10 amalan harian murah rezeki

14

Upload: tips-awal-pagi

Post on 19-Feb-2016

73 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rezeki

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Amalan Harian Murah Rezeki
Page 2: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

10 AMALAN HARIAN MURAH REZEKI

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kerana telah mendapatkan Ebook 10 Amalan Harian Murah Rezeki

ini.

Ebook ini ditulis bagi berkongsi amalan yang boleh kita amalkan setiap hari untuk

dimurahkan rezeki oleh Allah taala.

Amalan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan dijadikan sebagai

rutin dalam hidup kita setiap hari.

Janji Allah adalah benar. Jadi, apabila kita mengamalkan amalan ini dengan ikhlas,

Allah akan tunaikan janji-Nya untuk murahkan rezeki kita setiap hari.

Rezeki itu pula adalah luas dan bukan terhad kepada wang ringgit semata-mata.

Segala nikmat yang kita peroleh kesihatan, keluarga, pekerjaan, harta benda dan

nikmat makanan adalah semuanya rezeki daripada Allah.

Ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat adalah antara kemuncak

nikmat sebenar yang kita inginkan.

Harapan saya, semoga Ebook ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca

sekalian.

Mohd Zulfadhli Abd. Nasir

www.zulpress.com

Page 3: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 1 : BANGUN PAGI HARI QIAMULLAIL

Amalan qiamullail atau solat malam ini mempunyai banyak kelebihan yang dijanjikan

Allah. Ia adalah saat di mana mustajabnya doa.

Rasulullah S.A.W. selalu bangun malam dan menunaikan solat-solat sunat,

membaca al-Quran, berzikir dan berdoa kepada Allah.

Mari kita contohi sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan melatih diri kita untuk

sentiasa istiqamah setiap hari berqiamullail walaupun hanya 2 rakaat.

Jadi, mulai hari ini, tidur awal untuk bangun lebih awal dalam pukul 5 pagi.

Kemudian lakukanlah solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan

solat sunat witir. Berdoalah memohon apa jua hajat yang anda inginkan termasuklah

mohon dimurahkan rezeki oleh Allah.

Seterusnya, bacalah beberapa ayat daripada al-Quran sementara menunggu

masuknya waktu Subuh.

Dari Abi Hurairah R.A., beliau berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah

bersabda yang bermaksud : “ Allah A’zzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit

dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir, maka Ia berfirman : “Sesiapa

yang berdoa kepadaKu akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku

berikan, sesiapa yang minta ampun kepadaKu akan Aku ampuninya.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Page 4: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 2 : SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH DAN SOLAT SUBUH

BERJEMAAH

Setelah azan Subuh, tunaikan solat sunat sebelum Fardhu Subuh 2 rakaat. Ini

kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

(HR. Muslim no. 725)

Maka apakah lagi yang kita cari, apabila dengan solat sunat 2 rakaat sebelum fardhu

Subuh ganjarannya adalah lebih baik daripada dunia itu sendiri dan segala yang

berada di dalamnya.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Kemudian, bersiaplah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Jika tidak mampu dan ada keuzuran, maka tunaikanlah berjemaah bersama

keluarga di rumah.

Page 5: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 3 : SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Terdapat banyak kelebihan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya

ialah diampunkan dosa, diberikan ketenangan, dijauhkan daripada musibah dan

dimurahkan rezeki.

Oleh itu, amalkanlah berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sekurang-

kurangnya dalam jumlah bilangan ahli Badar, 313 kali. Dan sekiranya boleh,

diamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari.

Terpulang sama ada anda ingin lakukan secara terus pada waktu yang anda sudah

tetapkan, atau dibaca setiap kali selepas solat 200 kali x 5 = 1000 kali.

Contoh bacaan selawat ialah :

Page 6: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 4 : ISTIGHFAR

Terdapat banyak kelebihan mengamalkan istighfar setiap hari.

Antaranya ialah bebas daripada kedukaan dan masalah, dilapangkan rezeki,

dilepaskan daripada kesempitan hidup, dilimpahkan rezeki dan dikasihi Allah.

Apa jua masalah yang anda hadapi seperti banyak hutang, kekurangan wang, sukar

memperoleh jodoh, sukar mendapat anak dan sebagainya insyaAllah akan menemui

jalan penyelesaiannya apabila kita kembali kepada Allah.

Iaitu dengan beristighfar memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukans

setiap hari.

Yakinlah, pertolongan Allah pasti akan datang.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang banyak beristighfar,

Allah akan membebaskannya dari berbagai kedukaan, akan melapangkan dari

kesempitan dan berbagai kesempitan hidup, dan memberinya curahan rezeki dari

berbagai arah yang tiada diperkirakan sebelumnya."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin

Abbas r.a.)

Oleh itu, jadikanlah amalan berisitghfar ini rutin dalam hidup kita setiap hari.

Istighfar boleh dibaca 70 kali, 100 kali atau 1000 kali setiap hari sebagai amalan

menyucikan diri dan jiwa kita kerana Allah.

Page 7: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 5 : BERSEDEKAH

Bersedekah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah menolak bala dan

memurahkan rezeki di mana rezeki kita menjadi semakin luas dan deras.

Justeru, amalkan bersedekah sebolehnya di awal pagi, setiap hari RM 1 , RM 2 atau

lebih mengikut kemampuan masing-masing setiap hari.

Dengannya, dosa kita akan diampunkan Allah, dan dimurahkan rezeki kita setiap

hari.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan

yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai

pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda

banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

(Al-Quran - Surah al Hadid, Ayat 18)

Page 8: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 6 : SOLAT SUNAT DHUHA

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan solat sunat Dhuha.

Tetapi tidak ramai yang boleh mengamalkannya secara konsisten setiap hari.

Ia perlukan komitmen dan kesungguhan dalam diri untuk “mewajibkan” diri kita untuk

solat Sunat Dhuha setiap pagi.

Waktunya adalah 28 minit selepas waktu Syuruk (terbit matahari)[boleh rujuk

kalendar] hingga masuk waktu Zohor.

Jadi, gunakanlah sedikit masa kita di pagi hari untuk kita tunaikan solat Sunat Dhuha

ini sekurang-kurangnya 2 rakaat. Sebaik-baiknya 4 rakaat atau lebih.

Kemudian, berdoalah dengan doa khusus selepas solat Sunat Dhuha.

Lazimkan diri kita untuk istiqamah menunaikannya, sebagaimana kita tidak pernah

“miss” untuk minum pagi di pejabat.

Ia hanya perlukan lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja. Tetapi, jaminan Allah amat

besar iaitu Allah akan mencukupkan keperluan kita dan segala perancangan kita

pada hari tersebut.

Dalam satu hadis Qudsi, Rasulullah S.A.W bersabda , Allah berfirman : “Wahai anak

Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu

permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada

petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Page 9: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 7 : MEMBACA AL-QURAN DAN SURAH PILIHAN

Al-Quran seharusnya dibaca setiap hari. Amalkan membaca al-Quran walaupun satu

muka surat sahaja setiap hari.

Bacalah al-Quran kerana di dalamnya terdapat pelbagai mukjizat dan kelebihan.

Untuk dimurahkan rezeki dan sentiasa dicukupkan Allah keperluan kita, serta

dijauhkan daripada kefakiran, amalkanlah membaca surah al-Waqiah setiap malam

dengan ikhlas.

Jadikan amalan membaca surah al-Waqiah sebagai rutin bacaan wajib setiap malam

di samping membaca ayat al-Quran yang lain.

Antara surah yang lain untuk amalan ialah surah al-Insyirah, surah al-Mulk, surah

as-Sajdah dan surah Yasin.

Page 10: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 8 : MEMBACA HAUQALAH

Amalan seterusnya adalah banyakkan membaca Hauqalah iaitu bacaan :

Page 11: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 9 : MENAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA DAN BELAJAR

Selain amalan jiwa dan rohani, kita juga perlu mengisi minda kita dengan ilmu yang

berguna.

Di kalangan kita, amat sedikit orang yang menjadikan membaca buku satu amalan

wajib mereka setiap hari.

Sebaliknya, menonton tv adalah rutin mereka setiap hari.

Apabila ingin menjadi kaya dan murah rezeki, kita perlu kayakan juga diri kita

dengan ilmu yang berguna.

Dan antara caranya adalah dengan membaca buku.

Jadi, pilih buku yang bermanfaat, baca dan cubalah amalkan. InsyaAllah anda akan

lihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih luas dan mendalam lagi.

Page 12: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

AMALAN 10 : BERSYUKUR, BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL

Bersyukur, berusaha dan bertawakkal adalah sifat yang perlu ada dalam setiap diri

orang Islam untuk menjadi cemerlang di dunia dan akhirat.

Tanda kita bersyukur adalah kita memanfaatkan umur, kesihatan, masa, harta dan

tenaga kita kepada jalan yang diredhai Allah untuk agama Islam.

Berusaha pula adalah menjadi sebab untuk Allah aturkan rezeki ke arah kita. Ini

kerana rezeki tidak datang bergolek. Kita masih perlu berusaha bersungguh-

sungguh dan luar biasa untuk mendapat hasil yang luar biasa.

Maka, apabila kita sudah berazam melakukan sesuatu, sesuai dengan ilmu yang kita

ada, dengan usaha yang kita curahkan, jangan lupa serahkan segala hasilnya

kepada Allah.

Ini kerana Allah yang akan melihat dan menilai hasil usaha kita.

Kita hanya berusaha, tetapi Allah lah yang akan menentukan.

Kita serahkan sahaja kepada Allah hasilnya. Apa yang penting, kita berusaha

lakukan yang terbaik untuk mengubah nasib dan keadaan diri kita sekarang.

Apabila diiringi tawakkal, Allah akan berikan rezeki kepada kita dari pelbagai sumber

sebagaimana janji Allah :

“Barang siapa bertawakkal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT)

mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Page 13: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

PELAN TINDAKAN :

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.

Oleh itu, mari kita tetapkan sistem di dalam hidup kita setiap hari untuk istiqamah

melakukan amalan di atas.

Orang yang bertanya Rasulullah S.A.W : “ Apakah amalan yang lebih disukai Allah Taala?”

Baginda menjawab : “ Yang berkekalan selalu walaupun sedikit ”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berikut adalah cadangan jadual harian :

5.00 pg Bangun pagi/ Solat malam (Qiamullail) / Istighfar

6.00 pg Solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh berjemaah

10.00 pg Solat sunat Dhuha

5.00 – 6.00 ptg Berselawat (boleh dibaca bila-bila masa)

8.00 mlm Membaca al-Quran dan surah pilihan/ majlis ilmu

9.00 – 10.00 mlm Membaca buku ilmiah, motivasi, perniagaan atau yang berkait

dengan bidang kepakaran anda

* menjaga solat fardhu

** mengelakkan melakukan dosa

*** berusaha bersungguh-sungguh, tindakan luar biasa

Terpulang kepada anda untuk menyusun jadual dan masa anda sendiri. Apa yang

penting adalah anda memperuntukkan masa untuk melakukan amalan-amalan di

atas dan cuba sedaya upaya untuk istiqamah melakukannya dengan konsisten.

Jika tertinggal atau tidak dapat diamalkan, cuba lagi pada esok harinya dan

begitulah seterusnya mujahadah melatih diri untuk berubah menjadi lebih baik.

insyaAllah semuanya akan dipermudahkan Allah.

Page 14: 10 Amalan Harian Murah Rezeki

Rujukan Tambahan

51 Amalan Murah Rezeki

http://www.zulpress.com/motivasi/51-tip-amalan-murah-rezeki/

3 Amalan Menderaskan Rezeki

http://www.zulpress.com/motivasi/3-amalan-menderaskan-rezeki/