap para pendusta al Quraan dan alangkah besar ketenteraman yang dirasai oleh Rasulullah dan para mukminin yang ketika itu masih berada dalam keadaan yang lemah.
Bagaimana Caranya Allah menghina mereka? Firman Allah, maksudnya; “Kami (Allah) akan menarik mereka perlahan-‐lahan ke arah jurang kebinasaan mereka secara yang tidak disedari mereka dan Kami memberi tempoh pada mereka (supaya mereka sedar sebelum luput waktu). Sesungguhnya rancangan balasanku itu sangat rapi” (ayat 44-‐45 Al Qalam).
Ibnu Kathir mentafsir ayat di atas sebagai:
“biarkanlah mereka yang menolak al Quraan itu di bawah pengawasan Aku! Wahai Muhammad. Atau serahkan lah urusan mereka yang menolak al Quraan itu kepada Aku! Tahulah aku bagaimana akan Aku heret mereka sedikit demi sedikit dan mereka tidak sedar akan tindakanku itu! “
40
Ertinya “Aku akan lupakan mereka dan aku angkatkan mereka kemercu kejayaan dan kemudian aku tarik mereka dengan tarikan yang sangat sakit”. Ini bererti, mula-‐mula keadaan mereka seolah-‐olah Allah memuliakan mereka tetapi mereka tidak sedar yang mereka sedang dihina. Ini bersesuaian dengan ayat Allah dalam surah al ‘An’aam ayat 44:
(Kemudian apabila mereka telah lupa kepada apa yang telah diperingatkan kepada mereka, maka Kami bukakan kepada mereka pintu-‐pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan itu, maka Kami timpakan ke atas mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan mereka, maka mereka pun berputus asa dari sebarang pertolongan (44-‐ Al An’aam).
Kata Ibnu Kathir lagi “Aku akan melambatkan tindakanku ke atas mereka; aku terus mengawas mereka dan aku akan merentap mereka dan inilah cara aku memerangkap mereka sesungguhnya perangkapku ke atas orang-‐orang yang menentang urusanku, menentang Rasulku dan yang meneruskan maksiat mereka pada kau amat rapi dan tak disedari”. (Ibnu Kathir ms.408; Jilid 4); Inilah yang dikenali sebagai ISTIDRAJ.
Syed Qutub pula mencatitkan tafsiran ayat di atas sebagai berikut:
“Kedudukan para pendusta terhadap ayat-‐ayat Allah adalah terlalu jahat dan mereka adalah terlalu kecil dan tidak padan dengan Allah untuk mengatur rancangan-‐rancangan ini bagi menghadapi mereka, tetapi Allah mahu menakutkan mereka supaya mereka sedar sebelum luput waktu.
Penentang-‐penentang al Quraan dan Rasul ini hendaklah tahu bahawa keamanan yang lahir yang diberikan kepada mereka hanya merupakan PERANGKAP yang akan memerangkapkan mereka. Penangguhan balasan terhadap kezaliman, pencerobohan, keengganan beriman dan kesesatan mereka itu merupakan “ISTIDRAJ’ atau satu dorongan halus yang akan menjurus mereka kepada kesudahan yang paling buruk. Itulah tadbir Allah
41
supaya mereka memikul dosa-‐dosa mereka sepenuhnya dan datang ke Padang Mahsyar penuh sarat dengan dosa-‐dosa yang wajar menerima penghinaan, penderitaan dan penyiksaan” (syed Qutub: terjemahan Yusop Zaki; Juzuk Tabarak ms.178)
Ayat 46 dan 47 berikutnya adalah sambungan sindiran Allah kepada orang-‐orang yang menentang Rasul yang dicatitkan dalam ayat-‐ayat 41 di atas; di antaranya Allah bertanya adakah mereka mempunyai tuhan-‐tuhan sembahan sebagai saksi bagi pihak mereka di akhirat nanti; dan jika ada bawalah saksi-‐saksi itu untuk membenarkan apa yang mereka dakwa tersebut! Allah menyambung sindiran itu dengan 2 ayat berikut:
Mafhum nya:
Atau adakah engkau Wahai Muhammad pernah meminta upah dari mereka dan oleh kerana itu mereka merasa terlalu berat dengan hutang tersebut?.(46)
Atau adakah mereka mempunyai pengetahuan mengenai perkara-‐perkara ghaib lalu mereka menyalin daripanya untuk menentang ajaran dan peringatan dari Engkau itu?.(47)
Tafsiran nya 46-‐47:
Allah menyambung sindiran kepada mereka yang menentang Rasul dan al Quraan, dengan mengemukakan 2 pertanyaan sinikal:
a) Adakah pernah mereka berhutang denganmu wahai Muhammad atas kerja-‐kerja kerasmu mendakwah mereka kepada beriman itu; yang mereka terpaksa membayar upahnya? Dan berat sekali hutang itu untuk mereka langsaikan?
b) Adakah mereka itu mempunyai Kitab seperti di Loh Mahfuz dan mereka menyalinnya dan menulis untuk menentangmu Wahai Muhammad untuk menentang ajaran dan peringatanMu kepada
42
mereka? Misalnya mereka bebas menulis apa saja termasuk mendakwa sama saja orang yang islam dengan yang kufur.
Jadi apa masalah mereka? Penentangan mereka itu hampir mengelincir dan menjatuhkan usaha dakwah Rasulullah degan pandangan-‐pandangan mereka yang penuh dengan kebencian dan permusuhan.
Isu pertama itu, sebenarnya Rasulullah tidak pernah meminta sebarang upah atas dakwah yang dilakukan itu; dan isu kedua pula, yang tahu perkara ghaib hanya Allah saja dan tidak boleh dimiliki oleh mereka yang kufur sehingga boleh bebas membuat tuduhan yang tidak berasas itu.
Oleh kerana tekanan-‐tekanan ini, maka Allah memberi nasihat berguna kepada Rasulullah, yang ketika itu bersama orang yang beriman yang agak lemah dan kuat ditentang oleh musuh baginda.
Firman Allah:
Mafhum nya:
Maka bersabarlah wahai Muhammad menerima hukum Allah, Tuhan Mu;(dengan memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah Engkau bersikap seperti Nabi Yunus; iaitu orang yang telah ditelan ikan. Ingatlah kisahnya, ketika ia berdoa merayu dalam keadaan sebak terkurung dalam perut ikan.(48)
Tafsiran ayat 48:
Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai:
“Bersabarlah wahai Muhammad menanggung kesakitan dari penentangan kaum Engkau itu dan penolakkan mereka terhadap dakwahmu itu. Sesungguhnya Allah akan menghukum mereka atas perbuatan mereka itu dan melepas kamu dan pengikut-‐pengikut Engkau di dunia dan di akhirat”. (ms 409)
43
Syed Qutub pula menjelaskan bahawa Allah telah menyarankan kepada Nabi Muhammad agar bersabar sehingga muncul keputusan dari Allah mengikut janji-‐janji Allah itu, Isu pertama ialah bersabar dari apa? Iaitu bersabar daripada kesukaran berdakwah itu kerana:
a) Adanya kedustaan dan penyeksaan dari kaumnya b) Adanya putarbelit dan kedegilan manusia c) Adanya perkembangan kebatilan dan keangkuhan manusia d) Adanya kesukaran kerana manusia telah terpesona dengan kebatilan
yang bongkak dan yang menang pada mata kasar e) Adanya kesukaran menahan dan menyabarkan diri dalam menghadapi
semua kesukaran-‐kesukaran ini dengan hati yang rela, mantap dan tenteram disamping menunggu janji-‐janji Allah itu; Agar dengan itu hati ini tidak ragu-‐ragu dan tidak teragak-‐agak lagi.
Jadi dalam bersabar ini ianya memerlukan keazaman untuk terus bersabar, melaksanakan kesabaran itu sendiri dan memerlukan pertolongan dan taufiq dari Allah.
Apakah yang telah dijanjikan oleh Allah yang sedang ditunggu dengan penuh kesabaran oleh Rasulullah?
Allah telah menjanjikan yang Dia sendiri akan mengendalikan semua urusan mereka yang menentang, dan menolak al Quraan itu dengan firmannya:
“tinggalkan saja kepada Ku untuk Aku uruskan mereka yang mendustakan al Quraan itu!) dan aku beri tempoh kepada mereka, Sesungguhnya rancangan balasanku ini amat rapi”
(ayat 45)
Bukan setakat nasihat bersabar sahaja, tetapi Allah membawa contoh kepimpinan yang baik akan terjadi jika Muhammad dapat menguasai rasa MARAH, tidak bertindak dengan gopoh gapah dan tidak merungut serta merasa bosan sebagaimana yang telah dilalui oleh Nabi Yunus as:
Nabi Yunus dalam dakwah kaumnya telah merasa keimanan penduduk yang didakwahnya itu begitu lambat dan penuh dengan sikap teragak-‐agak
44
mereka. Oleh itu beliau telah meninggalkan kaum dengan sedikit perasaan marah, agak tergopoh-‐gopoh dan merasa bosan serta berkata dalam hati dengan mengugut: ‘Allah tidak akan menyusahkan aku tinggal dalam kumpulan orang-‐orang yang degil dan keras hati dan Allah boleh mengutuskan aku kepada kumpulan manusia yang lain’.
