2. fungsi pengurusan

60
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN En. Jamaludin Mohd Noh- SMK Pulau Nyior

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 18-Jun-2015

14.801 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2. Fungsi Pengurusan

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

En. Jamaludin Mohd Noh- SMK Pulau Nyior

Page 2: 2. Fungsi Pengurusan

2.0 FUNGSI PENGURUSAN 2.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

i. Definisiii. Fungsiiii.Peranan Pengurusiv.Keberkesanan dan kecekapanv. Pendekatan dan evolusi pengurusan

2.2 Perancangan i. Definasi dan kepentingan ii. Jenis dan tahap rancangan iii. Proses dan kitaran iv. Misi v. Objektif vi. Dasar vii.Strategi viii.Taktik ix.Prosedur x. Alat Perancangan

- Analisis pulangan Modal- Belanjawan- Carta Gantt- PERT- CPM

2.3 PengorganisasianI)Definisi dan kepentinganII)Proses pengorganisasian

-Penentuan objektif-Pengenalpastian aktiviti-Pengelompokan aktiviti-Pengagihan tugas-autoriti dan tangungjawab.

iii) Struktur Organisasi-carta-Manual organisasi-Penjabatanan

iv) Konsep Pengorganisasian-Autoriti-Tangungjawab-akauntabiliti-Pemusatan dan pemecaran autoriti.-Penugasan autoriti-Lini dan staf-Jangkauan Kawalan-Rantaian arahan

Page 3: 2. Fungsi Pengurusan

2.4 KepimpinanI)Definisi dan Kepentingan Staf.II)Gaya KepemimpinanIII)Ciri-ciri pemimpinIV)Perbezaan antara pemimpin dengan pengurus.v)Peranan pemimpin

-pemimpin formal-Pemimpin tidak formal.

VI)Motivasi - Proses motivasi

-Teori-Amalan Teori Abraham Maslow-Amalan Teori Motivasi Herzberg-Amalan Teori Motivasi Mc Gregor-Perbezaan pendekatan barat dan timur.

VII)Pembinaan pasukan - Proses membina pasukan.2.5 Pengawalani. Definasi dan kepentingan

-Kawalan ke atas organisasi -tahap kawalan ke atas program.

ii. Jenis Kawalan -Dalam -Luaran.

iii. Proses dan kitaran pengawalan. -menetapkan standard -mengukur pencapaian -langkah kawalan.

iv.Kaedah Kawalan.-awalan-semasa-selepas

v. Alat-alat kawalan - Analisis pulangan Modal

-Belanjawan-PERT & CPM-Carta Gant

2.6 Penstafan.i. Definisi dan Kepentinganii. Analisis kerja

-huraian tugas -Spesifikasi tugas.

iii.Proses pengrekrutaniv. Proses pemilihanv. Faedah dan ganjaran

-Kewangan seperti gaji, upah, bonus, KWSP, SOCSO dll. -Bukan kewangan seperti cuti, melancong dll

vi. Pampasan -gratuiti -pencen

-faedah penamatan

Page 4: 2. Fungsi Pengurusan

FUNGSI PENGURUSAN

Definisi Pengurusan

Melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.

Fungsi Pengurusan

Perancangan Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi.Pengorganisasian Proses menyususn dan mengagihkan sumber sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.KepimpinanProses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.PengawalanProses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang telah dijangkakan.

Page 5: 2. Fungsi Pengurusan

Peranan Pengurus

Komunikator-melibatkan perhubungan dengan individu dan kumpulan-peranan komunikator dibahagikan kepada tiga iaitu pemantau,penyampai dan jurucakap.Pendorong-bijak memotivasi dan mendorong pekerja.-melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan.Penyelesai masalah-pengurus perlu berhadapan dengan masalah.-diselesaikan dengan tegas walaupun tindakan yang diambil tidak disukai.-perlu memikirkan kesan jangka panjang terhadap organisasi dalam semua tindakannya. Usahawan-perlu membuat keputusan tentang pembaharuan yang diperlukanoleh organisasi samada dalam bentuk proses pengurusan, pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan .-pengurus perlu menggunakan inisiatif mereka untuk memulakan perubahan yang positif.-bijak mengambil peluang.

Page 6: 2. Fungsi Pengurusan

Keberkesanan Dan Kecekapan

Kecekapan dan keberkesanan penting dalam pencapaian matlamat supaya dapat kesemua sumber yang ada digunakan dengan sebaik mungkin tanpa ada pembaziran dan memastikan apakah matlamat yang ingin dicapai sebelum memutuskan bagaimana mudah mencapai matlamat tersebut dan iannya digunakan untuk menilai pengurus.

Keberkesanan:

Sebagai melakukan sesuatu kerja yang betul (doing the right things), iaitu menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif organisasi.

Kecekapan:

Sebagai melakukan sesuatu kerja dengan betul (doing things right), iaitu melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang minimum.

Page 7: 2. Fungsi Pengurusan

Pendekatan dan Evolusi Pengurusan

Evolusi Teori Pengurusan

Perspektif Klasikal

Perspektif gelagat

Perspektif Kuantitatif

Perspektif Sistem

Perspektif Kontingensi

Pengurusan saintifik

Pengurusan pentadbiran (14 prinsip Fayol) org klasik

Pengurusan Birokrasi)

Pengerakkan hubungan manusia (kajian Howtown)

Sains Gelagat (teori hierarki keperluan Maslow dan teori X dan Y)

Sains Pengurusan

Pengurusan Operasi

Sistem Pengurusan Maklumat

Page 8: 2. Fungsi Pengurusan
Page 9: 2. Fungsi Pengurusan

Definisi sebagai satu proses di mana pengurus menentukan matlamat dan memutuskan apakah tindakan yang paling sesuai yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut

Kepentingan Perancangan

1. Memberi hala tuju kepada pengurusPengurus dapat memastikan apa yang sebebnarnya ingin dilakukan, bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang telah diputuskan, mengapa beliau perlu malakukan perkara tersebut, bila untuk melakukannya dan siapa yang harus melaksanakannya dan sebagainya.

2. Membantu pengurus untuk menyelaras dan mengorganisasi semua sumber yang perlu digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.Sumber kebendaan dan sumber manusia dalam organisasi perlu digembeleng.contoh untuk ditingkatkan jualan.jurujual perlu ada kemahiran untuk menjual,sistem ganjaran juga perlu dirancang.

3. Membantu memfokuskan segala usaha untuk mencapai matlamat.Semua bahagian atau unit dalam organisasi dapat memahami dengan jelas tentang sumbangan yang mereka patut berikan.komitmen dan usaha pekerja akan dapat dipentingkan.

4. Membantu pengurus membuat keputusan.Melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang, pengurus boleh membuat keputusan tentang tindakan yang sesuai.contoh untuk menjadi pengedar barangan yang terkemuka dirantau Asia.pengurus perlu membuat keputusan sewajarnya.andaikata jualan tidak sampai sasaran jualan yang telah ditetapkan, pengurus perlu membuat keputusan tentang negara lain yang mengamalkan pasaran terbuka yang boleh ditembusi.

5. Memastikan pengurus tidak lari daripada matlamat asal dan mengenalpasti kesilapan yang dilakukan serta tindakan pembetulan yang dilakukan dan tindakan yang perlu diambil. Perancangan penting untuk membantu pengurus menilai prestasi semasa dan tindakan kawalan.

Page 10: 2. Fungsi Pengurusan

Jenis dan tahap rancangan

Rancangan strategik-Rancangan yang merupakan satu garis panduan kepada sebarang tindakan yang perlu dilaksanakan.

-Ianya merupakan hala tuju umum organisasi.-Dibentuk dengan mengambil kira keupayaan organisasi,persekitaran dimana organisasi beroperasi dan juga matlamat organisasi.

Rancangan taktikal-Dibentuk oleh pengurus pertengahan.-Melibatkan jangka waktu sederhana dan pengagihan sumber pada jabatan atau cawangan.

-Rancangan taktikal perlu mendokong rancangan strategik yang telah ditetapkan.

Rancangan operasi-Rancangan yang lebih sempit dan khusus untuk satu-satu unit kerja atau individu.

-Ianya menggariskan dengan lebih khusus peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Lazimnya dibentuk oleh pengurus bawahan seperti penyelia.

Page 11: 2. Fungsi Pengurusan

Proses Dan Kitaran Perancangan

1. Menetapkan matlamat/Objektif-Proses perancangan bermula dengan penetapan matlamat umum dan menyeluruh bagi seluruh organisasi.Matlamat ini adalah untuk setiap cawangan, jabatan dan unit dalam organisasi.

-Matlamat yang dibentuk perlu jelas disetiap peringkat organisasi.-Penetapan matlamat perlu ambil kira faktor persekitaran seperti pesaing, pelanggan, teknologi dan undang undang.

2. Menganalisis persekitaran/Mentafsir kedudukan semasa-Pengurus perlu memantau persekitaran luaran dan dalaman.-Pengurus perlu melihat apa yang sedang berlaku dan seterusnya meramal apa yang akan berlaku.-Contohnya jika diramalkan bahawa ekonomi dunia pada tahun depan akan berkembang dan lebih banyak negara akan mengamalkan dasar pasaran bebas, pangurus harus merancang untuk menambahkan pelaburan syarikatnya.

3. Menetapkan tindakan alternatif.-Langkah krtiga adalah menentukan tindakan alternatif yang perlu diambil.-Pengurus perlulah menentukan lebih daripada satu cara untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

-Pengurus perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk membantu tindakan alternatif seperti teknik Delphi.

4. Menilai alternatif dan memilih alternatif-Pengurus perlu menilai semua tindakan alternatif yang telah dibentuk.-Penilaian dibuat berdasarkan kekuatan dan kelemahan setiap tindakan alternatif dan bagaimana setiap alternatif ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

5. Memilih dan melaksanakan tindakan.-Pengurus perlu membuat persiapan keatas setiap alternatif yang telah dibuat dengan teliti.-Alternatif yang telah dipilih perlu dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.

Page 12: 2. Fungsi Pengurusan

Prosedur / tatacara.-Tatacara ialah rancangan sedia ada yang menjelaskan apakah tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu situasi.-Ditulis secara formal dalam buku dan dibuat oleh pengurusan atasan.

Misi-Satu kenyataan format yang jelas tentang kewujudannya.-Berubah ubah mengikut perubahan operasi organisasi.

Objektif-Merupakan hasil atau keputusan yang dijangkakan dapat dicapai oleh sesebuah

organisasi.-Lebih luas dan bersifat jangka panjang.

Dasar.-Satu garis panduan yang umum untuk sesuatu organisasi.-Membantu memutuskan isu sebelum ia menjadi masalah.

Taktik-langkah yang digunakan untuk menyokong perlaksanaan rancangan strategik.-dibentuk dan ditetapkan oleh pengurusan pertengahan.-menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap jabatan.

Operasi-Sasaran atau matlamat yang lebih khusus yang perlu dicapai oleh unit atau individu pekerja.-Dibentuk dan ditetapkan oleh pengurus lini dan Rancangan jangka pendek organisasi.

Page 13: 2. Fungsi Pengurusan

Alat-Alat Perancangan

Analisis pulangan modalSatu teknik yang membantu pembuat keputusan atau pengurus memahami hubung kait antara volum jualan, kos dan keuntungan.

BelanjawanRancangan kegunaan tunggal yang memperuntukkan sumber untuk perlaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau program. Mengenal pasti aktiviti yang perlu diberi keutamaan.

Carta GanttDigunakan untuk menunjukkan setakat manakah kemajuan yang sedang dicapai bagi setiap aktiviti projek.

Analisis teknik menilai dan menyemak program (PERT)Digunakan bagi membantu melicinkan pengurusan projek.

Carta Laluan Genting (CPM)Digunakan untuk membolehkan masa aktiviti diketahui secepat mungkin dan juga untuk memudahkan pengurus untuk membuat pengawalan dari segi kos.

Page 14: 2. Fungsi Pengurusan
Page 15: 2. Fungsi Pengurusan

PENGORGANISASIAN

Definisi: Merupakan proses merangka dan membentuk sumber manusia dan bukan manusia supaya rancangan organisasi dapat digerak.

Kepentingan:

1. Dapat membantu pengurus melaksanakan apa yang telah diputuskan dalam perancangan.

2. Dapat mengelakkan kerja-kerja daripada bertindih.

3. Bertindak sebagai suatu usaha bagi penyatuan kerja.

4. Menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi.

5. Mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab terhadap siapa.

6. Membentuk saluran komunikasi yang formal.

Page 16: 2. Fungsi Pengurusan

PROSES PENGORGANISASIAN

1. Menentukan Objektif.

Supaya Objektif tersebut boleh dijadikan panduan unuk mennetukan aktiviti-aktiviti organisasi yang perlu dilakukan.

2. Pengenalpastian Aktiviti.

Aktiviti-aktiviti ditetapkan dan perlu dikenalpati. Dengan khusus dan terperinci

3. Pengelasan dan pengelompokan aktiviti.

Aktiviti akan dikelas dan dikelompokan mengikut bahagian-bahagian tertentu berdasarkan fungsi dan sifatnya.

4. Pengagihan tugas

Tugas perlu diagihkan kepada pekerja atau kumpulan yang mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang tugaas yang berkaitan.

5. Autoriti dan tangungjawab.

Autoriti dan tangungjawab perlu diberikan kepada pekerja agar dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan dan menetukan hubungan majikan dengan pekerjanya melalui rantaian arahan.

Kesimpulan:Kesimpulan:Proses pengorganisasian

melibatkan empat elemen penting:

1. Pengkhususan

2. Pembahagian kerja

3. Penjabatanan

4. Hierarki organisasi dan penyelarasan.

Page 17: 2. Fungsi Pengurusan

STRUKTUR ORGANISASI

Carta Organisasi

Manual Organisasi

Penjabatanan

Carta Organisasi

Definisi: Merupakan rajah yang memaparkan hubungan autoriti mengikut fungsi, jabatan dan polisi individu dalam organisasi.

Maklumat-maklumat yang terdapat dalam carta organisasi:

1. Tugas- menunjukkan tugas yang berbeza dalam organisasi.

2. Pembahagian kerja – satu kotak mewakili satu posisi kerja.

3. Peringkat pengurusan – mengambarkan hirarki pengurusan dari pengurus atasan sehingga pengurusan bawahan.

4. Autoriti lini – Garis menegak dalam carta menunjukkan hubungan autoriti dalam organisasi.

5. Komunikasi – komunikasi formal akan berlaku mengikut autoriti lini.

Page 18: 2. Fungsi Pengurusan

Manual Organisasi

Definisi: Dokumen berkaitan dengan polisi dan prosedur organisasi yang releven dan ia meliputi semua aspek pengurusan organisasi.

Kepentingan: Digunakan untuk membantu pengurus membuat keputusan. Oleh itu manual organisasi mesti dikaji secara berterusan.

Maklumat dalam manual organisasi:

1. Objektif

2. Kegunaan

3. Bidang kuasa manual berkenaan

4. Aspek-aspek utama dalam sesuatu bidang pengurusan.

Page 19: 2. Fungsi Pengurusan

PenjabatananDefinisi: satu proses mengumpulkan manusia dan aktiviti-aktiviti yang sama dan berkaitan ke dalam satu kelompok dan disusun secara secara sistematik.

Penjabatanan

Penjabatanan mengikut fungsian

Penjabatanan mengikut produk atau servis

Penjabatanan mengikut pelanggan

Penjabatanan mengikut geografi

Penjabatanan mengikut matriks

Page 20: 2. Fungsi Pengurusan

Pengurus Besar

Pengurus Pemasaran

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Kewangan

Pengurus Sumber manusia

Pengurus Penyelidikan

dan pembangunan

Penjabatan mengikut fungsian.

Page 21: 2. Fungsi Pengurusan

Sesuai kepada organisasi yang mempunyai persekitaran yang mantap dan kawalan ketat terhadap proses dan operasi.

Contoh: Hospital, universiti, dan syarikat perniagaan.

Kelebihan

1. Menggalakkan pengkhususan kemahiran.

2. Kurangkan duplikasi penggunaan sumber.

3. Meningkatkan pembangunan kerjaya dan jabatan.

4. Memberi peluang kepada penyelia dan subordinat berkongsi kemahiran.

5. Penyelesaian masalah lebih cekap kerana pekerja lebih mahir dalam bidang mereka.

6. Keputusan adalah dipusatkan

Kelemahan

1. Menekankan kepada satu tugas yang rutin.

2. Mengurangkan komunikasi antara satu jabatan dengan jabatan lain.

3. Sukar untuk membuat penjadualan antara jabatan dengan jabatan yang lain.

4. Lebih mementingkan jabatan daripada organisasi.

5. Pembangunan pengurus dan pekerja hanya dalam bidang yang terhad.

Penjabatanan mengikut fungsian

Page 22: 2. Fungsi Pengurusan

Sesuai kepada organisasi yang kompleks dan syarikat multinasional yang mengeluarkan pelbagai jenis produk.

Contohnya: Syarikat Matsushita.

Kelebihan

1. Sesuai untuk organisasi yang menghadapi perubahan yang cepat pada produk.

2. Dapat menyesuai dan mementingkan permintaan pelanggan.

3. Mempunyai tangungjawab yang jelas bagi setiap jabatan.

4. Pembangunan dan perkembangan pengurus didapati disepanjang fungsi lini.

Kelemahan

1. Akan berlaku penggunaan sumber dan kemahiran yang tidak cekap.

2. Tidak memupuk koordinasi kegiatan antara unit produk.

3. Perebutan dalam pengagihan sumber antara jabatan.

4. Penyelesaian masalah hanya terhad pada satu jabatan produk.

5. Menghadkan pergerakkan kerjaya di luar unit produk.

Penjabatanan mengikut produk atau servis

Page 23: 2. Fungsi Pengurusan

Presiden

Penjabatan mengikut produk atau Perkhidmatan..

Naib Presiden Divisyen Makanan

Beku.

Naib Presiden Divisyen

Makanan Snek

Naib Presiden Divisyen Makanan Kesihatan

Naib Presiden Divisyen

Minuman

Pengurus Kewangan

Pengurus Pengeluaran

Pengurus Pemasaran

Page 24: 2. Fungsi Pengurusan

Konsep Pengorgnisasian

Akauntabiliti-Harapan bahawa setiap pekerja boleh dipersalahkan atau diberi penghargaan atas hasil kerja yang dicapai.-Pekerja yang mempunyai akauntabiliti akan bertanggungjawab penuh keatas apa yang dihasilkannya.-Dia tidak akan meletakkan kesalahannya ke atas bahu orang lain.

Autoriti

-Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu kerja.-Ianya membolehkan mengarah dan menurunkan kuasanya kepada staf dibawahnya.-Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada ruang lingkup yang terhad.

Tanggungjawab

-Kewajipan seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.-Apabila pengurus mengarahkan pekerja untuk membuat sesuatu kerja maka pekerja tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja tersebut

Page 25: 2. Fungsi Pengurusan

Pemusatan dan Pemencaran Autoriti

Pemusatan Autoriti: Berlaku apabila autoriti dipusatkan kepada pihak pengurusan atasan, ini bermaksud keputusan dibuat oleh pihak pengurusan atasan yang memegang autoriti.

Pemencaran Autoriti: Berlaku apabila pihak atasan memberikan autoriti kepada jabatan atau pengurus di bawahnya membuat keputusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemusatan dan pemencaran autoriti.

1. Falsafah pengurusan organisasi

2. Sejarah pertumbuhan organisasi

3. Penyebaran geografik organisasi

4. Sama ada terdapatnya kawalan yang berkesan

5. Mutu pengurusan diperingkat yang berbeza

6. Pelbagai pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan

7. Kos membuat keputusan dan risiko

8. Tempoh yang diberi untuk membuat keputusan

9. Faktor persekitaran.

10. Keseragaman polisi dan dasar.

11. Ciri-ciri dan sifat tugas

12. Kematangan dan kebolehan subodinat

Page 26: 2. Fungsi Pengurusan

Kelebihan pemusatan autoriti:

1. Membolehkan kawalan yang lebih berkesan dilakukan dan mengurangkan keperluan kepada membuat keputusan.

2. Pelan tindakan yang lebih seragam dan tersusun.

3. Keputusan yang lebih selari dan memenuhi tuntutan organisasi secara keseluruhan.

4. Mengurangkan risiko kesilapaan yang dilakukan oleh staf bawahan yang tidak berkebolehan.

5. Penggunaan khidmat pakar secara maksimum.

Kelemahan pemusatan autoriti:

1. Tidak memberi peluang membentuk pengalaman di kalangan pihak bawahan.

2. Subordinat akan merasakan mereka tidak dipedulikan. Ia mengurangkan motivasi keberkesanan mereka.

3. Meletakkan autoriti untuk membuat keputusan terlalu jauh dari tempat keputusan akan dilaksana sehingga memungkinkan realiti dan keadaan sebenar tidak dapat difahami dengan baik.

4. Membuat keputusan akan menjadi lebih rumit dan memakan masa yang panjang, kerana terlalu banyak peringkat pengurusan yang perlu dilalui.

5. Kos kendalian yang tinggi menyebabkan maklumat terpaksa dihantar melalui saluran yang khusus.

6. Terlalu membebankan pengurusan atasan. Mereka tidak dapat menggunakan masa yang lebih untuk perancangan startegik bagi mencapai objektof organisasi.

7. Inovasi dan kreativiti sukar dicetuskan.

8. Boleh mendorong berlakunya rasuah.

Page 27: 2. Fungsi Pengurusan

Penugasan Autoriti

Adalah satu proses di mana pngurus memberikan hak kepada subodinat untuk membuat keputusan dan bertindak dalam bidang tertentu. Dan ini bermaksud pengurus memberikan tugas kepada subodinat berserta kuasa bagi membuat kerja dengan berkesan.penugasan autoriti bermula dari tanggungjawab.Komponen asas bagi proses penugasan autoriti adalah menetapkan hasil yang diharapkan memberikan tugas dan autoriti yang diperlukan untuk mencapi hasil tersebut.

Autoriti lini dan staf

Autoriti lini: merupakan autoriti yang paling utama dalam sesebuah organisasi. Dimiliki oleh pengurus yang mempunyai hak untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf bawahannya yang melakukan tugas penting untuk mencapi objektif organisasinya.Lazimnya terdiri daripada pangurus yang mengawal dan menguruskan aktiviti utama organisasi.

Autoriti Staf: mempunyai hak untuk tidak memberikan cadangan,nasihat,membuat penyelidikan,menyediakan perkhidmatan dan perkhidmatan khusus kepada mereka yang mempunyai autoriti lini.

Page 28: 2. Fungsi Pengurusan

Jangkauan Kawalan

Ianya merujuk kepada sekumpulan subodinat yang bertangungjawab secara langsung kepada seseorang eksekutif atau penyelia. Mempunyai implikasi dari segi implikasi dan penyeliaan. Jangkauan kawalan memberi kesan kepada bilangan tahap pada peringkat organisasi.

Garisan autoriti yang tidak terputus yang menyambungkan setiap individu dengan pihak pengurusan atasan melalui jawatan pengurusan disetiap tahap pengurusan.Terdapat dua prinsip asas yang digunakan untuk membentuk rantaian arahan iaitu rantaian arahan yang mengikut skalar dan rantaian arahan mengikut prinsip satu arahan.

Rajah: Jangkauan kawalan yang sempit

Rajah: Jangkauan kawalan yang luas

Rantaian arahan

Page 29: 2. Fungsi Pengurusan
Page 30: 2. Fungsi Pengurusan

KEPIMPINAN

DEFINISI: Merupakan satu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi gelagat atau tingkah laku pekerjanya supaya melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi berkenaan

KEPENTINGAN:

1. Kepimpinan melibatkan orang lain. Jika pengikut sanggup menerima arahannya bermaksud kepimpinannya diterima.

2. Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa antara pemimpin dan ahli kumpulannya.

3. Seseorang pemimpin mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelgat pekerjanya.

4. Kepimpinan mewujudkan nilai moral seseorang pemimpin.

GAYA KEPIMPINAN:

Adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya.

Page 31: 2. Fungsi Pengurusan

KAJIAN UNIVERSITI OHIO

Gaya Kepimpinan Penyertaan

Struktur rendah

Timbang Rasa tinggi

Gaya Kepimpinan Sokongan

Struktur tinggi

Timbang Rasa Tinggi

Gaya Kepimpinan Bebas

Struktur Rendah

Timbang Rasa Rendah.

Gaya Kepimpinan Autokratik

Struktur Tinggi

Timbang Rasa Rendah

Timbang Rasa

Struktur

KAJIAN UNIVERSITI MICHIGANGelagat Berorentasikan Tugas

(Job-centered behavior)

-Fokus pimpinan kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh subordinat.

- Pemimipin akan lebih berminat terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh subordinat.

Gelagat Berorentasikan Pekerja. (Employee-centered behavior)-Fokuskan kepada subordinat.-Sangat mengambil berat tentang keperluan peribadi subordinat.

Page 32: 2. Fungsi Pengurusan

GAYA KEPIMPINAN AUTORITI

Gaya Kepimpinan Autokratik-Proses pembuatan keputusan hanya dibuat oleh pengurus.- Subordinat tidak terlibat dalam proses pembuatan keputusan.- Gaya ini sesuai kepada organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang tidak bermotivasi.

Gaya Kepimpinan Demokratik-Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan.-Pengurus berbincang dengan subordinat dalam proses membuat keputusan.-Gaya ini akan dapat

Gaya Kepimpinan Bebas-Memebri kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak.-Subordianat akan membuat keputusan -Sesuai untuk pekerja yang bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan, dan berkemahiran dalam kerjanya. Pekerja yang sesuai ialah doktor, guru, jurutera dan lain-lain.

Page 33: 2. Fungsi Pengurusan

CIRI-CIRI PEMIMPIN

1. Bertanggungjawab, berkeyakinan, dan bersemangat.

2. Berpengetahuan, berkemahiran, dan berkebolehan dalam kerjaya.

3. Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

4. Adil jujur dan amanah

5. Mempunyai disiplin diri yang tinggi.

6. Bersedia menerima teguran serta bersedia mengakui dan membetulkan kesilapan diri.

7. Tidak mendahulukan kepentingan diri.

8. Tidak memandang rendah terhadap kebolehan pekerja.

9. Tekun dan sabar.

Page 34: 2. Fungsi Pengurusan

SOKONGAN YANG BOLEH DIBERI OLEH PEMIMPIN KEPADA PEKERJA.

1. Memberi keyakinan kepada pekerja dan mengakui kebolehan pekerja.

2. Menjelaskan matlamat pekerja dan tugas dengan terang kepada mereka.

3. Melibatkan pekerja dalam aktiviti tertentu.

4. Memberi latihan, pendidikan dan pendedahan yang sempurna kepada pekerja.

5. Memberi sokongan moral dan material kepada pekerja dalam menjalankan tugas mereka.

6. Memberi ganjaran yang sesuai dan berpatutan disamping peluang memajukan diri mereka.

7. Menetapkan standard dan memberi maklum balas pencapaian prestasi kepada pekerja dengan jelas dan jujur.

8. Mewujudkan hubungan dua hala antara pemimpin dengan pekerja.

9. Mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Page 35: 2. Fungsi Pengurusan

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS.

PEMIMPIN PENGURUS

-Melakukan perkara yang betul

- Perubahan

- Jangka panjang

- Hasil (ends)

- Architects

- Motivasi dan sumber inspirasi

-Melakukan kerja dengan betul.

-Status quo

-Jangka pendek

-Kaedah (means)

-Builder penyelesai masalah.

* Menurut Professor Warren Bennis.

Page 36: 2. Fungsi Pengurusan

Status/Demensi Pemimpin Pengurus

Sifat peribadi Interaksi dengan pekerja untuk mempengaruhi mereka.

Tidak melibatkan interaksi peribadi.

Kedudukan dalam organisasi

Tidak semestinya mempunyai kedudukan yang formal dalam organisasi.

Disebabkan oleh kedudukan dan jawatan yang formal dalam organisasi.

Sikap dan motivasi

Aktif dari segi kemanusiaan disebabkan fungsi mempengaruhi pengikutnya.

Pasif dan memntingkan pencapaian matlamat.

Skop pendekatan.

Menandatangani perubahan dengan membentuk visi tertentu.

Menghadapi kerumitan dan masalah dalam organisasi dan memastikan organisasi berjalan dengan betul

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS.

Page 37: 2. Fungsi Pengurusan

PERANAN PEMIMPIN

PERANAN PEMIMPIN FORMAL

Terhasil daripada lantikan secara formal berdasarkan kedudukan formal dalam organisasi. Mereka diberi autoriti oleh organisasi bagi mencapai matlamat organisasi.

PERANAN PEMIMPIN TIDAK FORMAL

Tidak mempunyai autoriti yang sah untuk memimpin dan mempengaruhi individu yang lain.

PERANAN LAIN YANG DIMAINKAN OLEH PEMIMPIN

1. Menetapkan peranan, tangungjawab dan autoriti setiap ahli untuk melaksanakan tugas masing-masing.

2. Memastikan ahli-ahli kumpulan kerja mempunyai hubungan erat antara satu sama lain.

3. Mewujudkan persaingan yang sihat di antara subordinat.

4. Membina matlamat yang boleh dikongsi bersama.

5. Memastikan subordinat faham tentang saling perkaitan tugas antara satu sama lain.

6. Mewujudkan perasaan saling bergantungan antara semua subordinat.

Page 38: 2. Fungsi Pengurusan

MOTIVASI

DEFINISI: Motivasi merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan keadaan dalaman (perasaaan manusia dan ransangan) dan luaran individu (pelakuan dan tindakan)

PROSES MOTIVASI

Kehendak belum dicapai @ Keperluan yang tidak dipenuhi.

Keresahan @ Tekanan

Rangsangan untuk mengambil tindakan

Perlakuan/Gelagat @ Usaha.

-Memulakan usaha.

-Menghalatujukan usaha.

-- Meneruskan usaha.

Kehendak tercapai @ Prestasi.

Kepuasan @ Kekurangan , hilang keresahan

Page 39: 2. Fungsi Pengurusan

TEORI MOTIVASI

Teori Motivasi Abraham Maslow

Teori Motivasi Herzberg

Teori Motivasi McGregor

Teori Motivasi Abraham Maslow

-Makanan dan minuman - Perlindungan -Udara-Pakaian - Keselesaan

-Keselamatan diri -kesesuaian iklim

-kesihatan - elak risiko - keamanan.

-Persahabatan - Kasih sayang

-Penerimaan - Berkumpulan

-Tangungjawab - Penghargaan-Harga Diri - Status- Penghormatan

-Pencapaian potensi diri.-Bebas-Kreativiti-Penonjolan diri

Keperluan Fisiologi

Keperluan Keselamatan

Keperluan Sosial

Keperluan Penghargaan

Keperluan Pencapaian Hasrat

diri

Atasan

Bawahan

Page 40: 2. Fungsi Pengurusan

BAGAIMANAKAH KEPERLUAN DALAM TEORI MOTIVASI ABRAHAM MASLOW DAPAT DIPENUHI.

1. KEPERLUAN FISIOLOGI: - Manusia harus berusaha atau bekerja untuk mendapat upah, gaji dan keuntungan.

2. KEPERLUAN KESELAMATAN: Mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih disamping mengadakan skim pencen dan insurans untuk menjamin keselamatan dan masa depan mereka.

3. KEPERLUAN SOSIAL: Pekerja perlu berinteraksi, di mana pekerja akan dikumpul dalam unit kerja tertentu untuk berinteraksi bagi mewujudkan kerjasama untuk mencapai matlamat organisai.

4. KEPERLUAN PENGHARGAAN: Agak sukar dipenuhi, akan dapat dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang baik dan diberikan kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status.

5. KEPERLUAN PENCAPIAN HASRAT DIRI: Pencapian yang terakhir, keperluan ini melibatkan penggunaan bakat dan potensi yang ada padanya untuk diadaptasi kepada pekerjaan yang mencabar, berorentasikan pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi.

Page 41: 2. Fungsi Pengurusan

TEORI MOTIVASI HERZBERG (model dua faktoar)

1. Faktor Penjagaan:

a. Upah dan gaji

b. Keselamatan kerja

c. Keselamatan Tempat Kerja

d. Polisi syarikat dan pentadbiran

yang adil

e. Interpersonel Skil.

f. Status

2. Faktor Motivasi.

a. Pencapaian – peluang untuk mencapai matlamat dalam kerja yang mencabar.

b. Penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan

c. Diberi tangungjawab dan tugas baru.

d. Kemajuan, peluang untuk majukan diri.

e. Kerja yang boleh memberikan kepuasan.

Page 42: 2. Fungsi Pengurusan

TEORI MOTIVASI MC GREGOR

TEORI X

1. Pekerja tidak suka bekerja dan cuba mengelak diri dari membuat kerja.

2. Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja.

3. Pekerja malas dan cuba mengelak diri dari tangungjawab, tiada cita-cita dan lebih mementingkan keselamatan diri.

4. Pekerja cuba mengelak diri daripada memimpin.

5. Hanya melakukan kerja dengan baik jika ada imbuhan kewangan.

TEORI Y

1. Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja.

2. Suka mengambil tangungjawab dan suka memimpin

3. Mempunyai komitmen untuk mencapai matlamat organisasi dan berkeinginan untuk melakukan kerja dengan baik.

4. Insentif kewangan bukan faktor utama

5. Motivasi dan potensi pekerja sudah wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu mengilap potensi tersebut sahaja.

Page 43: 2. Fungsi Pengurusan

PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN TIMUR DAN PENDEKATAN BARAT

PENDEKATAN BARAT PENDEKATAN TIMUR

- Motivasi sebagai proses psikologi yang mendorong manusia mencapai elemen yang bersifat fizikal dan lahiriah. (lihat teori-teori barat)

- Pencapaian manusia akan lebih tinggi jika wujud elemen ganjaran yang diukur dalam bentuk fizikal dan lahiriah.

- Pihak pengurusan harus menyediakan prasarana yang baik dan mencukupi, menjaga kelselamatan pekerja dan memberi ganjaran dalam bentuk bonus, kenaikan pangkat dan kuasa.

- Barat tidak menekankan aspek sosiobudaya dan agama, kesannya masih ada pekerja di barat masih melakukan tunjuk perasaan walaupun tuntutan dari segi fizikal dan lahiriah mereka sudah dipenuhi.

-Masih melihat faktor motivasi sebagai elemen yang mendorong manusia untuk bertindak dengan lebih efektif.

-Timur turut memasukkan elemen agama dan sosiobudaya dalam teori motivasinya.

-Pada pandangan pekerja melakukan kerja yang dengan baik merupakan ibadat.

-Rezeki mestilah dari sumber yang halal oleh itu mereka perlu bekerja dengan jujur dan tangungjawab.

-Dari segi sosiobudaya timur kuat berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing.

-Contoh masyarakat Jepun diasuh rajin bekerja sejak dari kecil.

Page 44: 2. Fungsi Pengurusan

PEMBINAAN PASUKAN.

Definisi: Sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi antara satu sama lain di samping berkongsi tujuan dan identiti.

Dimensi-dimensi dalam membentuk sesebuah pasukan.

1. Perlu terdiri daripada dua atau lebih orang.

2. Setiap individu bebas berinteraksi.

3. Setiap individu samada lelaki atau perempuan mesti berkongsi identiti dalam usaha berinteraksi antara satu sama lain.

4. Interaksi antara individu yang menpunyai identiti yang sama harus mempunyai tujuan yang sama.

Proses pembinaan pasukan.

1. Mewujudkan tarikan antara perorangan @ Pembentukan (Forming)

2. Mewujudkan kehendak ahli dengan kehendak kumpulan. @ Pertelingkahan (Storming)

3. Menggalakkan penyertaan ahli di dalam kumpulan.@ Penormaan (Norming)

4. Menggalakkan interaksi sesama ahli pasukan @ Pelaksaan (Performing)

5. Menggalakkan pencapaian matlamat pasukan dan bukannya matlamat individu @ Pembubaran (Adjourning)

Page 45: 2. Fungsi Pengurusan
Page 46: 2. Fungsi Pengurusan

Definisi: Merupakan proses memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan pencapaian hasil yang diingini.

KEPENTINGAN:

1. Memastikan keseluruhan arah tuju kumpulan atau individu adalah konsisten dengan rancangan organisasi jangka pendek dan jangka panjang.

2. Memastikan penyempurnaan tugasan dan objektif adalah konsisten antara satu sama lain dalam organisasi secara keseluruhannya.

3. Memastikan pematuhan peraturan dan polisi organisasi yang penting.

1. Kawalan Strategik. – Kawalan pada tahap eksekutif (pengurusan atasan.

2. Kawalan taktikal. – Kawalan pada tahap taktikal.(Pengurusan pertengahan)

3. Kawalan Operasi. – Kawalan pada tahap penyeliaan (pengurusan penyeliaan @ lini).

Page 47: 2. Fungsi Pengurusan

JENIS-JENIS KAWALAN

Kawalan Dalaman

-Membenarkan individu dan pasukan mengamalkan kawalan disiplin kendiri.

-Berasaskan pengamalan Teori Y oleh Mc Gregor.

-Memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pekerja dengan pihak pengurusan.

Kawalan Luaran

-Memerlukan penyeliaan dan penggunaan sistem pentadbiran yang formal untuk mengawal gelagat pekerja.

-Melalui penyeliaan, pengurus dapat mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh pekerja dan membuat tindakan pembetulan.

-Penggunaan sistem pentadbiran yang formal pula merujuk kepada penggunaan sistem ganjaran, peraturan dan tatacara sebagai alat kawalan pelakuan organisasi.

Page 48: 2. Fungsi Pengurusan

PROSES DAN KITARAN PENGAWALAN

1.Menetapkan Standard dan

Objektif Pencapaian.

2.Mengukur Pencapaian

Sebenar.

3.Membanding Pencapaian

Sebenar dengan Objektif Dan

Standard.

Mengambil tindakan

pembetulan.

Page 49: 2. Fungsi Pengurusan

KAEDAH KAWALAN.

AWALAN

- Kawalan terhadap input- Memastikan input memenuhi standart/ bahan mentah berkualiti- Bahan mentah kedapatan apabila sampai masa yang dikehendaki.- Kos yang berpatutan- Tenaga kerja yang berkemampuan/ mahir- Mesin dan peralatan sentiasa efisyen.- Kemudahan asas.- Berbentuk pencegahan.

SEMASA

SELEPAS

- Output mengikut standart diperlukan- Siap pada masa yang diperlukan- Penghantaran yang cekap / on time- Kawalan terhadap jurujual/ penjualan.- Kawalan harga, kuantiti, stok dan lain-lain.- Berbentuk penilaian.

-Proses pengeluaran dalam kilang perlu dikawal.-Prosedur kerja standart – perlu diikuti.-Penyelarasan dan penyeliaan yang rapi.-Pemantauan/ semakan yang berterusan.-Pembetulan segera.-Berbentuk pembetulan.

Page 50: 2. Fungsi Pengurusan

SISTEM KAWALAN YANG BERKESAN.

1. Strategik dan mudah dicapai. – Dapat menyokong perancangan startegik dan tertumpu pada aktiviti-aktiviti penting.

2. Dapat difahami – Dapat dipersembahkan dalam data atau istilah yang mudah difahami.

3. Segera – Harus dapat mengesan sebarang penyelewengan dengan kadar yang segera.

4. Luwes atau anjal – Memberi individu membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

5. Menyokong kawalan kendiri – Pekerja digalak saling mempercayai sesama mereka dan mengamalkan komunikasi yang berkesan dan melibatkan semua individu dalam organisasi.

6. Bersifat positif – Menekankan kepada pembangunan, perubahan dan penambahbaikan, sementara hukuman dan teguran harus dielakkan.

7. Adil dan objektif.- Sistem kawalan harus dilihat sebagai saksama dan tepat oleh setiap pekerja dan dapat diterima sebagai asas pengukuran prestasi.

8. Ketepatan maklumat

9. Ketepatan masa.

10.Tindakan pembaikan

11.Ekonomi kawalan.

Page 51: 2. Fungsi Pengurusan

Alat-alat Kawalan.

a) Analisis Pulangan Modal

Merupakan kaedah algebra dan kaedah graf. Ia digunakan sebagai alat kawalan pengurusan untuk menentukan tingkat aktiviti di mana pengeluar tidak mendapat untung atau rugi yang dikenali sebagai titik pulangan modal. Iaitu pada tingkat jumlah hasil yang diperolehi sama dengan jumlah belanja yang dipadankan dengannya.

Analisis menunjukkan kesan atau akibat dari perubahan dalam jumlah hasil atau kos atau kedua-duanya pada pelbagai tingkat aktiviti. Analisis dapat digunakan untuk menentukan tingkat keluaran pada TPM dalam unit dan ringgit, untung atau rugi pada tingkat jualan yang dijangkakan dan harga minimum yang perlu dikenakan untuk mencapai untung yang dikehendaki dan unit jualan minimum yang perlu untuk mencapai untung.

b) Belanjawan

Merupakan ikhtisar semua belanjawan individu yang menunjukkan aktiviti syarikat dari segi hubungan antara volum, kos, keuntungn, penggunaan modal dan pulangan pelaburan.

Belanjawan boleh digunakan oleh pihak pengurusan atasan untuk menentukan kedudukan syarikat secara keseluruhan dalam mencapai objektif.

Ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk menilai setiap prestasi jabatan. Iaitu dengan membandingkan prestasi semasa dengan belanjawan yang dibuat.

Pada lazimnya terdapat tiga pusat tanggungjawab iaitu pusat hasil, pusat kos dan pusat keuntungan yang mana prestasi akan dinilai berdasarkan belanjawan masing-masing.

Page 52: 2. Fungsi Pengurusan

c) Carta Gantt

Ianya diperkenalkan oleh Henry L.Gantt. Carta ini dapat menunjukkan hubungan masa antara kejadian sesuatu program pengeluaran telah dianggap sebagai sesuatu revolusi di dalam bidang pengurusan.

Carta ini merupakan satu kaedah untuk mengagih masa mesin atau masa penggunaan tenaga manusia dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengeluaran agar berjalan dengan lancar atau pengunaan tenaga manusia dari satu bahagian pembuatan kepada bahagian pembuatan yang lain tanpa membazirkan masa atau dengan pembaziran masa yang terminimum.

d) Analisis PERT/CPM (TEKNIK MENILAI & MENYEMAK PROGRAM/CARA LALUAN GENTING)

PERT: menggunakan anggaran yang berunsurkan kebarangkalian bagi jangka masa kegiatan. Terdapat tiga masa bagi PERT;

i.Masa Optimistik- masa yang diperlukan jika semua berjalan dengan lancar.

ii.Masa paling mungkin- masa sebenar diperlukan.

iii.Masa pesemistik- anggaran masa untuk kejadian luar jangka.

Page 53: 2. Fungsi Pengurusan
Page 54: 2. Fungsi Pengurusan

Definisi dan kepentingan

Sebagai mengisi dan memelihara jawatan di dalam struktur organisasi dengan mengenalpasti keperluan tenaga kerja, menginventorikan tenaga kerja, mengambil, memelihara, menempatkan, menaikkan pangkat, menilai, merancang kerjaya, memberi pampasan dan melatih pekerja supaya mereka dapat menyempurnakan tugas mereka dengan cekap dan berkesan.

Analisis Kerja

Analisis kerja-titik tolak kepada semua aktiviti pengurusan sumber manusia .Sebarang keputusan yang perlu dibuat berkenaan dengan penstafan,pengrekrutan ,latihan dan sebagainya mesti berdasarkan analisis kerja.Ini kerana analisis kerja menggariskan secara terperinci jenis jenis kerja dan keperluan kerja dalam sesebuah organisasi. Ianya dibahagikan kepada dua iaitu huraian tugas dan spesifikasi tugas.

Enam persoalan penting dalam analisis kerja

-Apakah tugas fizikal dan mental yang dilakukan oleh pekerja.-Bilakah kerja tersebut dilaksanakan.-Dimana kerja tersebut dilaksanakan.-Bagaimana pekeja melakukan kerja tersebut.-Mengapa kerja tersebut perlu dilakukan.-Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja tersebut.

Kegunaan kepada pengurus sumber manusia.

-Membantu pengurus membuat keputusan tentang aktiviti aktiviti penstafan.-Lazimnya maklumat yang didokumenkan dan direkodkan perlu disemak dan diubah sekiranya perlu.-Contohnya apabila sesuatu jawatan sudah dilupuskan maka maklumat tentang kerja tersebut sudah tidak relevan.

Page 55: 2. Fungsi Pengurusan

Proses pemilihan

Melengkapkan borang permohonan

Temuduga awal di Jabatan Sumber Manusia

Ujian Pekerjaan Ujian pencapaian, ujian cenderung, cerdas

Penyiasatan latar belakang

Pemilihan awal di Jabatan Sumber Manusia

Temuduga panel atau penyelia

Pemeriksaan kesihatan

Keputusan pengambilan

Page 56: 2. Fungsi Pengurusan

Huraian tugas

Spesifikasi tugas

-Adalah dokumen kerja yang sangat berguna.Sebarang keputusan yang perlu dibuat berkenaan dengan penstafan, pengrekrutan,latihan dan sebagainya

-Huraian kerja menggariskan secara terperinci jenis-jenis kerja dan keperluan kerja dalam sesebuah organisasi.

-Ianya merupakan kenyataan tentang tanggungjawab,keadaan kerja dan lain-lain keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kerja.

-Merupakan kenyataan berhubung dengan kemahiran,keupayaan ,pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan kerja

-Kelayakan minima ialah standard asas yang perlu ada pada pemohon jawatan sekiranya ingin dipertimbangkan untuk menapis pemohon pemohon jawatan semasa proses pengrekrutan dan pemilihan.

Page 57: 2. Fungsi Pengurusan

Proses Pengrekrutan

Perancangan Sumber Manusia

-Kekurangan sumber manusia

- Terdapat jawatan kosong yang perlu diisi.

Semakan Maklumat Analisis Kerja

-Huraian Kerja

-Spesifikasi kerja

Kenalpasti Sumber Pengrekrutan

Sumber Dalaman (pekerja sedia ada)

Sumber Luaran (calon pekerja dari luar organisasi

Page 58: 2. Fungsi Pengurusan

Faedah dan ganjaran

Kewangan

Bukan Kewangan

Sebab majikan menyediakan faedah kepada pekerja:

1. Menarik kakitangan baru untk memasuki organisasi.

2. Mengekalkan pekerja-pekerja sedia ada.

3. Meningkatkan semangat para pekerja.

Komponen Faedah:

1. Faedah Keselamatan dan kesihatan. Contoh faedah persaraan, pampasan kerja, insurans dan perubatan

2. Faedah bayaran masa tidak bekerja.. Contohnya cuti tahunan , cuti umum dan cuti sakit

3. Subsidi dan perkhidmatan.Contoh, kantin, pengangkutan, pusat jagaan kanak-kanak dan lain-lain.

4. Kemudahan pendidikan dan bayaran balik.

Page 59: 2. Fungsi Pengurusan

Faktor-faktor yang mempengaruhi keutamaan majikan dalam menentukan pakej faedah yang menarik.

1. Jumlah kos pampasan

2. Perbandingan antara kos dan faedah

3. Tawaran pesaing

4. Peranan faedah dalam menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja.

5. Keperluan undang-undang

6. Jenis kerja yang dilakukan dan jawatan yang dipegang

7. Kesatuan sekerja

8. Lokasi geografi.

Page 60: 2. Fungsi Pengurusan

Pampasan Sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi disebabkan sumbangan yang telah diberikan kepada organisasi.

Bentuk-Bentuk Pampasan

Pencen-Bayaran bulanan yang diberikan kepada pekerja yang telah bersara-Formula menghiting pencen ialah 1/600(tp)(ga)

Ganjaran perkhidmatan-Bayaran yang dibuat sekaligus selepas tamat tempoh perkhidmatan seseorang pekerja-Formula pengiraan ialah 0.075(tp)(ga) Gantian cuti rehat-Wang tunai yang diberikan kepada pesara untuk menggantikan cuti rehat yang tidak dapat diambil disebabkan oleh permintaan tugas dan yang telah dikumpulkan setiap tahun-Formula pengiraan ialah1/3(cuti rehat terkumpul)(ga)+imbuhan tetap.