1kertas kerja seminar kefahaman islam mengenai … · seminar kefahaman islam mengenai makanan...

17
1 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia”” “MAKANAN TIRUAN : TERJAMINKAH KESELAMATAN MAKANAN DI MALAYSIA?” Mohd Salim bin Dulatti 1 Badruzzaman bin Abdul Rahim 2 Nurul Huda binti Aziz 3 ABSTRAK Kawalan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan adalah amat penting untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan dan memastikan makanan yang dijual adalah selamat. Di Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan badan utama yang bertanggunjawab dalam kawalan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Selain BKKM, agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut berperanan dalam kawalan makanan di peringkat ladang dan pintu masuk manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mempunyai peranan yang tersendiri. Di negara ini, kesemua kategori makanan dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Setiap kategori makanan telah ditetapkan standard tertentu bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat. Hasil pemantauan berterusan BKKM dan agensi-agensi berkaitan tahap keselamatan makanan di negara ini adalah sentiasa terjamin. 1 Pengarah Kanan BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia 2 Ketua Penolong Pengarah, BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia 3 Penolong Pengarah Kanan, BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: others

Post on 14-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

1 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

“MAKANAN TIRUAN : TERJAMINKAH KESELAMATAN MAKANAN

DI MALAYSIA?”

Mohd Salim bin Dulatti1

Badruzzaman bin Abdul Rahim2

Nurul Huda binti Aziz3

ABSTRAK

Kawalan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan adalah amat penting untuk

mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan dan memastikan makanan yang dijual

adalah selamat. Di Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),

Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan badan utama yang bertanggunjawab

dalam kawalan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Selain BKKM,

agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut berperanan

dalam kawalan makanan di peringkat ladang dan pintu masuk manakala pihak

berkuasa tempatan (PBT) turut mempunyai peranan yang tersendiri. Di negara ini,

kesemua kategori makanan dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan

di bawahnya. Setiap kategori makanan telah ditetapkan standard tertentu bagi

memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat. Hasil pemantauan berterusan

BKKM dan agensi-agensi berkaitan tahap keselamatan makanan di negara ini adalah

sentiasa terjamin.

1Pengarah Kanan BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia

2Ketua Penolong Pengarah, BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia

3Penolong Pengarah Kanan, BKKM, Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 2: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

2 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

PENGENALAN

Keselamatan makanan merujuk kepada cara pengendalian, penyediaan dan

penyimpanan makanan untuk mengurangkan sebaik-baiknya risiko orang ramai

daripada mendapat penyakit bawaan makanan1. Faktor-faktor yang menyumbang

kepada kewujudan mudarat dalam makanan termasuklah amalan pertanian yang

kurang baik; amalan kebersihan yang kurang baik di sepanjang rantaian bekalan

makanan; kurang langkah pencegahan dalam pemprosesan dan penyediaan makanan;

penyalahgunaan bahan kimia termasuk aditif yang dilarang dalam makanan; bahan

mentah, ramuan dan air yang tercemar; penyimpanan makanan yang tidak betul; dan

sebagainya. Dalam hal ini, bidang keselamatan makanan menjadi semakin mencabar

pada masa kini disebabkan globalisasi perdagangan makanan khususnya dengan

kewujudan e-dagang, pertambahan populasi dunia, perubahan cuaca, kepesatan

kemajuan dalam teknologi makanan dan kesedaran pengguna yang semakin

meningkat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 600 juta orang sakit

selepas mengambil makanan yang tercemar yang menyebabkan hampir 420,000

kematian di seluruh dunia pada setiap tahun2. Bagi meningkatkan kesedaran orang

ramai terhadap kepentingan keselamatan makanan, WHO telah menetapkan tarikh 7

Jun sebagai “Hari Keselamatan Makanan Sedunia” mulai tahun 2019. Sebagai

permulaan, WHO telah menetapkan tema “Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2019”

adalah “Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Semua”3.

Tema tersebut adalah sangat relevan kerana semua pihak iaitu pengeluar makanan,

kerajaan dan pengguna mempunyai tanggunjawab masing-masing untuk memastikan

bahawa tahap keselamatan makanan di sesebuah negara adalah sentiasa optimum.

Pengeluar makanan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa makanan yang

dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan mematuhi kehendak undang-undang.

Kerajaan bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kawalan makanan yang dapat

melindungi pengguna tetapi pada masa yang sama dapat memudahcara pengeluar

Page 3: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

3 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

makanan dalam urusan perdagangan. Pengguna pula bertanggungjawab memilih dan

membeli makanan dari premis makanan yang bersih; meneliti keadaan pembungkus

makanan dan membaca label sebelum membeli sesuatu makanan yang diproses;

mengamalkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan yang bersih di

rumah; dan menjadi informer kepada pihak kerajaan sekiranya terdapat situasi di mana

makanan yang dijual mungkin boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Sistem kawalan makanan yang berkesan adalah penting untuk melindungi keselamatan

dan kesihatan pengguna. Di samping itu, ia juga kritikal untuk membolehkan sesebuah

negara memastikan makanan mereka yang dieksport adalah selamat dan mematuhi

kehendak negara pengimport. Kawalan makanan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti

penguatkuasaan perundangan yang mandatori oleh pihak berkuasa kebangsaan atau

tempatan untuk menyediakan perlindungan kepada pengguna dan memastikan semua

makanan semasa pengeluaran, pengendalian, penyimpanan, pemprosesan dan

pengedaran adalah selamat, berkhasiat dan sesuai untuk kegunaan manusia;

mematuhi keperluan keselamatan dan kualiti; dan dilabel dengan jujur dan tepat seperti

ditetapkan oleh undang-undang4.

Bagi memastikan sesuatu sistem kawalan makanan adalah berkesan, ia perlu

dilaksanakan di semua peringkat di sepanjang rantaian bekalan makanan iaitu dari

ladang ke meja makan di mana ia melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan bidang

kuasa berbeza yang saling melengkapi di antara satu sama lain. WHO telah memilih

tema “Dari Ladang ke Meja Makanan, Jadikan Makanan Selamat” sebagai tema Hari

Kesihatan Sedunia 2015 sebagai mengiktiraf kepentingan kawalan di sepanjang

rantaian bekalan makanan5.

Seperti dinyatakan di awal penulisan ini, antara cabaran yang dihadapi dalam bidang

keselamatan makanan adalah kesedaran pengguna yang semakin meningkat. Ini dapat

dilihat dengan penularan isu-isu keselamatan makanan melalui media sosial seperti

WhatsApp dan Facebook dan di antara isu yang sering ditularkan adalah berkaitan

premis makanan yang kotor, pencemaran bendasing seperti serangga dalam makanan

dan makanan tiruan atau palsu.

Page 4: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

4 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

Dalam konteks keselamatan makanan, makanan tiruan atau palsu boleh meliputi

makanan-makanan seperti berikut:

a) Model atau replika makanan yang dihasilkan daripada plastik, lilin, resin atau

bahan-bahan serupa6;

b) Makanan yang dihasilkan dengan menggunakan ramuan makanan berbeza dari

makanan asal untuk memenuhi kehendak pengguna tertentu, contohnya

makanan vegetarian;

c) Makanan yang dihasilkan sepenuhnya atau sebahagiannya daripada bahan

makanan dan bukan makanan yang jika dimakan, boleh memudaratkan

kesihatan, contohnya telur palsu dan beras palsu; dan

d) Makanan yang dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti rendah tetapi

menggunakan cap dagangan atau jenama yang terkenal, contohnya Milo tiruan.

Kertas ini akan membincangkan senario keselamatan dan kualiti makanan di Malaysia

secara retrospektif dari perspektif Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk

memastikan bahawa makanan yang dijual di Malaysia adalah selamat dan berkualiti.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, Akta Makanan 1983 (Akta 281) merupakan undang-undang induk yang

diwujudkan khusus untuk kawalan makanan dan ia terpakai di seluruh Malaysia

termasuk Sabah dan Sarawak. Tujuan penggubalan akta ini adalah untuk melindungi

orang ramai dari kemudaratan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan

penggunaan makanan serta perkara-perkara lain yang bersampingan atau berkaitan

dengannya7. Perkara-perkara lain yang bersampingan atau berkaitan dengannya

merujuk kepada premis di mana makanan disedia, dikendali, disimpan, dibungkus,

diedar atau dijual; mereka yang terlibat dalam penyediaan, pengendalian,

pembungkusan, penyimpanan, pengedaran, penjualan atau pengiklanan makanan;

perkakas atau peralatan yang digunakan untuk penyediaan, pengendalian,

Page 5: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

5 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

pembungkusan dan penyimpanan makanan; bahan pembungkus makanan; label

makanan dan iklan makanan.

Di bawah Akta Makanan 1983, terdapat tujuh (7) peraturan diwujudkan iaitu:

a) Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

b) Peraturan-Peraturan Makanan (Notis di Bawah Seksyen 32B) 2007;

c) Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Eksport Ikan

dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009;

d) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;

e) Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011;

f) Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan) 2016; dan

g) Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017.

Terdapat dua (2) peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 yang boleh digunakan untuk

mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam

penjualan makanan tiruan atau palsu iaitu:

a) Sekiranya makanan tiruan atau palsu tersebut mengandungi bahan yang boleh

memudaratkan kesihatan, pihak yang terlibat dalam penjualan makanan tersebut

boleh didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit

kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau

penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya; dan

b) Sekiranya makanan itu bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan

tersebut untuk menipu pengguna, pihak yang terlibat dalam penjualan makanan

tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 14(1), Akta Makanan 1983 di mana

jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara tidak melebihi

lima (5) tahun atau kedua-duanya.

Di samping itu, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis

Makanan turut diwujudkan untuk mengawal selia aktiviti analisis makanan untuk

Page 6: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

6 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

memastikan semua keputusan analisis makanan dikeluarkan oleh mereka yang

berkelayakan dan berintegriti.

Bagi memantapkan kawalan di sepanjang rantaian bekalan makanan di negara ini,

terdapat juga undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi-agensi di bawah

Kementerian Pertanian seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian,

Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Undang-undang yang

dikuatkuasakan oleh agensi-agensi tersebut adalah khusus untuk kawalan di peringkat

ladang dan pintu masuk kecuali FAMA yang menguatkuasakan undang-undang

berkaitan penggredan, pembungkusan dan pelabelan hasilan segar.

Di peringkat kerajaan tempatan pula, semua pihak berkuasa tempatan (PBT)

mempunyai Undang-undang kecil masing-masing yang turut mempunyai peruntukan

berkaitan kawalan makanan. Dalam hal ini, PBT yang berkemampuan seperti Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan berkaitan kawalan makanan di kawasan

masing-masing.

Bagi makanan yang diperolehi melalui kaedah bioteknologi moden atau dikenali

sebagai makanan terubahsuai genetik (GMF), event yang digunakan untuk

menghasilkan makanan tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan

Biokeselamatan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di bawah undang-undang

yang dikuatkuasakan oleh agensi tersebut. Manakala penipuan dari segi cap dagangan

pula dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Page 7: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

7 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

ISU MAKANAN TIRUAN ATAU PALSU

Semenjak tahun 2011, pelbagai dakwaan kewujudan makanan tiruan atau palsu di

pasaran negara ini ditimbulkan sama ada melalui media arus perdana, internet atau

media sosial seperti WhatsApp dan Facebook. Sebagai badan yang bertanggungjawab

dalam kawalan makanan di negara ini, BKKM sentiasa peka dengan isu-isu berkaitan

makanan yang ditimbulkan dan telah menjalankan siasatan ke atas semua isu tersebut.

Berikut disenaraikan beberapa isu makanan tiruan atau palsu yang pernah ditangani

oleh BKKM.

Isu Penjualan Telur Tiruan di Pasaran Tempatan8

Isu ini mula mendapat perhatian media tempatan dan orang ramai pada tahun 2011. Ia

berkaitan dakwaan beberapa pengguna di Pulau Pinang yang mendakwa telah membeli

telur tiruan di sebuah pasar di negeri tersebut. BKKM telah mengambil empat (4)

sampel telur terbabit dan hasil analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia

mendapati kandungan protein sampel telur tersebut adalah sama dengan telur ayam.

Analisis DNA mengesahkan sampel telur tersebut adalah telur ayam. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa dakwaan susulan berkaitan penjualan telur palsu di

pasaran tempatan dan hasil siasatan BKKM mendapati semua dakwan tersebut adalah

tidak berasas.

Isu Beras Palsu9

Dakwaan kewujudan beras palsu di negara ini telah bermula pada tahun 2015 yang

ditularkan melalui media sosial bahawa 'beras palsu' dikeluarkan di China menerusi

campuran kentang manis dan resin plastik .telah dieksport ke beberapa negara Asia

termasuk Malaysia. Hasil semakan yang dilakukan oleh BKKM dengan pihak Padiberas

Nasional Berhad (BERNAS) mendapati sebahagian besar beras import Malaysia dari

Vietnam, Thailand dan Pakistan. Jumlah import beras dari China didapati sangat kecil

iaitu kurang 0.01 peratus daripada import keseluruhan 800,000 tan bagi memenuhi

permintaan daripada restoran Jepun dan Korea untuk bijiran beras jenis japonica.

Page 8: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

8 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

Isu Madu Tiruan10

Akhbar Berita Harian bertarikh 19 November 2017 melaporkan bahawa kira-kira 80%

pasaran madu lebah di negara ini adalah madu tiruan dan hasil kajian makmal didapati

madu tiruan diperbuat daripada gula, kanji dan tepung jagung yang boleh

memudaratkan kesihatan pengguna terutamanya pesakit diabetes. Madu merupakan

sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Peraturan

130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 telah

menetapkan antaranya madu hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 60% gula

penurunan (reducing sugars) dan mempunyai kandungan gula sukrosa tidak melebihi

daripada 10%.

Hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari tahun

2016 sehingga November 2017, sebanyak 77 sampel produk madu dengan pelbagai

jenama telah diambil di pasaran tempatan. KKM mendapati bahawa tujuh (7) sampel

produk (9.1%) tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan

Makanan 1985.

Isu Air Zam Zam Palsu11

Akhbar Utusan Melayu bertarikh 31 Mei 2017 telah menyiarkan laporan bertajuk “Arab

Saudi Musnah Ratusan Ribu Air Zam Zam Palsu”. Air zam zam diperolehi dari bawah

tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah

Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral

semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada

pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma

kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam

kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air

Page 9: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

9 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

zam zam tidak dibenarkan di Malaysia memandangkan tiada jaminan tentang ketulenan

dan keselamatan air zam zam yang dijual.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengambil tindakan

penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam semenjak tahun 2012 dengan

menjalankan aktiviti rampasan mengikut kuasa di bawah Seksyen 4(1)(f), Akta

Makanan 1983.

Isu Stevia Palsu12

Akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017 telah menyiarkan artikel bertajuk “Awas

Stevia Palsu”. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah

menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran dan mendapati satu sampel

yang dilabel sebagai produk stevia tidak mengandungi stevia. KKM telah mengarahkan

syarikat terlibat memanggil balik produk tersebut dari pasaran dan tindakan mahkamah

telah diambil ke atas syarikat berkenaan di bawah Akta Makanan 1983.

Isu Susu Tiruan13

Susulan daripada rampasan sejumlah 210 kotak susu rumusan bayi tiruan oleh pihak

KPDNHEP di lima (5) lokasi berbeza di Johor pada bulan Disember 2017, KKM telah

mengambil sampel susu terbabit untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati produk

tersebut adalah selamat. Walau bagaimanapun, produk berkenaan tidak mencapai

standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah

Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak.

Page 10: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

10 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

AKTIVITI-AKTIVITI KAWALAN MAKANAN OLEH BKKM

Aktiviti Penguatkuasaan

Bagi mempertingkatkan tahap kebersihan premis makanan di seluruh negara, BKKM

sentiasa menjalankan aktiviti pemeriksaan premis makanan sama ada secara rutin atau

operasi khas / bersepadu untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang seperti

berikut terhadap pemilik premis makanan yang tidak bersih iaitu:

1) Penutupan premis tidak melebihi tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta

Makanan 1983 di mana mereka yang engkar kepada arahan ini boleh didakwa di

mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh

tidak lebih daripada lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya; dan

2) Kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di bawah

peraturan ini, terdapat 33 kesalahan yang boleh dikompaun yang meliputi aspek

kebersihan am dan kebersihan khusus premis makanan, kebersihan pengendali

makanan dan pengendalian makanan.

Pada tahun 2018, sebanyak 2,302 (1.8%) premis makanan telah ditutup di bawah

Seksyen 11, Akta Makanan 1983 daripada 126,896 premis makanan yang telah

diperiksa. Di samping itu, sebanyak 12,183 kompaun telah dikeluarkan terhadap

pengusaha premis makanan dan pengendali makanan yang tidak mematuhi keperluan

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) di bawah Akta Makanan

198314.

Di samping itu, bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat dan

mematuhi standard yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985, aktiviti

pensampelan makanan turut dijalankan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Jika

sampel makanan yang dianalisis didapati tidak mematuhi mana-mana peruntukan di

bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, tindakan pendakwaan di mahkamah akan

diambil ke atas penjual, pengeluar, pengedar, empunya hak untuk mengilang atau

Page 11: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

11 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

pengimport makanan tersebut. Di samping itu, bagi produk makanan proses, notis

memanggil balik (recall) di bawah Seksyen 13C(1), Akta Makanan 1983 turut

dikeluarkan kepada pengeluar, pengedar, empunya hak untuk mengilang atau

pengimport makanan tersebut. Sekiranya pihak yang diberi notis tersebut enggan atau

gagal melaksanakan arahan berkenaan, tindakan pendakwaan boleh diambil di mana

jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000.00 atau

penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2018, daripada 29,809 sampel makanan yang telah diambil dan dianalisa,

1,497 (5.0%) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan

Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sebanyak 72 kes pelanggaran berkaitan telah

dikenakan hukuman denda yang berjumlah sebanyak RM109,63514.

Selain daripada itu, pemeriksaan turut dijalankan ke atas produk makanan proses yang

dijual di pasaran untuk memastikan pematuhan dari segi pelabelan dan bahan

pembungkus. Makanan yang tidak mematuhi kehendak pelabelan atau bahan

pembungkusnya telah rosak akan dirampas. Di samping itu, notis kompaun juga boleh

dikeluarkan kepada penjual produk makanan tersebut sebagaimana diperuntukkan di

bawah Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017.

Aktiviti penguatkuasaan turut dijalankan di semua pintu masuk negara yang meliputi

penahanan; penarikan balik; pengeksportan semula; prosedur tahan, uji dan lepas;

penolakan pengimportan; pemusnahan konsainan makanan yang didapati melanggar

perundangan makanan; prosedur pelabelan semula; dan prosedur pemprosesan dan

pembaikan mutu makanan import. Aktiviti kawalan makanan import meliputi 47 lokasi

pintu masuk seluruh negara dengan dibantu oleh Sistem Maklumat Keselamatan

Makanan Malaysia (FoSIM). FoSIM merupakan satu sistem jaringan di antara setiap

pintu masuk seluruh negara. Sistem FoSIM yang disepadukan dengan Sistem

Maklumat Kastam (SMK) ini membolehkan kakitangan penguatkuasaan di setiap pintu

masuk seluruh negara meneliti secara berterusan semua konsainmen makanan yang

memasuki negara ini. Alert makanan akan diedarkan secara atas talian untuk

Page 12: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

12 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

mengelakkan pengimport daripada mengimport barangan yang sama di pintu masuk

berlainan (fenomena port-hopping).

Imej 1: Gambaran Skematik Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Bagi Kawalan Import Makanan

Pada tahun 2018, sejumlah 120,188 (46%) konsainan makanan import telah diperiksa

dan 6,909 (5.7%) konsainan telah dibuat pensampelan untuk pelbagai jenis parameter

analisis. Daripada jumlah bilangan pensampelan yang telah dibuat, 74 (1%) sampel

makanan didapati telah melanggar perundangan makanan14. Selain daripada tindakan

pendakwaan ke atas pengimport makanan dan mengeluarkan notis arahan memanggil

balik produk makanan kepada pengimport makanan tersebut, tindakan pemeriksaan

tahap 5 iaitu tahan, uji dan lepas akan dikenakan ke atas konsainan makanan

berikutnya bagi sampel makanan import yang didapati melanggar perundangan

makanan.

Page 13: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

13 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

Aktiviti Pensijilan

Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 mengkehendaki semua

premis pemprosesan makanan untuk melaksanakan program jaminan keselamatan

makanan seperti Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Mudarat dan Kawalan

Titik Kritikal (HACCP). Justeru, bagi membantu industri makanan khususnya Enterprise

Kecil dan Sederhana (EKS) melaksanakan program jaminan keselamatan makanan,

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) telah

diperkenalkan. Skim ini diberikan secara percuma kepada industri dan KKM berperanan

memberi khidmat nasihat teknikal kepada industri bagi mematuhi keperluan skim

tersebut secara berperingkat. Selain itu, skim pensijilan GMP dan HACCP juga turut

ditawarkan kepada industri bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan yang

dihasilkan di samping memudahkan urusan pengeksportan makanan.

Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 4,447 industri makanan telah mendapat

pensijilan MeSTI; sebanyak 701 industri makanan telah mendapat pensijilan GMP; dan

sebanyak 655 industri makanan telah mendapat pensijilan HACCP14.

Imej 2: Logo-logo Skim Pensijilan di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Jaminan Keselamatan Makanan

Di samping itu, BKKM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pengiktirafan

“Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) pada tahun 2013 sebagai pengiktirafan kepada

premis outlet makanan bagi menggalakkan pengusaha premis outlet makanan

menyediakan makanan yang bersih dan selamat serta menyediakan pilihan makanan

yang lebih sihat kepada pelanggan.

Page 14: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

14 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh

pengusaha premis perkhidmatan makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:

a) Pengusaha premis outlet makanan yang mengekalkan premis yang bersih;

b) Pengusaha premis outlet makanan yang menyediakan makanan yang selamat;

c) Pengusaha premis outlet makanan yang menyediakan pilihan makanan yang

lebih sihat; dan

d) Pengusaha premis outlet makanan yang mempromosikan saiz hidangan yang

sesuai mengikut keperluan individu.

Pengiktirafan BeSS terbuka kepada premis outlet makanan seperti gerai penjaja, gerai

makanan di medan selera, restoran / kedai makan, kafeteria, kantin, dapur asrama,

katering dan kenderaan menjual makanan sedia dimakan.

Pengiktirafan BeSS adalah percuma dan ia sah dalam tempoh 3 tahun. Permohonan

boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan

Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman sesawang

http://fsq.moh.gov.my. Sehingga 31 Disember 2018, sejumlah 5,999 premis

perkhidmatan makanan telah mendapat pengiktirafan BeSS14.

Imej 3: Logo Skim Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

Page 15: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

15 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

BKKM juga telah mengambil inisiatif menawarkan Skim Pensijilan Makanan Autentik

mulai tahun 2017. Skim pensijilan ini ditawarkan kepada industri makanan yang

memenuhi keperluan Peraturan 18 (2), PPM 1985 iaitu tiada sesuatu label yang

memperihalkan sesuatu makanan boleh mengandungi perkataan ‘autentik/tulen’ atau

apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama melainkan:

(a) Makanan itu adalah dari kekuatan, keautentik/tulenan atau kualiti yang

ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan adalah bebas daripada

bahan tambahan lain selain daripada bahan tambahan yang diperlukan untuk

pemprosesan makanan tersebut; dan

(b) Tidak terdapat peruntukan nyata dalam Peraturan-Peraturan ini yang melarang

kemasukan pernyataan itu pada label bagi makanan.

Pada masa ini, skim pensijilan ini hanya ditawarkan kepada empat (4) industri makanan

berikut iaitu sarang burung walit, madu, daging dan kopi dengan dikenakan yuran

tertentu. Maklumat lanjut berhubung skim pensijilan ini boleh diperolehi di laman

sesawang BKKM iaitu http://fsq.moh.gov.my.

Imej 4: Logo Skim Pensijilan Makanan Autentik

Page 16: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

16 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

KESIMPULAN

Hasil pemantauan berterusan yang dilaksanakan oleh BKKM sebagai badan yang

dipertanggungjawabkan dalam kawalan makanan di sepanjang rantaian bekalan

makanan di negara ini dengan kerjasama daripada agensi-agensi lain yang berkaitan,

dapat disimpulkan bahawa keselamatan makanan di negara ini adalah sentiasa

terjamin.

RUJUKAN

1. What is Food Safety. Australian Institute of Food Safety. www,foodsafety.com.au

2. WHO Estimates of the Global Burden of Foodborne Diseases. Foodborne Disease

Burden Epidemiology Reference Group 2007 – 2015. World Health Organization

2015

3. Celebration of World Food Safety Day. World Health Organization.

https://www.who.int/news-room/events/detail/2019/06/07/default-

calendar/celebration-of-world-food-safety-day

4. Assuring Food Safety and Quality: Guidelines for Strengthening National Food

Control System. FAO Food and Nutrition Paper 76. Food and Agriculture

Organization of the United Nations and World Health Organization

5. World Health Day 2015: From farm to plate, make food safe. World Health

Organization. https://www.who.int/mediacentre/news/releases/2015/food-

safety/en/

6. Food Model. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Food_model

7. Akta Makanan 1983 (Akta 281). Undang-Undang Malaysia. Versi Atas Talian Teks

Cetakan Semula Yang Kemas Kini. 1 April 2012

8. Isu Penjualan Telur Tiruan di Pasaran Tempatan. Kenyataan Akhbar YB Menteri

Kesihatan. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/22/125

Page 17: 1KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI … · SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN 2KERTAS KERJA Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan

17 KERTAS KERJA SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN

Tajuk : “Makanan Tiruan : Terjaminkah Keselamatan Makanan di Malaysia””

9. Kementerian Kesihatan Pantau Beras Palsu. BH Online. 22 Mei 2015.

http://www.bhplus.com.my/node/56444

10. Isu Madu Tiruan. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. 20

November 2017. http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?s=kenyataan-media

11. Isu Air Zam Zam Palsu. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.. 9

Jun 2017. http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?s=kenyataan-media

12. Isu Stevia Palsu. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.. 26 April

2017. http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?s=kenyataan-media

13. Susu Tiruan Dirampas Tidak Ikut Kualiti Standard Akta Makanan. Astro Awani. 28

Disember 2017. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/susu-tiruan-dirampas-

tidak-ikut-kualiti-standard-akta-makanan-kkm-164180

14. Laporan Tahunan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Tahun 2018.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=2114

15. Laporan Tahunan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Tahun 2008.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.