Nabi Yunus ditakdirkan ditelan oleh seekor Ikan Paus. Ketika itulah Nabi Yunus berdoa di mana beliau dalam keadaan lemas dan kesusahan yang amat sangat dalam perut ikan yang gelap gelita itu dengan doa yang masyhur ini:
(hanya Engkau saja yang aku sembah, Mahasuci mu Ya Allah; dan akulah yang sebenarnya, yang telah menzalimi diri ku sendiri dan termasuk dalam kumpulan orang yang menzalimi
dirinya sendiri) (al Anbiya ayat 87)
Di atas pengakuan diri sendiri kepada Allah itu maka Allah telah melepaskan Nabi Yunus dari perut ikan itu atas nikmat dan rahmat dari Nya. Nabi Yunus telah diluahkan oleh Ikan di tepi pantai dengan hanya tinggal daging tanpa kulit kerana kulitnya telah larut dalam perut ikan itu. Allah telah memelihara nyawa Nabi Nya itu dengan kudrat Kuasa Nya yang tidak terikat dengan apa-‐apa ikatan yang biasa. (syed Qutub ms 187: terjemahan Yusof Zaki)
Mafhum nya:
Jika dia (Nabi Yunus) tidak diselamatkan dari ihsan Nikmat Pertolongan dari Allah, Tuhan nya, nescaya dia akan tercampak ke tanah tandus dengan keadaan tercela.(49)
Lalu dia (Nabi Yunus) dipilih oleh Allah, Tuhan nya, maka dijadikannya dari kalangan orang yang soleh.(50)
45
Tafsiran ayat 49-‐50:
Kedua-‐dua ayat di atas mengakhirkan cerita kesengsaraan nabi Yunus as selepas beliau berdoa dan bertasbih dalam perut ikan itu, Hanya dengan nikmat dan Rahmat Allah sahaja yang beliau itu dilepaskan dari kesusahan tersebut. Jika tidak dia akan tercampak di satu kawasan tanah yang tandus dengan keadaan yang tercela; tetapi dia telah dijaga oleh Allah dan dilepas dan diterima kembali sebagai seorang yang soleh.
Kedua-‐dua ayat di atas ini memperingatkan Rasulullah dan juga kita tentang pengalaman yang dilalui oleh Nabi Yunus; agar Rasulullah yang sedang menghadapi pendustaan kaumnya terus bersabar dan menunggu terlaksana nya janji-‐janji Allah itu. Kerana nikmat pertolongan Allah itu akan menyelamatkan Nabi Yunus dan akan menyelamatkan Rasulullah dari kaum nya dan Allah maha mengetahui yang Nabi Yunus itu wajar menerima anugerah Allah kerana kesabarannya dan tasbihnya itu.
Dorongan cerita nabi Yunus ini akan memperkuatkan semangat dan ketabahan Rasulullah yang sangat tertekan mengahadapi kaumnya; iaitu kaum yang marah, penuh hasad dengki yang mendalam hingga tercurah dalam pandangan-‐pandangan mata mereka yang beracun dan membunuh. Inilah yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat berikut nya:
Mafhum nya:
Dan sesungguhnya orang–orang kafir itu hampir-‐hampir, mengelincir dan menjatuhkan kamu dengan pandangan berbisa mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian) semasa mereka mendengar al Quraan, sambil mereka berkata; (dengan niat menghina) “sebenarnya Muhammad sesungguh-‐sungguhnya adalah seorang yang gila” (51)
46
Tafsiran ayat 51:
Ayat di atas mengungkap satu persembahan yang sangat baik bagi membayangkan betapa mereka-‐mereka yang menolak al Quraan itu menyimpan rasa dendam dan kebencian yang tersangat beracun, niat yang jahat, hasad dan dengki, marah dan panas hati pada Rasulullah yang membaca al Quraan kepada mereka.
Bukan setakat itu sahaja, dengan penuh perasaan menghina mereka mengungkap perkataan berbisa dengan berkata; Muhammad itu sebenar-‐benarnya sebagai orang gila!”
Inilah cara mereka hendak menafikan kewibawaan Rasulallah dengan agama nya, dakwah dan bimbingannya agar terus dihina. Adakah al Quraan itu sebagai perosak kepada manusia; Jawab Allah dengan tegasnya dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
Padahal al Quraan itu tidak lain hanyalah sebuah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.(52)
Tafsiran ayat 52:
Sudah tentunya jika al Quraan ialah sebuah peringatan kepada umat manusia, maka ianya bukan boleh diucapkan oleh seorang yang ‘gila’. Ianya adalah perkataan-‐perkataan Allah yang benar, menjelaskan peringatan kepada seluruh manusia untuk mendapat keredaan Nya di dunia dan di akhirat.
Dunia hari ini telah dipenuhi dengan anti-‐Islam yang sangat berbisa yang di pelopori oleh Yahudi dan musuh-‐musuh Islam, dan sangat berbeda dengan permusuhan kaum Quraish dengan dakwah Rasulullah. Alat komunikasi yang canggih termasuk media-‐media barat dan sebaran melalui internet dan
47
rangkaiannya menuduh Islam itu sebagai ‘terrorist’ dan keganasan. Niat mereka tidak lain dari penghinaan dan menentang muslimin di seluruh dunia.
Bagaimana kita boleh mengambil iktibar dari surah ini berhubung kait dengan apa yang sedang dihadapi oleh muslimin pada masa ini?. ووهللا أأعلمم