14 7

6
Kemudahan awam sangat penting kepada orang ramai. Kemudahan awam ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk kemudahan orang ramai. Kemudahan awam yang terdapat di negara kita adalah seperti tandas awam, pondok bas, telefon awam, taman permainan dan tong sampah. Kita perlumenjaga kemudahan awam kerana kita menggunakan secara percuma kemudahan awam tersebut. Perbuatan merosakkan kemudahan awam amat dikesali. Kadang kala, tandas dan pondok bas juga diconteng sesuka hati . Peti duit yang terdapat pada pondok telefon dicuri oleh orang yang tidak

Upload: javier-wei

Post on 16-Aug-2015

51 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  1. 1. Kemudahan awam sangat penting kepada orang ramai. Kemudahan awam ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk kemudahan orang ramai. Kemudahan awam yang terdapat di negara kita adalah seperti tandas awam, pondok bas, telefon awam, taman permainan dan tong sampah. Kita perlumenjaga kemudahan awam kerana kita menggunakan secara percuma kemudahan awam tersebut. Perbuatan merosakkan kemudahan awam amat dikesali. Kadang kala, tandas dan pondok bas juga diconteng sesuka hati. Peti duit yang terdapat pada pondok telefon dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Akibat daripada kemudahan awam yang telah dirosakkan, masyarakat akan menghadapi masalah ketika berlaku kecemasan.
  2. 2. menghargai harta benda bertanggungjawab bertimbang rasa semangat patriotik menjaga keselamatan
  3. 3. Kita patut menghargai harta benda awam yang disediakan oleh pihakkerajaan dan swasta. Kita wajar bertanggungjawab menjaga harta benda yangdisumbangkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kita mesti bertimbang rasa dengan tidak merosakkan kemudahan awam supaya pengguna lain boleh menggunakannya. Kita mesti mempunyai semangat patriotik terhadap negara dengan tidak menconteng kemudahan awam dengan sesuka hati. Kita perlu menjaga keselamatan peti duit supaya tidak dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
  4. 4. Cikgu Razali : Rajan, saya beranggapan awak mahir dalam permainan sepak takraw ini. Saya yakin awak boleh mewakili sekolah. Rajan : Terima kasih, cikgu. Saya berpendapat bahawa saya masih lemah dalam beberapa teknik permainan seperti membuat servis. Cikgu Razali : Saya yakin dengan permainan yang awak tunjukkan tadi. Regu awak berjaya menewaskan regu lain. Rajan : Sebenarnya, saya dan rakan-rakan bekerjasama sebagai satu pasukan. Walau bagaimanapun, permainan kami masih belum mantap lagi. Cikgu Razali : Saya akan menyediakan jadual latihan untuk pasukan kamu. Minggu hadapan kamu akan bertanding untuk peringkat akhir. Rajan : Terima kasih, cikgu. Saya berjanji akan berlatih bersungguh- sungguh bersama-sama rakan-rakan saya. Cikgu Razali : Sama-sama.
  5. 5. menghargai kebolehan bersyukur rendah diri bersatu padu menghargai masa
  6. 6. Kita wajar menghargai kebolehan orang dengan mengakui bahawa pemain tersebut mahir dalam permainan sepak takraw. Kita mesti bersyukur dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghargai kebolehan kita. Kita mesti bersikap rendah diri dengan pujian yang diberikan oleh orang kepada kita. Kita mesti bersatu padu dengan bekerjasama dalam satu pasukan jika ingin berjaya. Kita mesti menghargai masa dengan menyediakan jadual latihan untuk pasukan.