1pptema1sej2 14

56
JAWATAN KUASA PEMIKIR JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014 PULAU PINANG 2014 MODUL SUKSES MODUL SUKSES SEJARAH 940/2 SEJARAH 940/2 PENYELARAS : PENYELARAS : EN. RIZUAN BIN ABDULLAH EN. RIZUAN BIN ABDULLAH PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK) PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG PENASIHAT: EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG JU PULAU PINANG : PN HJH SAKINAH BINTI SALEH

Upload: halusan-maybe

Post on 24-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

soalan sej tema 1

TRANSCRIPT

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2PENGGAL 2 SEJARAH ISLAM[500 1918]PENYELARAS : EN. RIZUAN BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

PENASIHAT: EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOORPENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG JU PULAU PINANG : PN HJH SAKINAH BINTI SALEH

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2PENGGAL 2

SEJARAH ISLAM[500 1918]PENASIHAT: EN.AHMAD ZAKI BIN MOHD NOORPENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

PENYELARAS :EN. RIZUAN BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

ENCIK YEOH HUP THEAM SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHARAZAHARBIN KASASMK SRI MUDA

ENCIK SHARUL NIZAM B SUHAIMI SMK DATO' ONNPUAN SALMIAH BINTI ABU BAKARSMKA ALl MASHOOR (P)

PUAN ANNIE WONG YUN FUISMK BKT MERTAJAMENCIK SHANMUGANATHAN A/L KALLIDASENSMK ST MARK

PUAN SHALINI A/P KRISHNAMURTHYSMK ABDULLAH MUNSHIPUAN NOOR AISHAH BINTI ABU HASSANSMK BAKTI

TUAN HAJI MOHD SOKRI BIN SAADSMK PENANTIPUAN NUR SAJIDALILLAH

ENCIK AZMAN B AHMAD SMK DATUKHAJI AHMAD BADAWI

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 1

Bincangkan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah

Pengenalan Konsep jahiliah mengikut al-Quran ialah masyarakat yang tidak mempunyai kitab suci dan nabi sebagai petunju. Tidak bertamadun, tidak berakhlak dan sombong Masyarakat yang tidak tahu membaca, menulis dan tidak mengesakan Allah Zaman ini bermula sekitar 300 M, selepas runtuhnya empangan Maarib sehingga turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 610 m. Mereka mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan Agama utama ialah Wathani, Samawi, Nasrani, Hunafa dan Majusi selain melakukan amalan-amalan jahiliahIsi-Isia. Agama Wathani/ Agama Menyembah berhala Agama Wathani ialah agama menyembah berhala dan merupakan agama dominan dan berpusat di Mekah Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Di puja kerana menganggap berhala akan membawa manfaat seperti al-Wad yang melambangkan kekuatan kelelakian, al-Suwa yang melambangkan kecantikkan wanita dan al-Yaghuth yang melambangkan kekuatan dan keberanian. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Berhala paling popular dan mendapat penghormatan ialah al-Uzza,al-Manat dan al-Lata. Menganggap berhala adalah tuhan dan menempatkan satu berhala di sekeliling kaabah pada awl zaman Islamb. Agama Samawi Ia dianggap agama yang turun dari langit. Antaranya ialah agama Yahudi. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa a.s dan diutuskan kepadanya kitab Taurat Penganut asalnya ialah Bani Israel yang berasal dari Palestin. Di Yathrib, Bani Nadhir, Qunaiqa dan Quraizah mempraktikkan agama ini. Namun mereka mengubah isi kandungan Taurat dan Allah s.w.t telah melaknat penganutnya.

c. Agama Nasrani Agama ini dibawa oleh Nabi Isa a.s yang diutuskan kitab suci Injil. Penganut awal agama ini ialah Bani Israel. Dibawa ke Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah. Mereka juga telah menguba isi kandungan Kitab Injil dan mengingkari perintah Allah. Agama ini dianuti dan diamalkan oleh penduduk suku Ghassan dan Hirah serta sebelah selatan oleh penduduk Habsyah Antara penganut terkenalnya- Waraqah bin Naufal dan Uthman bin Huwairith. Pusat utamanya ialah di Najran.

d. Agama Majusi Popular di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab. Agama ini berasal dari Parsi dan tidak mempunyai kitab suci. Golongan peganut agama ini mengakui kewujudan anbi-nabi palsu Mereka menyembah cahaya dan kuasanya seperti api, bulan, bintang dan matahari. Api ialah symbol tuhan mereka. Terdapat tiga mazhab dalam agama ini iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah Penganut agama ini tinggal di Oman, Yaman dan Bahrain Antara penganutnya yang terkenal-Zaharah dan anaknya Hajib.

e. Agama Hanif Terdapat juga masyarakat Arab jahiliah menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s yang digelar sebagai Hunafa. Mereka tidak mengamalkan mana-mana agama. Masyarakat ini meninggalkan amalan tardisi nenek moyang mereka seperti minum arak, berjudi, makan darah dan sebagainya. Penganut agama ini menentang agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah sebelum Islam namun mereka melupakan ajaran tersebut dan mencampuradukkannya dengan amalan tradisi oleh golongan tertentu. Antara penganutnya Zaid bAmr dan Umaiyah bin Abi Salt

e. Kepercayaan lain Masyarakata Arab Jahiliah juga mempunyai kepercayaan adat yang berunsurkan karut dan tahyul Mereka percaya kepada kuasa sihir dan azimat. Mereka juga mempunyai amalan menilik nasib untuk menentukan masa depan. Mereka turut memerhatikan keadaan sekeliling untuk mengetahui petanda baik atau buruk sebelum memulakan perjalanan Mempercayai apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, gua,batu dan sebagainya.

Kesimpulan Masyarakat Arab hidup dalam keadaan kesesatan, kejahilan dan terpesong daripada akidah yang sebenar. Keadaan mereka mengalami perubahan besar setelah kedatangan Islam. Islam telah membawa kemajuan yang sempurna dan mentamadunkan orang Arab

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 2

Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. Bincangkan.

1. Definisi zaman jahiliah merujuk kepada satu masyarakat Arab yang hidup pada satu tahap antara tahun 300sm iaitu bermula ketika runtuhnya empangan Maarib dalam Kerajaan Sabak hingga tahun 610 Masihi iaitu turun ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah saw.1. Dari segi bahasa, jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu Jahala yang bererti bodoh, dungu atau jahil. Mengikut P.K Hitti, beliau telah memberi pengertian bahawa masyarakat Arab Jahiliah adalah satu masyarakat Arab yang telah mencapai tahap tamadun yang tinggi kecuali dari aspek social dan akhlak.3.Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam- masyarakat Hadari dan masyarakat Badwi4.Masyarakat Arab mempunyai struktur masyarakat dan ciri-ciri kehidupan yang tersendiri. Ciri-ciri kehidupan mereka dapat dilihat dari segi politik, ekonomi, sosial, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

PERUBAHAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT ARAB SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

1. Agama &KepercayaanZaman Jahiliah Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul. Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakatjahiliyah menganut agama ini. Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan olehpaderi mereka untuk kepentingan diri sendiri.Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi. Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk,animisme dan sihir.Zaman Islam Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa Rukun Islam : 5 perkara Rukun Iman : 6 perkara

2. AkhlakZaman jahiliah Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan. Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepadamasyarakat Jahiliah.Zaman Islam Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk. Islam menganjurkan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama,bertolak ansur dan lain-lain.

3. PolitikZaman Jahiliah Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Hal iniberpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugatoleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi. Mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah.Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah.Keadaan ini mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripadamasalah kecil. Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.Zaman Islam Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada sistem pemerintahan yang teratur. Pemerintahan berlandaskan Al- Quran dan Hadith. Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4. EkonomiZaman Jahiliah Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakat jahiliyah sangatmeruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untukmembangunkan semula empangan tersebut. Menjadikan aktiviti merompak sebagaisumber ekonomi mereka. Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dansebagainya.Zaman Islam Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. Memperkenal dasar ekonomi Islam. Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian danperniagaan. Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapatmengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.

5. Ilmu PengetahuanZaman jahiliah Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan. Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan ilmu pengetahuan hanyabersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidakdiminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.Zaman Islam Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir. Di Madinah, masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan.

6. Sistem MasyarakatZaman jahiliah Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah. Mementingkan kedudukan dalam masyarakat. Wanita dan hamba dianggap paling hina.Zaman Islam Mengamalkan perpaduan ummah. Menganjurkan persamaan taraf Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

7. Maruah wanitaZaman jahiliah Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat. Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran merekahanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki. Dianggap sebagai barang dagangan. Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri. Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.Zaman Islam Memuliakan kedudukan wanita. Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

8. PeperanganZaman jahiliah Bersifat balas dendam Berperang kerana perkaraperkara yang kecilZaman Islam Berbentuk jihad. Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan Negara Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangangolongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

9. Hubungan MasyarakatZaman jahiliah Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Mengamalkan semangat assabiyah.Zaman Islam Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummahIslamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam.

KESIMPULAN - Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.- Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yangbertamadun.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 3

Huraikan konsep ummah dan usaha-usaha Nabi dalam pembentukan ummah di Madinah.

Pendahuluan Sebelum peristiwa Hijrah, masyarakat Madinah terdiri daripada tiga golongan iaitu orang Arab, Yahudi dan Nasrani Suasana kehidupan bermasyarakat di Madinah kurang aman disebabkan oleh pergeseran yang berlaku di kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi Setelah berhijrah ke Madinah, antara tindakan yang Nabi lakukan adalah membentuk ummah Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan ummah di MadinahIsi-isi pentingKonsep Ummah Konsep ummah, iaitu masyarakat atau umat manusia Perkataan ummah disebut 40 kali di dalam al-Quran Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan kaum Nasrani Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada orang Islam sahajaUsaha-usaha Nabi dalam pembentukan ummah di Madinah(a) Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah Kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah adalah kerana baginda menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan dan panduan mentadbir negara Keadilan ialah dasar segala bentuk tindakan Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini memudahkan pembentukan masyarakat Madinah

(b) Menyatukan dan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj Kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan hingga berlaku peperangan yang panjang seperti Perang Buath Baginda menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Persaudaraan Islam menggantikan semangat assabiyah Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama

(c) Mempersaudarakan dan menyatukan orang Ansar dan Muhajirin Nabi Muhammad s.a.w. telah mempersaudarakan orang Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah dengan orang Ansar Persaudaraan Islam begitu mendalam hingga tidak terasa wujud perbezaan antara Muhajirin dengan Ansar Persaudaraan ini melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan mantap

(d) Penggubalan Piagam Madinah Piagam Madinah digubal sebaik baginda sampai di Madinah Ini dapat memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai dhimmi dan patuh kepada Piagam Madinah Membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam

(e) Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik Pembentukan masyarakat Madinah sedikit rumit kerana kaum munafik berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam Baginda menasihati para sahabat agar berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik Langkah baginda berjaya hingga tidak wujud permusuhan secara terbuka Kematian ketuanya, Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik

(f) Penyingkiran kaum Yahudi di Madinah Baginda telah menyingkirkan kaum Yahudi dari Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah berdasarkan perundangan yang adil kerana melanggar Piagam Madinah Langkah baginda berjaya memperkukuh kedudukan Islam di Madinah Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahajaKesimpulan Usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk ummah di Madinah Masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai golongan telah berjaya disatukan di bawah satu persefahaman

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 4

Sejauh manakah prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat Arab Quraisy di Makkah?

Pengenalan Nabi Muhammad telah berusaha menyebarkan ajaran Islam di Makkah secara berperingkat-peringkat Dakwah Nabi pada mulanya dilakukan secara rahsia dan kemudian secara terbuka Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. sahaja Namun selepas dilakukan secara terang-terangan dan mendapat tempat di hati sebilangan ramai orang, barulah mereka menentangnya Prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam merupakan salah satu sebab masyarakat Arab Quraisy menentang Nabi

Isi-isi Penting(a) Prinsip persamaan taraf dalam ajaran Islam Di dalam Islam semua manusia adalah sama taraf Prinsip ini bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiyah yang menjadi pegangan mereka

(b) Perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa Orang Arab Quraisy pula mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun mereka iaitu menyembah patung berhala dan mempercayai animisme

(c) Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh Penentangan ini berlaku disebabkan orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah PuakArab Quraisy bimbang jika memeluk agama Islam, kuasa dan kepimpinan Kota Makkah akan terus berada di tangan Bani Hashim yang telah memegangnya sejak zaman nenek moyang Rasulullah

(d) Bimbang hilang punca pendapatan Puak Arab Quraisy ingin mempertahankan pusaka nenek moyang mereka iaitu penyembahan berhala Islam melarang pengukiran, penjualan dan penyembahan patung berhala Puak Arab Quraisy bimbang mereka akan kehilangan punca pendapatan dan perniagaan berhala akan terjejas

(e) Takut hari pembalasan Mereka takut tentang pembalasan pada hari Kiamat. Dalam ajaran Islam perbuatan dosa akan dibalas dengan seksaan api neraka Mereka sedar telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran seperti minum arak, berzina, membunuh, mengamalkan riba dan sebagainya

(f) Perasaan iri hati Mereka berasa iri hati akan kedudukan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul Selain itu Nabi juga disanjung oleh ramai orang kerana sifat-sifat mulia yang ada pada bagindaKesimpulan Penentangan masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap Nabi bukan sahaja disebabkan oleh prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain Tentangan daripada masyarakat Quraisy Mekah sedikitpun tidak merencatkan usaha Nabi untuk berdakwah malah semakin menambahkan keazaman baginda untuk menyebarkan ajaran Islam Dalam menghadapi tentangan tersebut, Nabi telah mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke Habsyah Penentangan masyarakat Quraisy Makkah menerima tamparan hebat apabila beberapa orang pembesarnya telah memeluk Islam seperti Umar al Khattab

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar(BAB 3 : SISTEM PEMERINTAHAN)

Soalan 5

Jelaskan keistimewaan Piagam Madinah terhadap pembentukan negara Islam pertama.

Pendahuluan Konsep Piagam Madinah Dasar-dasar Piagam MadinahKeistimewaan Piagam Madinah1.Nabi Muhammad S.A.W. diterima sebagai pemerintah tertinggi. Baginda diterima sebagai seorang negarawan yang berwibawa. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah kaum. Mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan.

2.Membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh. Menentukan hak dan tanggung jawab ummah Madinah. Kewajipan bersama-sama mempertahankan negara. Mewujudkan kesedaran sebagai satu masyarakat yang kuat dan bersatu padu.

3. Mengatur hubungan orang Yahudi Orang Yahudi bebas menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka. Tidak dibenarkan menindas orang yang lemah. Mereka diberi perlindungan dan jaminan keselamatan.

4.Membentuk perpaduan umat Islam Masyarakat Madinah diasuh supaya sentiasa bersatu padu Persaudaraan Islam bertujuan mengeratkan hubungan persahabatan sesama orang Islam. Hubungan baik terjalin antara orang Islam dengan orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati dan bertanggungjawab.

5. Menegaskan konsep persamaan taraf dan keadilan.Piagam menetapkan persamaan antara semua orang.Keadilan dilaksanakan dengan penuh kejujuran.Persaudaraan Islam mengeratkan hubungan orang Islam.

KesimpulanPiagam Madinah mempunyai pengertian yang benar.Melambangkan agama Islam sentiasa dapat dipraktikkan.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 6

Huraikan faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah.

Pendahuluan Latar belakang tentang Piagam Madinah. Pembentukan negara Islam Madinah.Isi-isi PentingFaktor-faktor penggubalan Piagam Madinah Keperluan sistem perundangan yang khusus diperlukan bagi menangani masyarakat orang Islam dan bukan Islam.

Bertujuan menyatukan pelbagai suku kaum yang terdapat di Madinah.- Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan kedudukannya untuk memantau serta mengambil tindakan yang diperlukan bagi- mewujudkan iklim politik yang stabil.

Mengelak timbulnhya senario yang tidak diingini dalam kalangan kaum Aus dan Khazraj serta membendung eksploitasi kaum Yahudi.

Betujuan mendapat pengiktirafan negara-negara jiran- keselamatan negara terjamin, lambang negara yang berdaulat.

Mengukuhkan keamanan negara- masyarakat Madinah bersama-sama menggembleng tenaga menghadapi ancaman musuh,larangan menandatangani apa-apa jua persetujuan dengan pihak luar tanpa persetujuan Baginda.KesimpulanPiagam yang digubal ini menjadi garis panduan tentang prinsip umum mengenai dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 7

Bincangkan kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin di Madinah.

PendahuluanKepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. telah terserlah sewaktu baginda berada di Kota Makkah atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan RasulKepimpinan baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah

Isi-isi penting(a) Kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah Mendirikan negara Islam dan menggubal Piagam Madinah, simbol negara Islam yang berdaulat dan menjadi asas perundangan negara. Melaksanakan amalan syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan mendapat kerjasama daripada warga Madinah. Menghapuskan semangat 'asabiyyah', dilakukan melalui penerapan semangat persaudaraan, contohnya, kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan atas dasar akidah. Memperkenalkan sistem ekonomi Islam, menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Membentuk angkatan tentera, meniup semangat jihad bagi mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan negara dan maruah diri. Menyingkirkan kaum Yahudi, pengancam keselamatan negara dan diibaratkan 'barah' dalam kerajaan Islam Madinah.

Kesimpulan Kejayaan menyelesaikan pelbagai permasalahan di Madinah menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. senagai pemimpin di Madinah.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 8

Bincangkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang Nabi, Rasul dan negarawan.

Pendahuluan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh yang terbaik ( uswatun hasanah) oleh al-Quran. Baginda ialah seorang Nabi, Rasul dan pemimpin masyarakat dan negara. Baginda berkebolehan dalam setiap bidang bukan sahaja sebagai pendakwah tetapi sebagai panglima perang, perangka strategi, hakim, pendidik, penasihat dan perancang ekonomi.

Isi-isi penting(a) Nabi Muhammad s.a.w. seorang Nabi dan Rasul Baginda telah diakui sebagai seorang Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci, iaitu Taurat, Zabul, al-Quran dan juga menerusi fakta sejarah. Bahirah seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad s.a.w.

(b)Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin masyarakat Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum, Aus dan Khazraj dan antara orang Arab dengan Yahudi di Madinah.

(c)Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang pemimpin politik Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad sewaktu Kaabah dilanda banjir. Setelah itu, baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II sebelum dilantik menjadi ketua negara Islam Madinah.

(d)Nabi Muhammad s.a.w. sebagai perancang ekonomi Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.

(e)Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin tentera yang berjaya Antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak dan pembukaan semula kota Makkah.Kesimpulan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin yang terbaik untuk dicontohi oleh semua manusia terutama yang bergelar pemimpin baginda merupakan negarawan yang bijak dan berkebolehan dalam memerintah berteraskan wahyu

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar (BAB 5 : Institusi Khalifah )

Soalan 9

Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Pendahuluan Aspek pemerintahan dan pentadbiran penting dalam pemerintahan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda tidak meninggalkan wasiat siapakah yang bakal menggantikan baginda selepas baginda wafat. Empat orang khalifah telah dilantik sebagai khalifah atau pemimpin selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah berasal daripada bahasa Arab bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. Konsep khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua negara Islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda. Kaedah pemilihan khalifah dalam khulafa al-Rasyidin dibahagikan kepada dua kaedah, iaitu syura dan baiah. Oleh kerana syariah Islam tidak menyatakan dengan terperinci tentang kaedah pemilihan khalifah, maka terdapat pelbagai kaedah dilaksanakan dalam pemilihan khalifah bagi memerintah negara dan umat Islam menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Isi : Kaedah perundingan Pemilihan kaedah pertama secara baiah atau sumpah setia. Merupakan pelantikan yang mendapat persetujuan dan perundingan orang ramai perundingan dan persetujuan diadakan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan wasiat kepada sesiapa untuk dijadikan khalifah Nabi Muhammad memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk memilih pemimpin mereka Umat Islam berkumpul di Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah pertama Perbincangan yang berhemah dan penerimaan masyarakat Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. Saidina Abu Bakar telah dicalonkan oleh saidina Umar al-Khattab untuk menjadi khalifah yang pertama. Cadangan ini disokong oleh majoriti umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq terus dibaiahkan dalam syura.

Isi : Kaedah wasiat khalifah terdahulu ( pengusulan seorang calon) Pemilihan secara wasiat atau pengusulan nama seorang calon memang dianjurkan dalam Islam. Nama khalifah yang diusulkan kemudian akan diputuskan dalam Majlis Syura. Pelantikan khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua adalah dengan cara ini. Semasa khalifah Abu Bakar sedang sakit, beliau telah mencadangkan saidina Umar al-Khattab sebagai penggantinya bagi mengelakkan kemunculan golongan al-Riddah. Pencalonan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam. Selepas kewafatan kahlifah Abu Bakar, saidina Umar Al-Khattab dilantik melalui musyawarah dan menerima baiah daripada umat Islam.

Isi : Kaedah musyawarah (pengusulan sekumpulan calon) Khalifah sebelumnya akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat. Kaedah ini digunakan dalam pemilihan saidina Uthman bi Affan sebagai khalifah ketiga. Saidina Umar mengemukakan nama enam orang calon iaitu, saidina Uthman bi Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas dan Zuber a-Awwam. Pemilihan calon diadakan selepas kewafatan khalifah Umar al-Khattab. Saidina Uthman dipilih kerana kelebihan undi dan terus dibaiahkan serta dilantik sebagai khalifah ketiga.

Isi : Kaedah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat Masyarakat Islam mencadangkan keturunannya menjadi khalifah yang seterusnya. Digunakan dalam pemilihan khalifah Ali Bin Abu Talib selepas kewafatan khalifah ketiga, berlaku pergolakan dalam menentukan bakal khalifah yang seterusnya. Penduduk Mesir mencadangkan saidina Ali, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah dan penduduk Kufah pula mencadangkan Zuber al-awwam sebagai khalifah. Saidina Ali bin Abu Talib akhirnya dipilih dala musyawarah dan khalifah Ali menerima jawatan ini atas desakan para sahabat.

KesimpulanPerlantikan khalifah pada zaman ini menunjukkan amalan demokrasi. Pemilihan dibuat dalam Majlis Syura dan kemudian dibaiahkan oleh umat Islam. Pada zaman kerajaan Bani Umayyah, sistem ini diubah dan jawatan khalifah menjadi warisan keluarga Bani Umayyah.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 10

Bandingkan corak pemerintahan dan pentadbiran khalifah Umar al-Khattab dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pendahuluan Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul. Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama yang mengasaskan negara Islam Madinah yang berteraskan wahyu untuk menjadi garis panduan tentang asas-asas pemerintahan bagi seluruh umat manusia.

Isi-isi pentinga) Latar belakang Khalifah Umar Bin al-Khattab

Nama lengkap khalifah Umar bin al-Khattab ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal daripada keturunan Bani Adi(Quraisy). Dilahirkan di Kota Makkah 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Memeluk Islam pada tahun kelima kerasulan nabi Muhammad s.a.w ketika berusia 33 tahun. Dilantik menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat.

b) Latar belakang Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menaiki takhta pada tahun 717 M dan merupakan khalifah Umayyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 683 M di Madinah. Mempunyai pertalian darah dengan keturunan khalifah Umar bin al-Khattab melalui belah ibunya. Sejak kecil, beliau telah menghafaz Al-Quran. Beliau juga mendalami ilmu hadis, syair Arab dan Sastera di Madinah.

c) Dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab

i) Pentadbiran wilayah yang ditakluki diketuai oleh gabenor atau wali yang bertanggungjawab kepada khalifah. Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian, pegawai polis, pegawai perbendaharaan megara dan seorang kadi diwujudkan.

ii) Penubuhan Baitulmal merupakan tempat untuk simpanan harta. Harta tersebut merupakan harta yang dikutip melalui zakat, jizyah, kharaj, usyur danharta peninggalan tanpa waris.

iii) Pentadbiran tanah tanah dibahagiakan kepada dua iaitu Dhimmah dan sawafi. Dhimmah iaitu tanah bertuan dan sawafi iaitu tanah yang tidak bertuan.

iv) Membentuk Majlis Syura merupakan lembaga atau majlis perundangan negra yang tertinggi yang telah ditubuhkan oleh khalifah Umar bin al-Khattab. Antara tanggungjawab majlis ini ialah menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara. Selain intu, majlis ini juga membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan. Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Thabit, Muadh bin Jabbal da Sa'ad biin Abi Waqas.

v) Perluasan Wilayah kerajaan Islam. Melalui dasar pembukaan negara dan kawasan baharu. Antara kawasan yang berjaya dikuasai ialah Syam, Mesir dan Afrika Utara.

c) Dasar pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Menghentikan ekspedisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di medan peperangan termasuk tentera pimpinan Maslamah Abdul Malik yang sedang mengepung kota Konstantinople. Membezakan cukai jizyah dan kharaj. Jizyah ialahcukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam manakala kharaj pula merupakan cuki yang dikenakan kepad semua pemilik tanah taklukan dan zakat pula hanya kepada orang Islam. Membenarkan orang yang memeluk Islam erpindah dari kawasan desa ke kawasan bandar. Mewujudkan persamaan hak antara umat Islam. Menghapuskan majlis-majlis perayaan yang membazir wang negara. Menyamaratakan kedudukan orang Arab dengan bukan Arab dengan memberi tanggungjawab bersama terhadap masyarakat dan negara. Menghentikan penentangan dan sikap kecam-mengecam terhadap pihak kaum pemberontak. Sebaliknya, berbincang bagi mencari jalan penyelesaian. Sebagai contoh, perbincangan beliau dengan Saudhah, iaitu Ketua kaum Khawarij dan akhirnya Saudhah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau. Menghantar para mubaligh untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia temasuk China, Indi dan rantau Asia Tenggara.

Kesimpulan

Pemerintahan zaman khalifah Umar bin al-Khattab penuh dengan kemakmuran kerana beliau berani dan mantadbir dengan baik sehingga digelar sebaga Amirul Mukminin. Pemerintahan zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, negeri mengalami kemakmuran walaupun beliau hanya memerintah selama lebih kurang dua setengah tahun sahaja.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 11

Huraikan sumbangan dan jasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah yang menyelamatkan negara Islam.

Latar belakang Khalifah Abu Bakar al-Siddiq-dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11 Hijrah .Beliau digelar al-Siddiq kerana beliau membenarkan segala peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah Beliau mempunyai akhlak yang mulia, arif dalam bahasa Arab . Orang dewasa pertama memeluk Islam dan sentiasa bersama-sama Rasulullah Selepas memeluk Islam ,beliau meninggalkan pkerjaannya sebagai peniaga pakaian dan memberikan perhatian sepenuhnya untuk menyebarkan agama Islam Orang paling kanan di sisi Rasulullah Dilantik sebagai khalifah atas cadangan Saidina Umar al-Khattab. Khalifah abu Bakar menghadapi cabaran besar tetapi Berjaya mengatasi segalanya.

Isi: Sumbangan dan Jasa Khalifah Abu Bakar1.Menyelamatkan Negara Islam dengan menentang golongan al-Riddah Golongan al-riddah muncul sebagai musuh Islam Terdiri daripada tiga kumpulan, golongan murtad , golongan yang enggan membayar zakat dn golongan yang mengakui nabi nabi palsu Khalifah Abu Bakar membentuk 11 pasukan tentera memerangi golongan ini kerana golongan ini boleh menghancurkan Negara Islam dan memecah-belahkan umat Islam Nabi-nabi palsu banyak terkorban dan golongan yang enggan membayar zakat rela membayarnya Golongan murtad bersetuju untuk kembali ke jalan Allah SWT2. Menyelesaikan masalah pelantikan khalifah Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW berlaku perselisihan, golongan Ansar berkumpul di Dewan Bani Saadah untuk menentukan bakal pengganti baginda. Golongan Ansar hampir-hampir memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua Saidina Abu Bakar dapat menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana Mencadangkan supaya pemimpin mestilah dipilih daripada golongan Muhajirin kerana mengenangkan jasa mereka terhadap Islam

3.Meneruskan gerakan ketenteraan Untuk mengelakkan perpecahan dan perselisihan faham, Khalifah Abu Bakar menerima jawatan ini Semasa beliau sakit tenat , beliau terus mencadangkan Saidina Umar al-Khattab untuk mengelakkan daripada masalah yang sama berulang. Sebelum kewafatan Rasulullah SAW , baginda ingin menyerang wilayah Ghassan kerana penduduk di situ ditindas oleh penjajah Rom dan utusan Nabi Muhammad Khalifah Abu Bakar meneruskan rancangan walaupun tidak dipersetujui oleh sahabat Rasulullah Usamah bin Zaid meneruskan ketenteraan .Berperang selama 40 hari dan tentera Islam memperoleh kemenangan Tindakan khalifah Abu Bakar menguatkan pertahanan madinah dan menaikkan imej kota Madinah4. Penulisan al-Quran Semasa perang al-Riddah ramai sahabat terkorban Ramai sahabat merupakan penghafal al-Quran Menimbulkan kesedaran tentang bahaya jika terhapusnya al-Quran Khalifah Abu Bakar menerima cadangan para sahabat untuk menulis ayat al-Quran Zaid bin Sabit dilantik untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskhah al-Quran Naskhah ditulis dan disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Kesimpulannya Sumbangan Khalifah Abu Bakar sangat dihargai walaupun tempoh pemerintahan yang singkat, lebih kurang dua tahun Berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting yang mengancam kedaulatan Madinah Digelar Penyelamat oleh Sejarawan Islam kerana sumbangan beliau mengukuhkan kedudukan kota Madinah

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 12

Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang pemerintahannya.

Pendahuluan Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehingga tahun 1258 M. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi . Sebelum menaiki takhta , baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M. Beliau seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda menuju era kegemilangan.Isi Utama Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negara lain Byzantine, Perancis dan Andalusia bagi meluaskan syiar Islam dan mengukuhkan kerajaan Abbasiyah Hubungan antara kerajaan tersebut dengan Perancis dijalin kerana Perancis juga bermusuhan dengan kerajaan Umayyah di Andalus. Hubungan Khlkifah Harun al-Rasyid dengan Charlemenge amat erat, malah sering bertukar cenderahati Khalifah Harun al-Rasyid juga Berjaya memaksa Byzantine menbuat perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah berikutan tindakan tentera tersebut yang menyerang wilah Islam di Asia Minor.Melalui perjanjian tersebut, Byzantine bersedia membayar 90 ribu dirham kepada Khalifah Harun al_Rasyid dan membenarkan Islam dikembangkan di Byzantine Keengganan Nicephorus menepati perjanjian awal yang dimeterai menyebabkan Khalifah Harun al_Rasyid tentera menuju ke Asia Minor.Baginda Berjaya menawan beberpa wilayah Heracelan, Tyans, Iconium dan Emphesus sehingga memaksa Nicephorus tunduk semula serta sanggup membayar ufti kepada kerajaan Islam Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmakiyang semakin kukuh. Antara tindakan yang dilakukan ialah mengahwini Puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Baraki.Tindkan tersebut menghilangkan pengaruh keluaga Barmaki dalam kerjaan baginda. Bagind ajuga telah menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untuk menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia dan Afrika Selatan Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di lautan dan di pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah, sekali gus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri Dalam bidang ekonomi, Khalifah harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan . baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada petani. Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampsan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan Khalifah harun al-Rasyid juga memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan dengan meluaskan hubungannya dengan ke Eropah, China dan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, laut Meditersanean, Tunisia dan maghribi Khalifah Harun al-rasyid juga mencintai ilmu pengetahuan sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan.Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab.Buku-buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab. Sehubungan dengan itu baginda telah membina Baitul hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah, sejarah dan geografi Bandar-bandar Islam seoperti Madinah, Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan. Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan terkenal seperti Imam Muhammad ,Al-hajaj bin Matar, Yuhanna bin Musawaih dan Suffian al-Thauri . Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu kegiatan pembukuan penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang daripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahanKesimpulan Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan Kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjaya menghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang teguh.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 13

Huraikan organisasi pentadbiran dalam pentadbiran pusat dan wilayah yang dijalankan oleh Maharaja Akhbar.

Latar belakang Maharaja Akhbar Jalaluddin Muhammad Akhbar (Akhbar Agung)ialah anak kepada Humayun, iaitu pemerintah empayar Moghul yang kedua (1556 1605M) Pada 14 Februari 1556, Akhbar menggantikan ayahnya yang meninggal dunia. Akhbar menjadi pemerintah Moghul yang ketiga. Semamsa menaiki takhta beliau berusia 13 tahun. Ketika pemerintahannya, Akhbar Berjaya menghapuskan ancaman daripada Sher Shah Berkahwin dengan seorang puteri Rajput Dirundung malang pada tahun-tahun akhir pemerintahannya akibat salah laku anak-anaknya Akhbar meninggal dunia pada 15 Oktober 1605 dan disemadikan di Sikandra, berhampiran Agra.Pentadbiran Pusat dan WilayahBentuk dan sistem pemerintahan Akhbar menjalankan system pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah Telah mengasingkan politik dengan agama dan menghapuskan perbezaan dari segi agama dan bangsa. Contohnya orang bukan Islam mendapat kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam bagi mengisi jawatan dan pentadbiran Pada tahun 1581M, baginda memperkenalkan agama baharu, iaitu Din Ilahi (gabungan agama Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster) Telah meghapuskan amalan perhambaan dan disokong oleh rakyat Turut menghapuskan bayaran jizyah dengan alas an mewujudkan keadilan dan membekalkan kestabilan empayarnya Kerajaan Akhbar berasaskan pewarisan dan baginda menjadi ketua Negara yang bergelar sultan (maharaja) Sultan memerintah dan mempunyai kuasa mutlak serta dibantu oleh pegawai yang dilantik seperti Bairam Khan (perdana Menteri) Navratnas (Sembilan Permata)

OrganisasiPentadbiranPeringkat Pusat: Mewujudkan Mansabdar yang dijalankan oleh pegawai yang dilantik untuk melakukan tugas-tugas pentadbiran awam Serta ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat. Di setiap peringkat, Mansabdar memerintah satu batalion tentera (antara 10 hingga 1000orang) Jawatan-jawatan utama yang lain, iaitu:a) Wakil (perdana menteri)b) Wazir (menteri) Menteri kewangan ialah menteri paling kanan selepas perdana menteric) Ketua Turus Angkatan Tentera dipanggil sebagai 'Khan Qanan'. Ia bertanggunjawab terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul keluarga diraja sahajad) Kadi besar bertanggungjawab terhadap kehakimane) Muhtasib menjaga moral awamf) Diwan mengurus hal-hal kewangang) Mir Bakshi menjaga soal akaun dan gaji tentera h) Sard-us-Sudur bertanggungjawab tentang hal agama dan kebajikani) Kotwal menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi pengintip dan mengesan pencuriPeringkat Wilayah: India dibahagikan kepada 18 wilayah(subas) ketika akhbar memerintah Di setiap wilayah (subas) dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar) Faudjar bertanggungjawab menguruskan pentadbiran diperingkat daerah Di setiap sarkar dibahagikan kepada parganah (mukim) dan mahal (kampung)

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 14

Bincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

Pendahuluan Pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW Khalifah al-Rasyidin mengamalkan system iniyang diwarisio dari zaman Rasulullah SAW Struktur/bentuk pemerintahan Khulafa' al-Rasyidindapat dibahagikab kepada dua, iaitu: kerajaan pusat dan kerajaan wilayahIsi-Isi pentingIsi 1:i. Kerajaan pusat menguruskan semua hal ehwal pemerintahanii. Kerajaan pusat memainkan peranan yang lebih besar dalam pentadbiran, kerajaan wilayah tertakluk di bawah kerajaan pusatiii. Diketuai oleh khalifah, dilantil secara demokrasiiv. Khalifah memerintah dari pusat pentadbiran kerajaan, mempunyai kuasa tertinggiIsi 2:i. Pemerintahan pusat dikendalikan berdasarkan tiga rujukan utamaii. Al-Quran mengariskan panduan umum dan teori, sunnah memperincikan dalam bentuk praktikal, ijmak diguna dalam perkara yang tidak jelas nasnyaiii. Pemerintahan pusat dibantu oleh menteri dalam Majlis Syuraiv. Menteri dan Majlis Syura dianggotai oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan Khulafa' al-RasyidinIsi 3:i. Pemerintahan dan pentadbiran wilayah terletak di bawah kerajaan pusatii. Mempunyai kuasa autonomi yang terbatasiii. Diketuai oleh gabenor dan dibantu para pembesar/waziriv. Pemerinyah wilayah bertukar mengikut khalifahIsi 4:i. Bertanggungjawab membantu kerajaan pusat dalam banyak perkaraii. Perlu mematuhi arahan kerajaan pusatiii. Pembangunan wilayah tertakluk pada kerajaan pusatKesimpulan Pemerintahan dan pentadbiran kerajaan pada zamanKhulafa' al-Rasyidin terbahagi dua Setiap tahap pemerintahan ada fungsi dan tanggungjawab tersendiri Kerajaan pusat memerlukan sokongan kerajaan wilayah dan sebaliknya Pemerintahan bercirikan zaman Rasulullah SAW

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 15

Huraikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pendahuluan 1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi Ghazwah peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada pertempuran. Sariyyah peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah sebanyak 47 sariyyah.2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam.3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan.4. Latar belakang Nabi Muhammad secara ringkas.

Isi-isi penting1.Contoh kepimpinan yang terbaik Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid. Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.

2. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam. Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

3.Sering berbincang dengan para sahabat Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat. Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan kuasa secara mutlak. Dalam Perang Khandak Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.

4. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan. Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang. Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh, Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.

5.Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan. Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf contoh dalam Perang Badar Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera. Baginda menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.

6. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan. Contoh, Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif. Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam Perang Badar dan Perang Uhud.

7.Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan Menguasai takungan air dalam peperangan Badar tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga. Menggunakan taktik menunggu dalam perang Badar Penyusunan barisan tentera Islam dalam perang Uhud Taktik bertahan perang Uhud dan Khandak Taktik menggali parit perang Khandak

8.Memberi kefahaman tentang konsep jihad Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang dalam Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh, perang Ahzab, dll.

Kesimpulan 1. Kepimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 16

Jelaskan pengertian jihad dan etika peperangan yang disyorkan oleh Islam.

Pendahuluan Islam tidak menggalakkan peperangan, setelah wahyu diturunkan Nabi Muhammad telah membentuk angkatan tentera yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar Penubuhan tentera Islam bertujuan mempertahankan negara, maruah serta kesucian Islam daripad ancaman musuh Islam telah menggariskan prinsip dan tatacara tertentu bagi tentera Islam supaya tentera Islam tidak melampaui batas

Isi-isi penting1. Jihad Bahasa : bermaksud kesulitan, beban, kesungguhan atau keupayaan. Asal dari perkataan al-Jahdu dan al-Jihad: pengerahan seluruh tenaga bagi mendapatkan atau menolak sesuatu yang diingini atau dibenci Istilah syarak: perang dan membantu semua persiapan perang

2. Etika peperangan Memberi pilihan sebelum berperang - contoh zaman Khalifah Abu Bakar beri pilihan kepada penduduk Hirah sama ada menganut agama Islam, berdamai atau berperang Menyerang sekiranya diserang musuh terlebih dahulu. Contoh dalam Perang Badar, tentera Islam menunggu serangan musuh Tidak boleh serang golongan tertentu - seperti kanak-kanak, wanita, orang cacat, lumpuh, paderi dan pendeta. Semasa zaman Khulafa al Rasyidin golongan ini tidak dikenakan jizyah kerana tidak mengancam keselamatan Islam Tidak boleh merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah/memusnahkan bangunan- kecuali darurat seperti menghalang gerakan. Contoh, ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengepung kota Taif Tidak boleh perangi musuh yang menyerah kalah/kafir zimmi/ mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam Tidak boleh mengaibkan musuh seperti cencang mayat seperti yang berlaku dalam Perang Uhud, apabila jasad Saidina Hamzah diperlakukan oleh Hindun binti Utbah Wajid mematuhi sebarang perjanjian damai - contohnya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad s.a.w. tetap menerima syarat perjanjian walaupun lebih memihak kepada musuh. Akhirnya dilanggari sendiri oleh pihak musuh dan memberi peluang kepada baginda membuka kota Mekah Melayan tawanan perang dengan baik inin adalah cara dakwah yang diajar Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah diplomasi digunakan iaitu tawanan harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ramai yang telah memeluk Islam disebabkan cara ini

Kesimpulan Etika peperangan bukan sahaja memberi kesan positif kepada tentera-tentera Islam malah menjadi satu cara saluran dakwah Etika peperangan ini menyebabkan ramai musuh Islam menerima agama ini seperti yang berlaku dalam Perang Badar

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 17

Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dan memperaktikkan taktik dan strategi peperangan. Bincangkan taktik dan strategi yang dilaksanakan oleh baginda.

Pendahuluan Islam hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan baginda menggunakan beberapa rancangan strategi sebelum peperangan.Isi-isi penting1. Taktik Taktik Menunggu Musuh :Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas. Taktik al Saf :Digunakan dalam Perang Badar.Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang. Taktik Menggali Parit :Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh. Taktik Kepungan :Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa al-Rasyidin.Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh. Taktik Penyamaran :Digunakan sewaktu Perang Khandak.Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.Musuh akhirnya tewas.

2. Strategi Menguasai tempat strategik contoh Perang Badar(2H). Tindakan pantas tentera Islam menguasai kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.

Menanti kedatangan musuh atau bertahan- Perang Khandak, atas cadangan Salman al Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota Madinah sebagai benteng.

Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka- Perang Tabuk, kesinambungan dari Perang Mutah(8H) berperang dengan tentera Byzantine yang besar jumlahnya. Tidak mengejar musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh. Ini memberi kemenangan moral kepada tentera Islam

Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi - Perang Taif, ke atas benteng pertahanan pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin Auf. Nabi juga memberi amaran kepada Bani Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk di bawah pemerintahan Islam. Strategi ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.Kesimpulan : Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 18

Bincangkan bentuk hubungan luar, iaitu naungan melalui bayaran jizyah semasa zaman Khulafa al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.

Pendahuluan Jizyah ialah ufti yang dibayar oleh Negara bukan Islam kepada Negara Islam Boleh dianggap sebagai cukai politik dan dikenakan ke atas golongan pembayar jizyah yang digelar sebagai Zimmi Perlu dibayar secara tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut. Orang bukan Islam atau Zimmiyang dikenakan jizyah ialah individu yang sihat, waras, tidak cacat, sudah mencapai akil baligh, orang lelaki yang merdeka dan orang yang tidak menderita penyakit berpanjangan. Orang miskin dan orang tua dikecualikan. Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan dapat berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua kategori iaitu, secara baik-jizyah dibayar atas kerelaan serta persetujuan antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam dan secara paksaan-pemerintah Islam akan menentukan kadar jizyah yang perlu diberi apabila berlakunya hubungan antara mereka dengan pemerintah IslamIsi-isi PentingA. Zaman Khulafaal-RasyidinIsi 1: Pembayaran jizyah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, jizyah menjadi lebih signifikan kerana dasar peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu dirham setahun sebagai jizyah. Melalui jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi wilayah naunan kerajaan Madinah. Contohnya,pada zaman Khalifah Abu Bakaral-Siddiq, kerajaan al-Anbar dan Ain al-Tamartelah menjadi naunan kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya menawan kedua-dua kerajaan tersebut. Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekali gus membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.Isi 2 Zaman Khalifah Umar al-Khattab, sistem jizyah masih diguna pakai dan dimantapkan. Khalifah Umar al-Khattab menugaskan para Gabenor untuk

bertanggungjawab dalam urusan urusan pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah taklukan Islam. Sebagai contoh, gabenor-gabenor bagi wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh wilayah tersebut. Lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umaral-Khattab berikuan dasar perluasan yang dilaksanakan oleh khalifah. Kebanyakan kerajaan-kerajaan wilayah ini membayar jizyah kepada pemerintah Islam dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan. Antara wilayah tersebut ialah Tripoli, Nabawan, dan Qairawan. Semasa Khalifah Uthman bin Affan, wilayah-wilayah tersebut masih kekal sebagai negeri naungan kerajaan Islam Madinah dan hasil pungutan jizyah menambahkan lagi hasil pendapatan negara. Namun, akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.

B. Zaman Khalifah Bani UmaiyahIsi 3 Sistem ini turut diamalkan pada zaman Khalifah Bani Umaiyah. Para khalifah Bani Umaiyah masih lagi mengamalkan sistem jizyah tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah-khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islamyang berpusat di Damsyik.

Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, jizyah dikenakan ke atas golongan Mawali, iaitu orang bukan Islam berketurunan Arab, namun jizyah ini ditentang oleh puak Syiah kerana dianggap sebagai penindasan. Pungutan jizyah juga pada masa itu bertujuan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan naungan Islam, iaitu Byzantine yang telah berjanji untuk melindungi keselamatan kerajaan Bani Umaiyah di samping untuk menambah pendapatan negara.Isi 4 Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, pembayaran jizyah oleh kerajaan naungan digunakan untuk meluaskan syiar Islam dan menambah pendapatan Negara. Khalifah al-Walidbin Abdul Malik melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah yang ditakluk sebagai naungan kerajaan Islam Bani Umaiyah dan dalam masa yang sama mengembangkan syiar Islam. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah. KhalifahUmar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau. Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan campur antara golongan bukan Arab dengan golongan Arab. Apabila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh golongan petani.

Kesimpulan Jizyah yang dibayar oleh golongan Zimmi digunakan untuk pembangunan dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka. Layanan dan hak yang sama diberikan kepada orang bukan Islam dan orang Islam. Syiar Islam dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan Islam

TEMA 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Soalan 19

Huraikan perkembangan hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman Nabi Muhammd SAW dan Khulafa al-Rasyidin.

Pengenalan Pada zaman Nabi Muhammad saw terdapat beberapa perjanjian ataupun jalinan hubungan diplomatik yang dilaksanakan oleh Rasuullah S.A.W bersama dengan bangsa-bangsa dan negara-negara yang lain. Semua ini membuktikan bahawa Islam mengharuskan hubungan diplomatik tersebut dilakukan untuk kebaikan secara bersama antara dua pihak yang terlibat dan tidak member sebarang mudarat dan keburukan. Hubungan ini bermula selepas berlakunya perjanjian damai-Perjanjian Hudaibiyah pada tahun keenam Hijrah.

Isi-isiPerjanjian Damai-Perjanjian Hudaibiyah Berlaku pada bulan Zulkaedah pada tahun keenam Hijrah Berlaku disatu tempa tbernama Hudaibiyah berhampiran Makkah Umat Islam berasakan mereka berhak untuk menunaikan ibadah di Masjidil al-Haram selepas kemenangan Islam ke atas Quraisy dan penyebaranIslam semakin meluas bangsa Rasulullah S.A.W telah bermimpi melakukan ibadah umrah di Makkah dan berita itu telah dsiambut dengan gembira oleh sahabat-sahabat. Isnin, 1 Zulkaedah tahun ke-6H, Rasulullah S.A.W memulakan perjalankan ke Makkah bersama 1400 orang Islam.Umat Islam keluar membawa pedang yang tersimpan dalam sarungnya dengan tujuan mempertahankan diri seandainya diserang sahaja. Dalam perjalanan, sesampai di Zi Tuwa, rombongan Rasulullah dihalang oleh Khalid bin al-Walid yang ditugaskan oleh Quraisy bersama-sama 200 orang tentera berkuda untuk menyekat Rasulullsh saw. Namun, Rasulullah dan rombongan berjaya melepaskan diri daripada pasukan Khalid dengan melalui jalan yang tidak digunakan orang untuk menuju ke Makkah. Sampai di Hudaibiyah, rombongan Rasulullah saw berhenti dan baginda menghantar Uthman bin Affan sebagai duta Islam kepada Quraisy. Uthman ditugaskan menyampaikan kepada Quraisy Makkah bahawa tujuan rombongan Rasulullah saw bukan untuk berperang tetapi untuk menunaikan ibadah umrah Berita kematian Uthman tersebar luasdan Rasulullah saw telah mengambil baiah daripada rombongannya iaitu sumpah setia dan mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir kerana membela Uthman. Baiah ini dinamakan Baiah al- Ridwan dan menyebabkan kaum Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk membawa mesej perdamaian. Perbincangan antara Rasulullah saw dan Suhaik bin Amru mengasaskan Perjanjian Hudaibiyah berdasarkan beberapa ciri. Rasulullah menerima perjanjian ini kerana perjanjian tersebut amat menguntungkan umat Islam dalam jangka panjang walaupun ada sahabat yang tidak bersetuju. Perjanjian ini menjadi pengiktirafan terhadap kekuatan umat Islam

Surat Diplomatik Rasulullah mengutuskan beberapa utusan kepada raja-raja dan pemerintah yang mempunyai kekuasaan di beberapa wilayah. Kandungan surat mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta kaum dan rakyat lain untuk memeluk agama Islam. Surat-surat ini ditandatangani dengan cop mohor berupa cincon perak yang berukiran kalimat Muhammad Rasulullah. Sesetengah mereka menerima seruan Rasulullah dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh menerima utusan tersebut. Baginda menggunakan segala cara untuk menyampaikan Islam ke merata dunia termasuklah pemerintah di Damsyik, pemerintah di Yamamah, Raja Iskandariah, Maharaja Rom, Raja Parsi dan beberapa pemerintah dan ketua negara yang lain.a. Surat untuk Raja Habsyah melalui utusan Amru bin Umaiyah Nabi Muhammad saw mengutuskan Amru bin Umaiyah sebagai wakil menemui Raja Habsyah Raja Habsyah ialah raja beragama Kristian yang bernamaAsyam bin al- Jabr atau lebih dikenali sebagai Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima surat Rasulullah saw dan kemudiannya membalas surat baginda.b. untuk Surat Raja Bahrain melalui utusan Ala bin Hadrami Ala bin Hadrami dihantar sebagai wakil membawa surat kepada Raja Bahrain Raja Bahrain ketika ituMunzir bin Sawa(Sadi). Raja Munzir berbesar hati menerima utusan itu dan memeluk Islam.c. Surat untuk Raja Oman melalui Amr bin Al-As Amr bin Al-As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk surat. Kedua-dua raja Oman, iaitu Jayfar dan Abbed bin Julundi memeluk Islamd. Surat untuk pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam melalui utusan Shuja bin Wahb al-Asadi Rasulullah saw mengutuskan Shuja bin Wahb al-Asadi dengan membawa surat menemui pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam yang bernama Munzir bin Abi Shamsir al-Ghassani. Sambutan yang diberi adalah kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah. Namun, pujukan Shuja berjaya menenangkan mereka dan melayan utusan ini dengan penuh hormat dan sopan. Namun mereka tidak memeluk Islam.e. Surat untuk pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin Amr Salit bin Amrdihantar sebagai wakil Rasulullah menemui pemerintah Yamamah iaitu Hauzah bin Ali yang beragama Kristian Beliau menyatakan persetujuan memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah sebagai separuh negara Islam. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari setelah beliau menyatakan syaratnya.f. Surat untuk Raja Iskandariah melalui utusanBatib bin abi Baltaab Hatib diutuskan sebagai wakil Rasulullah untuk menemui pemerintah Iskandariah (penguasa Mesir) Jarih bin Matthew (dikenali sebagai Raja Muqauqis). Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah dengan penuh hormat. Beliau juga mengirimkan hadiah kepada Rasulullah sebagai tanda persahabatan.

g. Surat untuk Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-Kalbi Dihiyah bin Khalifah bin al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraclueus. Surat daripada Rasulullah menyeru Heracleus memeluk Islam diterima ketika mereka meraikan kemenengan ke atas Parsi. Walau bagaimanapun Heracleus menerima surat daripada Rasulullah dan ingin mengetahui kebenaran kenabian MuhammadS.A.W. Abu Sufyan yang sedang mengetuai kafilah perdagangan Quraisy diminta memberi pendapat mengenai keperibadian, kedudukan social dan kejujuran Rasulullah untuk membuktikan kenabian Muhammad S.A.W. Heracleus mengakui kenabian Muhammad S.A.W dan melayan wakil baginda dengan penuh hormat tetapi beliau tidak memeluk agama Islam.h.Surat untuk Raja Parsi melalui Abdullah bin Huzaifa- Abdullah bin Huzaifah membawa Raja Parsi, Khasroe Pervez- Raja Parsi begitu marah selepas membawa surat tersebut lalu mengoyakkan kerana berasa terhina kerana menganggap salah seorang rakyatnya iaitu Rasulullah berani menulis namanya sebelum nama Raja Parsi- Abdullah kembali ke Madinah dan memaklumkan tindakan Raja Parsi mengoyakkan surat tersebut. Rasulullah menyatakan bahawa kerajaan dan empayar Kharoe Pervez akan musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.- Hal ini terbukti apabila Parsi kalah dalam peperangan dalam peperangan dengan Rom. Seharusnya kerajaan Parsi telah jatuh dan hancur sehingga akhirnya ditakluki oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.i. Surat untuk Amir, pemimpin dan pemerintah yang lain- beberapa pemerintah lain yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menerima seruan Rasulullah saw ialah:- Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun kelima Hijrah. Walau bagaimanapun beliau dibunuh atas arahan daripada pemerintah Rom.- Thumamah dari Najdyang memeluk Islampada tahun keenam Hijrah.- Jablin, pemerintah Ghassan memelik Islam pada tahun ketujuh Hijrah/- Kedar, pemerintahDaunataul Jandal memeluk Islam pada tahunkesembilan Hijrah.- Dzul Kala bin Himyar, Raja Himyar memeluk Islam, baginda telah membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.- Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah saw telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Ada antara mereka yang beriman dan ada sebahagian yang kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama Muhammaddan agamanya Islam.

Hubungan diplomatik zaman Khalifah al-Rasyidin Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, hubungan negara Islam dengan negara luar khususnya kuasa-kuasa besar dunia adalah agak tegang. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan Islam di Madinah daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan Islam di Madinah. Beliau meneruskan perancangan Rasulullah S.A.W yang tergendala kerana kewafatan baginda iaitu menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke Syam untuk melindungi umat Islam daripada ancaman Rom. Beliau melantik panglima perang, Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera yang dipecahkan kepada empat battalion tentera seperti yang berikut:a. Batalion pertama dipimpin oleh Yazid bin Abi Sufian ;b. Batalion kedua Dipimpin oleh Shurahbil bin Hasanah ;c. Batalion ketiga dipimpin oleh abu Ubaidah al-Jarrah ; dand. Battalion keempat dipimpin oleh Amru bin al-As Khalid berjaya memimpin angkatan tersebut dalam peperangan Ajnadin pada tahun 13 Hijrah (634M) menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan Timur dan Utara Palestin Siasah hubungan luar pada zaman Khalifah Abu bakar diteruskan oleh Khalifah-khalifah selepas beliau. Kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan ke atas negara-negara yang enggan menjalinkan kerjasama Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam berkembang dengan pesat. Beliau menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada empayar Parsi sekaligus menamatkan hayat Empayar Parsi. Beliau juga menawan Mesir, palestin, Syam, Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur) Kota Baitulmuqqadis telah berjaya ditakluki tentera Islam pada 637 M Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam juga telah diperluaskan lagi hingga ke Afghanstan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli Pada zaman Khalifah Ali, hubungan diplomatic tidak dapat diperluaskan kerana sibuk dengan pergolakan dalaman.

Kesimpulan : Hubungan diplomatik dari zaman Rasulullah S.A.W hingga ke zaman Khulafa al-Rasyidin memperlihatkan usaha penyebaran Islam secara aman dan perdamaian. Walaupun terdapat penentangan daripada kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi namun hubungan diplomatik tetap dijalankan sebagai alternatif terbaik untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia.