2 4sportforfun-130313100345-phpapp02-130325084230-phpapp02

16
SPORT FOR FUN (SUKAN UNTUK HIBURAN) AHLI KUMPULAN: Ho Bing Zheng, Lee Kuang Wei, Loo Yong Yue, Hon Jia Sheng, Lim Guo Jing, Tiew Feilix

Upload: guo-jing-lim

Post on 20-Jul-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SPORT FOR FUN(SUKAN UNTUK

HIBURAN)AHLI KUMPULAN:

Ho Bing Zheng, Lee Kuang Wei, Loo Yong Yue,

Hon Jia Sheng, Lim Guo Jing, Tiew Feilix

DEFINISI SUKAN UNTUK HIBURAN

Sukan hiburan boleh dikaitkan dengan aktivi sukan yang dijalankan bukanlah untuk bertanding,tetapi hanyalah untuk mengecapi keseronokan dalam bersukan serta menjadi suatu tarikan untuk mendapatkan hiburan dan dalam pada masa yang sama mereka melakukan aktiviti sukan

Keseluruhannya, sukan untuk hiburan ini adalah sukan yang kebanyakannya disertai oleh golongan yang sudah berjaya dalam hidup mereka. Mereka ini kebanyakannya adalah golongan yang berusia melebihi 45 tahun. Di peringkat ini,mereka mula kea rah untuk mendapatkan keseronokan hidup dan bukanlah masa untuk mengejar kemewahan. Golongan ini bnyak melibatkan diri dengan aktiviti sukan yang dianggap dapat menghiburkan mereka

Sukan paintballSukan paintball ialah permainan berpasukan di mana

pihak lawan dikehendaki menumpaskan pihak musuh dengan merampas bendera di pihak musuh. Permainan ini menggunakan sejenis alat seperti senapang tetapi ianya menggunakan pellets berisi cat yang disebut sebagai “paintball” biasanya menggunakan tembakan dari karbon dioksida atau tekanan daripada gas. Menurut kajian, terdapat lebih daripada 5.4 juta orang di Amerika Syarikat yang bermain permainan ini pada tahu 2007. Lebih daripada 1.5 juta orang yang bermain permainan ini melebihi 15 kali.

PERATURAN PAINTBALL Permainan “paintball” ini memerlukan kawasan yang

selamat serta ruang yang secukupnya. Permainan ini memerlukan 2 pihak pemain iaitu pihak lawan dan pihak bertahan. Antara peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah:

Topeng muka – sebagai alat untuk menahan serangan ke atas muka pemain

Set “paintball” yang lengkap – senapang selalunya disertakan dengan corong tuang yang bersaiz kecil dan alat dorong kerja iaitu gas karbon dioksida ataupun pam angin.

CONTOH GAMBAR sukan paintball

Wall climbing Wall climbing atau memanjat tembok batu adalah salah satu

daripada sukan untuk hiburan. Kebanyakannya sukan ini dilakukan pada waktu malam kerana ia lebih santai dan selesa berbanding dilakukan pada waktu siang. Aktivit ini dapat mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Kebanyakan pusat yang menyediakan sukan ini selalunya akan ditutup pada pukul 12 malam. Tembok setinggi 15 meter yang mempunya pelbagai jenis halangan merupakan salah satu ujian dalam sukan memanjat tembok ini. Ianya mengikut gred kesusahan yang dikategorikan melalui warna batu di tembok itu yang digunakan untuk memegang ketika memanjat. Gred kesusahan 4C sesuai untuk mereka yang baru dalam arena sukan ini manakala bagi yang mahir menggunakan gred 6 ke atas.

CONTOH GAMBAR sukan wall climbing

Bungee jump Bungee jump adalah satu aktiviti yang melibatkan penerjunan

daripada satu tempat yang tinggi dimana ia dihubungkan menggunakan tali pintal yang besar. Binaan dimana tempat untuk memulakan lompatan adalah suatu objek yang tetap seperti jambatan,bangunan dan kren. Ia adalah sesuatu yang mustahil sekiranya melompat dari satu objek yang bergerak seperti belon panas dan helicopter. Apabila seseorang itu melompat, tali pintal menegang dan pelompat akan melantun ke atas semula dan berulang-ulang sehingga berhenti. Permainan terjunan bungee ini berasal dari Dialects di selatan England sekitar tahun 1930. Antara peralatan dalam sukan ini ialah tali pintal dan tempat yang tinggi dan stabil.

Bungee jump

PERANAN SUKAN UNTUK HIBURAN

Menyediakan suatu program sukan yang dapat memberi keseronokan kepada golongan yang menyertainya dan dapat mengurangkan stress.

Mempopularkan lagi sukan ini agar ianya menjadi suatu daya tarikan bagi golongan masyarakat dari semua peringkat hingga ke akar umbi.

Membina masyarakat yang cergas, sihat ,dan produktif ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan emosi.

Mencari lebih banyak sukan untuk hiburan bagi menarik lebih minat masyarakat dan seterusnya menyokong sukan ini sepenuhnya.

 

JENIS SUKAN UNTUK HIBURAN Sukan untuk hiburan terbahagi kepada beberapa

jenis iaitu mengikut kategori sukan tersebut.

1. kategori ekstrem

2. sukan rekreasi

3. Leisure Outdoor Recreation/Adventure Outdoor Recreation

4. sukan kecergasan

5. sukan tradisiona

Terdapat beberapa jenis sukan yang tergolong dalam kategori sukan untuk hiburan. Antanra sukan itu ialah seperti:Sukan paintballWall climbingBungee jumping

KESIMPULANNYA

sukan untuk hiburan adalah satu jenis sukan yang menyeronokkan. Sukan ini turut memberi faedah kepada setiap orang yang melibatkan diri mereka. Sukan ini juga adalah satu cara untuk mengelakkan stress. Bagi golongan yang sudah berusia,mereka banyak melibatkan diri dengan sukan-sukan yang dapat memberi keseronokan serta menenangkan fikiran mereka. Oleh itu, sukan untuk hiburan ini wajarlah di kembangkan lagi bagi menarik minat pelbagai golongan masyarakat di dunia. Selain itu juga, sukan untuk hiburan ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim. Ini kerana dalam pada masa yang sama, sukan ini memerlukan semangat kerjasama serta berhibur bersam-sama.

TERIMA KASIH