1.0pengenalan

Upload: mizie-hj-ahmad

Post on 08-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penyelidikan Tindakan

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

1.1Latar Belakang Kajian/Konteks Kajian

Hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha tersebut adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Begitu juga dalam Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan matlamat menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika