10 ramuan rahsia "grafik designer" wajib tahu

10

Click here to load reader

Upload: muhaimin-mohammad

Post on 25-Jun-2015

838 views

Category:

Design


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu
Page 2: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

Menurut Ross Simmonds ( Penulis dari blog RosszSimmonds.com), beliau

berkata:

1. Jangan takut untuk tanya soalan

Ini antara perkara yang paling penting untuk semua ‘designer’. Jangan malu

untuk bertanya, samaada di forum, majlis-majlis atau dilaman sosial sekalipun.

Ada satu cerita:

Dalam satu majlis suaikenal yang dihadiri ramai peserta, ada seorang usahawan

sedang mencari 'Designer' untuk satu projek yang besar yang dia bakal jalankan,

Lutfi terdengar dan sangat berminat untuk cakap yang dia teringin ambil 'job' itu

tetapi tiada tindakan yang dibuat kerana Lutfi ni seorang yang pemalu.

10 minit selepas itu, telah ada orang yang mengangkat tangan dan berhubung

dengan usahawan tersebut dan hasilnya beliau mendapat projek design yang

bernilai ribuan ringgit.

Tindakan:

- Tanya soalan

- Beri pendapat

Page 3: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

- Masuk dalam perbualan yang memanfaatkan.

2. Ingat kita bukan Aaron aziz….Jadi, Rendah diri.

Generasi kita ini dipanggil generasi yang obses dengan diri sendiri, ego

perangainya dan sedikit tidak matang. Sudah pasti sifat ini bukan untuk semua ,

tetapi berdasarkan kajian majoritinya memang kelihatan sebegini.

Sebab itu, kita 'designer' patut faham tentang kepentingan untuk kita sedar tahap

mana kita boleh bersuka dan tahap mana boleh berduka.

ps: Dekatkan diri dengan yang Esa, pasti tidak binasa.

Tindakan

- Faham aset dan skil yang kita ada sebagai ‘designer’.

- Tahu nilai design pita untuk industri/ klien yang kita fokuskan.

- Jangan terlalu riak dengan setiap kejayaan. bersyukur itu lebih baik.

3. Cepat gagal. Cepat belajar

Aku mengharungi kegagalan lebih banyak sebelum

bertemu dengan kejayaan. Sehingga hari ini - Aqif Azizan

Page 4: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

Kebanyakan ‘designer’ tidak terikat dengan tanggungjawab yang berat diawal

permulaan karier masing-masing. Jadi kita akan punyai banyak masa untuk

berkerja dengan lebih dan mencuba pelbagai benda baru yang akan memaksa diri

keluar dari zon selesa.

Apabila perkara ini dilakukan, kita akan belajar dengan sangat banyak disebalik

kegagalan yang kita harus terima sewaktu mempraktiskannya.

Tindakan

- Tanya diri kita kenapa tidak boleh siap kerja mengikut 'deadline'

- Tanya diri kenapa pelanggan tidak teralu selesa kita bekerja dengan mereka

- Tip: jika kita boleh belajar cepat dari rakan yang lain tentang perkara yang

menarik dan mereka tidak tahu buat, kita ada peluang untuk menyerlah.

4. Cari job yang ‘designer’ Otai dah tolak

Buat kajian mengenai job yang berkaitan dengan grafik, terdapat banyak industri

yang Otai-otai sudah tidak mahu ambil lagi.

Selalunya, mereka lebih gemar dengan projek yang sangat besar dan ada jugak

sudah mahu mengundurkan diri. Disini kita yang baru harus memainkan

peranan dengan merebut mana-mana peluang yang mereka sudah tidak kisah

Page 5: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

untuk ambil.

Tindakan

- Lihat ‘trend’ yang berubah-ubah contohnya seperti ( Servis design untuk

syarikat media pengikalan)

- Latih diri kita dengan cara dan selera pelanggan itu sendiri

- Jadikan diri kita pakar atau sekurang-kurangnya mahir dalam niche tersebut.

5. Semak akaun bank setiap minggu

Sangat penting untuk kita tahu kemana hala tuju duit kita. dari dimana duit

datang dan kemana duit pergi. Pengurusan duit memang diajar waktu zaman

sekolah tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang sangat-sangat penting untuk

'Designer' seperti kita ini.

Tindakan

- Berhenti berkata duit itu tidak penting

- Terima kenyataan yang kita patut lihat simpanan kita

- Pikir tentang pengumpulan duit ini bukan hanya untuk kita, tetapi untuk

keluarga dan masa depan.

6. Abaikan pangkat dan darjat. Bina hubungan dan reputasi

diri kita.

Page 6: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

"Graphic Desining" merupakan satu jenis bisnes yang tergolong dalam bentuk

servis, Dalam bisnes apa yang paling penting ialah hubungan (Networking),

Hubungan dengan klien, bos, dan teman sekerja akan semua digabungkan dan

menghasilkan siapa kredibiliti diri kita dalam dunia bisnes yang sedang kita lalui.

Bina hubungan biarpun selepas tugas design dengan klien (contohnya) telah

selesai, pasti mereka akan cari balik.

Tindakan

- Cari rakan yang selalu tekan dan paksa diri kita untuk menjadi lebih baik dari

hari ke hari.

- Banyak luangkan masa dengan mereka yang selalu buat tugas design yang

mencabar dan membuat kita tidak senang duduk.

- Banyak memberi dari menerima.

7. Jangan sombong dengan reputasi kita.

Jika job design yang diperoleh konsisten dan kita mempunyai kuasa untuk

meletakkan nilai bagi sesebuah karya. Tahniah !! itu matlamatnya

Tapi memang itu sebenarnya tugas kita, menghasilkan sesuatu yang sangat

bernilai, jangan terlalu selesa dan 'overconfident' dalam membuat sebarang

Page 7: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

keputusan.

Ingat lagi pesan guru saya Adly Mukhtar, katanya:

'"Bro, nanti kalau dah okay dan dah konsisten dengan job

yang bro dapat.Ingat ya, kekal dengan perwatakan

sebegini...rendah diri dengan semua orang"- Adly Mukhtar

Tindakan

- Berhenti memberitahu orang mengenai betapa bagusnya kita. Maksudnya,

tidak mengapa jika mahu mahu menaikkan kredibiliti. Tetapi janganlah

Menggelar diri ini (contohnya) Pakar 'Graphic Designer' melainkan diri ini

memang benar-benar pakar.

Biar hasil kerja design kita yang lakukan percakapan!

8. Bukan semua benda yang dibuat akan menjadi

Bukan semua yang kita lakukan itu akan menjadi, contoh seperti sewaktu sedang

berkarya melakukan design, pasti kita akan ada hari yang semuanya tidak

menjadi dan ada saja yang tidak kena dengan design yang dilakukan.

Perancangan yang betul pasti membantu kita sekurang-kurangnya berada

Page 8: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

dilandasan yang betul, saya sendiri akan melakar dahulu idea design yang ingin

dilakukan sebelum mula berkarya.

Tindakan

- Luang lebih masa untuk memastikan hasil kerja kita itu memberangsangkan.

Semuanya tidak akan menjadi jika kita asyik menggunakan jalan singkat untuk

menyiapkan tugas design yang diberikan.

- Jangan selalu beri alasan. Gelaran 'designer' yang berjaya adalah untuk

'designer' yang bekerja keras sahaja.

9. Pastikan ada 'backup job' yang boleh menjana pendapatan

Seperti yang selalu ditekankan, pastikan kita mempunyai hubungan yang baik

dengan pelanggan. Merekalah yang akan membawa mulut memberitahu rakan-

rakan yang lain tentang kemahiran kita sebagai 'designer'.

Kita akan peroleh banyak pelanggan hanya jika jaga mereka dengan lebih baik.

Jadi jika kita kehilangan satu job yang besar, akan ada 'backup job' yang lain

untuk kita tampung pendapatan sementara berusaha mencari banyak lagi job

yang lain.

Tindakan

Page 9: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

-Ambil kesempatan dengan kemudahan internet yang ada sekarang, cari

pelanggan dari facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi. Memang dijamin

masih ramai lagi yang memerlukan penangan design kita yang hebat.

10. Kesihatan mental bukan mainan, pastikan otak kita tidak

pusing.

Kita perlu jaga otak kita dengan sempurna, seperti anggota badan yang lain,

ianya memerlukan nutrisi dan senaman untuk sentiasa sihat.

Kadang-kadang kita harus sedar betapa bertuahnya kita mempunyai otak yang

normal dan berfungsi dengan baik untuk menghasilkan design yang menarik dan

memuaskan. Jangan terlalu memaksa otak kita ini.

Tindakan

- Terima kenyataan yang tiada benda apa yang sempurna di dunia ini.

- Fahamkan diri yang kita berhak untuk merasa tertekan adakalanya kerana

itulah lumrah manusia. Sekejap boleh naik dan sekejap boleh turun.

Didalam dunia bisnes sekarang ini, persaingan semakin kuat. Kita wajiblah

memaksa diri untuk berusaha lebih kuat dan menghargai pelanggan kita seperti

Page 10: 10 ramuan rahsia "Grafik Designer" Wajib Tahu

berlian yang berharga.

Gunakan kesemua konsep ini, mulakan sekarang bagi yang belum dan pastikan

kita bersedia.

Letak target mahu menjadi seorang ‘Graphic Designer’ yang berjaya dan kerja

keras untuk capai matlamat yang diidamkan.

Penutup kata:

Ilmu ini saya kongsikan hanya berdasarkan dari kajian dan praktis yang telah

saya lakukan, memang sangat simple tapi Alhamdulillah memang mujarab.

Maaf jika ada kekurangan, semoga bermanfaat –Muhaimin Mohammad

-----

-muhaiminmohammad.com

-Facebook (https://www.facebook.com/abdul.muhaiminmohammad)