2 ilmu hub. a.bangsa

51
LATAR BELAKANG KURSUS UHAS 2112 – Pengenalan Hubungan Antarabangsa [subjek elektif] Pensyarah – Dr. Kassim Thukiman [email protected] [email protected] 013-7701662 Kaedah – Kuliah, perbincangan, kajian kes Faedah – Nilai tambah kepada bidang ilmu yang ada. Penilaian – Ujian 1 (30%), Tugasan (30%) dan Final (40%) Cadangan – banyak membaca bahan berkaitan HAB dan menonton rancangan antarabangsa.

Upload: drami94

Post on 16-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Ilmu hubungan antarabangsa

TRANSCRIPT

  • LATAR BELAKANG KURSUSUHAS 2112 Pengenalan Hubungan Antarabangsa [subjek elektif]Pensyarah Dr. Kassim Thukiman [email protected] [email protected] 013-7701662Kaedah Kuliah, perbincangan, kajian kesFaedah Nilai tambah kepada bidang ilmu yang ada.Penilaian Ujian 1 (30%), Tugasan (30%) dan Final (40%)Cadangan banyak membaca bahan berkaitan HAB dan menonton rancangan antarabangsa.

  • TUGASANSecara berkumpulan (3-4 orang)Pemilihan topik berkaitan dengan HABCth: Bincangkan Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.Bincangkan Peranan Malaysia dalam PBB.Analisiskan hubungan antara Malaysia-Singapura.Bincangkan kemunculan China sebagai kuasa besar yang baru.Analisis hubungan Malaysia-Jepun.Sejauhmana peranan Malaysia atau OIC untuk menangani isu Palestin.

  • HUBUNGAN ANTARABANGSASUATU BIDANG ILMU SAINS SOSIAL YANG MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA MANUSIA YANG MELEPASI SEMPADAN NASIONAL DAN KENEGARAANKEUPAYAAN MENGUASAI PELBAGAI DISIPLIN ILMU SEPERTI GEOGRAFI, SAINS POLITIK, EKONOMI, SOSIOLOGI DAN SEJARAHKOMBINASI ILMU ITU PULA DIINTEGRASIKAN BAHAN TERSEBUT PERLU DIANALISIS SECARA ILMIAH DAN MENYELURUH

  • ILMU SEJARAHMengkaji hubungan antara masa dan masa kini.Mengkaji fakta sejarah yang sebenarnya.Sejarah mencatatkan kebenaran.Sejarah memerlukan pemikiran yang kritis.Mengkaji sesuatu fenomena secara menyeluruh.Tidak mengulangi kesilapan yang sama.Menggunakan elemen sejarah untuk merancang masa depan bagi sesebuah negara.

  • ILMU SOSIOLOGIMengkaji tentang manusia dan kemasyarakatan serta kemanusiaan.Mengkaji peradaban sesebuah bangsa dan negara.Memperincikan nilai, sistem dan jati diri masyarakat.Berlakunya pertembungan budaya antara negara dan wilayah dunia.Mengkaji sifat-sifat universal kemanusiaan sejagat.Mengkaji keperluan manusia saling berkerjasama dalam era global.

  • ILMU SAINS POLITIKMengkaji tentang negara dan kenegaraan.Mengkaji tentang sistem politik yang diamalkan.Mengenalpasti kegiatan ekonomi dan sistem ekonomi.Mengkaji kepemimpinan politik sesebuah negara.Mengkaji hubungan antara negara-negara dan pertubuhan kerjasama antarabangsa.

  • ILMU PENGAJIAN STRATEGIKPS semakin penting dan relevan. Menjadi pelengkap kepada hubungan antarabangsa. Aplikasi ilmu dalam pembentukan dasar luar dan ketenteraanSesebuah negara responsif terhadap strategi keselamatan. Masalah utama PS ialah kesukaran memperolehi maklumat kerana ia adalah RAHSIA BESAR negara. Memerlukan pengetahuan umum yang pelbagai berkaitan sesebuah negara.

  • SIGNIFIKAN PENG. STRATEGIK

    INOVASI DALAM TEKNOLOGI YANG SEMAKIN PESAT DAN CANGGIHKONFLIK YANG WUJUD DI ANTARA NEGARA-NEGARAPERKEMBANGAN POLITIK ANTARABANGSA KECENDERUNGAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

  • KONSEP ASAS HABPERLU MEMAHAMI KONSEP KEJADIAN MANUSIA YANG BERBANGSA2 UNTUK SALING KENAL-MENGENALI, TOLONG-MENOLONG DAN BEKERJASAMAKEPERLUAN HIDUP MANUSIA UNTUK BERGANTUNG KEPADA PIHAK LAIN (cth: BURMA (MYANMAR) DAN CHINA.KEPERLUAN HIDUP BERJIRAN - KEHIDUPAN AKAN BERASA AMAN, HARMONI DAN MAKMUR SEKIRANYA MEMPUNYAI JIRAN YANG BAIK

  • KONSEP ASAS HABPERLU JUGA MEMAHAMI ASPEK GEOGRAFI POLITIK, KONSEP BENUA, REGION (RANTAU) DAN NEGARA.DUNIA DIPECAHKAN LAGI BERDASARKAN ETNIK, IDEOLOGI POLITIK & BLOK EKONOMIHARUS JUGA DIFAHAMI KONSEP KEBUDAYAAN YANG DIPENGARUHI FAKTOR GEOGRAFIKEBUDAYAAN YANG HOMOGENOUS (COMMON CULTURE)KINI PERTEMBUNGAN BUDAYA

  • HAB MASA KINIPADA MASA KINI, HUBUNGAN ANTARABANGSA MENJADI LEBIH KOMPLEKS.ISU BERKAITAN IDEOLOGI POLITIK, KEKUKUHAN EKONOMI DAN KEKUATAN KETENTERAAN MENJADI FAKTOR UTAMA MENENTUKAN NEW WORLD ORDERISU DAN FENOMENA PERTEMBUNGAN BUDAYA YANG SEMAKIN AGRESIF DI BAWAH JENAMA GLOBALISASI

  • 5 PERKARA DLM. HABPOLITIK - KEWUJUDAN NEGARA-BANGSA, BERLAKUNYA PERANG DUNIA 1 & 2, WUJUDNYA PERANG DINGIN, PERSAINGAN IDEOLOGI: DEMOKRASI VS KOMUNIS, KEJATUHAN USSR >>> RUSSIA, PERPECAHAN TIMUR TENGAH.EKONOMI PEMBANGUNAN EKONOMI DI SETIAP NEGARA, KERJASAMA EKONOMI SECARA BILATERAL, KERJASAMA SERANTAU (cth: OIC DAN ASEAN), PERDAGANGAN BEBAS, KEMUNCULAN EKONOMI ASIA TIMUR, WUJUD BLOK PERDAGANGAN MENJADI ANCAMAN KEPADA NEGARA DUNIA KETIGA.

  • samb.SOSIAL - MELIPUTI KERJASAMA DALAM BIDANG PENDIDIKAN, SUKAN, KEBUDAYAAN, KESIHATAN, PELANCONGAN, BURUH DLL.KETENTERAAN NEGARA MEMBANGUNKAN SISTEM PERTAHANAN, KINI NATO VS WARSAW.UNDANG-UNDANG (RUJUKAN UTAMA IALAH PBB MAHKAMAH ICJ & ICC INTERPOL, PERJANJIAN EKSTRADISI)

  • HAB: PENJAJAHAN BERTERUSANIMPERIALISM Kecenderungan memperluaskan kuasaCOLONIALIZATION mengukuhkan dasar penjajahanWESTERNIZATION proses pembaratan dalam kehidupanSECULARIZATION pengasingan antara agama dengan kehidupan

  • HAB: PENJAJAHAN BERTERUSANORIENTALISM penyelewengan golongan ilmuwanNEW WORLD ORDER mengukuhkan kuasa besarGLOBALISATION meneruskan usaha penjajahan secara langsung dan tidak langsung

  • ILMU HAB Ilmu HAB membantu manusia memahami fenomena global dengan lebih jelas dan sistematik.Ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara, masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku.Peristiwa yang berlaku menyebabkan manusia lebih matang dan berhati-hati dalam tindakan pada masa depan.

  • PUNCA KONFLIKKonflik yang berlaku mungkin boleh dijelaskan melalui pelbagai bidang ilmu seperti psikologi, sosiologi dan sains politik.Konflik yang berlaku dalam hubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.Persaingan di peringkat antarabangsa yang melibat organisasi seperti NATO, Pakatan Warsaw, syarikat multinasional dan organisasi antarabangsa yang lain.

  • SINGNIFIKAN HABSuatu bidang ilmu yang bermanfaat membantu hubungan antara manusia dan antara negara. Kaitan utama bidang HAB dengan kepimpinan sesebuah negara, merujuk kepada keupayaan menganalisis dan membuat dasar yang pragmatik bagi sesebuah negara. Peristiwa 11 September 2001 mengajar pembuat dasar supaya lebih berwaspada dan berhati-hati.

  • HAB: BIDANG YANG LUASHAB melibatkan subjek yang luas merangkumi aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar, negara kapitalis, demokratik liberal dan sebagainya) dan aktor-aktor antarabangsa lain seperti syarikat multinasional.Kajian mengenai kaedah negara-negara tersebut mencapai dasar luar mereka seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi sistem negara yang terlibat dalam hubungan tersebut.

  • PENDAPAT KHAW GUAT HOON TERDAPAT TIGA AKTOR UTAMA YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA IAITU:INTERNATIONAL TRANSNASIONAL SUPRANASIONAL

  • 1INTERNATIONALPembentukan sebuah negara-bangsaSistem politik dan kenegaraanMasyarakat dan jati diri bangsaPerlembagaan negaraDasar luar sesebuah negaraMelibatkan Kerajaan dengan KerajaanHubungan luar secara bilateral dan multilateralPemetaan sesebuah negara di pentas dunia

  • 2TRANSNASIONALPeningkatan aktiviti dalam HABPeranan negara dan organisasi antarabangsaPeranan syarikat multinasional (MNCs)Peranan NGO antarabangsa (Hak asasi manusia, alam sekitar, dll)Menjadi kumpulan pendesak untuk ketengahkan pelbagai isu

  • PERANAN MNCSHubungan yang berlaku melibatkan aktor-aktor lain yang terlibat dengan keputusan dan tindakan kerajaan-kerajaan tersebut. Aktor-aktor ini terdiri daripada syarikat multinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi keputusan dan tindakan negara-negara bagi menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengah syarikat MNCs memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang diperlukan oleh negara

  • PENGUASAAN MNCSKerajaan khususnya di Negara Dunia Ketiga kurang berupaya mempengaruhi syarikat MNCs.Sebaliknya keputusan dan tindakan kerajaan-kerajaan pula yang dipengaruhi oleh kepentingan syarikat-syarikat tersebut. Sebagai contoh, penguasaan Aramco (Shell, Esso, Exxon dan BP) dalam teknologi dan modal dalam industri pengeluaran minyak menyebabkan mereka menguasai sumber bekalan minyak di merata dunia.

  • 3SUPRANASIONALPembentukan organisasi antarabangsa yang lebih besarPolitik (Pengamal Sistem Demokrasi)Perdagangan (Kesatuan Eropah EU dan NAFTA)Ketenteraan (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO)Justeru negara membangun turut membentuk pertubuhan seperti ASEAN, AFTA, Kesatuan Negara Afrika, Latin Amerika, Asia Selatan, Asia Barat dan lain-lain.

  • ORGANISASI ANTARABANGSAAktor-aktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan tawar menawar.Peranan organisasi antarabangsa yang utama seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, peranan tokoh pemimpin dari negara-negara tertentuBergantung kepada kekuatan pengaruh sesebuah organisasi antarabangsa. Lihat NAM, OIC, G77 yang banyak ahli, tetapi kurang kredibiliti dan integriti.

  • PEMBENTUKAN DASAR HABMENURUT TALCOT PARSON, ADA 4 KONSEP YANG UTAMA IAITU:PEMELIHARAAN POLA: Kepimpinan negara menentukan dasar dan prinsip hubungan luar.Cth Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar pro-Barat dan anti-komunisPENYESUAIAN: Kepimpinan negara membuat pindaan untuk penyesuaian atau pragmatismTun Razak mula menjalankan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis termasuk China.

  • PEMBENTUKAN DASAR HABPENCAPAIAN MATLAMAT: Sebagai negara baru merdeka, Malaysia memastikan kepentingan nasional diutamakan dasar pembangunan dan perpaduan nasionalINTEGRASI (KESEPADUAN): Pemimpin negara berusaha mengintegrasikan dasar luar dengan dasar dalam negeri.Kesannya - Malaysia terus maju, aman dan makmur (kestabilan politik, ekonomi dan sosial).

  • TEORI HAB TEORI REALISMETeori ini dibangunkan oleh Machiavelli, Hobbes, Morgenthau.Realitinya manusia bersikap tamakSuka bersaing untuk mencapai kuasaEgo negara menjadi sebuah kuasa besar perlu tanah jajahan yang besarPada abad 16-19 digambarkan dengan zaman imperialisme dan kolonialisme.Cth: Nusantara dibelah-bahagi ikut kekuatan negara menjajah

  • TEORI IDEALISMETeori yang dibangunkan oleh Emmanuel Kant, Wilson, Mo TiHakikat dan fitrahnya, manusia adalah baik dan mematuhi undang-undangHubungan kemanusiaan diutamakan atas dasar kemakmuran bersamaCuba dilaksanakan antara 1918 hingga 1941Gagal diimplementasikan akibat kerakusan manusia/negara

  • TEORI GLOBALISMETeori ini dibangunkan oleh Karl Marx dan John HobsonKecenderungan sesebuah kuasa besar untuk memperluaskan kuasa politik dan kuasa ekonomi dan mengeksport budaya mereka Menggunakan Sistem Kapitalis dan perdagangan bebas.Kini menggunakan pelbagai instrumen - sistem demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan akhbar, medium hiburan dan lain-lain.

  • PEMIKIRAN HABTRADISIONAL (LAMA) Menggunakan pendekatan sejarah, menganalisis kesemua fakta, mengkaji perkembangan sesuatu fenomena, membuat suatu rumusan untuk tindakan masa depan.

    MENYELURUH Proses mengumpul data dan maklumat dari negara-negara lain. Peranan kumpulan perisik dan kedutaan. Akhirnya, segala data dan maklumat dikongsi, disahkan, dianalisis dan merumuskan suatu kesimpulan dan tindakan. Akhirnya, ia membentuk Model Politik Kuasa.

  • PEMIKIRAN HABSTRATEGIK Menggunakan pendekatan ketenteraan untuk mengawal dan mencegah dari berlakunya peperangan. Namun begitu, terdapat juga negara-negara yang cenderung menggunakan pendekatan ini untuk melancarkan peperangan.

    JANGKA PERTENGAHAN menggunakan pendekatan yang sederhana dan selektif terhadap sesuatu isu. Biasanya, ia merujuk kepada kemampuan sesebuah negara untuk terlibat dalam sesuatu isu sama ada isu besar atau kecil.

  • PRINSIP ASAS MEMAHAMI HUBUNGAN ANTARABANGSA

  • 1.BANGSA DAN DUNIAIa dikaitkan dengan konsep nation-state atau negara bangsa. Dalam konteks hubungan antarabangsa, persoalan pokok mengenai negara-bangsa masih relevan pada abad ke-21.Ia menjadi tanggungjawab kepimpinan sesebuah negara untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara mereka. Mereka mesti menentukan pembentukan dasar-dasar negara sama ada dalam atau luar negara adalah untuk memastikan melindungi kepentingan rakyatnya.

  • Samb.Setiap rakyat mempunyai kefahaman yang mendalam tentang konsep nasionalisme yang sebenarnya. Ia menuntut kesedaran politik yang mendalam, kesetiaan rakyat yang tinggi, kepentingan kuasa rakyat (demokrasi) dan pembentukan dasar-dasar negara yang memartabatkan kepentingan sesebuah negara bangsa. (Hans Kohn, 1977)PBB yang merupakan organisasi antarabangsa yang ulung telah menetapkan dalam perlembagaannya bahawa sesebuah negara walau sekecil mana sekalipun saiznya, kedaulatannya adalah ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri.

  • 2. HUBUNGAN TRANSNASIONALHubungan diplomatik antarabangsa sangat menitikberatkan konsep kerjasama untuk kemakmuran bersama. Ini disebabkan keperluan untuk saling bergantung di antara negara-negara. HAB yang paling cepat dan mudah ialah hubungan di antara negara jiran. Ini merupakan manifestasi pendekatan sosiologikal iaitu keperluan manusia untuk hidup bermasyarakat dan bernegara.

  • Samb.Konsep ini perlu diterapkan dalam konteks mewujudkan kerjasama yang lebih mantap dalam segala bidang termasuklah ekonomi, politik dan sosial, tetapi pada masa yang perlu mempertahankan kedaulatan sesebuah negara. Dalam ASEAN, terdapat keperluan yang tinggi di antara negara-negara untuk mengukuhkan dan memantapkan kerjasama. Konsep persatuan ketika mana ia ditubuhkan pada tahun 1967 mungkin tidak relevan pada masa kini. Negara-negara ASEAN kini perlu memantapkan konsep integrasi bagi mengukuhkan kerjasama dalam semua bidang.

  • 3. PERANG DAN KEAMANANGejala peperangan di dunia telah berlaku sejak sekian lama. Ia berpunca daripada konflik yang berterusan. Biasanya penyelesaian menggunakan pendekatan ketenteraan, sambil sesebuah negara ingin menunjukkan kekuatan dan kecanggihan sistem pertahanan dan ketenteraan. PBB mesti memainkan fungsinya yang paling asasi iaitu mewujudkan keamanan di dunia agar seluruh penduduk dunia dapat menikmati kehidupan secara aman dan harmoni. Jika PBB mengambil ringan isu keamanan, dibimbangi kredibiliti dan integriti badan dunia itu.

  • PERANG: SIAPA YANG UNTUNGPEPERANGAN ADALAH SUATU TRAGEDI KEMANUSIAAN DAN BERLAWANAN DENGAN KETAMADUNAN MANUSIAPERANG DUNIA PERTAMAPERANG DUNIA KEDUAPERANG FALKLANDPERANG BOSNIAPERANG ARAB-ISRAELPERANG IRAN-IRAQPERANG VIETNAMPERANG KOREA UTARA-KOREA SELATANPERANG INDIA-PAKISTANPERANG AFGHANISTANPERANG IRAQ

  • 4. KUASA DAN KELEMAHANHAB juga menunjukkan persaingan yang sengit untuk menunjukkan siapa yang lebih kuat dan berpengaruh. Maka timbul konsep negara maju dan negara membangun. Biasanya kuasa akan dieksploitasi sepenuhnya untuk mendominasi negara yang kecil, miskin dan lemah. Perkara ini dibuktikan menerusi pemberian kuasa veto kepada lima negara utama dan pengukuhan negara-negara kaya dalam kumpulan G7 (kini menjadi G8 dengan kemasukan Russia).

  • 5. POLITIK ANTARABANGSAHAB dijadikan pentas dalam persaingan politik dan persaingan di antara negara-negara. Ia melibatkan persaingan agama, ideologi, kuasa, ekonomi, budaya dan sebagainya. Politik antarabangsa menjadi sesuatu yang dominan bagi menentukan pemusatan kuasa. Kuasa-kuasa besar telah menguasai mekanisme organisasi antarabangsa untuk terus menekan dan mencengkam negara miskin dan membangun.

  • 6. PERTAMBAHAN KEPENDUDUKANPertambahan penduduk dunia yang semakin ketara. Pertambahan penduduk tidak diseimbangkan dengan sumber asasi yang lain khususnya berkaitan dengan sumber makanan. Timbul isu kemiskinan, penjagaan kesihatan yang berkualiti dan kerosakan alam sekitar - penggunaan teknologi yang tidak mesra alam. Wujud organisasi antarabangsa untuk menangani isu-isu tersebut seperti UNDP (pembangunan), UNHR (hak asasi manusia), ILO (buruh), FAO (makanan), WHO (kesihatan), UNICEF (kanak-kanak), UNESCO (sains dan pendidikan) dan lain-lain lagi.

  • 7.KEMAKMURAN & KEMISKINANWujudnya ketaksamaan pengagihan kekayaan sama ada di dalam negara dan di luar negara. Masalah ekonomi masa kini telah menjadi suatu fenomena yang universal. Masyarakat antarabangsa mendesak agar pelbagai organisasi ekonomi dan kewangan dunia mengatasi masalah kemakmuran dan kemiskinan yang tidak seimbang. Antaranya organisasi antarabangsa ialah Bank Dunia, IMF, G8, G77, APEC, OPEC, WTO (sebelumnya dinamakan sebagai GATT) dan UNCTAD.

  • 8. KEBEBASAN & PENINDASANKepentingan HAB untuk mencapai kebebasan negara yang merdeka dan berdaulat. Kepentingan nasional mestilah diutamakan dalam penggubalan sebarang dasar-dasar negara.Memberi penekanan atas keperluan untuk memperjuangkan dan menegakkan hak asasi manusia. Menerusi PBB, isu hak asasi manusia menjadi isu sejagat.HAM telah menjadi alat utama dalam diplomasi antarabangsa. (contoh: isu Myanmar, East Timur dan China)

  • 9. PERSEPSI & ILUSIDalam HAB, rakyat dan pemimpin wajar menilai keadaan negara mereka yang merdeka dan berdaulat. Di sinilah kepentingan rakyat diutamakan (Deklarasi UNDP)Pemimpin dunia tidak boleh beretorik lagi sebab masyarakat akan melihat tindakan mereka untuk membangunkan negara dan dunia.Pembentukan dasar luar dan dasar pertahanan perlu mengambilkira untuk membangunkan rakyat secara lebih menyeluruh.

  • 10.KEPEDULIAN SOSIALHAB memberi penekanan kepada aktiviti kerjasama antarabangsa. Ia melibatkan peranan pelbagai pihak termasuklah peranan masyarakat antarabangsa, organisasi antarabangsa yang formal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Kewujudan kumpulan ini akan menjadi suatu ancaman kepada pemerintahan sesebuah negara. Namun dilihat dari perspektif yang lebih mendalam, kumpulan ini turut memainkan peranan untuk menghasilkan dunia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera.

  • 11. KESTABILAN NEGARA & HABDalam fenomena politik antarabangsa, sering juga berlaku masalah dalam sesebuah negara. Ia timbul akibat persaingan kuasa politik, pembaharuan ekonomi dan memantapkan dasar-dasar sosial.Berlakulah gerakan sama ada secara revolusi (perubahan secara drastik) atau reformasi (pembaharuan dasar-dasar negara). Fenomena ini sering berlaku di negara-negara dunia ketiga yang melibatkan persaingan kuasa, penggunaan kuasa tentera dalam pemerintahan dan kebangkitan kuasa rakyat yang memerlukan pembaharuan dasar negara

  • 12. IDENTITI NASIONAL DAN TRANSFORMASIPembentukan identiti nasional sebagai sebuah negara bangsa adalah sangat penting. Ia menggambarkan jati diri sebuah negara bangsa yg merdeka dan berdaulat. Sbg contoh, pembentukan dasar negara Malaysia banyak dipengaruhi oleh kerajaan British yang merupakan bekas penjajah di negara ini. Perundingan kemerdekaan menggambarkan bargaining power tidak memihak kepada bekas tanah jajahan, yang kemudiannya dikelompokkan dalam pertubuhan Komanwel British.Pembentukan identiti kebangsaan ini boleh dilihat berdasarkan perlembagaan dan slogan sesebuah negara, umpamanya Rukun Negara.

  • Samb.HAB mengalami proses transformasi. Kita boleh melihat bagaimana proses kemerdekaan negara masih kuat dipengaruhi oleh bekas-bekas penjajah. Ini diperkukuhkan dengan bantuan kemanusiaan ke atas negara-negara yang baru merdeka. Selepas PDII, keadaan dunia sentiasa bergelora dengan berlakunya persaingan ideologi - Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.Mulai tahun 1991, keruntuhan Soviet Union telah membolehkan Amerika Syarikat mengetuai pembentukan tata cara dunia yang baru (New World Order) dan idea globalisasi.

  • HAB: SUATU RETROSPEKSIIdealisme kemanusiaan hanya suatu angan-angan dalam HAB.Kerakusan kuasa-kuasa besar untuk mendominasi dunia secara berterusan.Berlaku konflik antara kuasa besar dan negara miskin dan membangun.Persoalannya sampai bila ketaksamaan ini akan berlanjutan.