1103/2 [lihat halaman sebelah sulit · pdf filekehidupan yang berkualiti boleh diertikan ......

11
SULIT 1103/1 1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Pelancongan di Malaysia Pelbagai budaya dan bangsa Banyak tempat yang menarik Pelbagai kemudahan awam

Upload: trinhthu

Post on 09-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/1

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Bahagian A

[30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang

menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Panjangnya huraian

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pelancongan di Malaysia

Pelbagai budaya dan bangsa Banyak tempat yang menarik

Pelbagai kemudahan awam

Page 2: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/1

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Bahagian B

[100 markah]

[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih

daripada 350 patah perkataan.

1. Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun

2020.

Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.

2. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari

rumah.

Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.

3. Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan

aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan

hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

4. Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabkan Malaysia menjadi

tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan

dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing

Kepada Negara Kita.”

Tulis rencana itu selengkapnya

5. Ibu anda menghadiahkan sebuah novel sempena ulang tahun kelahiran anda.

Berikan ulasan anda tentang keistimewaan novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 3: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan bersukan dan

cara-cara memajukan mutu sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah

perkataan.

Kehidupan yang berkualiti boleh diertikan dengan pelbagai cara dan kaedah, antaranya memiliki

kebahagian, kesenangan dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Bersukan merupakan aktiviti

yang mendapat sambutan hangat daripada semua lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja

dan belia untuk mencapai matlamat kehidupan tersebut. Namun, apakah definisi sukan? Menurut Kamus

Dewan Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta

tenaga yang menyihatkan badan dan dilakukan secara hiburan terutama pada masa senggang.

Bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang, iaitu apabila seseorang bersukan pasti peluhnya

keluar dan selepas peluh keluar dari badan, kita akan berasa lebih cergas. Semua bahan buangan seperti

air dan kandungan garam yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan.Selain itu, toksin yang juga

berbahaya akan dikeluarkan dari badan kita. Murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan juga mampu

menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah cepat dan merangsang organ

hati menyalurkan darah yang banyak ke setiap anggota badan. Individu yang mempunyai bekalan darah

yang banyak memiliki bekalan oksigen yang mencukupi dan dapat meningkatkan daya tumpuan apabila

melakukan sesuatu aktiviti.

Kebanyakan orang menjadikan aktiviti bersukan untuk mengisi masa senggang dengan aktiviti

yang berfeadah. Cuba bandingkan murid yang sering belajar di rumah dan murid yang belajar dan

bersukan tiga hari seminggu. Murid manakah yang akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan? Murid yang membahagikan dan mengelolakan masanya dengan bijak akan mencapai

keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, kita perlu sentiasa bersukan untuk

mencegah daripada penyakit.

Integrasi kaum dapat dipupuk melalui aktiviti sukan kerana individu dapat menambah kenalan

apabila berkomunikasi dan melakukan aktiviti sukan bersama-sama mereka.Melalui aktiviti sukan juga

dapat mengeratkan tali silaturahim dengan kaum yang lain. Apabila perkara ini berlaku, negara dapat

mencapai kemajuan kerana rakyatnya bersatu.Bagi sesetengah individu yang mengalami tekanan

bersukan mampu mengurangkan stres dan merehatkan minda seseorang kerana badan akan berpeluh dan

mengeluarkan sejenis hormon endokrin.Apabila kita sering bersukan,hormon endokrin akan seimbang

dapat mengelak daripada stres dan daya ingatan kita akan meningkat. Sebaliknya, apabila kita jarang-

jarang bersukan, hormon endokrin akan bertambah dan proses kimia yang berlaku akan menyebabkan kita

berasa tertekan dan letih.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Faedah Bersukan,” oleh

Liaw Yung May, Dewan Siswa,November2009)

Page 4: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata masa senggang [2 markah]

(ii) Mengapakah badan kita menjadi segar dan cergas apabila berpeluh? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak mereka

berminat dalam aktiviti sukan? Jelaskan dua cara. [4 markah]

Page 5: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Sudahlah tu, paknya. Tak perlu menyesal. Kita bukannya sengaja mahu merosak harta warisan

alam ini. Kita cuma cari makan.” Terdengar selamba suara Mak Tua. Dia sedang menyiang ikan

tapah untuk dimasak gulai asam pedas. Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak

sungai dalam hutan tempat kem-kem balak yang didiami oleh mereka.

“Kalau ya pun kita cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan,” keluh Pak Tua.

“Allah dah bagi rezeki kita di sini, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia. Lihat anak-

anak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa

bantuan daripada sesiapa."

“Betul, pak.” Tiba-tiba dari tunggul belian muncul Ajam, anaknya yang sulung. “Saya

mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antara kota melalui hasil daripada modal ribuan

ringgit yang diberikan oleh bapa. Kemudian perniagaan saya semakin berkembang berkat

suntikan dana demi dana yang juga diberikan oleh bapa."

“Lagi pulak pak, hutan yang dulu digondol oleh bapa itu kini sudah menjadi kawasan

perladangan. Lihat estet-estet kelapa sawit yang saujana mata memandang.”

(Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba, oleh Sasjira dalam antologi

Dirgahayu Bahasaku, hal. 168 - 169, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan alasan yang diberikan oleh Mak Tua untuk

meredakan rasa kesal Pak Tua akibat merosakkan hutan. [2markah]

(ii) Pada pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya negara dapat

mencapai kemajuan tanpa mengorbankan hutan warisan alam. [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar

masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4markah]

Page 6: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah demikian maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut

akan ayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kata

yang manis-manis seraya katanya, “Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata

yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau. Tuan janganlah tuan merosakkan

kalbu abang. Biarlah hilang abang seorang, mahulah lenyap kakanda seorang.” Maka tuan puteri,

“Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya.” Maka Raja Indera

Bumaya pun tersenyum mendengar kata tuan puteri itu, seraya katanya, “Kasih sungguh rupa-

rupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelah terjunjunglah di

atas batu kepala kakanda.” Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada

Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka titah

baginda, “Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu.”

Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu

gegak gempita terang cuaca menjadi kelam-kabut.Setelah seketika itu maka orang berperang pun

terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah

segala hulubalang rakyat sekalian.

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana” dalam antologi

Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata merosakkan kalbu. [2 markah]

(ii) Bagaimanakah Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang

sedang menangis? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri

Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis itu? Kemukakan tiga sebab. [3 markah]

Page 7: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

ADAT SEZAMAN

Peradaban zaman semakin berlalu

meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidik

Santun si dara jadi idaman

warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra

memandang teruna dara

sama cantik sama padan

berganding bersama

di singgahsana

Masa itu telah berlalu

zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara

memandang teruna dara

berganding tanpa silu

tanpa hormat

tanpa batasan

adat sezaman ditinggalkan

adat agama dipandang remeh

adat kuning jadi ikutan

WAN NAZIHAH WAN ABDULLAH

Antalogi Harga Remaja

Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 8: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

(i) Mengapakah si tua tersenyum mesra? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat memastikan mereka tidak mudah

dipengaruhi oleh kesan negatif akibat perubahan zaman? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

Page 9: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan

maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,

menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) mendukung

(ii) celik

(iii) sempit

[6 markah]

(b) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan

susunan isi dalam petikan ini.

“Apa barang-barang awak yang hilang?” tanya polis kepada Jaafar.

“Sebuah komputer riba dan seutas jam tangan Rolex,” jawab Jaafar.

“Bagaimana mereka pecah masuk rumah awak?” tanya polis lagi.

“Mereka masuk melalui tingkap, setelah tidak berjaya mengumpil pintu hadapan,”

beritahu Jaafar.

“Baiklah, saya fikir pencuri ini jugalah yang pecah masuk sebuah rumah semalam dan

kami akan menjalankan siasatan,” beritahu polis.

“Terima kasih tuan, saya harap pencuri itu dapat diberkas,” balas Jaafar.

[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu

kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para pelajar yang ponteng sekolah suka berhabis masa di pusat snooker dan

kafesiber.

(ii) Penetapan gaji minima tidak akan memuflis negara sebaliknya dilihat sebagai

pemangkin kepada golongan pekerja untuk meningkatkan prodaktiviti.

(iii) Kita perlu mengembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek

penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.

[6 markah]

Page 10: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan

kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

semula.

(i) Selain daripada kurangnya didikan agama,pengaruh media massa ialah punca

kehilangan moral dalam kalangan remaja.

(ii) Di masa ini, banyak pelajar sekolah menengah menghisap rokok secara terang-

benderang di luar kawasan sekolah.

(iii) Senarai nama peserta-peserta yang akan turut serta dalam ekstradisi berkayak

diserahkan kepada urus setia program.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa

yangmenggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.

(i) Husin bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang mahal sedikit kerana dia

faham bahawa barangan yang tinggi harganya akan tahan lebih lama.

(ii) Para pemimpin dan pejuang negara akan tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa

dan bakti mereka kepada negara.

(iii) Pemuda yang menjadi penagih itu memang degil sejak kecil lagi kerana setiap

nasihat dan teguran ibu bapanya tidak pernah diturutinya.

[6 markah]

Page 11: 1103/2 [Lihat halaman sebelah SULIT · PDF fileKehidupan yang berkualiti boleh diertikan ... menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana nadi kita akan bertambah ... sungai dalam hutan

SULIT 1103/2

1103/2 © 2012 Hak Cipta Zon B Gabungan Kuching [Lihat halaman sebelah

SULIT

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Interlok karya Abdullah Hussain

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapa peristiwa menarik

yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai

dugaan kehidupan.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani

satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT