19"penyakit glaukoma adalah bersifat ‘senyap’ tanpa simptom akut seperti sakit atau mata menjadi...

4
5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 1/4 USM KUBANG KERIAN, 19 Mac 2018 – Perkataan ‘glaukoma’ mungkin agak asing bunyinya kepada masyarakat umum. Malah dalam kalangan pengamal perubatan juga, agak jarang didengar berbanding katarak. Walau bagaimanapun, glaukoma merupakan penyebab utama kebutaan yang tidak dapat dipulihkan. Dianggarkan seramai 76 juta penduduk dunia yang berumur 40 hingga 80 tahun menghidap glaukoma menjelang tahun 2020 dan angka ini meningkat secara eksponensial kepada 111.8 juta pada tahun 2040. Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin, dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang bertajuk, ‘Menelusuri Rahsia Penyakit Glaukoma Dalam (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN 19 MAR

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 1/4

    USM KUBANG KERIAN, 19 Mac 2018 – Perkataan ‘glaukoma’ mungkin agak asing bunyinya kepadamasyarakat umum. Malah dalam kalangan pengamal perubatan juga, agak jarang didengarberbanding katarak.

    Walau bagaimanapun, glaukoma merupakan penyebab utama kebutaan yang tidak dapat dipulihkan. Dianggarkan seramai 76 juta penduduk dunia yang berumur 40 hingga 80 tahun menghidap glaukomamenjelang tahun 2020 dan angka ini meningkat secara eksponensial kepada 111.8 juta pada tahun2040.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan(PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin, dalam MajlisSyarahan Umum Pelantikan Profesor yang bertajuk, ‘Menelusuri Rahsia Penyakit Glaukoma Dalam

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPAKESAKITAN19MAR

    https://news.usm.my/

  • 5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 2/4

    Etnik Melayu’.

    Menurut Liza Sharmini, glaukoma terbahagi kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder yang managlaukoma primer adalah apabila tiada sebarang penyakit lain yang mungkin menjadi penyebabmanakala glaukoma sekunder pula berkait dengan penyakit lain sama ada okular ataupun sistematik.

    "Glaukoma juga boleh terbahagi kepada glaukoma bersudut terbuka atau glaukoma bersudut tertutupberdasarkan status mata dan ia juga berkemungkinan boleh terjadi kepada kanak-kanak secarakongenital ataupun juvana menerusi diagnosis yang dibuat untuk pesakit berumur kurang daripada 40tahun," jelasnya.

    Liza Sharmini berkata, glaukoma merupakan penyakit yang mempunyai hubung kait dengan usiakerana prevalens meningkat dengan penambahan usia.

    "Berdasarkan hubung kait ini, peningkatan glaukoma di Malaysia adalah membimbangkan. Hal inikerana hampir 10 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia kini berumur 65 tahun ke atas danMalaysia kini dalam kategori negara berpenduduk yang berusia.

  • 5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 3/4

    "Penyakit glaukoma adalah bersifat ‘senyap’ tanpa simptom akut seperti sakit atau mata menjadimerah mahupun kurang penglihatan seperti mana penyakit yang lain. Hal ini kerana glaukomamenyebabkan kehilangan medan penglihatan secara perlahan-lahan dari tepi," ujarnya lagi.

    Tambah Liza, pada peringkat awal, pesakit mungkin sering terlanggar perkakas di rumah dan seringjatuh terutamanya di tangga.

    "Glaukoma hanya melibatkan penglihatan sentral apabila penyakit menjadi teruk, pada saat ini barupesakit menyedari kehilangan penglihatan tetapi malangnya sukar untuk diselamatkan. “Terdapat dua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit glaukoma iaitu faktor risiko tidak bolehubah dan faktor risiko boleh ubah seperti usia, genetik, jantina, merokok, pemakanan dan beberapafaktor lain,” ujarnya dengan lebih jelas di dalam syarahan umum yang disampaikan itu.

    Liza Sharmini turut menegaskan, pengetahuan lebih mendalam mengenai penyakit ini dalam kalanganetnik Melayu adalah sangat penting bagi memastikan pencegahan kebutaan yang berkesan di Asia. Disamping itu juga, ianya amat penting bagi memastikan kesihatan berkualiti pada usia tua.

    Teks: Nur Syazwani Darzi (Pelajar Praktikal UIAM)/Suntingan: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/ Foto:Mohd Amin Syafiq Sakri

  • 5/21/2018 USM News Portal - KENALI GLAUKOMA - PENYEBAB KEBUTAAN TANPA KESAKITAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan 4/4

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITAN&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitanhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitan&title=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITANmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20KENALI%20GLAUKOMA%20-%20PENYEBAB%20KEBUTAAN%20TANPA%20KESAKITAN&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5663-kenali-glaukoma-penyebab-kebutaan-tanpa-kesakitanmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp